Jump to ratings and reviews

Bunga untuk Chempaka

“Kau masih bencikan aku ke, Chem?” – Nuqman
“Bila masa pula aku benci dekat kau?” – Chempaka

Sekeping nota kuning yang diterima oleh Nuqman dan setelah curi-curi membaca diari Chempaka; membuatkan mereka bertukar menjadi orang asing. Selepas 10 tahun, siapa sangka mereka bertemu di lapangan ski dengan insiden yang tidak terduga.

“Still the same Chem yang suka warna kuning dan Pikachu, huh?” – Nuqman
“And, still the same Nuqman yang suka annoy orang, huh?” – Chempaka

Namun... kisah terserempak dengan Nuqman itu tidak segera tamat setakat di Tokyo.

“Kenapa kau minta transfer ke KL sedangkan kau sesuai bermastautin selamanya di Jepun?” –Chempaka
“Aku nak dekat dengan kau.” – Nuqman

Maka, muncullah masalah hati bagi Chempaka kerana Nuqman itu memang menjengkelkan. Tetapi, pada masa yang sama Nuqman membuatkan hati dia berbunga-bunga.

Bagi Nuqman, rasa hatinya terhadap Chempaka tidak pernah berubah. Bertemu semula dengan Chempaka membuatkan dia mahu menjadi bunga untuk Chempaka.

“If I said I never once thought about you in my life, that would be a lie.” – Nuqman

Nuqman dan Chempaka menyimpan rahsia mereka tersendiri. Mungkinkah, kisah mereka akan menjadi seperti musim bunga yang sangat indah?

***

Bunga untuk Chempaka melengkapkan trilogi cerita tiga sekawan – Han, Kid, Nuqman ciptaan Yumi Hyra. Penulis menambah rasa manis pada kisah-kisah yang telah sedia manis! – Noor Suraya, Editor

364 pages, Paperback

Published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Yumi Hyra

21 books102 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (57%)
4 stars
22 (31%)
3 stars
8 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,030 reviews125 followers
May 7, 2026
My last Yumi Hyra read was “Rasa Cerita Kita”. It was inspirational, outstanding and phenomenal, and I love all the characters, the main and the side.

I had high hopes for “Bunga Untuk Chempaka” but unfortunately it fell short. I was mostly frustrated and annoyed throughout the story.

Ok tau kenapa? Apa yang annoyed me? Chempaka! Aduh, dia memang bertuah Nuqman setia je suka dia for so long. Joy tak nak ceritalah sinopsis sebab byk ARC readers dah tulis sinopsis dalam reviews mereka. You guys boleh pilih satu baca kalau nak tau jalan cerita.

70-80% kot I was annoyed by Chempaka. Ok lah, saya faham je masa 18-19, perangai mcm tu tak apa. But takkan sama kot 10 years later. Ko dah near 30s but your attitude still macam budak sekolah 🙄 The misunderstanding all started sebab diari Chempaka somehow found its way into Nuqman’s bag and dia dapat nota from Chem that made him decided to avoid her and tak jadi nak jumpa dia as he had planned - nak confess his feelings.

Then Chem pulak, tunggu lah Nuqman for 2 hours but dia tak turn up. So both side assumed without validating the fact with each other 😂 So, from friends jadi tak peduli. Saya tak faham, kalau I Chempaka, I akan terus tanya kot Nuqman kenapa dia tak turn up. Ini pulak diam and ignore Nuqman juga. Both ignored each other sampaikan 10 tahun later terjumpa. Gituuuuu~ 😴

Adui, then Chem ni, asyik tak sudah2 rasa annoyed dgn Nuqman and her constant gelaran as “penganggur terhormat” in every chapter was irritating. Rasa lega bila dia dapat kerja baru sebab “penganggur terhormat” tu stop dah. I tau lah dia penganggur, tak yah kot asyik repeat.

Other than that, dia jenis lari dari situasi yang berkaitan dengan emosi. I think the author wanted to highlight this in the story but I felt it was irritating the way Chem asyik avoid and lari from Nuqman. Rasa letih je dgn Chempaka.

So in a nutshell, Chem is somewhat a heroine who is pretty, sweet, intelligent, efficient, brave, semua orang suka - you get it?

But I suka lah dia berani stand up for herself and confront ex-boss tagune dia tu about sexual harassment in the workplace - sampai berani tumbuk boss dia masa resign 🤣 and also I’m glad that she did not take back that person who betrayed and backstabbed her.

And also her relationship with her family was very nice. Babak dia finally luahkan kepada Mak dia was touching and healing.

Saya suka Nuqman, memang green flag terus dia nie. Babak dia dengan Han & Kid memang lawak. These scenes were the best dalam novel ini. Korang boleh baca cerita Han & Kid dlm “Hero Untuk Jiyan” & “Sunshine Untuk Nara”. Rezeki Chempaka dapat laki sesetia dan sesabar Nuqman.

Joy memang suka writing style author, cuma Chempaka je yang tak kena dengan tekak Joy. Hehe 😉 But adalah nanti babak tendang-tendang angin kat belakang apabila mereka finally bersama.
Profile Image for Aira Zira.
242 reviews5 followers
May 12, 2026
Rate : 4.2⭐️

Boleh tak nak request tukar tajuk Bunga Untuk Nuqman? Haha berangan!
Okay-okay! Pertamanya terima kasih Nayla dan kak Yumi yang sudi berkongsi kisah Chempaka dan Nuqman dengan saya! Terharu sangat dengan kemanisan dua beradik ni ye!🥺

Okay! So… comelnyaaaaaa kalau baca kisah cinta dari zaman belajar ni tau. Mulalah perasan sendiri nak kenang-kenang zaman dulu. Haha!😆

Saya tak boleh henti senyum sorang-sorang kalau keluar nama Nuqman. Nuqman ni type crush-crush wanita zaman sekolah/belajar. Hot guy yang bukan jenis berfoya-foya gitu. Untungnya Chempaka sebab Nuqman ni ada hati dekat dia. Tapi, sebab salah faham, sampai 10 tahun ambil masa nak betulkan keadaan weyh!

Kalau Chempaka rasa Nuqman annoying, kita rasa Nuqman comel! Haha tak boleh puji lebih-lebih. Bahaya👀 Dari awal Nuqman bersikap annoying pun dah boleh tahu dia nak perhatian si Chempaka. Tapi tu lah, lambat pickup Chempaka ni. Asyik nak mengelak je. Risau nau jadi bahan. Padahal orang tu steady je nak ngurat cara halus.🫣

Kebetulan yang banyak menemukan Chempaka dengan Nuqman semuanya just nice! Bila dengar suara Nuqman tegur Chempaka, saya dulu sengih-sengih. Cerita diorang ni memang fluffy tau walau banyak tepis menepis dari Chempaka. Tapi sebab Nuqman yang jenis cool dan macho tu, memang korang melayang delulu kejap! Haha

Saya memang suka cerita yang crush dari zaman belajar ni. Dia punya sweet lain tau! Korang please beli dan baca! PBAKL nanti jangan skip buku BUC okay?? Jwanjiihh?
Profile Image for Aurel and the books🥀.
44 reviews1 follower
April 25, 2026
"It's okay not to be okay."

Kejadian Chempaka dilanggar oleh 'kamera gedabak' Nuqman di perpustakaan itulah menjadi permulaan yang tidak baik untuk perkenalan pertama mereka. Ditambah pula, apabila buku yg hendak dipinjamnya itu berada di tangan Nuqman. Makin membangkitkan lagi kemarahan Chempaka.Di mata Chempaka, Nuqman lelaki yang sangat menjengkelkan.

“Kau pernah dengar konsep first come first serve,kan?atau siapa cepat dia dapat?” -Nuqman

Nuqman mengambil keputusan untuk jauhkan dirinya dari menganggu Chempaka setelah dia baca dairi Chempaka yang mengutuk dirinya. Chempaka rasa bersalah tetapi rasa amarahnya dia terhadap lelaki kerana memungkiri janji untuk bertemu di kafe INTEC.


🌼Chempaka Neliya seorang yang bijak,sangat yakin apabila berbicara,kuat berusaha dan berdikari. Bercita-cita tinggi. Dia menjadi contoh kakak sulung yang terbaik untuk adik-adiknya.Ketua pengawas sekolah,pelajar terbaik setiap tahun. Chempaka merupakan graduan University Cambridge. Merasakan dia selalu akan buat yang terbaik dalam segala perkara. Chempaka juga suka warna kuning dan obses dgn pikachu. Dengan kelantangan Chempaka bersuara buatkan ada yg tidak suka, dan sebabkan hal itu juga dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Permulaan dari inilah membawa Chempaka kepada Nuqman

🌼Muhammad Nuqman Harraz. Popular dikalngn pelajar permpuan belajar A level INTEC,tenang,jaguh bermain volleyball. Selain daripada mempunyai rupa yg kacak, Nuqman suka membaca buku.


This is a story about love through banter.


Chempaka dipertemukan kembali dengan Nuqman ketika 'percutian healing' di Jepun selepas 10 tahun. Menjadi penyelamatnya ketika snowboarding di Gala Yuzawa. Tetapi, layanannya kepada Nuqman masih sama seperti dahulu.

Teori yang dicipta oleh Yasmeen tepat apabila mereka terserempak lagi buat kali kedua dan seterusnya. Ada sahaja kejadian malang yang menimpa Chempaka sepanjang percutiannya itu. Perkara itu sangat memalukan bagi Chempaka kerana disaksikan oleh Nuqman. Namun, lelaki itu akan datang untuk membantu Chempaka yang berada dalam kesusahan. It's sweet when he stares at her and remembers every little thing about her.

Nuqman yg suka sangat mengusik dan stengok Chempaka terkena vasodilation tahap maksima! Dengan Nuqman sejenis yang straight forward apabila berkata membuatkan Chempaka tergamam.Tanpa sedar, jantungnya sering kali teruji apabila bertemu Nuqman.

Setiap kali 'mulut terbalik' Chempaka menidakkan untuk bertemu Nuqman kembali menjadi sebaliknya bila dia pulang ke Malaysia.

Zenka Industrial Group menguatkan lagi takdir mereka bersama. Setiap kebetulan Chempaka mendekatkan dirinya dengan Nuqman. Chempaka sering diusik dan ayatnya pasti diputarbelitkan dengan akalan Nuqman Harraz.


Satu kebenaran sudah lama tersimpan akan terungkai. If you wanna know, you should read this book.

Glukosa Kid dah berpindah kepada Nuqman.Giliran Nuqman pula dapat suntikan cinta tu! Kid yg sangat function dgn 'drama'nya itu. Part yang paling suka dimana Kid dan Han yang sentiasa menjadi penyeri dgn lawak usikannya di dalam cerita ini mampu meningkatkan endorfin. Cerita sama comel dengan buku. Manis seperti kek lapis! Sememangnya Kak Yumi buat kita susah nak buat pilihan dgn watak male lead kalini which is 'the most green flag man ever'.
Nuqman Harraz menjadi bunga untuk Chempaka Neliya.

Saya juga suka dgn hubungan kekeluargaan Chempaka yg sentiasa menyokong antara satu sama lain. They always react positively to everything. To those who can relate to Chempaka's situations, it's okay to not be okay. It's okay to reach out for help. If you are struggling, remember that tomorrow is another day. Know that this will pass, and remember that you are loved.

The writing was captivating as usual. Yang penting sampai ke hati pembaca hingga tersenyum sendiri. Sangat baik untuk jiwa yang memerlukan kemanisan dari Nuqman Harraz. Sudah pstinya saya tertunggu-tunggu cerita Nuqman dan Chempaka ni!This is a light reading book and I couldn't put the book down. It is definitely worth reading, especially if you are having a rough day.
Profile Image for Zafrishasy.
33 reviews6 followers
August 18, 2026


📚 Bunga Untuk Cempaka
🖋️ Yumi Hyra

“If I said I never once thought about you in my life , that would be a lie.”

Bumi matahari terbit menjadi tempat pertemuan semula antara Nuqman Harraz dan Chempaka Neliya. Permusuhan dan salah faham yang berlaku, memisahkan dua jiwa yang sudah lama bertaut hati. Namun, takdir membawa mereka, membuka ruang dan jalan untuk sama sama menemukan bahagia.

-

Selepas kisah Kid dahulu, kisah Nuqman ini adalah kisah yang paling dinantikan. Kak Yumi dengan kemanisannya sememangnya berpisah tiada. Kisah Nuqman yang kuat mengusik, tenang, dan suka melihat Chempaka marah memang menghiburkan hati.

Chempaka pula dengan sikap keras kepala, perangai suka naik angin, memang betul betul mengundang ketawa. Menjadi Chempaka memang tak mudah. As a eldest daugther, saya letakkan diri saya di tempat Chempaka. Nak peluk dan bisik, you did well, Chem.

Kisah cinta mereka tak mudah. Miscommunication sehingga terpaksa berpisah dengan satu salah faham selama 10 tahun. Dan bila kebenaran terbongkar, dunia Chem hampir gelap seketika. Namun, Nuqman masih kekal di sisi. Memerhati dalam diam, meneliti setiap satu perilaku dan tindakan Chem, tanpa bertanya lebih-lebih.

Buttttt, guess what, the plot twist tu, kita tak terfikir pun awalnya. Tapi, sakitnya hadi Chempaka. The person you trust the most, become the biggest betrayal in your life. Cuma, saya mengharapkan dia mendapat balasan yang setimpal dan tak semudah itu dimaafkan🙂‍↕️Reaksi Chempaka pun, bagi saya kurang memberi impak sangat, sebab saya ingatkan ada adegan-adrgan bergaduh mulut yang lebih extreme.

Also, sukanya nampak familiar names on the books, macam Kid, Nara, Han dan Jiyan. Arghhhh rinduuu🥹
Mereka memang memainkan peranan penting dalam kisah Nuqman ni terutama sekali tipu sunat si Kid tu😂
Tanpa Kid, memang sampai ke sudah Chem dengan Nuqman kekal begitu.

Overall, it is such an enjoyable read. Sesuai untuk mereka yang mencari buku-buku light, rom-com, dan second chance romance. Papepun, saya masih tetap memilih Kid😋
Profile Image for Booku Puspita.
65 reviews1 follower
June 2, 2026
Pertemuan lepas 10 tahun dekat Jepun antara Chempaka dengan Nuqman memang tak berapa nak baik. Setiap kali Chem jumpa Nuqman, mesti sebab ada benda tak elok jadi. Dan setiap kali tu jugaklah Nuqman yang muncul jadi penyelamat.

Kelakar bila setiap kali Chem cakap dia dah tak nak jumpa Nuqman lagi, mesti lepas tu diaorang jumpa balik. Bak kata Yasmin, Chem dengan Nuqman ni macam ada red string. Tak kisah la dekat Jepun ke Malaysia ke, tetap juga dipertemukan. Chem pulak jenis blur dan suka menidakkan perasaan sendiri. Nasib baik ada Kid yang rajin jadi director drama sinetron 100 episod. 😂

Nuqman ni comel la. Suka tengok dia menyakat Chem sebab lepas tu mesti dia senyum sorang-sorang. Masa dia panggil Chem dengan nama penuh tu pun, kita pulak yang rasa butterfly dalam perut. Walaupun Chem selalu rasa Nuqman ni annoying, hakikatnya dia memang green flag gila. Banyak benda dia buat untuk Chem dekat belakang tanpa Chem tahu pun. Tahu-tahu orang sekeliling dia yang bocorkan rahsia. Yalah, orang tu simpan perasaan dari zaman A-Level lagi walaupun 10 tahun tak jumpa, perasaan tu takkan hilang macam tu je.

Memang tak sangka bila dapat tahu rupanya ada dalang di sebalik nota kuning yang buat diaorang lost contact. Tapi kalau kita jadi Chem pun, memang susah nak terus percaya. Nasib baik dia tak ambil masa lama untuk move on.

Cuma kita tak puas hati sikit dengan reaksi Chem. Ingatkan bila dah tahu perkara sebenar, ada la sesi tarik rambut ke atau maki-maki ke. Sekali… eh, macam tu je? 😂
Profile Image for bunga..
34 reviews
August 22, 2026
chempaka and nuqman memang comel sangat !!

this book sangat light reading. sangat slow burn tapi tak rasa bosan langsung, senyum je memanjang 🤪

i love the way nuqman tahu masa dia boleh mengusik chempaka and masa dia patut caring & risau, ish nak nuqman harraz satu !!

paling touching bila banyak benda yang nuqman buat untuk chempaka tapi chem tak tahu pun. maksudnya dia memang ikhlas buat benda tuuu.

please kak yumi tulis banyak lagi fluffy romance gini, moga terus maju jaya 🥰
Profile Image for Cik.
227 reviews5 followers
June 3, 2026
I lagi suka Rasa Cerita Kita.
Bunga Untuk Chempaka ni macam slow sangat.
Profile Image for Mini.
90 reviews1 follower
June 25, 2026
Rating: 4.3/5 🌟 

Kisah bermula dengan sekeping nota kuning dan diari yg dicuri baca, memicu salah faham besar yg akhirnya mengubah 'sahabat baik' menjadi orang asing dalam sekelip mata. Siapa sangka, selepas 10 tahun membawa haluan sendiri, takdir mempertemukan semula Chempaka Neliya dan Nuqman Harraz di sebuah lapangan ski di Jepun.

Bagi saya, idea asal kak Yumi kali ni memang menarik, cuma kalau nak dibandingkan dengan buku Hero Untuk Jiyan sebelum ni, Bunga Untuk Chempaka rasa kurang sedikit 'umphh' dia.

Tapi pesona buku ni tetap ada. Hero, Nuqman dan heroin, Chempaka. Kedua² mereka suka membaca buku. Haa comel kan punya hobi yg sama masing² pun!! 🤏🏼

Nuqman. Lelaki ni punya effort memang luar biasa. Dia punya peka dengan kegemaran Chempaka pada warna kuning dan Pikachu tu, wah untungnyaa jadi Chempaka! 😌 Pastu, perangai dia pula suka sangat mengusik dan 'mengacau' Chempaka. Bukannya kacau sebab tak suka, tapi sengaja nak raih perhatian lebih daripada gadis pujaan hati lerrr! 😝

Penulis membawakan plot jenis slow-burn romance yg digarap bersama penceritaan slice-of-life. Alur ceritanya nampak seimbang.. ada fasa yg terasa berat dan mendebarkan bila melibatkan konflik luaran yg menguji emosi dan ada masa fokusnya beralih kepada bagaimana mereka berdua nak runtuhkan ego masing² demi mendedahkan kebenaran 'silam'.

Cuma kan.. saya rasa geram jugaklah dengan isu miscommunication mereka berdua ni!

Ya, terutamanya dekat watak Chempaka lah. Pasal hal 10 tahun lepas, marah sebab Nuqman tak datang? haih lahhh, patut pergilah tanya! Selesaikan, tanya apa sebab dia tak muncul. Ni tak, pilih untuk diam, lepas tu marah, pendam dan berdendam. Si Nuqman pun satu hal juga, cubalah tanya kenapa dan betul ke si Chempaka yg hantar nota tu? Ish, kalau boleh masuk sekali dalam buku ni kan, memang dah lama kena ganyang dua² ni! Ego masing² tu haihh 😇

Bahagian yg paling menjentik emosi saya sudah pastinya bila penulis menonjolkan beban mental yg dipikul oleh Chempaka. Rasa tertekan nak kena nampak sentiasa sempurna demi jaga nama dan jadi contoh pada adik-beradik tu sangat relatable 🫂💗.

Oh ya, plot persahabatan dalam buku ni pun agak menguji emosi. Rupanya, manusia yg disangka paling rapat dan boleh dipercayai itu adalah gunting dalam lipatan demi kepentingan diri 🙂‍↕️.

Menariknya buku ni, tajuk 'Bunga Untuk Chempaka' tu sendiri sebenarnya membawa maksud yg sangat mendalam. Di saat hidup Chempaka dilingkari pelbagai ujian, Nugman hadir tekad menjadi seumpama "bunga' yg membawa kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup gadis tu.

Namun pada pandangan peribadi saya pulak, elemen "bunga untuk chempaka' tu sendiri rasa kurang sedikitlah dalam cerita ni. Macam tak cukup babak yg betul? menunjukkan metafora tu. Jadi bila habis baca, vibe tu kurang dan tak berapa nak puas sangat. Nak lagi pleasee! Hahaha! (*tamaknya saya 🫠).

Walaupun tak se-wow cerita Han, buku Nuqman ni tetap berjaya buat hati saya sekejap geram dan sekejap berbunga². So berbaloi sangatlah buku ni dibuat peneman hujung minggu!

Terima kasih buat puan @lila_vee , tim @maneswordworks dan kak @yumihyra untuk buku yg manis² nii 😆💗💗.
Profile Image for Ruangfie.
1 review
August 28, 2026
𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙝𝙚𝙢𝙥𝙖𝙠𝙖 membawakan kisah 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝙉𝙪𝙦𝙢𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙧𝙖𝙯 dan 𝘾𝙝𝙚𝙢𝙥𝙖𝙠𝙖 𝙉𝙚𝙡𝙞𝙮𝙖 yang bertukar menjadi orang asing selepas Nuqman mencuri baca diari kuning milik Chempaka termasuk sekeping nota kuning yang diterima Nuqman 10 tahun lalu.

“𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘕𝘶𝘲𝘮𝘢𝘯 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘤𝘢 𝘥𝘪𝘢𝘳𝘪 𝘢𝘬𝘶; 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘮𝘢𝘵𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘢𝘬𝘶, 𝘋𝘦𝘭. 𝘛𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥, 𝘧𝘪𝘯!”

“𝘈𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘤𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪, 𝘊𝘩𝘦𝘮𝘱𝘢𝘬𝘢.”

Siapa sangka, selepas 10 tahun mereka bertemu semula di lapangan ski di Jepun dengan pelbagai insiden yang tak terduga — dari kaki terseliuh sampailah Chempaka tiba-tiba perlu ke hospital.

“𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘕𝘶𝘲𝘮𝘢𝘯. 𝘔𝘶𝘭𝘶𝘵 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘶 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘶𝘭𝘶𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘯 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘮𝘶𝘭𝘶𝘵 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬.”

“𝘚𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘕𝘶𝘲𝘮𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬𝘯𝘺𝘢. 𝘛𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢”

Maka kerap berjumpalah Nuqman dan Chempaka apabila Nuqman membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Honestly, reading this book buat saya teringat balik fasa crush zaman belajar dulu. Dari awal sampai akhir, saya memang terhibur dengan karenah Chempaka dan Nuqman. Pantang berjumpa ada saja idea Nuqman mengusik Chempaka.

Setiap kali Nuqman menyakat, mesti Chempaka akan menjerit, “NUQMAN!!” Dan setiap kali tu juga saya mesti tergelak sebab boleh bayangkan reaction dan muka Chem masa tu 🤣

Walaupun kadang si Nuqman ni annoying, but to me, Nuqman is the greenest character ever 💚

Dalam suka mengusik dan annoyedkan Chempaka, Nuqman tahu bila masa untuk berhenti dan bila dia perlu serius. Waktu Chempaka sakit, dia takkan mengusik sebaliknya dia akan risau dan ambil berat tentang keadaan Chempaka.

Nuqman juga jenis yang pays attention to details, especially perkara-perkara kecil tentang Chempaka. Daripada apa yang Chempaka suka seperti warna kuning dan Pikachu, sampailah perkara yang mungkin orang lain tak perasan.

Bila Chempaka bercerita, Nuqman akan betul-betul beri perhatian. Dia akan dengar, berikan words of comfort dan cuba memahami apa yang Chempaka rasa. Bila dia tahu Chempaka tak okay, Nuqman akan buat apa saja yang dia mampu untuk buat Chempaka happy dan okay semula.

While Chempaka pula, saya suka watak dia sebab dia seorang yang kuat, firm dengan keputusan yang dia buat dan outspoken tentang apa yang dia rasa salah. Dia berani untuk stand up for herself and someone around her bila perlu.

Tapi di sebalik sifat dia yang nampak kuat tu, Chem masih ada struggles dia sendiri dan banyak yang dia perlu pendam. As an anak sulung, Chempaka cuba jadi yang terbaik buat adik-adik dia. Chempaka selalu cuba yang terbaik untuk banggakan keluarga dia. Jadi apabila Chem dibuang kerja, Chem terpaksa pendam sendiri sebab dia takut jadi anak gagal dan kecewakan ibu dia 🫂

BUTTTT!! I’m so grateful for the existence of sepupu Chem, Yasmeen!! Meen sentiasa ada untuk Chem whenever she needs someone untuk luahkan her struggle, feelings, dan segala rasa annoyed dia dengan perangai Nuqman.

I love, love, love this duo so much!

Perangai Meen yang masuk air tu memang buat saya tergelak je sepanjang pembacaan. Sampai sekarang saya masih teringat dengan teori Mulut Terbalik dia. 😂

Overall, I just love this book so much. 🥹

Ada beberapa quotes dalam buku ni yang betul-betul comforting for me. And when I say this book feels like it was meant for me, I really mean it.

I can relate to the Chempaka character so much! Anak sulung, books, matcha drink, and her overall character. All like a reflection of me 💛

Except for one tiny little thing…

Chempaka ada Nuqman

I masih mencari my Nuqman. Nuqman yang setia pada seorang bertahun-tahun 😭

Overall, Bunga Untuk Chempaka is such a fun, comforting and heartwarming read for me with a bit of a twist!! Kalau you suka childhood crush, second chance, enemies-to-lovers-ish banter, annoying-but-green-flag hero, I definitely recommend this one. 🌼💛
Profile Image for chaptersofnaz.
19 reviews4 followers
Review of advance copy received from Publisher
April 24, 2026
Kerana salah faham 10 tahun yang lalu, Chempaka dan Nuqman membuat keputusan utk membawa haluan masing-masing. Tidak bertegur dan tidak lagi bersua, zaman belajar ditamatkan dgn cerita yang tidak menemui noktah. Siapa sangka selepas beberapa tahun, mereka bertemu kembali. Yang diduga tidak ada lagi perasaan berbekas tetapi berlaga sahaja dua indivdu ini rasa suka itu kembali menyala.
-
Kisah Chempaka dan Nuqman ini tidaklah complicated seperti tali bersimpul yang bakal memaparkan alur cerita bersimpang siur tetapi lebih ringan konteks perjalanan cerita dibawa. Malah konflik yang ada pun tidak perlu para pembaca sakit kepala berfikir bagaimana isu di antara dua ini bakal selesai.
-
Kalau di dalam naskhah ini sudah semestinya Nuqman yg masih aktif mengejar kembali Chempaka demi mendapatkan kata putus dari gadis itu. Cuma Chempaka sahaja bersikap tidak ingin tetapi mahu.

“Kau ni memang annoying sungguhlah. Urgh!” —Chempaka

“Walaupun aku annoying tapi kau still rasa I am not that bad. Kan?” —Nuqman

Apa tidaknya apabila Chempaka ditimpa masalah, Nuqman seoranglah yang gigih menjadi knight in shining armour membantu gadis itu.
-
Red String Theory? The thread may stretch, twist, or knot but it will never break. Perumpaan itu menjadi penerus kisah mereka apabila saya mendalami jalan penceritaan karya ini. Terbanglah dua individu ini beribu batu sekalipun kalau sudah jodoh pasti tidak akan kemana. Walaupun mulut rajin menegah tidak ingin tetapi perasaan yang dipendam akan lebih mengetahui jawapan yang sebenar.
-
Menyentuh kembali konflik walaupun penulis tidaklah menyelami sangat permasalahan Chempaka tapi on serious note memang apa yang dihadap oleh
Chempaka itu is a big No-No terutama isu ditempat kerjanya. On top of that, bahu pula dibebani dengan title “trophy daughter” sememangnya menekan Chempaka utk menjadi sempurna bukan dalam kalangan keluarga sahaja tetapi juga dengan org luar.

Disebabkan itu kalau permasalahan Chempaka ditarik lagi sedikit untuk mengwujudkan debar perpanjangan pasti karya ini memberikan rasa yang lebih membekas kepada pembacaan. Namun, untuk mengekalkan pace “light-reading” saya setuju bagaimana setiap isu diselesaikan oleh penulis.
-
Nuqman pula si lelaki setia. 10 tahun hatinya ditutup untuk Chempaka. Yang datang bertandang langsung tidak diendahkan. Personaliti jejaka ini memang sedikit annoying tetapi dalam masa yg sama sifat perihatin ditunjukkan sedikit sebanyak menarik perhatian Chempaka.
-
Jadi, kalau anda “craving” sesuatu yang ringan, ingin merasakan kemanisan dan bacaan “tendang angin” I truly recommended Bunga untuk Chempaka! Lagi-lagi dgn peperangan mulut di antara Chempaka dan Nuqman yang sentiasa tercetus memang akan meriangkan korang sepanjang pembacaan!
-
“Kau pula masih bencikan aku ke Chem?” —Nuqman.

“Bila masa pula aku benci dekat kau?” —Chempaka.

“So, kalau tak benci then maksudnya suka, ke?” —Nuqman.

Dua hati yang menyimpan rasa cinta, Dua rasa yang tidak pernah bertemu penamat. Sekali bertentangan mata, dua jantung berdegup kembali menghantar ritma yang tidak boleh diolah dgn kata-kata. Tapi apa yang pasti “Bunga” Chempaka itu memang milik Nuqman sejak mula lagi.

Personal Rating: 4.30/5.00 ✨
Profile Image for Athyrah Nazry.
32 reviews
August 26, 2026
Bunga untuk Chempaka bagi saya ialah sebuah kisah cinta yang light dan sweet. Cerita tentang Chempaka dan Nuqman ni bermula sejak zaman belajar, jadi bila mereka dipertemukan semula selepas bertahun-tahun, memang terasa macam kisah cinta lama yang diberi peluang untuk bermula sekali lagi ✨

Chempaka merupakan seorang perempuan yang bijak, berdikari, berani dan sangat komited dengan apa yang dia lakukan. Dia jenis yang yakin dengan diri sendiri dan mempunyai prinsip tersendiri. Nuqman pula lebih tenang dan nampak macam cool, tetapi sebenarnya dia sangat mengambil berat tentang Chempaka. Chemistry antara dua watak ni memang menjadi, terutama bila mereka saling menyakat dan berbalas-balas kata. Ada masa geram, ada masa tergelak 💛

Interaksi Chempaka dan Nuqman terasa natural dan menghiburkan. Lagi mereka cuba mengelak atau buat-buat tak peduli, lagi banyak pula keadaan yang menemukan mereka. Selepas 10 tahun, perasaan dan salah faham yang pernah berlaku antara mereka perlahan-lahan mula terbuka semula 🫶🏻

Pertemuan semula mereka di Jepun juga antara bahagian yang menarik. Daripada satu kebetulan kepada kebetulan yang lain, Chempaka dan Nuqman macam tak boleh lari daripada takdir masing-masing. Bila balik ke Malaysia pun, hubungan mereka masih dipengaruhi oleh orang-orang di sekeliling dan pelbagai situasi yang membuatkan mereka semakin dekat 💛

Nuqman pula jenis yang mudah buat orang jatuh hati 😍 Dia bukan jenis lelaki yang terlalu menunjuk-nunjuk, tetapi cara dia mengambil berat dan melayan Chempaka perlahan-lahan buat kita nampak perasaan dia. Green flag dalam diam 💚🌱

Elemen kekeluargaan juga diketengahkan dalam novel ni. Hubungan Chempaka dengan keluarganya sangat warm kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan cuba berada di sisinya ketika dia berdepan dengan sesuatu. Ada juga sisi cerita yang mengingatkan kita bahawa tak mengapa kalau kita sedang tidak baik-baik sahaja, kerana kita tak semestinya perlu menghadapi semuanya seorang diri 🥹🤍

Watak-watak sampingan seperti Kid dan Han pula banyak menceriakan cerita. Kehadiran mereka dengan perangai dan usikan masing-masing menjadikan suasana lebih hidup dan mencuit hati. Ada beberapa babak yang memang buat saya senyum sendiri sebab terlalu comel 😍💛

If korang suka romance yang fluffy dengan hero yang green flag dan banyak moment yang boleh buat senyum sendiri, Bunga untuk Chempaka should be in your reading list 🌼💛
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
115 reviews
Review of advance copy
April 20, 2026

Girl!!!!!!!!! 2 tahun I tunggu novel ni. Hahahahaha. Guess what! It is so WORTH the wait!!! 🫣✨

Bunga Untuk Chempaka membawakan kisah Muhammad Nuqman Harraz dan Chempaka Neliya yang bertukar menjadi orang asing selepas kejadian Nuqman mencuri baca diari kuning milik Chempaka… dan sekeping nota kuning yang diterima oleh Nuqman 10 tahun lalu. 💛

“Kalau Nuqman jumpa dan baca diari aku; memang tamatlah riwayat aku, Del. The end,fin!” - Chem
“Aku tak tahu pulak yang kau sebenarnya bencikan aku sapai macam tu sekali, Chempaka.” - Nuqman

Tapi bak kata Meen…
“Aku rasa kau memang tak boleh sebut yang kau tak nak jumpa dialah, Chem.”

Mereka berdua dipertemukan semula di lapangan ski, Jepun. Dari kejadian kaki terseliuh sehinggalah keadaan Chem yang tiba-tiba perlu ke hospital—Nuqman sentiasa muncul, macam bunga yang nak bagi kebahagiaan untuk Chempaka. 🌼

“Walaupun aku annoying tapi kau still rasa I am not sure that bad. Kan?” - Nuqman
“So kalau tak benci then maksudnya suka, ke?”- Nuqman

Tapi si Nuqman ni memang TERSANGATLAH annoying ya 😭
Walaubagaimanapun…

Seketul Nuqman ni TERSANGATLAH sehijau hutan Amazon 🌿
1- Dia tak menyakat bila nampak Chem sakit
2- Dia pay attention every detail yang Chempaka suka — kuning & Pikachu 💛
3- Dia sanggup lakukan ‘sesuatu’ demi Chempaka

“If I said I never once thought about you in my life, that would be a lie.” 🫣😍

So… gais, no wonder single bookish girl akan mengalami masalah untuk mencari suami impian—sebab adanya watak fiksyen macam ni 👀

Bebi love dooh dengan cerita ni. Kalau boleh bagi beribu bintang, memang dah lama I bagi dekat penulis & penerbit ⭐️

Can I say ada sedikit plot twist (dibaca: mungkin bagi saya) di hujung cerita? Bila korang baca di awal novel, ada tertulis:
“Kepada semua anak sulung di luar sana, it is okay for you not to be okay.”

Dan percayalah… buat semua wanita kuat seperti Chem diluar sana, anda tidak berseorangan, you will figure it out all your problems pada masa yang tepat. 🩷 (Hugsss) dan buat mereka yang selalu ada untuk kawan yang berada didalam situasi yang sukar seperti Meen ; moga perjalanan hidup anda indah selalu 💐

Now? Run bestie and pergi join preHoder dengan harga ISTIMEWA di Shopee dan Website Manés Wordworks.

#maneswordworks #bungauntukchempaka #pbakl2026 #fluffyromance #MWxPBAKL2026
Profile Image for beesukabuku.
1 review
August 24, 2026
✨ 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑪𝒉𝒆𝒎𝒑𝒂𝒌𝒂 — 𝒀𝒖𝒎𝒊 𝑯𝒚𝒓𝒂 ✨

𝟑.𝟖/𝟓 ⭐️

Disebabkan kejadian Nuqmam membaca diari milik Chempaka dan nota kuning yang diterimanya, mereka tekad untuk membawa haluan masing-masing. Seolah-olah tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

10 tahun berlalu dengan salah faham yang belum terungkai, sehinggalah takdir mempertemukan mereka kembali di bumi Tokyo, Jepun. Pertemuan dengan Chempaka yang sedang mencari ketenangan itu kembali menghidupkan perasaan yang pernah hadir dalam hati mereka berdua.

✦ bee geram betul ek dengan dua ketul ni. Complicated sangat yihhh. Dah berpisah 10 tahun, bila jumpa balik masing-masing tak ada usaha nak clearkan salah faham tuuu. Duk main tarik tali, mahu tapi malu. Seoarang ego, seorang lagi lambat betul nak confess. Kitanya jenis tak menyabau, memang gewam ekkk 🤣

bee terhibur dengan segala teori yang Yasmeen keluarkan. Katanya Chempaka dah terkena sumpahan terbalik. Setiap kali dia menidakkan sesuatu, mesti benda tu juga yang jadi. Macam mana sekalipun Chempaka cuba menolak, Nuqman sentiasa ada cara tersendiri untuk buat hati Chempaka kembang setaman (hati bee pun hihi).

Nuqman ni pula cukup pakej dari segala segi, tapi slow sangat! Slow dia tu sampai Kid, Han dan Nina pun kena campur tangan dalam urusan soal hati dia 😭 Nasib baiklah dia jenis yang full effort dan gentleman, walaupun ada masa sedikit annoying 🤏🏻

bee enjoy baca walaupun jalan cerita agak terlalu santai bagi bee. bee paling suka part Nuqman menyakat Chempaka yang grumpy tu. Tersengih-sengih tau kiterrr.

bee suka juga bila penulis selitkan watak-watak daripada kisah lain. Interaction antara watak-watak ni rasa macam tengah buat reunion dengan kawan lama. Terubat sikit rindu dekat Sunshine dan Nara! 😆

Overall, kisah yang ringan dan menghiburkan dengan perang tarik tali dua manusia yang sama-sama keras kepala ni. Kalau jenis tak boleh sabar tengok hero dan heroin lambat nak berterus terang, memang boleh geram sekali dengan bee 😂

#maneswordworks #bungauntukchempaka #romancenovels #bookrecommendations
Profile Image for Kalel A.
47 reviews
August 3, 2026
⭐️⭐️⭐️⭐️✨ (4.2/5)
🌼💛 A heartwarming slow-burn romance about second chances, healing old misunderstandings, and a love that patiently waits.

Bunga Untuk Chempaka by Yumi Hyra finally gave me Nuqman's love story, and I couldn't be happier! 🥹❤️ After reading Han's and Akid's stories, it feels so satisfying to finally complete the trilogy of these three best friends.

This book is a slow-burn, friends to lovers, slice of life romance. The story revolves around a misunderstanding that lingers for years, proving how one unspoken truth can change the course of two people's lives.

Nuqman (ML) has loved Chempaka (FL) since their high school days. The feelings were actually mutual, but misunderstandings kept them apart. Years later, fate brings them back together when they end up working at the same company. Little by little, they begin to clear the misunderstandings that have been between them for so long.

Nuqman is such a green flag 🥹💚 He's patient, caring, and loves teasing Chempaka just to get her attention. Unfortunately for him, his teasing usually ends up annoying her instead 😂 Their banter and chemistry made me smile throughout the book.

I also loved all the familiar faces! Seeing Akid and Nara from Sunshine Untuk Nara, Han and Jiyyan from Hero untuk Jiyyan, along with both families, made the story feel even more alive. And I especially adored Yasmine, Chempaka's cousin, she added so much warmth to the story. 💕

Overall, this is a lighthearted romance filled with love, friendship, family, and second chances. Watching Nuqman and Chempaka finally find their way back to each other made all the waiting worthwhile. And once they got together? The sweet, blush-worthy moments were absolutely worth it 😭💛

A comforting, feel-good romance that reminds us some hearts never stop waiting for the right person. 🌼💕📖
Profile Image for Adila Adriana.
23 reviews
Review of advance copy
April 22, 2026
“Keep falling for me, boleh?”

Saya blushing! Penulis ni pandai buat saya sengih macam kerang busuk. Bukan Chempaka je yang berbunga-bunga, dengan saya sekali kembang setaman! 🌼🌸

Sebuah diari kuning dan sekeping nota cukup untuk buat Nuqman dan Chempaka saling menjauh selama sedekad. 10 tahun mereka biarkan kesalahfaham itu tanpa noktah, sampailah takdir pertemukan mereka semula.

Kenapa kena baca?
Nuqman Harraz ini definisi greenflag, acts of service, perasan semua little things tentang Chempaka Neliya. Saya pun boleh jatuh hati dengan Nuqman hihi! Walaupun pacing cerita ni agak santai (slice of life vibes), tapi setiap momen sakat dan menyampah antara Nuqman dan Chempaka tu buat saya sengih sepanjang pembacaan. Konflik pun tak berat tapi ada sedikit plot twist. Kadang-kala ada orang terdekat yang dengki dan cuba nak menghancurkan kehidupan kita.

Saya juga tersentuh hati dengan perbualan antara Chempaka dan ibunya buatkan saya teringat perbualan dengan ibu saya sendiri. Buat anak sulung, mungkin hari ini tidak seindah yang diharapkan, namun tidak bermakna esok akan suram berpanjangan. It's just a bad day, not a bad life.

Naskhah Bunga untuk Chempaka bukan sekadar fluffy romance tetapi ada jiwa yang buat kita rasa dihargai. Nak baca jugalah kisah Kid dan Han pula. Comel je persahabatan mereka bertiga. Terima kasih kepada Manesword Works kerana sudi hantar karya yang manis ini kepada saya. Visual buku dari Manesword Works memang tak mengecewakan. Cantik sangat buat koleksi 🫶🏻❤️
Profile Image for Fatini.
17 reviews
May 25, 2026
Kalau Hero Untuk Jiyan, saya adore dengan Jiyan yang berani luahkan cinta dia pada Han, dan berani move on lepas kena reject.

Kalau Sunshine Untuk Nara, saya jatuh cinta dengan Kid. Well, people who know me knows how much I love SUN, despite of 10% biased that Nara resembles me in real life, Kid itself is such a benchmark of my ideal type in guy hehe.

Tapi Bunga Untuk Chempaka, alahaiiii. Geram betul bila mengenangkan yang beberapa tahun dah dibazirkan dek miscommunication Chem dan Nuqman. Tapi, kalau dah jodoh tu, lari ke hujung dunia pun, bertemu jua. Dalam duk malu-malu dengan Nuqman, sempat juga menangis kerana watak Chempaka yang digambarkan memegang peranan anak sulung yang selalu jadi contoh adik beradik. Walau bukan anak sulung, tapi perasaan tu sangat relatable and that is exactly what I'm going through now. At last, glad that finally Chem being more open to her mom. Nuqman? Tetaplah menjadi lelaki terbaik untuk Chempaka, tak expect yang Nuqman sanggup cari kawan lama dia semata untuk tolong Chempaka.

In context, sebenarnya nak cakap yang apa je buku kak Yumi yang tak best? The spin off semuanya berjaya buat saya perasan main character, dengan penulisan yang bersahaja beliau, terasa dekat dihati. Tahniah untuk anak barunya kak Yumi <3
Profile Image for nadhhreads.
3 reviews
August 20, 2026
Bunga untuk Chempaka
5🌟

"Love is the only flower that grows and blossoms without the aid of the seasons"

Chempaka Neliya, seorang gadis & anak sulung yang boleh dikatakan serba serbi sempurna luarannya dan paling pentinggg suka warna kuning dan pikachu!! Nuqman Harraz pula seorang lelaki yang....annoying???? Perangai tak seelok muka bak kata Chempaka. Suka sangat mengusik Chempaka ni. Tapi dari sebuah kejadian telah menjadikan Chempaka & Nuqman seperti orang asing. Takdir menentukan Chempaka dan Nuqman bertemu semula di bumi Jepun selepas 10 tahun satu kejadian berlaku, disinilah bermulanya semula kisah antara Chem & Nuqman. Dari benci menjadi cinta..eh betul ke benci??

Sebuah novel fluffy romance yang sangatlah beautifully written. Gaya penulisan dan storyline yang santai buatkan kita pun tenang je baca. Storyline tersusun tak ada part yang rasa terburu-buru. Salah satu sebab saya suka novel ni ialah red string theory! Saya memang suka theory ni bila baca pulak novel yang trope berkaitan ni alahaiii lemah semangat, kitanya pulak delulu kritikal 🫪

Favourite part from this novel bila rahsia-rahsia Nuqman ni terbongkar, rupanyaa dalam hati ada taman "Chempaka" hero kita niii. Also honourable mention to the epilog, LOVE IT!

Watak-watak dalam novel ni memang very likeable, saya suka gila sebab semua orang sangat relatable dengan kehidupan kita ni. Dari watak utama sampai lah ke watak tambahan semua mainkan peranan. Nuqman pulak jangan cakap lah memang jejaka idaman terhangat di pasaran!! cukup serba serbi cuma annoying sikit je..

Satu lagi saya suka bila penulis selitkan tentang perasaan anak sulung yang rasa tanggungjawab mereka adalah untuk jadi anak yang sempurna. Bila baca luahan hati Chempaka, rasa sedih dan nampak sisi lain dia yang biasanya yakin dan bersahaja. Saya rasa ini satu pengajaran yang bagus sebab bagi ruang untuk kita lebih faham struggle seorang anak sulung. Unsur kekeluargaan yang diterapkan pun sangat halus tapi somehow sampai ke jiwa pembaca.
Saya sangat recommend buku ni untuk orang yang mencari bacaan santai. 💌
#maneswordworks #Bungauntukchempaka #romancenovels #bookrecommendation
8 reviews
June 25, 2026
Okay i think i will be bias about this book, this character and this storyline. First, because cerita tentang anak sulung (i am the oldest). Tentang snowboarding (which also my bucket list), matcha (my favorite drink), resignation (past experience), a girl who read (me!!!), cepat rasa marah, avoidant sikit (obviously me) all half half related but only satu je i tak ada;

A man who likes Muhammad Nuqman Harraz!!!

A lovely storyline. Fluffy romance gaduh sana sini sikit but the plot menarik and tenang je baca. I read this throughout my peak season so it helps me to slow down with my life. Recommend? Yes. Macam biasa, ada terselit juga Kid, Han dan another character from author previous books. Rasa macam aww nak cubit je semua orang sebab comel sangat. The way author potray anak sulung okay je but I really hope banyak lagi masukkan elemen ‘sulung’. So far it’s a good read!

Dalam banyak-banyak novel Yumi Hyra this one is my top pick. Good Job! Okay next buku pula author. Cepat sikit beranak buku, thank you!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Alynzz.
5 reviews
August 1, 2026
As usual, buku Kakak Yumi memang tak pernah mengecewakan🫵🏻😆 lurve sangat the dynamic of the trio memang masuk air ; Kid, Han and Nuqman masing² ada je nak menyakat antara satu sama lain. Well, saya tak tahu sangat nk comment lebih² but overall memang lurveeee sangat dengan penulisan Kak Yumi kali ni. Ada scene yang macam kdrama tauuu hehe, lagi² part hujung yang Chem ingat Nuqman duduk Jepun lama time tu pastu tengah call each other, and then Nuqman suruh Chem pusing belakang tu. Aaaaaaa macam dalam kdrama, I like😆🎀 okay, I think that's all from me😉
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for guts ₊˚ʚ &#x1f331; ₊˚✧ ゚..
157 reviews1 follower
September 24, 2026
I read Rasa Cerita Kita and i love both the ml and the fl tapi masalahnya buku ni Ya Allah aku macam nak jadi penyondol and rampas je Nuqman ni from Chempaka. Like she is so annoying weyh, dia cakap je Nuqman ni annoying tapi dia pon 2x5. Nuqman ni minat dia since 17 years old. 12 FREAKING YEARS. Chempaka share me your doa. Nuqman sumpah green flag giler. There is no ow drama tapi diorang punya cerita is kinda slow? Like diorang 70% masih lagi conflict yang sama but i enjoy the read tho
Profile Image for Nad.
474 reviews1 follower
June 8, 2026
(Read in one day)

Guys, Nuqman ini macam character Sang Yan tau tak. Senang cerita buku ni pasal unrequited love (mereka sangka) sebab satu miscommunication that took 10 years to be resolved.

Dan tak sangka ada juga part yang buat sedikit menangis (the inferiority complex of being the first child).
Profile Image for Bookworm93.
28 reviews1 follower
May 19, 2026
So sweet.. 4.5 ⭐

Memang tersenyum je baca novel ni.. sy suka dgn gaya penulisan author. Nak bagi 5 ⭐, tapi sikit sgt kisah after their marriage. But saya suka! 😍
Profile Image for RooRa.
1 review
June 5, 2026
Recommended untuk sesiapa yg mencari cerita cinta yang santai tapi sampai.
Definitely akan cari buku Yumi Hyra yg lain untuk saya collect & baca. hehehe..
Profile Image for caa.
86 reviews
September 9, 2026
YAY DAH HABIS BACAAAA!! full review will be up soon. korang sabar jap. bagi saya habis angau pasal Nuqman dulu hehe sayang Nuqman 😘🩷
Displaying 1 - 24 of 24 reviews