What do you think?

Jasad
Reykal dan Tenku yang bersahabat berkongsi cerita tentang kisah seram yang pernah didengari mereka berdua. Mereka berdua galak bercerita sehingga tanpa disedari, kejadian-kejadian yang menyeramkan mula menghantui mereka. Satu demi satu kejadian misteri yang menggerunkan bertubi-tubi mengganggu kedua-dua orang sahabat itu. Seolah-olah terdapat satu kuasa jahat yang memburu mereka dengan penuh bernafsu. Bahana apa yang melanda? Adakah ia realiti atau ilusi? Persoalan demi persoalan mencetuskan kekeliruan dan kekalutan. Saat jiwa kian kecamuk, saat debaran semakin melonjak, saat semangat kian terhapus, saat ketakutan semakin merasuk, mereka mula mendapat jawapan itu. Mampukah mereka keluar daripada lingkaran misteri itu?
464 pages, Paperback
First published March 1, 2015
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
March 22, 2015
Apa yang boleh saya simpulkan, percubaan pertama penulis berjaya! Ending cerita yang tak disangka-sangka! Good job Eqbal.
June 6, 2015
aku bagi 3.5 bintang.
paling aku puji adalah gaya garapannya. tak terlalu skema ayat, mudah faham dan plot tersusun.
jalan cerita tu jika dibaca awal2 mmg boleh agaklah apa yg berlaku. penulis cuma pusing di akhir2 bab utk nak jadikan luar jangkaan. tapi ttp boleh diterima...
jasad ni mirip pada antologi cerpen, cuma digarap dlm bentuk novel.
cuma, bila terbaca aje yg pasal spirit of the coins, rsa macam idea yg slalu sgt penulis seram guna.
thanks

March 16, 2026
Rate : 4.5⭐️
Jasad ni saya anggap salah satu naskah yang sangat baik telah diterbitkan. Baik dari segi seram dan juga pengajaran. Mula tu dah yakin boleh tebak apa yang jadi dekat mereka ni tapi, rupanya penulis tambah sikit lagi cerita buat twist yang kita pun tak sangka. Dari awal lagi saya tak sangka cerita ni ada banyak kisah seram. Bukan semata tentang Tenku, Hanif dan Reykal.
Dalam pada kita ternanti-nanti kebenaran tu nak didedahkan, kita dilalaikan dengan cerita-cerita seram yang dibualkan antara Tenku dan Reykal. Setiap kisah seram tu semakin menekan dan menakutkan. Malah mereka yang bercerita pun asyik didatangi makhluk seram. Si Tenku lah selalu berdesup lari tinggalkan Reykal. Penakut betul!
Saya suka semua kisah seram dalam buku ni. Mana yang menunggu dekat wad, ada yang menjelma dekat pejabat, di rumah pula ada yang bersantau, si isteri yang terpedaya dengan makhluk belaan dan rumah sewa berpuaka. Yang saya sebut ni semua kisah yang berlainan dengan tahap keseraman yang berbeza. Tak kurang hebat plot twist tersendiri. Menambah rencah cerita.
Pada masa yang sama Tenku dan Reykal ni dah naik bosan dan penat menunggu si Hanif dekat hospital. Itu yang keluar macam2 kisah seram. Mereka juga tak lari diganggu makhluk ngeri. Makin lama makin tak boleh dikawal. Sampailah mereka dah faham dengan situasi yang sebenar. Memang tak sangka mereka diuji dengan jasad yang terpisah.
Setiap seram yang penulis bagi, pasti ada pengajaran dan tegurannya. Kita kena pandai hadam sendiri. Pengajaran paling terkesan mestilah apa yang berlaku diantara mereka bertiga ni. Kena baca kalau nak tahu kenapa. Walaupun buku ni dah lama diterbitkan tapi, tetaplah relevan dan masih fresh!

September 10, 2025
Ulasan Buku: Jasad – Eqbal Mohaydeen
Kisah seram kali ini benar-benar mendebarkan. Ia mengisahkan Hanif, Reykal, dan Tenku yang pergi ke hospital, lalu hijab mereka terbuka sehingga mengalami pelbagai gangguan menyeramkan.
Lebih menambah rasa ngeri, mereka sempat pula berkongsi kisah-kisah hantu hospital – seolah-olah mengundang bahaya sendiri.
Bukan sekadar seram, penulis turut menyelitkan nasihat dan mesej dakwah yang menyentuh hati.
Ada plot twist mengejutkan bukan hanya di penghujung, malah dalam penceritaan sepanjang novel. Walaupun seramnya kuat mengganggu, ia tetap sarat pengajaran.
Akhir cerita pula membawa kesedihan yang menginsafkan – mengingatkan kita bahawa sebelum maut menjemput, usahalah memperbaiki diri.
Kesimpulan:
Sebuah karya seram yang bukan sahaja menghiburkan dengan kejutan, tetapi juga menyampaikan mesej rohani yang menusuk jiwa.

March 29, 2015
this book ...this book. lemme get this straight, this book changed me a lot. eventho , serious seram beb! I can even sleep properly after reading it heheh. anw , I love how the story keeps on going and the plost twist tho heheh. kerja yg bagus eqbal, im hoping for you new book (?) if ada sja heheh. keep up the good work (y) sorry I cant tell u guys everything (takut2 telepas spoilers pulak heheh)
July 28, 2026
Tiga sahabat Reykal, Tenku dan Hanif ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi tangan Hanif yang tercedera. Sementara menunggu Hanif mendapatkan rawatan yang ternyata agak lama, Reykal dan Tenku mula berkongsi cerita seram. Dan ternyata mereka mula mengalami kejadian-kejadian aneh di situ.
Tekaan SH hampir tepat cuma ada sedikit tambahan plot twist di hujung cerita. Ceritanya agak menarik namun sedikit klise. Cumanya SH rasa seolah-olah membaca banyak kisah yang lain bukan hanya kisah mereka bertiga. Bagi SH kalau lebih ditumpukan kepada kisah mereka mungkin akan lebih menarik. Perkongsian cerita membuatkan SH rasa lambat untuk kebenaran terbongkar tanpa cerita yang kukuh. Mungkin kalau cerita itu berkisar di antara mereka bertiga, kelambatannya tidaklah terasa.
SH sukakan pengakhiran cerita Reykal dan Ayu. Bagi SH kecurangan adalah antara kesalahan yang tidak patut diberikan peluang kedua. Kerana ianya mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berulang. Andai benar rasa sayang itu benar tidak mungkin hati akan beralih arah.

June 4, 2017
Dek mimpi buruk berjuang dengan zombie, Hanif tak sengaja mencederakan diri. Reykal dan Tenku sahabat serumah sudi menemani Hanif ke hospital. Dalam perjalanan, nyaris nak tercabut nyawa dalam kemalangan tapi sampai juga mereka bertiga kat hospital.
Giliran Hanif bertemu doktor tiba. Lama juga Reykal dan Tenku tunggu sampai lapar. Maklumlah tak sempat makan tengahari tadi. Jadi mereka berdua bangun mencari kantin.
Sambil menghilangkan rasa bosan, kedua-duanya bertukar-tukar cerita seram. Tak tau la mungkin penangan cerita tersebut atau hospital sendiri adalah satu tempat yang ada aura tersendiri, Reykal dan Tenku mula nampak macam-macam.
Yang Hanif pula lepas dua jam masuk ke bilik doktor, keluar dan tengok Reykal dan Tenku dah takde kat ruang kecemasan. Dah satu hal pula dia kena pusing hospital cari. Dah la telefon tak bawa tadi sebab bateri nak habis.
Dekat tengah malam barulah mereka bertemu. Sebab semua dah cuak, mereka nak terus balik saja. Tapi rasanya jalan yang mereka ikut tu 10 minit je dah patut sampai rumah. Apesal lama sangat pula ni? Ah sudah.
* * *
Seram tu tak yah cerita la. Dah sampai tahap tutup cover buku dengan kertas dah. Tapi nasiblah bulan Ramadhan jadi meter cuak tu masih berada di bawah paras bahaya.
Tak payah teka, memang korang takkan jangka endingnya. Menjadi la plot twist tu sebab saya sendiri pun silap teka. Heh.
Ada juga terselit kisah cinta Reykal dan Ayu. Kira macam Reykal ni watak utama la. Tapi banyak skip part tu. Tak suka pula kita dengan si Ayu ni.
Tapi buku ni memang mengajar kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Dan bab alam ghaib ni, percaya sudah. Tak yah gatal cari. Baik cukupkan ilmu nak tempuh alam kubur dan akhirat.

November 4, 2016
Dalam perjalan ke hospital untuk menghantar, Hanif, Reykal dan Tenku terlibat dalam satu kemalangan jamlanraya. Semasa menunggu sahabat mereka mendapat rawatannya di hospital dengan begitu lama, Reykal dan Tengku mula membuka cerita hantu masing2
Cerita-cerita pendek ni lah yang membuat Bulu roma aku merinding selalu dan endingnya sungguh tak disangka
Kepada peminat-peminat cerita seram, Jasad is a must buy.

January 2, 2016
Masuk bab Puaka, aku baca dialog je. Sebab? Tiap-tiap malam aku baca novel ni, tapi tak habis-habis. Cara penceritaan penulis ni biasa je. Tapi seram dia aku tak boleh handle. Hahahaha.
Jadi, aku baca jelah dialog. Bila-bila hari siang nanti aku baca lain.
Penulis, tahniah! Real betul seram awak ni bila dah nak hujung-hujung. Tak mampu saya nak baca patah demi patah.

January 11, 2025
Jasad | Eqbal Mohaydeen
Tenku. Hanif. Reykal
Cubaan pertama baca buku ni tak berjaya tahun 2024. Rasa berat sangat nak habiskan. Tapi cubaan kedua akhirnya berjaya sampai tak boleh stop pula selagi tak habis. Dalam kisah seram ada kisah seram lain yang ada kisah seram lain (confusing kan? Ye saya pun hahaha). Silap besar ya baca waktu malam. Dari awal ingat dah boleh agak apa yang jadi dengan 3 sekawan ni tapi salah rupanya. Berkali kali salah.
Paling suka cerita puaka. Scary. Plot twist.
“Dalam dunia ini tak ada yang mustahil boleh berlaku. Ingat tu.”

July 18, 2026
Bukanlah novel seram pertama yang aku pernah baca, tapi Jasad meninggalkan kesan yang baik untuk aku.
Reykal dan Tenku berkongsi cerita seram sepanjang menunggu seorang lagi sahabat mereka, Hanif yang menerima rawatan di bilik doktor di hospital. Sejujurnya aku rasa macam dipaksa baca cerita lain dalam novel ni. Tapi takpa, selitan ceritanya pun boleh tahan jugak la.
Hospital Berhantu - tak seram sangat, mungkin sebab cerita lebih kurang macam ni, aku pernah dengar sebelum ni.
Hantu Askar Jepun - the most irritating story. Orang dah pesan, balik sebelum pukul 7pm. Jangan stay back. Ada keja bawak balik rumah. TIDAK! Degil Salmah ni, geram aku.
Santau - cerita ni gilanya baca kedengkian manusia. Trauma aku dengan ulat yang menjijikkan. Hampir nak muntah. 🤢
Hijab - ini satu lagi yang buat aku geram. Hang nampak entiti, laki hang tak percaya, hang pi jumpa bomoh, lepas tu 2 minggu hang dah tak nampak pulak entiti tu. Hang patutnya bersyukur kepada Tuhan, tapi tak! Hang kecewa pulak sebab tak nampak entiti tu. Hang dah kenapa Sasha!?😭 Lepas tu bila nampak balik entiti tu, rupanya hang nak guna mantera dan daun sirih yang bomoh tu bagi. Dalam mantera tu sah-sah sebut,"BUKAKAN HIJABKU", dah tu bila lepas terbukak hijab, hang meroyan hang takut apakejadah Sasha ni?! Dah jadi keja menyusahkan laki hang. Ahhhh tekanan.
Puaka - cerita ni menarik, melibatkan permainan spirit of the coins dan bagaimana entiti bernama Joni mula mengganggu mereka berlima rakan serumah. Setiap orang kena gangguan tersendiri. But in the end, mereka berusaha untuk menghentikan gangguan Joni.
Dalam pada cerita-cerita ini, ada kisah tentang Ayu, kekasih Reykal yang mencari Reykal dan menyesal dengan perbuatannya terhadap Reykal. Ayu mencari Ilham, rakan serumah Reykal juga.
Sebelum plot twist, aku macam dah mula bosan dan rasa "bila nak habis ni?". Bila plot twist tersebut terjadi, aku macam OMG dan mungkin lega. Sebab my expectation awal-awal tu dah jadi lain di penghujung cerita.
Yang paling aku puas hati, tentang PELUANG KEDUA. Peluang kedua yang tidak mereka sia-siakan. Dan itu benar-benar menyentuh jiwa aku.

May 6, 2025
Banyak cerita seram dalam sebuah buku cerita seram.
June 3, 2015
ini baru betul boleh masuk kategori buku seram yang memang seram.. suka dengan gaya penceritaan cerita di dalam cerita. pembaca bukan saja di hidangkan dengan satu kisah seram utama, tapi juga di selangselikan dengan beberapa lagi kisah seram membuatkan tidak rasa rugi dan berbaloi memiliki buku ni. ketebalannya memang tak terasa... walaupun berdetak-detak jantung ketika membacanya.. yang suka bila baca buku ni, boleh nampak kesungguhan encik penulis menterjemahkan ideanya dalam bentuk penulisan dan nampak homework yang dibuat... thumbs up mr. writer!..
kisahnya?.. reykal dan tenku berkongsi alkisah seram sementara menantikan hanif yang mendapatkan rawatan di hospital... sebelum itu dalam perjalanan mereka ke hospital mereka kemalangan namun mujur tiada berlaku apa-apa.. cumanya, dalam bersungguh mereka berkongsi cerita, kejadian seram mula menghantui mereka.. yang tambah misteri keadaan di sekeliling mereka seperti mengiakan segala alkisah yang mereka kongsikan. mereka seperti tidak dipedulikan bila bertanya.. apa yang berlaku sebenarnya?.. di mana hanif?.. mengapa keseraman terus melanda?... peminat buku seram, sila dapatkan buku ni ya.....

May 21, 2015
Setelah sekian lama, hri ini saya terpanggil utk menulis review utk JASAD karya sulung Eqbal. Genre seram, sebnrnya bukanlah genre pilihan bg saya yg sememangnya penakut, tak kiralah buku,filem atau drama. Tetapi, ini tak bermkna saya x membaca mahupun menonton cerita2 seram. Novel ini xdpt sy nafikan seram, saya memilih wktu siang shj utk menghadp novel ini hehe.. Hmm,novel ini jg mmpunyai olahan jln cerita yg unik (5 Kisah,1Cerita), & mudah difahami walaupun trdpt beberapa bhgian yg dpt sy teka kesinambungannya tapi pengakhirannya x seperti apa yg sy duga. Pandai penulis susun jalan cerita. Selain itu, JASAD bukan semata cerita seram malah ia ada mesej yg hendak dismpaikn kpd pmbc secra tidak langsung disetiap watak dan insiden yg berlaku. Ini membuatkan novel ini lain dari yg lain malah bertambah menarik. TAHNIAH utk penulis, teruskan berkarya dan semoga berjaya Eqbal Mohaydeen. Bg peminat genre seram atau yg baru nk jinak2 mbc novel seram, saya sarankan JASAD.
April 15, 2016
Permulaan cerita ini saya baca dengan tekaan beginie.. Kalau perasan dan peka, mesti dapat tangkap.. Tapi bila semakin banyak helaian yang dibaca semakin kukuh tekaan saya.. Namun, endingnya tidaklah seperti yang saya duga.. Sungguh saya x sangka endingnya begitu.. Berubah dari jangkaan dan tekaan saya..
Dalam banyak2 cerita yang dikongsikan Reykal (suka nama nie) dan Tenku, yang paling menggerunkan Hantu Askar Jepun, Santau dan Puaka memang menyeramkan.. Bila membaca cerita dalam cerita memang agak menyeramkan..
Apa yang boleh saya kongsi, Jasad berjaya mengganggu tido saya.. Tahniah buat Eqbal Mohaydeen atas cerita yang sangat ohsem..

July 31, 2015
Elemen seram dh ada, tp sbb smua crita dlm ni saya pnah tgk di tv/cd (thailand/singapore/malaysia)...so...sorry....
October 10, 2015
best! ingatkan betul-betul dah meninggal si hanif,tenku dgn reykal tu.
kisah yg ada pengajaran jugak la.paling suka kisah hantu tajuk puaka dgn
hantu jepun.

April 21, 2022
Dua tiga kali tutup buka novel ni sebab tak mampu nak habiskan.
August 9, 2026
Personal Rate : ⭐️⭐️⭐️⭐️(4/5)
Jasad bukan sekadar novel seram yang menghidangkan satu kisah hantu dari awal hingga akhir. Sebaliknya, Eqbal Mohaydeen menggunakan konsep “cerita dalam cerita” untuk membina rasa seram yang semakin lama semakin menghimpit.
Kisah bermula apabila Hanif, Reykal dan Tenku dalam perjalanan ke hospital selepas Hanif mengalami kecederaan. Ketika Hanif mendapatkan rawatan, Reykal dan Tenku yang menunggu mula berkongsi pelbagai kisah seram bagi menghilangkan kebosanan. Namun, semakin banyak cerita yang mereka bualkan, semakin banyak pula kejadian aneh berlaku di sekeliling mereka.
Antara kisah yang diselitkan termasuklah gangguan di hospital, hantu askar Jepun, santau, hijab dan puaka. Setiap satu mempunyai bentuk kengerian tersendiri, tetapi yang membuatkan saya lebih tertarik ialah bagaimana cerita-cerita tersebut perlahan-lahan seolah-olah mempunyai kaitan dengan keadaan yang sedang mereka lalui.
Pada awalnya saya rasa saya sudah boleh menjangka ke mana hala tuju cerita ini. Ada beberapa petunjuk yang membuatkan kita mula membuat teori sendiri. Tetapi apabila semakin menghampiri penghujung, penulis mula memusingkan keadaan sehingga tekaan yang kita bina terasa tidak lagi kukuh.
Bahagian akhir inilah yang paling meninggalkan kesan. Ada unsur kejutan, kesedihan dan satu mesej yang membuatkan saya berfikir semula tentang kehidupan, kematian serta pentingnya kembali kepada Allah sebelum terlambat.
Bagi saya, kekuatan Jasad bukan hanya pada elemen seramnya, tetapi pada cara penulis menyembunyikan jawapan sebenar di sebalik pelbagai gangguan dan kisah misteri. Sebuah bacaan yang sesuai untuk peminat seram yang suka bersama plot twist dan cerita dalam cerita.
November 12, 2020
Kalau boleh memang nak bagi review 5 stars!
Tapi ada minor2 isu dari segi jalan cerita, yang pembaca boleh agak pengakhiran kisah ini. - tapi, plot twistnya memang berpusing sampai kita rasa wow!
Buku ni sepatutnya pendek je. Tapi penulis sengaja panjangkan kisah untuk menimbulkan elemen seram & suspense. Agak berjaya tapi kurang kick.
Mula2 kisah agak bosan, skema, cringe tapi bila dah layan dalam 50% baru umpph tu datang sedikit demi sedikit.
Cerita ni boleh dikatakan lengkap.
Emosi - happy, sedih
Keseraman - tak sangat tapi ada lah boleh telan air liur
Dan yang paling penting - pengajaran yang membuatkan pembaca macam aku ni tersentap sikit.
Macam biasa buku lama yang baru aku baca tahun 2020.
Tahniah penulis yang membuatkan aku menutup buku dengan kuat diiringi perasaan puas bila habiskan pembacaan.

September 14, 2021
best gila novel jasad nii....tp awl2 tu dah boleh anggap apa yg dah berlaku tp penulis berjaya memutar semula sangkaan pembaca seolah olah ingin mencipta sinar harapan kepada akhir jalan cerita.walaubagaimanapun,novel ini terdapat juga unsur2 pengajaran yg bg saya amat menyentuh hati
Apa apa pun,tahniah kepada penulis
Apa apa pun,tahniah kepada penulis
February 10, 2026
Penceritaan baik, description semua membuatkan pembaca betul-betul dapat bayangkan makhluk-makhluk yang ada. Cumanya, terlalu panjang. Ada cerita filler yang boleh dikeluarkan. Dan cerita filler pun ada filler. By the 50th chapter, rasa macam dah boleh wrap up. Sebab dari awal pun dah nampak plot yang ingin dicuba.
Awal-awal tu memang seronok baca. Intrigued untuk baca buku penulis yang lain.

June 2, 2018
tiada idea baru sangat. biasa saja
January 25, 2019
macam pernah baca cerita macam ni.
July 28, 2021
Di penghujung hujung cerita sahaja menyebabkan saya menambah satu bintang walau pengakhirannya dapat di teka. Mula sehingga ke pertengahan serasa membaca novel seram pra remaja.
August 25, 2021
Ada main story dengan sub story, best baca , x bosan sngt .
January 22, 2023
Cerita dalamnya sebenarnya best sangat2. Meremang bulu roma bila baca. Sangat seram! Cumanya tolak 1 bintang sebab kurang gemar endingnya yang agak cliche. Good work and keep it up!
July 15, 2026
Banyak citer dalam citer camtu laa…nasib baik ada selit2 perasa dalam citer tak la terlalu bosan bagi sy.
November 26, 2020
Susunan cerita yang menarik.
Di waktu tiga sahabat mencari jawapan keadaan yg mereka lalui, diselitkan dgn beberapa lagi kisah seram yg lain.
Plot twist menarik di hujung cerita yg memberikan kesedaran kpd semua.

November 11, 2016
ending yang tak disangka sangka..tahniah eqbal...
peluang kedua tak datang selalu...
peluang kedua tak datang selalu...
Displaying 1 - 30 of 32 reviews