Za’im Yusoff atau nama penuhnya Muhammad Za’im Bin Mohamad Yusoff merupakan graduan jurusan Perdagangan dan Ekonomi daripada University of Melbourne, Australia. Terkesan dengan kejayaan-kejayaan rakan-rakan penulis usai bengkel-bengkel penulisan Grup Karyawan Luar Negara (GKLN), beliau nekad untuk turut sama melangkah ke dunia penulisan sekitar hujung 2013. Setakat ini, alhamdulillah – sebanyak 14 puisi moden dan tradisional serta 11 artikel termasuk kritikan filem diterbitkan dalam majalah-majalah, portal-portal juga surat-surat khabar tempatan. Beliau juga terbabit dalam 3 antologi puisi diterbitkan oleh Grup Karyawan Luar Negara melalui “Juzuk”, “Dandelion” dan “Tanah Tanpa Peta”. Setakat September 2015, telah menulis dua kumpulan puisi perseorangan berjudul “Dari Hujung Peradaban Edan” setelah penerbitan kumpulan puisi sulung berjudul “I Lap U” selain antologi bersama dua penulis lain melalui "Bahasa Tuhan Sudah Mati". Kini bertugas sebagai seorang esekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan dan boleh dihubungi melalui zaimyusoff@gmail.com atau akaun instagramnya @zaimyusoff untuk tujuan perkenalan, perkongsian termasuk juga jemputan deklamasi puisi.
Mengapa ketika bersembang Dua mata perlu memandang Sedangkan yang mendengar Ialah telinga?
Kerana telinga menangkap bunyi Sedangkan hanya mata Menangkap cinta Dan darinya Turun ke hati.
Ah! Indah sekali puisi ini. Rasa nak menangis keharuan apabila membacanya!
Jujur aku kurang berminat dengan puisi tapi aku suka bahasa-bahasa puitis.
Tak ada perkataan yang dapat aku gambarkan usai membaca 115 puisi dalam buku ini. Rasa macam nak terbang ke angkasa!
Rasa seperti setiap perkataan yang aku baca itu, aku kunyah lalu aku telan lalu aku kekenyangan dan aku tak puas sebab aku rasa nak ulang proses yang sama. Kunyah, telan dan kenyang. Kunyah, telan dan kenyang.
Tak pernah aku jumpa puisi berbentuk bulan atau rumah. Ini pertama kalinya. Terima kasih Zaim!
Antara puisi yang aku suka; Sembang Cinta Mimpi Pembonceng Hati Di Saat Pasangan Terlupa Hati Ialah Langit Hujan Pelangi Cinta Dua Malam Tanpa Mimpi Topeng Takdir Masa Lalu Usah Bazirkan Tangismu Terserempak Bekas II
Setiap puisi yang aku baca sangat terkesan dan berbekas di hati. Ya! Puisi yang aku suka itu sangat dekat di hati aku. Sangat peribadi.
Thanks for the roller coaster ride bro! Penuh emosi.
Mula membaca buku ini pada hari ulangtahun ke 22. Bermula dengan puisi Hujan Pelangi Cinta.
Tanpa sedar, masa berjalan begitu pantas. Kelahiran demi kelahiran. Menua dengan ilmu dan pengalaman, dengan kemenangan dan kejatuhan. Ya. Hujan lebat, badai yang kuat, aku pernah merasa semua itu. Pahit maungnya kehidupan sudah aku rasa. (Tak perlu kau ukur sepahit apa pengalaman aku) Hujan Pelangi Cinta ini membuat aku semakin pasti tentang perasaanku sendiri.
'Begitulah hujan turun untuk memunculkan pelangi cinta' 'Hujan lebat, badai yang kuat, akhirnya akan pergi tetapi insan yang kuat pekerti dengan keelokan budi akan kekal selamanya'
Itulah yang aku temui. Kerana hujan dan badai itulah, terzahir siapa kawan dan siapa lawan. Dan itulah pelangi cinta. Yang mengerat kasih kita. Ya. Kitalah insan yang kuat itu. Dan esok terlakar dalam impian dan harapan, biarpun hujan kembali turun, atau badai melanda lagi bumi kita, impian dan harapan kita, tetap juga yang terindah dari sekalian hari, kerana kita percaya, hujan membawa pelangi cinta.
Puisi-puisi I Lap U amat dekat dengan jiwa. Satu puisi sehari. Terlalu berharga untuk dibaca sambil lalu.