Jump to ratings and reviews
Rate this book

Setulus Kasih Indah

Rate this book
“Kau rapat dengan anak aku kerana kau nak kesenangan hidup, bukan? Kau nak kikis semua kekayaan anak aku, betul tak?”

Kerana terhutang budi, Indah Nur Sakinah tercampak di Seoul bersama hati yang lara. Bukan niatnya mahu pergi meninggalkan Hadif Rykal dalam keadaan tertanya-tanya. Namun, kerana mereka terlalu berbeza, dia dilayan bagaikan seorang pengemis jalanan. 5 tahun berlalu, dia kembali ke Malaysia. Sayangnya cinta Rykal sudah temui tarikh luputnya.

“Aku pernah menjadi pencinta yang setia Indah tapi setia aku dipersiakan hingga aku terkapai-kapai dalam lautan kesakitan. Aku berusaha sedaya upaya untuk keluar daripada lautan itu Indah dan aku tak rasa yang aku boleh jadi pencinta setia kembali...”

Indah cuba sedaya upaya menawan kembali hati lelaki itu. Ikatan yang sah memudahkan lagi dirinya untuk mendekati Rykal namun sayangnya segala usahanya dipandang sepi. Lelaki itu terusan menuduhnya macam-macam.

Saat hatinya sudah mula belajar melepaskan Rykal pergi, nyawanya hampir melayang kerana satu kejadian. Kejadian itu telah membongkar semua rahsia yang disimpan rapi selama ini. Rahsia yang membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Rahsia yang menyebabkan dia menjadi seorang pengemis cinta Rykal.

“Please, jangan mengalah dengan aku. Kau sendiri cakap yang cinta kau tak ada tarikh luputnya. Bantulah aku Indah. Temanlah aku dalam mencari cinta kita dulu...”
“… I tak rasa ia akan berjaya. Dendam you tu dah terlalu dalam dan I tak yakin yang kita masih boleh jadi seperti dulu ...”

Apa yang akan terjadi akhirnya? Mampukah cinta memadamkan dendam di dalam hati mereka? Sesungguhnya maaf itu anugerah terindah yang Allah kurniakan untuk semua insan di muka bumi ini, tapi mampukah kemaafan mengembalikan cinta yang menghilang?

530 pages, Paperback

First published February 1, 2015

1 person is currently reading
33 people want to read

About the author

Sakura Ria

3 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (28%)
4 stars
5 (15%)
3 stars
16 (50%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
November 25, 2015
Jalan ceritanya okey tapi macam nak cepat, kejap2 2 tahun kemudian, lepas tu 3 tahun kemudian pulak..

Ade jugak adegan sentuh2 yang aku kurang berkenan sedangkan Indah dan Rykal masih belum ada hubungan yang sah..

Terkejut jugak bila tengok biodata penulis,,erkk 18 tahun? hmmm, x sangka...
Profile Image for Siti Raudhah.
168 reviews10 followers
September 5, 2015
Walaupun saya x expert in english tp tahu la serba sedikit ...tp dlm buku ni membuatkan saya tension nk baca kerana penggunaan bahasa inggeris yg mcm google translate je...cerita dh menarik...tp bahasa inggeris aduhai...
286 reviews52 followers
March 4, 2015
errmmmmm….permulaan agak slow dan mcm melompat2…..tp di tgh2 cerita ok lah…nampak menarik dan teruja utk membacanya
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
Read
August 20, 2015
nk bca tpi bila tgk cara penulisan adoiii mcm buat karangan
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
March 16, 2015
Permulaan cerita yg pada saya mcm nak cepat. Makan masa bertahun-tahun. Ada some errors, tapi tu semua lumrah bidang penulisan. Awal je rasa mcm nak cepat sgt, tapi bila dah sampai part Indah balik M'sia tu. Part tu dah seronok. Nak tahu apa jadi pada Indah dan Rykal. Saspens sgt. Gaya bahasa yg Sakura Ria gunakan pun santai, tapi bila masuk dialog. Pergh! Makan dlm punya ayt. Menusuk ke kalbu gitu. Bagi saya, Indah seseorg yg luarnya nampak kuat, tetapi jauh di sudut hatinya, dia punya sekeping perasaan yg sgt halus. Rykal pula, oh dia sgt ego. Tak habis2 nak menafikan cintanya terhadap Indah sebab sakit hati ditinggalkan kekasih hati. Setiap cerita ada pengajarannya. Ada mesej yg ingin penulis smpaikan pada kita. Bagi some chapters at the back, i'm impressed the way writer's wrote. Ada satu prob, iaitu rahsia mummy Rykal & nenek Indah tidak dirungkaikan. Sakura Ria kata nak sambung SE. Hoho! I'll wait babe. Apa2 pun, keep it up Sakura Ria. :D
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews22 followers
May 28, 2017
KAKU. Itu saja dapat digambarkan tentang novel ni walaupun plotnya menarik. Tertanya dalam hati, tak ada editor ke. Kadang-kadang dialog macam era P Ramlee, kadang-kadang macam dialog drama Korea yang dialih bahasa, dan dialog English pula keras kejung. Rasa macam fan-fiction drama Korea Secret Garden pun ada.

Plotnya ialah seorang ibu yang tidak merestui hubungan anak lelaki tunggalnya dengan gadis pilihan si anak kerana perbezaan taraf. Si gadis dipaksa ke luar negara manakala si anak yang terluka, mula hidup bebas bertemankan perempuan dan alkohol. Lepas tu si anak dan si gadis bernikah jua tetapi si anak yang rasa dirinya dikhianati, mula mendera hati si isteri.

Terus-terang saya imbas sekali lalu saja setiap helaian. Tak ada satu pun perkara yang buat saya tertarik. Seorang pembaca kata novel ni ibarat karangan. Dan saya terpaksa bersetuju. Bila sebut karangan, boleh digambarkan betapa kakunya ayat yang digunakan. Timeline pun macam tak kena sebab sekejap...selepas dua tahun, lepas tu...selepas dua tahun, kemudian...selepas tiga tahun. Sabar sajalah wahai hati.
Profile Image for Nazril Abdul Razak.
31 reviews3 followers
March 25, 2015
Pasangan kekasih yang terpisah kerana perbezaan darjat dan harta. Indah gadis miskin yang digilai oleh pemuda kacak dan berharta, Rykal. Mama Rykal menentang percintaan mereka telah bertindak memaksa Indah meninggalkan Rykal. Terlalu kecewa kehilangan Indah telah menyebabkan Rykal berubah menjadi playboy dan meniduri ramai gadis jelita. Selepas 5 tahun berlalu, kepulangan Indah ke Malaysia telah menyebabkan Rykal menanam kebencian Indah yang menghilangkan diri tanpa berita. Mampukah cinta pasangan ini berputik semula?
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 21, 2015
cam peliks tapi ajaib betul perangai si ibu, sikijap nun sampe ke seoul dihantar, sikijap laie hah dkt sebelah si anak dicampaknya... pening2.. confuse ngan perangai si ibu hah!!!

yg si gadis plak, sat2 baik, sat2 jd baek yang amat!, sat2 laie kijam plak.. hrmmm.. konflik identiti nie.. ngeee

yg si jejaka, mohon kesian... ada awek ngan ibu kat keliling dok asyik permainkan ajer.. huhuhu.. sabar jerla yer awak.. all the best! hahaha

Displaying 1 - 8 of 8 reviews