Harut adalah ahli magik terulung di dunia. Harut mula terkenal apabila silap matanya seakan-akan berasal dari dunia yang asing dari alam nyata.
Kemunculan Zulaikha, pembantu pentas Harut yang dikatakan juga adalah kekasihnya, sepatutnya menjadikan persembahan Harut lebih gah. Namun apa yang terjadi bukan seperti dirancang. Zulaikha hilang di hadapan mata semua orang di dalam satu persembahan di Dewan Filharmonik Kuala Lumpur dan tidak muncul semula.
Polis menangkap Harut dan menuduhnya sebagai pembunuh. Harut didakwa di Mahkamah Agung Kota Mega Kuala Lumpur oleh DPP Musa dan diadili oleh Hakim Fir.
Dari pentas magik ke pentas mahkamah, Harut tentunya ada helah terakhir yang akan dipersembahkan kepada dunia.
A lawyer, a blogger, a property book writer with 40 Questions You Should Ask Your Lawyer Before Buying A Residential Property in Malaysia and its sequel, a speaker on property on social media, a social media enthusiast and a novelist with Fixi
Pertama sekali tahniah kepada encik penulis untuk naskah yang kedua ini. Buku ini bagus, cuma mungkin buku ini dihasilkan bukan untuk memenuhi selera aku. Hiks!
Idea utama naskah ini sangat menarik. Mengenai ahli sihir atau magican. Mula-mula keluar iklan di muka buku Fixi, aku terbayangkan cerita Pentas ini ala-ala Now You See Me versi Malaysia yang penuh dengan aksi dan adegan magik. Ya aku suka movie tu. Bertambah lagi aku berkobar-kobar untuk mendapatkan naskah ini apabila kontroversi yang melanda novel ini yang mana hampir dibatalkan terbitannya.
Tapi apabila aku hadam naskah ini, kerap kali aku ingin mengalah untuk menghabiskannya. Kerap kali aku berharap agar aku cepat menghabiskan naskah ini. Sigh!
Latar tempat yang digunakan dalam Pentas, dinyatakan adalah pada zaman futuristik sewaktu dipermulaan cerita. Ada beberapa bahagian naratif yang menggunakan alatan-alatan yang agak canggih. Namun aku tidak dapat merasakan latar tempat yang digunakan adalah di zaman yang canggih-manggih. Aku langsung tidak merasakan yang aku sedang berada di Malaysia yang sedang dikelilingi alatan dan prasarana yang buat mulut aku terngangah luas. Tapi seolah-olah kisah ini hanya seperti berada di zaman dan tahun ini sahaja. Sebutan alat- alat canggih yang digunakan hanya sebagai tempelan untuk menyatakan "latar ni adalah zaman futuristik ok!'. Tapi itu tak menjadi masalah besar pun. Hanya aku yang mengada-ngada.
Hanya bahagian Pentas 1 yang menarik perhatian aku. Magik-magik yang harut persembahkan, boleh tahan. Walaupun naratif penceritaan agak slow. Lambat. Bila masuk bahagian Pentas 2 (lebih kepqda kisah Harun dan hidupnya) &3 (kisah di dalam mahkamah dan seterusnya), aku semakin lemas dengan gaya penceritaannya yang sangat detail. Meleret. Bagaikan aku berada di dalam sebuah kapal di tengah lautan dan teroleng-oleng di pukul ombak. Maaf encik penulis~
Apa-apa pun kaver memang owesome!
Tapi kepada yang belum baca, cubalah baca dulu. Selerakan masing-masing berbeza...
Novel PENTAS tulisan saudara Anuar Shah yang setebal 244 halaman ini boleh disifatkan sebagai sebuah naskah yang factual-driven dan bukannya sebuah naskah yang banyak digerakkan oleh plot ataupun penceritaan. Struktur naratif novel PENTAS dibahagikan kepada tiga (Pentas Satu, Dua, Tiga) dan setiap satu daripadanya mengupas isu dan permasalahan yang pada hemat saya agak terpisah, menjadikan pergerakan cerita agak mengelirukan pembaca. PENTAS sarat dengan penceritaan fakta, terlalu banyak sehinggakan ada beberapa ketika saya sendiri tidak pasti kenapa penulis memilih untuk menghuraikan secara agak terperinci tentang sesuatu sekuens yang terkadang dibaca langsung tidak ada kena-mengena dengan watak utama (yang saya anggap merupakan Harut si ahli silap mata yang muncul di awalan naskah ini).
PENTAS pada hemat saya terlalu ‘memberitahu’ dan bukannya ‘menceritakan’, suatu garisan halus di mana pada pendapat saya apabila sesebuah naskah itu terlalu memberitahu dan tidak mempersembahkan cerita, ia saling tidak tumpah bagaikan membaca sebuah buku bukan fiksyen. Secara amnya, bahagian Pentas Satu memperihalkan tentang Harut si ahli silap mata dan pada penghujungnya bagaimana dia (mungkin?) telah tersilap percaturan sehingga telah menyebabkan pembantunya yang bernama Zulaika telah lenyap secara tiba-tiba. Pentas Dua pula memfokuskan cerita pada Harun, seorang wartawan muda yang berminat ingin mengkaji dan menulis sebuah rencana tentang kes perbicaraan Harut dan Pentas Tiga menceritakan tentang sesi perbicaraan Harut dan Dato Mah Rut di mahkamah. Secara teorinya, ringkasan di atas paling tidak akan menghasilkan suatu penceritaan naratif yang menarik.
Namun begitu, bahagian-bahagian ini ditulis dan dipersembahkan sebegitu rupa sehinggakan ia dibaca bagaikan agak terpisah dan tiada korelasi antara satu sama lain. Paling jelas adalah pada bahagian Pentas Dua di mana saya sendiri kurang jelas kenapa perlu diceritakan secara terperinci bagaimana Harun bermula menjadi seorang wartawan, hubungkaitnya dengan Mak Su pemilik restoran yang terkena sihir buatan orang dan segala macam backstory tentang Harun yang pada hemat saya tidak menggerakkan pergerakan plot secara baik.
Tamat membaca PENTAS, saya tidak boleh tidak daripada mempersoalkan kenapa begitu banyak hal yang dibangkitkan dalam novel ini dibiarkan tidak berjawab. Apa yang jadi dengan Harun dan Mak Su? Apa yang sebenarnya terjadi dengan Zulaika? Siapa sebenarnya Zulaika itu? Apa yang akan berlaku ke atas warga Kota Mega Kuala Lumpur?
Watak Ustaz Rasyid Idris yang merupakan key benefactor dalam novel ini pula anehnya hanya diceritakan sepintas lalu, dan hanya muncul sebagai watak sampingan yang wujud dalam ketiga-tiga bahagian Pentas. Tanpa mendedahkan begitu banyak spoiler, saya sendiri berasa hairan kenapa watak Ustaz Rasyid Idris ini tidak diketengahkan, dan kenapa watak Harun si wartawan yang muncul sebagai peran utama di Pentas Dua itu pula diberikan keutamaan sedangkan peranannya pada pembacaan saya kecil benar dan ada di beberapa bahagian dalam novel ini langsung tidak bermotif.
Namun begitu, walaupun PENTAS sarat dengan pergerakan fakta dan disjointed narration, saya tidak nafikan bahawa ia merupakan suatu penambahbaikan daripada PINJAM iaitu karya penulis yang terdahulu. Bahasa yang digunakan (walaupun agak banyak menggunakan terminologi undang-undang) ringkas, mudah, tepat dan berketepatan. Isu yang diketengahkan agak berat kerana ia merupakan adukan fiksyen dan agama. Patutlah kenapa sebelum ini novel ini pernah menjadi buah mulut apabila terbitannya tiba-tiba tergendala seketika. Saya fikir mungkin penulisnya ingin membaiki pengakhirannya agar ia menjadi lebih relevan dan boleh diterima pembaca. Mungkinlah. Saya tidak tahu. Hanya penulisnya, editor dan penerbitnya sahaja yang tahu hal sebenar yang berlaku. PENTAS berjaya memancing pembaca untuk meneliti dan mencambahkan rasa intrig dan ingin tahu sehingga tamat pembacaan, namun penceritaannya yang tersangkut-sangkut sedikit-sebanyak telah menjejaskan keseluruhan naskah yang mempunyai potensi untuk menjadi lebih bagus ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ideanya bagus.Cuma ada penerangan berkenaan beberapa aspek yang dirasakan tak perlu dicerita. Meleret benar. Isu meleret ini diselamatkan oleh struktur novel yang terdiri dari bab-bab pendek;sekaligus memudahkan pembaca macam aku untuk menarik nafas sebelum meneruskan pembacaan. Tahu-tahu je dah habis.
Namun begitu, sesudah habis membaca naskhah ini, bahagian-bahagian yang dirasakan meleret-leret tadi bagai dimansuhkan oleh twistnya yang bagi aku, Dejavu & transendental.
Entah, dua perkataan ni terpacul bila aku habis membaca naskhah ini.
Terima kasih penulis sebab sain buku aku. Harap komen ini akan membantu meningkatkan aspek penulisan penulis pada masa depan terutama sekali kurangkan bahagian yang meleret tu.
Patutlah baca ja nama Harut tu macam pernah dengar. Bila disiasat barulah teringat kembali.
Dalam kisah sahih Harut Marut ni, mereka diturunkan oleh Allah untuk mengajar ilmu sihir kepada satu kaum supaya dapat digunakan ke arah kebaikan tetapi biasalah manusia, jenis lupa diri, bila ada ilmu lebih sikit, mulalah rasa diri kebal dari maut. Maka selepas Harut Marut kembali ke langit, kaum ni salah guna ilmu yang diajarkan.
Berbalik kepada kisah yang diletakkan di zaman utopia ni, saya tak rasa macam utopia pun kecuali beberapa benda yang macam terkini. Tak ada unsur wow macam pertama kali tonton Back to the Future walaupun filem tu kembali ke masa lepas.
Benar dikata oleh seorang pembaca, baca Pentas 1 dan Pentas 3 sudah memadai untuk memahami isi cerita. Pentas 2 lebih macam filler. Ala macam tonton filem Tamil lepas tu mesti ada lawak spastik sikit. Tapi Pentas 2 ni bukan comic relief pun. Meningkatkan tahap kebosanan ada la.
Dah habis baca pun saya tak pasti apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Nak kata gerun supaya manusia bertaubat, macam tak kesampaian mesej tu. Sebab kisah Harut Marut tu tak melibatkan sesuatu yang menggerunkan pun.
Maaf cakap...aku rasa inilah buku FIXI yg paling bosan sekali... Gaya penceritaan penulis meleret2...pembacaan aku seringkali terbantut sehingga menghilangkan mood membaca...
Novel ini terbahagi kepada 3 bahagian yg di nyatakan sbg PENTAS.. aku x faham apa perkaitan dalam Pentas Dua dgn cerita Harut ni...
Dulu, selalu tengok rancangan silap mata termasuk yang potong-potong badan manusia tu. Memang kena tipu hidup-hidup sebab percaya. Maklum la, masa tu zaman budak tak berakal. :D
Apabila David Copperfield muncul, kau buat la silap mata macam manapun, takdenya aku nak percaya. Sebab aku dah bijak dah. Haha.
This is a utopian fiction, centers on magic. It sets in Kuala Lumpur, known as Kota Mega Kuala Lumpur, which now is an advanced country. It definitely made me eager to learn and imagine the country during this time. This story is divided into 3 chapters; Pentas Satu, Dua and Tiga. The first is about the magician, Harut. The second is about the reporter, Harun and the third deals with the trials of Harut and Dato' Mah rut.
I have few problems with this book.
First, there are lots of info dumping. Lots of unrelevant details on some things; like Harun's past life, the Ustaz's ability dealing with 'the unseen things', and the last chapter felt like a drag for me - I already felt bored reading about the law stuff (I skipped those).
Second I felt like the ending is a bit weird. It's like the author was taking an easy way out to finish the story.
I gave two stars for the idea and the world building.
3 hari untuk habiskan buku nipis ni, tu pun sebab bab2 awal da baca last year! and, tak termasuk beberapa bab lompat katak!
permualaan yang menarik untuk buku ini, tambahan pula kontrovesi yang berlaku sebelum buku ini diterbitkan membuatkan saya sangat teruja untuk menelusuri buku ini.
tapi....makin lama makin merudum mood pembacaanya. rasanya tak perlu saya huraikan panjang2 sebab bila baca review lain, hampir semua menyatakan pendapat yang sama - terlalu banyak fakta berbanding penceritaan!! subplot yang sangat2 tidak perlu, flashback yang melampau (sampaikan saya rasa penulis sendiri keliru dengan penulisannya - contoh, ketika ditemuduga, harun mengatakan dia ingin mengkaji tentang sihir kerana pernah terjadi sesuatu kepada Mak Sunya, tapi kemudian dikatakan kejadian yang menimpa Mak Su dan harun sendiri terjadi ketika dia sudah bekerja/berlatih sbg intern di The Malaysia Insider).
Eding, memang menghampakan!! maaf cakap, penulis seolah2 tidak "bertangungjawap" dengan ceritanya sendiri, dengan meletakkan semuanya adalah ketentuan Tuhan. tanpa perlu menghuraikan sedikitpun apa yang terjadi (melainkan menghuraikan secara details keadaan Kuala Lumpur di masa hadapan, kedewasaan harun dsb yang tidak berkaitan), penulis mengakhirinya dengan sebegitu saja. Seolah2 penulis melanggar mati seorang pemandu dengan menyebabkan penunggang motor terbabas dan cedera parah, terus berlalu pergi dengan mengatakan "da takdir kamu mati, kamu tercedera..redha je lah..." dan berlalu pergi tanpa rasa bersalah.
walaupun ada pengajaran yang dapat dikutip, tetapi seharusnya naskhah ini lebih menarik jika penulis membuat sedikit kajian mengenai magic2 houdini or david blaine yang pernah menggemparkan dunia untuk menjadi subplot dalan naskhah ini, seperti dalam Now You See Me, di mana Morgan Freeman berusaha merungkaikan bahawa setiap magik itu ada penjelasannya. bUkan untuk menidakkan keajaiban, tapi subplot begitu lebih menampakkan kebijaksaana penulis & meningkatkan daya pemikiran & imaginasi pembaca. Bukan diserabutkan dengan fakta2 yang tidak penting!
keseluruhan idea penulis menarik. cuma..cuma..aku rasa aku sedang duduk di library membaca sebuah artikel ilmiah gitu.. trlalu byk detail yg bg ak x perlu di trgkn..ke ak yg poyoss x tau apa itu seni penulisan hahaha..tahniah penulis. tahniah atas usaha anda! cover pentas sangat cun. i like purple. kekeke
Meski ada beberapa hal tentang Pentas yang menjadikan daya tarikannya menjunam di setiap langkau muka surat tetapi jujur hamba menyukai buku ini biarpun hamba sendiri tidak pasti untuk alasan apa (kerana ruang ulasan ini bakal dipenuhi dengan teguran kasih sayang :P).
Secara keseluruhan bahannya menarik iaitu tentang persembahan silap mata dan sihir. Dan, hamba faham bahawa sebuah buku fiksi seharusnya bercerita dengan selesa tanpa imaginasi yang terbatas. Namun, cara buku ini bercerita berlaku dalam situasi ‘menerangkan’ yang sangat melelahkan.
Pentas Pertama terlalu inovatif. Mungkin ini imaginasi wajar yang salah sasaran (pembaca=Juliza).
Pentas Kedua pula terlalu deskriptif. Tentulah tidak salah untuk memberi gambaran detail tentang latar tempat dan masyarakat serta perkembangan watak utama, Harun (yang hamba tidak setuju pun perannya diangkat penting) tetapi plot asal buku ini seolah-olah sengaja diganggu dengan helaian muka surat yang disia-siakan.
Pentas Ketiga yang dianaktirikan. Perjalanan perbicaraan tentang kehilangan Zulaikha tidak seharusnya di-shortcut-kan begini. Hamba enggan mengulas tentang penamatnya iaitu pembongkaran gerangan sebenar Harut dan Datuk Mah Rut tetapi proses perbicaraan mahkahmah itu adalah elemen penting dan paling menarik yang sayangnya tidak diberi jumlah muka surat yang sepatutnya.
Ini buku yang bercerita. Ya, hamba tidak akan menafikan perkara itu tetapi sebuah perjalanan panjang yang diakhiri dengan jalan pintas ke sebuah destinasi salah, tidak akan menyenangkan semua penumpang.
Namun, untuk alasan yang hamba masih belum berjumpa di akhir-akhir ulasan ini, hamba menyukai Pentas. Tidak sampai memandang ia di rak dan merindu tetapi hamba tidak membencinya, itu pasti.
p.s Pentas mengingatkan hamba pada Dendam oleh Affifudin Omar. Gaya yang hampir sama dalam persalinan dan cara berbeza.
Buku yang mempunyai isi yang sangat menarik tapi terlalu meleret-leret.. Terlalu banyak penjelasan yang tidak patut ada.. Sha suka bahagia 1 dan bahagian akhir.. Bahagian 2 agak mengganggu..
Buku kedua untuk 2018 #pentas #anuarshah #fixi #novelmelayu #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Jalan cerita dan idea dah menarik. Tapi terlaluuu banyak penjelasan meleret yang macam tak berapa penting pun untuk jalan cerita. So, bosan. Tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya habiskan. Ah bosan.
Took me a while to finish this (Malay is not my first language). I found the story line, initially, to be fascinating and the setting, a "modern and futuristic KL city" - to be (a bit too) idealistic but still relatable. It can get a bit long winded at times but I do like the background information and description of things.
However I felt it had a bit of an anticlimactic ending and that makes me feel like I wanted something more.
Gaya penulisan yang berbeza kalau nak dibandingkan dengan buku beliau sebelum ni yang bertajuk Pinjam. Permulaan membaca Pentas, aku dah bayangkan scene-scene dari movie "Oz The Great and Wonderful" dan juga "Now You See Me" sebab berkaitan dengan magic show. Akan tetapi, Pentas terlalu berlandaskan fakta-fakta yang bagi aku cukup banyak. So aku gagahkan diri untuk habiskan baca walaupun tak minat hahaha. Dialog juga kurang. Quite nice ending kerana terselit pengajaran untuk masyarakat.
Sejujurnya I had high hopes for this book. Especially sebab cover dia yang lawa and I'm a fan of anything magic based, and also Now You See Me and the best magic movie of all time, The Prestige. Pentas 1 saya baca in one seating je sebab memang menarik & unik magik-magik dia, and of course la bila tengah baca magik2 dia terbayang la reveal magic trick semua mesti gempak-gempak. Tengok-tengok hologram je hahaha aduh, takkan the greatest magician pakai hologram orang tak boleh nampak kan. Lain la kalau penulis explain betul2 pasal tech dia semua, mungkin boleh terima la juga. Tapi dalam pentas 1, saya memang kagum dengan cara penulis cakap pasal Malaysia selesaikan hutang & jadi antara negara terhebat apa semua. Tapi dia spoil bila entah dari mana datang, tiba-tiba hakim fir dikatakan ada guna ilmu hitam. Paling turn off sebab takde explanation langsung dekat plot twist dia.
Lepastu nak cakap pasal pentas 2, sangat membosankan. Dia punya connection dengan bab-bab lain sikit gila. Dengan main character dalam pentas 2 yang tak berapa nampak `mainʼ nya. Bila part ustaz tu berubat nampak menarik. Terasa seram sejuk bila teringat babak perempuan thailand tu. Ingatkan penulis boleh singkapkan lagi pasal show harut tu. Tengok-tengok banyak pasal cara diorang kenal je, sekali dengan polis tu. Dalam bab ni patut diselitkan sikit plot pasal dia jadi hakim tu. Tapi cerita pasal reporter yang boring dijadikan main story.
And the final section, pentas 3. This should be the resolution part of the plot. But instead it makes the story even unbelievable. Harut & Mah Rut rupanya malaikat, tapi seingat saya Harut tu dah ber**** dengan Zulaikha. Pastu Datuk Mah Rut tu pun rasanya macam kaki perempuan je. So revelation diorang malaikat tu rasa memang tak patut. Bukan nak abaikan mesej bagus dalam bahagian terakhir ni, cuma perkembangan plot dia sangat tak sesuai dengan twist kat hujung ni. Lepastu budak reporter tu tujuan dia untuk catat apa yang Harut nak cakap je. Sia-sia buat pentas 2 pasal dia. Macam mana pula ustaz tu jadi hakim? Sebab penulis terangkan prosedur jadi hakim ni sangat susah. Epilog dia lagi memeningkan cerita.
But overall its a good effort by the writer, deserves credit for pentas 1 and the political parts. 1 star for pentas 1, and the other for futuristic Malaysian idea
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah Pentas dipecahkan kepada tiga bahagian. Pentas 1: pentas sihir, Pentas 2: pentas wartawan dan Pentas 3: pentas penghakiman.
Sebelum tu nak bagitau, ada beberapa nama hampir sama yang buatkan minda aku kadang-kadang tertukar. Harut, Datuk Mah Rut, Harun....
Dalam ni jugak banyak flashback sebabnya nak terangkan kenapa benda tu jadi macam tu. Terasa macam baca buku sejarah. Cumanya aku rasa most of penerangan tak perlu terutamanya dalam perkenalkan watak-watak yang ada.
Tapi hujung-hujung tu korang akan perasan la kenapa penulis buat macam tu. Rupa-rupanya ada alasan tertentu. Dan plot twist dia serius lain macam 😂
Oh, tak lupa jugak penerangan akta undang-undang dalam penghakiman mereka. Buatkan aku teringat dekat buku business law time belajar dulu. Cukup detail 👍
Akta Ilmu Hitam dan Sihir ni agak menarik, kalau la negara kita ada akta ni jugakkan 😏
Dari awal membaca, saya tertanya, kenapa watak ini dinamakan Harut dan Mah Rut. Seperti nama malaikat. Bila penghujung cerita, saya sudah tahu. Penulis mengambil inspirasi dari kisah Malaikat Harut dan Marut dan mengolahnya dalam penulisan. Okay, itu menyeronokan.
Cumanya, jika ada sesiapa yang tidak pernah membaca atau mendengar kisah malaikat ini, mungkin anda kurang memahami perkaitannya.
Untuk saya, buku ini ada nilai keinsafan pada penghujungnya.
Firstly congrats writer. Dh lm bc. Tp aku mmg jns klu nk review novel jln semua novel satu kali. Back to this novel. Idea tu ada. Tp... mcm ada part yg meleret sgt. Ada benda x yg cite pn x apa. Tp usaha writer nk jdkn jg novel ni aku salute. Cadangan aku, next time writer blh fokus pada benda2 yg ptg n kurangkn yg meleret tu. plot ok, cuma blh mantapkan lg. Dr jln cite, watak perwatakan n cover aku bg 4 stars!
Terlalu banyak fakta yang memberatkan untuk pembaca meneruskan membaca . Like seriously 😒 macam aku je ke yang rasa macam ni ? Puas doh aku cuba serapkan minat untuk tahu tujuan cerita ni macam mana . Banyak gak aku skip helaian untuk menghabiskan buku ni .
Sebuah cerita yang magis dan penuh dengan muslihat. Terbahagi kepada 3 Pentas. Pentas 1 : Harut, Pentas 2 : Harun dan Pentas 3 : Show Terakhir. Cuma di Pentas 2, ada beberapa babak yang tak perlu. Mungkin utk tambah selera. Terbitan
Mengisahkan Harut yang telah membuat silap mata dengan menghilangkan pembantunya Zulaika dan gagal mengembalikannya. Harun seorang wartawan muda begitu berminat untuk membongkarkan muslihat harut
Love all of magic show's detail Susunan plot yang baik. Ending with a twist tu "so-so"
Membaca sinopsis di kulit buku menarik minat saya untuk mencari jawapan di sebalik tanda soal yang ketengahkan penulis tentang kehilangan Zulaikha dalam sebuah persembahan silap mata.
Watak utama Harut digambarkan seorang ahli sihir yang terhebat di Malaysia dengan sokongan Datuk Mah Rut. Penceritaan agak meleret dan wujud beberapa watak yang tidak membantu perjalanan mencari jawapan kehilangan Zulaikha seperti Harun,Mak Su, Ustaz Rasyid, dan DPP Musa. Malah semakin terpisah antara satu dengan yang lain.
Namun pembacaan diteruskan lagi untuk mencari jawapan, sekali lagi penulis mengecewakan saya kerana watak Harut dan Mah Rut dikatakan malaikat yang wujud sejak zaman Nabi Sulaiman untuk mengajarkan manusia perbezaan antara mukjizat dan sihir. Ini sangat mengelirukan kerana watak tidak digambarkan baik perwatakan dan akhlak pada awal-awal bab.
Pertama kali baca novel dengan plot yang terlompat-lompat begini.(minta maaf ya penulis). Namun saya belajar sesuatu iaitu banyakkan mengkaji karya-karya terbaik agar boleh menghasilkan yang lebih baik.
Perjalanan semasa membaca .. Ok best. Bosan. Bosan. Best. Best. Menatang apa yang penulis cuba sampaikan ni. Oh macamtu. Erkk. Best. Bosan *skip dua bab sebab meleret*. Ending *speechless*.
Kesimpulan ada juga part yang best and ada yang terlalu meleret and ending dia memang terbaikkk. gua paling suka part ending dia. K 3 bintang utk penulis. Bye
Aku mmg xletak harapan apa apa untuk Buku Fixi dah sekarang. Nak jumpa 1 buku best pun payah... Pentas... Baru 1 bab - Not Bad!!! Menarik tapi alahai alahai gaya bahasa tu macam banyak sangat ayat penyata yang menyata...