Kalau tidak silap kes rompakan dalam Noir ni based on true event.Dalam Noir kalian akan baca isu gelap mata, abusive mariage, kecurangan-penyondol & rompakan bersenjata. Scene jenayah cuma secondary saja. Yang penulis nak highlight ialah kehidupan hitam setiap watak. TW: Abuse Scene 🫵🏻
Sinopsis Ringkas: Hanya satu katalog kedai emas. Buatkan seseorang mula gelap mata dan merangka sesuatu.
Tahun ni. Encik Salman layak bertanding untuk kategori Anugerah Suami Paling Jahanam 🏅 Macam semua orang tahu. Wujud je manusia macam Salman dan Suriati. Yang masih setia dan utuh hidup bersama. Walaupun si isteri hari-hari dilanyak macam kain buruk dengan suami. Even Suriati- dia rasa susah nak keluar dari rumahtangga toksik dia tu. Sebab dia masih percaya yang suatu hari nanti pasti ada sinar buat suami dia untuk berubah. Haha yelatu Suriati. Dalam mimpi kamu 🫵🏻
One thing pasal Suriati. Walaupun dia ambil masa yang lama untuk bertindak dan buat keputusan untuk life dia tapi saya happy dia akhirnya buat keputusan yang paling bijak dalam hidup dia pada penghujung cerita.
Cerita ni sebenarnya kalau dilihat secara keseluruhan. Simple dan straightforward. Mudah nak faham hala tuju storyline cuma tahap intense dia sederhana. Kita nampak watak polis dalam ni main peranan juga. Nampak la jabatan polis bukan sloth. Masih ada yang otak cargas berfikir. Contoh macam scene masa mereka tengok semula CCTV dekat kedai emas selepas kejadian rompakan. Polis boleh detect unusual behaviour. Even suspek punya next move pun mudah dikesan/dibaca oleh pihak polis -nak kenalpasti suspek dan orang yang ada kaitan dengan suspek pun celah gigi. Cuma itulah-- polis tak gigih pula cari barang rompakkan tu kan? Unexpected juga baca pasal barang rompakan tu dekat ending.
Penulis tak buat kita rasa stress sangat fikir pasal kes rompakan. Dia bagi kita stress dengan Salman. Senjata dekat tengan dia tu dia buat macam mainan. Hidup orang lain dah tak ada nilai di mata dia dan sayangnya. Tindakan bodoh buatkan dia putih mata. Padan muka. hshs
And Saiful & Shantini punya karakter wujud macam ibaratnya macam kau tengok syok tengok movie/layan lagu dekat youtube. Lah tiba-tiba ada iklan muncul outofnowhere. Ha dieorang dua ni macam iklan. Saya rasa at the end of the day. Both of them hanya buat benda yang sia-sia (curang & menyondol). Office husband and wife ni sampah and buang masa. Dia buat korang dilihat sebagai manusia yang tak tahu bersyukur dengan kehidupan baik yang kalian ada dekat luar tu.
Credit: Saya suka penulis huraikan suasana di rumah flat Suriati & Salman. Memang terus boleh imagine.
This entire review has been hidden because of spoilers.
antara perkara yang paling saya suka ialah gaya penceritaannya yang fast-paced dan straightforward. ia bukan jenis cerita yang memeningkan kepala, sebaliknya terasa macam sedang menonton sebuah drama yang penuh rencah. ada bahagian yang buat saya sedih, ada yang buat saya kecewa, dan ada juga yang buat darah saya naik sampai rasa nak hempuk seseorang. siapa lagi kalau bukan Salman ☺️ saya sumpah benci watak ni. dia memang manusia paling teruk dalam buku ni. dan yang paling menakutkan, saya percaya manusia macam Salman ni memang wujud dalam dunia sebenar.
dan itulah antara kekuatan terbesar buku ni bagi saya. penulis berjaya mewujudkan hubungan emosi yang sangat kuat antara pembaca dengan watak-wataknya. saya marah bila mereka buat keputusan yang bodoh. saya sedih bila mereka menderita. saya lega bila mereka akhirnya mendapat apa yang sepatutnya. semuanya terasa natural dan langsung tidak dipaksa.
gaya penulisannya mudah dihadam, santai dan mengalir dengan sangat baik. saya rasa susah nak berhenti baca sebab setiap bab sentiasa membuatkan saya nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.
apa yang menjadikan cerita ni terasa lebih dekat ialah tema dan isu yang diketengahkan sangat dekat dengan realiti masyarakat hari ini. melalui watak-watak seperti Suriati, Salman, Saiful, Shantini, Mira, Khalis dan Vincent, kita dapat melihat pelbagai sisi kehidupan manusia yang penuh dengan kelemahan, kesilapan dan pilihan yang kadang-kadang membawa padah.
saya juga sangat suka bagaimana penulis menggambarkan kehidupan Suriati. suasana flat yang usang, persekitaran yang tidak terurus, jiran-jiran yang suka menjaga tepi kain orang tetapi memilih untuk memekakkan telinga apabila dia benar-benar memerlukan bantuan—semuanya terasa begitu hidup. saya boleh bayangkan setiap lorong, setiap rumah dan setiap kesengsaraan yang perlu ditanggung oleh Suriati.
Saiful pula bagi saya bukan sekadar watak sampingan yang ditambah untuk memenuhkan cerita. walaupun kisah hidupnya mungkin tidak memberi kesan besar kepada plot utama, saya tetap menikmati jalan cerita dan mesej yang dibawa melalui watak ini. lebih-lebih lagi apabila penulis menyentuh isu curang yang memang sangat dekat dengan realiti masyarakat hari ini.
beralih pula kepada sudut pandang Khalis, saya sangat menikmati bahagian ni. bagaimana dia dan Vincent bekerjasama menyiasat kes jenayah yang berlaku benar-benar menarik perhatian saya. kita dapat melihat sedikit sebanyak bagaimana tekanan yang dihadapi oleh pihak polis dalam menjalankan tugas mereka, terutama apabila melibatkan campur tangan pihak atasan, tekanan politik dan persepsi masyarakat.
satu lagi perkara yang saya sangat hargai ialah bagaimana setiap watak dalam buku ni terasa hidup. tak ada seorang pun yang terasa sekadar tempelan atau wujud untuk memenuhi ruang. masing-masing ada peranan dan fungsi tersendiri dalam menggerakkan cerita. malah setiap watak diberikan penamat yang terasa sesuai dengan perjalanan mereka. tidak tergesa-gesa atau tiba-tiba, dan yang paling penting, memuaskan.
Noir merupakan bahasa Perancis yang bermaksud hitam atau gelap. Apa yang gelap / hitam dalam naskah ini? Kehidupan. Setiap watak mempunyai kisah kehidupan yang kelam.
Suriati - keganasan rumah tangga Salman - perompak, pembunuh, pengganas rumah tangga Saiful - curang, berzina dengan perempuan berlainan agama Shantini - penyondol
Wujud ke perempuan yang bodoh macam Suriati tu? Ya wujud. Sanggup jadikan diri sebagai punching bag suami demi mengharapkan bahagia dihujung cerita. Dan yang paling bodoh dia terpaksa setuju dengan rancangan suami dia, si Salman untuk merompak kedai emas yang dia kerja. Terpaksa. Kalau aku jadi Suriati awal lagi aku angkat kaki dan laporkan kat polis. Biarpun suami tu ugut. Sampai bila nak bertahan .
Salman ni. Rasanya tak layak digelar manusia. Binatang kot. Kau dh lanyak bini, eh boleh buat macam takde pape. Pastu kau biarkan bini kau terlibat dalam rancangan jahat kau. Merompak dan membunuh disebabkan gelap mata. Tapi tulah perangai setan macam dia ni, liat betul nyawa dia .
Saiful dan Shantini. Dorang ni officemate. Tapi tulah masing2 kalah dengan nafsu. Saiful yang dah ada anak isteri sanggup berlaku curang. Dah la curang, berzina pula. Shantini ni, xpela jugak. Dia bukan beragama Islam. Dia xtau halal haram. Saiful ni tak tau kot, sekali kau dah berlaku curang, kau hilang semuanya. Keluarga dan kebahagiaan. Sekalipun kau kahwin dengan si penyondol, kau takkan bahagia. Tapi Saiful ni, dia kononnye bertaubat lepas kes kematian di depan matanya. Yang berpunca daripada Salman. Tapi semua dah terlambat. Selepas tau kecurangan Saiful, isterinya lari. Manakala Saiful memutuskan hubungan dgn Shantini. Dia hidup keseorangan.
2 orang anggota polis yg terlibat dlm menyelesaikan kes rompakan dan bunuh. Inspektor Khalis dan Vincent. Jenuh jugak dorang nak settlekan masalah yang dicipta oleh Salman. Banyak nyawa terkorban .
Tapi aku suka dengan tindakan Suriati dihujung2 cerita walaupon agak terlambat.
Jalan cerita yang straight forward. Dan dapat rasakan cerita nya dekat dengan realiti masyarakat terutama wanita yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga, sikap suami abuser yang takkan berhenti, pengaruh kongsi gelap dan tugasan polis untuk menyelamatkan mangsa.
I rasa cerita saiful tu hanyalah watak tambahan untuk beri kesedaran mengenai curang dalam perhubungan rumahtangga.
Btw suka ending dkt epilog tu haha. Untung warga nepal tu ya 🫢
Noir karya Rizal Ramli merupakan sebuah novel thriller yang berjaya membuatkan pembaca terus ingin menyelak halaman demi halaman. Dengan penceritaan yang pantas dan tidak meleret, novel ini menggabungkan beberapa konflik menarik yang saling berkait sehingga menghasilkan sebuah cerita yang penuh misteri dan ketegangan.
Novel ini membawa pembaca mengikuti kisah seorang wanita yang hidup dalam penderitaan akibat sering menjadi mangsa dera suaminya. Keadaan itu bukan lagi rahsia kerana jiran-jiran di sekeliling turut mengetahui apa yang berlaku. Dalam masa yang sama, sebuah rompakan kedai emas yang dahsyat berlaku dan mengorbankan beberapa nyawa, termasuk perompak serta orang awam. Semakin cerita berkembang, semakin jelas bahawa kejadian rompakan tersebut mungkin melibatkan orang dalam dan mempunyai kaitan dengan kehidupan beberapa watak utama.
Antara perkara yang menarik ialah bagaimana penulis menghubungkan kes rompakan itu dengan kehidupan seorang lelaki yang mempunyai rahsia tersendiri — sudah berkeluarga tetapi terlibat dalam hubungan skandal. Kesan daripada kejadian tersebut bukan sahaja mengubah hidupnya, malah turut memberi impak kepada isteri, anak-anak dan individu lain yang terlibat.
Bahagian penyiasatan juga menjadi salah satu kekuatan novel ini. Watak detektif yang ditampilkan sangat meyakinkan dengan cara soal siasat dan kebolehan mereka membaca pembohongan suspek. Setiap kali sesi penyiasatan berlangsung, pembaca akan terasa seolah-olah turut berada di dalam bilik soal siasat, cuba meneka siapa sebenarnya yang bersalah.
Apa yang paling saya suka tentang Noir ialah rentak penceritaannya yang laju. Tiada bab yang terasa membosankan atau terlalu panjang. Setiap penghujung bab membuatkan saya ingin terus membaca untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya. Saya sendiri berjaya menghabiskan novel ini dalam masa yang singkat kerana sukar untuk berhenti membaca.
Walaupun terdapat beberapa jalan cerita yang bergerak serentak, semuanya mudah diikuti dan saling melengkapi. Misteri yang dibina juga berjaya membuatkan saya sentiasa tertanya-tanya tentang kebenaran di sebalik setiap watak dan kejadian.
Secara keseluruhannya, Noir ialah sebuah thriller tempatan yang menghiburkan, penuh ketegangan dan sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah jenayah, misteri dan penyiasatan polis. Selepas menamatkan novel ini, saya rasa masih banyak lagi potensi yang boleh diteroka, terutamanya melibatkan watak-watak polis dan penyiasat yang menarik. Jika ada sambungan kepada novel ini, saya pasti akan membacanya.
Rating: ⭐⭐⭐⭐½ (4.5/5)
“Sekali mula baca, memang susah nak berhenti. Thriller yang laju, penuh misteri dan membuatkan kita sentiasa ingin tahu apa yang berlaku seterusnya.”
Saya suka dengan plot dan premis Noir. Walaupun nampak seperti kisah jenayah yang biasa, tema yang diketengahkan sebenarnya sangat dekat dengan realiti hidup iaitu trauma dan bagaimana seseorang boleh terperangkap dalam hubungan yang toksik tanpa tahu jalan keluar.
Setiap watak dalam novel ini saling berkait antara satu sama lain secara tidak langsung. Garapan wataknya pula dibuat dengan kemas, menjadikan jalan cerita mudah diikuti walaupun fast-pace.
Mengisahkan Suriati, seorang wanita yang terpaksa hidup bersama Salman, suami yang bukan sahaja mendera fizikalnya, malah memusnahkan emosi dan mentalnya. Watak Salman memang sangat menjadi. Jenis antagonis yang cukup lengkap pakejnya. Manipulatif, panas baran, dan langsung tiada rasa belas kasihan. Setiap kali dia muncul, memang automatik rasa menyampah!
Kesabaran Suriati sampai ke titik terakhir apabila dia dipaksa untuk bersubahat dalam satu rompakan bersenjata. Dari sini, cerita mula menjadi semakin tegang. Rompakan itu akhirnya 'berjaya' dipatahkan oleh pihak berkuasa, tetapi banyak nyawa terkorban. Monolog Suriati sebagai mangsa dera, ditambah pula dengan rasa bersalah yang menghantui dirinya, membuatkan kisah ini terasa lebih berat dan menyentuh.
Dalam kekalutan itulah muncul Inspektor Khalis. Wataknya memang outstanding, tenang dan bijak sepanjang masa. Ada iras-iras Arash Mohd katanya. 😎 Kehadirannya bukan sekadar pegawai penyiasat, tetapi juga sebagai watak yang membawa sedikit harapan dalam cerita yang penuh dengan sisi gelap manusia.
Apa yang saya suka, penulis turut mengetengahkan tekanan yang dihadapi pihak polis. Politik pejabat, campur tangan pihak atasan, serta desakan media dan orang awam membuatkan tugas mereka terasa lebih realistik. Bukan sekadar kejar penjenayah dan mendapat pujian.
Secara keseluruhannya, Noir ialah sebuah novel thriller yang berjaya menggabungkan aksi, emosi, dan isu masyarakat.
Ini merupakan buku kedua yang saya baca daripada penulis ini. Jujur saya katakan, saya amat tertarik dengan gaya penulisan beliau. Ini merupakan cerita aksi yang melibatkan sebuah kejadian rompakan kedai emas yang melibatkan watak-watak utama. Saiful yang curang dengan rakan sekerjanya iaitu Shantini, menginsafi diri melalui kejadian ini. Namun begitu, kehidupannya berubah tidak seperti yang dia harapkan.
Salman pula merupakan dalang utama yang merancang kejadian rompakan di kedai emas tempat isterinya bekerja. Pada awalnya, Salman si kaki pukul isteri ini amat yakin yang rancangannya tidak akan gagal. Tapi, siapa sangka isterinya sendiri akan membelot dirinya untuk melepaskan diri daripada terus menjadi mangsa deraan si durjana itu.
Kisah ini juga menceritakan komitmen yang diberikan oleh pasukan polis iaitu Inspektor Khalis dan Vincent untuk menyelesaikan kes rompakan ini yang turut melibatkan kematian beberapa nyawa awam yang tidak berdosa ketika mereka cuba untuk menangkap perompak itu di tempat kejadian. Perbualan yang berlaku di antara pihak polis ini telah digambarkan dengan cukup baik. Saya dapat merasakan perasaan 'frust' Inspektor Khalis apabila dia gagal menjejaki dalang utama ke ini hingga menyebabkan kecederaan kepada rakan sepasukannya.
Kejadian rompakan dan adegan tembak-menembak juga telah diperincikan dengan baik. Saya dapat merasakan saya ada dalam 'scene' kejadian itu sekali bersama semua watak kisah ini.
Sebagai peringatan mesra, ini merupakan buku keluaran Fixi yang mana hanya untuk pembaca matang sahaja. Semua kejadian curang dan sebagainya telah diceritakan dengan baik, dengan menggunakan bahasa tersurat dan maksud tersirat yang boleh difahami oleh pembaca matang yang bersesuaian. Tiada ayat-ayat lucah melampau dan sebagainya. Namun begitu, suka saya ingin menegaskan pendirian persendirian saya terhadap definisi 'pembaca matang' ini adalah mereka yang berumur lebih 20 tahun. Saya amat tidak menggalakkan pelajar sekolah terutamanya untuk membaca buku Fixi.
Dalam buku ini, label 'pembaca matang' ini mungkin kerana penggunaan bahasa yang kurang sopan ketika marah (perkara ini merupakan satu kebiasaan/signature style bagi karya terbitan Fixi) dan kejadian seperti curang, rompak, dera isteri, dan pembunuhan yang memerlukan fikiran matang untuk menganalisa kejadian ini sekadar untuk mengambil pengajaran sahaja.
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan buku ini.
Satu buku yang baik walaupun ni first time baca karya penulis ni. Noir yang dijadikan tajuk membawa maksud hitam atau gelap, sama seperti kisah watak-watak dalam naskhah ini.
I believe semua setuju if Salman ni layak jadi begitu di penghujung cerita. Gila abusive dia, kadang macam mental pon ada dia ni🤬 Kesian Suriati jadi mangsa dia. Ada juga watak extra Kak Esah, jiran kepochi hahahah.
Salute juga dengan Inspektor Khalis ni, siasatan dia detail sangat. Dari baca riak muka, bahasa tubuh suspek masa siasatan pun dah boleh dapat clue for the case. Also, pemikiran dia pun quite okay dari segi nak guess plan suspek GOOD JOB ABE KHALIS
Ada juga kisah kekasih gelap, di mana suaminya curang dengan officemate. Watak Saiful and Shantini ni macam tak significant sangat dalam novel ni, cuma sekadar penambah cerita sampingan jee sebab tak complex sangat kisah dorang
Jadi, kesimpulannya, novel ni bukan semata-mata kisah jenayah je, tapi ada juga isu abusive marriage, konflik arrange marriage, dan kisah curang. Tapi rasanya banyak lagi. Juga ada sedikit unsur LGBTQ. Setiap watak ada je isu dorang yang tersendiri termasuklah Khalis ni (walaupun Khalis ni nampak cam hero en, tapi hero pun ada masalah sendiri maa)
Semua persoalan yang muncul dalam novel dijawab dengan baik, and ending pon tak tergantung. Dari segi tatabahasa, ada sedikit kesilapan tanda tapi tak mencacatkan pembacaan. Suggested untuk mereka yang nak baca buku without heavy plot sebab plot dia sangat smooth dan tak complicated, sangat sesuai untuk bacaan santai.
p/s: Suriati tu lepas dah lama kene dera, dia pon jadi mental ke cane ek🤔 Also, Kak Julie and Pepol mentioned in the book hahahah
Terima kasih kepada Buku Fixi untuk naskhah ini. .
Selepas sekian lama tidak membaca, aku mulakan dengan buku ini. .
Ceritanya simple dan boleh dihabiskan dalam masa beberapa jam je. .
Ada 3 kisah yang bersangkut paut. .
Kisah rompakan yang menggemparkan negara sebab melibatkan ramai orang awam yang terkorban. .
Suriati yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya, Salman. .
Dan skandal tempat kerja antara Saiful dan Shantini. .
Bukan senang untuk Suriati cuba mengumpul kekuatan untuk keluar dari cengkaman Salman. Dia berjaya. Walaupun mengorbankan ramai orang. .
Tindakan polis yang berusaha keras untuk mencari perompak tersebut pun, patut dipuji. Cara penulis menggambarkan situasi tersebut pun, dah macam tengok drama. .
Cerita ni menarik je. Bagaimanapun, kisah Saiful dan Shantini tu, ibarat side dish je sebenarnya. Ada ke takde, tidak memberikan impak yang besar. .
Kalau nak baca buku fixi yang santai dan tidak memeningkan kepala, boleh la baca. .
keputusan yang membawa padah plot bersilang gore dan ganas
fast paced. seronok baca cerita yang plot driven. laju je selak page. multiple POV 3 jalan cerita berkait disebabkan satu insiden yang berlaku.
Sometimes, the right choice still comes with devastating consequences.
Suriati cuba menyelamatkan diri daripada suami yang kejam, tetapi pilihannya membawa kepada tragedi yang meragut nyawa. Saiful pula menjadi saksi kejadian tersebut dan terpaksa berdepan dengan trauma serta penyesalan terhadap kesilapannya sendiri. Inspektor Khalis perlu membuat setiap keputusan berdasarkan cebisan clue yang ada untuk memburu pelaku. Setiap pilihannya boleh membawa kepada penangkapan penjenayah atau membuka ruang kepada lebih banyak tragedi.