Jump to ratings and reviews

Sesegar Nailofar

Puaskanlah hatimu dengan menyumpah-seranahku sehingga hatimu kembali tenang. Kerana setelah engkau tenang, barulah engkau akan memikirkan betapa bukan engkau seorang saja yang menderita dan sakit hati. Tapi aku juga. Dan setelah engkau tenang, barulah engkau akan menyedari betapa bukan engkau seorang saja yang merintih dan terazab dilukai. Aku juga turut sengsara!

Antara pelajaran, perjuangan, dan cinta yang jauh, Iqbal meniti semuanya penuh tertib, penuh cermat. Dan sebagai lelaki, sebagai insan yang paling menguji tentunya adalah cinta. Tiga bulan tanpa apa-apa berita, namun Iqbal masih memegang pada janji. Utusan e-mel misteri membangkitkan tanda tanya - seakan mahu mencurahkan isi hati - siapa sebenarnya Nailofar?

Paperback

First published January 1, 2002

Loading...
Loading...

About the author

Zaid Akhtar

6 books50 followers
Zaid Akhtar atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Abdul Majid lahir di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Anak kedua daripada tiga beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan menengah di SMK Agama Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Kulliyyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Kini selain mengajar di sekolah lamanya selaku guru bahasa Arab, Zaid turut menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya.

Mula menulis pada akhir 1993 dan cerpen sulungnya yang tersiar di majalah Dewan Siswa Januari 1994 berjudul Juara yang Tewas telah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat- DBP 1994. Selain itu, cerpen Mencari Kiblat terpilih untuk memenangi Pertandingan Cerpen Sekolah Menengah Malaysia 1994 (Minda Pelajar-DBP). Dua lagi cerpen beliau telah meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta?zim iaitu Nil Masih Mengalir (HSDT III ? 2001) dan Pendedahan (HSDT V ? 2005). Sementara dua novel beliau iaitu Sesegar Nailofar (2000) dan Rona Bosphorus (2002) telah memenangi tempat ketiga dan kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Kedua-dua novel tersebut turut meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta?zim IV (2003) dan V (2005). Novel bersiri beliau berjudul Salju Sakinah juga tersiar setiap Isnin-Rabu sepanjang 2005 di Ruangan Agama Utusan Malaysia.Pada tahun lalu, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai peserta ke Program Penataran Sastera MASTERA (genre novel) di Bogor, Indonesia. Weblog peribadi beliau boleh dilawati di www.myzaidakhtar.blogspot.com. Terbaru, novel keempat Zaid, Justeru Impian di Jaring telah memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Selain itu, beliau turut dipilih sebagai penerima Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2007.

http://pts.com.my/index.php/penulis/b...

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (28%)
4 stars
48 (41%)
3 stars
34 (29%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Nawfal Ahmad.
37 reviews2 followers
August 20, 2015
1. Saya membaca buku ini kerana saya tidak pernah membaca hasil Zaid Akhtar. Tak lengkap rasanya jika tidak membaca karya penulis popular

2. Jika ada hashtag. Maka, hashtag nya adalah #cintabajetislamik #jordan #perjuangan #permai

3. Saya puji novel dari dua sudut. Pertama jalan cerita dan bagaimana beliau menyusun konflik dengan baik. 5 konflik dikembang dengan baik.

Kedua, unsur perjuangan hamas dan palestin, tokoh ikhwan, buku dan ilmu.

4. Namun yang dikritik adalah cinta bajet islamik. Kasihan warga jordan dilambangkan seterbuka begini dalam ikhtilat. Dialog yang sweet, perjumpaan yang senang dan kerap, hadiah?!. Ini bukan ustaz. Kalau ya pun, bukan yang diharap masyarakat.

Lagi, jika dari sudut cinta sekalipun. Iqbal yang kononnya setia pada salsabila memang tidak menjaga hati dengan perhubungan dengan hazwani.

5. Jika tidak disweetkan ikhtilat ini, saya boleh beri lebih bintang. Tetapi apa boleh buat, cinta oh cinta.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews616 followers
July 11, 2025
Zaid Akhtar merupakan antara penulis kontemporari Malaysia yang memperkaya khazanah sastera Melayu dengan karya - karya yang sarat nilai intelektual, spiritual dan sosial. Dilahirkan di Endau, Mersing dan mendapat pendidikan tinggi dalam Bahasa Arab di Universiti Yarmouk, Jordan, latar akademik dan pengalaman hidup beliau jelas terpancar dalam novel - novel yang ditulis.

Selain menulis, Tuan Zaid juga seorang pendidik dan pemikir yang menjadikan sastera sebagai medium dakwah dan refleksi sosial. Antara karya beliau yang terkenal termasuk Rona Bosphorus, Salju Sakinah, dan Justeru Impian di Jaring, yang kesemuanya menampilkan kekuatan naratif, kehalusan bahasa dan kedalaman tema. Novel ini, Sesegar Nailofar adalah karya yang memenangi tempat ke-3 Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan Hadiah Sastera Darul Ta'zim - merupakan antara karya terawal beliau yang paling aku gemari.

Ia mengisahkan Iqbal, seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut di Jordan, yang meniti liku - liku kehidupan sebagai pelajar luar negara. Di bawah mentari Jordan yang membakar, Iqbal bergelut dengan pelajaran dan tekanan hidup yang penuh warna - warni, termasuk konflik batin yang melibatkan cinta, persahabatan dan perjuangan. Episod cinta yang terpendam dengan Nailofar, seorang mahasiswi misteri yang menghilang, menjadi benang merah yang mengikat naratif novel ini. Dalam pencarian identiti dan makna cinta, Iqbal turut menyaksikan penderitaan sahabatnya Aiman, yang dipenjara akibat perjuangan membebaskan tanah airnya, Palestin. Di sinilah Tuan Zaid menyulam nilai - nilai Islam, semangat ukhuwah dan tanggungjawab sosial dalam naratif yang menyentuh hati.

Watak Iqbal digarap dengan cermat dan tertib. Dia mewakili suara seorang lelaki yang bergelut dengan cinta dan prinsip - simbol kepada generasi muda yang mencari makna dalam dunia yang kacau. Nailofar pula, walaupun tak banyak muncul secara fizikal, adalah lambang harapan, misteri dan kerinduan yang tak terjawab. Watak Aiman pula membawa dimensi perjuangan dan pengorbanan, menjadikan novel ini sebuah kisah cinta, juga kemanusiaan dan idealisme. Tuan Zaid berjaya membina watak - watak ini dengan latar yang realistik dan emosi yang tulen, memudahkan aku connect dan relate dengan konflik dan dilema dorang.

Dari segi gaya bahasa, Tuan Zaid menampilkan keindahan prosa Melayu yang bersih, puitis dan penuh makna. Beliau tak terjebak dalam retorik kosong dan klise cinta remaja, sebaliknya menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan nilai. Dialog - dialog dalam novel ini selain berfungsi sebagai penggerak cerita, juga sebagai ruang kontemplatif yang mengajak kita berfikir. Naratifnya mengalir dengan tenang dan penuh ketegangan emosi yang halus dan mendalam.

Novel ini mengangkat isu identiti, perjuangan, cinta dan tanggungjawab sosial dalam kerangka Islam yang inklusif dan humanis. Selain menyentuh soal peribadi, ia juga mengangkat soal kolektif – bagaimana seorang Islam harus berperanan dalam masyarakat, bagaimana cinta harus disandarkan kepada nilai, dan bagaimana perjuangan harus disertai dengan ilmu dan kesedaran. Ia adalah karya yang mengajak kita untuk tak hanya merasa, tapi juga berfikir dan bertindak.

Kalau ada ruang untuk penambahbaikan dalam aspek struktur naratif dan pembangunan watak sekunder yang hendak aku sentuh - aku rasa pengulangan konflik batin Iqbal boleh diringkaskan tanpa mengurangkan impak emosi. Nailofar ni walaupun misteri dan simbolik, aku rasa boleh diberikan sedikit lebih latar atau motivasi agar dapat difahami kedalaman jiwanya. Begitu juga dengan latar Jordan yang kaya – sepatutnya boleh dimanfaatkan lebih mendalam sebagai ruang budaya dan sejarah yang memperkaya naratif - bukan semua pernah ke Jordan, dan nama Jordan begitu misteri di mata kami.

Ini sebuah novel yang hidup - ia hadir sebagai bunga yang segar – melegakan hati yang gundah, dan menyuburkan jiwa yang dahaga akan kebenaran.

Highly recommended.

4.6 / 5 stars
Profile Image for Mali.
210 reviews
June 24, 2018
Nawfal Ahmad punya review berjaya put my feelings about this book into words. Apa2 pon, sy terpaksa bagi 5 bintang sbb saya berjaya menghabiskan buku ini dalam satu hari and I didn't put it down sampai lah saya habiskan. This is to say yang Zaid Akhtar sememangnya mahir menulis. And that the plot is really gripping.

Sejujurnya ada beberapa prkara yang saya tak suka ttg buku ni, selain ikhtilatnya yg x berapa terjaga, adalah watak heroine yang agak lembik, stalker and desperate. Sepanjang membaca novel ini, sy trkenangkan seorg rakan sy yg 'islamic'tetapi sntiasa nak bg signal kat sorg lagi laki Islamic ni hingga memberi impression gedik trhadap mereka yang perasan. And rasanya sumorang perasan.

Heroine dlm buku ini bagi aku amatlah berbeza dengan karya penulis yang lagi satu, iaitu Salju Sakinah dimana watak perempuannya lebih independent, and tegas. Klw dlm buku ni, Widya lah watak female spt Sumayya dlm Salju Sakinah

Kisah cinta dlm ni juga mengingatkan aku psl drama Korea and manga cinta Jepun. Di mana si gadis mengalami masalah and then someone dtg utk menolong and tengok2, that someone is dia punya crush. Dan part2 bagi hadiah, etc.

Tapi aku mengangkat part2 yang psl persahabatan, perjuangan, membantu saudara se-islam, serta penulis yang sentiasa mention tajuk2 buku yg bagus dlm penulisannya.

Also, kudos to Pts Publications for this new edition where the size is compact and the pages are the type you'd usually find in English books, making it lighter and easy to carry. Buku ni selesa berada dalam tangan. Pricing is nice, too.

"Berapa ramai yang berjemaah di masjid Subuh tadi?"

Tidak sampai lima orang yang mengangkat tangan.

"Inikah golongan yang mahu melawan Yahudi? Mengangkat selimut pada musim panas begini untuk menunaikan solat fardu pun kalian sudah tidak mampu, tapi bercita-cita menentang Yahudi dan membebaskan Baitulmaqdis?"
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,371 reviews71 followers
November 16, 2017
#104#2017

Done reading Sesegar Nailofar by Zaid Akhtar.

Terasa nak baca novel ni sebab dengar khabar yang novel ni bakal diadaptasi.

Sesegar Nailofar mengisahkan tentang Iqbal yang sedang menghabiskan pengajiannya di Jordan. Di Malaysia, kepulangannya dinanti oleh Salsabila. Namun, sejak 3 bulan lepas, surat daripada Salsabila tidak kunjung tiba. Pada masa yang sama, di Jordan, Hazwani mula mencuri tumpuan. Tambah pula, dengan kehadiran emel daripada wanita misteri, Nailofar.

Ku suka hubungan antara Iqbal dan Hazwani. It is so obvious yang Wani suka Iqbal, siap bagi hadiah kek, jubah dan juga hadiah terakhir yang merungkai rahsia Nailofar. Tapi, fitrah perempuan yang pemalu, membataskan Hazwani. Plus, ku suka persahabatan antara mereka semua.

Dalam novel ni, ada banyak penggunaan bahasa Arab yang menjadi pertuturan seharian mereka dan juga bahasa Melayu tinggi, yang agak membataskan pembacaan. Tapi, di pages belakang, ada je glosari.

Novel ni hanya setebal 200+ pages. So, tak puas baca. So, hopefully, bila dah jadi drama, tolong kembangkan tanpa rosakkan imaginasiku.

Ini ialah novel cinta islamik, berlatarbelakangkan Jordan, kisah hidup pelajar, dan perjuangan mereka untuk Islam. So, if you are into it, please have a read.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books82 followers
August 6, 2011
Digarap dengar segar dari aspek latar oleh Zaid. Akrab dengan jiwa remaja kerana berkisarkan kehidupan pelajar di Jordan. Tidak lupa, bibit-bibit cinta yang dilakar secara halus dan bermakna lantas 'memaksa' pembaca untuk menyelak ke muka terakhir!
May 17, 2026
Saya tidak merancang untuk membaca novel ini sebenarnya, selebihnya tertarik dengan kulit hadapan. Rasanya bonda saya yang membeli novel ini, sudah berbelas belas tahun lamanya novel ini tersimpan di almari buku tanpa membacanya.


Sehinggalah ke hari ini, secara tiba-tiba saya teringin mahu mencuba membacanya sama ada menarik dibaca ataupun tidak. Sejujurnya saya belum pernah membaca karya penulisan Zaid Akhtar sebelum ini, biarpun di rumah mempunyai karya terkenal beliau ' Salju Sakinah '.


Nampaknya novel ini sudah dicetak semula sebanyak TIGA kali di bawah syarikat penerbitan berbeza dengan TIGA kulit hadapan berlainan, novel yang dimiliki saya adalah cetakan semula kedua di bawah penerbitan PTS One memandangkan syarikat penerbitan itulah yang menerbitkan novel ' Salju Sakinah '.

Bayangkan novel ini asalnya dicetak pada tahun 2001 namun saya membeli edisi 2015 bawah penerbitan PTS One dan membacanya pada 2026 selepas 11 tahun membelinya, sejujurnya saya ini tidak pernah membaca sangat novel sastera sangat kerana mengandaikan ianya membuatkan saya mengantuk dan kebosanan.

Jika benar novel ini kesusasteraan seperti yang tertulis di kulit hadapan, maka dapat saya simpulkan bahawa sastera tidak membosankan sepertimana yang disangkakan saya selama lebih 20 tahun ini. Karya ini mengubahkan pemikiran saya mengenai novel kesusasteraan selama ini.


Syabas diucapkan kepada penulis Zaid Akhtar telah mengubahkan pandangan saya selama ini, sewaktu mula membaca saya sangkakan naskhah ini mungkin tidak menarik minat saya dan membosankan. Sebaliknya saya tersilap sama sekali, di luar jangkaan saya boleh membacanya sampai muka surat terakhir tanpa kebosanan langsung.


Saya sendiri juga terkejut dengan diri sendiri dapat menghabiskan naskhah ini, nasib baiklah novel ini tidak setebal mana dan mengambil masa dekat 3 hari untuk menghabiskannya. Itu pun saya merasakan cerita ini macam pendek sangat, teringin mahu membaca kesinambungan kisah Iqbal dan Hazwani namun dirasakan pembaca perlu memikirkan sendiri bagaimana penamat dan perkembangan watak-watak di dalamnya.


Melalui naskhah ini barulah saya mengetahui sejarah negara Jordan yang sebenarnya, setelah membaca komik bersiri Gaza saya sendiri baru mendapatkan maklumat baharu mengenai sejarah kejatuhan Palestin. Karya ini banyak diselitkan mengenai warga Palestin dan negara mereka Palestin yang malang.


Tepat tekaan saya bahawa identiti sebenar Nailofar(kononnya nama sejenis bunga, entah bagaimana rupa bunga tersebut)adalah Hazwani yang memang ternyata mencintai Iqbal sepertimana dakwaan kawan-kawan Iqbal. Mengenai kad undangan perkahwinan Salsabila tidak mengejutkan saya dan berada di jangkaan, apatah lagi ianya perkahwinan yang diaturkan emak Salsabila.


Demi kasihkan seorang ibu dan enggan dilabelkan anak derhaka, Salsabila mengorbankan perasaan cintanya dan mengahwini pilihan hati emaknya. Mungkin ini adalah yang terbaik buat Iqbal mahupun Salsabila, lagipun di sana adanya Hazwani yang setia menunggu dan mencintai penuh tulus ikhlas.


Kasihan semasa Iqbal ditahan hanya kerana semata-mata majalah mengenai Palestin, Alhamdulillah nasib baiklah beliau sempat dikeluarkan sebelum hari peperiksaan akhir bermula dan berjaya lulus dalam ketiga-tiga kertas ujian tersebut. Cuma sayangnya sahabat Palestin beliau, Aiman telah kembali ke negara asal demi keluarga tercinta tanpa sempat menghabiskan pembelajaran di Jordan.


Disebabkan naskhah ini membuatkan saya tertarik mahu membaca karya terkenal beliau ' Salju Sakinah ' yang diperkatakan ramai setelah selesai membaca ' Sesegar Nailofar ' (nampaknya nama anak perempuan penulis adalah Nailofar juga) Karya ini tidak mengecewakan sebaliknya di luar jangkaan saya dan mengubahkan pemikiran serta pandangan saya kali ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nurul Tasneem.
199 reviews7 followers
Did Not Finish
April 16, 2026
Awalnya, saya suka dengan penulisannya. Cuma banyak perkara yang menghalang saya untuk meneruskan pembacaan. Gaya pertukaran babak ke babak yang lain atau dua tempoh yang berbeza sangat mengelirukan. Kemudian, menyentuh pula tentang kehidupan seorang pelajar agama di Jordan yang kononnya islamik namun dalam ikhtilat tidak pula saya di mana islamik nya. Dari awal perkenalan lagi, saya sudah tidak gemar apabila watak Iqbal ni agak ‘menghentam’ perempuan. Sudahlah menerima hadiah daripada ajnabi dan pada masa yang sama sedang menunggu ajnabi yang lain. Jika sudah ada seseorang, maka cakaplah. Jika tidak pasti, letaklah boundaries yang sepatutnya. Jangan meletak harapan. Cakap terus. Bukannya berkias atau berlapik bicara jika ada yang bertanya tentang status diri. Saya suka membaca kisah cinta. Namun, apabila wataknya orang yang sepatutnya beragama dan menjaga bersikap sebaliknya lalu merosakkan nilai agama tu sendiri, saya jadi sensitif.
Profile Image for Fariza Umaira.
127 reviews7 followers
August 8, 2023
Novel pertama penulis yang saya baca bertajuk Rona Bosphorus. Baca dulu pun pinjam dari kawan sekelas masa tingkatan lima kalau tak silap. Sejak tu saya cari-cari juga karya beliau yang seterusnya.

Maka, ini novel kedua penulis yang saya baca. Lama betul menunggu nak dapat baca novel ni. Tapi dah tak ingat saya beli di mana dan bilakah saya membelinya. Yang pasti, novel ni keluaran PTS tahun 2015.

Suka baca kisah belajar, bercinta, berkelana di negara orang lagi-lagi tempat tu tempat bersejarah. Simpan impian semoga ada rezeki ke sana. Aminnn, in shaa Allah
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
April 14, 2020
Pertama kali baca buku tulisan Zaid Akhtar. Lama sudah tak baca genre seperti ini. Pada awal bacaan, aku rasa susah nak hadap gaya penulisannya. Kerap kali menguap 🤭. Tapi, sebab aku tertarik dengan perkataan 'Nailofar', itu yang aku teruskan pembacaan. Bab demi Bab, akhirnya aku dapat biasakan. Makin menarik, terus tak boleh berhenti 😌. Pada masa yang sama aku belajar berapa perkataan bahasa Arab. Yang penting!! Jalan cerita buku ini lebih menarik daripada drama yang disiarkan di TV ✌🏼
Profile Image for Maisarah 莎拉 ساره 사라.
86 reviews
January 6, 2022
-Plot yang perlahan dan lambat
-bahasa yang terlalu 'kaku' 'keras'
-transisi dari lamunan/mimpi/ingatan tidak jelas, jadi nampak berterabur
-saya puji penulis memasukkan elemen ilmu/info/fakta walaubagaimanapun cara ditulis tidak menarik dan 'terlalu jelas' (tersurat) Kadang2 agak tiba2
-saya tak rasa ada 'cerita' dalam buku ini. Emosi yang ditulis tidak dapat sampai kepada pembaca

Walaubagaimanapun tahniah untuk buku ini dan semoga dapat ditambah baik
129 reviews3 followers
August 16, 2019
admin puji dengan penulis novel ni. jalan cerita yg disampaikan ringkas dan tidak terlalu rumit senang cerita mudah faham. dan konflik yg disusun tu mmg terbaik... walaupun awalnya cerita ni agak perlahan tapi klimaks dia mmg menarik minat admin nak habiskan.......
Profile Image for Nurul Widad.
4 reviews1 follower
October 24, 2016
Sebenarnya saya kurang faham apa point utama yang nak disampaikan di dalam cerita ini jika nak dikaitkan dengan tajuk buku. Cerita ini lebih megfokuskan kepada kehidupan seorang pelajar Jordan dari sisi lain iaitu lebih banyak kepada cerita perjuangan. Namun, diselitkan cerita cinta yang bagi saya kurang sesuai jika dipadankan dengan jiwa seorang pejuang katanya.

Saya sering membayangkan sesuatu situasi apabila membaca cerita. Jadi, apabila saya membayangkan seorang yg digelar ustaz berjumpa dengan seorang yg digelar ustazah, berjumpa di rumahnya, memberi hadiah, ustaz yang berdegup kencang melihat si ustazah dan banyak lagi adegan yg bagi saya agak memualkan, ini sebenarnya bukan gambaran seorang ustaz dan ustazah yg patut dicontohi dari segi cinta.

Jangan diislamikkan cinta itu jika sebenarnya ia langsung tidak menunjukkan di mana islamnya.

Overall, saya suka jalan cerita persahabatan antara ahli beit Darul Hawariyyun. Ini saya bagi 3 bintang
Profile Image for Niena Aniesza.
227 reviews8 followers
Read
June 21, 2026
Sebagai pembaca, saya suka apabila penulis memasukkan pengalaman belajar di negara orang, ukhwah sesama pelajar, sejarah, dan juga semangat umat Islam dalam memperjuangkan Baitulmaqdis.

Cuma apabila masuk ke bahagian cinta antara Iqbal dan Hazwani, ya Allah, cringe sungguh.
Profile Image for Syamil A Samad.
25 reviews2 followers
November 26, 2009
sangat indah setiap perkataan yang diucapkan membuatkan saya terleka membacanya dan dapat dihabiskan dalam beberapa jam sahaja
Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
March 10, 2011
Antara novel-novel awal dalam kategori Novel Cinta Islami.

Sesuai untuk bacaan santai.
Profile Image for Balqis Manan.
8 reviews35 followers
June 6, 2015
Cinta mengikut syariat Islam dan jalan cerita yang mudah diikuti.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews