Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tarantula

Rate this book
Kampung Nilam Setia yang dulu aman damai, kini telah bertukar menjadi padang jarak, padang terkukur. Mayat bergelimpangan. Binatang ternakan habis mati. Bau darah hamis mengalir di sana sini. Tidak seorang pun yang berani keluar untuk menyelamatkan mereka. Dibiarkan mayat itu dibaham oleh serangga yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Setiap kali waktu malam menjelma, penduduk-penduduk Kampung Nilam Setia akan dihantui perasaan takut. Bahaya berada di mana-mana kalau tersilap langkah. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Semuanya bermula dari Hutan Nilam Setia hingga merebak ke kampung kediaman.Keadaan ini amat merunsingkan Pak Aki, ketua Kampung Nilam Setia. Sudah banyak kejadian buruk berlaku.

Baru-baru ini, empat orang pemuda telah membuat penyelildikan tentang tumbuh-tumbuhan pelik di Hutan Nilam Setia dan sehingga hari ini tidak keluar-keluar. Mak Jenab, bidan Kampung Nilam Setia turut menjadi mangsa. Binatang-binatang ternakan Pak Salleh juga. Malah, Halimah isteri Sidek turut terkorban di subuh hari. Serangga apakah yang menyerang sebenarnya? Hingga tidak meninggalkan kesan. Habis dibahamnya hingga ke tulang. Hmm… apa ya? Adakah disebabkan sumpahan? Ataupun ada benda lain yang kita tidak tahu? Semuanya akan terjawab dalam novel ini.

464 pages, Paperback

First published April 1, 2015

4 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Julie Jasmin

11 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (18%)
4 stars
10 (20%)
3 stars
20 (40%)
2 stars
9 (18%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
February 6, 2023
Kampung Nilam Setia kini huru hara angkara kehadiran haiwan misteri pemakan daging. Bukan sahaja haiwan ternakan malah manusia turut menjadi mangsanya.

Haiwan misteri yang cantik namun sangat berbahaya. Mampu memakan mangsa hingga tinggal tulang belulang sahaja. Bergerak dengan cepat dan senyap dalam kegelapan malam. Menyerupai labah-labah namun bersayap. Menyerang secara berkumpulan.

Cara kematian akibat haiwan misteri ini memang sangat mengerikan. Seolah-olah tiada jalan keluar andai sudah menjadi target buruan mereka. Isi cair seolah-olah disiram asid.

Jalan cerita yang agak menarik dan laju. Tidak meleret ataupun meleweh. Banyak detik-detik yang mendebarkan di dalam naskah ini. Hingga membuatkan SH turut menahan nafas ketika haiwan tersebut menyerang mangsanya. Cepat dan kejam.

Namun penceritaan akan jadi lebih menarik jika sedikit asal usul haiwan itu diceritakan dengan lebih lanjut. Contoh dari mana asalnya. Kenapa yang dulu berwarna kuning namun sekarang bertukar hijau. Kenapa mereka mengganas selepas senyap hampi seabad. Dan apa jadi pada haiwan itu bila tempat tinggalnya dimusnahkan. Sebab tajuk naskah pun Tarantula. Jadi jika diceritakan lebih sedikit tentang haiwan berkenaan akan jadi lebih menarik. Banyak sangat persoalan yang tidak terjawab tentang haiwan ini.

Penamat kepada kisah haiwan tersebut agak tergantung menurut SH. Kalau dapat diperincikan lagi apa yang terjadi kepada haiwan tersebut setelah operasi dilakukan akan lebih memberi impak. Biar jelas apa penamat kepada haiwan ganas tersebut.

Namun naskah ini masih seronok dan mengujakan untuk dibaca. Malah SH sendiri menghabiskan dalam sekejap.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
April 17, 2016
Alahai.. Nak gugur jantung nie bila baca novel Tarantula nie tau.. Jenuhlah awak pun nak lari sama dari makhluk ganas tu.. Rasa macam dalam buku, x senang duduk dibuatnya.. Walaupun tau tu just novel tapi rasa cam dekat dalam novel.. Memang mengerikan cara serangan dia.. Geram pun ada dengan budak berempat tu.. X reti-reti, bila dah ada kejadian pelik lagi dasyat patutnya baliklah.. Ini tidak, deme pula gatal Pergi menyiasat.. Hai la darah muda.. X mau nak dengar cakap orang tua.. Yang Tok Aki tu pun satu.. Dah tau makhluk tu bahaya, bagilah tau orang kampun dan pihak berkuasa.. Bolehlah langkah berjaga-jaga diambil.. Ish geram pula kita..

Memang menjadilah novel nie.. Ohsem gila.. Cuma kalau boleh diperbaiki dari segi asal usul makhluk tu dan juga macam mana boleh muncul semula..
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
October 9, 2016
Cerita bolehlah kira menghiburkan. Cuma satu sahaja kritikan. Sepatutnya ahli penyelidikan tu menkaji sampel tumbuhan di bawah mikroskop. Bukan teleskop (teleskop untuk melihat bintang). Harap lebih berhati-hati untuk karya seterusnya.
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
June 10, 2025
Buku ini ada plot cerita yang menarik cuma jalan cerita sedikit boring.

Boleh dikatakan kewujudan makhluk ini masih misteri dan aku rasa dengan cara letupkan gua itu tak akan selesaikan masalah kerana mustahil makhluk sekecil itu akan mati begitu saja.

Walaupun begitu, aku boleh kata aku enjoy watak Pak Aki dan penduduk kampung. Rasa macam buku ini boleh dikembangkan lagi jalan ceritanya tapi disebabkan kehilangan kawan-kawan zafrizan membuatkan jalan cerita sedikit serabut.

The ending is quite nice.
Author 2 books29 followers
May 23, 2015
maaf, tak mampu nak habiskan. jalan cerita ada tapi "perjalanan" plot agak terabur, bahasa terlalu "skema", dialog kaku, dan banyak sgt perkataan "itu".
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
May 17, 2018
Penulis serious berani and kreatif ambik risiko untuk olah cerita yang totally menceritakan pasal serangga ni. Korang sendiri boleh agak kan serangga apa yang dimaksudkan kalau tengok cover page novel ni. Spider. 🕷 Dengan warna gua yang suram suram warna ungu. Mood nak membaca terus berdesup naik. Cover buku dari Buku Prima tak pernah mengecewakan.

Personally, ika rasa jalan cerita dalam novel ni keseluruhannya menarik. I don't even care if flow cerita tu mcm starting dia a bit perlahan. Tapi lama lama tu, flow cerita mula smooth bila muncul nya serangga warna hijau yang namanya Tarantula. Macam labah labah, cumanya ianya berkepak. Serangga yang buat Kampung Nilam Setia ni huru hara. Sebab ada saja yang jadi mangsa serangga ni.

Novel ni menerapkan elemen suspen, percintaan, kekeluargaan, kemasyarakatan. Bagi ika, satu elemen yang bagus bila digabungkan utk dijadikan cerita. Penulis buat ika rasa mcm dalam cerita ni jugak. Character Pak Aki, 4 sekawan, Andy, Amani & orang kampung lain diolah dengan baik. Cerita yang senang difahami, tak sarat, dan simple. Cuma, ika rasa if boleh tahu dengan lebih pasal asal usul Tarantula ni lagi best.

Kesian dekat watak 4 sekawan tu. Agaknya darah muda macam tu la. Sentiasa curious sampai ke tahap nak menyiasat dan ambik risiko. Benda boleh elak, sendiri cari nahas. Haih. Emo jugak bila ketua kampung banyak berahsia. Cerita direct je kan senang. See, emo dah haha.

🕷

Ter-imagine jugak bila in real life betul betul ada Tarantula ni. Mau berselerak berlari. Huhu. Seram. Sebab dia mcm pemakan daging manusia. Macam kena simbah asid. Dah la bunyi Nyrit nyrit tu mcm nyamuk. Kalau nyamuk takpe, ni labah labah berkepak haha. I kenot.
Overall, ika rasa novel ni just nice and sesuai dibaca untuk orang yang nak kan kelainan. Kalau nak elak baca sesuatu yang seram, novel Tarantula ni memang untuk korang.
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
July 27, 2025
📚Judul: Tarantula
Penulis: Julie Jasmin

Buku Tarantula membawa kisah serangan serangga bercahaya hijau yang muncul pada waktu malam dan mampu meragut nyawa. Plot berfokus di sebuah kampung terpencil dan misteri kehilangan tunang Amani Sofea yang hilang selepas menjalankan tugasan mencari tumbuhan unik di hutan.

🧚‍♀️Apa yang menarik?

Permulaan cerita yang mendebarkan dengan adegan kejar-mengejar dan kehilangan misteri.

Unsur misteri kampung yang buat kita curiga pada semua orang!

Gabungan panik, gore, dan pencarian yang buat aku keep on baca.


🧟Apa yang kurang?

Cerita terasa meleret selepas bahagian pengebumian, terutama dengan dimasukkan elemen perkahwinan dan drama tambahan yang mengganggu momentum seram. Ending macam tak kena.


🫂Paling menyentuh?

Muka surat 88 – adegan yang penuh emosi, jeritan dan kenangan...Terima kasih arwah bapa yang sentiasa menjadi penyokong senyap. Bab ini memberi tamparan emosi yang kuat. Trigger teruk dekat part ni.


👸Keseluruhan:
Seram serangga + panik attack + misteri kehilangan = gabungan yang menarik. Walaupun ada bahagian yang terasa panjang, namun elemen misteri dan emosi peribadi menjadikan ia sebuah naskhah yang tetap berbekas.
39 reviews4 followers
November 3, 2020
Aku rate tinggi sikit kat buku nie kerana keberanian penulis menulis cerita science fiksyen...bila baca mcm aku ade kat situ....kadang2 kita suka tengok filem yg melibatkan serangan serangga atau haiwan terhadap dgn spesies yg pelik....aku rasa ok....dan penulisan yg kreatif
12 reviews
April 25, 2019
Jalan cerita terlalu panjang dan scope terlalu kecil. Cubaan yg baik buat penulis. All the best utk karya2 yang lain
1 review
November 22, 2020
Banyak pengulangan kata lagi lagi bila mangsa dibunuh.. jalan cerita agak hambar
Profile Image for Daisy.
3 reviews18 followers
January 16, 2023
Plot penceritaan kurang pada saya. Tak cukup rasa thriller/seram/mistik. Mungkin boleh tambah lagi elemen menarik. Dialog pun terasa kaku. Semoga penulis dapat bertambah baik lagi untuk karya seterusnya.
8 reviews1 follower
May 6, 2016
Selesai sudah bacaan novel Tarantula.Pada mulanya perjalanan cerita dirasakan agak perlahan tetapi semakin lama semakin teruja pula ingin mengetahui kisah spesis haiwan berwarna hijau yang menyerang penduduk kampung Nilam Setia.Perjalanan cerita juga agak tersusun dan menarik serta mudah hadam.Tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan jalan ceritanya.Terdapat elemen kekeluargaan , semangat setia kawan,cinta dan adegan cemas di dalam novel ini.Lebih menarik lagi sekiranya di bahagian imbas kembali sejarah asal usul haiwan berwarna hijau itu dipanjangkan lagi jalan ceritanya , cerita ini akan jadi lebih padat dan tidak ternampak ruang-ruang yang kosong itu.Apa pun tahniah untuk karya sulung ini , semoga terus berjaya.

Sedikit ringkasan cerita Tarantula.Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang terdiri dari Zafrizan,Morgan,Ikmal dan Afzan yang menjalankan aktiviti mengkaji dan mencari tumbuh-tumbuhan ajaib untuk dijadikan bahan eksperimen mereka.Mereka memilih untuk ke Kampung Nilam setia kerana di situ terdapat hutan simpan tua yang masih mempunyai khazanah-khazanah tumbuhan pelik yang berusia beratus tahun.
Pengembaraan mereka bertukar menjadi malapetaka bagi mereka apabila spesis haiwan hijau yang tidak diketahui asal usulnya mula mengganas dan menyerang seorang demi seorang penduduk kampung.Kesemua mangsa mati dalam keadaan mengerikan iaitu setiap mayat yang dijumpai hanya tinggal rangka dan sisa-sisa isi yang bagaikan melecur disimbah asid.Melihatkan insiden yang menimpa kampung Nilam Setia bagai tiada penyudahnya,Zafrizan dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyiasat dan memburu haiwan itu tanpa mereka sedari ada maut yang sedang menanti mereka.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
March 21, 2016
hampir sebulan saya berkepit dengan buku ini ..

permulaan sedikit bosan ..
pertengahan cerita agak menarik bila ada kes2 serangan
ending nye buat saya rasa "itu saja ?"

semoga suksess untuk karya seterusnya .. insyaallah
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
April 11, 2016
2.8*
so2 jer.. bole la gak layan... more thriller kot..
tapi kalau penulis masukkan banyak sikit fakta saintifik psl mahkluk tu, kenapa tiba2 je mengganas time tu.. n banyak lagi fakta berkaitan mungkin lebih menarik.

apapun, tahniah untuk penulis.
Profile Image for Nurina Feeza.
30 reviews5 followers
August 11, 2016
okeylah, menarik cerita dia.. suka masa tarantula tu muncul, bunyi dia dah menyeramkan!
4 reviews
August 27, 2015
1 novel yg x rugi utk d baca....jln cerita yg mudah d fahami, perasaan takut tu mmg dpt drasai.....seolah2 serangga itu ada d sekeliling kita......apatah lg bl serangga itu menyerang mangsa nya....
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.