Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tragedi 1939

Rate this book
Satu tragedi pada tahun 1939 mengubah takdir.
16 nyawa terkorban dalam satu kebakaran besar di sebuah sekolah Inggeris. Sejak itu tapak sekolah itu dijauhi kecuali oleh beberapa orang yang tetap setia menjaganya.

Apakah rahsia di sebalik kebakaran besar itu?

253 pages, ebook

Published April 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Maria Kajiwa

67 books112 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (50%)
4 stars
1 (12%)
3 stars
3 (37%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for caa.
46 reviews
April 22, 2026
berlatarbelakangkan sebuah bangunan yang mempunyai sejarah gelap, Puan Victoria telah menjadikan bangunan itu sebagai sekolah untuk anak-anak pegawai British. namun, tragedi bermula apabila pada tahun 1939 berlaku kebakaran yang mengorbankan 16 nyawa pelajar, guru, dan pekerja. selepas itu, bangunan tersebut dibina semula dan pernah digunakan pula oleh tentera Jepun yang menjadikannya tempat penyeksaan dan pembunuhan. bayangkan berapa banyak “sejarah” dan kesengsaraan yang terkumpul dalam satu tempat saja.

walaupun dari awal lagi penulis dah bagi hint, tapi saya tetap tak jangka ke mana arah cerita ni akan pergi. malah ia tetap berjaya buat saya terkejut dengan plot twist yang muncul di penghujung cerita.

misalnya, apabila Husin terus menerus tak layan Harriet yang cuba bercakap dengannya serta misteri kehilangan Puan Rose, Mak Kiah, Azizah dan lain-lain. jujur, babak Mak Kiah dan Azizah juga antara yang paling mengejutkan. lagi-lagi bila Embun berulang kali menyebut bahawa semua yang “hilang” itu sebenarnya masih ada di kampung tersebut. benda tu buat saya tertanya-tanya—kalau benar masih ada, bagaimana mereka boleh dikatakan hilang?

dari segi flow, cerita ni sangat smooth dan mudah diikuti. walaupun jalan cerita agak straightforward, penulis bijak bermain dengan elemen teka-teki yang samar-samar namun cukup untuk buat kita terus meneka tanpa rasa pening.

dan walaupun watak dalam cerita ini agak ramai, semuanya masih saling berkait. setiap watak ada fungsi dan peranan masing-masing dalam menggerakkan cerita, jadi tak ada yang terasa tiba-tiba atau tidak perlu.

saya juga suka bagaimana penulis sentiasa selitkan pengajaran dalam karya beliau. walaupun jalan ceritanya santai dan ringan, tetap ada mesej tersirat yang boleh kita ambil.

secara keseluruhan, cerita ini bagi saya satu bacaan yang menarik dengan elemen misteri yang kuat dan plot twist yang tak dijangka. walaupun simple dari segi penyampaian, tapi dia tetap berjaya buat saya tertanya-tanya sampai habis.
Profile Image for Su Zainudi.
186 reviews
May 9, 2026
Sedih jugak ceritanya. Sedih dengan apa yang jadi dengan Harriet. Ingatkan orang lain punya angkara, rupanya orang yang tak disangka-sangka. Bak kata Halijah, lambat laun orang akan tahu juga.

Cuma sedikit tak puas hati dengan apa yang jadi pada Tok Yunus. Tak kan macam tu je 😑. Keseluruhan cerita menarik namun ada certain-certain scene terasa diulang-ulang untuk pemanjangan cerita.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews