Jump to ratings and reviews

Senaskhah Hidup #2

Senandika yang Disunting

Senandika: suara hati paling jujur yang muncul saat dunia memilih diam.

Ji Ah tekad meninggalkan jawatan ketua editor demi ibu yang semakin rapuh dengan memori yang semakin keruh. Dia memilih dunia freelance yang katanya menjanjikan kebebasan masa, namun realitinya menghitamkan percaya.

Raef, peguam hak cipta yang hidupnya diatur dengan klausa dan struktur. Dia adalah lelaki yang percaya semua perempuan mencintai bunga. Sehinggalah dia bertemu Ji Ah yang tidak hidup mengikut jangkaan sesiapa. Lalu menawarkan warna pada senandika si dia.

Dalam bergulat memahami ibu bapa dan bergelut melawan luka lama, mereka mempelajari bahawa hidup tiada draf kedua. Namun, TUHAN memberi izin untuk menyunting pengakhirannya.

536 pages, Paperback

First published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Azzah A.R.

24 books69 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (89%)
4 stars
4 (10%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,356 reviews253 followers
May 19, 2026
My book got torn. Since the replacement will take some time, gigih F pergi pinjam my niece's copy. Nasib baik rumah dekat je.

Girls... this is such a good book. F suka giler baca sebab kisah dia pasal life seorang editor yang resign kerja demi jaga mak dia yang dah start ingat² lupa.

What F really love dalam cerita ni is the way Ji Ah communicate with her mentor. F baca pun cam wow... this is what a real mentor looks like. Takda nak sugarcoat benda or cakap manis semata². Her mentor jenis straightforward, tegas and marah bila perlu sebab dia nak Ji Ah belajar properly.

Banyak info menarik F dapat pasal dunia editing. Nak jadi editor ni mulut memang kena jaga ya. You tak boleh sesuka hati complain pasal client dekat outsiders even dalam circle sendiri pun kena careful. Kita tak tahu siapa kenal siapa, siapa family client, siapa jenis tikam belakang.

Ya Allah F baru tahu kalau buku masuk bookstore, publisher/seller memang kena bagi discount sampai 50-60%. Gosshhh banyak giler tu.

Editor pun kena professional all the time. Tak boleh reply message guna shortform atau ayat pasar. Cara bercakap dengan client memang kena proper. Plus, editor ni pun tak lari dari kena scam. Kesian tau! Penat edit manuscript, dah send file... tup² payment tak masuk. Editors, please ambik deposit dulu.

For romance... ada la sikit². Clean romance yea takyah risau budak² muda baca karya ni.

Ji Ah ni jenis cepat triggered bila melibatkan lelaki sebab dia pernah kecewa teruk before this. Honestly, if F jadi dia pun F tinggal je boyfriend useless tu. Pada mata ex dia, perempuan tak perlu belajar tinggi² sebab tugas perempuan cuma jadi pon² girl untuk lelaki.

Raef tried to tackle Ji Ah but Ji Ah ni memang skeptical with men after everything she went through. So she kept giving Raef the cold treatment.

Until one of her clients needed advice about copyright issues. Nak tak nak, Ji Ah had to deal with Raef juga.

F really like this Raef. Penyabar betul! Dah la a lawyer, anak hakim pula tu but he's not arrogant at all. F really love the way he helped Ji Ah handle the case when she got falsely accused. The way he stood by her and helped her through everything... green flag youuu.

Uols please standby tissue. Part pasal mak Ji Ah buat F menangis. She remembers her children in her own way. Dia tak pernah lupa sebenarnya. Cara dia simpan nama dan ingatan tentang anak² dia tu sangat touching.

By the way, tulisan surat dalam cerita ni cantik sangat. Reminds F of arwah nenek F punya handwriting.

Recommended.
Profile Image for Hamidah Effendi.
687 reviews11 followers
June 28, 2026
Sebelum ini, Senaskhah Hidup membawa isu plagiat buku, fitnah, serta kisah tokoh yang menyalahgunakan agama untuk menutup kesalahan sendiri.

Karya kali ini lebih memfokuskan kepada watak Ji Ah, seorang editor yang tinggal bersama ibunya. Menjaga orang tua bukanlah sesuatu yang mudah, dan beban itu menjadi lebih berat apabila adik-beradiknya, terutamanya abang-abangnya, tidak banyak membantu.

Akhirnya, Ji Ah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi editor freelancer. Namun, dunia freelance juga tidak semudah yang disangka—dia turut berdepan dengan penipuan dan cabaran tersendiri. Melalui perjalanan Ji Ah inilah kita dapat melihat lebih dekat dunia penerbitan buku; rupanya, untuk melahirkan sebuah buku bukanlah proses yang mudah.

Unsur romantik turut diselitkan, dan watak Raef digambarkan sebagai “green flag”. Tapi perangai ibu Raef agak merisaukan, nasib baik kisah tak sampai mereka khawin —cukuplah sekadar drama yang ada. 😂

Apa pun, terima kasih kepada penulis kerana berkongsi banyak ilmu tentang dunia penerbitan dan tugas seorang editor. Rupanya bukan sekadar berdepan manuskrip, tetapi juga pelbagai ragam manusia. 🫣

Secara keseluruhan, ini adalah bacaan yang baik—penuh informasi, dengan vibe yang santai tapi main emosi dekat watak utama.
Profile Image for Bella Harun.
23 reviews2 followers
June 14, 2026
Awal 2026 haritu saya ada reviu Senaskhah Hidup dan saya sangat excited sebab novel tu berjaya catat rekod novel paling cepat dibaca sejak menjadi ibu.

Tapi nampak gayanya, novel terbaru Puan Azzah ni laju memotong rekod sedia ada. Saya berjaya habiskan novel ni dalam masa 6 jam.

Saya mula baca waktu petang, start slow. Tapi rupanya makin lama makin tak boleh nak letak. Anak-anak tidur 8pm, tahu-tahu saya tidur pukul 2 PAGI bersama titisan air mata. Yihhh main emosi weh novel ni 😭

Perjalanan hidup seorang editor level atasan yang terpaksa resign demi keluarga, dan mempunyai trauma dalam perhubungan sedikit sebanyak membuatkan emosi saya sangat turun naik. Pertemuan demi pertemuan dengan seorang peguam lelaki yang saya kira agak 'comel' takdir mereka ya. Kalau nak tahu, kena lah baca 😝

Geram, sedih, melankolik dan saspen, entahlah bercampur semua perasaan yang ada. Tapi yang pastinya, watak Muaz ternyata berjaya lagi sekali buat saya mengekek ya! (hint supaya lepas ni penulis buat spin off kisah Muaz pula 😆)

Dan yang paling penting sekali, banyak sangat ilmu baru saya dapat daripada hasil pembacaan kali ini, especially tentang dunia penulisan yang sangat banyak 'drama' ya, termasuk drama di Threads ytjt hihihii

Dah malas nak taip panjang-panjang!
Saya punya personal review, kalau kalian suka novel Senaskhah Hidup, I bet you will love this one tooooo!

Rate : 10000/10 ❤️❤️❤️❤️❤️

Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,030 reviews125 followers
July 19, 2026
Baca sbb mmg best. Learnt a lot of professionalism dlm kerja, apa yg tak patut diceritakan ttg your work to others sebab kita tak tau siapa yg sedang tidur sebantal dgn org yg kita gossip-kan tu.

Belajar byk tips dan selok-belok dunia penerbitan, dan juga hak IP - sangat menarik!

Novel buku nie, korang akan dpt jawapan kepada siapa yang Zara pilih and Joy sgt puas hati with how it was revealed.

Raef mmg green forest habis and I’m glad he did not buta² terima dan follow je apa yg mak dia cakap/fikir ttg perempuan.
Profile Image for Vida Ariff.
203 reviews
June 9, 2026
Selepas Senaskhah Hidup, kemunculan Senandika Yang Disunting ini memang dinanti-nantikan.

SYD ini menyelami hidup Ji Ah, seorang ketua editor yang garang tegas dan berprinsip. Namun, atas sebab kesihatan ibunya yang semakin merosot, Ji Ah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi seorang editor bebas agar mempunyai masa yang lebih fleksibel bersama ibunya.

Ternyata hidup Ji Ah dibelit pelbagai drama; kliennya yang berbagai ragam, konflik keluarga terkait ibunya yang mencengkam jiwa dan Raef pula tiba-tiba mahu mendekati.

Menariknya, naskhah ini menampilkan beberapa cameo daripada naskhah K-Lit yang lain. Setiap kali terjumpa babak cameo, ia sudah tentu mencetuskan rasa keterujaan bagi seorang pembaca tegar K-Lit.

Akhir sekali, tentang kesudahan Fidel, Helmi & Zara?... We need more from Azzah AR!
Profile Image for Amelia Zulkifli.
202 reviews7 followers
June 22, 2026
Taktahu nak mula dari mana. Awak beli atau pinjam, dan baca jelah ok 🤭 best sangatttt suka sangattt. Hahaha nampak macam over kan. Tapi memang itulah apa yang saya rasa.

Puas hati baca. Lengkap setiap aspek. Penuh rencah, rempah, garam, gula, pedas semua. Emosiku menaiki rollercoaster, sekejap geram, sekajap happy dan tersenyum sipu dan sekejapan sedih 🥲😭

Ji Ah seorang ketua editor yang mengambil keputusan untuk 'downshifting' demi menjaga seorang ibu yang tidak sihat. Dalam novel ni, ada :

•dunia seorang editor, dunia buku
•hubungan Ji Ah dengan seorang emak yang tak pandai menunjukkan kasih sayang dan mula lupa
•hubungan adik beradik yang toksik
•hubungan Ji Ah dengan lelaki green flag (seorang peguam IP pula tu) saya belajar banyak tentang hak cipta
•hubungan mentor mentee yang sangat best. Mentor tak sugar coat, straight to the point dalam memberi nasihat
•scene komuniti buku dalam thread
•ada ramai cameo daripada novel Klit yang lain. Bukan satu, bukan dua. Ha berapa ? Baca dan kira sendiri 😆
Profile Image for chaptersofnaz.
18 reviews4 followers
September 6, 2026
Kerjaya yang dia paling cinta dilepaskan demi ibu tercinta. Ji Ah risau tetapi itulah jalan yang terbaik. Maka bermulalah perjalanannya sebagai editor bebas tanpa cengkaman sesiapa. Kedengaran mudah, tetapi bila bergerak sendiri entah kenapa dunia editor itu semakin menakutkan. Ia bukan sekadar mencari salah dan membetulkan kesilapan penulis, malah Ji Ah diheret utk memahami sikap individu itu sendiri.
-
Buku ini memang membuka mata saya bagaimana kerjaya seorang penyunting itu tidak mudah seperti yang disangka, mereka bukan suka-suka menukar sesuatu ayat itu mengikut tekak sendiri. Ada kriteria yang perlu diikuti agar nashkah yang dibentuk senang dihadam oleh tekak pembaca diluar sana.

Dalam masa yang sama, pembaca akan dibawa bersama untuk memahami isi hati
Ji Ah sendiri. Yang “struggle” untuk bergerak walaupun dia mempunyai pengalaman cukup membanggakan. Dia tidak tahu dimana utk bermula, dan dia terlalu mengikut perasaan bila berinteraksi. Sehinggakan terbawa-bawa bila menelaah naskhah orang lain.

Maka, dia belajar utk lebih menerima dan terbuka. Tetapi tidak mudah bila urusan rumah sangat mengkucar kacirkan emosinya. Dua masalah yang besar dia pikul dalam masa yang sama. Jadi siapa yang harus faham dia? kepada siapa dia harus luah?

Lalu muncul Raef yang membawa sedikit sinar dalam kehidupannya.
-
Namun, Ji Ah ini seumpama burung yang menjaga “sarang” nya. Tidak mudah membuka hatinya dengan orang luar sesenang itu. Begitu jugalah layanannya terhadap Raef. Sangat asing sehinggakan soal perasaan jejaka itu tidak langsung dia endahkan.

Akan tetapi dari satu sudut saya faham kenapa Ji Ah berperilaku sebegitu. Dia cuma terlalu penat dan trauma dgn sikap individu yang pernah singgah dan meninggalkan luka terhadap perasaan sayang yg pernah dia hulur.
-
Pasca penceritaan semakin menarik bila
Ji Ah tidak semena diheret dalam isu politik dan masalah rumah tangga walaupun kerjayanya hanya sebagai seorang editor. Barulah saya faham, ilmu bertahun yang ditimba sememangnya tidak kosong. Akan ada mencari untuk meminta pendapat, hanya bergantung pada diri untuk bijak menangani atau menjawab mengikut emosi.
-
Satu ayat yang saya boleh bagi bila selesai membaca karya ini adalah “endless emotion and storytelling”.

Naskhah ini tidak menjanjikan pelangi, tetapi mengajar untuk menghadap realiti yang pahit. Untuk sampai ke titik manis banyak benda yang dikorbankan dan banyak perjuangan yang harus difahami.

Begitulah kehidupan Ji Ah yang cinta akan ibunya tetapi dia tidak tahu cara utk menunjukkan rasa kasih. Dia ingin menjaga kualiti naskhah kadangkala dia lupa menjaga soal emosi sendiri.

Tetapi, pengajaran hidup sebegitu yang membuka mata bagaimana melihat dunia di masa yang akan datang. Mencari kebahagiaan tidak mudah, tetapi dihujung hari nanti pasti rasa senang itu akan ditemui.

Salah satu karya yang sangat mampat dengan ilmu dan berjaya memberikan pelbagai rencah dalam bacaan saya.
18 reviews1 follower
August 27, 2026
SENANDIKA YANG DISUNTING (SYD)

Sebuah Bicara yang Hanya Didengar oleh Hati. Ada judul yang sekadar menjadi nama sebuah buku, tetapi ada juga judul yang seolah-olah menjadi jiwa kepada keseluruhan cerita. SYD bagi saya adalah salah satunya.

Jenuh juga saya memahami maksudnya, tanya encik google, sampai buka Kamus Dewan, akhirnya saya faham 'Senandika' bermaksud bicara dalam hati atau percakapan seseorang dengan dirinya sendiri. Sebuah suara yang mungkin tidak pernah dilafazkan, tetapi terus bergema di dalam jiwa.

Kali ini jiwa Ji Ah jadi pertaruhan dalam naskah ini. Ji Ah bukan watak yang mudah untuk difahami hanya dengan melihat permukaannya. Dia hadir dengan sisi yang kuat, tetapi dalam kekuatan itu tersimpan kerapuhan kelukaan, berhadapan ibu yang hampir nyanyuk tapi belum. Keputusan Ji Ah mendahulukan ibu itu satu yang saya fikir wajar sebagai anak, bukan mudah tapi itulah yang kita lihat dalam SYD.

Berbanding Senaskah Hidup yang lebih memberi penekanan dalam kehidupan penulis, kali ini SYD mengutamakan sisi seorang editor. Tak kurang hebat juga kerjaya editor walau kita hanya lihat namanya tertulis kecil disatu sudut. Kadangkala kita tak tengok pun siapa editor tersebut. Yang kita nampak tajuk,penulis,blurb....

Watak Ji Ah juga mengingatkan saya bahawa kita tidak pernah benar-benar tahu apa yang sedang diperjuangkan oleh seseorang di sebalik diamnya.

Yang menarik tentang SYD pada penilaian saya ialah kekuatannya bukan pada cerita seorang editor dengan client,dengan manuskrip yang memberi impak yang besar, juga bukan pada kreadibiliti seorang profesor, YB, encik peguam yang kita nampak sangat mempengaruhi Ji Ah, tetapi pada perkara perkara kecil yang dekat dengan kehidupan. Perasaan yang pernah kita sembunyikan, persoalan yang pernah kita tanyakan kepada diri sendiri dan kenangan yang mungkin masih tinggal di sudut paling dalam hati.

Dan di sinilah saya melihat kekuatan Senandika. Ia bukan sekadar membawa kita mengikuti kisah keluarga, tetapi mengajak kita mendengar suara-suara kecil yang selama ini mungkin kita abaikan, itulah suara hati sendiri.
Profile Image for sansuriya82.
189 reviews2 followers
August 15, 2026
SENANDIKA YANG DISUNTING — Azzah AR
Personal Rate: ⭐⭐⭐⭐ (4.5/5)

Ada sesetengah novel yang kita baca untuk mencari hiburan, tetapi ada juga novel yang membuat kita berhenti seketika dan memikirkan kembali tentang hidup. Senandika Yang Disunting bagi saya berada dalam kategori kedua.

Kisah Ji Ah yang sanggup meninggalkan jawatan sebagai ketua editor demi menjaga ibunya yang semakin rapuh dengan masalah ingatan terasa dekat dan menyentuh. Keputusannya untuk memilih kehidupan sebagai freelancer pula memperlihatkan bahawa kebebasan yang kita impikan tidak semestinya datang tanpa harga. Ada perkara yang perlu dikorbankan, ada kepercayaan yang diuji dan ada luka lama yang perlu berani dihadapi.

Kemunculan Raef sebagai peguam hak cipta memberikan warna yang berbeza kepada perjalanan Ji Ah. Saya suka bagaimana hubungan mereka tidak terasa seperti sekadar kisah cinta, sebaliknya turut menjadi ruang untuk kedua-duanya memahami keluarga, luka dan sisi kehidupan yang selama ini cuba disembunyikan.

Apa yang paling saya suka ialah permainan tema editing dalam novel ini. Hidup mungkin tidak memberikan kita draf kedua, tetapi masih ada ruang untuk kita memilih bagaimana mahu meneruskan cerita yang tersisa. Ada perkara yang tidak mampu kita ubah, namun cara kita menerima dan menyusun semula kehidupan itu masih berada dalam tangan kita.

Secara keseluruhannya, ini sebuah novel yang menggabungkan family drama, romance, slice of life dan elemen psychological thriller dengan tema yang cukup matang.


Profile Image for Nani Bookarazzi.
19 reviews
June 18, 2026
Blurb

Menjaga seorang ibu yang berpenyakit bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi Ji ah tetap memilih untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaiknya walaupun dia sendiri tidak sempurna. Hidup dalam keluarga Patriarki menjadikan tugasnya sebagai anak perempuan tunggal lebih berat. Mempunyai abang-abang yang mementingkan hidup sendiri dan cuma adiknya yang memahami dirinya tetapi adiknya hidup jauh diperantauan demi menuntut ilmu dan meraih segulung ijazah.


Namun demi ibu yang tersayang, dia sanggup berhenti kerja dan menceburi bidang freelance dengan alasan mahu menjaga ibunya. Ibunya yang sudah mula diserang Alzheimer ringan dan sudah mula membahayakan diri ketika terlupa menutup api dapur hingga hampir menyebabkan kebakaran rumah dan juga terlupa menutup paip hingga banjir rumah mereka.


Akan tetapi bekerja sebagai Freelance bukanlah semudah yang dilihat. Pelbagai ujian datang menimpa. Besar bayarannya besar juga ujian yang mendatang. Discam, ditipu, difitnah dan dihina semuanya dia terpaksa rasa.


Cuma pada ketika dia rasa dia melaluinya sendirian. Datang seorang penyelamat membantu Ji Ah. Raef tidak datang dengan kuda putihnya. Dia tidak datang dengan sejambak bunga untuk memikat hati Ji Ah. Ji Ah bukan wanita tipikal yang menantikan lelaki patriaki. Ji Ah wanita kuat yang mahukan teman seperjalanan bersama dan Raef sedia memutuskan rantaian struktur yang terbina atas dasar kuasa seorang lelaki dalam hidupnya demi mendapatkan kepercayaan Ji Ah.


Akankah Ji Ah memberi peluang kepada Raef setelah pelbagai bantuan diberikan kepada Ji Ah? Lembutkah hati perempuannya setelah semua yang dilakukan Raef?



Review jujur

Ini adalah naskah yang sarat dengan pelbagai topik yang boleh diambil iktibar dari pelbagai sudut. Setiap bab sarat dengan kata-kata hikmah dan nasihat yang boleh kita ambil pengajaran. Nani sangat suka novel ni. Novel ni dah jadi my top reading of this year. Novel ni penuh dengan pelbagai topik yang berkait dengan kisah nyata kehidupan manusia.


Naskah ini agak berat topiknya pada Nani tapi Nani tetap seronok baca terutamanya separuh akhir novel. Nani ambil masa untuk habiskan separuh awal novel selama 7 hari tapi separuh lagi Nani berjaya habiskan cuma dalam masa 2 hari sebab sangat menarik. Kisah Ji Ah di fitnah, Client Ji Ah buat tuntutan cerai dan dia dilabel editor untuk penulis scammer, kisah dia discam dan banyak lagi topik-topik berat.


Novel ni sangat best korang. Tolonglah baca atleast sekali hahaha
Profile Image for nikillas.
50 reviews4 followers
July 23, 2026
Spin-off dan sekuel kepada Senaskah Hidup. (Bukan Senaskah Kematian. Seram eh tajuk plagiat. Pastikan yang betul). Kalau nak baca buku ni tanpa baca SH, pun boleh. Tapi lagi BEST kalau baca SH dulu. Geram bila awal-awal pembacaan dah kacau emosi buku ni. Kesian Ji Ah. Tapi makin terus bacaan, makin kagum dengan Ji Ah sebab perkembangan watak dia.

Persepsi awal aku salah pada Datin Paduka Nourel. Ingat kan perangai tipikal mak datin. Tapi tidak. Sorry datin. I salah sangka dengan you. Harap di maafkan ya Datin. Suka juga perbualan antara Nourel dan Raef. Tapi kan perbualan mereka berdua memang nampak perbualan macam orang-orang kaya.

CAMEO.
BANYAK!! BANYAK BETUL!!

Paling tak tahan, MinKa @karangkrafesque pun ada menyelit di situ ya. Hahaha!

Ending. Relatable.
Profile Image for Lyana.
23 reviews
September 7, 2026
Banyak juga ilmu saya dapat daripada cerita ini!

Menarik sebab kita dibawa masuk ke dalam dunia penerbitan buku - plagiat, hak cipta, undang-undang dan integriti akademik. Juga menyentuh tentang keluarga, pengorbanan, luka lama dan kepercayaan. Ada sedikit elemen psikologi dan percintaan.

Saya simpati pada watak utama Ji Ah yang banyak berkorban - terpaksa melepaskan jawatan ketua editor untuk menjaga ibu yang mengalami demensia.

Sudah tentu hadir Raef - lelaki ‘green flag’ seorang peguam yang menjadi penyelamat untuk Ji Ah. Raef datang tepat waktunya untuk membantu Ji Ah dalam kes undang-undang melibatkan isu plagiat.

Sambil baca cerita - sambil belajar ilmu baru !
Profile Image for Hanie Noor.
7 reviews5 followers
June 9, 2026
Jarang benar saya habis baca buku 521 mukasurat dalam masa kurang daripada 24 jam.

Saya menangis 1 kali je sepanjang membaca cerita ni. Geram banyak kali.

Belajar benda baru - terlalu banyak kali sepanjang membaca.

Buku ini bukan sekadar untuk bercerita cerita Ji Ah, tetapi juga untuk memandaikan sesiapa yang membacanya.
Profile Image for Nad.
472 reviews1 follower
August 5, 2026
4.5
Tak dapat nak bagi full five stars sebab watak Raef tu macam terlampau perfect sangat, lol.
Tapi masih best untuk dibaca sebab now kita tahu pasal kisah hidup seorang editor.
Dan perasaan menjadi the only anak perempuan yang macam (dihargai) tapi tak ditunjukkan dengan jelas. gituu
Profile Image for Nurul Diyanah.
15 reviews
August 10, 2026
This book is extremely thich which makes it a nuisance to read, but I finished it in less than 24 hours because it was that good. I love it!
Displaying 1 - 15 of 15 reviews