Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dendam Putera Melaut

Rate this book
“Yahya, kau mengingatkan aku kepada versi muda Sir Cecil Rhodes. Kau sudah matang dan mula faham hakikat dunia ini!”

- Sir Douglas Shipway

Dendam Putera Melaut merupakan sebuah novel sejarah alternatif. Karya unik dan mencabar minda ini membawa kita kembali ke masa silam. Menyorot kisah perang dunia pertama dan kedua melalui naratif baharu dan segar.

Persahabatan, politik, Freemason, dendam keluarga, dan cinta seorang lelaki yang mengejar cita-cita. Novel Nami Cob Nobbler ini ditulis dengan penuh ketelitian dan kreativiti.

Di tanah Gelanggayu yang digoncang perang dan pengkhianatan, tiga lelaki berdiri di persimpangan sejarah. Masing-masing membawa tafsiran berbeza tentang kuasa, kesetiaan, dan kemerdekaan.

Ikuti kisah Tunku Mamat, kanak-kanak dengan kebijaksanaan yang luar biasa, Yahya yang mabukkan kuasa, dan Iskandar yang jiwanya meraungkan kebebasan.

Perjuangan kemerdekaan tidak mudah. Gelanggayu menjadi saksi hidup segala khianat, darah, dan air mata sebuah bangsa yang mahu menentukan takdirnya sendiri.

408 pages, Paperback

First published April 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Nami Cob Nobbler

31 books137 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (48%)
4 stars
14 (40%)
3 stars
3 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Aira Zira.
252 reviews5 followers
April 29, 2026
Rate : 4.8⭐️

Untuk saya, agak berat nak dibaca novel DPM ni. Tapi tak menghalang saya untuk teruskan bacaan yang sangat teliti dan padat. Buku yang penuh peristiwa dan propaganda. Yang disajikan bukan semata isu negara tapi melibatkan dunia. Perang, kuasa, pengkhianatan, konspirasi dan banyak lagi.

Antara watak penting yang paling saya suka mestilah Tunku Mamat, Putera Melaut. Dilahirkan ketika perang membadai. Dikurniakan akal yang sangat bijak. Belum pergi sekolah dah pandai catur strategi. Matanya tajam memerhati dan pundaknya memegang beban menjangkaui umur. Malah dia belum cecah belasan tahun tapi dah terpalit dengan muslihat negara.

Yahya seorang yang memberontak. Hidup bermuafakat dan penuh adat itu menjelakkannya. Dia mahu lebih dan berpengaruh. Bukan saja menggadaikan agama dan negara, nyawa juga tiada makna buatnya. Pelbagai taktik dan risikkan gelap dia sertai demi kuasa dan nafsu.

Ada lagi beberapa watak yang penuh dengan akal dan tipu daya. Wan Zahir, Vyacheslav Hashimov dan ramai lagi. Masing-masing penuh strategi. Luar dan dalam negara ada pencetusnya. Isu yang agak berat dan terlalu detail. Buku ni jujur saya cakap, a lot! Segala isu ekonomi sebelum/selepas merdeka juga ada.

Sedikit sebanyak membuka mata dan minda. Sehinggakan saya terfikir lepas baca DPM ni. Adakah kita benar-benar merdeka tanpa sebarang pengaruh dan campur tangan luar? Apakah nilai patriotik kita pada negara?
Profile Image for Starlit Stories by S.
121 reviews1 follower
May 15, 2026
82 tahun yang lalu, pada tarikh ni, seorang putera lahir pada malam yang berusaha memadam kewujudannya.

Buku ni ditulis secara kronologi dari 1944 hingga 1961.

Bermula dengan cita-cita dan strategi Yahya, kewibawaan Wan Zahir, kisah perjuangan Wan Hashim dan anaknya Vyacheslav, penentangan Gerakan Melaut Merdeka menentang Jepun.

1946 - 1947 menyaksikan kebangkitan rakyat menentang Gelanggayu Union. Yahya terus menggerakkan bidak di atas papan caturnya, bidak yang bernama Laila. Berat ujian Laila, Bak kata Samsiah, dah macam Asiah bersuamikan Firaun 😭

Misi Yahya jelas. Pertama, Aminul Rasyid. Kedua, cincin Bima Sakti. Ketiga, sejarah dunia.

Tapi Yahya lupa dengan kelahiran seorang putera pada 15 Mei 1944. Dalam enaknya Yahya bermain catur politik kuasa dan wang, Tunku Mamat lebih bijak mengatur langkah dan sudah bermain catur sejak umur 3 tahun.

"If you fight, fight to win. And when you win, build something better"

Yahya bukan level Vyacheslav dalam permainan catur. Hampir tergelak tatkala membaca babak-babak perlawanan mereka.

Yahya ni perangai dia punya tamak, Tunku Mamat yang kecik tu pun dianggap sebagai aset dia yang tak boleh dibazirkan. Wey Tunku Mamat tu sepupu hang la. Awat hang ni perangai tak serupa manusia?

Atas dasar the enemy of my enemy is my friend
Wan Zahir dan Yahya bekerjasama.

1950 memaparkan babak babak perjuangan Iskandar Ali melalui mata pena. Tahun seterusnya, demi menuntut ilmu, Putera Melaut mengikut Laila ke Wijayapura. Perkenalan dengan Faridah sedikit sebanyak mengubat kesunyian dan kerinduan Tunku Mamat pada Melaut. Sweet betul wey buatkan onde-onde 🥹 Tapi di sebaliknya, pada umur tujuh tahun, Tunku Mamat sedang menggalas tanggungjawab yang amat berat demi bangsa, agama dan negara 😭

Antara ilmu baru yang aku pelajari daripada buku ni, suku Nacotchtank, penghuni asal tanah Washington DC.

"Amerika dibina atas tulang belulang hamba abdi, darah kaum pribumi dan keringat buruh yang dieksploitasi"

Aku memang suka cerita berunsurkan sejarah, dan novel ni berjaya buat aku melekat dari awal sampai habis. Plot dia sangat menarik dan penuh saspens sampai rasa tak boleh berhenti membaca. Setiap bab buat aku makin curious nak tahu pengakhiran cerita. Sebagai fans karya Nami sejak 2013/2014 antara yang aku tunggu tiap kali baca naskhahnya, lagu dalam cerita, pop culture, falsafah, politik dan sejarah.

Hampir menjerit baca scene Mamat jumpa The Quarrymen 😂

Khulasohnya, buku yang berbaloi untuk dibaca, dengan perilaku Tunku Mamat yang menghiburkan, terselit pelbagai pengajaran yang boleh kita ambil sebagai iktibar. Kalau berminat nak dapatkan buku ni, bolehlah cari di Teratak Fiksyen Agung Mahakarya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
119 reviews
May 10, 2026

Jujur saya cakap, Dendam Putera Melaut ni bukan jenis buku yang boleh baca sambil lalu. Buku ni perlukan fokus sebab dunia dia besar dan penuh dengan politik, strategi, perang, pengkhianatan, ekonomi dan permainan kuasa. Tapi peliknya, lagi saya baca, lagi saya rasa nak tahu apa jadi seterusnya.

Awal pembacaan memang saya ambil masa sikit nak biasakan diri. Banyak nama, tempat dan latar sejarah yang muncul sekali gus. Tapi bila dah dapat rentak, rasa macam sedang tengok satu percaturan besar sedang disusun perlahan-lahan. Setiap watak macam ada agenda sendiri dan tak ada yang betul-betul “kosong”.

Antara watak yang paling menarik perhatian saya mestilah Tunku Mamat. Kecil-kecil cili api betul 😭 Cara dia berfikir memang jauh melangkaui usia. Masa kanak-kanak lain sibuk bermain, dia dah mula membaca keadaan, menyusun langkah dan memahami permainan orang dewasa. Tapi apa yang saya suka, walaupun dia terlalu bijak, penulis masih bagi ruang untuk kita nampak sisi “budak” dalam diri dia. Ada rasa rindu, ada rasa takut kehilangan, ada momen yang buat kita teringat dan… oh, dia ni sebenarnya masih kecil lagi.

Kalau Tunku Mamat buat saya kagum, Tunku Yahya pula buat saya geram 😂 Watak dia jenis yang buat kita tertanya-tanya, “Sampai macam ni sekali sanggup buat demi kuasa?” 🙂‍↔️🤌🏻 Cara dia bermain politik, membina pengaruh dan membuat keputusan memang buat saya rasa seram sikit sebab terlalu licik. Kadang-kadang saya tak boleh hadam macam mana seseorang boleh jadi terlalu tamak sampai sanggup gadaikan banyak perkara.

Apa yang buat buku ni menarik untuk saya ialah cara penulis campurkan sejarah alternatif dengan isu yang terasa dekat dengan realiti. Walaupun dunia Gelanggayu dan Melaut itu fiksyen, konflik dia terasa sangat “hidup”. Tentang siapa yang pegang kuasa, siapa yang mengatur percaturan, dan sejauh mana sebuah negara itu benar-benar bebas daripada pengaruh luar.

Buku ni juga buat saya banyak berfikir. Kadang kita rasa merdeka itu cukup sekadar bebas daripada penjajah, tapi bagaimana pula dengan pengaruh kuasa besar, ekonomi dan permainan politik? Siapa sebenarnya sedang menggerakkan bidak di belakang?

Apa pun, saya rasa Dendam Putera Melaut memang lain daripada kebiasaan bacaan saya. Bukan bacaan ringan, tapi rewarding bila habis. Jenis buku yang buat kita termenung sekejap lepas tutup muka surat terakhir. 👀✨
Profile Image for Hawa Nur Hidayah.
9 reviews1 follower
May 3, 2026
Sebuah karya alternatif sejarah yang membawa kita menelusuri kembali sejarah silam dengan sentuhan fiksyen. Mengambil latar masa ketika Perang Dunia, Dendam Putera Melaut sarat dengan kemelut politik, peperangan, konspirasi dan perebutan kuasa.

Jujur saya katakan, saya membaca buku ini bertemankan encik Google sebab banyak nama historical figures yang muncul ya. Fakta, tempat dan peristiwa sejarah yang penulis guna pun sangat detail dan padat.

50 muka surat awal agak berat untuk saya hadam kerana banyak peristiwa yang berlaku terutamanya ketika berlaku Perang Dunia. Di sinilah yang terasa betul elemen "sejarah" dalam buku ni. Selain tu, saya rasa mungkin sebab saya tak baca buku Sunda : Pemberontakan Melayu, struggle sikit nak fahamkan suasana politik di Gelanggayu secara keseluruhannya dan persengketaan antara Melaut dengan keluarga Al-Daulah dan Sayap Kuning.

Walau bagaimanapun, dapat saya simpulkan ada tiga watak yang memainkan peranan penting di awal cerita.

1. Tunku Yahya. Putera muda bercita-cita besar. Negeri kecil serba sederhana tidak dapat menghilangkan dahaganya yang menginginkan kuasa lebih daripada menjadi seorang kerabat. Yahya menggunakan akal tajamnya untuk menapakkan diri dalam jaringan kuasa Empayar British melalui pengaruh Freemason.

2. Wan Zahir. Menyokong Nazi Jerman demi kebebasan tanah air namun, dikhianati lalu dipenjarakan. Selepas lari daripada penjara, dengan akal liciknya, dia mengukuhkan pula kedudukan diri bersama Amerika dan Yahudi.

3. Vyacheslav. Anak revolusi yang berjuang di bawah panji Soviet.

Watak utama cerita ini munculnya sedikit kemudian. Tunku Mamat. Seorang putera dari Melaut, sebuah negeri dalam kerajaan Gelanggayu. Sangat cerdas, terang hati dan sudah menunjukkan ketajaman akal serta pencapaian luar biasa seawal usia 4 tahun. Ketika kanak-kanak lain baru nak mengenal alif ba ta, Mamat sudah khatam bacaan al-Quran. Malah, sudah pun menghafaz kitab suci itu! Antara yang saya suka tentang Mamat ni, kata-kata yang dia lontarkan adakalanya bersahaja tetapi tak kosong. Walaupun percakapan dan pemikirannya melangkaui usia, penulis berjaya mengingatkan saya semula yang Mamat ini masih seorang kanak-kanak. Terutamanya ketika dia rindukan kampung halaman, rkndukan bonda dan masakannya serta kenangan bermain bersama kawan-kawan.

Selebihnya buku ini menceritakan keadaan selepas Perang Dunia, bagaimana konflik dunia diatur dalam perang era baharu; perang akal dan fikiran. Laungan "Merdeka!" belum bermakna kerajaan Gelanggayu bebas sepenuhnya daripada penjajahan. Mamat, walaupun baru belasan tahun, sudah menapakkan dirinya dalam jaringan kuasa dan politik dunia demi kemajuan anak bangsa Melaut.

Sejauh mana anak-anak Gelanggayu dan Melaut ini menjadi penggerak bidak dalam percaturan politik dunia? *Bersambung*
Profile Image for caa.
87 reviews
May 26, 2026
jujur saya rasa naskhah ni bukan untuk semua orang. terutamanya kalau tak biasa baca historical fiction yang padat dengan politik, sejarah, dan konflik berskala besar. pada awal pembacaan, saya masih boleh catch up, tapi bila dah masuk pertengahan cerita… saya dah rasa pening-pening lalat sikit 🫠 terlalu banyak informasi, nama tempat, gerakan politik, sejarah Gelanggayu dan campur tangan kuasa luar yang perlu dihadam betul-betul. memang tak boleh leka langsung waktu membaca. sampai saya siap conteng dan annotate sana sini sebab saya nak betul-betul faham perjuangan Melaut dan keseluruhan dunia yang penulis bina.

sebenarnya, buku ni bukan sekadar tentang Melaut semata-mata. skop cerita dia jauh lebih besar daripada tu. ia melibatkan kuasa luar, penjajahan, politik, pengkhianatan, propaganda dan bagaimana semuanya saling berkait antara satu sama lain. semakin lama membaca, semakin jelas bahawa perjuangan Melaut hanyalah sebahagian daripada gambaran dunia yang lebih besar dan kompleks.

surprisingly, saya rasa saya ada love-hate relationship dengan buku ni 😩 saya geram sebab otak saya kadang-kadang susah nak hadam sejarah dan politik yang dibawa, tapi dalam masa yang sama saya SUKA sangat elemen fiksyen yang penulis masukkan. bila dah masuk bahagian perjuangan Tunku Mamat keluar dari Melaut dan mula mengorak langkah di Wijayapura, saya terus jadi hooked.

apa yang menarik bagi saya ialah bagaimana penulis mengambil inspirasi daripada sejarah dan nuansa dunia Melayu-Nusantara dalam membina Gelanggayu dan negara-negara lain dalam naskhah ni. walaupun ia sebuah fiksyen, latar dunia dan konflik politik yang dibawa terasa dekat dengan sejarah dunia sebenar—terutamanya tentang penjajahan, perebutan kuasa, dan campur tangan kuasa luar.

dan saya juga sangat suka melihat perkembangan watak Tunku Mamat. daripada seorang budak genius yang pemikirannya jauh mendahului usia, perlahan-lahan berubah menjadi seorang lelaki yang memperjuangkan keadilan untuk semua orang—tak kira bangsa atau agama. pesanan Ayahandanya juga kuat tersemat di hati; selagi diberi peluang hidup, selagi tu manusia perlu berbakti kepada manusia lain. dan bagi saya, Tunku Mamat benar-benar mencerminkan prinsip tu melalui tindakan dia sepanjang cerita.

bercakap tentang Yahya pula… astaghfirullah 😩 saya tak tahu nak gambarkan macam mana bencinya saya dekat watak ni. nak panggil syaitan pun rasa macam syaitan sendiri tak mahu mengaku dia sebahagian daripada mereka 🫩 semuanya bermula daripada kerakusan dia terhadap kuasa dan kedudukan sampai sanggup mengkhianati bangsa dan agamanya sendiri demi kepentingan duniawi. dan apa yang paling menakutkan, watak macam Yahya ni terasa sangat realistik. cara dia berfikir, cara dia memanipulasi keadaan dan manusia sekeliling… memang menyeramkan sebab kita tahu manusia macam ni memang wujud dalam dunia sebenar.

antara perkara yang paling saya kagum juga ialah bagaimana hampir setiap watak dalam novel ni mempunyai perkembangan dan peranan masing-masing. daripada Tunku Mamat, Yahya, Wan Zahir, Vyacheslav, Iskandar dan lain-lain—semuanya terasa hidup dan penting kepada perjalanan cerita. malah watak sampingan pun tak terasa sekadar tempelan.

malah naskhah ini juga tak menggambarkan manusia sebagai “baik” atau “jahat” semata-mata. setiap watak ada prinsip, pilihan, dan sebab mereka sendiri dalam melakukan sesuatu. ada yang berubah kerana kuasa, ada yang bertindak kerana dendam, dan ada juga yang akhirnya terkorban demi perjuangan mereka. dan itu yang membuatkan cerita ni terasa lebih manusiawi dan realistik.

dan seperti yang ramai pembaca lain juga rasa, kekuatan terbesar buku ni memang terletak pada keberanian penulis mengangkat pelbagai isu besar dalam satu naskhah—isu perkauman, agama, imperialisme, politik, perang, propaganda, pengkhianatan, rasuah, pendidikan, bahkan bagaimana kuasa dan duit mampu membutakan hati manusia. semuanya terasa sangat relevan dengan dunia hari ini.

cumanya, ada juga beberapa bahagian yang saya rasa boleh diperhalusi lagi, terutamanya penggunaan bahasa asing dalam dialog tertentu yang kadang-kadang terasa kurang tepat atau sedikit mengelirukan.

secara keseluruhan, walaupun novel ni sudah memberikan banyak jawapan, masih ada beberapa persoalan dan konflik yang dibiarkan tergantung. pengakhirannya sendiri meninggalkan banyak tanda tanya dan membuatkan saya tertunggu-tunggu apa yang bakal berlaku seterusnya.

akhir kata, semakin jauh saya menyelami dunia Melaut, semakin saya sedar bahawa perkara paling menakutkan dalam naskhah ini bukanlah peperangan atau kuasa luar—tetapi manusia itu sendiri.

— ⭐️ personal rating: 4.5/5.
Profile Image for El.
1,194 reviews
May 9, 2026
Mengisahkan era sebelum dan selepas kemerdekaan sebuah kerajaan bernama Gelanggayu. Salah satu tanah jajahannya ialah Melaut, namun hubungan antara kedua-duanya sentiasa tegang akibat penindasan yang telah berlaku sejak sekian lama. Ironinya, Melaut merupakan wilayah yang sangat kaya dengan tanah subur, hasil laut, emas dan pelbagai sumber galian.

Melaut ditadbir oleh Tunku Kasim bersama adindanya, Tunku Atan. Dalam menghadapi pergolakan politik, mereka berusaha mempertahankan kedaulatan negeri dan enggan tunduk kepada pengaruh kuasa asing dan juga Wijayapura.

Putera Tunku Atan, Tunku Yahya, pula mempunyai cita-cita yang jauh berbeza daripada ayahandanya. Demi kuasa dan kekayaan, dia mempelajari pelbagai strategi untuk menguasai ekonomi serta politik antarabangsa, sehingga sanggup menggadaikan tanah air sendiri.

Di sinilah muncul hero yang dinanti-nantikan, Tunku Muhammad Niat yang digelar Mamat, putera kepada Tunku Kasim. Walaupun masih kecil, Mamat ialah seorang kanak-kanak genius. Dia menjadi mata-mata kecil untuk ayahandanya. Dan sekelip mata juga dia menjadi orang yang dipercayai Yahya. Sebijak-bijak Yahya, bijak lagi Mamat. Dengan wajah kecilnya yang naif, dia belajar kelicikan Yahya.

Itu saja snippet yang dapat saya tuliskan. Kalau boleh banyak yang saya nak ulas tapi nanti jadi spoiler pulak. Tapi apa yang boleh saya cakap, tulisan Nami tak sama macam ACT tu. Lain weiiii!!! Berubah 180°. Saya suka dan puas hati dengan evolusi ini. Walaupun kisah ini berlatar zaman dulu, Nami tetap mengekalkan lenggok bahasa dia sendiri.

Sejarah alternatif yang diketengahkan terasa segar, terutamanya untuk generasi muda. Lebih-lebih lagi ketika kita semakin menghampiri musim pilihan raya, novel ini mengingatkan bahawa strategi politik memerlukan kebijaksanaan, pengalaman, kesabaran dan pengaruh yang digunakan demi membantu golongan yang tertindas. Itulah mesej utama yang paling saya hargai dalam DPM.

Profile Image for Hamidah Effendi.
731 reviews12 followers
July 13, 2026
Dendam Putera Melaut 🌊📖

Lepas baca Sunda, saya datang dengan expectation yang tinggi. Malangnya, Dendam Putera Melaut terasa macam "reset" semula cerita. Kalau tak baca Sunda pun masih boleh faham sebab banyak perkara diulang semula.

💍 Cincin Bimasakti pula bagi saya kurang impak. Kuasanya tak benar-benar ditunjukkan, sedangkan ia dibina sebagai sesuatu yang penting. Jalan cerita lebih banyak memfokuskan kepada sejarah dan strategi perang, seakan-akan permainan catur. ♟️

Watak yang paling saya kecewa ialah Aki. Dalam Sunda, dia seorang genius yang sangat saya suka. Tetapi kali ini karakter dia seperti berubah, manakala aura genius itu macam dipindahkan kepada Mamat. 😭

Yahya pula masih kekal oportunis, cuma kali ini dia lebih banyak membuat keputusan yang memakan diri berbanding dalam Sunda.

Kalau ada buku ketiga nanti, saya harap penulis kekalkan ada carta salasilah keluarga dan pastikan kesinambungan dengan buku-buku sebelumnya lebih kemas. Berlaku perubahan nama tempat dan karakter, termasuk kisah Cincin Bimasakti yang tiada function pun. Kalau cincin itu tak memainkan peranan penting, lebih baik tak perlu diwujudkan dari awal.

Dan... Sayap Kuning dah patah sayap. 👏😂

P/S: Laila... janganlah kembali pada Aki ya. 😌 Harap Aki dapat seseorang yang lebih baik. 🤭 Padan muka dia.

Penulis why Mamat call Laila Makcik padahal Mamat and Yahya is sepupu?

⭐ Rating: 3.5/5 (jika dibandingkan dengan Sunda, saya lebih suka Sunda.)
Profile Image for gadislilac.
7 reviews1 follower
May 8, 2026
Suka sangat dengan Mamat 😍😍 Kecik kecik lagi dah geniuss 🫶🏻🫶🏻
Profile Image for aliaareadstoo.
295 reviews8 followers
May 13, 2026
Dendam Putera Melaut by Nami Cob Nobbler is a story set in a country named Gelanggayu that centers on the lives of three men with different approaches: Tunku Mamat, Yahya, and Iskandar. Taking place between 1944 and 1961, we watch secret societies, family feuds, and political drama unfold throughout.

- Instead of normal chapter numbers, the book is divided by years. However, please don't let this scare you off! This style keeps the timeline of the story perfectly aligned with real historical events 👌

- Because of this, you’ll see familiar historical figures and organizations in familiar situations, but in an alternate universe. Just to name a few: Clement Attlee, Joseph Stalin, Pablo Escobar, and even John Lennon. There is also the establishment of the Gelanggayu Union and the protests around it, even the speech on Gelanggayu's Independence Day made me reminisce about our very own Independence Day.

- It even mentions McCarthyism, which stood out to me since I’m also reading The Briar Club by Kate Quinn currently! I was wondering whether the author would explain the McCarthy era for readers who are clueless about it, and he actually did it smoothly through conversations between the characters, so it didn't come off as a dry historical fact. Love it 💅

- While some characters are greedy for power and wealth, I can also see how they want to leave their mark on history as the ones who ruled or triggered major events. There's also a mindset that "war is a business opportunity," which still feels incredibly relatable today.

- I loved how the author tells the stories of the kids, especially Mamat and Faridah. After Mamat leaves for Wijayapura, his encounter with Faridah is so cute, and they immediately become friends. Because of how their scenes are arranged, we get to truly witness them grow up. We also see their parents recognize and hone their talents.

(continued in the comments' section because I still have things to say😁)

2- Having a photographic memory, acknowledging that knowledge is a weapon, and remembering his father’s words that "knowledge is to be free, not to destroy," Mamat sends books back to Melaut. He wants the people of Melaut to learn different fields so they can eventually conquer the economy and politics. The method he used to share important information to his family is brilliant. It's all done to free his people from the corrupt Gelanggayu government.

- Moving forward in the story, there are even some dangerously fun Catch Me If You Can vibes, which I absolutely loved!

- Since the copy I have is the first edition, there are some editorial issues: typos, repeated and extra words, as well as inconsistent formatting styles in the first quarter and halfway through the book. However, I'm sure these will be corrected in the next batch 😉

All in all, if you're a historical fiction lover like me, this book is highly recommended. Thank you @fiksyenmahakarya for giving me a review copy. This is the first book I've read from them, and I can already see myself getting more books from them in the future, especially the next instalment of this one 🤓😇
Profile Image for _nadiasw303.
86 reviews1 follower
September 9, 2026
⌛️Tema sejarah alternatif
⌛️Perebutan kuasa & politik
⌛️Latar perang dunia kedua

Daripada kulit buku, saya sangkakan bolehlah buku ni dibaca secara santai. Tapi tidak, ya kawan-kawan. Kita ni pulak, setiap kali baca buku berlatarkan sejarah, secara automatik mod membaca akan jadi lebih serius🫢 Begitulah sepanjang pembacaan buku ni. Perlukan fokus.

Apa yang menarik, walaupun sarat dengan peristiwa sejarah dan percaturan politik dunia, gaya bahasa penulis tetap mudah dihadam. Jalan ceritanya pula penuh strategi dan helah, buatkan kita sentiasa tertanya-tanya langkah seterusnya setiap watak tu. Malah, watak dalam buku ini bukan terlibat dengan konflik kecil-kecil ya, mereka bermain dengan percaturan politik DUNIA. Memang bukan biashe-biashe.

Illustrasi peta dalam buku ini sangat membantu memahami konflik Melaut dan Gelanggayu. Cuma, kalau ada glosari kecil di hujung buku mungkin lebih memudahkan pembaca seperti saya yang tak berapa mahir dengan beberapa istilah sejarah...😆

Saya paling suka melihat strategi Tunku Mamat (yang masih remaja!) dan juga watak Vyacheslav yang sangat bijak serta seimbang perwatakannya. Lain-lain watak pun penting juga bagi menggerakkan jalan cerita.

"𝘋𝘪𝘴𝘤𝘪𝘱𝘭𝘪𝘯𝘦 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵. 𝘈𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘥𝘪𝘴𝘤𝘪𝘱𝘭𝘪𝘯𝘦. 𝘞𝘪𝘵𝘩𝘰𝘶𝘵 𝘥𝘪𝘴𝘤𝘪𝘱𝘭𝘪𝘯𝘦, 𝘺𝘰𝘶 𝘢𝘳𝘦 𝘯𝘰𝘵 𝘧𝘪𝘨𝘩𝘵𝘦𝘳𝘴. 𝘠𝘰𝘶 𝘢𝘳𝘦 𝘫𝘶𝘴𝘵 𝘮𝘰𝘣𝘴."

Saya juga menyarankan anda tulis/conteng sedikit nota sambil baca buku ni sebab akan ada banyak watak yang berkaitan, malah beberapa peristiwa yang ada bagi lebih fokus dengan jalan cerita.

Pengakhiran buku ni... hmm masih banyak persoalan yang belum terjawab. Kisah pasal Cincin Bimasakti belum terungkai lagi. Apakah nasib Melaut? Nak tahu apa jadi dengan...
Mohon penulis cepat-cepat keluarkan sambungan supaya saya tak lupa jalan ceritanya🤣😅

Personal ratings: 4.5/5⭐️
Profile Image for Mazlan Syafie.
3 reviews
July 9, 2026
Pernahkah terbayang bagaimana landskap dunia jika Benua Sunda tidak pernah tenggelam? Naskhah ini membawa kita menyelusuri sejarah alternatif yang cukup memukau dengan membayangkan Kepulauan Melayu sebagai satu hamparan daratan empayar yang luas tanpa sebarang sempadan laut. Penulis, Nami Cob Nobbler cemerlang membina skala dunia Gelanggayu bermula seawal 15 Mei 1944. Waktu pesawat Jepun rancak menggugurkan bom di Kuala Melaut, seorang putera dilahirkan di tengah-tengah kemusnahan berdarah. Pembinaan dunia ini memang sangat teliti dan seolah-olah membuka pintu dimensi baharu yang membuatkan pembaca berfikir semula tentang lembaran takdir sejarah kita.

Naratif yang segar ini digerakkan oleh tiga watak lelaki yang berdiri di persimpangan sejarah yang cukup rumit. Perhatian saya paling tertumpu kepada Tunku Mamat dengan kepintaran baginda yang sangat luar biasa sejak kecil. Konflik cerita ini bertambah mendebarkan melalui watak Yahya yang gilakan kuasa dan Iskandar yang memburu kebebasan mutlak. Walaupun plotnya padat dengan isu perebutan takhta, perisikan, elemen Freemason dan pengkhianatan, olahannya langsung tidak membosankan. Sentuhan emosi, dendam keluarga serta kisah cinta diletakkan tepat pada tempatnya. Ini adalah sebuah fiksyen sejarah yang cukup epik dan naskhah wajib baca untuk penggemar genre tipu muslihat kuasa.

Padu. Saya tunggu sambungannya.
Profile Image for Azkemit al-Faizin.
2 reviews
May 26, 2026
Pada awal-awal penerbitan novel The Patriots di bawah Mahakarya, saya beli dan baca beberapa buah novel. Malangnya, tak kena dengan selera dan tak boleh nak go. Tam paham akum citer apa sebenarnya. Tapi kaver buku lawo. Tahun 2020.

Tahun 2026, terperasan nama Nami Cob Nobbler pada salah satu judul novel terbitan Mahakarya. Wau, teruja. Teringat Lelaki Eksistensial, Rokok Nan Sebatang, Awek Chuck Taylor, dan beberapa lagi karya sedap beliau. Uih, mesti beli nih!

10 hari membaca Dendam Putera Melaut. Terpana dengan diksi-diksi indah macam "seperti neraka yang turun ke bumi", "seolah-olah doa yang dipaksa naik ke langit". Sedap! Jalan cerita pun padu. Peristiwa dan watak sebenar yang jadi latar novel diadun kemas dengan watak ciptaan penulis.

Terus sukses ye sudara Nami.
Profile Image for Seraphina.
70 reviews1 follower
June 6, 2026
Alaaa, kenapa cerita ni bersambung? Baru nak senyum-senyum😭

Btw buku ni best korang kena BACA!! Saya ambil masa lama sikit sebab nak fahamkan ideologi politik dalam ni, agak berat untuk sy proses, maklumlah cpu otak saya ke arah business major je🥹

Cerita ni tentang si budak genius Mamat, (putera raja Melaut) yang pandai merancang strategi perang halus. Seronok baca buah pemikiran dia ni, sampai sy pun baru tau ada cara macam tu. Sy geram dengan si Yahya tu, bagaikan kacang lupakan kulit.
Profile Image for Aleeqa.
89 reviews3 followers
October 6, 2026
Genre sejarah alternatif. Part sejarah tu menarik. TAPI....melampau sangat la watak Mamat tu.
Profile Image for Najwa Azrin.
169 reviews1 follower
May 17, 2026
Ini sebuah novel alternatif sejarah yang sarat dengan permainan politik, kuasa dan ilmu sebagai sandaran untuk menjalankan sebuah misi meluaskan empayar yang berperadaban.

Cukup suka dengan adunan penceritaan penulis yang membuatkan kita faham dengan terma ideologi seperti neokolonialisme dan neoimperialisme.

Terdapat sisipan bahasa asing seperti Bahasa Rusia, Bahasa Mandarin, Bahasa Korea dan Bahasa Spanish yang menambahkan ketertarikan novel ini. Yang bagusnya, penulis tetap meletakkan terjemahan di hujung ayat bagi memudahkan kita faham apakah maksud di sebalik ayat dalam bahasa asing yang digunakan tersebut.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews