Magis bernama CINTA menemukan mereka berdua. Ibarat ikan di laut, asam di darat, di dalam belanga takdir bertemu juga. Fazwan Anuar, Si CFO penuh karisma tidak pernah menduga diri bakal melakar riwayat cinta dalam perjalanan hidup Aida Awliya; guru di taska anak angkatnya, Dian Khalisya.
Fazwan Anuar. Sejarah cintanya kecundang awal. Tanpa balah. Penuh reda. Aida Awliya. Kisah cintanya penuh warna indah dan melankolik. Tersungkur dek ketidakjujuran bekas kekasih. Aida dihumban ke gaung duka tatkala lelaki yang dicintai separuh nyawa memilih gadis lain sebagai suri. Aida sudah tidak percaya lagi pada cinta lelaki. Tidak lagi! Kehadiran Fazwan yang penuh pesona membuka lembaran baru dalam hidup Aida.
“Aida, saya sungguh-sungguh sukakan awak. Dan saya tahu detik dalam hati saya takkan bohong.” – Fazwan Anuar
“Mungkin mainan perasaan awak sahaja, Fazwan. Lupakan. Saya bukan yang sesuai untuk awak.” – Aida Awliya
Demi mahu sentiasa di sisi Aida, Fazwan membawa Aida sepejabat dengannya. Kesungguhan Fazwan tanpa jemu lelah menanam benih cinta dalam jiwa mengembalikan percaya Aida pada magis cinta. Aida kembali merasai ajaibnya cinta seorang lelaki. Betapa indah dunia dengan cinta daripada seorang lelaki yang tulus mencintai.
“Saya mahu sentiasa jadi jaluran pelangi buat awan yang mulus seperti awak. Agar kita sentiasa boleh bertemu tak kira waktu. Sebab saya mahu jadi rembulan yang sentiasa memayungi kejora yang berkilauan seperti awak. Agar kita tetap bersama hingga fajar menyinsing keesokan harinya. Sebab saya mahu jadi laut yang sentiasa setia menemani duyung secantik awak. Agar kita boleh berenang merentas benua bersama tanpa lelah.” - Fazwan Anuar
Sulaman bahagia yang menanti saat dipateri rasmi tergugat dengan pertemuan kembali Aida dengan bekas kekasih yang juga rakan sepejabat Fazwan dan Aida. Cinta Aida mahu diraih kembali. Cinta Aida mahu dimiliki semula.
“Jangan mimpi kau akan dapat dia, Fazwan. Dia milik aku. Aida milik Razman Zikry!” – Razman Zikry
Onar keji yang dilakukan Razman meruntuhkan segala impian indah dalam jiwa Aida. Fazwan dijauhi. Fazwan dihindari. Hilang Aida buat Fazwan tekad menjejak belahan jiwa. Bisakah sakti cinta mengembalikan semula Aida kepada Fazwan? Mampukan sakti cinta Fazwan meyakinkan Aida bahawa gapura bahagia yang mereka bina tetap setia menanti kedatangannya? Bolehkah sakti cinta yang menemukan mereka dahulu menyatukan semula Fazwan dan Aida?
Satu lagi novel cinta nukilan seorang penulis yang merendahkan dan memurahkan nilai kesucian seorang wanita. Tak faham dengan trend penulis-penulis di Malaysia yang cukup suka memaafkan watak perogol atau penoda kesucian. Apakah "rape-play" itu fantasi seksual rata-rata penulis novel cinta di Malaysia ini?
tak puas hati dengan apa yang fazwan buat - lepaskan Razman macam gitu je? WHAT? Hey, lelaki tu try rogol bakal isteri dia. Adoi...dah kenapa ikut je cakap si Aida. Aida pun satu, macam mana dia boleh maafkan Razman tu? Siap fikirkan tentang malu keluarga dia. ARGH!!!!!
Selain dari part tu, still boleh diterima otak lah. Tapi still tak puas hati. Kalau si Razman ni wujud, memang dah kena terajang dari awal2
This is my first book that I've read from this author.selalunya saya avoid.tapi entah mengapa saya ambil buku ni dari rak kedai. Mungkin faktor pertamanya adalah cover buku yang cantik! Syabas! Designer kulit buku! Hihihhi
Macam fairy tale lah. Kalau kita ikutkan zaman "touchscreen" ni, entah berapa bilangan lelaki yang boleh kita jumpai seperti FAZWAN. Mungkin, very close to nil. Package lelaki yang lengkap, tampan, bekerjaya, berperwatakan yang well, baik sangat!, stok alim sikit laaa and sangat kaya. Lepas tu, very poetic dalam bahasanya semasa dia cuba hendak memikat AIDA.sigh
Satu lagi, sebab ceritanya fairytale yelah kita dihidangkan dengan cerita lelaki kaya yang jatuh dengan wanita yang tak berapa kaya dan tak berapa cerdik (eh? Hehe spm borderline kan? Hihihi) kemudian didescribe sebagai wanita yang sangat-sangat cantik. Clichè? Yes. Tapi tak ape. I still like it.mungkin mood agak baik masa membaca novel ni.
Saya turut berasa berdebar apabila sesuatu terjadi pada AIDA. And FAZWAN masih such a sweetheart! And maaaan that man memang mempunyai tahap kesabaran yang sangat-sangat tinggi!
Oh, sering kali penulis menyatakan betapa cantiknya si AIDA ni dari bab ke bab. To the point saya ... OK.I GET IT.NEXT?
So to me cerita ni menarik.it made me sigh, it made me "kembang bulu" bahasa brunei translated as "meremang bulu" when we read it. The things Fazwan says to her, what he did for her. Haih...
Cerita cinta yang sangat berbunga-bunga.. Menarik bahasanya.. Hero dan heroinnya digambarkan sangat baik dan sempurna.. Okay, bukan tak okay cuma bukan kegemaran Sha lagi.. Cabaran datang dari bekas boyfriend yang tamak dan tak boleh terima hakikat.. Memang ada watak seperti heroin yang takut untuk ambil tindakan kepada pesalah laku gangguan seksual (nyaris dirogol) sebab yang malu dan dikecam tetap wanita.. Lelaki walaupun jahat tetap perempuan yang salah.. Sentimen masyarakat ini membuatkan banyak kes sebegini tidak dilaporkan.. Sokongan keluarga dan yang tersayang memang sangat perlu pada waktu ini.. Penamatnya bahagia
Bacaan santai di PNM e-Reader. Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library
Dialog/nukilan yang menarik...
Rina ketuk pintu bilik Fazwan sebelum memulas tombol. Dua susuk tubuh melangkah masuk. Fazwan ikut berdiri memandang lelaki segak di sebelah Rina.
"FA, this is our company lawyer, Encik Zahwan Wazif from Hanafiah and Co.”
"Okey... Ada apa yang kami di Hanafiah and Co boleh bantu MSF Industries Group, FA? You takkan panggil I ke sini kalau tak ada perkara penting, kan?”
“I perlukan pandangan dan nasihat you, Wazif.”
“Tentang apa tu, FA?”
“Gangguan seksual di pejabat.”
“Well. Kalau kita sebut gangguan seksual ni, ia sebenarnya perkara yang dah lama terjadi dalam sejarah tamadun manusia, FA. In fact, sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi pernah berlaku. Dan mungkin ramai orang yang kurang tahu ia juga menjadi punca tercetusnya sebuah peperangan antara golongan Muslim Madinah dan golongan Yahudi Madinah pada waktu itu.”
“Peperangan yang berpunca daripada gangguan seksual?” Fazwan lontar tanya. Wazif mengangguk.
“Peperangan yang mana, Wazif?
"Peperangan Bani Qainuqa.”
“Bani Qainuqa?”
Wazif angguk lagi. “Bani Qainuqa ini satu golongan minoriti Yahudi di Madinah. Kalau diteliti peristiwa yang menjadi punca perang ini tercetus, memang daripada salah laku golongan Yahudi Qainuqa ni terhadap seorang perempuan Muslim. Salah laku yang dikategorikan sebagai gangguan seksual.” Wazif terhenti seketika. Mata menyoroti wajah tenang Fazwan yang bersandar damai di depannya.
“Jadi, gangguan seksual ni bukan perkara remeh, FA. Ia sesuatu yang sangat besar sebab ia melibatkan maruah mangsanya yang majoriti ialah perempuan. Dan Islam begitu menyanjung tinggi dan menghormati perempuan. Dalam peristiwa peperangan ini, kerana maruah seorang wanita Muslim, seluruh umat Islam di Madinah bersatu memerangi golongan Yahudi Madinah sehinggalah membawa kepada penyingkiran mereka dari bumi Madinah.”
Fazwan mengangguk tenang. “I pun baru tahu ni, Wazif. Sesuatu yang baru. Apa yang Yahudi tu buat kepada perempuan Muslim yang terlibat dalam kisah ini sampai boleh tercetus perang?”
Wazif lepas nafas kecil. Kisah yang sangat penting sebagai asas asal-usul gangguan seksual ini masih tetap hijau dalam padang mindanya. Sebagai peguam, kisah ini memang wajib diketahui. Itu yang walidnya beritahu dahulu sewaktu Wazif mula-mula diberikan tanggungjawab mengendalikan satu kes gangguan seksual.
“Kisahnya begini. Ada seorang wanita Arab datang ke pasar Yahudi Bani Qainuqa dengan membawa perhiasan. Wanita ini memakai niqab dan berjilbab. Dia kemudian duduk menghadap sorang tukang emas Yahudi. Kemudian lelaki-lelaki Yahudi di situ mengerumuni wanita berkenaan. Mereka berusaha supaya si wanita memperlihatkan mukanya. Namun wanita Muslimah itu menolak. Tiba-tiba datang seorang lelaki Yahudi dengan diam-diam dari belakang, lalu mengaitkan hujung baju wanita itu dengan sebatang penyemat ke punggungnya.”
“Kain tu pasti tersingkap kalau perempuan tu berdiri. Right?” Fazwan cuba mendapat kepastian. Wazif mengangguk.
“Exactly. So, apabila wanita itu berdiri, terserlah auratnya. Lelaki-lelaki Yahudi tadi ramai-ramai mentertawakannya. Wanita itu menjerit-jerit. Malu diperlakukan begitu. Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim yang melihat kejadian tadi menerkam tukang emas tu dan membunuh Yahudi yang bertindak kurang ajar tadi. Orang-orang Yahudi yang lain datang ramai-ramai mengikat laki-laki Muslim tadi dan membunuhnya.
Hal ini sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W meminta mereka agar jangan lagi mengganggu kaum Muslimin dan supaya tetap memelihara perjanjian perdamaian yang sudah ada tetapi tak diendahkan. Mereka tak hormat amaran baginda. Senang cakap nak tunjuk besar kepala. Dan itu yang menjadi kemarahan golongan Muslimin kerana sikap kurang ajar Yahudi Qainuqa ini. Kaum Muslimin melakukan aksi balas dan mengepung orang-orang Yahudi Bani Qainuqa selama lima belas hari berturut-turut, di tempat mereka sendiri.
Tak ada orang yang dapat keluar, juga tak ada yang dapat masuk membawakan makanan. Terperangkap. Tak ada jalan lain lagi bagi mereka kecuali tunduk pada aturan Rasulullah dan pasrah pada ketentuannya. Akhirnya, mereka pun menyerah dan akur dengan hukuman yang Rasulullah jatuhkan. Bani Qainuqa harus meninggalkan Madinah. Kisah ini memperlihatkan betapa maruah wanita itu jangan dibuat main-main apatah lagi dibuat gurauan. Islam meletakkan maruah wanita di tingkat yang amat tinggi, FA,” jelas Wazif panjang lebar.
Fazwan mengangguk. Tangan kanan dibawa ke bibir. Terjeda seketika. Kepala berputar. Wajah Aida yang sayu bersilih ganti dengan wajah Razman. Fazwan hempas desir nafas yang terasa berat.
“Di Malaysia ni, kalau kita rujuk buku Kod Amalan Gangguan Seksual Kementerian Sumber Manusia, gangguan seksual membawa maksud sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan kepada mangsa. Gangguan seksual ini mungkin dilakukan secara lisan seperti gurauan, usikan. Pandangan, kerlingan pula dikategorikan bukan lisan. Jangan nak kerling-kerling perempuan sembarangan ya, FA. In fact in certain countries, perbuatan mengenyit mata pun dikira sebagai salah satu bentuk gangguan seksual. Jangan nak kenyit-kenyit mata tak tentu hala. Bala, FA.” Ketawa kedua-dua mereka terluncur laju.
“Macam SMS, e-mel yang mengandungi unsur-unsur lucah itu dikira gangguan seksual dalam bentuk visual. Pujukan, rayuan yang berterusan pada mangsa itu boleh dianggap gangguan psikologi. Namun yang paling jelas dalam memperkatakan tentang gangguan seksual ini tentulah gangguan berbentuk fizikal yang melibatkan sentuhan, pelukan, ciuman atau paling ekstrem menyerang secara seksual. Kalau you tanya I tentang gangguan seksual di pejabat, kesnya memang banyak, FA. Increasing each year dan banyak juga yang tak dilaporkan. Kajian yang pernah dibuat di beberapa negara perindustrian mendapati empat puluh dua ke tujuh puluh peratus pekerja mengalami masalah gangguan seksual di tempat kerja.”
Fazwan angguk takzim mendengar penerangan padat daripada Wazif yang tampak cukup berpengalaman dalam perkara ini.
“Sebenarnya gangguan seksual di tempat kerja ini, FA, isu lama tetapi sering kali jadi hangat apabila pelaku terlepas manakala mangsa pula mengunci mulut. Keadaan itu berlaku kerana mangsa tidak yakin untuk membuat aduan malah mangsa sering dipersalahkan kerana tiada bukti kukuh hingga menyebabkan mereka tidak mahu memanjangkan kes. Apatah lagi, rata-rata kejadian dilakukan rakan sekerja. Lagi berat apabila pelaku dalam kalangan bos yang memiliki pengaruh di pejabat berbanding mangsa yang rata-rata terdiri daripada pekerja biasa.”
Fazwan elus pangkal hidung. Rayuan Aida terngiang-ngiang.
“Bagi yang tidak tahan diganggu lagi, ada saluran yang disediakan untuk melaporkan aktiviti tidak bermoral ini menerusi Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Sejak tahun 1999 lagi pihak Kementerian Sumber Manusia ada menyediakan garis panduan serta mekanisme untuk menangani masalah ini.
Untuk pengetahuan FA, Kementerian Sumber Manusia sedang dalam proses meminda Akta Kerja 1955 yang akan mewajibkan majikan menyiasat aduan berhubung kes gangguan seksual di tempat kerja. Jika majikan gagal mematuhi Seksyen 81B, iaitu arahan melaksanakan prosedur tata cara siasatan yang ditetapkan, termasuk tidak mengemukakan laporan kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja, majikan boleh dikenakan tindakan denda maksimum sepuluh ribu ringgit,” jelas Wazif panjang lebar.
“Peruntukan dari segi undang-undang macam mana?” Fazwan lontar pertanyaan. Mahu mengetahui sebanyak mungkin maklumat yang mungkin dapat membantunya untuk mengambil tindakan terhadap Razman.
“Setakat ini, tidak ada undang-undang yang jelas berkaitan masalah gangguan seksual di tempat kerja mahu pun langkah mencegahnya. Tapi kita boleh teliti kes gangguan berkenaan dan melihat dari peruntukan mana pelaku yang terlibat boleh didakwa. As in Malaysia, gangguan seksual yang berlaku boleh disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membabitkan perkataan atau isyarat. Manakala Seksyen 354 Kanun Keseksaan pula bagi yang menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mahu mencabul kehormatan. Seterusnya Seksyen 355 Kanun Keseksaan untuk yang menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat menjatuhkan kehormatan seseorang, selain dari Kanun Prosedur Jenayah bagi kes seperti kes rogol.
My advise, jangan melambat-lambatkan buat laporan polis jika gangguan seksual terjadi kerana ia akan mengurangkan bukti. Jika ada kecederaan pada mangsa, mungkin kesan kecederaan sudah hilang dan menyukarkan pihak polis mengambil keterangan untuk direkodkan. Lebih teruk pemangsa akan beranggapan mangsa merelakan perbuatan berkenaan. Apabila laporan dibuat, polis akan mengambil keterangan mangsa, memanggil pemangsa, melawat tempat kejadian serta mengkaji dulu semua maklumat yang dilaporkan sebelum mengemukakan kepada pejabat Pendakwa Raya untuk dakwaan.”
"Kenapa you tanya pasal perkara ini? Nak buat talk tentang gangguan seksual di pejabat to your staff?”
Fazwan menggeleng. Jari-jemari elus pangkal hidung. Tubuh yang tersandar tenang melabuh renung kepada peguam segak di hadapan. Pertanyaan Wazif pastinya harus diberikan jawaban.
“Ada kes happened in this office.”
“Gangguan seksual maksud you?”
Fazwan angguk perlahan. Dada rasa dihempas konkrit. Gambaran yang dilihat di skrin CCTV menari lagi untuk kesekian kalinya di layar mata.
“Here? In this office?”
Fazwan angguk lagi. Cuba mempamer riak tenang.
“Yes. Gangguan seksual di pejabat. Gangguan yang major.”
“Major tu menjurus pada perlakuan rogol? Hampir merogol? Am I right?” Wazif cuba meneka. Tapi Wazif pasti tekaannya tepat. Gangguan seksual boleh berakhir dengan perlakuan rogol kalau pelakunya agresif, hilang kawalan diri dan mangsa pula tidak dapat mempertahankan diri.
Fazwan menggangguk. Perkataan itu terlalu perit dan menikam di jantung. Wajah lembut Aida terlayar lagi. Air mata Aida yang tidak henti mengalir tergambar di ruang mata. Wajah keparat Razman ikut terlayar sama. Bersilih ganti.
Wazif angkat kening. Sedikit terkejut dengan reaksi Fazwan.
“Boleh you terangkan kes yang berlaku?”
Fazwan tarik laci di meja sisi. Sekeping cakera padat dikeluarkan. Diangkat dan dihala pada Wazif.
“Ini salinan rakaman CCTV pada hari kejadian. Segala bukti lengkap kes ada dalam rakaman ini.”
“Sebagai majikan, you memang ada hak untuk mengambil tindakan terhadap apa yang dah Razman lakukan. Semua bahan bukti yang merangkumi tarikh, masa, tempat kejadian dan maklumat kejadian juga tindak balas harus dicatat dan disimpan. Semua maklumat ini penting untuk sebarang tindakan undang-undang nanti. Kami di Hanafiah and Co sedia berikan khidmat dan nasihat yang terbaik kepada you, FA. Itu memang tugas kami. Yang penting kita perlu beri pembelaan yang sewajarnya kepada tunang you dan beri pengajaran kepada Razman. I nak dia tahu hidup ini ada undang-undang. Hidup ini ada hukum dan peraturan yang perlu diikut dan dipatuhi. Dan bagi I, bukti rakaman CCTV ini cukup kuat untuk mengheret dia ke muka pengadilan.”
Fazwan menganggukkan kepala. Senyum kecil terukir. Tubuh ditegakkan. Wazif ikut berdiri. Fazwan hulur tangan. Wazif menyambut.
“Thanks, Wazif. Thanks for all the info and advice. Appreciate it very much.” Senyum berbalas. Jabat yang digenggam berpaut erat.
“Itu memang tugas Hanafiah and Co sebagai peguam syarikat. Just call me if you need us to proceed this case to the court.”
Tajuk yg memikat! buat saya rasa yg citer ni ttg saktinya sebuah cinta! ttg kekuatan cinta! ttg cinta yg tulus dan telus...
Fazwan dan Aida..masing2 ada kisah cinta lama yg tak kesampaian... mereka bertemu dan mula mencipta kisah cinta baru! ada halangan..ada dugaan tapi saktinya cinta mereka buat mereka mampu hadapinya...kisahnya sgtlah manis...dgn bahasa puitis yg menyamankan pembacaan!
Keseluruhan? jatuh hati dgn fazwan yg tenang dan penuh kasih sayang...Aida juga penyayang dan penuh cinta walau berhati2 tingkahnya! dua2 mereka bergabung dlm memberi dan menerima cinta yg sgt mereka dambakan! percayalah...membacanya akan rasa terbuai dan terikut pd watak2nya...saya suka citer ni dan ia pembelian yg berbaloi!
sesiapa yang ikut perkembangan penulis ni, dia akan tau siapa april snow dan faham macam mana gaya corak penulisan dia.
untuk yang kali ini, dia tak pernah gagal corakkan bahasa2 dia yang indah sampai aku tak boleh hadam ada cfo macam ni. maunya tidur tak jejak tilam. kakaka.
Not my favourite dessert this time. Jalan cerita memang menarik tapi penyampaian memang buat I yang tak berapa nak jiwang ne susah nak hadam. Mungkin sebab penulis memang meminati sastera so penyampaian dia pun agak mendayu2.
“Kembalilah kepadaku... Jika kau rasa cinta itu ada saktinya dalam hatimu...”
Terus terang, sejak membaca bagian awal novel ini di sini, aku sudah penasaran ingin membacanya. Maka, setelah sekian lama mengikuti di blog penulis, aku terus membelinya. Sampai di rumah, novel ini selesai aku baca dalam tempo sehari. Ya, kombinasi cerita yang asyik, cara bertutur yang lincah (dari sudut pandangan aku lah), dan quote-quote yang mengasyikkan membuat aku tak perlu waktu lama untuk membacanya.
Cerita ini berawal di sebuah taska anak angkat Fazwan, Dian Khalisya tanpa sengaja Fazwan memarahi Aida (guru taska Dian) kerana kecuaian menjaga Dian. Dan dengan perselisihan faham itu membuatkan mereka semakin erat, tidak terhenti disitu Fazwan menpelawa Aida untuk bekerja di syarikatnya, kesungguhan dan keikhlasan Fazwan yang akhirnya membuatkan Aida tertarik dan membenihkan semula cinta dalam hatinya yang telah lama padam, kebahagiaan tidak mudah dikecapi jika tidak kebal didalam hati, pertemuan semula dengan sang kekasih hati lama mengusarkan hati Aida.
Biasa kalau dalam novel melayu watak bitchy women kali nie bitchy man (Razman) yang gila meroyan plak... hahaha. Aida bertemu semula dengan Razman yang juga staff ditempat dia bekerja, Razman cuba untuk meraih semula cinta Aida yang ditinggalkan dahulu, namun semuanya sia-sia kerana Aida sudah tawar hati, pelbagai cara dilakukan hingga sanggup merosakkan hidup Aida, Razman mengambil kesempatan apabila Fazwan outstation untuk meraih semula cinta Aida, berjayakah Razman?
Tindakan Razman itu membuatkan Aida berasa sangat down dan mengambil tindakan yang mengejutkan. Aida mengasingkan diri dan berhenti kerja serta-merta membuatkan Fazwan bimbang, akhirnya Fazwan mengerti mengapa Aida mengambil tindakan begitu dan mengetahui akan sejarah hidup Aida dan Razman, Fazwan tekad untuk mencari Aida dan mengembalikan rasa cinta mereka. Berjayakah Fazwan? Semuanya akan terjawab bila baca novel ini sampai habis... Oppsstt! Hahaha.
Puas. Itu yang aku rasakan setelah membaca novel ini. Apa yang dapat aku katakan, cerita Fazwan-Aida ini, tentang kejaiban cinta itu ada meski kita tak mempercayainya. Orang bisa saja datang dan pergi dalam kehidupan kita, tapi bak kata orang, "Kekasih tak begitu saja bertemu di suatu tempat. Mereka sudah mengenal sejak lama."
Heeemm, sebab nama heroin sama dengan nama aku so feeling tu akan terlebih sikitlah dan satu lagi aku suka sangat part cameo kemunculan hero-heroin daripada kisah-kisah novel April Snow yang lain. Teruja sekejap. Nak tau hero-heroin yang mana kenalah baca novel ni ya!
Anda tidak percaya bahawa cinta itu ada saktinya? Baca novel ini, mungkin setelah membacanya, pemikiran Anda berubah. :)
Good job, April Snow! Can't wait to read your next book.
Berapa bintang nak bagi: ~ **** (enjoy reading dan boleh buat koleksi)
Find someone..who when he looks at you, Fills your entire being with magic.. Close your eyes and imagine yourself Breathing in his love Feeling his heart beat Sensing his smile that could melt you And the way he looks at you.. Makes you wish for air in your lungs.. The hum of his love is everywhere as you turn Aida Awliya..you are such a lucky one..
Kisah yang tidak memerlukan kata-kata seindah pujangga, kerana di dalamnya anda akan menjumpai segala apa yang dinamakan cinta. Setulus hati terpatri kalimah itu buat si dia yang bernama Aida Awliya saat ketukan kasih muncul di sanubari Fazwan Anuar. Tidak ada lagi yang perlu dinanti..hanya satu jawapan yang dicari. Aida tercipta buat Fazwan sepertimana Fazwan diciptakan untuk Aida.
Tidak ada istilah perbezaan langit dengan bumi, atau enggang dan pipit. Bukankah itu perumpamaan lama. Dengan Fazwan, Aida belajar untuk memahami sesungguhnya keikhlasan itu melangkaui batas dan stigma masyarakat. Tidak ada istilah "tidak" kerana Fazwan percaya cinta yang ada pada dirinya buat Aida lebih dari cukup untuk mereka hadapi segalanya dengan yakin, tenang dan pasti. Apa yang diperlukan cumalah satu..percaya dan yakin akan cinta yang dihulur. Percaya pada Fazwan, percaya pada kesaktian cintanya ! Cintanya membawa bahagia, cintanya penuh magika..cintanya akan membuat semua yang membaca menyedari bahawa masih ada lelaki di luar sana yang mampu membuat hati kita disiram mawar cinta yang harum mewangi di setiap mukasurat novel ini. Sesungguhnya memang indah perasaan dilamun cinta !! Saya cemburukan Aida Awliya !!! Dan saya kagum dengan kesetiaan dan kesabaran Fazwan yang sentiasa tenang walau badai dalam bentuk Razman mencabar kewibawaannya sebagai seorang yang bernama lelaki. Yang penting tatkala itu, Aida harus terus dilindungi dan diyakinkan bahawa cinta mereka akan terus utuh !
Sesungguhnya cinta itu bisa muncul di saat kita tidak menduga. Hadirnya selembut bayu yang dingin menyiram tangkai hati yang rindu. Cinta itu datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya. Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Cinta itu memang terbukti punya kuasa sakti dalam novel Kucc Aprilsnow yang ke-7 ini. Tahniah buat penulis !
Tajuk: Kerana Cinta Itu Ada Saktinya Penulis: Kucc Aprilsnow Penerbit: Penerbitan Karyaseni ISBN: 978-968-0246-93-2 Harga: RM27(sm) RM30(ss)
KCIAS merupakan naskah ke-7 penulis bersama dgn penerbit Karya Seni, sebuah kisah cinta romantik yg manis dan santai, kisah cinta antara sang arjuna Fazwan dan sang dara Aida, kuasa cinta menemukan mereka, mereka berdua mempunyai kisah cinta yg tersendiri, Fazwan sejarah cinta yg kecundang, Aida pula kencundang dek kecurangan kekasih hati, bertemu disebuah taska dimana Aida bekerja dan Fazwan menghantar anak angkatnya bersekolah, kerana perselisihan faham membuatkan mereka semakin erat, tdk terhenti disitu Fawan menpelawa Aida ytk bekerja di syarikatnya, kesungguhan dan keikhlasan Fazwan yg akhirnya membuatkan Aida tertarik dan membenihkan semula cinta dlm hatinya yg tlh lama padam, kebahagiaan tdk mudah dikecapi jika tdk kebal didalam hati, pertemuan semua dgn sang kekasih hati lama mengusarkan hati Aida, Aida bertemu semula dgn Razman yg juga staff ditempat dia bekerja, Razman cuba utk meraih semula cinta Aida yg ditinggalkan dahulu, namun semuanya sia-sia krn Aida sudah tawar hati kpdnya, pelbagai cara dilakukan hingga sanggup merosakkan hidup Aida, Razman mengambil kesempatan pabila Fazwan outstation utk meraih semula cibta Aida, berjayakah Razman? Apakah yg Razman cuba lakukan kpd Aida? Anda kena baca, tindakan mengejut Aida mengasingkan diri dan berhenti kerja dgn mengejut membuatkan Fazwan bimbang, akhirnya Fazwan mengerti mengapa Aida mengambil tindakan begitu dan mengetahui akan sejarah hidup Aida dan Razman, Fazwan tekad utk mencari Aida dan mengembalikan rasa cinta mereka, berjayakah Fazwan? Apa pula terjadi kpd Razman? Berjayakah Aida dan Fazwan melayari bahtera cinta sejati mereka? Adakah mereka akan mengecapi kebahagiaan? Semuanya akan terjawab jika anda membaca naskah ini hingga kehujungnya kerana Cinta Itu Ada Saktinya dan segalanya mungkin akan terjadi atas kehendak-NYA, sebuah naskah yg sgt bermain dgn emosi, naskah yg sy cadangkan kpd anda utk memilikkinya, 5*/5* sy beri utk naskah ini, sebuah naskah yg baik, tahniah buat penulis dsn penerbit
# ini hanya pendapat peribdi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
Terbuai perasaan bila bc novel terbaru april snow ni n yg buat lg xcited byk watak2 dlm novel lain mncul hehehhehe. Suka sesgt...mcm Qis & Joe, thaqif jazman & mamee biru..en lawyer ...(aisey lupa nama plk)... Mmg best...kisah ni kiranya kesinambungan watak FA yg akhirnya jmpa jgk gn cinta hati dia...yesss sweettt bebenor....melting abis..tq april snow.sb ms bc lafaz cinta di jari manis agk frust jgk sb qis x pilih FA tp akhirnya dlm citer ni FA jmpa gn bidadari dia...❤️ tahniah april snow..moga akn hasilkan karya2 hebat pd mse akn dtg...
baca novel nie..memang sweeet aje dgn fazwan CFO tu..dah lah hansome...bijak..dan palingsweet..romantik tahap diebetes.. aida pulak gadis yang cantik dan telah menawan hati encik fazwan..si langau razman tu akhirnya kata2 dia memakan diri sendiri..padan muka..fyza yang jadi kawan waktu susah dan senang...abg cik yang garang dan tegas kerana sayangkan adik dia yang comel..cerita nie santai dan takde konflik sgt..penuh dgn ayat cinta ..membacanya pon rilek aje...