Khalif Idrus pemain badminton elit yang sukar didekati. Temu bual? Hampir mustahil. Laila Husna, wartawan sukan yang gigih, mahu mendapatkan temu bual eksklusif.
Setelah semua cara professional gagal, satu pertaruhan tercetus; jika Laila menang perlawanan badminton menentang Khalif, dia berhak mendapatkan temu bual itu. Masalahnya, Khalif atlet negara dan Laila cuma wartawan degil. Kejutan berlaku apabila Khalif tersilap pukulan terakhir—Laila menang. Game set! Janji perlu ditunaikan.
Daripada sindiran pedas, gelak kecil, hingga temu bual yang membuka ruang kepada perasaan, hubungan mereka berubah secara tidak dijangka. Tetapi fitnah, tekanan kerja dan salah faham mula mengancam. Laila terpaksa menghilang dari dunia kewartawanan, manakala Khalif berjuang untuk dirinya sambil berniat membersihkan nama Laila. Mampukah pena dan raket disatukan semula?
Uols... F really enjoyed reading this karya. It feels so refreshing because it's a story about dreams, determination and finding the strength to keep going despite everything life throws at you.
The writing is very light and easy to follow. Such a comfortable read even when the story touches on heavier emotions and difficult situations.
At first F thought the story was moving a little slow but somehow it kept me hooked until the very last page. The prologue alone had me wondering what actually happened and made me want to keep reading.
The male characters surrounding Laila and Khalif are absolutely chef's kiss. The friendship between Aizat dan Khalif.. love love it!
Abang Laila never judged her because he knew exactly who his sister was. Dia faham Laila wasn't the type to seek cheap publicity or behave recklessly. That kind and support tu la yang kita nak dalam family.
As for Khalif, the way he proceeded with legal action despite BAM not knowing about it was a huge risk. Memang serah tengkuk si Khalif ni but for the sake of protecting both his and Laila's reputation, he chose to do what he believed was right.
F also enjoyed seeing the character development throughout the story. Despite the fitnah, misunderstandings and challenges that brought them down, they never gave up.
F also loved the kampung atmosphere surrounding Laila. It felt warm and welcoming. The villagers never turned their backs on her or condemned her for what happened. Okay, there was that one makcik but thankfully the other makcik² pakcik² were quick to defend Laila.
Once the culprit was finally revealed and received the punishment they deserved, Khalif and Laila still had to spend years apart before finding their way back to each other.
F memang suka cerita macam ni. No unnecessary drama, no complicated plot twists for the sake of it... just a smooth, well-paced story that keeps you turning the pages.
Wartawan dan atlet tidak boleh bersatu? Mai habaq sat sini. Dalam hidup Laila hanya satu sahaja, fokus dalam kerjaya dia sebagai wartawan. Walaupun sudah dibebel oleh Shauqi untuk tak berkerja keras tapi dia tetap gigih dan usaha dengan kerjayanya. Dunia wartawan nadi hidupnya.
Laila ditugaskan untuk interview salah seorang atlet badminton kebanggaan negara dan profesional, Khalif Idrus. Untuk bertemu bual bersama atlet itu sangat mustahil dan peluang sangat tipis untuk dicapai sebab Khalif seorang yang sangat anti-media. Apa pun terjadi atau rintangan, dia perlu interview atlet tersebut untuk selesaikan tugasnya.
Makin hari makin lama detik berjalan, ada satu garis yang hadir tanpa mereka sedar. Dari hanya sekadar gurauan dan interaksi hanya tugas masing-masing, berakhir dengan satu fitnah yang tergempar sekali gus mencalar nama. Segala berlaku hanya dengan masa yang singkat.
Jujur saya cakap, waktu saya baca sinopsis penulis dah hook saya, tertanya apa yang terjadi tapi bila baca prolog lagilah buat kita tak sabar nak baca, serius cakap. Rasa sebak di dada bila baca prolog. Saya rasa scene ini cukup sangat memberi gambaran yang realistik ketika beban yang berat akhirnya dilepaskan juga, kita yang baca pun rasa nak terkeluar air mata. Tiada kata-kata hanya sebuah pelukan menggambarkan segala rasa yang ada. Nak tahu apa jadi, kau orang kena baca buku ni tauu!
Laila - seorang yang sangat gigih dengan kerja namun orang salah faham dengan usahanya untuk interview Khalif. Ramai sangka Laila yang mengejar Khalif malahan Khalif sendiri yang dekat kepadanya. Mia suka betul cara Laila kerja ni, nak selesaikan tugas dia tak perlu terburu-buru. Bertenang dan tak mudah putus asa. Usaha tanpa pertolongan orang lain.
Khalif - soal Khalif ni teman suka beno. Dah lah ada rupa lepas tu memang sehijau hutan betul dia ni. GREEN FLAGGG. Atlet elit ni memang semangat juang dia tu tinggi. Walaupun tubuhnya hampir tewas dek kerana cedera yang dialami tu tapi pantang menyerah. Khalif yang anti-media ni pun boleh jatuh cinta dengan wartawan tanpa sedar. Walhal dia sangat kurang gemar dengan media; gembar-gembur media yang sentiasa cari sensasi untuk tarikan netizen, Khalif tak suka. Tapi... melihat Laila yang sangat fokus dan profesional dengan kerja, jadi menarik perhatian Khalif untuk bersama dengannya.
Eee sukanya dengan cerita ni. Dari plot cerita, watak, jalan cerita dan penulisan yang santai, semua kita suka. Olahan penulis pada setiap watak rasa hidup. Tak dapat Khalif, dapat Aizat pun jadi lah, kita suka watak dia, menghiburkan 😅 Sukalah dengan friendship Khalif dan Jat. Tak tu juga, Coach Ramli yang sentiasa bimbing atlet bawahannya dengan baik. Suka ada coach macam ni. Coach idaman lah.
Bonding antara Laila dan abangnya, Shauqi pun kita suka. Cumanya kita rasa tak cukup sebab kalau boleh nak tahu lagi lebih tentang Khalif. Semuanya cukup rencah dari emosi dan rasa yang dibawa alur dalam cerita ni. Watak yang terlibat pun sudah terima balasan yang setimpal.
Banyak pengajaran yang saya terima dalam kisah ini: - Kalau jatuh, kita kena bangkit peluang masih banyak. -Kalau rasa keseorangan, kita kena yakin masih ada orang bersama dengan kita. -Jangan putus asa. -Dendam, cemburu dan ikut emosi, memakan diri sendiri. -Jangan percaya bulat-bulat perkongsian yang tular.
Naskah ini sesuai untuk mereka yang pernah jatuh dan ingin bangkit semula. ✓
4.75 ⭐️ cerita ni best gila cumanya… kenapa macam lagi banyak tentang antagonis dan side characters instead of main characters dia sendiri? Cerita tentang Khalif and Laila ni cuma time awal awal dengan nak akhir tu. Tengah tengah tu banyak pasal antagonis 🥹 Tapi apa pun jalan cerita dia best jeee and male lead dia a.k.a Khalif, sumpah green flag gila!! Female lead dia pun saya suka!! Next, nak baca pasal abang Laila pls 😭🙏🏼 or Aizat pun okay hehe
Just finished the story, and i love it!! The story, plot, world building, and the character, semuanya disusun dan dibuat dgn baik!
And i lovee how the story is not focuses 100% on love story, it’s more like 80% focuses on the story and plot, and 30% focuses on building their love relationship
3.9 Mungkin siapa yang nak ending lain for drama TFTO tu boleh baca buku ni sebab wartawan-atlet that got their happy ending? Inilah bukunya. Cuma buku ni interaction between both leads ada dekat awal dan akhir saja. Yang lain banyak pasal side characters saja. Hah
For me dia punya romance dari awal bukak buku dah ha! Pelik why orang kata romance tu hujung hujung buku.. every character sangat penting untuk jalan cerita tapi maybe boleh kecilkan sikit
Apa-apa pun.. Paling best! Sangat detail penulis tulis and explain..
Penat la blushing baca buku ni 😭💜💜 Suka sangat dengan character Khalif 🫶🏻 Sanggup tanggup apa apa sahaja risiko yang akan jadi demi menegakkan kebenaran 🤍 Illustration dia pun mak ai helok betul 😭😭💜