Jump to ratings and reviews

Bukan 'Taste' Aku!

Irdina dan Zafri, ibarat anjing dan kucing. Pantang bersua muka. Ada sahaja perkara yang mahu ditelagahkan. Makin cuba menjauh, makin ia dekat. Namun, dekat itu tidak mendatangkan apa-apa. Perang tetap perang.

Namun, kuasa ALLAH, siapa yang mampu menghalang. Saat perang terus dilancar, ada satu kejadian yang buat Irdina memberi perspektif baru tentang Zafri. Dan Zafri, mula nampak bahagian putih milik Irdina. Mulut cuba menafikan, tapi hati, sudah saling terpaut. Sehari tidak dilihat bayang orang yang mula bertempat di hati, seharian menjadi sasau.

Zafri terus memasang angan. Irdina akan menjadi suri hatinya. Irdina pula mula mengimpikan. Zafri mahu dijadikan imamnya. Namun, ia semua hanya disimpan dalam hati. Tidak ada siapa antara mereka yang berani menyuarakan. Sehingga satu saat, Irdina mahu ditunangkan. Hati Zafri mula menjadi rawan. Tekad mula dipasang. Irdina hanya miliknya.

Mampukah Zafri mempertahankan Irdina untuk menjadi suri hatinya? Mahukah Irdina ditunangkan dengan orang yang tidak dicintainya? Mampukah hubungan yang pada awalnya bagai anjing dan kucing, menjadi hubungan yang disulami kasih dan sayang?

“Tak sangka, okey juga orangnya. Sanggup nak tolong aku. Selama ni aku ingatkan dia ni berlagak, sombong, tak ada hati perut. Nampaknya, aku kena minta maaflah dengan mamat ni.” – Irdina

“Gila! Dia bukan taste akulah.” – Zafri

448 pages, Paperback

First published April 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Syikin Zainal

17 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (22%)
4 stars
8 (29%)
3 stars
10 (37%)
2 stars
2 (7%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for nrrafitah.
118 reviews4 followers
July 3, 2022
3.5 ⭐

Jalan cerita menarik, cerita boleh layan. Awal-awal tu mmg asyik berdekah ja dengan perangai Dina dan Zafri, asyik bergaduh ja, Zafri yang asyik cakap Dina bukan taste dia, muka berminyak sampai boleh goreng ikan, Dina pulak panggil Zafri perasan handsome padahal janggut macam kambing hahahhaah.Pantang berjumpa ada saja nak cari pasal lepastu setiap kali jumpa mesti Zafri akan ditimpa perkara buruk.

Isu kekeluargaan menjadi salah satu topik utama dalam buku ni, dan cerita ni agak menarik bila nenek dina tu, tahap degil yaaa amat, macam2 benda dia nak cari salah, nasib baik insaf jugak. Konflik dalam buku ni tak terlalu berat. Watak2 lain pun banyak yang menyenangkan kecuali Pak Kasim si tamak haloba. Suka dengan friendship between Dina, Anum, dan Maya/ Zafri dan Zamir/ Dina dan Saiful.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 21, 2015
Weeee.... Walaupun buku nie nipis, konflik dia kaw kaw hah!!!

Syahdu sgt. Especially part motor. Sanggup tue!! Giler luar bese.. Tp balasan dpt ducati yg super ohsem. Weeeee
Profile Image for Ida Barrie.
30 reviews1 follower
February 9, 2025
Tajuk novel ni nampak santai tapi pengisian dia agak berat. Kisah kekeluargaan yg diketengahkan dlm novel ni kritis. Not so sweet2 lovey but just nice.

First I really love the story line. Mula2 slow and light lepastu dia developed. Makin berkembang dan makin berat. Awal kisah perkenalan Zafri dgn Dina mmg lawak. Gaduh2 menci2. Lepastu jadi kawan lepastu tarik tali sikit, pastu mulut kata tak hati kata nak lama2 bunga2 cinta. Comel! Dialog pun sempoi sangat.

Lepastu suka sangat dgn watak Zafri. Awal2 dia mmg lelaki yg kerek. Tapi lepas kejadian dia selamatkan Dina without hesitation tu I was like ok, he’s green. He’s became greener bila dia showed cinta dia bukan melalui kata2 manis tapi he’s man with action. Dia tak putus asa, dia direct jumpa family Dina, dia ikut kata hati, dia protective, and willing to do anything for Dina. Zafri yg straight forward, he’s funny, dia anak yg taat, dia abang yg sporting, dia pkai superbike dia gentleman so lulus sbg real hero. (I jarang bg compliment tau utk watak hero) watak Nenek Maimun pun boleh tahan! Savage! Suka la dgn semua watak and watak tambahan dlm novel ni. Sbb semua ada perkembangan masing-masing. Seimbang.

Next tentang konflik. Konflik dlm novel ni tersusun. Lepas satu konflik muncul diakhiri dgn penyelesaian baru muncul konflik lain. Dia mcm part by part so kita baca pun tak stress. Konflik pun realistik. Mmg wujud la dlm real life kisah2 yg diceritakan dlm novel ni. Fasal tamak, perebutan harta, penipuan harta, kahwin paksa, jejak kasih. Selain konflik yg tersakiti ni, ada nilai2 kasih syg yg ditonjolkan dlm hbgn ibu anak, jiran, sahabat, majikan.

Extra for this novel ni sbb banyak dialog. I suka novel yg byk dialog. For me bila byk dialog tak boring and senang faham. Dialog semua yg penting bukan sekadar add on.

Lastly kalau nak cakap apa yg kurang dlm novel ni mgkin bahagian sweetness between Zafri and Dina tu kena tambah sikit. Sbb Dina ni mcm kurang bagi penghargaan dan perhatian kat Zafri. Kesian Zafri. Tu je la kot but overall baca novel ni it’s a good start for my February reading.

Songs for this novel: Back At One by Brian Mcknight
Profile Image for Syazde.
8 reviews
November 2, 2022
seronok je bacanyaaa. Best!! Pengorbanan hero nak pikat hati heroin memang awww 😍😍😭 sanggup buat apa je. Trope enemy to lovers. Dah sayang baru la nak gelabah. ceh
Profile Image for シティ.
264 reviews
Want to Read
August 9, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Displaying 1 - 5 of 5 reviews