Tragedi kematian seorang pengawal keselamatan telah menutup Zoo Everwild, meninggalkan misteri yang masih menghantui. Apabila zoo itu mahu dibuka semula, Miqdad dipanggil untuk memastikan keselamatan.
Namun, kepulangannya membuka kembali luka lama, termasuk hubungan retak dengan bekas isterinya dan kehilangan sahabat baik yang tidak terjawab. Pada masa yang sama, gangguan aneh, kematian haiwan secara ngeri dan kemunculan kabus misteri mula menakutkan semua orang di situ.
Keadaan semakin buruk apabila nyawa mula menjadi taruhan. Miqdad terpaksa menyelami rahsia gelap yang tersembunyi di sebalik zoo itu, yang melibatkan kepercayaan sesat dan dendam lama. Dalam usaha menyelamatkan keadaan, dia sedar bahawa untuk membebaskan “kurungan itu, dia mungkin perlu mempertaruhkan segalanya.
Kurungan Ajal ni seriously mendebarkan. Creepy giler sampai F asyik terbayang² scene dalam cerita. Nak pergi toilet pun siap ajak anak² teman sekali.
F memang jenis penakut bila baca horror tapi yang ni lain macam. Rasa cemas tu tak hilang². Lagi dalam F selami apa yang berlaku di zoo tu... lagi banyak persoalan dan misteri yang muncul. Setiap jawapan yang ditemui seolah² membuka lebih banyak teka-teki.
Ramai dah review novel ni... so F tak nak elaborate terlalu banyak. Cuma secara ringkas, kisah ini berkisar tentang sebuah zoo yang penuh dengan tragedi, kejadian mistik dan kematian yang berlaku silih berganti melibatkan staf serta haiwan² di dalamnya. Semua bermula apabila seorang pengurus memilih jalan mudah demi mempercepatkan proses pembinaan zoo tersebut.
What makes it even better is the suspense. Just when F thought F had figured everything out... the story revealed another layer. Siapa sangka di sebalik semua kejadian tu, ada seseorang yang langsung tak disangka menjadi tali barut kepada segala yang berlaku?
The tension never lets up. Setiap kali F rasa nak bertenang... mesti ada sesuatu yang buat jantung berdegup laju semula. Sampai sekarang pun bila teringat beberapa babak, heartbeat masih rasa laju tau.
If you're looking for a horror novel that is creepy, suspenseful, penuh misteri and keeps you questioning everything until the very end... Kurungan Ajal is definitely worth reading.
Premis cerita yang menarik. Kisah seram dan gangguan tanpa henti di dalam zoo. Awalnya menuntut syarat, lama kelamaan jadi semakin merunsingkan. Banyak kematian dan darah tumpah. Kabus tebal yang membawa kepada kegerunan pada setiap pekerja.
Betul ye cerita ni dari awal sampai ke akhir tak beri kita duduk tenang. Ada saja yang menjelma dan mengganggu fikiran. Banyak tanda tanya tentang kejadian yang menimpa walau tahu punca tapaknya. Seperti ada yang lain dahsyat. Semakin selak, semakin nak tahu siapa yang bermuka muka dan apa dalam kabus tebal tu sebenarnya.
Aman untuk semua pembaca. Saya rasa tahap seramnya masih sesuai untuk yang baru nak mencuba. Tapi nak baca waktu malam tu tetaplah meremang ye. Scene kandang buaya paling favorite. Dengar buaya je da takut. Apatah lagi kalau dijadikan perhatian dalam kisah seram.
Naskhah yang takkan mengecewakan korang. Rasa takut yang boleh buat kita teringat-ingat. Macam nak pergi zoo sekarang ni sebab nak rasa vibe seram tu.😂 Buku yang tebal dan padat! Best!
Kisahnya Zoo Everwild bakal beroperasi semula. Jadi, Datuk Azman minta tolong Miqdad untuk tengok-tengokkan apa yang patut. Zoo yang tapak asalnya hutan belantara... dikatakan banyak hantu. Yang seronoknya buku ni, kita dapat merasai suasana pengurusan sebuah zoo. Peta ada disediakan untuk memudahkan kita menggambarkan kawasan kebun binatang tersebut. Rasanya first time ni baca buku berlatarkan taman haiwan. Kita turut mendengar keriuhan penghuni zoo yang mungkin lapar, stress atau...?
Ada lebih 1200 ekor haiwan daripada 214 spesies dalam 10 buah seksyen yang berbeza. Banyak kan? Meriah.
Aku kagum sangat dengan Miqdad yang berani kejar hantu. Tapi, bersesuaian la dengan kerjaya dia. Macamana nak jadi perunding keselamatan kan kalau penakut. Lulz. Miqdad tak sempat relaks langsung. Lepas satu, satu dugaannya.
10 bab pertama, aku ditimpa beban perasaan, kesiannyaaa Jalal. Sesungguhnya, Zoo Everwild menyimpan pelbagai tragedi 🥺 Tak tenang juga lah aku mengikuti perjalanan kerja Miqdad sepanjang dia menginap di situ 😭
Menjelang bab 50, aku cemas. Cemas campur takut lagi macam aku pulak dalam zoo tu wey 😭😭😭 Tapi kagum dengan semua staf zoo yang terlibat dengan rondaan malam. Semua bekerjasama, berganding bahu, tolong menolong antara satu sama lain, bersepakat dalam rancangan mereka. Kalau aku, takmau wey. Makkk, nak balikkk 😭 Dan malam tu aku rasakan teramat panjang like kenapa tak pagi lagi niii. Aku memang lemah betul la dengan watak orang tua macam Pak Saiful. 😭 Pak Saiful patutnya balik rumah je. Wuwuwu
"Selagi ada urusan yang belum selesai, kita pasti akan bertemu semula"
Seperti biasa, naskhah Maria Kajiwa sememangnya tidak akan menghampakan. Keseluruhannya, 5 ⭐⭐⭐⭐⭐. Terima kasih Meen ajak kite jadi reading buddy. Meen menjadi pemangkin diriku menghabiskan buku ni dengan lajunya because curiosity killed the cat but satisfaction brought it back.
Pro tip: Kalau rasa kena ganggu, jangan terus balik ke rumah. Singgah di mana-mana sampai rasa selamat.
Kurungan Ajal ni mengisahkan tentang Miqdad seorang pegawai keselataman yang dipanggil semula ke tempat kerja lama yang pernah menimbulkan trauma yang besar dalam diri Miqdad. Zoo yang dahulunya pernah beroperasi tetapi ditutup kerana terdapat beberapa kejadian aneh dan mengerikan berlaku sehingga memakan nyawa. Gangguan mistik juga sering terjadi sehingga menyebabkan pekerja takut dan ingin berhenti. Persoalannya, kenapa tempat tersebut banyak memakan nyawa dan apa yang ada di kawasan zoo tersebut? Haa.. nak tahu? Sila baca!
My thoughts 💭 (my opinion)
Pertama sekali, saya cuma nak cakap ya allah bestnya cerita ni!! Cerita ni sangat menarik ya sehingga saya rasa tak boleh letak buku ni, lagi2 bila nak masuk bab2 terakhir. Bila saya cakap nak baca cerita seram, maksud saya cerita yang sebegini hshshshs. Bravo kak MK sebab berjaya buat saya keluar sedikit dari kepompong reading slump saya. Semoga lepas ni saya punya mood membaca mencanak naik dan dapat habiskan tbr yang menimbun di rak bukuku ~ baik tanpa membuang masa lagi, mari kita kupas sedikit tentang karya ini. (btw tahniah untuk buku terbaharu ni kak MK!)
Karya ni adalah salah satu karya yang terbaik saya pernah baca dari kak MK. Elemen seram dan gangguan mistik yang diketengahkan sangat ngam dengan jalan cerita. Gangguan yang berada di kawasan zoo tersebut bagi saya sangat menakutkan dan mengerikan kalau saya sendiri yang berada di tempat kejadian. Penulisan kak MK macam biasa, senang masuk dengan saya. Tak perlu berbunga2 sangat just straight to the point. Penceritaan juga diceritakan secara slow-paced dan diselangi dengan 2 alur masa yang berbeza, iaitu dimasa lalu dan sekarang.
Plot cerita atau idea cerita pula bagi saya sangat menarik untuk tarik perhatian pembaca. Masa mula2 nampak kak MK promot kita memang masukkan dalam wishlist terus sebab plot ceritanya nampak best. Saya tak pernah lagi baca buku seram yang berkaitan zoo, tapi bagi saya kak MK berjaya olah cerita ini dengan baik. Saya berjaga sehingga pukul 1 pagi untuk habiskan pembacaan saya sebab tak boleh letak buku. Maksudnya apa gaiss? Best! Cerita ni juga ada selit sikit romance tapi aku rasa dalam 5% je, yang lain semua seram, mistik dan misteri.
Tapi kenapa 4.5 je rating? Kalau suka bagi lah 5 star terus! Alah, yang 0.5 tu kurang sebab pada permulaan dalam 100 muka surat awal gitu saya rasa agak lambat build up nya dan rasa macam ada certain part meleret sedikit. Lepastu ending dia saya rasa macam cepat sangat habis. But, jangan risau gaiss ceritanya tetap menarik. Kesimpulannya, Kurungan ajal ni sebuah cerita yang sangat bagus dan menarik untuk dibaca. Saya sangat mengrekomendasikan kepada para pencinta buku seram untuk baca.
Jemput datang juga ke reruai Karangkraf dan Karya Bestari di PBAKL 2026.
Dewan Tun Razak 3, Tingkat 3, PWTC Reruai S6-20-A (Karangkraf), Reruai S6-12-A (Karya Bestari) 29 Mei - 7 Jun 2026.
Seperti biasa, buku Kak Maria Kajiwa tak pernahlah tak best. Dan kali ni, pengalaman seram yang dibawa sedikit berbeza. Kita masuk zoo weh!
Zoo Everwild merupakan sebuah zoo yang masih lagi beroperasi untuk kakitangan. Masih wujud lagi haiwan-haiwan di sebalik kandang. Tapi tidak dibuka untuk orang awam.
Atas asbab apa?
Tragedi.
Kemalangan yang pernah berlaku beberapa tahun lalu yang mengorbankan nyawa kakitangannya menyebabkan zoo itu diarahkan untuk ditutup. Datuk Azman, bercadang untuk membuka semula zoo tersebut dengan langkah keselamatan yang mahu ditambah baik.
Maka, dia memanggil Miqdad, perunding keselamatan khas untuk memantau dan memeriksa tahap keselamatan Zoo Everwild. Tapi langkah Miqdad seolah-olah tak disambut baik oleh 'sesuatu' di sana.
Bermacam-macam kejadian misteri, mistik dan kematian berlaku. Satu demi satu. Dan ...
Kenapa mayat dijumpai hilang separuh badan seolah-olah dibaham buaya sedangkan ...
Kolam buaya sudah lama dikosongkan sejak tragedi sebelum ini membuahkan korban?
Fuh, bayangkan Kirah tengah kesat peluh dekat dahi. Macam baru lepas balik meronda kawasan zoo. Naskhah seram ini tebal. Ya, antara novel seram paling tebal Kirah pernah baca. Dah lama tak baca buku seram chunky macam ni. Tapi puas! Rasa seronok sangat pergi ke satu kandang demi satu kandang. Kirah memang suka gila zoo! (Ini iklan) Sebab dari kecil memang abah selalu bawa pi Zoo Johor tu masa kecik. Rasanya mesti dalam sebulan ada pergi sana.
Tapi Zoo Everwild sangat wild ya 😭🤏🏻. Bagi Kirah novel ni punya seram tahap 1/5. Tidak seram bagi Kirah melainkan ada satu scene di bilik sekuriti tu. Tapi buku Kak Maria Kajiwa ni memang selalu buat kita rasa tersedut masuk dalam penceritaan dan merungkai misteri yang melanda. Walaupun dah tahu dan boleh syak siapa yang jahat tu, tapi still plot development menuju ke arah itu membuatkan kita sering salah tuduh.
Signature buku Kak Maria sebenarnya terletak pada elemen misteri dan teka-teki sepanjang pembacaan. Itu kekuatan cerita-cerita Kak Maria yang Kirah perasan, juga diselit dengan elemen-elemen mistik dan seram.
Cerita ni best, tak bosan langsung dan ya. Sangat menyeronokkan!! Urgh, dalam banyak-banyak binatang. Yang paling Kirah suka tengok tak kisah dekat zoo atau dokumentari semestinya buaya!
Jadi, mestilah saya suka cerita yang ada banyak haiwan ni. Argh, rasa macam nak minta sekuel atau cerita pendek Miqdad pulak 🙂↔️
Best dan sangat recommended untuk pencinta cerita misteri dan mistik!
Sebelum saya fikir ulasan panjang. Ulasan pendeknya ialah:
Terima kasih Puan MK untuk Kurungan Ajal. Lama saya tunggu cerita yang setting place nya Zoo. Akhirnya ada untuk saya rekomenkan pada orang lain untuk baca.
Nice plot, nice premise (‘ghosts’ at the zoo) had a bit of plot hole & quickly brushed as the ending, but im not mad,
Might be slow paced for some, but it’s needed, just enjoy the flow and you’ll be blown away! Recommended! Will absolutely checking her other works out!
Cerita ini berkisarkan sebuah zoo, dan sebaik sahaja habis membaca novel ini, terus terlintas di fikiran, zoo mana yang aku nak pergi melawat ni? 🤭
Novel ini berkisarkan Zoo Everwild yang telah ditutup selepas beberapa kejadian misteri melibatkan kematian pekerja zoo dan haiwan dalam keadaan yang mengerikan. Apabila zoo tersebut ingin dibuka semula, Miqdad diberi tugasan sebagai Pegawai Perunding Keselamatan untuk memastikan semuanya selamat sebelum tarikh pembukaan semula.
Apabila tiba di zoo tersebut, Miqdad bukan sahaja berdepan dengan gangguan aneh, kematian manusia dan haiwan yang mengerikan serta kemunculan kabus tebal misteri, malah dia juga terpaksa berhadapan semula dengan luka lama bersama bekas isterinya, Nadia.
Tahap keseraman bagi aku hanya 5 daripada 10. Hihi. Bila aku boleh membaca novel ini pada waktu malam, maksudnya tak seram sangatlah kan. Kurungan Ajal merupakan karya pertama MK yang aku baca walaupun aku ada memiliki Lengloi dan Puja, dan karya ini menjadi titik mula untuk aku baca novel seram MK yang lain.
Aku suka gaya penulisan MK serta plot cerita yang disampaikan. Walaupun ada bahagian yang terasa sedikit perlahan dan meleret, ia masih berjaya membuatkan aku ingin terus membaca untuk mengetahui misteri sebenar yang menghantui zoo tersebut.
Aku suka semua watak protagonis dalam novel ini. Sumpah, aku sangka gangguan aneh yang berlaku itu hanya berpunca daripada patung, tetapi rupanya lebih daripada itu. Bahagian ini memang mengejutkan aku sebab langsung tak terjangka. Sedih pun ada kerana apabila hati manusia sudah dipenuhi dendam dan rasa sakit hati, macam-macam perkara buruk boleh berlaku. Jauhkanlah kita daripada perkara-perkara sebegitu.
Selain itu, aku kan memang suka genre romantik. Jadi, aku memang ship Miqdad dan Nadia. Haha. Kalau boleh memang nak mereka kembali bersama, tetapi luka lama bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan begitu sahaja. Aku suka pengakhiran yang diberikan kepada mereka berdua. Kalau ada jodoh, tak ke mana kan?
Pendek kata, bacalah novel ini. Aku memang rekomen, terutamanya kepada peminat cerita seram. Yang penakut macam aku pun boleh baca sebab tahap seramnya masih boleh diterima 😁
menarik lah sebab wdym ada cerita seram dekat zoo? before ni dengar dekat podcast je and rata-rata novel hantu semuanya berlatarbelakangkan hostel, asrama ataupun hospital. so this one menarik minat saya dan different from others.
zoo lama yang ditutup untuk orang ramai kini start dibuka semula. tapi sebelum dibuka itu mestilah kena check dulu mana ok mana tak ok. keselamatan zoo ok ke tak? yelah orang ramai nak datang kot. tapi masalahnya skrg, zoo ini berhantu 🥲 bukan khabar angin je memang real pun. everytime ada kabus tebal menyelubungi zoo, mesti akan ada yang terkorban.
so datanglah miqdad ini untuk mengawasi keselamatan. asalnya nak pasang cctv je, tapi makin banyak pula kejadian aneh berlaku. yang paling saya suka pasal miqdad ni ahahhaha dia kejar hantu 😭 maybe we can be friends do miqdad. coz i pernah buat juga dulu and it was funny sebab aku tak nampak yet aku kejar something yang tak nyata. hopefully miqdad nak amik saya kerja dengan dia.
did i enjoy it? yes. is it spooky? not really. some parts yes tapi still if u are not horror fans kalau baca ni ok jeeeee
Miqdad, seorang boss di sebuah syarikat sekuriti telah ditawarkan menjadi perunding keselamatan khas di sebuah zoo.
Zoo ni pernah ditutup dan ingin dibuka semula. Tapi ada gangguan di sana yang menyebabkan beberapa nyawa terkorban, dan banyak binatang mati dengan punca yang tidak jelas.
Dalam novel ni ada banyak watak dan tahun berlakunya tidak tersusun. Jadi kita kena peka dengan fakta.
Punca kejadian, adalah dari awal penerokaan hutan. Kesilapan pengurus projek membawa bomoh siam menjadi permulaan kisah seram ni.
Dibina patung buaya dan mempersembahkan darah sebagai bayaran untuk mereka teruskan kerja di situ.
Hadirnya Miqdad kat situ membuatkan drama-drama seram mula berlaku. Lebih tepat, memang suspen.
Nak tahu macamana kisah ni berakhir, jangan lupa baca sendiri. Saya taknak jadi spoiler
Best walaupun cerita seram. Menarik sebab tempat berhantu nya yang jarang kita dengar. Dalam zoo. Dah la saya ni pencinta haiwan ( dibaca ‘kucing) . Ada part yang sedih sebab selain manusia , haiwan-haiwan juga jadi mangsa kekejaman ‘dia’ dan ‘mereka’. Sedikit sebanyak dapat banyak info berkenaan operasi dalam zoo juga. Tahniah kepada penulis yang kita tak dinafikan sangat hebat.
Cerita ini mendebarkan dan penuh misteri. Ia seperti alternate universe of Jurassic Park, cuma versi zoo seram. Bagi Joy, ia tak menakutkan seperti Lengloi kalau ada yang nak tahu seram ke tak. Tapi itu untuk Joy lah sebab Joy jenis berani je baca sampai tengah malam 😂
Maria Kajiwa dah dikenali sebagai seorang novelis prolifik seram Malaysia, jadi Joy selalu beli novel beliau without hesitation.
Seperti biasa, cerita Kurungan Ajal cukup padat dengan pengurusan zoo dan banyak ilmu pengetahuan yang dapat dipelajari tentang sistem sekuriti dan jenis² CCTV. Plot cukup kemas dan teratur, perkembangan watak yang sangat kuat dan suasana suspense tu fuh…
Cuma Joy rasa yang pertembungan dengan antagonis adalah sedikit antiklimaks dan kurang punch 🥊. Walaupun memang tak sangka betul yang si dia jadi begitu.
Walau bagaimanapun, Kurungan Ajal masih sebuah novel yang berkualiti.
Kurungan Ajal benar-benar membuktikan mengapa Maria Kajiwa antara penulis seram tempatan yang sentiasa dinanti-nantikan. Sejak helaian pertama, saya terus diserap masuk ke dalam suasana Zoo Everwild yang sunyi, penuh misteri dan terasa begitu hidup. Penulis bijak membina rasa tidak selesa sedikit demi sedikit sehingga saya sendiri rasa berdebar setiap kali watak utama melangkah ke kawasan zoo.
Apa yang saya paling suka ialah jalan ceritanya yang tidak hanya bergantung pada elemen seram semata-mata. Setiap misteri yang terungkai mempunyai sebab dan kaitan dengan masa silam, menjadikan plot terasa lebih kukuh dan tidak dibuat-buat. Unsur kepercayaan sesat, dendam serta rahsia yang tersembunyi digarap dengan kemas tanpa menghilangkan momentum penceritaan.
Watak Miqdad juga mudah disukai. Dia bukan watak yang terlalu sempurna, tetapi keberanian dan keinginannya untuk mencari kebenaran membuatkan saya terus menyokong setiap tindakannya. Selain itu, penerangan tentang suasana zoo yang gelap, kabus yang menyelubungi kawasan dan kejadian-kejadian aneh berjaya membuatkan imaginasi saya bekerja sepanjang pembacaan.
Bagi peminat novel seram, Kurungan Ajal menawarkan lebih daripada sekadar adegan yang menggerunkan. Novel ini turut menyelitkan mesej tentang akibat ketamakan, penyalahgunaan ilmu serta pentingnya berpegang pada keimanan ketika berhadapan dengan perkara yang di luar batas logik.
Secara keseluruhannya, ini adalah sebuah novel yang sukar diletakkan walaupun seketika. Plotnya kemas, seramnya menjadi, misterinya memancing rasa ingin tahu, dan penamatnya benar-benar memberi kepuasan. Jika anda mencari novel seram tempatan yang mampu membuatkan bulu roma meremang sambil memaksa anda terus menyelak halaman demi halaman, Kurungan Ajal sememangnya pilihan yang sangat berbaloi.
Sebuah projek pembinaan zoo dirancang di kawasan yang kononnya bekas penempatan orang asli, dikelilingi hutan dan bukit-bukau. Namun sejak awal pembinaan lagi, pelbagai kejadian aneh mula berlaku sehingga pekerja sendiri takut untuk terus berada di situ.
Gangguan demi gangguan berlaku tanpa henti. Ada yang dirasuk, ada yang terkorban dan ada juga yang mula percaya kawasan itu sebenarnya “penempatan” sesuatu yang tidak dapat dilihat.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila Miqdad yang ditugaskan menjaga keselamatan mula menyedari semua yang berlaku bukan sekadar gangguan biasa. Dia akhirnya terpaksa mencari bantuan bagi merungkai apa sebenarnya yang tersembunyi di kawasan zoo tersebut.
Novel ni banyak bermain dengan suasana seram dan rasa tidak selesa. Latar zoo waktu malam memang berjaya buat rasa creepy 😭. Penulis juga menyelitkan unsur kepercayaan, dendam dan akibat manusia yang terlalu taksub mengejar sesuatu hingga sanggup melanggar batas agama dan kemanusiaan… akhirnya tenggelam dalam dosa sendiri.
Suka cara misteri disimpan sampai ke penghujung cerita. Bila rahsia sebenar mula terbongkar, memang rasa geram, sedih dan seram sekali 😵💫📚
Percayalah… benda macam ni memang wujud dalam realiti hidup. Sedar atau tidak sahaja.
Buku ni buat I kena reading slump for weeks 🥹 Took me a month to finish it. My review about this book is:
I’ve read a few novels from this author recently, and I perasan plotline dia almost sama. Like, tema dia macam apa yang terjadi pada waktu sekarang ada kaitan dengan apa yang berlaku pada waktu dulu. Macam ada unresolved story from the past, and then character pada waktu sekarang kena solve benda tu. Pengajaran yang cerita nak sampaikan pun rasa macam almost sama.
So it kind of feels like all the books are telling the same story, cuma berbeza latar tempat, karakter, etc.
I rasa chapter dia pun agak draggy. Half of the chapter macam kosong. Like, they keep saying that the place is mysterious, bincang pasal benda tu and so on, tapi macam tak membantu apa-apa pun or give any hint (most of the scenes). For me rasa macam kosong je bila baca. Bila dah dekat hujung buku baru ada rasa thrill.
This is just my personal opinion btw. I think next time kalau nak beli buku lain from this author, I might reconsider dulu and baca review from others too before deciding whether I want to read it or not.
But anyway, I still love pengajaran daripada cerita ni, tentang bahayanya buat perjanjian dengan syaitan and kita perlu redha dengan takdir yang ditentukan.
Kurungan Ajal antara novel yang berjaya membuatkan saya rasa tidak senang duduk sepanjang membaca. Dari awal lagi, suasana gelap dan misterinya sudah terasa, dan semakin banyak rahsia terbongkar, semakin kuat rasa seram yang menyelubungi cerita ini.
Saya suka bagaimana penulis membina ketegangan secara perlahan sebelum melepaskan satu demi satu kejutan yang membuatkan kita tertanya-tanya siapa sebenarnya mangsa dan siapa pula yang sedang menunggu untuk menuntut sesuatu yang belum selesai. Unsur mistik dan seramnya bukan sekadar untuk menakutkan, tetapi menjadi nadi utama yang menggerakkan keseluruhan kisah.
Apa yang paling menarik ialah perasaan terperangkap dalam kitaran yang sukar dilepaskan, seolah-olah setiap watak sedang menunggu ajal mereka sendiri dalam kurungan yang tidak kelihatan. Ada beberapa bab yang benar-benar membuatkan saya meremang bulu roma dan terbayang-bayang walaupun selepas menutup buku.
Bagi peminat novel seram tempatan, Kurungan Ajal menawarkan gabungan misteri, ketegangan dan elemen ghaib yang membuatkan kita terus membaca sehingga ke muka surat terakhir. Sebuah bacaan yang gelap, menyeramkan dan meninggalkan kesan selepas tamat membacanya.
Perjalanan kembali Miqdad ke tempat yang menyimpan kenangan paling buruk dalam hidupnya. Dia kembali bukan sekadar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di zoo, tetapi juga untuk merungkai misteri di sebalik kematian sahabatnya. Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang tersembunyi di sebalik kabus itu? Semua persoalan ini menjadi misteri yang perlu dirungkaikan. 🌫️🦁
Kenapa saya beri 4/5 ⭐: Terlalu banyak iklan dan dialog yang berulang-ulang sehingga terasa seperti sengaja melambatkan pendedahan kepada plot utama.
Aku dah banyak kali rasa berdebar dan suspen... tapi asyik kena tunggu lagi dan lagi. Begitulah mood aku sepanjang membaca buku ini. 😅
Genre: Pemujaan. Suasana zoo yang suram dan misteri benar-benar membantu membina elemen suspen. Gambaran persekitaran serta setiap pergerakan watak buat kita rasa, "Okay... ready... ready..." 🤫😅 Bahagian POV para pekerja pula antara yang paling banyak menaikkan debaran.
Apa pun, karya ini tetap berjaya melepaskan rindu aku terhadap karya MK. ❤️📚
1) MASYALLAH TABARAKALLAH. Buku puan Maria Kajiwa. Sungguh lah bagus!
2) Zoo. Tempat untuk tarikan para pengunjung untuk melihat binatang kesukaan ramai, lebih lebih lagi untuk Kanak Kanak. Namun. Disebalik Zoo berkenaan, tersimpan satu keanehan yang pelbagai.
3) tiada salah untuk tarikan pengunjung..cuma ya lah..niat tidak menghalalkan cara..akhir nya makan diri sendiri..laa haula wala quwatta illahi billah..
4) kepada anda yang minati cerita yang sebegini, this is for anda semua. RECOMMENDED.
wassalam.
( Ingat. Allah Taala tidak pernah tidur, malah ia terjaga, melihat, memerhatikan ataupun sebagai nya, 24/7. Di atas segala kelakuan Dan perbuatan kita, jangan menDua kan Rabb, celaka diri sendiri akhirnya, Wal iya dzubillah )
This is a good book. But, for me a litte depressing sbb gangguan tu melibatkan haiwan di zoo. Kesian dan menyedihkan. Buku ni bukan naik keseramannya cuma lebih kepada meremang dan mendebarkan. But when its come to the animal was killed for complete the ritual😭 sy tak boleh. Sy nangis part harimau dijumpai body part and perut terburai segala isi perut. Part rusa mati tu pun. Sy tak boleh. Congrats penulis, anda berjaya kacau jiwa sy dgn buku ni. But im not going telling or let my daughter read this book in future because she is one of the animals fanatic fans. 4.8 stars for this book. Sincerely, Bookaddict.
It could have been a 4 Star book but it becomes a 3 Star because the author tries to make me "kesian" at the characters - I, literally, felt nothing. In my opinion, this book deserves to be at least a duology simply because it keeps teetering from the past and the present.
The horror is a hit-and-miss. If anything, it made me feel traumatized to even think of the word "zoo" without thinking this book.
It have a unique idea, because when was the last time you heard about a haunted zoo? Never right?