INI wasiat yang paling gila dan tidak masuk akal! Itulah yang bermain dalam fikiran Aiman Zafril apabila Nenek Masyitah mahu dia berkahwin dengan Nelydia yang gemuk dan tiada apa-apa keistimewaan. Dia tiada pilihan. Perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, Nenek Masyitah membuat onar lagi. Mahukan cicit! Jika tidak, jangan harap Nenek Masyitah akan memberikan harta.
Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Ah, bingung jadinya! Tetapi lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya.
Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?
“Awak fikir saya mintak dengan TUHAN ke lahir sebagai perempuan gemuk yang tak cantik? Tak! Saya tak mintak, tapi nilah takdir saya. Nilah takdir saya!” – Nelydia
“Harta nenek tu, memang takkan jadi milik Aiman selagi Aiman tak bagi cicit kepada nenek. Nenek nak cicit daripada Neli. Bukan daripada perempuan lain. Ingat tu.” – Shahaikal
“Tak, abang tak bohong. Neli tak hodoh. Cuma Neli gemuk sikit aje daripada anak gajah, yang ni abang jujur. Neli jangan sedih ya.” – Aiman Zafril
i want to say.. teruskan menulis siti nur dhuha. kadang tu nampak tulisan nda seperti kurang matang. but, ia membuatkan sye gelak bergulis. lastly ending die mmg best! 49kg! haha... nampak cam hero pula neli<3
mengecewakan. satu ketika memang bagus....novel pertama and kedua...selepas tu.....penulisannya makin membosankan....tidak matang. nk abiskan bacaan pun x der mood. merugikan
Saya suka part mereka bertemu semula.. masa yg Aiman soal siasat Mely.. akhirnya, Nely mengaku😭 sedih campur gembira time tu... sukaaa sngt part merekaa bertemu semulaaa.. part Aiman olok² lumpuh laaa.. hurmm.. ni part fav kay.. huhuuu.. boleh bygkan betapa bahagia nya merekaa.. betapa bersyukurnya merekaaa..
Yg pling lwk ann.. yg Aiman mrh gilaa sebb Nely tk cam suami dia ngan kembar suami dia.. tk ingt dah nama ape.. tpi Aiman geram smpai kan dia g cekik kawan yg tolong dia🤣🤣
tpi serius sy geram ngan nenek Aiman.. sy pon geram dgn perangai Aiman dan Nelydia, at first.. lepas they fall in love, sy geram dekat perangai Nely jer.. astu lepas Nely comeback after dia keluar rumah,, dah okay dah perangai diaa.. tpi psl perangai nenek Aiman tu memg sy tk suka smpai ke sudah.. hahaha bukan apaa.. geram.. hoho
psstt.. kalau sy jdi Nely la ann.. dah lamaa dah sy nangisss😂 sebb ad suami gituww.. ad suami mcm tkde suami.. semua org duk kutuk kita.. duk body shamming kalau tk sukaa/geli tk pyh kawin. senang.. nenek dia pulk talam dua muka kadg².. hurmm.. (btw, sy tk thu la betul ke tk story yg sy cerita ni.. sebb minggu lepas baca buku ni.. plus baca buku lain lepas hbis bca buku ni.. tkut tercmpur aduk jpp🤣 ni bru nk review buku)
This entire review has been hidden because of spoilers.
saya suka baca novel komedi romantik. hanya orang yang happy go lucky je faham rasanya baca novel komedi romantik.
novel ni mengisahkan tentang Nelydia ( bukan Senrose tau..) kahwin atas pilihan nenek dia. tapi berat dia 120kg. mana rela Aiman Zafril nak buat isteri.
tapi demi warisan harta yang tak mahu dilepaskan, Aiman tak kisah. tapi ada yang tak suka lihat mereka bahagia.
Nelydia terlibat dalam cubaan bunuh oleh keluarga sendiri tapi dia selamat. masa tu lah dia kuruskan badan dan merampas kembali hak dia sebagai isteri dan ibu.
tak logik jugak cepat benar kurusnya dan dah kurus, keluarga sendiri tak kenal. tapi mungkin jugak tak kenal. hmm... tak kisahlah. janji saya puas hati dengan ending dia.
saya tak pasti novel ji dengan drama tv sebiji ke tidak sebab saya tak tengok drama tu. Apapun, novel ni best.
Assalamualaikum.. Bagi saya cerita ni mmg best.. sebab apa? sebab byk unsur lawak yang dapat menghiburkan si pembaca yang terselit di dalam novel ini.. dan yang paling penting penulis novel ni juga tidak pernah lupa untuk menyelitkan unsur agama.. kadang-kadang tanpa sedar boleh menyebabkan diri si pembaca juga tersedar dari dunia yang hanya sementara ini..
Harap kalau ada yang teringin membaca buku ini.. silakan baca.. sebab jalan ceritanya yang mmg menakjubkan..
Aduii.. tak suka kasi bad reviews.. but the main character, Nelydia tu.. ya ampun.. CRINGE sangat. Buruk rupa, buruk perangai. I was cheering for her to get killed actually. Suka hati nak belasah terajang orang lain just because dia gemok? Tak tahu nak comment apa lagi.. tapi ini novel melayu yang pertama I got very annoyed with the protagonist.
Read 19/2/25. Sehari habis nak dekat 500 muka surat sebab sangat terhibur dengan buku ni.
Cerita genre komedi romantik ni bagi saya dialog dan plot dia sangat menghiburkan dan original. Hampir semua watak dalam cerita ni kelakar, terutama Nenek Aiman.
Saya suka watak Nelydia walaupun gemuk, tetapi Nelydia dia watak yg yakin dengan diri sendiri walaupun suka mengelamun. Kadang - kadang rasa macam baca karakter Nelydia macam cerita diri sendiri. Suka mengelamun, suka makan. Malas masak, nak kawin dengan orang hensem dan kaya. Sifat konsisten Nelydia nakkan kawan sekelas yang kaya dan kacak, akhirnya cinta tu terbalas, walaupun tak sempat kawin. Bagi saya, saya tak mampu jadi macam Nelydia, awal-awal kita dah mengaku kalah kalau tak sekufu.
Bagi saya, apa saya belajar, kena percaya pada diri, rupa bukan segalanya untuk mengejar cinta. Kena kuat dan pandai pertahankan diri macam Nelydia terus lawan dan tumbuk orang yang gelar dia gemuk. Akhir sekali, nikmatilah hidup dan terima hidup seadanya.
Korang dah baca novel isteriku 120 kg?tengok tajuk macam best...tengok penulis lagilah best.siti nur dhuha tu.sapa tak kenal kan.Banyak novelnya yang hits.Tapi untuk novel yang ni MV tak berapa nak best lah.
Sebab bahasa,jalan cerita,watak yang digambarkan dalam novel rata2nya kasar.Maaf ya buat penulisnya.Jalan ceritanya tak hebat.Bukan tak suka..Suka cuma sepanjang MV terganggu dengan penggunaan bahasa..
Sungguh! Terseksa membaca novel yang tulisannya tidak mencerminkan kematangan dalam berkarya. Ini novel ketujuh penulis. Tapi... Entahlah. Maaf buat penulis. Sebagai pembaca, saya kecewa.