Jump to ratings and reviews
Rate this book

Roh Rumah Sewa

Rate this book
Rafael, seorang guru muda yang ditugaskan di kawasan pedalaman Perak. Papanya lebih suka Rafael bekerja dengannya, tetapi Rafael tetap berdegil mahu bertugas di SK Kampung Pulai Manis yang terpencil terletak sejam perjalanan dari pekan Gerik. Rafael tidak ada pilihan lain, dia terpaksa menyewa sebuah rumah yang mempunyai reka bentuk pelik. Tanpa sedar, Rafael telah membangkitkan makhluk yang telah lama menghuni rumah itu. Makhluk itu telah dipasung selama 150 tahun. Sejak hari pertama Rafael tinggal di situ, pelbagai perkara pelik dan mistik terjadi ke atas dirinya dan penduduk kampung. Misteri dan sejarah mula terungkai satu per satu sehingga melibatkan nyawa!

544 pages, Paperback

First published April 1, 2015

15 people are currently reading
125 people want to read

About the author

Naim Tamdjis

30 books104 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (29%)
4 stars
44 (34%)
3 stars
34 (26%)
2 stars
9 (7%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
1 review
May 18, 2016
I regretted buying this book. I am expecting a good horror story about an old house or something (Thats what the cover actually suggested!) But 8 chapters into the book, the story is actually about the ancient history of Perak. Where's the horror?

Utterly disappointing!

Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
January 29, 2025
Roh Rumah Sewa | Naim Tamdjis

Rafael. Seorang guru muda yang baru posting di pendalaman Perak. Menyewa di sebuah rumah unik yang mempunyai pemilik selamanya. Susah juga nak imagine rupa bentuk.

Ada yang review tak seram pun, lebih banyak pada sejarah. Pada pendapat saya, saya suka plot cerita macam ni. Waktu dia patah balik ke zaman dulu pun tak pening. Faham semuanya.

Tapi tulah ada rasa cerita ni meleret leret.

Minta maaf sangat tapi setiap kali sebut nama rafael mesti teringat “RAFAEL MASUKKKK RAFAELLLL” hahhahahha
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
August 3, 2023
Rafael yang ditugaskan di SK Pulau Manis terpaksa menyewa di sebuah rumah lama di kampung tersebut kerana kengganannya berulang alik sejam dari pekan Gerik. Walaupun bentuk rumah tersebut agak aneh dengan menaranya, namun Rafael tetap dengan hasratnya untuk menetap di situ. Dan dia mula diganggu mimpi-mimpi aneh tentang Panglima Endai, Buragas dan juga sejarah lama kampung tersebut.

SH merasakan pace penceritaan di beberapa tempat agak laju namun agak perlahan di beberapa bab. Jalan cerita menarik kerana mempunyai pelbagai elemen seperti mistik dan sejarah. Dua elemen ini berjaya diolah dengan menarik di dalam naskah ini. Malah, elemen emosi atau perasaan yang dimasukkan bukan sahaja ketakutan tetapi cukup lengkap untuk menceritakan kisah seorang manusia biasa. Ada unsur kelakar, sedih, seram, dengki, iri hati dan sebagainya sebagai pelengkap naskah ini.

SH rasa kalau penulis memasukkan ilustrasi rumah itu mesti lagi menarik. Sebab sebuah rumah kayu yang bermenara adalah jarang dijumpai atau mungkin tidak pernah dilihat terutamanya anak muda. SH sendiri rasa tertanya-tanya bagaimana rupa bentuk rumah tersebut hingga gigih 'menggoogle' namun tidak menjumpai seperti yang ditulis.

Terdapat banyak babak imbas kembali di dalam naskah ini. Namun babak imbas balik ini tersusun cantik dan tidak tiba-tiba hingga boleh menimbulkan kekeliruan. Kebanyakkannya diawali dengan penceritaan oleh watak tertentu.

Namun pengakhiran cerita ini menimbulkan tanda tanya. Dah rasa macam menonton filem seram yang semua sudah terungkai namun tiba-tiba di hujung cerita ada lagi yang berlaku. Jadi ia menimbulkan tanda tanya apakah yang berlaku. Akan ada sambungan atau terbiar tergantung begitu? Geram pulak dibuatnya.
Profile Image for Siti.
44 reviews1 follower
June 21, 2017
*3.5 stars

saya memang jenis memilih sikit bab-bab genre ni. so bila baca novel genre seram, dalam kepala ni memang dok menunggu je part part seramnya. latar belakang memang best, sinopsis pun sangat menarik, tapi keseluruhan novel ni saya rasakan bosan (untuk novel seram). jika buku ini bukan bergenre seram atau thriller, memang cantik dah, sebab diolagnya kelakar dan memang saya terhibur. tengah saya membaca, saya terlupa yang saya sebenarnya tengah membaca novel seram sebab hantunya langsung tidak muncul hampir 10 bab berturut turut. kisah-kisah sampingan terlalu meleret sampaikan saya dah celaru mana satu kisah sampingan sebenarnya. dan saya juga rasa yang dialog yang digunakan kadang kadang tak masuk akal. maksud saya, mana ada orang berbual dengan cara yang dititipkan penulis.

tapi saya agak puas hati la, sebab ada part yang naik bulu roma, ada part yang sedih. termain jugak la perasaan tu. dan yang paling best sebab ada part part kelakar yang rasanya agak susah nak jumpa kalau dalam novel seram macam ni. so tahniah. thumbs up!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
March 25, 2016
Roh Rumah Sewa...
Seram dan kelakar serta bersejarah...
Memang ohsem sangat bila baca..
Terasa-rasa seperti watak utama la pula..

Karya yang ditampilkan oleh adik Naim Tamdjis ini memang dekat dihati..
Walaupun bukan orang perak, namun Sha kini dah menetap di Perak..
Baru-baru ini pernah sampai ke Gerik..

Latar novel Roh Rumah Sewa ini adalah di Gerik..
Jadi terasa-rasa seolah berada di Gerik..

Seram tuh memang seram.. Tapi dalam masa yang sama mampu membuatkan sha ketawa..
Watak hantu yang diceritakan memang menyeramkan..

Namun aksi watak utama dan watak sampingan juga berjaya menggeletek jiwa untuk ketawa..
Satu kelainan yang sangat bagus..
Seram dan kelakar... Memang 10/10 lah Sha bagi...
Profile Image for Lady Sofea.
40 reviews
August 3, 2015
Alhamdulillah... Da abes bace cite ni. Mk kate dlm seram menggoncang ke tahap termimpi2 tu tak la. Unsur seram ade dlm bp % je tp seronok dan njoy jgk la sb ade nilai2 klakar jgk dlm cte ni. Byk mengisahkan sejarah negeri Perak.. Klau tambah seram skettt je lagi best.. Overall boleh rekomen bg yg nk bace sambil santai2..
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
June 9, 2015
nak kata seram sangat tu tidak , oke je .. saya suke jalan ceritanya ..

dekat kulit belakang tu mmg dah tulis siap2 elemen takut tu cume 40% je .. jadi x payah la nak expect lebih2 ye ... haha

dari mula cikgu rafael pindah ke rumah sewa dia tu , sampai ke sudah saya duk bayangkan cam mana la rupe bentuk rumah tu ... jenuhhh x dapat nk bayangkan .. yang keluar kat layar mata ni , bentuk masjid (langsung x de kene mengene) ...

banyak ilmu dalam cerita ni .. bagus sangat2

part ujung2 apsal sebak je rasa ??? ...

keseluruhannya .. saya suka (^_-)
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
October 13, 2016
Tamat sudah... My comment???
Seram but not that seram.. Boleh tahan lagi... Seram dan ada kalanya kelakar.. Ada sejarah... Cinta sket aje.. Suka sbb ada banyak nilai murni yg diterapkan especially pasal dendam. Suka sbb ada gaya ala2 sunan.. Alahaiiiii rindu plak pada sunan.. Overall tak mengecewakan.. Lain dari yang lain.. Good job to the writer #NaimTamdjis #RohRumahSewa
Profile Image for Suzani.
Author 9 books5 followers
September 3, 2015
untuk yang mencari kelainan, silalah baca Roh Rumah Sewa. Naskhah yang padat dengan eleman sejarah dan pelbagai emosi! Worth buying!
Profile Image for Zharif Farhan Pauzi.
2 reviews5 followers
November 14, 2016
Well.. this is nice book to read. A lot of suspense plot, about friendship, about family and most of all its tell you about history of sultanate and his descendant.
Profile Image for Bobo.
70 reviews1 follower
May 13, 2019
Seram dia agak kurang. Umpama menonton cerekarama. Bab sejarah Pasir Salak aku puji.
Profile Image for Arina Mohmad.
13 reviews
Read
July 16, 2017
ROH RUMAH SEWA oleh Naim Tamdjis..

Semuanya bermula apabila Rafael berpindah masuk ke sebuah rumah di Kampung Pulau Manis. Rumah di mana Panglima Endai dan Buragas dipasung. Rafael dikatakan tuan baru mereka. Datang dalam mimpi pergi tika jaga.. Buku ini disulami juga dengan kisah persahabatan dengan Mail Keding dan juga Osman. Juga kisah percintaan Rafael dengan Cempaka tapi akhirnya berkahwin dengan Shamsidar.

Tu sikit sebanyak sinopsis berkenaan buku ni..tapi dari sudut pembacaan kisah seram buku ni tak sampai. Di hujung bab buku ni lebih terarah pada kisah percintaan Rafael pula. Tajuk Roh Rumah Sewa pula seperti tak sesuai sebab Endai dan Buragas ialah jin. Jadi aku bagi 5/10 untuk buku ni.
1 review
September 16, 2015
Mula-mula tengok judul novel ni ingatkan seram sangat..Bila dah baca...adoiyaii...nak tergelak je dengan watak Mail Keding dan Osman. Elemen seram mungkin hanya 40%.. Hehehe...
Walau bagaimanapun, jalan cerita masih tersusun...perasan juga ada beberapa kali penulis tertukar nama watak.contohnya ustaz zahir tiba-tiba jadi ustaz rafael..Hahaha...
Kesimpulannya..saya mencadangkan rakan-rakan yang tak berapa nak berani nak baca novel seram, boleh cuba baca RRS ni..Kredit kepada penulis Naim Tamjdis...
Profile Image for Aqilah Shah.
7 reviews6 followers
August 22, 2015
Tak seram sangat.. tp best juga.. sebab ada part2 sejarah melayu..cuma x tau sejarah melayu tu betul ke x.. anyway, it is still a good story.. saya suka and x dissapointed sgt.. cuma part lepas bunuh puntianak tu pnjg sgt plak rsenya. haha
1 review
August 14, 2016
totaly.....a very good book.......10/10....................an intersting stories with........funny element and also family setiment..................overall.....a good and excellent................congrate to the WRITER,,........:)
Profile Image for Ejulfaizul.
6 reviews
December 31, 2017
Walaupun tak banyak part seram, tapi syabas kepada penulis. Anda berjaya membuatkan mata saya masuk habuk. Dengan saya2 sekali pulak sekarang yang rasa rindu dengan kpg pulau manis & penduduk kpg nya dlm cerita ni.
Profile Image for Ciknim.
24 reviews
August 3, 2018
Memang berbaloi untuk dibeli dan dibaca . Antara novel kesukaan saya . Suka sangat elemen sejarah yang ada dalam novel ini walaupun saya sendiri pun tak pasti sejarah tu betul ke tidak . Novel ni tak seram mana pun tapi jalan ceritanya sangat menarik . Highly recommended !
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
April 1, 2015
Not bad... macam sejarah-sejarah sikitlah tapi kalau lagi seram kan lebih seronok! Ingatkan klimaks dekat si Cempaka mati sebab dianiaya... rupanya idak ler pulak.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
May 19, 2015
tahap keseraman 4/10 bintang je...kalau tambah lagi unsur2 seram tu mesti lagi best...
Profile Image for Nur Shahida.
17 reviews
October 22, 2017
baru beli dan baru mula baca...baru masuk bab 17, dah rasa tak sabar nak tahu ending..🤔
Profile Image for Kayblack.
34 reviews1 follower
November 12, 2017
good job naim tamdjis.. sy suka jalan cerita roh rumah sewa ni...penuh dengan misteridan sejarah.. novel yang saya baca dgn cepat...terbaik..tak sabar tunggu novel yang lain
Profile Image for Hamidah Effendi.
355 reviews3 followers
July 19, 2025
Ulasan Buku: Roh Rumah Sewa oleh Naim Tamdjis

Kisahnya bermula dengan seorang cikgu yang menyewa sebuah rumah lama di kampung tempat dia bakal mengajar. Seperti biasa, rumah lama tidak pernah sunyi daripada sejarah – dan kisah ini cuba menghidangkan elemen misteri, gangguan, dan mimpi-mimpi aneh yang dialami oleh watak utama, Cikgu Rafael.

Awalnya, saya tertarik dengan premisnya – rumah sewa + gangguan halus = potensi cerita seram yang menarik. Tapi sayangnya, banyak perkara terasa seperti dileret-leret tanpa hala tuju yang jelas. Ingatkan selepas kemunculan buragas, semuanya akan memuncak... rupa-rupanya belum selesai. Masih disumbat dengan pertunangan, kematian, dan rancangan kahwin – semuanya dimasukkan dalam satu kisah yang sepatutnya fokus pada elemen seram.

Seramnya mula hilang bila terlalu banyak plot dimuatkan – terasa seperti overloaded. Dari cerita rumah sewa dan saka, tiba-tiba diselit pula babak lain yang seakan tak menyumbang banyak pada kekuatan utama cerita.

Namun, saya puji elemen kelakar yang diselitkan, terutamanya selepas 'cik Ponti' datang bertandang — memang mencuit hati! 🤣 Tapi itu sahaja yang benar-benar menyerlah dan menghiburkan bagi saya.

Maaf, rating saya rendah sikit kali ni... mungkin saya harapkan naskhah ini lebih fokus dan menggugah rasa takut. Tapi Roh Rumah Sewa lebih terasa seperti misteri bercampur drama ringan, bukan kisah seram yang mencengkam.
Profile Image for Amiratul Afida.
29 reviews3 followers
November 22, 2020
genre seram + sejarah. menarik sangat sebab fiksyen seram blend bersama2 kisah benar sejarah menjadikan karya ini seakan2 real....malah penulis tidak ketinggalan menerapkan pengetahuan dan cabang ilmu lain yang menjadikan elemen nilai tambah pada karya ini...selain itu, watak antagonis dalam karya ini tidak jahat hingga langit ketujuh yang kadangkala boleh mengganggu emosi pembaca. penulis juga tidak ketinggalan menyelitkan unsur humor yang pastinya mencuit hati pembaca... jadi pembacaan akan menjadi lebih santai dan menghiburkan.
kesemua ini menjadikan karya ini bukan semata2 kisah hantu seram terkejut2 yang bersifat kosong tanpa sebarang mesej nilai murni...
tiada kesalahan ejaan malah tiada masalah teknikal yang lain dpt dikesan...
tahniah kepada penulis dan keseluruhan team produksi karya ini...
Profile Image for Nur.
45 reviews4 followers
March 17, 2018
Yay!!! Sy sgt sukekan Rafael dalam cerita ni. Tapi dia terlampau perfect. Baru je nk start suke kat Cempaka, tetiba..... Aiseh potong moodla Naim Ni. Hahaha. Ok. Apepe pon good job Naim! Tapi masa baca tadi, saya perasan 2 part yang tersilap nama dalam dialogue. Jalan cerita semua best. Saya bg 5 bintang!
Profile Image for Intan Safinaz.
17 reviews1 follower
June 10, 2019
Sebabkan genre seram maka baca bulan puasa haha...jln cerita menarik lg2 bila roh2 tu dah menjelma..
Profile Image for Siti.
73 reviews1 follower
February 9, 2020
Seram dan meremang bulu..sepuluh atau 20 kali baca pon best ..terbaik . Harap part 2 ada
Profile Image for Ubi.
314 reviews
September 2, 2020
Unsur seram x berapa banyak tp okla sbb still menarik utk dibaca
75 reviews
August 17, 2021
Tak faham kenapa tajuknya ROH..sedangkan saka yang ada dalam rumah sewa tu...
Roh dan saka ni sama ke
Haishhhh
Profile Image for Syahir.
6 reviews
March 20, 2024
Buku novel seram saya yang pertama. Untuk pembaca baru yang mengharapkan genre seram tu tak ada sangat, tapi jalan cerita, pengajaran dan sejarah banyak dituliskan dalam novel ni. Kira okay lah 🙂
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.