Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rubah Putih

Rate this book
Lima tahun lalu, empat sahabat membunuh seekor rubah putih di hutan larangan tanpa menyedari perbuatan itu akan menghantui hidup mereka.

Kini, ketika pilihan raya Negara Kota semakin hampir, seorang demi seorang daripada mereka mati dalam keadaan mengerikan. Setiap kematian meninggalkan petunjuk sama — bayangan rubah putih yang seolah-olah kembali menuntut balas.

Wartawan bebas, Iskandar, mula menyiasat dan menemukan kaitan antara pembunuhan bersiri, konspirasi politik dan rahsia lama yang cuba disembunyikan. Semakin hampir kepada kebenaran, semakin jelas ada dosa silam yang tidak pernah benar-benar berakhir.

232 pages, Paperback

First published April 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Ramlee Awang Murshid

52 books1,406 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (29%)
4 stars
21 (41%)
3 stars
12 (23%)
2 stars
2 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Hamidah Effendi.
579 reviews12 followers
May 16, 2026
Rubah Putih oleh Ramlee Awang Murshid

Dimulakan dengan pembunuhan seorang watak oleh Rubah Putih yang digambarkan penuh misteri, kemudian cerita membawa kita ke musim kempen ahli politik dan akhirnya beberapa watak terperangkap di Hutan Wilayah Tenggara. Dari situ, konflik mula berkembang tentang dendam, dukun, kuasa dan realiti politik dunia.

Seperti biasa, plot twist dengan RAM memang “berpisah tiada”. Kali ini pun menjadi. Ada cerita dalam cerita, dan paling menarik — sarat dengan mesej tentang dunia politik masa kini.

Aku banyak emosi sepanjang membaca bahagian di Hutan Wilayah Tenggara. Geram dengan tindakan beberapa watak, terutama polis tu… rasa macam patut dikuburkan sekali. Tapi itulah, seperti kata Iskandar: “undang-undang dua darjat.”

Walaupun tajuk dan kulit buku suasananya kedengaran seram, sebenarnya cerita ini tak menyeramkan. Jadi kalau nak baca waktu malam pun memang digalakkan. Pace pembacaan pula laju, padat dan penuh mesej. Nipis, Kecil tapi cili padi.
Profile Image for Atirah Ghazali.
79 reviews2 followers
April 25, 2026
Pembunuhan rubah putih menyebabkan 4 sekawan diburu dosa lampau. Rubah putih dianggap makhluk suci dan membunuhnya boleh dikenakan hukuman. Setelah 5 tahun berlalu dan pilihan raya semakin hampir, rubah putih muncul kembali untuk menuntut bela. Nyawa harus dibayar dengan nyawa.

Seorang wartawan bebas yg membenci undang-undang dua darjat turut menyiasat kes ini namun tidak disenangi oleh seorang pegawai polis yg ditugaskan utk menyelesaikan kes pembunuhan misteri tersebut. Keadaan semakin tegang bila kesemua mereka diculik dan ditinggalkan di tengah hutan belantara. Dalam masa yg sama turut diburu oleh rubah putih bersama jelmaan wanita yg digelar Gumiho. Untuk keluar dari hutan itu, mereka harus mengakui dosa yg dilakukan. Semakin hampir kepada kebenaran semakin jelas rahsia lama yg disembunyikan. Sebuah kebenaran yg tersangat pahit dan menyedihkan.

Kisah ini turut mengkritik undang-undang dua darjat di mana perbezaan layanan yg ketara antara golongan elit dan rakyat marhaen. Lebih malang lagi menyalahgunakan kuasa demi menutup dosa sehingga yg teraniaya terus terseksa.
Profile Image for Layli Chee.
127 reviews5 followers
April 29, 2026
Khas untuk peminat Thriller, buku ni untuk korang!

Weh, aku nak cakap yang buku ni tak bagi aku ruang untuk bernafas sedikit pun sebab banyak gila plot twist! Siot betul! Aku dah expect ‘oh benda ni mesti jadi camni’ TAPI TIDAK AARGHH! Penulisan plot RAM tak pernah mengecewakan.

Sesungguhnya, manusia memang makhluk paling kejam di muka bumi ini, kan?

Buku ni serious best, enjoy gila baca!
Profile Image for sansuriya82.
134 reviews2 followers
May 30, 2026
Rubah Putih karya Ramlee Awang Murshid memang ada aura thriller berat yang buat aku rasa susah nak berhenti membaca. Dari awal lagi, cerita terus “tarik” dengan suasana misteri dan rasa tak sedap hati yang makin lama makin menyesakkan. RAM memang pandai bermain dengan emosi pembaca, sekejap kita rasa percaya pada sesuatu watak, lepas tu terus dipusing dengan fakta baru.

Apa yang aku paling suka ialah cara novel ni membina suasana gelap dan penuh paranoia. Setiap bab macam ada rahsia tersendiri. Bila muncul simbol rubah putih tu, dia bukan sekadar elemen seram biasa, tapi jadi lambang kepada rasa bersalah, dendam dan ketakutan yang menghantui watak-watak dalam cerita. Ada beberapa bab yang betul-betul buat aku rasa meremang, terutama bila kisah silam empat sahabat mula terbongkar satu demi satu.

Gaya penulisan RAM masih sama macam yang peminat dia suka iaitu ringkas, laju dan cinematic. Dialog natural, dan bab-bab pendek buat kita asyik nak sambung “satu bab lagi”. Plot dia pun banyak twist. Ada twist yang memang menjadi dan buat aku terdiam sekejap. Tapi dalam masa sama, ada juga beberapa bahagian yang terasa agak kompleks sebab melibatkan politik dan konspirasi. Kalau tak fokus, memang boleh sedikit keliru dengan hubungan antara watak dan agenda masing-masing.

Watak Iskandar sebagai protagonis agak menarik sebab dia bukan jenis hero sempurna. Dia nampak realistik dan keras kepala, obses dengan kebenaran, tapi dalam masa sama ada sisi rapuh yang buat kita faham kenapa dia terus mengejar misteri tu. Watak sampingan pun banyak yang meninggalkan kesan walaupun tak muncul terlalu lama.

Bagi aku, kekuatan utama Rubah Putih ialah atmosfera dia. Novel ni bukan sekadar thriller pembunuhan biasa, tapi lebih kepada cerita tentang dosa lama yang kembali menuntut harga. Ending dia pula memang gaya RAM, tak terlalu cliché dan ada rasa pahit yang melekat lepas habis baca.

Personal Rating: 4.8/5 ⭐
Sesuai untuk pembaca yang suka thriller misteri gelap, plot twist dan vibe psikologi yang berat. Kalau kau peminat karya RAM sebelum ni, besar kemungkinan kau akan enjoy baca novel ni.
Profile Image for Edziani Nabila.
124 reviews8 followers
May 30, 2026
Gigih juga nak habiskan Rubah Putih ni sebab saiz font yang sedikit kecil. Kemudiannya, baru teringat novel Perempuan Busana Merah pun saiz pun agak kecil.

Awal pembacaan rasa macam ada babak kena potong. Sekejap latar di Wilayah Barat, sekejap di Wilayah Utara. Masuk pertengahan cerita, mula nampak semua watak berkaitan dan plot bersambung.
Di Negara Kota, Rubah Putih ialah binatang legenda. Rakyat percaya ia keramat, malah undang-undang melarang sesiapa memburunya. Berlaku insiden di hutan simpan, apabila Jimmy anak VVIP dan rakan-rakannya membunuh rubah tersebut.

Tertarik pada isu yang diketengahkan dalam novel ini:
1) Ragam politik dan manisfesto terutama janji pilihan raya yang hanya sekadar halwa telinga saban tahun.
2) Undang-undang tidak laku pada golongan yang berkuasa dan berduit.
3) Isu kesihatan mental pada lelaki seperti anxiety yang dialami Tony kerana percaya Gumiho itu wujud.
4) Kasih seorang ayah pada watak Pak Malim yang bertahun mencari Dahlia, anaknya yang hilang.

Epilog 1 itu rupanya siku plot. Hampir yakin Zainal upah Hanung untuk bun*h orang. Rupa-rupanya, ah, tak boleh spill!
Profile Image for Eizalicious Noir .
69 reviews1 follower
April 20, 2026
Rubah Putih hasil nukilan Ramlee Awang Murshid sememangnya sebuah naskhah yang sarat dengan kejutan, seperti kebiasaan gaya penulis ini. Saya pula membaca dengan ‘persediaan awal’, mengumpul petunjuk dan maklumat sejak dari helaian pertama.

Dan benar seperti dijangka, mujur juga saya bersedia dari segi psikologi, kalau tidak, memang boleh termenung panjang selepas menamatkan bacaan. Pengalaman lalu benar-benar mengajar: jangan terlalu hanyut dalam jiwa watak. Kekuatan penulis tetap pada plot twist yang ada identiti tersendiri.

⚠️ Peringatan. Jangan sesekali cuba lompat ke bab terakhir. Ia langsung tidak akan merungkai perjalanan sebenar cerita.


📖 Review tanpa spoiler

Rubah Putih membawa pembaca menyelami kisah gelap yang perlahan-lahan membongkar dosa silam, rasa bersalah, dan pembalasan yang datang tanpa diduga. Naratifnya bergerak antara realiti dan elemen mistik, menjadikan suasana sentiasa tegang dan misteri.

Kekuatan utama novel ini terletak pada cara penulis ‘menipu’ persepsi pembaca, membina jangkaan, kemudian mematahkannya satu demi satu. Setiap watak ada sisi yang tidak sepenuhnya jelas, dan pembaca dipaksa berfikir serta menilai sendiri siapa yang benar-benar bersalah. Sesuai untuk yang suka cerita berlapis, gelap, dan penuh kejutan di penghujung.

#EizaliciousNoir #RubahPutih #RamleeAwangMurshid #BukuPrima #SiriAkuBercerita3
Profile Image for NanieAliff.
26 reviews
April 28, 2026
Honestly, sy 1st time baca novel thriller by RAM ni walaupun sy bookworm. Buku ni best giler. I am not kidding. For those yg nk start habit membaca, buku ni adalah antara buku terbaik utk beginner. Suspen buku dahsyat. Saya sukaaaa. More to read lps ni by RAM.
Profile Image for Nina Amani.
10 reviews
May 19, 2026
Cerita misteri pembunuhan. Menarik. Ada sedikit plot twist. Bahasa mudah faham, boleh baca laju.
Profile Image for Amie Orched.
8 reviews
May 8, 2026
Bagi pembaca setia buku Tuan RAM pasti akan berkaga dengan setiap barisan penceritaan kerana plot twist bagi cerita boleh beralih bila-bila masa.

Tidak mengecewakan bagi buku terbaru Tuan RAM, para pembaca tidak boleh untuk terus ke muka surat belakang untuk mengetahui misteri akan jelmaan wanita dan rubah putih itu sendiri. Walaupun teka teki tersebut boleh di nilai namum jika tidak ikut tertib penceritaan maka tidak la diketahui perkaitan semua watak.
Profile Image for Raja Sharifah.
17 reviews
May 25, 2026
Terdapat sebuah legenda mengenai rubah putih yang dikatakan jelmaan hantu atau roh jahat dan Gumiho iaitu jelmaan jahat.

4 sahabat baik telah menembak seekor rubah putih di dalam hutan. Tanpa disedari, terdapat satu lagi nyawa yang menjadi mangsa tembakan mereka. Setelah menyedari perbuatan mereka, mereka memutuskan untuk menanam 'bukti' perbuatan mereka di dalam hutan agar tidak diketahui oleh orang lain. Tanpa pengetahuan mereka, ada mata yang menjadi saksi.

Walaupun terdapat pendedahan, 3 dari sahabat-sahabat tersebut telah terlepas dari tindakan undang-undang, manakala seorang sahaja sanggup menerima hukuman setelah disogok dengan duit, itu pun untuk kesalahan yang lebih ringan, mencerobohi hutan.

Tetapi dosa-dosa mereka terus menghantui mereka. Mereka harus dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka yang kejam. Seorang telah dibunuh, manakala yang lain telah dibawa kembali ke tempat di mana semua telah bermula di dalam hutan untuk menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka- black law!

Pada awal pembacaan, kisah bermula dengan unsur seram/mistik tetapi semakin banyak dibaca, unsur 'satira politik' terasa lebih lantang di sebalik kisah mistik ini. Sekiranya anda pernah membaca 'Animal Farm', ini adalah gaya penceritaan yang seumpama dengannya.

Di antara 'sindiran politik' :

Kuasa telah membutakan pemimpin terhadap rakyat marhaen. Perhatian hanya akan terbuka tatkala pilihan raya semakin dekat.

Ujian paling besar adalah pemimpin. Kudisnya adalah menyalahgunakan kuasa dan rasuah. Yang halal diharamkan. Yang haram dihalalkan.
Kuasa dan wang - aromanya sangat menggoda!

Keadilan negara ini bersifat antara 2 darjat. Bukan salah undang-undang yang membezakan dua darjat, tapi kuasa orang politik yang menyelewengkannya sehingga terkeluar daripada landasan kebenaran.

Orang politik sangat kreatif larikan diri dari undang-undang. Manakala untuk rakyat marhean, terus dibelenggu kekecewaan sementara mengharapkan keadilan yang tidak kunjung tiba sehingga ada yang mengambil tindakan drastik akibat terdesak dan putus asa.

Rubah Putih menghidangkan kejutan demi kejutan dengan plot twist yang luar biasa.

This is where "the hunter becomes the hunted."
Profile Image for Salmiah Awang.
30 reviews3 followers
June 19, 2026
Novel kali ni saya puas hati baca endingnya.

Mengisahkan 4sekawan ni diam-diam memburu di hutan simpan negara kota.
Mereka telah bunuh seekor rubah putih yang menjadi simbol kebanggaan negara.

Iskandar, seorang wartawan bebas telah menulis satu artikel menyebabkan kes ni mula disiasat.

Malangnya kes ni melibatkan anak-anak vip kecuali Jazmi. Jazmi sanggup menjadi kambing hitam mengaku kesalahan tanpa melibatkan semua anak vip ni
Tapi bukan percuma, bayarannya boleh jadi okb. Penjara 6bulan je.

5tahun kemudian, Gary dibunuh oleh bayangan rubah putih. Kes ni disiasat oleh seorang polis bernama Zainuddin.

Jimmy , Tony dan Jazmi mula ketakutan. Bagi mereka, Rubah putih yang mereka bunuh tu mungkin gumiho yang nak balas dendam.

Jimmy masa tu tengah giat berkempen untuk pilihanraya yang akan datang. Dia ada seorang bodyguard.

Malam tu, saat masing-masing dibuai mimpi , Jimmy, Tony, Jazmy, bodyguard Jimmy, Iskandar dan Zainuddin semua terjaga, mereka dah ada dalam hutan negeri kota.

Siapa yang bawa mereka ke sana dan macamana, tiada siapa tahu.

Sepanjang malam mereka dikejar oleh rubah putih dan bersama rubah tu, ada seorang gadis berbaju putih.

Bermulalah adegan Gumiho memburu pesalah . Dan akhirnya membongkar satu rahsia jenayah yang disembunyikan.

Memang best novel ni.
Profile Image for Su Zainudi.
211 reviews
June 15, 2026
Buku ke3 yang dibaca untuk siri Aku Bercerita. Politik menyebabkan org hilang kewarasan. Ada yang sampai sangguo berbunuhan, ada yang sanggup memilih syirik. Jimmy bercita-cita tinggi untuk menceburi dunia politik sehingga sanggup membelakangkan segala pantang larang.

Dari satu kesilapan membawa kepada keailapan yang seterusnya. Gary, Tony dan Jazmin menjadi buruan selain dari Jimmy. Apa yang memburu dan kenape diburu? Kena baca.

Sejujurnya, Rubah Putih lebih sedap dibaca berbanding dengan naskhah Perempuan Busana Merah. Walau bagaimanapun terasa banyak isi-isi yang redundant atau diulang-ulang. Sedikit mengganggu tapi masih mengikat saya untuk menghabiskan buku ini dalam masa kurang 3 jam.

Adakah akan ada seterusnya untuk siri ini dari Tuan Penulis🤔😉
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for chu.ahmad.
10 reviews1 follower
June 29, 2026
Boring. Mengantuk. 3 chapter terawal, i dah boleh agak dah ending dia macam mana.

Bahasa. Idk. Dulu baca Ramlee Awang Murshid punya buku, elok je bahasa. Kene je. Tapi buku baru kali ni bahasa macam pelik sikit. Jargon banyak sangat. Bahasa indonesia pun ada. Kejap "aku" kejap "saya" dalam satu ayat, dalam satu watak. Spoil. Buku tahun 2026 tapi rasa macam baca novel 1876 lol.

Banyak watak tapi tak well explain. Ni macam mana ek nak sembang? Watak ada 6 tapi macam... tahu-tahu dah mati. Tahu-tahu, habis. Dia bukan tak puas baca ke apa, cuma... kalau watak tu takde pun ok je. And kalau scene mati pun, takde explain panjang- panjang pun pasal kes tu. Kene bunuh, pastuuu... dah. Next chapter. New day. New scene. Lepastu kes bunuh tadi? Tergantung sepi saja. Haaa... gitulah.

Baca epilog I, dah tahu, ni semua "cerita" dalam "cerita" and betul. Cuma nice je plot twist. Tapi takdelah plot twist sangat sebab apa yang i agak, betul pun kejadian dia. Dah tu je. I tak suggest orang beli. Pergi pinjam sana kalau nk baca. Tak berbaloi beli. No no yaaa.

P/S: 3/10 ⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Qayiem Razali.
921 reviews87 followers
May 17, 2026
[12|2026]

Rubah Putih || Ramlee Awang Murshid

Selepas Perempuan Busana Merah, Siri Aku Bercerita diteruskan lagi dengan kisah yang baharu. Kali ini RAM akan membawa kita mengenal tentang bagaimana masa lalu akan menghantui mereka yang berbuat jahat.

Berbanding siri yang pertama, kali ini ceritanya lebih mudah difahami dan plot twistnya bagi saya menjadi. Namun, saya seperti kehilangan magis sentuhan penulis seperti karya karyanya sebelum ini, di mana rasa ingin mengetahui pergerakan cerita itu lebih terasa. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang menggemari kisah yang membawa genre thriller, buku ini masih boleh dijadikan sebagai bahan bacaan bagi tahun 2026.
Profile Image for readwithariey.
27 reviews1 follower
June 17, 2026
Briefly psl 4 sekawan yg mabuk2 pi masuk hutan terpelihara, acah2 maen senapang tanpa sengaja terbunuh 'sesuatu' yg xsepatutnya. 'Sesuatu' yg menjadi kesayangan mereka. Bermula dari situlah timbul dendam juga mistik utk bongkarkan rahsia jenayah yg mereka sorok selama ni. More like undang2 yg dibutakan kerana rasuah.

Plot twist mantul. Cite best. Xseram sgt. Enjoy baca 👍
Profile Image for Mohd Ashmunir.
200 reviews3 followers
June 18, 2026
Done dlm masa sehari je. What can i say…. Klau dh namanya Ramlee Awg Murshid mmg jln cerita will be mindblowing… u x bleh nak ckp jln cerita dia straight forward Sbb mmg akan ada twist here and there. Mcm kisah kali nie… Ada politik… Ada mistik… ada pembunuhan tp at the end mcm tue plak… hahah… so seorg RAM nie mmg bijak… and I love it….
Profile Image for insaneAlice.
26 reviews
June 9, 2026
Nice premise, but again, kinna dissapointed because “it’s just a drama/movie” or maybe this is what “Siri Aku Bercerita” is all about, not a fan of Perempuan Busana Merah, but this is good and make sense, the storyline is more logical & interesting.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatin.
58 reviews
June 9, 2026
Satu lagi karya hebat dari RAM, plot twist yang sangat tak terjangka. Cuma kali ini agak ringan thriller-nya, walaupun masih terasa keseramannya.
Profile Image for Noor Hidayah.
79 reviews6 followers
June 19, 2026
Kritikal sosial untuk zaman sekarang. Sebagai pembaca setia RAM, jalan cerita dia okey2 je. Mungkin tema dia tak berapa kena dengan saya.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews