Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Semesta Kita

Rate this book
Abad ke empat belas, bumi Melayika...

Maka tersebutlah kisah seorang gadis yang diberi nama Cahaya Indah.
Hidupnya sebatang kara namun dikurniakan seorang suami yang penuh dengan cinta.

Teja Purnama - seorang jejaka yang mempunyai pengetahuan yang begitu mendalam tentang semesta dan angkasa. Seluas cintanya pada cakerawala, seluas itu juga cintanya pada Cahaya.

"Seperti namamu, Cahaya. Kau bersinar dalam keramaian manusia.
Hanya kau cahaya buatku, hanya kau yang menerangi gelapku."
- Teja Purnama.

Namun, bahagia dan cinta tak bertamu di hidup mereka selamanya.
Dunia mereka berubah mendung apabila suatu malapetaka menerpa Teja Purnama. Cahaya dirundung duka, hari-harinya mula ditemani air mata.

Tanpa Cahaya sedar, setiap esakan dan tangisan yang bergema, membuka gerbang ke semesta yang berbeza -Inderamaya. Kata mereka, Inderamaya adalah dunia selari Melayika. Dunia yang sama tapi banyak juga bezanya.

Ini adalah hikayat cinta antara dua semesta. Dan ini adalah hikayat cinta yang menuntut air mata.

Ini bukan... semesta kita.

471 pages, Paperback

First published April 30, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Sofia Roses

6 books54 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
63 (52%)
4 stars
44 (36%)
3 stars
9 (7%)
2 stars
3 (2%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,407 reviews257 followers
May 16, 2026
4.5 stars

Kontroversi karya ini bila F nyatakan Teja tewas. Before beli, F dah nampak Semesta update teaser gambar Teja dipanah dan petikan cerita yang clearly bagi hint Teja tewas. So for F, that part wasn't really a spoiler pun.

If uols pernah tengok kdrama Two Worlds atau The King: Eternal Monarch, uols akan familiar dengan konsep fantasy dua semesta berbeza tentang seseorang yang cuba merentas dunia dan masa demi mencari kembali cinta hati dia. Vibe karya ni lebih kurang macam tu.

Bahasa dalam karya ini indah, smooth dan sangat mudah dihadam. Plot dia pula menarik dari awal sampai habis, sampai F rasa macam akan ada sambungan no 2 nanti.

Ending dia bittersweet with an open ending. Tapi penulis bagi hint yang Cahaya masih ingin mencari dirinya yang hilang selepas ketiadaan Teja.

Part paling sedih mestilah masa Teja tewas... masa Cahaya tahu semua kebenaran... dan paling sakit bila dia terpaksa kembali hidup di dunia asal tanpa Teja di sisi.

Angkasa yang menyerupai Teja memberi harapan pada Cahaya tanpa Cahaya ketahui Angkasa jugak yang akan menghancurkan hati Cahaya.

Semesta seakan² cemburu untuk mereka bersama eventhou Teja/Angkasa amat mencintai Cahaya setiap semesta.

Karya fantasy yang penuh rasa kehilangan, cinta dan harapan yang tak pernah benar² padam.
Profile Image for Kirahbacabukuni.
133 reviews14 followers
May 5, 2026
Selepas beberapa siri mencari dan menggali cerita yang mampu mencuit isi hati paling dalam, akhirnya pertemuan hamba membuahkan hasil.

Tak pernah mengikuti, membaca, atau terniat untuk membeli sebarang cerita daripada penulis, sehinggalah naskhah ini hadir menampakkan diri.

Selak helaian pertama, kedua dan seterusnya ... Nescaya, cairlah hati hamba.

Penceritaan yang cukup indah, bermula dengan kemahsyuran negeri Melayika. Di situ, sepasang kekasih halal sedang asyik menyulam cinta.

Teja Purnama dan Cahaya Indah namanya.

Purnama, lelaki daripada keturunan diraja yang sungguh molek budi pekerti, indah nian tutur bicaranya. Berdamping dengan sang isteri yang juga setara adab dan nilai hormat, membuatkan Purnama tidak lagi memandang si dara yang lain.

Cukuplah Cahaya Indah dalam setiap semestanya.

Namun, orang yang luhur jiwa terkadang tumpas dek fitnah manusia. Purnama dipenjara atas kesalahan yang tidak pun terletak pada pundaknya.

Bersama-sama Cahaya, mereka melarikan diri. Tetapi semesta berkehendak lain.

Tanah yang menggoncang bumantara menelan ikatan yang tersimpul. Gerbang semesta terbuka, memisahkan dua jiwa yang sedang melara.

Di bumi Inderamaya, Cahaya Indah keseorangan dengan hati yang runtun.

Di situlah dia bertentang mata semula dengan belahan jiwa yang disangkakan sudah pergi selamanya.

Benarkah kata Teja Purnama?

Bahawa dia akan mencintai Cahaya di setiap semesta yang ada?

Kalian, tak usahlah berfikir dua kali. Dengan sekali fikir saja sepatutnya naskhah ini sudah tersusun pada rak buku kalian di rumah. Ceritanya indah, indah sekali.

Kirah rasa ini antara naskhah terbaik Kirah baca untuk tahun ini. Bahasa, jalan cerita, konflik, emosi ... Semuanya sampai dengan cukup matang sekali. Kirah tak pernah sangka yang Kirah akan jatuh cinta dengan sekali baca.

Tapi ya, BSK membuatkan Kirah rasa sayang untuk menghabiskan aksaranya. Dan berharap akan ada sambungan kepada kisah mereka.

Argh, kembali ke dunia nyata: BEST WOI! Sila beli! Plot twist dia tak rilek weh. Berjurai-jurai air mataku tengah-tengah pagi buta masa baca. Cis! Dan disebabkan BSK terlalu indah, menarik dan penuh jiwa ...

Saya dengan rela hati rekrut semua novel under Semesta Kita dan beli, dah ada pun dekat rak. 😭😂

Rating: Infinity / 5 bintang

Jarang ya kakak yang kedekut bintang ni nak rate tinggi. Mak lurve cerita ni! Titik.
Profile Image for Nazfea Solehah.
27 reviews
July 5, 2026
Ahh stres jugak dengan ending dia. Why Angkasa why????
Sepanjang baca buku ni walaupun tak guna 2 kotak tisu, tapi rasa pain dia tu sampai tau.

Rasa macam ada yang tak habis. Macam mana dengan Sultan Ahmad? Apa yang akan jadi dengan Angkasa lepas tu? Dan asal usul Cahaya? Sebab Cahaya kan tak ingat siapa diri dia...

Harap akan ada S2. Saya confirm beliiiii!!!
32 reviews1 follower
June 20, 2026
second book after SAW dan dari segi penulisan dan jalan cerita dah ada improvement

buku ni main conflict bukannya macam perebutan kuasa ke.. apa ke.. macam selalunya dalam kdrama which is kalau multiverse2 ni misi utamanya ialah 1- macam mana MC nak balik dunia asal, 2- solvekan konflik yang secara tak langsung MC terjebak sekali. BSK is 30% of the second conflict and 70% of the first conflict

basically cerita dia macam mana Cahaya nak balik Melayika balik

saya suka flow cerita ni dia tak boleh predict. like the moment i guessed "oh mesti jadi ni XXX" sekali tekaanku salah yer.i loikee

dan juga Angkasa. rupanya angkasa ni ada udang disebalik batu. dan juga backstory dia sangat mysterious. the moment author first twisted that Angkasa bukan anak kandung Delima dan dia juga senasib dengan Cahaya dah memberi tanda kepada saya untuk tak duduk diam dan selak dan selak lagi untuk baca

loveee that the confusing prologue is actually a foreshadow

dan saya suka pendedahan sebenar Angkasa ni dalam semesta asal Cahaya. tak sangka dia buat macam tu. selalunya ML ni baik2 je kan, tapi angkasa ni lain sikit. another point for author for twisting it creatively

dari segi penulisan pun okay.cuma ada sikit jela yang bila says baca tu nampak obvious untuk panjangkan patah perkataan. tapi hal tu kita boleh pejam mata sikitt jew sebab saya suka dengan plot cerita ni yang tak cliche

im definitely sensing for second book sebab backstory cahaya sangatlah tergantung yee huhuhu

banyak benda dalam BSK yg saya teka tapi tekaannya salah. and thats a good thing. so, im looking forward for BSK 2 soon kalau ada. hehehe
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for chelsannereads.
275 reviews8 followers
August 20, 2026
Rating: 4.8🌟
Trope: Lovers to enemies/ multisemesta/ kisah cinta yang tragis/ etc...

My thoughts 💭 (my opinion)

SERONOK GILA BUKU NI?! 🔥Ini sebenarnya pertama kali saya baca karya Sofia Roses dan saya jatuh cinta dengan karakter MC dan FL buku ni. Penulisan pun sedap je dibaca dan penceritaan smooth, tahu² saya dah habis baca. Saya boleh katakan yang pacing cerita ni fast-paced jadi tidak menjadi masalah untuk orang yang tak suka slow burn macam saya. Mari kita kupas sikit mengenai buku ni.

Ok first, aku tahu yang buku ni sedih dan aku tak menafikan kenyataan tersebut sebab memang sedih bagi aku. Penat aku nangis tau! 😭 Cerita ni adalah mengenai kisah cinta tragis diantara Teja Purnama dan Cahaya Indah. Yang sedih tu aku dah tahu, tapi kenapa takde sorang pun yang cakap pasal the yearning in this book?! 😩🔥 Teja Purnama punya yearning memang on top! Bila dia sudah mula bermadah pujangga, daku pun tertunduk malu membacanya. 🙈

Dan boleh tak kita bercakap tentang nama² yang ada dalam cerita ni? Cantik² gila! Wdym Angkasa? Cahaya Indah? Teja Purnama? Ini tersangatlah nama² Melayu Klasik gaiss! 😩🤍 Lepastu plot cerita juga boleh tahan menarik! Saya suka dengan idea penulis sebab saya rasa it's brilliant! Macam mana sis boleh terfikir nak buat cerita begini ya? So genius! 😍 penulis juga ada masukkan elemen² magis dan sihir dalam cerita ni. Betul² 'it's giving Doctor Strange but make it Kesultanan Melayu Melaka vibes'. ✨

Ending cerita ni saya simpulkan sebagai open ending. Tapi seperti ada hint untuk buku kedua, maybe? Kalau ada buku kedua saya okay sahaja sebab saya pun nak tahu secara lebih terperinci tentang kehidupan Cahaya Indah selepas semua ujian yang menimpanya. Selain daripada itu, secara keseluruhan saya sangat suka buku ni dan saya rasa buku ni sangat worth it untuk dibaca! Ceritanya sangat bagus, menarik dan tidak membosankan. Saya sangat mengrekomendasikan karya ini untuk pembaca² yang sukakan kisah melayu klasik yang berlatarbelakangkan Kesultanan Melayu Melaka dahulu kala. Highly Recommended! ✨

(OH YA SAYA JUGA TELAH JATUH CINTA DENGAN BAHASA MELAYU KLASIK YANG DIGUNAKAN DALAM BUKU NI, INDAH BETUL BAHASA MELAYU KLASIK ✨)
Profile Image for Dhia Yana.
221 reviews
June 27, 2026
This is good romantasy! I really enjoyed reading this book. Dunia senang faham dan tak kompleks and gaya bahasa jugak senang difahami. Jalan cerita walaupun boleh agak, tapi still enjoyable. Plot twist yang last tu langsung tak expect and macam terfikir pulak sebab macam tak make sense kalau Purnama jumpa 10 Cahaya dalam satu masa, adakah dia akan cintakan semua Cahaya? Hahahah
Profile Image for Mou_fiey.
19 reviews
July 24, 2026
10000/5⭐️

Penulisan yang menarik dan indah. Plotnya pun tak terjangkau dek akal fikiran.

Novel ini mengisahkan tentang Cahaya dan Teja Purnama yang saling mencintai, berlaku konflik dan menyebabkan kematian Teja Purnama, semasa meratapi kematian sang suami, berlaku tanah runtuh dan Cahaya terperangkap dalam semesta yang berbeza namun berjalan seiring dengan jiwa yang sama namun takdir yang berbeza.

Konsep muncah semesta dan dunia selari ni sangat menarik heheheheheh

Cerita ini memang sampai rasa rindunya Cahaya kepada Purnama dan nekadnya tindak tanduk seseorang yang terlampau merindui kekasih lama.

Cerita ni memang sangat menarik, lebih banyak yang nak dikatakan tapi takut spoiler pula

" Seperti namamu, Cahaya. Kau bersinar dalam keramaian manusia. Hanya kau Cahaya buatku, hanya kau yang menerangi gelapku."💐

Selepas tamatnya pembacaan novel ni, saya baca semula ke halaman di mana Purnama masih hidup berulang-ulang 😞💔

"Suamimu,
Yang separuh mati merindukanmu."

HAH

penceritaan tentang Angkasa juga tidak kurang menariknya namun dia terlalu misterius dan bijak menipu hingga saya pun tertipu. Tertipu yang sangat menge-shock-kan. Sumpah terkejut bila tahu apa yang si Angkasa lakukan 💔

"Angkasa separuh mati merindui Cahaya"

Memang sangat merindui sampai separuh dia memang mati (literally)





Tolong jangan sambung baca kalau belum habis baca karya ini sebab ini mengandungi pendedahan jalan cerita.







Teori rawak:
Seperti ending daripada cerita ni, kita tahu bahawa Angkasa pernah kehilangan Cahaya dari semesta Langkaria, Melayika dan Inderamaya.

Kata-kata terakhir Teja Purnama pula sebelum meninggal, dia ada berkata
" Maaf atas segala pembohonganku"
" Kanda berbohong kepadamu. Ini bukan semestamu"

Boleh jadikah sebenarnya Cahaya dari Melayika sebenarnya dari Langkaria?
Novel ini juga ada menyatakan bahawa setiap jernaga mempunyai personaliti yang sama. Adakah berkemungkinan bahawa Purnama dari Melayika membawa Cahaya dari Langkaria ke Melayika atas sebab yang lebih kurang sama dengan Angkasa?

Atau Angkasa jatuh hati kepada Cahaya dari Inderamaya dahulu, lalu pergi ke Langkaria semula untuk mencari jernaga Cahaya namun Purnama dari Melayika sudah 'mengambil' Cahaya dari Langkaria. Tetapi, apa yang diberitahu, seperti berlaku tragedi terhadap Cahaya dari Langkaria. Adakah Teja Purnama dan Angkasa bertembung dalam satu semesta yang sama? Atas sebab apa? Kalau benar, dimanakah Cahaya dari Melayika yang asli?
Profile Image for Fuka-chan.
161 reviews
June 7, 2026
Wow habis baca dlm masa 3 hari. Menarik. Thanks to tiktok, nampak animation buku ni dan menarik perhatian aku. Berjaya beli di PBAKL 2026 amd super excited to read!

Anyway first half mmg sweet habis la. Takla sampai tahap cringe (ada sikit) ah tapi aku macam 🫣🫣.. plot cerita okay, tapi towards the end misteri Cahaya masih tak fully disclosed. The main cerita is how to get Cahaya back, tapi ada la plot plot Sultan dan Omar yang aku rasa macam tak perlu kot.. sebab plot tu seolah-olah diadakan nak bagi kembang cerita.. Kejap je Angkasa setelkan pulak tu. Dia tak membawa ke bigger plot so mcm wasted sikit.

Anyhow, suka dengan Cahaya! Tegas, berpendirian, kekal cinta dengan Purnama walau di semesta lain. Macam ini yang kita mahu!

Cuma ending tu patut aaa happy ending la wei patutnya!! Saje nak bagi ada next book. Aarrgghhh
Profile Image for keepingupwithf.
11 reviews
June 7, 2026
Very interesting plotline and make you ache for the leads. The ending buat rasa i want to know more about Purnama and whether is Cahaya really not from bumi Melayika.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for caa.
89 reviews
August 27, 2026
sejujurnya, saya membaca buku ini tanpa meletakkan expectation yang tinggi. mungkin sebab pengalaman saya dengan karya pertama penulis yang pernah saya baca sebelum ni agak kurang menjadi untuk saya. jadi saya tak sangka yang Bukan Semesta Kita akan buat saya rasa puas sangat membaca naskhah ni.

sampai ada satu tahap saya macam, “eh, macam bukan penulis yang sama yang saya baca sebelum ni?” sebab saya boleh nampak begitu banyak improvement daripada segi penulisan, penceritaan, plot, character development dan cara penulis membawa keseluruhan cerita. rasa macam penulis ni berkembang jauh daripada karya yang saya pernah baca sebelum ni.

salah satu perkara yang paling saya suka dalam naskhah ni ialah bahasanya. bahasa yang digunakan sangat puitis dan mendayu, tetapi peliknya ia tak membuatkan saya rasa terbeban untuk membaca. mungkin sebab genre dia romance dan fantasy, jadi penggunaan bahasa yang sebegini memang kena dengan suasana cerita. malah bagi saya, bahasa puitis tu membantu membina rasa dan emosi dalam cerita.

walaupun bahasanya puitis, jalan ceritanya pula masih terasa straightforward dan bergerak dengan baik. worldbuilding dia memang dibina secara perlahan, tetapi saya tak rasa penat mengikutinya. sebaliknya, semakin banyak perkara didedahkan, semakin saya rasa nak terus selak halaman sebab saya nak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada Cahaya Indah dan Teja Purnama dalam setiap semesta ni.

dan paling penting—kenapa semuanya seolah-olah berpusing pada Cahaya Indah dan Teja Purnama?

saya suka bagaimana penulis tak terus lambakkan semua jawapan kepada pembaca. kita dibawa mengenali satu demi satu semesta yang berbeza, sebelum semuanya mula membentuk gambaran yang lebih besar tentang keseluruhan cerita. bila kaitan antara semesta-semesta ni mula muncul, saya rasa semuanya jatuh pada tempatnya dengan cukup baik. walaupun pada awalnya terasa perlahan, ia tak pernah terasa janggal atau tiba-tiba bagi saya.

malah, selepas semuanya mula bersambung, barulah saya betul-betul faham kenapa tajuknya Bukan Semesta Kita.

penulis ambil satu idea yang kedengaran begitu romantik—tentang dua manusia yang akan sentiasa menemukan satu sama lain walau dalam semesta yang berbeza—kemudian mengembangkannya menjadi sesuatu yang bagi saya cukup indah tetapi dalam masa yang sama meruntun jiwa.

saya juga suka pendekatan Islamik yang dibawa dalam penulisan buku ni. saya suka bagaimana unsur-unsur Islamik tu diselitkan dalam cerita dengan cara yang natural, tak rasa macam dipaksa masuk semata-mata untuk ada unsur agama. bagi saya, ia menambahkan lagi rasa dalam penceritaan dan buat saya lebih menghargai cerita ni.

selain itu, saya suka cara penulis menggarap hubungan Teja Purnama dan Cahaya Indah. chemistry mereka terasa dari awal dan tak pernah bagi saya rasa macam dipaksa. cara Teja melayani Cahaya dengan penuh kasih sayang, sentiasa meyakinkan isterinya, melindungi dia dan membuatkan Cahaya rasa dirinya cukup.

terasa ada kelembutan dalam hubungan mereka yang buat saya mudah jatuh sayang kepada pasangan ni. bukan semata-mata sebab mereka romantik, tapi sebab cara Teja menunjukkan kasih sayangnya kepada Cahaya terasa begitu tulus.

dan bila sampai ke bahagian plot twist dekat penghujung cerita... saya memang tak expect benda tu akan berlaku. penulis berjaya bermain dengan persepsi saya dan buat saya percaya kepada sesuatu sebelum akhirnya mendedahkan perkara yang lain.

cuma, kalau ada satu perkara yang saya rasa masih belum cukup, saya nak lagi (#tamak) 😩

ending dia terasa seperti open ending, tetapi dalam masa yang sama saya boleh nampak sedikit sinar yang mungkin membawa kepada sambungan. dan jujurnya, saya memang belum puas menjelajah semesta mereka.

kalau kita dah dibawa menjelajah beberapa semesta dalam cerita ni, saya nak tahu pula tentang semesta yang masih belum kita kenali. saya nak tahu lebih banyak tentang latar belakang mereka dalam setiap semesta, bagaimana semuanya bermula, bagaimana setiap kisah saling berkait dan apa sebenarnya penghujung kepada kitaran yang sentiasa menemukan Cahaya dan Purnama tetapi pada masa yang sama memisahkan mereka.

saya tahu tema cerita ni seolah-olah sudah menjawab persoalannya sendiri—ini bukan semesta mereka. tapi sebagai pembaca, mestilah saya masih berharap... takkan memang tak ada cara untuk mereka mematahkan kitaran ni? 😩

dan mungkin itu yang buat saya rasa ending dia belum cukup. bukan kerana saya rasa ia tak lengkap, tetapi kerana saya masih nak tahu dan masih belum bersedia untuk meninggalkan semesta mereka begitu sahaja.

akhir kata, mungkin bukan di semesta ini. tetapi jika ada semesta yang lain, saya percaya Teja Purnama dan Cahaya Indah akan tetap menemukan satu sama lain.

— ⭐️ personal rating: 4.6/5.
Profile Image for sweetdreqms.
9 reviews1 follower
June 18, 2026
This is THE saddest book ive ever read like....ever. And im saying this as someone who has plenty, plenty of books including tragic romances but this hurts a lot. While the most tragic thing to happen in a romance is a death of the lover, instead of being a one time thing this keeps recurring over and over and oveeeer again. Not that i cried since i dont cry on books but for an average reader this is just purely heartbreaking in the most semi realistic way ever.

The writing of this book truly impresses me. It a classical style where i did have to get used to at first because im not very fluent but i learnt its beauty on how its able to express feelings the way normal wording cannot. 10/10

The pacing is is very reasonable, nothing rushed and nothing too slow. and what i love most about the main character, cahaya, is how LOGICAL she is. What i sturggle with most when i want to like a main character is how some of them can rush into feelings quickly, or maybe make unwise decision. Yet everytime i think in my head "oh she shouldnt be doing that, its not a very smart thing to do", she ALSO has the same thoughts which makes me so so satisfied with how well written cahaya is.

Angkasa is a very interesting character. To be honest, i suppose this book teaches us a lot about moving on, and although i feel so so bad for him as most of the things that happened to him is out of his control, he had to learn at some point. ofcourse i wouldve wished for him to be with his original cahaya and cahaya to be with the og teja, but ig thats life. It wont be fair to be the only person given a second chance at life, not even our prophet got that chance.

but overall? i LOVE this book. Ironically, even though id consider this perhaps one of my favourite books ever, i will NOT be rereasing it. its not rlly a comfort book material, more like a one time beautiful experience that hurt enough that you dont need to experience again. I do hope the author makes a continuation. i would love to see both angkasa and cahaya's seperate journeys. I suppose itd be unrealistic and quite selfish to want them to find their way back to each other but what can i say? I LOVE HAPPY ENDINGS! haha but if we wanna keep it real than prolly not

This is my first book by sofia roses ive read. I bought sisakan aku waktu but havent read it yet, and im actually scared because i believe most of her books are sad endings..... so yeah! Give it a try!

PS. the illustrations are BEAUTIFUL. I must say, angkasa and teja purnama to me feels like different men. Ofcourse im not in cahaya's shoes but to me falling in love with agkasa is like falling for a different man entirely, only with the face of a past lover.

Profile Image for Nur Kaseh.
23 reviews1 follower
June 27, 2026
Saya beli sebab buku ni cantik. ilustrasi hero dia handsome.....hihihi

idea novel ni menarik. berlatarkan fantasi sejarah dan romance tu yang buat saya tertarik nak baca buku ni. Cuma saya ada beberapa masalah berkaitan buku ni.

Naratif agak try hard untuk nampak klasik dengan ayat berbunga indah tapi sebenarnya banyak purple prose. Ada banyak naratif untuk menggambarkan gerak tubuh dan aksi yang agak aneh bila dibaca. Lepas tu ayatnya banyak telling menyebabkan saya tak boleh nak masuk ke dalam jiwa watak-watak.

Dialog pun sama. Kadang-kadang ada pengaruh bahasa indonesia yang saya rasa tak kena dalam penggunaan dialog klasik melayu. Banyak juga dialog berulang terutama sekali luahan perasaan cinta.

Ada banyak cara untuk sampaikan perasaan cinta selain dialog tau. Contohnya act of service. Lelaki melayu ni terkenal dengan perangai act of service dalam percintaan tapi dalam buku ni hampir tak ada elemen tu. Janggal sedikit wataknya asyik nak luahkan dialog 'aku cinta padamu' berulang-ulang kali.

Plot agak mendatar dan dragging. Ada plot hole dan persoalan yang tak jelas.

Watak-watak cuma 1 layer dan dikupas secara surface saja menyebabkan saya tak dapat rasa lebih deep hubungan Cahaya dan Purnama. Watak-watak lain pun sama juga.

Gaya penulisan agak lewah dan banyak kali berulang cakap perkara yang sama.

Babak prcintaan yang terlalu banyak meluahkan perasaan. Ada satu bab tu sampai lebih 5 kali hero asyik nak luahkan perasaan cinta. Saya rasa macam nak masuk dalam buku dan tampar Angkasa tu minta dia senyap dan jangan menekan-nekan si Cahaya tu.

Hero utama keluar 1/3 buku saja. sebab si Angkasa tu fake lover yang keparat!!!!

Saya memang ada masalah besar dengan watak acah-acah green flag tapi perangai sebenar dia layak untuk kena pijak! Jangan terpedaya dengan lelaki macam Angkasa.

Saya rasa Angkasa ni watak dia sangat contradict. Dia claim diri dia orang yang menghapuskan penyembah setan. Guna pula pedang yang ada power tapi claim bukan pakai ilmu hitam. Pastu lawan dengan Qarin si Omar tu pakai ayat Quran....tapi lepas tu dia mengaku dah lama tak solat.

Tang rukun Islam paling asas dia tak buat. Acaner tu???

Saya minta maaf, author. saya letak rating 2 star sebab rengsa dengan Angkasa dan ayat Quran tu kalau boleh jangan letak. Cukup sekadar nama surah dan ayat ke berapa. Kalau nak letak juga, tolong letak sekali reference di belakang buku tu supaya tak mengelirukan pembaca. Kitab apa yang anda jadikan rujukan.

Rasanya cukuplan komen saya sampai di sini. Saya minta maaf sebab jadi orang pertama yang bagi kritikan negatif pasal buku ni. Saya doakan semoga penulis sukses di masa hadapan dan dapat perbaiki lagi kelemahan untuk hasilkan karya yang lebih bermutu.

Terima kasih kerana menulis...

Edit : 29/6/26
Profile Image for chaptersofnaz.
22 reviews4 followers
May 8, 2026
Cahaya dan Teja Purnama, dua insan yang sangat mencintai. Bahtera perkahwinan yg dibina umpama mimpi indah yang tidak pernah padam. Namun disebabkan fitnah, kebahagiaan mereka direntap. Sukar untuk takdir itu diterima. Tetapi, bila semesta memberikan peluang kedua adakah itu adil? atau itu hanya igauan mimpi buat Cahaya?
-
Naskhah ini mengangkat tema kesetiaan ke level yang luar biasa. Cinta Cahaya. Sayangnya Purnama kepada isterinya sangat dicemburui. Namun rasa suka mereka yg membuak-buak membunuh dua insan ini secara perlahan walaupun berada di semesta yang berbeza.
-
Masuk hikayat kedua iaitu di dimensi lain, Cahaya bertemu dgn sang suami yg begitu persis wajahnya.
Tetapi, tingkah laku jejaka itu sangat berbeza dari Purnama. Apatah lagi dia mengenalkan dirinya sebagai Angkasa dan perasaan benci membuak apabila bersatu mata dgn Cahaya. Barulah gadis itu mengerti, walaupun dia berada di dunia nyata namun jasadnya bukan berada di tempat sepatutnya.
-
Disinilah cerita semakin menarik. Apabila Cahaya didapati memegang "kunci" yg sangat luar biasa di semesta tersebut. Pelbagai pihak mula memburu sehingga menyebabkan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bahaya. Seperti dejavu, Angkasa jugalah yg menjadi perisai utk Cahaya.
-
Plot untuk karya ini sangatlah luar biasa. Unik dan begitu jugalah "twist" yang ditanam di penghujung buku. Sudah saya duga penamatnya seperti itu tetapi ada seperti tidak beres di antara Cahaya dan juga "Angkasa". Laras bahasa yang digunakan memang terselit juga indahnya walaupun kadangkala rasa meremang bila Cahaya dan Purnama sudah beradu sayang.
-
Kesimpulannya, buku ini menjalarkan satu perasaan bercampur baur sepanjang saya menelaah nashkah ini.
Apatah lagi bila mengetahui cinta Angkasa seluas
semesta demi seorang insan. Sanggup dia lakukan apa saja untuk merasai kehangatan cinta hatinya semula.
Namun, dia lupa, mana mungkin sayang dua dunia berbeza dapat diterima oleh logik akal.

Personal Rating: 4.30/5.00
Profile Image for zhafiee.
8 reviews
August 20, 2026
sebagai peminat bidang bahasa, saya sangat menikmati laras bahasa yang digunakan penulis 💞

di awal cerita-semuanya manis" sahaja, kisah si teja purnama (darah keluarga diraja) yang mengahwini cahaya indah (perempuan yang hidup sebatang kara). cerita yang ditinta disulam bait kata yang penuh indah, padat tapi berhemah dan tidak pula menjemput rasa gundah

namun di pertengahan cerita 😇 bermulalah kisah yang memfokuskan kepada konsep berkaitan semesta. mempertemukan cahaya dan angkasa yang katanya merupakan jernaga kepada purnama. tapi pastinya,ada rahsia yang tersimpan rapi di dalam sukma,rahsia yang digenggam molek bak intan permata.

angkasa dan cahaya,kedua duanya terluka,terluka kerana cinta yang terlalu dalam pada manusia. di sana, masing" bergelut rasa,cahaya mahu balik ke melayika yakni tempat asalnya kendatipun sebak menghurung jiwa kerana keluarga di inderamaya tidak ubah seperti keluarga sebelumya yang menatangnya sepenuh raga

pancaroba dan badai datang menimpa,namun ditangkis dengan teguhnya iman dan ilmu yang telah lama dibina. pabila peluang sudah terbuka luas untuk cahaya kembali ke semestanya,maka tersingkaplah rahsia yang tidak pernah diduga 😔

tetapi menerusi pemerhatian dan penelitian saya,buku ini tidak akan terhenti di sini saja.kerana cara penulis menamatkan naskah ini bukanlah dengan meletakkan titik noktah,sebaliknya mencoret koma yang akan menjadi tanda tanya.

secara keseluruhannya,saya sangat berpuas hati 🫶🏼 banyak rahsia yang menjadi permainan minda dibongkar sedikit demi sedikit dengan gaya penulisan dan bahasa yang membuai para pembaca

beli lah,saya menekan nekan ni
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Soovie.
28 reviews
November 6, 2026
Huaaaaaa😭 nak nangis laaaa. Why is this book so perfect but devastating at the same time? Can I marry this book? Firstly, vocabulary bahasa melayu yang Sofia Roses guna dalam buku ni tak main-main weh. Klasik, puitis gila. She never seemed to run out of poetic words to use tau. A big respect la.
Now, the plot (sigh) i don't wanna sum it up because I believe many other readers has done that. Saya just nak yap tentang my emotions throughout this whole book. Jujur, lepas je saya habis buku ni, saya rasa emotional. The characters, no matter good or bad, the atmosphere in this book, I already missed that. Even though buku ni ada banyak emotional rollercoaster, still it has this one specific soft spot in my heart. Also, buku ni banyakkkk gilaaaa foreshadowing. Kena peka. Ada foreshadowing even in the biggest part. (Iykyk)
I can't kira how many times I've jerit and nangis just by reading this one book. Menjerit sebab dua benda; ada scene sweet, and ada plot twist dan kejutan yang datang bertubi-tubi. Just when I thought the plot twist couldn't get any better, oh I'm very wrong. Every surprise surpasses the one before. Ada banyak gila benda yang bittersweet dan pengorbanan yang besar has done by the characters themselves. Sungguh, I wanna hug both Cahaya Indah dan Teja Purnama (even their jernaga👀)
And mind you, when I said this book is fully fantasy, IT IS FULL OF FANTAZY and I loveee that💕 with no doubt, ∞/10. This book immediately naik ke my top 3 favorite book. Hmm I miss this book already.. :(
Profile Image for Nabila Zakaria.
79 reviews
July 6, 2026
Berjaya habiskan buku ni dalam masa tak sampai satu hari. Lepas selak satu page rasa nak selak lagi. Buku kedua daripada penulis yang saya baca. Buku tu saya bagi 3 bintang je yang ni saya up sikit sebab boleh nampak perkembangan penulis dari segi idea.

Penggunaan bahasa melayu klasik. Kadang ada terselit bahasa indonesia sikit tapi tak apa mungkin tak perasan. Ada potongan terjemahan ayat alquran juga.

Dari segi karakter, saya rasa kurang deep watak yang ada. Kita tahu dari permukaan je dan saya tak dapat mendalami perasaan dorang. Awal bab dah okay cuma terlalu banyak ayat cinta. Yang baiknya benda jadi tak cringe sebab bahasa dengar indah tersusun.

Bila dah masuk kat dimensi lain, boleh nampak Cahaya seorang yang cekal. Cuma saya harap penulis bagi lagi sikit masa untuk dia grieving selepas kematian suami. Kita pun tak sempat nak sedih. Tapi aku syukur sebab Cahaya tak terima Angkasa. Angkasa penyamar je sebenarnya. Bertopeng juga walaupun mengaku diri sendiri tak amalkan ilmu hitam tapi tak amalkan ajaran islam sebetulnya.

Kan lagi best kalau masa Cahaya pulang balik tu, penulis bagi chance jumpa kubur suami dulu. Aku macam tak puas hati and terfikir tah tah hidup lagi Purnama. Tapi tak apa sebab yakin ada novel sambungan nombor dua.

Aku akan beli and tunggu. Harap kalini dapat happy ending sebab novel BSK ni open ending. Sekian.
Profile Image for Sumai.
1 review
August 23, 2026
Buku pertama Sofia Roses yang saya baca. secara keseluruhannya saya suka dengan jalan cerita buku ni. Pacing dia tak slow sangat, penulisan dia bagus sebab saya boleh imagine setiap scene dalam kepala. Rasa dia macam tengok movie. Scene cahaya dengan teja purnama berpisah tu, YA ALLAH STRESS RASA. Scene awal awal tu buat saya rasa single sangat.

Bagi saya yang kurang dalam buku ni ada beberapa scene yang macam kurang explain. contohnya macam background angkasa, masih banyak tanda tanya fasal dia, soal langkaria tu sendiri, macam mana dia boleh kehilangan cahaya dia yang pertama. mungkin saya yang tak dapat tangkap, atau ada beritahu secara subtle oleh writer sendiri. Macam mana emak dia dari semesta lain boleh terima dia macam tu je, macam questionable sangat for me.

This is just my personal opinion, tapi saya sangat tak minat dengan watak angkasa itu sendiri. Dia sangatlah pentingkan diri sendiri sampai sanggup merampas kebahagian cahaya yang ketiga. If he really loves Cahaya, he should never take away her Teja purnama. Dan kalau betullah si angkasa tu sayangkan Cahaya, dia tak akan pernah sakitkan Cahaya ketiga. So saya rasa dia cuma rindu kepada memori dan kenangan yang ada sewaktu dia bersama dengan cahaya dia.



This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for budakNerd.
3 reviews
August 3, 2026
buku ni menarik sebab tak pernah lagi jumpa author melayu yang menulis novel based on multiverse, quite unique for me.. saya beli buku ni pon disebabkan multiverse ni.. author mmg think out of the box 👏👏 plot twist after plot twist memang mind blown weh, byk betul author ni permainkan pikiran kami ya.. sebelum habis tu dh buat teori sendiri tapi separuh je betul, selebihnya tiada jawapan sebab ending tergantung !! maybe akan ada BSK part 2? 😌🤣

jalan cerita okay, tak terlalu cepat tak terlalu perlahan.. penggunaan bahasa terlalu puitis i guess? I do love baca penggunaan bahasa macam tu and saya faham yg author nak create suasana zaman dulu yg penuh dgn bahasa bunga2 , bahasa puitis but for me tak perlu guna pada setiap perenggan atau ayat..

that’s all from me, saya minta maaf jika komen saya ada mengguris hati author atau pembaca BSK 🙏🙏
Profile Image for Kamilia.
80 reviews1 follower
October 13, 2026
Bukan Semesta Kita - Sofia Roses 🌹
📚 rating - 5/5 🌟

Buku ni bukan je cover cantik, illustrations cantik, storyline dia pon besttttt !!! Unexpected sebenarnya.

Ofcourse buku ni memang love story lahkan antara Teja Purnama dan Cahaya. Mmg sweet habis lah sampai la satu masa ujian dtg melanda pada Teja Purnama sekeluarga. Purnama meninggal dan Cahaya telah masuk ke semesta lain tanpa diduga pada hari Teja Purnama meninggal..

Disitulah Cahaya berjumpa Angkasa mirip seperti Teja Purnama di semesta Inderamaya.. kat sini lah ade plot twist tentang semesta mereka.. I thought Angkasa is Teja Purnama dari Melayika tp sangkaan ku meleset haha..

Nak cerita banyak nnti spoiler, tapi tolong la guys pi baca.. nak request ubah ending dia pls.. i need both of them to be happy together.. tolong saya masih terasa sakit tuu 😭😭dorang yg broken hati ku yg sakit mcm mana ni?? 😭
4 reviews
June 22, 2026
for those yang tak brape minat penggunaan bahasa ii yg klasik camtu, i don't think this is for you, but kalau yu try why not kan? cam aq la kan, mula ii tak brape minat, and sekarang, i fell in lovee, honestly, aq bukan suke mana buku ii hikayat, melayu klasik gitu la kan, but this book ARH like yeah mula ii cara penggunaan bahasa yg melayu klasik tu mula ii membuatkan aq rs like tapaham mane kan, but lepas da baca, baca and baca, BRO i kennot stop reading, plot dia sangat ii menarik, lain daripada yang lain, so overall sangat ii recommend

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Lyana.
23 reviews
July 4, 2026
Kisah ‘Romantasy’ yang tragis

“Aku mencintaimu Cahaya Indah di setiap semesta” ~ Teja Purnama @ Angkasa

Biar pun merentas waktu dan semesta yang berbeza, Angkasa tetap mencintai Cahaya sepenuh hati. Walau takdir tidak bersatu dan seakan setiap semesta tidak merestui cinta mereka. Angkasa tidak pernah putus asa untuk terus menjejaki Cahaya di setiap semesta.

Bahasa yang tersusun indah, ungkapan romantis disaat Angkasa meluahkan rasa cinta dan rindu untuk Cahaya, buatkan saya betul-betul tersentuh..
17 reviews
August 12, 2026
Expect the unexpected! Dari tajuk, cover, blurb dan cerita semuanya best. Writing style author sangat mendayu dan sesuai dengan genre. Aku suka watak Teja / Angkasa dan Cahaya. Emak Delima dan Tengku Delima pun. Harap author buat sambungan cerita ni. Nak tahu juga Cahaya ni dari semesta mana dan bagaimana Cahaya Angkasa dari Langkaria tu mati. Ke cahaya angkasa tu ialah cahaya purnama? Walaupun rasa dikhianati dengan watak Angkasa di akhir cerita, aku tetap nak tahu backstory Angkasa. Silalah sambung author.
79 reviews1 follower
September 24, 2026
Sakitttttttttt. Purnama, mengapa kau menyeksa sukmaku sebegini? Purnama yang di sana masih lagi aku tercari-cari. Ku sangka Purnama di semesta ini akan mengubat luka dan derita yang aku rasakan. Tapi, mengapa? Mengapa??? Semakin dalam luka, sakit dan penderitaan yang kurasakan. Terasa digantung tak bertali, meski purnama di semesta ini berbeza. 😭😭😭

P/s: saya sebenarnya lari daripada purnama karya tey marzuki sebab cari tak jumpa². Ingatkan baca yang ni sebab nama sama purnama, dapat la kurangkan terseksa. Tapi, makin terseksa. Tolong lah, tolong lah ada sambungan.
4 reviews
August 6, 2026
Trope yang baru bagi aku sebab jarang orang tulis lovers to enemies kind of stuff. but honestly its a good story. its just sad truth untuk fl sebab suami sendiri meninggal dipanah oleh lelaki yang disayangi dari semesta lain. bila fikir balik baru macam oh yela sedih juga. tapi aku pun faham perasaan lelaki tu sebab cemburu tapi everything knows killing is not the best answer. anyway, baca guys baca💯💯💯
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti Najihah Hussin.
178 reviews2 followers
May 31, 2026
This book, finished me 🫠 This book #90 , finished me 😐

I masih tak boleh nak wrap my mind around this parallel universe punya concept yang author guna dalam this book & why watak Teja Purnama dalam ni sakit sangat? He just want his Cahaya. Why so sakit 😩 This is not suppose to be the end of it. I demand book number 2. I nak tahu apa kesudahannya kisah Cahaya. Where she came from.
Profile Image for Hidayatul Husna.
184 reviews2 followers
June 8, 2026
Tak sia sia beli di pesta buku sebab masa beli memang based on dia punya synopsis and excerpt jeee

Buku melayu yang menggunakan bahasa melayu klasik untuk menceritakan tentang multiverse, that hooked me from the start! Lovers to enemies trope and the lovers part patuh syariah tapi masih mampu buat pembaca swoon🥰

Penutupnya open ended jadi saya rasa ada peluang untuk buku kedua
Profile Image for yaya.
5 reviews
July 31, 2026
i can feel the pain you went through, cahaya indah.. 💔💔💔 some might say they gonna love you in every semesta as Teja Purnama said tapiiii idk the idea of staying loyal to that one version of YOU is undefeateable 🙏🏻 wdym you chose me ONLY ME and no one can beat you even someone with the exact same face and name…. cahaya my sweet girl :( my first try for sofiaroses writing anyway! solid 5/5🌟🌟🌟
Profile Image for Nad.
485 reviews2 followers
August 10, 2026
Stunning cover.
Pretty illustrations.
Cuma ada banyak persoalan yang tak terjawab kan. Nak tahu juga Cahaya Indah ini siapa sebenarnya. Dari semesta mana. Dan kalau kita dapat tahu sedikit background Angkasa pun okay la juga.
Ofc la ending dia bukan HEA sebab sorang macam memeneruskan kehidupan kesunyian + dikhianati. Sorang lagi pasrah sebab kebahagian itu bukan milik dia selamanya. Ahh
5 reviews
August 1, 2026
the ending is so suffocating like... 😭😭😭
wdym teja lost 3 Cahaya from 3 different universes like... UHHHGHHHHHHGHG

i just know that there will be another book talking about Cahaya's life, and im going to buy it!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 33 reviews