Kampung Nilam Setia yang dulu aman damai, kini telah bertukar menjadi padang jarak, padang terkukur. Mayat bergelimpangan. Binatang ternakan habis mati. Bau darah hamis mengalir di sana sini. Tidak seorang pun yang berani keluar untuk menyelamatkan mereka. Dibiarkan mayat itu dibaham oleh serangga yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Setiap kali waktu malam menjelma, penduduk-penduduk Kampung Nilam Setia akan dihantui perasaan takut. Bahaya berada di mana-mana kalau tersilap langkah. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Semuanya bermula dari Hutan Nilam Setia hingga merebak ke kampung kediaman.Keadaan ini amat merunsingkan Pak Aki, ketua Kampung Nilam Setia. Sudah banyak kejadian buruk berlaku.
Baru-baru ini, empat orang pemuda telah membuat penyelildikan tentang tumbuh-tumbuhan pelik di Hutan Nilam Setia dan sehingga hari ini tidak keluar-keluar. Mak Jenab, bidan Kampung Nilam Setia turut menjadi mangsa. Binatang-binatang ternakan Pak Salleh juga. Malah, Halimah isteri Sidek turut terkorban di subuh hari. Serangga apakah yang menyerang sebenarnya? Hingga tidak meninggalkan kesan. Habis dibahamnya hingga ke tulang. Hmm… apa ya? Adakah disebabkan sumpahan? Ataupun ada benda lain yang kita tidak tahu? Semuanya akan terjawab dalam novel ini.
Kampung Nilam Setia kini huru hara angkara kehadiran haiwan misteri pemakan daging. Bukan sahaja haiwan ternakan malah manusia turut menjadi mangsanya.
Haiwan misteri yang cantik namun sangat berbahaya. Mampu memakan mangsa hingga tinggal tulang belulang sahaja. Bergerak dengan cepat dan senyap dalam kegelapan malam. Menyerupai labah-labah namun bersayap. Menyerang secara berkumpulan.
Cara kematian akibat haiwan misteri ini memang sangat mengerikan. Seolah-olah tiada jalan keluar andai sudah menjadi target buruan mereka. Isi cair seolah-olah disiram asid.
Jalan cerita yang agak menarik dan laju. Tidak meleret ataupun meleweh. Banyak detik-detik yang mendebarkan di dalam naskah ini. Hingga membuatkan SH turut menahan nafas ketika haiwan tersebut menyerang mangsanya. Cepat dan kejam.
Namun penceritaan akan jadi lebih menarik jika sedikit asal usul haiwan itu diceritakan dengan lebih lanjut. Contoh dari mana asalnya. Kenapa yang dulu berwarna kuning namun sekarang bertukar hijau. Kenapa mereka mengganas selepas senyap hampi seabad. Dan apa jadi pada haiwan itu bila tempat tinggalnya dimusnahkan. Sebab tajuk naskah pun Tarantula. Jadi jika diceritakan lebih sedikit tentang haiwan berkenaan akan jadi lebih menarik. Banyak sangat persoalan yang tidak terjawab tentang haiwan ini.
Penamat kepada kisah haiwan tersebut agak tergantung menurut SH. Kalau dapat diperincikan lagi apa yang terjadi kepada haiwan tersebut setelah operasi dilakukan akan lebih memberi impak. Biar jelas apa penamat kepada haiwan ganas tersebut.
Namun naskah ini masih seronok dan mengujakan untuk dibaca. Malah SH sendiri menghabiskan dalam sekejap.
The idea is there. Zafrizan bersama 3 orang rakan-rakannya berkunjung ke Hutan Nilam Setia untuk melakukan penyelidikan tentang spesies-spesies tumbuhan. Oleh kerana rindu akan tunangnya, Amani Sofea pula nekad menjejak Zafrizan di Kampung Nilam Setia. Tanpa mereka ketahui, rupanya kampung dan hutan itu menyimpan khazanah yang membahayakan.
Sayang, time line cerita ini agak berterabur bagi saya dan ada part-part yang tidak menyumbang kepada jalan cerita. Juga rasa tu tak sampai dek kerana dialog yang agak tak kena pada situasi seperti ketika Pak Aki dan Pak Busu sedang mencari 4 orang anak muda itu.
Buku ini keluaran 2015. Saya pasti penulis sudah banyak improvement dalam karya-karyanya yang lain. Semoga terus maju jaya Puan Penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Alahai.. Nak gugur jantung nie bila baca novel Tarantula nie tau.. Jenuhlah awak pun nak lari sama dari makhluk ganas tu.. Rasa macam dalam buku, x senang duduk dibuatnya.. Walaupun tau tu just novel tapi rasa cam dekat dalam novel.. Memang mengerikan cara serangan dia.. Geram pun ada dengan budak berempat tu.. X reti-reti, bila dah ada kejadian pelik lagi dasyat patutnya baliklah.. Ini tidak, deme pula gatal Pergi menyiasat.. Hai la darah muda.. X mau nak dengar cakap orang tua.. Yang Tok Aki tu pun satu.. Dah tau makhluk tu bahaya, bagilah tau orang kampun dan pihak berkuasa.. Bolehlah langkah berjaga-jaga diambil.. Ish geram pula kita..
Memang menjadilah novel nie.. Ohsem gila.. Cuma kalau boleh diperbaiki dari segi asal usul makhluk tu dan juga macam mana boleh muncul semula..
Cerita bolehlah kira menghiburkan. Cuma satu sahaja kritikan. Sepatutnya ahli penyelidikan tu menkaji sampel tumbuhan di bawah mikroskop. Bukan teleskop (teleskop untuk melihat bintang). Harap lebih berhati-hati untuk karya seterusnya.
Buku ini ada plot cerita yang menarik cuma jalan cerita sedikit boring.
Boleh dikatakan kewujudan makhluk ini masih misteri dan aku rasa dengan cara letupkan gua itu tak akan selesaikan masalah kerana mustahil makhluk sekecil itu akan mati begitu saja.
Walaupun begitu, aku boleh kata aku enjoy watak Pak Aki dan penduduk kampung. Rasa macam buku ini boleh dikembangkan lagi jalan ceritanya tapi disebabkan kehilangan kawan-kawan zafrizan membuatkan jalan cerita sedikit serabut.
Alhamdulillah saya kini memasuki novel ke-100 yang dibaca untuk cabaran Tahun 2026, semasa tahun lepas saya cuma berjaya membaca sebanyak 11 buah novel sahaja. InsyaAllah tahun ini akan melebihi sasaran yang ditetapkan saya.
Memandangkan saya baru menyertai goodreads ketika itu, alangkah bagusnya jika dari awal saya menyedari kepentingan kewujudan goodreads ini. Dekat sini ramai ulat buku dan pencinta buku sama macam saya di serata dunia, saling berhubung di antara satu sama lain tanpa sempadan.
Ini adalah kali kedua saya membaca naskhah dan satu-satunya novel penuh Julie Jasmin yang dimiliki, saya terlepas beberapa buah karya penulis terutamanya antologi dari syarikat penerbitan sama dan juga yang lain.
Saya menyedari bukannya senang untuk menghasilkan sebuah karya lebih lebih lagi sebuah novel penuh, maka tidak menghairankan jika Puan Penulis mengambil masa yang agak lama demi menyiapkan karya sulung beliau.
Kulit hadapan novel dan tajuknya tidak menyukarkan pembaca untuk mengetahui identiti makhluk itu, malah tidak mengejutkan. Sepatutnya penulis menukar tajuk cerita kepada tajuk lain yang tidak nampak berapa ketara sangat.
Syabas diucapkan kepada penulis kerana berjaya menulis sebuah kisah menarik walaupun asal usul dari mana kedatangan tarantula tidak pernah dijelaskan secara terperinci, namun adakalanya sesebuah misteri kekal menjadi kemisterian dan tidak ada jawapannya.
Mengisahkan sekumpulan pengkaji datang ke Kampung Nilam Setia demi mencari dan mengumpulkan maklumat tumbuh tumbuhan yang pelik untuk dijadik sebuah buku, tanpa menyedari sebuah tragedi berlaku dan meragut nyawa mereka seorang demi seorang.
Kejadian 70 tahun yang pernah berlaku kembali berulang semula di mana Pak Aki antara orang asal penduduk kampung yang pernah melalui peristiwa berdarah, di mana ramai terkorban dan dia mengetahui kewujudan ' makhluk itu ' namun tidak bertindak untuk menghentikan sebelum tragedi berlaku.
Sayangnya ramai nyawa orang luar yang datang ke kampung ini menjadi mangsa terutamanya mereka yang memasuki hutan itu, mula-mula yang menjadi mangsa adalah sekumpulan pemuda.
Kemudian diikuti sekumpulan perempuan dan lelaki yang berkhemah di dalam hutan, cuma yang menjadi mangsa hanyalah seorang namun dia menghilangkan diri tanpa diketahui sesiapa setelah terjatuh dalam lubang misteri.
Liza tidak akan menjadi mangsa makhluk itu jika dia tidak merajuk dengan kekasih hatinya, sudahlah sewaktu semua orang lena beradu boleh pula mereka berdua berasmara dana menikmati keindahan hutan di waktu malam.
Sudahlah mereka berdua bukannya mahram, jika di tempat terbuka sudah tentu akan ditangkap pencegah maksiat kerana berdua-duaan tanpa ikatan sah. Ramai di luar sana terlupa dan terlepas pandang perkara penting ini, janganlah kamu mendekati maksiat dan berdua-duaan kerana akan ada yang ketiga iaitu syaitan.
Puan penulis nampaknya terlupa bahawa yang paling penting bukannya tidak mengikut kesopanan dan tatasusila melayu sebaliknya tidak mengikut ajaran islam yang sebenar, sudahlah mereka semua datang berkhemah bercampur aduk berbeza jantina dan bukannya mahram.
Amani Sofea - Akibat risaukan tunangnya yang sudah lama tidak menghubungi dia, sanggup menipu emak sendiri kononnya ada kursus di Tanah Tinggi Cameron padahal datang ke Kampung Nilam Setia. Nasib baiklah tidak berlaku apa-apa jika tidak ianya balasan dosa akibat membohongi emak.(Jangan meniru perbuatan ini)
Pak Aki - Ketua Kampung yang gagal pada pandangan mata saya, merahsiakan dari semua orang dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa sejak mayat dijumpai di kebun miliknya. Disebabkan ketidakcekapan beliau menyebabkan ramai nyawa melayang bukan sahaja orang luar, malah penduduk kampung juga menjadi mangsa seperti Mak Jenab dan Halimah bahkan haiwan.
Antara saksi yang masih hidup semasa menyaksikan ibunya sendiri menjadi mangsa di hadapan matanya, sepatutnya beliau lebih arif mengenai makhluk ini dan menengah sebelum lebih ramai menjadi mangsanya.
Andy - Anak Pak Aki yang duduk di KL, sudah 4 tahun kematian kekasih hatinya, Iris dan menutup pintu hatinya sehingga terjumpa Amani Sofea yang seiras Iris. Kekecewaan mengetahui dia tunangan orang namun kekal sebagai kawan dan setia di sisi sampailah kematian Zafrizan sebelum terputus khabar selama 2 tahun.
Zafrizan - Kedegilan tidak mendengar cakap emak dan tunangnya, malah akibat pandai pandai mahu menyiasat sendiri menyebabkan dirinya menjadi sedemikian rupa. Adalah lebih baik dia meninggal dunia dari teruskan hidup kerana dirinya tidak akan pulih serta normal macam manusia biasa semula. Akibat menangguhkan tiga kali perkahwinan, inilah kesudahan perhubungan mereka berdua. Kad jemputan kahwin sudah diedarkan.
Sudahlah itu rancangan asal mahu mencari, mengkaji dan mengumpulkan tumbuh tumbuhan pelik demi menghasilkan buku namun berubah menjadi penyiasat. Disebabkan mereka menyibuk dan keinginan yang kuat mahu mengetahui serangga cahaya hijau berkaitan dengan tragedi di kampung itu, menyebabkan mereka pandai pandai meneroka gua misteri itu.
Sebab itulah orang katakan jangan suka pandai pandai dan terlalu menyibuk, sepatutnya mereka melaporkan kepada pihak berkuasa dan bertanyakan sendiri dengan Pak Aki kebenaran sebenar yang disembunyikan dari Kampung Nilam Setia ini. Itu dinamakan menempah maut, akhirnya kesemua mereka mati dalam keadaan sia sia sahaja.
Cuma saya tertanya-tanya watak di dalam bab pertama itu rasanya tidak berkaitan dengan Zafrizan kerana dia sempat melarikan diri sehingga ke jalan raya, namun tidak diceritakan penemuan mayat mengerikan di tepi jalan dan siapakah orang tersebut?
Kemungkinan orang luar macam sekumpulan lelaki, mereka yang datang berkhemah, dua orang lelaki yang datang memancing dan juga empat orang pengkaji tumbuh tumbuhan yang menjadi korban serangga puaka itu.
Penulis boleh menarikkan lagi jalan cerita dengan menceritakan asal usul makhluk itu dan datang dari mana serta bagaimana boleh berada di gua tersebut? Itulah petunjuk utama dan paling penting di dalam cerita ini, namun penulis terlepas pandang dan membiarkan ianya kekal misteri.
Adakah dengan meletupkan gua bersejarah itu menyelesaikan segala masalah yang melanda kampung Nilam Setia? Dijaminkah makhluk itu sudah 100% dimusnahkan dan tidak tertinggal di mana-mana bahagian dalam gua ataupun melarikan diri ke tempat lain?
Mula-mula penulis mengatakan 70 tahun kemudian 60 tahun, selepas itu kononnya ribuan tahun dan berkurun pula. Pening kepala saya dibuatnya, yang mana satu benar? Seolah-olah penulis tidak menyemak manuskrip selepas menyiapkan naskhah ini.
Penulis terlepas pandang bahawa teleskop untuk orang melihat bintang di langit, bukannya melihat tumbuh tumbuhan. Sebetulnya ' mikroskop ' adalah nama peralatan tersebut, adakah penulis tidak membuat kajian terlebih dahulu?
Sepatutnya sebagai seorang penulis, mereka kena membuat kajian dengan mencari maklumat di Internet ataupun bahan bacaan di perpustakaan/kedai buku. Penulis tidak boleh menyampaikan maklumat dan fakta yang salah kepada pembaca.
Penulis menamatkan cerita dengan kisah perhubungan Amani Sofea dan Andy selepas 2 tahun mereka terputus perhubungan, kedua-dua orang yang kekecewaan cinta akibat kekasih hati dan juga tunang meninggal dunia dalam keadaan tragis.
Penulis serious berani and kreatif ambik risiko untuk olah cerita yang totally menceritakan pasal serangga ni. Korang sendiri boleh agak kan serangga apa yang dimaksudkan kalau tengok cover page novel ni. Spider. 🕷 Dengan warna gua yang suram suram warna ungu. Mood nak membaca terus berdesup naik. Cover buku dari Buku Prima tak pernah mengecewakan.
Personally, ika rasa jalan cerita dalam novel ni keseluruhannya menarik. I don't even care if flow cerita tu mcm starting dia a bit perlahan. Tapi lama lama tu, flow cerita mula smooth bila muncul nya serangga warna hijau yang namanya Tarantula. Macam labah labah, cumanya ianya berkepak. Serangga yang buat Kampung Nilam Setia ni huru hara. Sebab ada saja yang jadi mangsa serangga ni.
Novel ni menerapkan elemen suspen, percintaan, kekeluargaan, kemasyarakatan. Bagi ika, satu elemen yang bagus bila digabungkan utk dijadikan cerita. Penulis buat ika rasa mcm dalam cerita ni jugak. Character Pak Aki, 4 sekawan, Andy, Amani & orang kampung lain diolah dengan baik. Cerita yang senang difahami, tak sarat, dan simple. Cuma, ika rasa if boleh tahu dengan lebih pasal asal usul Tarantula ni lagi best.
Kesian dekat watak 4 sekawan tu. Agaknya darah muda macam tu la. Sentiasa curious sampai ke tahap nak menyiasat dan ambik risiko. Benda boleh elak, sendiri cari nahas. Haih. Emo jugak bila ketua kampung banyak berahsia. Cerita direct je kan senang. See, emo dah haha.
🕷
Ter-imagine jugak bila in real life betul betul ada Tarantula ni. Mau berselerak berlari. Huhu. Seram. Sebab dia mcm pemakan daging manusia. Macam kena simbah asid. Dah la bunyi Nyrit nyrit tu mcm nyamuk. Kalau nyamuk takpe, ni labah labah berkepak haha. I kenot. Overall, ika rasa novel ni just nice and sesuai dibaca untuk orang yang nak kan kelainan. Kalau nak elak baca sesuatu yang seram, novel Tarantula ni memang untuk korang.
Tarantula membawa pembaca ke sebuah kampung yang menyimpan misteri lama, hutan yang masih dara dan sebuah gua yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang tidak sepatutnya ditemui manusia.
Saya suka konsep utama novel ini—makhluk misteri yang menyerupai labah-labah, bercahaya dan menjadi ancaman kepada manusia. Unsur seramnya lebih kepada rasa takut terhadap sesuatu yang tidak diketahui, ditambah pula dengan suasana hutan, gua, kehilangan orang dan kejadian-kejadian mengerikan yang berlaku kepada penduduk.
Bahagian serangan makhluk tersebut ada beberapa adegan yang agak mengerikan dan berjaya membuatkan saya membayangkan betapa ngerinya keadaan mangsa. 🕷️ Ada juga misteri dari masa lampau yang perlahan-lahan dikaitkan dengan kejadian yang berlaku pada masa kini.
Cuma, ada beberapa perkara yang sedikit mengganggu pengalaman membaca. Antaranya ialah perangai sesetengah watak yang agak kebudak-budakan walaupun berada dalam situasi berbahaya. Ada ketika saya rasa, “Dah tahu bahaya, kenapa masih nak buat juga?” 😂
Satu lagi ialah penyusunan garis masa. Ada bahagian yang tidak begitu jelas dan membuatkan saya perlu berhenti seketika untuk menentukan sama ada sesuatu kejadian berlaku sebelum atau selepas peristiwa tertentu. Kalau garis masa lebih jelas, pengalaman membaca mungkin akan jadi lebih lancar.
Secara keseluruhan, Tarantula merupakan bacaan yang menarik untuk pembaca yang sukakan horror, misteri, hutan, makhluk pelik dan kisah seram yang berkait dengan kejadian lama.
Konsepnya menarik, ada beberapa bab yang benar-benar mengerikan, cuma penyampaian dan logik sesetengah bahagian masih boleh dikemaskan.
maaf, tak mampu nak habiskan. jalan cerita ada tapi "perjalanan" plot agak terabur, bahasa terlalu "skema", dialog kaku, dan banyak sgt perkataan "itu".
Buku Tarantula membawa kisah serangan serangga bercahaya hijau yang muncul pada waktu malam dan mampu meragut nyawa. Plot berfokus di sebuah kampung terpencil dan misteri kehilangan tunang Amani Sofea yang hilang selepas menjalankan tugasan mencari tumbuhan unik di hutan.
🧚♀️Apa yang menarik?
Permulaan cerita yang mendebarkan dengan adegan kejar-mengejar dan kehilangan misteri.
Unsur misteri kampung yang buat kita curiga pada semua orang!
Gabungan panik, gore, dan pencarian yang buat aku keep on baca.
🧟Apa yang kurang?
Cerita terasa meleret selepas bahagian pengebumian, terutama dengan dimasukkan elemen perkahwinan dan drama tambahan yang mengganggu momentum seram. Ending macam tak kena.
🫂Paling menyentuh?
Muka surat 88 – adegan yang penuh emosi, jeritan dan kenangan...Terima kasih arwah bapa yang sentiasa menjadi penyokong senyap. Bab ini memberi tamparan emosi yang kuat. Trigger teruk dekat part ni.
👸Keseluruhan: Seram serangga + panik attack + misteri kehilangan = gabungan yang menarik. Walaupun ada bahagian yang terasa panjang, namun elemen misteri dan emosi peribadi menjadikan ia sebuah naskhah yang tetap berbekas.
Aku rate tinggi sikit kat buku nie kerana keberanian penulis menulis cerita science fiksyen...bila baca mcm aku ade kat situ....kadang2 kita suka tengok filem yg melibatkan serangan serangga atau haiwan terhadap dgn spesies yg pelik....aku rasa ok....dan penulisan yg kreatif
Plot penceritaan kurang pada saya. Tak cukup rasa thriller/seram/mistik. Mungkin boleh tambah lagi elemen menarik. Dialog pun terasa kaku. Semoga penulis dapat bertambah baik lagi untuk karya seterusnya.
Selesai sudah bacaan novel Tarantula.Pada mulanya perjalanan cerita dirasakan agak perlahan tetapi semakin lama semakin teruja pula ingin mengetahui kisah spesis haiwan berwarna hijau yang menyerang penduduk kampung Nilam Setia.Perjalanan cerita juga agak tersusun dan menarik serta mudah hadam.Tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan jalan ceritanya.Terdapat elemen kekeluargaan , semangat setia kawan,cinta dan adegan cemas di dalam novel ini.Lebih menarik lagi sekiranya di bahagian imbas kembali sejarah asal usul haiwan berwarna hijau itu dipanjangkan lagi jalan ceritanya , cerita ini akan jadi lebih padat dan tidak ternampak ruang-ruang yang kosong itu.Apa pun tahniah untuk karya sulung ini , semoga terus berjaya.
Sedikit ringkasan cerita Tarantula.Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang terdiri dari Zafrizan,Morgan,Ikmal dan Afzan yang menjalankan aktiviti mengkaji dan mencari tumbuh-tumbuhan ajaib untuk dijadikan bahan eksperimen mereka.Mereka memilih untuk ke Kampung Nilam setia kerana di situ terdapat hutan simpan tua yang masih mempunyai khazanah-khazanah tumbuhan pelik yang berusia beratus tahun. Pengembaraan mereka bertukar menjadi malapetaka bagi mereka apabila spesis haiwan hijau yang tidak diketahui asal usulnya mula mengganas dan menyerang seorang demi seorang penduduk kampung.Kesemua mangsa mati dalam keadaan mengerikan iaitu setiap mayat yang dijumpai hanya tinggal rangka dan sisa-sisa isi yang bagaikan melecur disimbah asid.Melihatkan insiden yang menimpa kampung Nilam Setia bagai tiada penyudahnya,Zafrizan dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyiasat dan memburu haiwan itu tanpa mereka sedari ada maut yang sedang menanti mereka.
2.8* so2 jer.. bole la gak layan... more thriller kot.. tapi kalau penulis masukkan banyak sikit fakta saintifik psl mahkluk tu, kenapa tiba2 je mengganas time tu.. n banyak lagi fakta berkaitan mungkin lebih menarik.
1 novel yg x rugi utk d baca....jln cerita yg mudah d fahami, perasaan takut tu mmg dpt drasai.....seolah2 serangga itu ada d sekeliling kita......apatah lg bl serangga itu menyerang mangsa nya....