Alhamdulillah rezeki diberi masa dan peluang membaca karya ini. Nasib saya baik juga sebab dapat baca yang terbitan PTS Litera, rupanya Idea Kreatif pun terbitkan juga. Ada beza ke? Siapa pernah baca boleh share
This is definitely one of the best books yang pernah saya baca. Back to back (semalam skim through Selimut Malam by HF), bezanya bak daun dengan batu. Dua-dua ciptaan Allah, menjunjung tema cinta dan romantika, tetapi satu itu keras kejung dan boleh jadi senjata pembunuh (membunuh potensi taqwa dalam hati remaja dan ketulusan hidup sebagai hamba Allah), yang satu lagi hijau, menyejukkan mata dan memberi ketenangan jiwa meningkatkan tahap kesihatan kalbu.
Wasilah Cinta Weera sangat istimewa kerana membuktikan cinta itu bukan picisan, sepatutnya tidak diletak pada tahap begitu rendah, sentiasa perlu didorongi nafsu yang tidak disulami zikir dalam hati, cinta sesama manusia itu bukan 'rubbish'. Sebab itu saya bengang bila baca novel yang menghidangkan kisah...., ; bukan muhrim yang handsome dengan yang cantik jelita, dengan kaya raya, sentuh sana sini, kendung atas bawah, tarik-tarik tudung, cium sana sini, dua tiga ratus pages asyik cerita keluar masuk bilik, love bites, sayang benci sayang benci, lupa diri buat perangai macam si Firdaus tapi hujung-hujung terus baik macam Ray.... so tak realistik, terlalu fantasi, melalaikan.
Wasilah Cinta Weera pun terlalu banyak adengan romantik, cinta terungkap, kasih menggunung tak terucap, ada orang baik dan ada yang jahat... Namun, membaca novel ini mendekatkan kita dengan Sang Khaliq, menyedarkan kita bahawa seorang manusia hanya boleh jadi baik dan bertaqwa dengan rahmat Allah. "Amat indah jika segalanya kerana Allah".