Jump to ratings and reviews

Didiklah Dari Hati

Mungkin kita akan bertanya, adakah ibu bapa yang tidak ikhlas dalam mendidik anak-anaknya? Jawabnya, ya..ada.

Anak hakikatnya bukan milik kita tetapi "milik" Allah, maka kita tidak boleh membesarkannya mengikut sesuka hati atau sesedap rasa kita.

Ibu bapa yang ikhlas akan banyak menerima walaupun mereka memberi bukan untuk itu. Apa yang mereka semai, itulah yang akan mereka tuai. Allah tidak akan mensia-siakan ibu bapa yang ikhlas mendidik anak-anak hanya kerana mengharap keredaan Nya,

Malah Tuhan akan menitipkan rasa kasih kepada hati anak untuk mengasihi ibu bapa yang ikhlas itu. Jasa mereka akan dikenang, budi mereka akan dibalas walaupun sedikit pun mereka tidak memintanya.

Inilah hukum Sunnatullah. Siapa yang banyak memberi, akan banyak menerima. Kita tidak akan "kehabisan" dengan memberi, sebaliknya kita akan menerima lebih banyak lagi.

Mengapakah anda perlu memiliki buku " Didiklah Dari Hati" ini?

1. Menyajikan panduan ringkas dan mudah difahami yang berkisar aspek kehidupan seharian yang mungkin kita sebagai ibu bapa terlepas pandang akan kepentingannya dalam pembentukan sahsiah anak-anak

2. Dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak dari aspek jasmani dan rohani

3. Panduan dan penerangan yang diberikan dinyatakan dalam bentuk penomboran yang pastinya mudah diikuti oleh para ibu-bapa

275 pages, Paperback

First published December 1, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books254 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (45%)
4 stars
5 (45%)
3 stars
1 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
40 reviews4 followers
March 4, 2015
Buku ini ringkasan kepada beberapa buku keibubapaan islam : Tarbiyatul Aulad karangan Abdullah Nasih Ulwan dan Prophetic Parenting.


Buku ini ringkas dan ditulis dalam bentuk "points" beserta beberapa contoh praktikal dalam mendidik anak-anak.

Paling terkesan adalah penulis menekankan aspek mengenalkan Allah dari usia kecil. Apabila anak tahu tentang kewujudan Allah yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Membalas, maka anak akan lebih berhati-hati dalam melakukan apa-apa.

Ini kerana mereka faham tujuan hidup adalah untuk menjadi hamba dan menjadi khalifah.

Penulis juga menekankan ibu bapa perlu ikhlas dalam mendidik anak. Melakukan sesuatu fillah, billah dan 'alallah.

Buku ini perlu sentiasa dirujuk dari semasa ke semasa
Profile Image for Wan Siti.
140 reviews9 followers
November 8, 2015
Selesai juga.
Walaupun isi buku tidak menarik pada penghujung bacaan.


penulisan buku di hujung2 tergantung.
boleh perbaiki lagi cara penulisan
Displaying 1 - 2 of 2 reviews