Rahman is a 14-year old boy who runs away from his stressful home in search of his biological father. The journey is filled with several wrong turns and unexpected encounters.
2.0* untuk keseluruhan cerita dan 4.0* untuk kaver yang lawa!
Mungkin naskah ini bukan untuk memenuhi selera aku. Mungkin untuk orang lain. Merangkak-rangkak aku cuba menghabiskannya.
Pada permulaan cerita terasa agak meleret. Phewww! Penat wei...
Kisah mengenai budak, asrama dan buli ni aku dah malas nak baca. Tambahan lagi, dialog utara yang digunakan, kadang-kala aku langsung tak faham. Betul-betul rasa terpinggir dengan watak-watak yang ada.
Apa-apa pun ini bukan review. Ini hanya pendapat peribadi. Kalian cubalah. Mungkin kalian akan suka?
Serius. Buku ni buat aku gelak, sengih sorang2 dalam lrt. Sampai orang yang duduk depan aku jeling2 pelik.
Laras bahasa yang simple, buat aku baca buku ni tanpa stop2. Rasa tak puas. Teknik romansbildung yang aku kira berjaya. (Eh, romansbildung tu genre kan? Err)
Ending dia yang paling tak tahan. Hahah Anyhow, congrats penulis! Aku nantikan karya yang seterusnya! :)
A story of Rahman, a 14 years old who is running away from home and been through a lot along the journey. It's a wonder that he finally able to make his way home. I think what made the story interesting is that there's a lot going on and it has a good pace (though there are some parts that felt more like ramble.) Even when the story goes from past to present, it's still enjoyable to read. Plus the narration is funny and potrays a naive, childish 14 years old. I cannot guess actually what would happen at the end; I kept hoping that he will find his uncle. The ending is unpredictable and I like it. It's a good ending for his stepdad, unfortunately, not for Rahman.
Sejujur-jujurnya, saya tak berapa sangat faham dengan jalan cerita ni. I get that jalan cerita ni banyak kepada flashback but cerita ni seolah-olah tidak sampai (no offense). Cerita ni juga seolah-olah tidak ada penghujung. I was curious to what happen in the end and also in the beginning of the story. Well, actually I was hoping for something a little bit interesting dan juga penulisan yang bagus.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sebenarnya aku rancang untuk mula membaca LARI selepas final exam, tapi selepas 5-6 mukasurat (yg kononnya sneak peak), aku rasa 9 akal aku tak mampu melawan 1 nafsu yg ada (ada kaitan ke?), jadi aku cubalah juga cari masa yg boleh aku luangkan utk membaca hingga tamat.
Aku tidak berapa gemar cerita berkisarkan budak sekolah sebenarnya, tetapi gaya narasi penulis yang melihat sesuatu dari sudut pandangan budak kecil yang naif ternyata menghiburkan dan berjaya buat aku tersenyum - dan kadangkala ketawa - seperti org hilang akal. LARI juga sedikit sebanyak mengimbau kenangan zaman kanak-kanak aku; walaupun aku tidaklah punya kejadian se-tragis watak di dalamnya. Banyak juga pengajaran hidup yg diselit - secara langsung atau tidak - oleh penulis.
Mungkin ada yg tidak begitu senang dgn pengakhirannya, but to me; as long as I enjoyed the ride, it doesn't matter where it ends (speaking kerana nampak bergaya sedikit guna bahasa penjajah), agittew. Jadi lepas ini jika ada yg tanya "Buku Fixi apa yg best?", LARI akan menjadi salah satu cadangan aku.
actually, aku suka dengan jalan cerita buku ni - kisah Rahman yang cuba melepaskan diri dari masalah keluarganya, lebih tepat lagi bapa tirinya.
semasa dalam perlarian, pelbagai manusia dijumpai, yang mengajar dia erti hidup dan menasihatinya supaya berfikir sebelum bertindak. pelbagai kisah hidup masing2 turut diselitkan.
disamping itu, kisah rahman disekolah asrama juga diselang selikan semasa perlarian ini.
syabas untuk penulis kerana plotnya tersusun, dari satu cerita ke cerita diolah sebaiknya, tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca untuk membezakan kisah sedang berlaku ataupun imbas kembali. namun, aku merasakan cerita2 sepanjang pelarian lebih mengesankan, lebih bermakna dan diolah lebih dramatis berbanding kisah2 imbas kembali yang kelihatan longgar dan tidak begitu penting (walaupun sebenarnya menerangkan punca2 berontakkan dalam diri Rahman).
ending yang begitu mengejutkan -tahniah untuk penulis - semua watak2 ditakdirkan pengakhiran yang sama, entah mengapa aku suka dengan akhiran ini, walaupun agak kebetulan untuk semua menuju penamatan yang sama. namun, begitulah hidup, tidak semestinya berakhir dengan gembira.
Cerita ni ibarat kali pertama saya dan famili ke Gunung Jerai. Beria-ia arwah abah kata nak ke puncak kena daki atau guna tangga dan kami pun ikutlah tanpa banyak soal. Sampai ke puncak, pemandangan memang terbaik. Dalam dok menikmati lunch, saya dapat tahu selain daki atau guna tangga, kita juga boleh ke puncak dengan kenderaan. Masa ni memang mencarut dalam hati.
Macam ni la rasanya bila baca Lari. Sampai ke penamat, memang rasa nak mencarut. Ni la kot yang orang dok kata antiklimaks tu. Rasa nak hempuk-hempuk ja buku yang memang sah bukan hakmilik saya. Saya jeling ja kawan saya sebab dia yang promosi bagai nak rak buku ni. Nasiblah dia yang beli.
Endingnya macam penulis dah malas nak tulis dan fikir letaklah apa pun asal ada nampak macam tamat. Tapi jangan cuba-cuba nak skip dan terus baca penamatnya sebab amat pasti korang akan keliru. Nak tak nak, korang kenalah hadap buku ni dari awal sampai habis untuk dapat feel macam kena tikam dari belakang seperti saya.
Kisah tentang Rahman atau Man yang berusia 14 tahun. Tapi bosan dengan hidupnya yang terumbang-ambing, Man buat keputusan untuk lari ke KL mencari ayah kandungnya. Dalam kita tahu kisah semasa Man, kita juga dihidangkan dengan kisah silam Man. Tapi kisah Man ni tak ikut kronologi. Dia rasa nak cerita kisah umur 5 tahun, itulah dia. Lepas tu lompat ke 13 tahun. Then lompat pula ke 8 tahun.
Pemikiran Man ni kadang-kala matang, kadang-kala naif. Dia seolah-olah tersepit dalam dua dunia. Dunia silam dan dunia kini. Dan Man diakui memang banyak berfikir sampaikan dia tak sedar yang dia sebut benda yang dia fikir tu. Nampak macam Man ni genius tapi sayangnya dia tak ada survival skill.
Tapi penulis berjaya membuatkan saya terus membaca sebab kisah Man memang menarik. Saya paling suka hidup Man di asrama. Walaupun ada up and down tapi buat saya tersenyum. Down memory lane gitu.
Malangnya, ending dia. Malaslah nak kenang ending tu. Buat sakit hati ja.
Aku suka jalan cerita cerita ini dan plotnya. Paling aku suka ialah bila penulis akan letakkan babak babak flashback dalam setiap chapter. But that's just me, sebab aku memang suka flashback dalam apa apa novel ataupun movie. Rasa macam best bila imbas kembali ke setting in the past and not the present. Rasa macam penulis tu nak bagaitau something ,like a secret to solve the puzzle of the story, an information . Walaupun tidak dibagitau tarikh atau tahun berapa flashback tu took place, lagi best bila figure out sendiri at what age the setting took place.
Aku suka juga soalan-soalan yang dipersoalkan oleh Man dalam cerita ini. Sebenarnya kita semua pernah je terfikir tentang benda benda ni kan, tapi tak pernah soalkan kepada dunia secara terang-terangan? It describes what goes on in his head, teenage's boy's head. Bahawa dia berfikir dan menyoalkan setiap benda yang selama ni kita ikut turut sahaja kerana 'Mak cakap macam tu , kita pun ikut cakap mak" / Orang tua cakap macam ni, kita pun ikut lah" tanpa menyoal. Bukan itu sahaja, penulis juga masukkan isu-isu semasa yang pernah menjadi kontroversi.
Bila penulis describe some of the scenes, terutamanya di sekolah dan scene Happy Penis, bukan main sarkastik , membuat aku tertawa dengan dark humournya. Some of the lines are so witty and smart!
I suka the plot sebab, it describes a teenage boy yang bagaikan tidak berkeluarga. Ayah kandung tak kenal, ayah tiri yang macam tak guna, panas baran dan abusive.Dan ibu yang pentingkan diri sendiri,macam tak sayang kepada anak , dan macam dibutakan dengan cinta kepada ayah tiri yang garang. Kadang kadang aku tak paham kenapa perempuan , walaupun kena maki hamun dan pukul dengan suami tetap akan pulang ke pangkalan suami. Ya, mungkin kerana dia dah bergantung kepada lelaki itu, tetapi aku rasa setiap wanita patut tahu what she is worth and that she can survive without a man in her life. Sorry, cuma aku feminist sikit dan aku tak condemn penulis ni sebab tulis macam ni, sebab ini adalah reality yang sebenar. Ramai perempuan akan still stay dengan suami walaupun kena caci dan maki. Yea, aku tau syurga di bawah tapak kaki suami bila dah kahwin, tapi bila lelaki buat macam tu dekat kita, memang patut leave him and never come back. Kadang kadang aku geram jugak dengan ibunya yang tidak responsible dan tidak kisahkan tentang isi hati anaknya. Macam mana anak aku akan rasa kalau dia dibesarkan dalam cara ni? - Asyik tengok mak bapak gaduh, tengking, asyik kena tengok mak nangis, asyik kena pindah randah. Memang patut Man tu lari.
Kita selalu ingot family kita normal dan family orang lain di sekeliling kita pun normal, bahagia. Tapi tu mostly what is seen dari luar sahaja. Hal rumah tangga , nobody sees and nobody knows what really goes on. Some people have it better, some people have it worse, but everyone has a story. Semua keluarga ada masalah masing masing, cuma bukan semua orang menceritakannya.
Lastly, plot twist! Memang lepas habis buku ni, dalam hati aku jerit : Wathefaaaak" sebab memang tak percaya dengan endingnya. Smart, all the dots are connected ,especially information yang diberikan dari semua flashbacks. Kalau nak tau, kenalah baca sampai habis. Jalan cerita memang best dan tidak membosankan. Ada part kelakar dan ada part yang membuat kita fikir lebih. Yes, its an easy and simple read, tapi look outside of the box and try and see the bigger picture what message the writer is trying to send. Bacalah kalau nak tau perspektif seorang remaja yang mempunyai masalah keluarga , you can either feel that you can relate to it, or sekarang you boleh tau apa perasaan seorang remaja yang dibesarkan tidak berbapa dan macam mana hid up seseorang yang kekurangan kasih sayang dan perhatian.
Setelah aku selak-selak, belek-belek naskhah LARI ni, aku dapat tangkap yang penulis ni nak buat cerita flashback atau sebuah diari yang tak ada waktu dan tarikh. Tapi seeloknya cerita flashback kena ada tarikh yang nak bezakan satu-satu masa tertentu. Kalau orang yang pakai baca saja, memang ingat cerita tu adalah sambungan yang sebelum ni. So, lebih baik buat tarikh atau at least ada tahun pun jadilah.
Mengisahkan pasal Man yang dok kat asrama. Ada masalah keluarga and so on and on and on. Aku nak sentuh bab asrama. Penulis cerita pasal budak form 1 yang baru masuk asrama. Bagi aku, aku rasa sekolah ni sbp atau mrsm. Sebab menurut apa yang aku baca, yang paling tua adalah form 5, dan ramai budak yang dok asrama masa scene dalam surau tu. Sampai 800 orangnya ada. Asrama sekolah biasa sikit ja orang duduk. Sebab budak sbp dengan mrsm kan semua dok asrama. Tapi tak dinyatakan pun dalam cerita tu sekolah apa atau aku yang terlepas pandang? Wallahuaklam. Aku pakai agak saja. Tapi kalau dah dapat surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA tu, ya la kot asrama berprestij. Sekolah harian pun nak ambik borang asrama kena jumpak cikgu HEM ja.
Penulis cerita pasal budak form 1 tu macam budak tu dah form 4 atau form 5. Aku mula mula baca aku ingat Man ni form 4/5 tapi nasib baik penulis ada cakap dia form 1. Dia punya cerita tu aku rasa form 1 tak sesuai pegang watak 'aku' tu. Form 4 baru lebih sesuai. Dengan main takraw dalan toilet, dengan bahasa kesat yang digunakan dan kelakuan seperti 'middle finger' form 1 tak buat. Mereka masih takut dengan senior. Form 1 ni dia ikut cakap senior, takut, mentah dan 'suci' lagi. Tak buat benda-benda macam tu. Bagi aku la.
Lagi satu sebab Man tak sesuai pegang watak budak form 1 sebab dia ni banyak berfikir macam budak 4/5. Form 4/5 pun entah-entah tak fikir macam dia. He's an educated student i guess. Dapat beza buruk dengan baik. Rasional, bijak pun ada jugak kadang-kadangnya. Ada beza antara budak form 1 dengan budak matang berfikir. Budak-budak form 1 sekolah aku semua noob. Nak kata stupid ja takmau sebab depa ni pandai-pandai. Pointer tinggi-tinggi.
Aku ada soalan. Penulis ni orang utara kah? Hahaha, dia punya slanga dalam cerita tu tak berapa nak jadi utara. Loghat utara yang macam dibuat-buat. Sebab aku orang utara, jadi aku tak rasa dialog dalam LARI tu adalah bahasa pasar yang selalu orang utara guna. Kalau penulis orang utara, aku menghulur sepuluh jadi tanda meminta maaf. Dialog pun macam tak berapa nak jadi sangat. Kadang-kadang part yang lawak buat aku nak sengih pun rasa tak perlu. Pendek kata lawak tak jadi.
2.5 bintang! Wink*
*edited
Aku suka kasut vans old skool kat nombor bab tu. Hahaha.
Tapi aku rasa tertarik dengan watak Man walaupun dia kecik lagi, dia dah fikir macam orang dewasa fikir. Walaupun kadang-kadang rasa keterlaluan dia punya bahasa.
Bagus la budak kecik lagi dah pandai nak menegakkan keadilan. Tak semua budak boleh buat macam tu. Penulis kata jadikan Man sebagai watak matang untuk menunjukkan dalam kesulitan dia hidup itu yang mendewasakan dia. Idea yang bijak aku rasa. Tapi susah la nak jumpak budak macam tu sekarang sebab budak zaman sekarang ni tahu-tahu la macam mana.
LARI - satu naskhah seakan-akan cerita flashback. Imbas kembali. Bahan bacaan yang tak berat. Banyak kisah kat asrama dan cerita dia dalam pencarian bapa kandungnya.
Lain orang lain sukanya. Bagi aku buku ni baik. So so. Sapa yang nak self motivation baca la kisah Man ni. Banyak pengajaran :)
Aku rasa berbaloi beli buku ni dan sangat puas hati sebab penulis betul-betul ceritakan kisah hidup Rahman daripada dia kecil sampai kisah perjalanan dia lari dari rumah mencari 'Pakcik' dia di KL dan disertakan dengan banyak pengajaran sepanjang cerita ni.
Aku juga rasa betul-betul dekat dengan watak Rahman. Pembaca memang dapat mengenali dan memahami watak Rahman dengan lebih mendalam, sedikit demi sedikit, melalui flashback yang diceritakan di setiap bab sambil terus mengikuti kisah pengembaraan dia ke KL. Setiap flashback tu juga buat aku faham kenapa Rahman ni mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dengan budak-budak seusia dia. Melalui pengalaman hidup yang cukup sadis dan terlalu mencabar bagi aku, memang wajar Rahman menjadi lebih matang berbanding usia sebenar dan memutuskan untuk lari dari rumah dan cari orang yang betul-betul boleh jaga dia. Sangat berbeza nak dibandingkan dengan kisah hidup aku masa kecil dulu.
Pada mulanya, aku cuma baca sample yang ada di Play Books dan aku rasa macam dah boleh jangka kesudahan cerita ni. Tapi akhirnya, aku pergi juga beli buku ni sebab aku nak tahu apa ending cerita ni sebenarnya. Ternyata aku salah sebab ending dia memang unexpected dan perjalanan dia lari tu bukan sekadar naik bas pergi KL, turun kat Puduraya. Jauh betul perjalanan dia nak sampai ke KL tu. Dari ke Selatan, naik semula ke Utara. Kegigihan dia nak ke KL tu sampai sanggup melintas kat tengah-tengah highway. Memang power budak ni.
Namun, aku sedikit hampa bila dia terjumpa Janet dengan begitu mudah selepas dia kehilangan beg. Lagi menarik kalau bahagian tu dipanjangkan lagi sebelum dia terjumpa Janet yang akan bawa dia pulang ke rumah. Walaupun dengan pulang ke rumah untuk menghadap semula bapa tiri tu bukanlah jalan yang terbaik tapi pasti Rahman rasa lega bila semua persoalan dah terjawab. Tak sangka Mak dia pun dua kali lima juga.
Apa-apa pun, aku sangat enjoy baca buku ni dan teruskan menulis Mim. Selamat maju jaya!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Wow. How do I even write this review? I like to be optimistic, I like to have faith in the Malaysian publication industry. But sometimes, they disappoint me so much I want to stop buying altogether. Being a hopeless romantic though; I know I will still pick up a book from the local industry, I will still pay to support them the only way I can, I will still read and I will still review and let them know what I think.
Mim Jamil is not the worst of our local authors. Far from it. He's one of the good ones. I have read his short stories in KLCC & Malam and they have been entertaining. So when I found out he finally wrote a novel, I was intrigued. It took me only a few chapters for me to walk out of the bookstore with the novel in hand.
Lari tells a story of a teenage boy (yes you guessed it) who ran away from home due to his family problems. It goes back and forth between his current journey and his flashbacks of his home and his school. You couldn't help but compare it to Amal Hamsan's Seyogia. What hooked me the first time reading it was that this story was written in the boy's point of view, and it was interesting to read a boy talking about adult stuff which he couldn't comprehend.
But as the story goes further, I begin to lose sense of what age the boy is because sometimes he talks maturely and sometimes he thinks like a 7-year old. There were loopholes after loopholes, there were inconsistencies and it seems the writer himself got characters mixed up. But I braved myself through it all anyway because I still had faith. Until the last two chapters.
The ending, whatever ending that was, was horribly disappointing, confusing and undeserved for. After such a long journey, readers do not deserve an ending which could not be explained. It was not a cliffhanger, it was not a question for readers to ponder upon. For me, it was just pure laziness.
Okay, off to re-reading one of my favourites to wash this disappointment away!
Buku ni bukan tak best. Dia punya POV budak sangat believable. Believable yg dia cerita part lelaki pengotoq, perempuan yang belakang mengata depan baik, etc.
Man, remaja yang membesar dalam keluarga yang sosial, masalah kawan. Begitu banyak dugaan Man untuk usia begitu. Naifnya Man buat kita terimbau balik zaman kanak2 kita. Zaman nak menyalahkan orang lain, zaman negativity yg banyak, zaman memberontak. Haha, semua tu mmg berlaku especially kalau environment macam Man.
Cuma yang paling tak puas hati, sembang bab kencing sampai 5 m/s lepas tu banyak adegan alat sulit dn seks. Mungkin sebab budak kot jadi saya masih boleh bagi 3 stars.
Lepas tu tengok2, ending abruptly pulak. Terpaksa potong 1 star. Tetap ending yang paling sesuai, sy rasa.
LARI oleh Mim Jamil ini saya baca bagaikan dikonstruktif berlainan sedikit dari bentuk penceritaan yang tipikal. Bahasa dan teknik yang digunakan dari awal penulisan sememangnya kurang menarik, namun ianya berubah di tengah perjalanan; ianya diraih secara perlahan-lahan melalui pertukaran dan susunan plot dan peristiwa yang berlaku.
Secara keseluruhannya, cerita ini mudah dihadam. Plot dan cerita berkisar tentang kesusahan dan keperihan hidup seorang kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang porak peranda, dan juga sekolah berasrama yang tidak banyak membantu dalam cubaannya melupakan kesengsaraan di rumah.
Plot twist yang bernada sederhana terhadap watak ibu Man, dan pengakhirannya yang bijak saya kira sebagai suatu penutup yang baik.
akhirnya tamat juga pembacaan aku tentang kisah hidup seorang budak yg bernama Man. seorg budak yg agak matang bg usianya tp kadangkala terserlah jugak sisi kebudak-budakannya. banyak betul dugaan yg terjadi kepada dia. x sangka endingnya begitu. rupa-rupanya setiap watak dalam novel ini ada kaitan antara satu sama lain. novel ini byk mendedahkan realiti masyarakat kita zaman sekarang. sisi hitam yg semakin menyerlah dlm masyarakat kita. overall, bagi aku byk msj yg penulis nk sampaikan kpd pembaca.. kena hayati betul2... walaupun aku kadang2 pening dengan chapter yg meloncat-loncat. terlalu byk flashback yg kadang2 mengelirukan aku dan akhirnya menyebabkan fokus aku lari..
Mula2 aku baca buku ni serasa tgh bc novel Fixi Ajaib. Bahasanya sempoi dan jalan cerita mudah dihadam. Flashback pun ngam dgn current situation. Kisah ttg budak sekolah. Tp aku seronok sbb dpt fahami prsn budak2 yg hidup dlm kehidupan yg serba payah. Kdg2 dunia x adil utk seseorg yg spt Man ni. Mgkin kehidupan di akhirat lebih baik utk Man. Sedih dgn ending. Tp aku rs mgkin lebih baik pengakhirannya begitu. Hmm :'(
It's not often one gets to read a published book written by a classmate. :D While I'm not very used to the world of BM literature, this was a really enjoyable read. Loads of laugh-out-loud moments amidst very real life tough issues. The ending seemed a bit rushed and unexpected, but all in all, nice one, Mim!
Membaca lari banyak mengingatkan aku dengan zaman sekolah, terutamanya di sekolah asrama. Pengenalan watak yang akhirnya bertemu di penghujung membuatkan novel ni menarik untuk di baca. Secara keseluruhan menurut aku novel ni biasa-biasa saja dan sederhana cumanya mampu membangkitkan kenangan zaman persekolahan yang mana scene buli, scene kakak angkat dan scene main takraw dalam tandas merupakan aktiviti kami.
Aku suka betul dekat plot dan penceritaan LARI ni. Mengisahkan tentang adventure seorang budak bernama Man dan cerita adalah berdasarkan point of view seorang budak yang penuh dengan curiosity dan juga naif yang akan buat kau pun terfikir "aah la" sekali.
Makin diselak helaian mukasurat makin kuat rasa simpati dekat hidup Man yang penuh malapetaka dan malang tu. Tapi aku jamin pembaca akan gelak sorang sorang (or tersengih) dek kerana lawak lawaknya, pandangan sarkastik Man terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya dan juga banyak perkara yand Man buat turut kita buat masa sekolah dulu (eg: buku biodata, kakak angkat etc etc).
Terdapat segmen flashback dalam bab bab dalam LARI ni yang buatkan novel lebih menarik.
Dan seperti biasa "wadefak" untuk ending. Tapi aku suka.
habis dalam sehari. gaya bahasa dgn pov budak 13 tahun yg naif. siapa yg pernah baca The Secret Diary of Adrian Mole by Sue Townsends mmg rasa familiar lah.
throwback habis kisah asrama dulu, mcm semua benda boleh relate, termasuk cikgu yg ambil kesempatan kat pelajar haha. oh well budak asrama kena baca buku ni.
perjalanan (perLARIan?) yg penuh kejutan. ecewah.
klimaks muka surat terakhir. tiada peleraian. tp jalan cerita tak tergantung. mungkin tgk sambutan mcm mana, tapi rasanya bakal ada sequel.
Aku baca sambil tahan mengantuk. Cerita pasal budak asrama. Orang yang tolong dan baik dengan dia, mati. Tapi yang pelik mak dia tak mati. Last2, dia pulak yang mati.
Macam tak synchronise.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Rahman, seorang pelajar berusia 14 tahun. Ibu bapa bercerai ketika dia berusia 2 tahun. Kini dia tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. -- Penat dgn hidupnya yg terumbang-ambing ditambah dgn bapa tiri yg selalu bergaduh dgn ibunya. Demi melepaskan diri dari masalah dan cengkaman bapa tirinya, Man lari ke KL dan cuba mencari ayah kandungnya. Dlm pelarian, pelbagai ragam manusia dan ujian yg terpaksa Man hadapi. Setiap kali Man jumpa seseorang, ada saja kisah dan kejadian yg akan berlaku pada Man lepas mengenali orang tersebut. Ada yg baik dan tak kurang yg buruk. -- Man seorang yg naif dan tersepit dalam dua dunia. Kisah Man diselang seli dgn throwback kehidupannya dari kecil hingga masuk ke sekolah asrama. Kisah silam yg lebih banyak sedih dan derita. Agak penat dgn kisah hidup Man. Pelbagai manusia yg dijumpai dan mengajar dia erti hidup. Malah menasihatinya supaya berfikir sebelum bertindak. -- Berjayakah Man bertemu ayah kandungnya? Apa kesudahan hidup Man? Rasanya ni kali kedua setelah sekian lama, aku baca buku keluaran Fixi. Jujur, aku kurang berminat kisah pelajar asrama tp apa yg penulis sampaikan sebenarnya memang berlaku. Inilah kehidupan. Aku sangat kesian dgn Man. Di usia yg terlalu muda, dia dah lalui pelbagai cabaran hidup. Inilah hasilnya dari keruntuhan rumahtangga di mana anak² yg menjadi mangsa. Dan aku stress dgn kesudahan yg kena fikir sendiri haha. Apapun aku berjaya juga habiskan cerita ni.
Buku yang penuh dengan unsur carutan versi orang utara bak hang. Apa yang aku paham pasal buku ni, adalah pasal kisah seorang budak lelaki yang lari daripada rumah dia sebab dia tak tahan nak duduk dekat rumah yang diibaratkan seperti neraka. Okay, aku paham perasaan dia. Dan macam mana kisah dia yang sepanjang dalam usaha dia untuk melarika diri, berjumpa dengan orang yang luar yang cuba memberikan nasihat kepada dia supaya balik ke rumah. Oh, tentang kisah dia hampir diliwat dan juga bertemu orang India yang fasih berperibahasa dan berbahasa Melayu.
Banyak yg aku tak faham pasal cerita ni, but yeah no sweats. Cerita ni untuk hilangkan stress aku dengan konflik dia di rumah dan juga di asrama. Kisah dia dengan kakak angkat dia, ustaz aka ketua warden yang suka mengambil kesempatan dan juga yang dia sebenarnya adik-beradik tiri dengan kawan baik dia.
gaya penceritaan yang bagi aku sangat serabut, dengan bahasa yang tunggang-langgang. 30% yang terakhir baru rasa seronok nak baca. sebenarnya cerita ni sangatlah deep dan ada banyak maksud tersirat dan pedoman yang boleh diambil, memandangkan semua kejadian yang berlaku dalam hidup rahman (dan watak sampingan) adalah realistik. tapi aku tetap tak boleh nak buang perasaan tak nak habiskan buku ni 50% yang pertama. takpelah, ok la jugak. ending tu agak tiba tiba tapi aku tak peduli.
Agak pening bila baca buku ni sebab banyak time-jump dan pembaca kena figure out sendiri ‘Man’ tu tengah umur berapa. Sekejap remaja di asrama, kejap sedang melarikan diri, kejap seorang budak umur 8 tahun. Watak Man ni seperti naif tapi kadang-kadang bermonolog seperti orang tua, kalau ada benda tak kena orang tengah buat mesti Man ni jadi judgemental. Ending dia agak malas bagi saya, tiba2 semua benda tu jadi serentak, lepas tu the end.
Kalau baca awalan bab memang rasa bosan dan too draggy tapi sebenarnya tak. Inilah apa yang penulis cuba sampaikan. Penulis cuba sampaikan apa yang berlaku pada Man sepanjang hidup dia. Naratif dia banyak yang kelakar dan bila dah masuk babak Man gerak KL tu, mata aku dah berair sebab banyak pesanan yang deep dan buat aku sebak. Aku teruskan bacaan sebab aku sejenis yang minat untuk tahu ending cerita macam ni dan kesudahannya sangatlah.... 💔💔💔💔
This entire review has been hidden because of spoilers.