Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nirnama #2.5

Nirnama: Hikayat Pengembaraan ke Timur

Rate this book
Kelana Nirnama menuju ke Kerajaan Ming, membawa amanah besar mewakili Kerajaan Semutar Putih. Bersamanya sepohon bunga emas, hadiah Sultan Alauddin buat Maharaja Yongle, sebagai usaha membina hubungan erat bagi mengimbangi ancaman daripada Kerajaan Ayutthaya.

Namun cerah yang disangka berpanjangan, digegarkan badai samudera di tengah pelayaran.

Bahtera Mendam Berahi diserbu Kumpulan Iblis Timur, meninggalkan Nirnama dan anak kapalnya tersadai di pantai Kepulauan Ryukyu. Bunga emas dirampas. Cendana dan Nadim diculik. Lantas kelana yang tenang bertukar menjadi kembara berdarah.

Untuk menebus amanah yang tercemar, menyelamatkan belahan jiwa dan sahabatnya. Nirnama mengharungi tanah asing, memburu musuh yang tidak dikenalinya.

630 pages, Hardcover

First published April 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Hilal Asyraf

68 books876 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (42%)
4 stars
8 (57%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Atiqah Ahmad.
229 reviews2 followers
April 27, 2026
4.5 ⭐

Kisah kali ni lebih intense, dengan konflik yang lebih menguji ketahanan mahupun keimanan. Seperti biasa tuan Hilal bijak mengembangkan plot cerita, baik dari perluasan tempat, juga penambahan watak² yang membawakan peranan masing² dengan jayanya.

Ada ketikanya aku rasa jalan cerita sedikit agak draggy, namun asbab penulisan yang kemas tersusun dan tidak kurang puitis, rasa itu hadir sedetik cuma. Aksi² yang dipersembahkan juga lebih padu dan mengancam, menjemput rasa gerun dan teruja pada waktu yang sama.

Tuan Hilal juga tidak pernah lupa menyelitkan unsur² ilmu, nasihat dan dakwah yang berupaya menambahkan seri serta menaikkan lagi aura seorang Nirnama.

Minus 0.5 ⭐ atas sebab kesalahan ejaan dan nama yang agak berleluasa, sedikit mengganggu ritma pembacaan.
Profile Image for Umi Humairah.
65 reviews2 followers
May 4, 2026
Entah kenapa, siri Nirnama kali ini memberikan aura seram lebih daripada biasa 🥶

Novel ini mengisahkan pengembaraan tiga jejaka yang membuang nama sendiri demi perjuangan yang lebih besar berbanding impian untuk dikenali.

Takdir menemukan Nirnama, Nanashi dan Wu Ming dari tanah berbeza — Melayu, Jepun dan Cina — dalam memburu sekumpulan ahli sihir pemberontak negara. Kalau sebelum ini saya rasa seram dengan sihir Sang Kelembai, rasa itu menjadi kecil apabila dibandingkan dengan sihir mengawal mayat dan binatang jadian dalam buku ini. Gabungan ilmu hitam dengan suasana zombi serta therianthrope memberikan saya pengalaman membaca yang segar dan tidak klise.

Seperti biasa, Hilal Asyraf mengetengahkan eleman Islam dengan begitu padu. Unapologetically, orang kata. Saya sangat sukakan cara penulis yang enggan sama sekali meraikan cara hidup selain Islam (mungkin bagi mengelakkan pengaruh tak baik kepada pembaca yang belum cukup dewasa).

Pun begitu, antara ketiga-tiga individu tanpa nama ini, kisah yang paling memberi kesan kepada saya ialah Nanashi. Dia satu-satunya orang kafir antara mereka. Dari awal pertemuan hingga perpisahan mereka, perkembangan wataknya ditulis dengan sangat baik. Dendam, dilema, dan segala pertikaian yang bersarang tak hilang secara tiba-tiba demi menyedapkan cerita, tapi beransur-ansur pergi dengan kesabaran, keikhlasan dan kesanggupan seorang Nirnama. Sepanjang kembara bersama Nanashi si amarah ini, Nirnama menunjukkan sikap empati yang tinggi. Tak disebutkan sedikit pun tentang sejarah gelapnya untuk dia bandingkan dengan Nanashi dengan harapan orang luar itu menjadikannya sumber inspirasi.

Tak banyak nilai pengorbanan yang dimasukkan dalam cerita kali ini. (Yang sikit tu pun saya dah nangis macam apa 🥲). Nilai paling ketara saya nampak ialah kecekalan watak Cendana. Para tahanan di Gaza terutamanya wanita mula muncul di minda saya. Walaupun tanpa senjata, semangat hasil sangka baik kepada Allah tetap mampu menggerunkan musuh dan menjadikan nafas terakhir takkan sia-sia.

Banyak pengajaran dan penghayatan agama dapat saya belajar dari novel ini. Ayat-ayat pembuka bab juga kedengaran lebih sedap pada saya berbanding novel-novel penulis sebelum ini. Ayat-ayat yang jika diadaptasi kepada animasi atau layar perak, pasti memudahkan penulis skrin babak pembuka cerita hehe. Semoga dipermudahkan urusan adaptasi siri ini, agar lebih ramai mendapat manfaatnya! 🤲
Profile Image for nessilly.
43 reviews1 follower
June 1, 2026
first of all, buku kali ni best masa akhir akhir je tapi waktu awal awal tu buatkan I rasa macam takde eager untuk membaca like “i malas nak ambil tahu apa jadi seterusnya” macam tu

tapi bila nirnama, nanashi, and wu ming berjumpa for the first time, itulah the best part yang I nantikan. not gonna lie nanashi is a short tempered person like kau sabajap bang, libas kau dengan rotan buluh bapak aku ni kang.

wu ming is like that eldest daughter yang ada kepala dia sendiri tapi still masih waras. nanashi tu tak waras sangat so tak kesah. and nirnama macam biasa lah my man... always perfect in any way even his wife got kidnapped but he still sabar sepanjang kelana.

and me? I dah habis baca ni meaning that I dah kena pulang ke uni and back with my clinical routines 😭

so far action dia sangat peak lah like I kena letak buku dulu and tarik nafas. even bukan I yang lawan tapi I semput membaca scene action dia. tambah pula dengan katana and nanashi and wu ming and and all of that handsome gorgeous villains oh my God 😭

tapi kali ni punya action more dramatic and wow. maybe sebab before this hanya keris tapi kali siap ada katana pedang and villains semua lain macam kuasa dia. so sangat wow bila baca and you won't regret!

penyampaian dakwah dalam buku ni mesti sampai. setiap buku mesti ada specific dakwah yang takde dekat buku lain (if you know what I mean) contoh macam cendana and nadim kena tangkap. they literally pun 100% trust to God till the end.

oh yes maybe I je kot rasa buku kalini setiap pembuka hikayat ayat dia terlalu berbunga. kadang macam satu page terlalu berbunga and cantik sampai tak boleh fokus.

oh well nevermind I still enjoy baca.

once again tahniah hilal asyraf kerana nirnama berjaya menempatkan tempat special dalam jiwa saya. it's my comfort book series sampai sekarang. I would give anything to read nirnama series for the first time again.

saya menantikan kelana yang seterusnya. erm... mungkin kita boleh pergi berjumpa dengan sang puteri kirana kita di buku yang seterusnya? HAHAHAHAHAH

tak sabar nak tunggu buku seterusnya!!
Profile Image for Nadhiah Aida.
526 reviews27 followers
May 6, 2026
Rombongan ke tanah China untuk hantar bunga untuk dapatkan perlindungan dari maharaja China tapi dipintas geng jahat. Curi bunga emas dan kidnap bini Tuah, Cendana. Nadim pula terkidnap sekali.

Dalam misi nak selamatkan Cendana, bertembung Nanashi .. kemudian Wu Ming. So bila jumpa ni banyak lah benda berlaku. Nanashi asyik bising pada Tuah sebab banyak berhenti dan hati penuh dengan dendam. Kemudian jumpa lower rank geng jahat ..

Ada banyak unsur nasihat diselitkan dan ada terjemahan ayat juga.

Ada banyak adegan lawan ... Lawan dengan He Tan, Onimura, Yuki dan Mo Yung Hui ....

Sesuai dibaca untuk YA umur 17 tahun sebab ada scene darah, potong kepala dan juga Adults.

Selamat membaca ... Tak reveal nanti terspoiler ...
Displaying 1 - 4 of 4 reviews