Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kasyaf Ain #2

Water Lily

Rate this book
Di tasik teratai... manusia dan jembalang bersilang takdir.
Dalam kabus tebal yang menyelubungi tasik teratai, manusia dan jembalang bersilang takdir.
Rosman, Syamel dan Dania terjerat dalam permainan muslihat yang memakan jiwa - antara penyamaran, cinta terlarang dan dendam Cindai terhadap Adi yang tidak berkesudahan, menjalar turun-temurun.
Dihantui bayangan masa lalu, Munir muncul membawa rahsia sebuah cinta abadi.
Dan di sebalik tasik berkabus itu, seorang wanita secantik bidadari sedang menanti ... bersama pesona yang menyimpan malapetaka.
Pertarungan takdir pun bermula.
Siapakah akhirnya yang akan menoktahkan dendam?
Adi... atau Cindai?

Paperback

First published January 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Ramlee Awang Murshid

52 books1,407 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (28%)
4 stars
1 (14%)
3 stars
3 (42%)
2 stars
1 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Rara.
220 reviews1 follower
May 8, 2026
Sangat kecewa dengan second installment ni.
Cerita macam tak tersusun..dan kurang jelas context cerita ni untuk apa? Nk kenalkan Dania? Pastu apa? Haihh..pastu tiber ade pemuja syaitan..tiada background story lebih detail..
Banyak sangat imbas kembali..jd annoying plak
Sangat superficial..tiada watak yang menyerlah..
Sangat2 berbeza dgn 1st installment..buku 1 mmg best..
Profile Image for chu.ahmad.
11 reviews1 follower
July 21, 2026
Sambungan dari Kasyaf Ain. Sambungan perjalanan Rosman & Syamel yang berburu jembalang ke hantu gitulah.

Buku ke 2 ni ada watak baru. Still susur galur keturunan Tok Adi but manusia + jembalang = alpha. But, the kasyaf ain wayyyyy better than water lily.

I tak faham kenapa title dia water lily padahal sepanjang buku dia panggil teratai. Teratai tu pun bukan watak utama lol.

Anyway, cerita dia tak habis lagi. Ada next buku.
Profile Image for Qayiem Razali.
925 reviews89 followers
June 25, 2026
[33|2026]

Water Lily || Ramlee Awang Murshid

SESAT - Itulah yang dapat saya simpulkan daripada cerita ini. Entah mengapa saya rasa naskhah ini plotnya agak kucar-kacir, sehingga tersesat saya mencari di mana arah cerita ini sepatutnya bergerak.

Berkisar tentang dunia jembalang dan dunia manusia, bertingkah sesama mereka untuk menghapuskan satu sama lain. Dapatkah Adi menghapuskan Cindai? Atau adakah Cindai yang akan menamatkan riwayat Adi?

Sejujurnya, naskhah ini saya kira boleh dikarang dengan lebih baik jika penulis diberikan ruang waktu yang lebih. Walau bagaimanapun, buku Water Lily ini masih juga boleh dibaca untuk mengisi ruang yang ada.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews