Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ilusi Iskandar

Rate this book
Akibat kemalangan ngeri, Aidan Iskandar terlantar koma. Dia terperangkap dalam dunia bawah sedar yang menghubungkannya kembali dengan Jasmine Maia, gadis yang pernah dia selamatkan enam tahun dahulu.

“Awak pernah selamatkan nyawa saya dan sekarang saya akan tolong awak.” – Maia
“Mimpi itu yang bagi saya kekuatan untuk bertahan bila semuanya gelap.” – Aidan

Rahsia gelap, konspirasi dan bahaya menanti di setiap sudut. Dengan nyawa sebagai taruhan, Iskandar dan Maia mesti menyingkap kebenaran sebelum diseret ke jurang maut.

“Dia datang lagi, Maia. Dia nak bunuh saya.” – Aidan

Di tengah dunia yang penuh tipu daya, mereka saling menjadi sandaran, saling sama berpaut. Namun, sebuah pengkhianatan menguji ikatan mereka.

“Kadang-kadang, orang yang paling kita percaya boleh jadi yang paling bahaya.” – Maia

Dalam permainan dendam ini, siapa yang boleh dipercayai? Apakah ilusi itu akan terus memerangkap kewarasan? Dan antara mimpi dan kenyataan, apakah kebenaran itu hanya garis yang memisahkan?

***

A.Filzah berjaya mempersembahkan sebuah misteri yang mendebarkan dengan magis tersendiri, bertunjangkan konflik keluarga dan perundangan yang penuh drama. – Pingu Toha, Editor

424 pages, Paperback

Published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

A.Filzah

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (31%)
4 stars
17 (58%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,032 reviews125 followers
May 16, 2026
”…jangan biar luka tu jadi dinding yang halang Cik Maia daripada melihat cahaya indah lain dalam hidup. Kadang-kadang, kita perlu lepaskan apa yang tak terdaya kita pegang dan bagi ruang untuk apa yang kita mampu ubah."

Masa Joy mula pembacaan, Joy dan curious latar belakang penulis sebab penggunaan bahasa beliau dalam novel “Illusi Iskandar” sangat deep, pengolahan cerita pun tersusun dan puitis but mudah difahami.

She reminded me of Siti Rosmizah and bila Joy tengok profile kat belakang, penulis seorang graduan law 🤩

No wonder so solid her writing, neat and well paced plotting, perkembangan watak yang bagus and saya kagum dengan how she describes things and situations in the story; sangat detailed and helps create a thrilling and mysterious atmosphere.

Kali ini, hero and heroine kita tak double minded about their feelings for each other. They are a strong couple and team especially Jasmine Maia. Maia merupakan salah seorang FMC yang berani, tabah, not a damsel in distress, she knows when to keep silent and when to speak up to manfaatkan diri and overall a very strong female lead.

I enjoyed the story very much sebab Maia, cara dia tak putus asa and “work smart” in investigating tentang kes Iskandar dan keluarga dia yang something wrong. Jeng jeng jeng. Lupa share Maia seorang graduan undang-undang dan sedang menjalani chambering.

Iskandar pulak, petikan ini describes him the best:
Itulah dia, Aidan Iskandar. Lelaki yang hatinya lembut.
Pemaaf meskipun sering dilukai. Penyayang walau jiwanya sendiri selalu tercalar. Dia yang terus memberi kasih, walau kadangkala dirinya sendiri kehabisan daya.
Hakikatnya dalam diam, dia menangis tanpa suara.


Joy sangat menghayati babak dalam mahkamah. It gave a clear, teliti and accurate glimpse of how peguam dan hakim Malaysia are like semasa dalam perbicaraan mahkamah. It was so interesting and I wished I could read more about it!
Joy berharap penulis akan keluar next novel tentang law and order gitu macam TV series “Matlock”. 🤭

My only complaint is there was lack of description on how our characters look like. Itu je. Hehe.

Tahniah and syabas kepada penulis for her debut novel - so well done! I’ve become a fan of yours.

"At times, doing what is right comes at the cost of disappointing those we love. There are moments when we must uphold integrity over the comfort of approval.”

"Kemenangan hari ini bukan bermakna esok tak ada cabaran. Tapi ini bukti yang kerja keras, ketelitian dan integriti akan tetap dihargai."
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
119 reviews
May 4, 2026
“Kalau nak selamat, kau tahu apa yang perlu kau buat!”

Bayangkan… bila korang terima sebuah kotak. Dalamnya ada nota dan bangkai burung gagak.
Seram? Itu baru permulaan.

Aidan Iskandar, pelakon popular Malaysia, akhirnya terlantar koma di hospital selepas terlibat dalam kemalangan ngeri yang penuh misteri.

“Awak pernah selamatkan nyawa saya dan sekarang saya akan tolong awak.” - Maia

Rupanya, dahulu Iskandar pernah terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan Maia daripada lemas. Dan sekarang… giliran Maia pula membalas budi, walaupun dengan cara yang agak luar biasa.

Sebab Maia boleh bermimpi.
Dan dalam mimpi itu… dia berjumpa Iskandar.

“Assalamualaikum. Ingat saya lagi tak?” - Maia
“Saya nak awak berikan senyuman paling manis bila kita bertemu semula nanti.” - Maia

Maia, seorang graduan Undang-undang yang tegas dengan prinsip hidupnya. Walaupun dibantah oleh bapanya sendiri, dia tetap memilih jalan untuk menjadi peguam.

Tapi hidup dia bukan mudah. Dengan sepupu dan mak ngah yang… hmm, jenis busuk hati tu memang buat kita geram juga. 🙂‍↔️

“Jangan terlalu paksa diri untuk jadi penyelamat orang lain sampai akhirnya hidup Maia sendiri yang terabai.” - Puan Fahira

Dan ya… barann ehh kita dengan si Lydia ni. ☝🏻😌

Bila Iskandar sedar dari koma, Maia nekad untuk bantu dia bongkar siapa dalang sebenar di sebalik semua ini.

Tapi si Iskandar ni… serius cakap, ada masa rasa nak tekup muka dia dengan bantal. Geram okay 😭

“Kita dah buka pintu tu, Iskandar. Pintu yang lama terkunci.” - Maia
“Saya kata, cukup!” - Iskandar
“Saya tak perlu tahu semua ini. Awak yang reka ilusi!”

Honestly, penulis dah bagi klu dari awal. Dan ya… saya memang aim orang tu 😂
Tapi… saya jujur sikit tau, saya expect twist yang lagi padu 😝
(Psstt penulis, kita dah bincang tepi kan? 👻)

✨ Kenapa kena baca buku ni?
1. Bahasa penulis yang cantik ; description sampai boleh bayangkan dalam fikiran 🤌🏻
2. Plot yang buat kita salah sangka ; yang nampak jahat tu belum tentu jahat, dan yang nampak baik… dia lah paling KEJAM 🙂‍↔️
3. Sesuai untuk beginner thriller ; tak gore, tak terlalu berat, tapi tetap buat kita berfikir 🫣🤌🏻

Tahniah untuk debut novel ni! Saya perlukan lagi karya dengan gaya bahasa macam ni. Please teruskan menulis 🩷✨

Tunggu apa lagi?

Go and grab yourself a copy dekat Shopee, TikTok Shop dan Website Manés Wordworks.
Ehem yang dah beli, tu bila nak baca? 👀🫣


Personal rating : ⭐️⭐️⭐️⭐️/5
#maneswordworks #pbakl2026 #ilusiiskandar #thrillerromance #MWxPBAKL2026
Profile Image for jemsblonde.
85 reviews8 followers
April 29, 2026
3.9/5

such a page turner book. fast pace dan tak meleret. maia watak fl yang bijak dan tak senang dipijak. tapi sedih sikit la sebab ayah dia problem namampus. tak faham ayah yang jenis suka bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sumpah annoying🫩 pastu dapat pulak majikan toxic omaigod stress baca. tapi puas dia resign without regret sebab puan maryam deserve kena sembur depan muka. walaupun maia ni baru chambering tapi suka dengan watak dia yang tak suka mengalah. kadang geram gak maia ni jenis menekan nekan tapi faham je sebab dia sayang iskandar sebab tu dia nekad nak dapatkan bukti kukuh

iskandar mangsa khianat oleh keluarga sendiri dan dia punya denial tak boleh terima kenyataan tu geram la jugek but at the same time rasa kesian dengan nasib dia ni. and baru faham kenapa tajuk buku ni ilusi iskandar

penulis pandai susun atur plot dan jalan cerita yang tak terburu buru buatkan kita rasa tak boleh stop baca. sub genre romance pun subtle je tapi saya ingatkan cerita ni slow burn sebab awal awal pun diorang macam dah memang suka eo so i expect more la. plot twist pun memang tak jangka tapi agak questionable la dia ni muncul tetiba tapi tak diceritakan lebih mendalam and watak dia pun sekilas je. walaupun boleh agak siapa main villain cerita ni still rasa tak puas sebab villain nampak sangat bodoh dan buat kerja tak clean so dia macam— oh gitu je ke? hahahhahah

cumanya yang tak berapa puas baca, backstory ayah kandung iskandar tak diceritakan secara details. just sekadar dalam bentuk rakaman yang jadi bukti punca pengkhianatan yang berlaku. pastu watak ayah tiri dia as another villain pun macam chipsmore sebab takde scene dia bersubahat dengan main villain. just tahu niat dia je then tahu tahu dah ke lokap. for me kat sini pun macam something missing gak

but overall I enjoyed reading this. mungkin ni karya pertama penulis so faham je masih banyak kelemahan. tapi writing dia memang sedap dah
Profile Image for Defikaism.
12 reviews5 followers
April 28, 2026
Ilusi Iskandar karya A.Filzah

"Kita yang dilukis oleh semesta." — Maia

Cerita ini bermula dengan watak Iskandar yang mendapat ugutan dan terlibat dengan kemalangan akibat ada pihak yang dengki padanya. Insiden ini membawa kepada kisah silam Iskandar dengan Maia enam tahun lepas, di mana Iskandar pernah menyelamatkan Maia yang ditolak ke dalam tasik selepas dirompak.

Selepas itu, kita akan dibawa mengenali watak-watak lain yang ada di sekeliling mereka yang masing-masing mempunyai motif dan tujuan mereka sendiri. Sambil itu, kita juga akan diberikan sedikit cebisan klu tentang siapa yang sebenarnya berniat jahat terhadap Iskandar.

Sebelum membaca, saya menyangkakan yang Iskandar akan koma sampai ke hujung novel (Sebab tajuk dia Ilusi Iskandar) dan akan berakhir dengan "Ini semua adalah mimpi." 🤣🙏🏻 Tapi saya gembira ia tidak begitu. Sebaliknya, kita dibawa untuk mengikuti konflik-konflik kecil di antara dua watak utama ini sehingga semuanya menuju ke satu konflik utama yang besar. Korang kena baca untuk faham 'Ilusi' yang dimaksudkan.

Okey, ini cuma pendapat peribadi saya but hear me out.
— Masa saya tahu Iskandar adalah seorang pelakon, saya macam, "Ala, kesiannya, mesti dia struggle financially" (maaf saya materialistik even for watak fiksyen!)
Tapi lepas tahu dia merupakan pewaris rangkaian hotel dan tahu dia dipanggil 'Tuan Iskandar' di pejabat dan 'Tuan Aidan' di rumah agam arwah ayah dia saya sudah terduduk, terpaku, terpesona dan akhirnya terjatuh cinta. HAHAHAHAH

— Sedikit kagum Iskandar masih tetap melakukan dua kerja. Tapi saya faham. In this economy, jadi CEO hotel sahaja tak cukup! ((maaf, saya cuma bergurau))

Tiada apa yang saya nak komen tentang penulisan kerana gaya kosa kata penulis amat luas (sehingga saya terpaksa membuka kamus kerana saya sendiri tidak pernah mendengar atau melihat perkataan tersebut seumur hidup saya). Sangat bagus bagi mereka yang nak memperluaskan kosa kata sambil membaca novel.

Apa pun, tahniah Amnie untuk karya ini! Semua watak mendapat penutup dan balasan yang sepatutnya dan tak dinafikan, saya hampir ditipu red herring yang diletakkan di awal cerita. 🫣
Profile Image for Hamidah Effendi.
717 reviews12 followers
May 8, 2026
Ilusi Iskandar oleh A.Filzah

Cerita tentang dua insan yang dipertemukan secara tidak dijangka, kemudian bersama-sama menyelesaikan pelbagai konflik yang timbul dalam kehidupan mereka. Overall, kisah ini lebih berfokus pada konflik keluarga dan usaha mencari siapa sebenarnya yang cuba mencederakan Iskandar.

Unsur misteri dalam cerita ni tak terlalu berat, tapi aku suka cara penulis mengolah scene di ruang mahkamah. Jalan cerita fast pace dan banyak memainkan manipulasi emosi terhadap watak utama. Ada beberapa watak yang memang buat darah naik—terutama disebabkan ketamakan, sikap suka membandingkan anak sendiri dengan kejayaan orang lain, dan perangai watak-watak yang terasa terlalu “perfect”.

Disebabkan jalan cerita bergerak laju, ada beberapa bahagian yang terasa tak dihuraikan dengan mendalam. Ada juga plot yang muncul secara tiba-tiba tanpa buildup yang kuat.

Part Iskandar boleh “merasakan” Maia dalam kesusahan pun aku rasa macam ada sesuatu yang kurang.

Watak arwah ayah Iskandar pula tak begitu terasa elemen misterinya. Pembaca dipaksa oleh watak Mia untuk timbul rasa kecurigaan itu.

Tapi satu benda yang boleh dipastikan—watak Iskandar memang green flag. Jadi jangan risau, dia setia dengan Maia sampai akhir.

Walaupun begitu, cerita ni tetap ringan dan mudah diikuti. Tak memenatkan otak untuk berfikir terlalu dalam, sesuai untuk bacaan santai.

3/5 - Expectation misteri aku tinggi.😣🫣🙏
Profile Image for yanie ⋆˚꩜。.
61 reviews3 followers
May 8, 2026
Kisah ini membuka mata kita kerana ia berlaku dalam kalangan masyarakat dimana dendam dan perasaan iri hati wujud dalam sesiapa sahaja, tidak kiralah yang berkelakuan baik atau buruk.

Ini kisah Aiden Iskandar; seorang pelakon terkenal dan namanya yang sedang melonjak naik. Kehidupan yang amat sempurna buatnya, namun terselit dalam hati Iskandar yang penat dan lelah sebagai anak menyara kehidupan keluarganya. Namun begitu, kehidupan Iskandar berubah apabila dia menerima satu ugutan dan tidak lama kemudian dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan koma.

Iskandar yang terperangkap dalam dunia bawah sedar membawanya kembali peristiwa lama bersama Maia...

Korang rasa siapa Maia pada Iskandar? Kawan? Kekasih lama? Ataupun musuh?

Itu lah sangkaan saya pada mula pembacaaan. Namun pertemuan mereka 6 tahun yang lalu kerana Iskandar pernah selamatkan Maia sewaktu Maia hampir² lemas selepas dirompak. Mereka hanyalah strangers to strangers…

Jasmine Maia hanyalah gadis yang menunggu latihan dalam kamar. Berhasrat tinggi untuk menjadi peguam yang dapat membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Namun kehidupan Maia bukanlah setenang yang saya sangka. Bapanya yang terlalu marah dan tidak berpuas hati kerana anaknya tidak mengikut kehendaknya dengan melanjutkan pelajaran menjadi seorang doktor.

Nasihat saya untuk membaca diluar sana, mohon bawa bersabar bila menyelak muka surat scene keluarga Maia. Rasa geram dan sedih bila bapanya selalu membandingkan Maia dengan sepupunya; Lydia kerana berjaya menjadi doktor. Lydia dan ibunya pula… tipikal keluarga yang ada perasaan bongkak dan sombong. Mereka dahagakan perhatian dengan merendahkan Maia. Mulut mereka yang terlalu jahat dan tak pernah fikirkan perasaan orang disekelilingnya.

Tapi Maia bukanlah gadis yang boleh diludahkan begitu sahaja. Wataknya teguh dan tidak mudah ditundukkan sama seperti impiannya untuk menjadi peguam. Setiap kata sinis daripada Lydia dan ibunya dibalasnya dengan tenang tapi tajam sampai mereka sendiri terkedu. Bahkan, Maia tetap kuat berdepan dengan amarah bapanya dengan sokongan ibunya sendiri.

Pada mulanya, saya beranggapan Iskandar yang koma akan berhubung dengan Maia hanya melalui mimpi atau ilusi, namun sangkaan saya meleset kerana selepas itu Iskandar sedar dari koma. Dan sebaik sahaja dia pulih… Iskandar terus mencari dan berjumpa dengan Maia dan dari situlah dua jiwa dipertemukan kembali untuk membongkar siapakah dalang disebalik ugutan dan insiden kemalangan.

Kalau tadi, saya nasihat untuk bawa bersabar kerana berhadapan keluarga Maia yang langsung tak ada sivik. Kali ini, hati² dalam percayakan satu watak kerana pencarian dalang yang mengancam Iskandar terasa sukar akibat bukti yang terlalu tipis. Perasaan saya, elemen misteri pada mulanya dikaburi dengan pertemuan dan bibit manis Iskandar dan Maia dahulu, jadi penceritaan tiba² terlalu tenang dan santai.

Rupanya penulis pandai menyusun strategi…

Dia buat kita terbuai-buai dengan kata manis Iskandar pada Maia sampai terlupa sebenarnya orang yang Iskandar mencari masih memerhati dan mengorak langkah. Satu demi satu insiden mula memberi reaksi yang membuatkan saya tak senang duduk. Ditambah pula, tekanan jiwa raga manusia seperti Lydia dan bapa Maia atau lebih tepat orang disekelilingnya Maia memang menguji kesabaran saya.

Untuk penamat penceritaan ini agak menarik. Ada yang menjadikan iktibar dan ada juga yang masih meninggi diri dan tidak rasa salah akan dosa yang dilakukan. Turut bangga dengan Maia atas prestasi sebagai peguam. Walaupun ini buku debut penulis, penulisannya yang indah, dialog dan naratif seimbang membuatkan saya tak boleh nak berhenti membaca. Ada sahaja yang ingin saya tahu, cuma keinginan saya ialah untuk tahu lebih lagi kisah ayah kandung Iskandar. Rakaman yang diberikan tidak cukup lengkap, masih ada persoalan dan jawapan yang saya mahu tahu. Dan pengakhiran seorang lagi masih tidak terjawab?

Akhir sekali, terima kasih Manés atas peluang membaca karya terbaru ini. Sebagai sebuah karya sulung, ia merupakan permulaan yang sangat memberangsangkan. Dunia penceritaan, watak-watak, serta ketegangan berjaya mengekalkan minat saya sepanjang pembacaan. Dari segi penambahbaikan, saya harap agar penulis dapat merungkai dan memberikan penjelasan yang lebih jelas berkaitan elemen misteri, khususnya mengenai latar belakang dan motif watak-watak tertentu.
Profile Image for reaa.
16 reviews
May 4, 2026
Kisah berpusat pada Iskandar, yang hidupnya dihantui oleh ‘seseorang’ sehingga suatu hari dia menerima ancaman, yang meragut ketenangannya. Takdir kemudian membawanya ke satu titik gelap apabila Iskandar terlibat dalam kemalangan dan koma. Dari situ, benang-benang rahsia mula terurai. Pertemuan bersama Maia suatu ketika dahulu menjadi turning point yang membawa mereka lebih dekat tanpa sedar. And Maia plays a big role dalam membantu Iskandar merungkai kebenaran di sebalik kejadian yang menimpanya.

What makes this novel truly gripping is its pacing tight, relentless and addictive. Setiap bab seakan memanggil, mendesak aku untuk terus mara ke hadapan. So sepanjang baca memang tak bosan langsung sebab rasa berdebar nak tahu what’s gonna happen next. Banyak persoalan yang buat kita keep turning pages non-stop… know know dah habis baca hehehe. So yahhh memang hooked. The opening itself is strong enough to immediately pull readers in, dan momentum itu berjaya dikekalkan hingga ke penghujung cerita.

At first aku ingatkan scene koma Iskandar akan berlanjutan like 'mimpi', perhaps a dreamlike reality shaped by Iskandar’s coma sebab tajuk dia “Ilusi Iskandar”. Tapi rupanya nope. Plot dia actually well structured, konflik dirungkai slowly and nicely, which makes it even more satisfying.

Watak Maia memang antara highlight dalam buku ni. I love her energy! memang padu naga! cayalah hohoho... tak kasi chance punya untuk orang pijak dia. Ini yang kita mahu!!! Dahlah cantik, bijak pulak tu, memang strong character, savage and badass. HIDUPP MAIAA.

Okay chill… I mean she is so strong sebab mampu bertahan dengan apa yang dia lalui. Dengan bapak dia yang suka sangat merendahkan-rendahkan anaknya and banding-bandingkan dengan orang lain. Stress betul aku dengan pakcik tu.

Not gonna lie, buku ni memang tak bagi aku ruang untuk bernafas dengan tenang. Sepanjang baca, memang banyak kali naik darah. Best! but baran HAHAHAHAHA. Si Lydia, Linda, bapak Maia ehh senang cerita ramailahhh yang annoying... memang buat emosi rollercoaster. Macam nak tenyeh dengan cili ja mulut depa tu sebab menyakitkan hati betul bila buka mulut.

Actually, watak Iskandar dalam ni agak kesian. Terperangkap dalam 'ilusi' dan 'permainan' orang yang dia percaya. Oh my Iskandar… sakit ya jadi Iskandar, semua benda dia tanggung sendiri. Disumbat macam-macam tapi entah mana satu 'kebenarannya'. Hidup pula dibelengu ketakutan dan diburu 'someone' yang asyik teror dia demi keserakahan diri sendiri.

At first, aku ingatkan buku ni just crime thriller, yela penuh intense, adrenalin rush and sakit otak en. Alaaa takkan kasi sendu-sendu begitu... RUPANYA TAK! BUKU NI PUN BUATKAN AKU SENDUU OKEHH!!!. arghhh... bencikkklah begini. Slice of romance dalam ni unexpected but it works so well, enough to balance the heavy plot. Tak over pun, just nice.. tapi masih bikin hati 'pink'. Iskandar ni!!! sweet siakk kau. Comelnyaaa diorang berdua ni. masing-masing saling menjaga and support satu sama lain.

Besides, aku suka cara author portray-kan villains dalam ni. Each character ada 'motif' tersendiri yang buatkan kita berteka-teki... like who is the real mastermind?? Jadi seronoklah meneka-neka siapa pelakunya. Walaupun ada moment kita boleh agak, tapi cara author build suspense tu still buat kita engaged.

Cumanya, I think main villain macam kurang depth sikit, like just slice je jadi tak berapa detail sangat. I need the "master paln" scene gituu yang menunjukkan diorang ni bersubahat. Sedikit penambahan di bahagian ini mungkin akan menjadikan konflik utama lebih kuat, but nevermind, still plot twist dia menjadi.

Overall, I wouldn’t describe this book as particularly heavy, it just... frustrating and absolutely NOT for santai-santai sebab kumat-kamit jugalah mulut ni sembur watak dalam ni hehehehe. But, I really lovee gaya penulisan author ni…smooth and well-crafted, making it easy to stay immersed in the story. In the end, I really enjoy this book. Highly recommended for those yang suka crime thriller with a touch of romance
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Alia Azmi.
45 reviews
August 31, 2026
4.6/5🌟!

Congratulations kak amnie! You did well! First time baca cerita yg ada plot mcam ni. Menarik jujur cakap. I think bnyk dah saya rant haritu (rant saya di bawah sekali), so saya pendekkan sikit review.

At the end of the book, saya faham kenapa tajuk dia Ilusi Iskandar. Ternyata hidup dia penuh dengan ilusi yg orang tanam untuk benefit mereka. Kesian Iskandar...

Okey, klau nak kata plot wise, saya rasa jalan cerita tersusun, just nice.

Saya ingatkan cerita ni focus dekat Iskandar accident je. Tak rupanya. Itu just the beginning. Satu per satu incidents happened and berkait rapat dgn each other. Yes, saya dah boleh agak si dia tu main suspect tapi bila halfway mula lah ragu-ragu. AHAHA end up nya saya betulll! Perempuan kan x pernah salah hihi. Anyway, saya suka sebab semua orang ada closure. Tapi mcam x puas hati sikit sebab nak tau apa jadi dekat main villain tu....

Pastu bagi saya, dalam ni ada banyak jugak simbolik. The lake, moon, pohon beringin. Nak tau apa yg saya maksudkan? Jemputlah baca hihi! Oh by the way, romance dia dlm 40% je kot for me. Which is good! Sebab kita lagi interested dengan the mystery.

------

At first, saya jujur, saya ambik masa sikit nak selesakan diri dengan style penulisan author kita. But slowly and surely, I start to enjoy it. Since gaya penulisan adalah style 'puitis' (my 1st time), rasa macam fun pun ada, like belajar style baru. I like. And since author kita pun someone yg belajar law, kita pun sedikit sebanyak belajar benda baru. Thumbs up! And sekarang tau2 dah smpai page 187. Bila dah sampai sini, mulalah semua orang aku suspect AHAHAH. Di mata ku, semua orang suspicious. Family x family. But so far, I really enjoy it. Plot, bahasa, and the characters.

Characters tu bgi saya dekat sangat dengan reality.

Maia, ada bapak yang asyik duk dengar cakap orang luar smpai x pernah kisah pasal hati puteri tunggal dia. Pastu dapat pulak boss toxic. But that's reality. Sedih. Tapi apa kita mampu buat dalam dunia yang kejam ini... But I'm glad Maia still dikelilingi orang2 yang baik, Puan Fahira, Adleena, Iskandar, Mak Nur, Hassan etc. (harapnya semua baik lah.

Kang ada plot twist pulak). Ini untuk Maia.
Iskandar pulak.. Dia banyak berdiam diri. Banyak sorok and pendam. Famous actor tapi ramai x happy dengan dia. Dengki. Ini pun dunia realiti yang kita hadapi sekarang. Orang x tengok semua effort kau, all the blood, sweat and tears to be where you are now. Apa yg diorng nampak? Kesalahan kau. Dasar hati busuk. Istighfar please.
Profile Image for svgemntp.
1 review
May 11, 2026
📖: Ilusi Iskandar by a.filzah

⚖️ crime thriller
⚖️ romance thriller
⚖️ mystery
⚖️ slow burn romance
⚖️ he fell first and he fell harder

“kadang-kadang orang yang paling kita percaya boleh jadi paling bahaya”

Mengisahkan tentang Aidan Iskandar yang tergelut dengan permainan ilusi selepas berlakunya kemalangan yang tragis terhadap dirinya. Bertemunya Maia dalam hidup Iskandar merungkai segala misteri yang menjadi teka teki dalam hidup Iskandar.

The first thing bila saya baca buku ni reminds me of kdrama While You Were Sleeping sebab dalam buku ni Maia boleh mimpi apa yang akan terjadi pada Iskandar. Disebabkan Iskandar ni pernah selamatkan Maia yang hampir lemas 6 tahun yang lalu jadi Maia terhutang budi dengan Iskandar dengan menolong Iskandar merungkai misteri.

Jasmine Maia pula seorang wanita yang berwatakan strong character. Impiannya adalah untuk menjadi peguam yang ingin menegakkan keadilan tetapi dipandang rendah oleh bapanya sendiri. Saya paling suka watak Maia dalam buku ni ! She’s the baddie yall ! Setiap kali Maia bidas kata kata sinis dari Lydia dan ibunya, mesti saya macam WOOO THAT MY GIRL! tapi tulah bapak si Maia eiii geram betul laaa ek rasa nak cekik jeee, tak payahla sampai nak merendahkan and compare anak sendiri, poor my girl 😭

Buku ni kan memang face paced yaa sebab apa waktu mula mula baca je terus eh apa ni apaaa ni and benda ni buatkan saya tak bosan langsung baca buku ni, setiap kali belek je mesti curious nak tahu what’s next. Haaaa even buku ni genre diaaa thriller tapi ada je romance between Maia and Iskandar, ishhhh saya suka laaa this couple sm, they really complete each other, kalau Maia sedih Iskandar datang comfort, kalau Iskandar sedih Maia pula yang comfortkan Iskandar, ishhh comel laaa kita sukaa.

"I want to be with you through anything and everything. I want be your anchor. Saya nak jadi orang pertama yang awak cari kalau awak sedih. Orang pertama yang awak cari kalau awak gembira. I want to be your person."

Line yang paling saya suka dalam buku ni. Ishhh kita pulak yang blushing.

personal rating : ⭐️⭐️⭐️⭐️.5/5
Congrats kak amnie for your debut novel ! I’m looking forward to your next novel ! 💗
Profile Image for Hani~.
185 reviews4 followers
July 28, 2026
Seperti biasa, saya baca novel secara blind reading. Berdasarkan cover, saya sangka ini thriller psikologi yang ada elemen mistik. Rupanya tersasar 🤭 Apapun, Ilusi Iskandar mengikat saya sejak prolog menerusi gaya penulisan yang cantik dan misteri kemalangan yang menimpa Iskandar.

7 perkara yang saya suka (secara ringkas. Ulasan lebih panjang ada di Threads @hani.zulia_):
🎬 Cinta simple & matang: Hubungan Iskandar dan Maia jujur, direstui keluarga dan adegan romantiknya juga tak berlebihan.
🎬 Konflik keluarga yang realistik: Paparan perasaan dengki sesama ahli keluarga, perbandingan anak-anak dan sikap mengambil kesempatan yang menyakitkan hati tapi logik.
🎬 Realiti tempat kerja: Kontras antara budaya seniority/sikap toksik bos lama Maia dengan suasana kerja di firma barunya yang supportive.
🎬 Watak Maia yang kuat: Tak tunduk pada pembuli (dalam keluarga dan di tempat kerja) serta aktif menyiasat. Kadang rasa dia lebih 'hero' daripada hero 🤭
🎬 Thriller yang just nice: Ada debaran dan persoalan tanpa terasa terlalu berat.
🎬 Penutup yang memuaskan: Semua konflik, motif dan watak diberi penamat yang jelas.
🎬 Kualiti naskhah yang baik: Buku floppy, layout kemas dan tiada typo. Karya debut yang baik!

Susunan elemen misteri, konflik keluarga, dan romance dalam naskhah ini sangat seimbang. Walaupun awal-awal sempat keliru sikit tentang Iskansar yang koma, namun cerita makin mudah diikuti bila dah dapat rentak.

Tahniah penulis dan penerbit!

P.s.: Watak Faris, Rizal dan Dato' Aryan sangat menarik kalau ada perkembangan cerita untuk mereka.
Profile Image for Bella Chu.
48 reviews2 followers
May 1, 2026
Iskandar seorang pelakon dan pewaris Hotel arwah bapanya. Permulaan cerita Iskandar berada dalam keadaan koma kerana kemalangan, di situ dia berjumpa kembali dengan Maia merupakan peguam yang pernah diselamatkan Iskandar 6 tahun lepas.

Saya expect Iskandar akan berada dalam keadaan koma lama dan hanya berhubung dengan Maia melalui mimpi, rupanya tidak. Iskandar koma tak lama, dan di situ Maia mula membantu Iskandar mencari siapa dalang disebalik kemalangan dan ugutan yang sering Iskandar terima.

Dari segi percintaan saya category kan Iskandar dan Maia love at first sight, sebab lepas sedar koma their love story agak cepat. Hence, berlaku masalah communication antara mereka in the middle of the book bila Maia mula mengesyaki siapa yang cuba menjatuhkan Iskandar.

This book is fast-paced and drama dalam keluarga both Maia and Iskandar memang buat kita tak senang duduk. Perasaan geram tu menyebabkan saya baca buku ni within 24 hours hahaha

On thriller side saya suka bila penulis berjaya captured perasaan and instinct seorang wanita bila dalam keadaan fight or flight mode. Setiap wanita tak sama level survival instinct, so bila Maia berada dalam keadaan pada akhir² cerita, memang adrenaline rush untuk saya because I'm in that moment. You know bila kita seorang² dan rasa tak selamat. That little detail, I really appreciate it.

Penulisan pula for me sangat cantik. Tahniah A. Filzah for your debut novel 👏🏻
Profile Image for Syafiqah Najwa.
14 reviews1 follower
July 19, 2026
Buku yang berjaya buat saya 'hook' bermula dengan prolog je 🙌

Jasmine Maia dan Aidan Iskandar dua2 ada family issue. Maia yang dibanding-bandingkan pencapaian hidup dengan sepupu, Iskandar yang macam dipergunakan family untuk kesenangan hidup. Tapi saya suka karakter Maia sebab even dia terluka, dia tak lembik. Dia tahu macam mana nak defend diri dia. Eh mesti la sbb bakal lawyer kan? 🫶 Iskandar pula nampak dia penurut tapi tetap tahu batas2 yang dia tak boleh langgar. Respect!

Sesungguhnya dari awal sampai tengah, ramai yang kena fitnah dengan saya 🥲 Nak tahu sangat siapa punya angkara punca Iskandar koma. Penulis berjaya buat saya nervous sekali 🙂‍↕️ Sampai saya risau sangat dengan kewujudan Maia ni real ke tak.

Tapi dalam keadaan thrill dan nervous tu tetaplah blushing dan tendang angin bila scene Iskandar & Maia ni sweet2. Ihhh dengki! 🤪

Buku ni banyak juga konflik tapi penulis berjaya rungkai semua tanpa buat ending tu mcm rushing. Smooth dan teratur. Puas hati dengan beberapa orang yang jahat, for me balasan dia dapat tu setimpal dengan perangai keji dorang buat.

Overall bacaan yang best! Emosi saya naik turun dan suka part last masa Maia tunjuk sisi dia yang berbeza bila berada dalam kamar mahkamah sebagai peguam yang berdedikasi. Good job penulis! 🧡
1 review
July 15, 2026
First time baca karya author ni tbh not bad penulisannya untuk karya debut. Dia buat kite non stop baca sebab nak tau apa jadi next. Emosi bertukar-tukar ya sepanjang baca, kejap geram kejap marah kejap sengih.

"Hidup ni sebenarnya lebih bahagia kalau kita hidup untuk diri sendiri" - Iskandar

YES!!! Lepas tengok cara bapak Maia layan dia, quotes ni sesuai sangat dengan cerita ni sebab bapak Maia ni sumpah red flag giler tapi nasib baik hujung tu dah insaf. Sebab perangai bapak dia ni buat rasa nak humban buku sebab geram yang amat.

Paling suka sebab si Maia ni bukan jenis lembik. Orang buat apa dia diam? Tidak ya ☝🏻 dia lawan balik ya dengan orang yang cari pasal dengan dia. Sangat slay ya 💅Lagi satu suka cara dia handle semua benda termasuk Is. Ada satu part tu Is marah dia tapi dia still ok and ada dengan Is selalu.. KITE LURVE MAIA !

Seriously nonstop ya baca sebab kita nak tau semua cepat even dari awal boleh agak dah siapa dalang HAHAHA..

Satu je kurang.. i need more scene Maia dengan Is .. tak cukup la manis² dia 🫣 tapi ok la dengan trope romance thriller dia.. balance !
Profile Image for AmiraAm.
7 reviews
July 20, 2026
1st of all kenapa eh aku baru baca novel nie.
2nd of all i is mmg suka vibe2 cerita crime ,mystery dan thiller nie.
Fuh...starter baca je dah dihidangkan dengan percubaan bunuh kpd ml Iskandar.
Dalam mimpi tu lah dia bertemu fl: Maia. Maia yg tolong dia bangkit kan semangat Iskandar untuk bangun daripada koma.

Memula ingat kan Iskandar nie akan koma lama & Maia tu ilusi dia aje. Rupanya...rupanya Maia tu realiti jugak. Habis tu apenya yg Ilusi Iskandar? Tu korang kena baca sendiri ok.

In real life,Maia nie banyak tolong Iskandar untuk cari real culprit yang nak Iskandar mati.

Haaa masa dorang cari culprit nie ,eh semua nama dalam buku saya dh mark ea. Dia lah pelakunya tapi tak sangka lah kan.
Dalam masa yang sama, Maia pun strunggle dgn life dia sendiri. Dengan ayah dia yang red flag sgt,dgn mkck dia yg kepohchi,sepupu yg kuat cemburu. Aku memang geram eh dgn mkck maia nie,nasib baik lah mak dia support dia tau.

Bila baca Ilusi Iskandar nie boleh relate sangat dgn gambar cover depan. Sebab dorang berjumpa kerana bulan dan tasik.
Me love this book very much,,macam nak mintak extra scene tendang angin dekat author lah. 🤭😌
2 reviews
May 8, 2026
Saya suka cerita ini kerana jalan ceritanya yang fast paced dan tidak meleret, malah setiap babak terasa mempunyai peranan tersendiri tanpa dipanjangkan secara berlebihan. Permulaannya sangat strong sehingga membuatkan saya terus ingin membaca. Selain itu, watak-watak dalam cerita ini digambarkan secara realistik dan tidak terlalu sempurna, menjadikan mereka lebih relatable dan dekat dengan pembaca. Gaya penulisan penulis juga sangat baik. Penulis berjaya menerapkan banyak fakta dan informasi penting secara natural tanpa terasa seperti info dump, menjadikan pembacaan lebih lancar dan menarik. Namun begitu, saya agak geram dengan watak Iskandar kerana walaupun Maia sudah mengemukakan bukti yang jelas di depan mata, dia masih enggan menerima kenyataan tersebut. Membuatkan saya naik darah. Apa-apa pun, saya consider Ilusi Iskandar as a good read.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews