Jump to ratings and reviews
Rate this book

Phantom Reaper

Rate this book
Syabil tidak pernah merasa tertarik untuk bermain Somniverse, sebuah permainan MMORPG maya yang dimainkan dengan menggunakan Axonet — sebuah nanocip yang tertanam pada otak — walaupun sudah banyak kali dipujuk rakannya, Rifqi.

Namun, apabila pengumuman daripada developer Somniverse yang mengatakan pemain yang kalah dalam permainan, akan kehilangan nyawa di dunia realiti, Syabil terpaksa juga masuk ke dalam Somniverse untuk menyelamatkan adiknya, Danish, yang terperangkap di dalam dunia maya itu.

Dengan bantuan Rifqi, Syabil perlu menyelesaikan segala misi serta melawan segala phantom, dan dalam masa yang sama mencari adiknya, walaupun hubungan mereka berdua dingin sejak terjadinya satu peristiwa tragis yang melibatkan keluarga mereka.

Dapatkah Syabil menjumpai Danish? Dan dapatkah mereka semua keluar daripada dunia Somniverse dengan selamat, atau mereka akan kekal terperangkap di dalamnya?

144 pages, Paperback

First published April 20, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Arif Zulkifli

28 books193 followers
Arif Zulkifli merupakan seorang penulis separuh masa yang masih belum berani mahu menceburkan diri ke dalam kancah penulisan sepenuh masa. Sering mencelup-celup penanya antara penulisan alternatif dan penulisan sastera dan sering kelihatan melihat sinopsis buku-buku di Kinokuniya tatkala dia kehabisan idea.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (40%)
4 stars
2 (40%)
3 stars
1 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for dayen.
160 reviews
May 9, 2026
KORANG KENA BELI AND BACA
BARU KORANG FAHAM APA PERASAAN AKU

okeh sekian
terima kasih

BELI TAUUU JANGAN TAK BELI PULAK 👀🔪
Profile Image for ✨ sufina ✨ (thebadassreader).
211 reviews49 followers
June 25, 2026
sebenarnya ni cerita rifqi. dia yang carry. goated support player. sebagai player angela, kita stan rifqi!!!! siapa syabil? 😗😗
Profile Image for Nad.
490 reviews3 followers
August 12, 2026
Kalau anda suka baca webtoon pasal games + action + leveling up semestinya buku ni anda akan suka. Cuma takkan rasa puas sebab buku tak sampai 150 m/s pun.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews