Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ana Najah

Rate this book
Nur Faiza- Masa lalunya langsung tidak enak untuk dibaca Perbuatannya dulu masih menjadi perbualan orang ramai. Cemuhar tak berhenti bagai sungai yang mengalir. Hidupnya semakin mencabar setelah mengahwini kawan baiknya sendiri

"Aku bersumpah! Kau tak akan pernah bahagia dengan aku, Iza!" -Zul

Sumpah Zulkarnian Zakrul menjadi kenyataan. Nur Faiza dibuang keluarga, ditinggalkan di negara asing, dan segalanya hilang satu persatu dari sisinya. Sepuluh tahun sudah berlalu, Nur Faiza masih takut mahu kembali ke tanah air.

"Kita rujuk semula. Aku merayul"-Zul.

Kemalangan, pengorbanan rahsia, dan kebenaran satu persatu terungkap mengubah segala nasib Faiza. Zul datang merayu memohon maaf. Adakah masih tersisa peluang kedua untuk mereka kembali bahagia?
Ini bukan kisah cinta antara dia dan dia tetapi ini adalah sebuah kisah cinta antara Nur Faiza pada Tuhan yang maha Esa.
'Aku seorang pendosa yang sedang berusaha keluar dari kegelapar masa silam. Aku berharap Allah menerima setiap langkahku menuji kepadaNya." -Nur Faiza

384 pages, Paperback

Published April 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

AidanJannah

4 books5 followers
Nama pena AidanJannah atau Luce del Cielo. Seorang jurutera animasi, robotik, pemesinan industri dan soft yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun. Pengajian terakhir beliau adalah Diploma Mekatronik di Politeknik Port Dickson. Selain itu, beliau membuat kerja sampingan iaitu menerima tempahan melukis dan menulis. Malah beliau dahulu adalah pengasas semuah jenama doodlemuslimah.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (66%)
4 stars
1 (11%)
3 stars
1 (11%)
2 stars
1 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Nad.
488 reviews2 followers
Read
June 15, 2026
(Read in one day)

Jangan jadi macam saya, dah baca baru tahu ini buku kedua. Better baca yang Ana fadhl barulah dapat memahami semua watak kenapa mereka begitu.
Senang cakap watak Zul dari awal (zaman belajar sampai cerai) sampai habis memang buruk betul perangai. Padahal dia suka mengambil kesempatan dekat Faiza (member banyak tolong tau) pastu banyak cekadak macam kau paling terseksa.
Profile Image for Bella.
35 reviews
October 30, 2026
Kerana hanya satu salah faham, rahsia Nur Faiza yang dulunya disimpan rapi, aib yang dulunya tertutup rapat kini kembali diungkap Zulkarnain Zakrul, sahabat baik Iza sendiri.

Maksiat, tipu daya dan semua dosa Nur Faiza yang terlihat di mata kasar, Zul ungkit. Hanya kerana, untuk menyelamatkan diri sendiri daripada dikahwinkan dengan si pendosa. Dan, dalam masa sama untuk menjaga perasaan buah hati kesayangan, Iffah.

Tapi beribu alasan yang Zul beri, tak menggoyahkan keputusan keluarga masing-masing untuk menyatukan mereka. Jadi, terlafazlah akad yang tak pernah dipinta. Zul rasmi menjadi suami untuk seorang Iza.

Tapi ‘suami’ cuma terlakar di atas kertas, Zul tinggalkan Iza terkontang-kanting bersendirian di benua Eropah sana. Dan, bahkan sesaat tak pernah Zul ambil peduli tentang Iza yang bersusah-payah.

10 tahun, masa yang berlalu merubah Iza menjadi seseorang yang baru, seseorang yang ingin selalu menjadi yang terbaik dalam kalangan hamba yang dicipta.

Tapi, belum lengkap hijrah seseorang tanpa ada ujian yang perlu ditempuh.

Keluarga, orang sekeliling bahkan sahabat baik yang dulunya menabur janji sehidup semati kini semua berpaling muka, mempamerkan riak jijik.
Pada mereka, Iza tetap ahli neraka sehingga bila-bila.

Iza sedar walau beribu kebaikan yang pernah dia tabur, semuanya sirna hanya dalam satu hari dan tertutup dengan keburukan dan kejahatan yang pernah dia lakukan.

Walaupun, kononnya Iza tak pernah penat untuk berubah tapi setiap kata cacian yang datang menghentam, setiap singgahan pukulan dan bidasan mereka sedikit sebanyak menghadirkan rasa sangsi dalam diri.

‘Betulkah Allah tak pernah tinggalkan Iza bersendirian? Betulkah Allah tak pernah palingkan muka daripada Iza?’

Dan, Iza tahu untuk penghijrahan yang sempurna, Iza perlu tuntut segala kemaafan daripada semua yang pernah dia zalimi.

Walaupun setiap kemaafan datang dengan pengorbanan yang perlu dia lakukan, Iza reda. Asalkan, dia jumpa Najah yang sebenar dalam penghijrahannya

Okay, mmm. Macam mana eh nak cakap. Sebab tu saya tak suka baca islamic romance / fiction (okay tipu jer, genre ni paling lurvee heheh).

Saya tak suka bila kisah Faiza yang penulis garapkan buat saya terngiang-ngiang beratnya emosi yang dia tanggung. Jerihnya perjalanan yang dia tempuh.

Sedih. Berat. Sebak. Simpati.

Semua rasa bergaul elok buatkan cerita penghijrahan Nur Faiza sangat harmoni😭 sampai sekarang, bila teringat mesti nangis.

Tanpa bimbingan, tanpa panduan Allah tetap gerakkan hati Faiza yang dulunya liar jadi someone yang amal ibadahnya dicemburui. Allah pimpin Faiza yang tak pernah putus asa mencari reda sampai ke akhir.

Benci. Saya asyik nangis je dua tiga hari lepas baca. Sebab tu tak up apa apa, slump tu teruk sangat.

Melalui kisah Faiza dan Zul, banyak sangat pengajaran yang boleh kita semat. Setinggi-tinggi rasa sayang yang pernah terpahat, andai Allah bolak balikkan, semuanya hilang dalam sekelip mata.

Dan pendosa yang mungkin semua jamin neraka, sebenarnya dinanti Allah melangkah ke syurgaaa.

Tak boleh nak review panjang panjang sebab ayaq mata duk meleleh😭

Btw saya baru tahu yang buku ni kena baca sebelum ana fadhl, tapi dah alang-alang terbaca separuh saya tetap habiskan. Sekarang ana fadhl tu dah dalam pemerhatian saya (gaji masuk saya terus memborong)

Okay, mmm. Macam mana eh nak cakap. Sebab tu saya tak suka baca islamic romance / fiction (okay tipu jer, genre ni paling lurvee heheh).

Saya tak suka bila kisah Faiza yang penulis garapkan buat saya terngiang-ngiang beratnya emosi yang dia tanggung. Jerihnya perjalanan yang dia tempuh.

Sedih. Berat. Sebak. Simpati.

Semua rasa bergaul elok buatkan cerita penghijrahan Nur Faiza sangat harmoni😭 sampai sekarang, bila teringat mesti nangis.

Tanpa bimbingan, tanpa panduan Allah tetap gerakkan hati Faiza yang dulunya liar jadi someone yang amal ibadahnya dicemburui. Allah pimpin Faiza yang tak pernah putus asa mencari reda sampai ke akhir.

Benci. Saya asyik nangis je dua tiga hari lepas baca. Sebab tu tak up apa apa, slump tu teruk sangat.

Melalui kisah Faiza dan Zul, banyak sangat pengajaran yang boleh kita semat. Setinggi-tinggi rasa sayang yang pernah terpahat, andai Allah bolak balikkan, semuanya hilang dalam sekelip mata.

Dan pendosa yang mungkin semua jamin neraka, sebenarnya dinanti Allah melangkah ke syurgaaa.

Tak boleh nak review panjang panjang sebab ayaq mata duk meleleh😭

Btw saya baru tahu yang buku ni kena baca sebelum ana fadhl, tapi dah alang-alang terbaca separuh saya tetap habiskan. Sekarang ana fadhl tu dah dalam pemerhatian saya (gaji masuk saya terus memborong)
Profile Image for Safiya Yahaya.
73 reviews
July 22, 2026
I would rate this 2.7.
Jalan cerita agak menarik dan padat dengan ayat quran dan pengajaran. Namun,penggunaan perkataan yang terlalu tinggi arasnya sedikit menggganggu bacaan dan penghayatan walaupun terapat glosari di belakang. Terdapat banyak juga kesalahan terutamanya dalam dialog dan ayat2 bahasa inggeris dari segi gammar. Still a good effort.
Profile Image for Muni's Scarlet Shelf.
5 reviews1 follower
May 6, 2026
Jangan terlalu mudah untuk menghukum seseorang pendosa atau tidak kerana pengakhirannya kita tak tahu macam mana..

Begitu la juga dengan pengakhiran Nur Faiza dalam cerita ni..Dari seorang yang melakukan macam2 dosa kepada seorang yang sangat taat dekat Allah sampai hujung nyawa.

Dari punyai semuanya sampai ditinggalkan seorang diri di negara orang tanpa apa-apa penjelasan daripada seorang suami..

Selepas 10 tahun baru suami cari dia balik dan pulangkan semua dokument diri untuk Faiza pulang ke Malaysia itu pun selepas kena ugut dengan Kembar Faiza..Kalau tak sampai kesudah Faiza dalam keadaan disihir..

Sampai-sampai Malaysia..sekali lagi Faiza diabaikan oleh suami dia..
so dekat situ la bermula penghijrahan NUr Faiza..Dan dekat Malaysia juga la satu-satu dugaan yang Faiza lalui seorang diri..

Jadi kalau korang nak tahu apa jadi dekat Faiza boleh la korang dapatkan masa PBAKL nanti atau bila je online ok..

Muni recommend cerita ni sebab sampai tersedu-sedu nangis dengan apa yang jadi dekat Faiza,,
Profile Image for Nazfea Solehah.
Author 5 books2 followers
June 5, 2026
Cerita ni best, sedih. Tapi sepanjang baca buku ni asyik nak maki dekat watak Zul dan Iffah je. Puas hati pengakhiran dia macam tu.

Btw, dalam buku ni ada byk flashback, sejujurnya saya kurang sikit kalau cerita tu banyak flashback. Lebih prefer straightforward. Tp, not bad!

Ads kesalahan ejaan, menyayangi pada bab 33, dan juga nama orang yunus, dia letak huruf kecil. Harap next batch ni zero typos!
Profile Image for Lyana.
23 reviews
May 1, 2026
Beautiful writing. Cerita tentang penghijrahan, pengorbanan dan peluang ke dua. Ayat-ayat indah mendidik hati untuk berdamai dengan takdir. Nasihat daripada ayat-ayat alQuran banyak diselit dalam cerita ini.

Sedih nangis sungguh ..
Displaying 1 - 6 of 6 reviews