Pengetua kelihatan gelisah ketika dia menyerahkan mikrofon kepada salah seorang pegawai polis.
Lelaki itu melangkah ke hadapan dengan penuh yakin, matanya yang tajam memerhatikan kesemua pelajar di situ. "Kami telah menerima laporan bahawa terdapat seorang pelajar di sekolah ini yang tidak kidal."
Dewan yang tadinya sunyi tiba-tiba menjadi riuh.
"Seperti yang anda semua sedia maklum, sejak Revolusi-K pada tahun 2035, undang-undang telah menetapkan bahawa hanya golongan kidal dibenarkan untuk terus hidup. Mana-mana individu yang didapati tidak kidal akan dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman.”
Syafiq merasakan darahnya membeku, tangan kanan mencengkam kuat pergelangan tangan Ardan yang berdiri di hadapan.
Menarik plot tentang agenda golongan tangan kidal yang cuba mensabotaj golongan bukan kidal. Pembacaan ringan, tidak berat, dengan penceritaan yang kemas serta dialog yang ditulis dengan baik. 👍
Ada unsur konspirasi, kawalan autoritarian, pengembaraan masa (time travel), persahabatan dan kekeluargaan yang menjadikan cerita ini lebih menarik. ⏳🤝👨👩👧👦
Plot dalam buku ini mengingatkan aku kepada realiti dunia sebenar — bagaimana ada pihak yang pada awalnya minoriti bergerak secara tersusun, merancang langkah demi langkah, dan akhirnya kini cuba menguasai pelbagai perkara. Pada akhirnya, terpulang kepada kita sama ada mahu memilih jalan seperti Kyra atau mengikut langkah pasukan Syafiq. 🤔
Ada unsur lgbt dalam buku ni.
Tahniah kepada penulis kerana terus bertahan dan bangkit semula untuk menghasilkan karya ini. 💪✨
Terima kasih juga kepada Fixi atas penerbitan buku ini. Setiap kali membaca buku Fixi, antara perkara yang aku paling tak sabar nak tengok ialah bahagian mukadimah atau biodata penulis. Selalu ada pembuka kata yang ringkas, tetapi cukup menghiburkan dan mampu menceriakan hari pembaca. Tapi kali ini sayu sikit membaca bahagian tentang terhasilnya karya ini.🤕📖
2) sgt suka dgn stp explanation mengenai time travel element, the mekanisme, the concept, very well explained, menampakkan benda itu wujud dan btl btl boleh apply di masa akan depan
3) storyline bagus, how people in past affect future, persahabatan antara syafiq-zaim-ardan-Rionel. Plot kemas dan face paced.
4) cuma saya rasa kisahnya sgt forward. Memandangkan dia guna time travel (past and future) saya expect plotnya byk bermain dgn masa. Like tiba-tiba ke future, tiba ke past, then baru conncet the dot. Tapi plotnya forward ke hadapan sahaja. Jadi sbg pembaca tegar fixi, macam dah boleh agak how this story going and it end exactly like expectation. I think if the authour play around with the timeline, mungkin plot dia akan jdi lebih gembak dan misterius.
5) bagi saya sudah cukup bagus utk sebuah novel debut. Penulis berjaya bina fans basenya sendiri. Novelnya bijak, cuma kalau boleh hidupkan sedikit jiwa dgn masukkan ayat melachronic, saya rasa novel ini akan lebih hidup dan beri kesan yg lagi deep kpd story antara Syafiq-Ardan
6) saya faham yg mungkin hubungan anak beranak menyebabkan Dr Hana mudah utk menolong rakan anaknya. Tapi, entahlah. Rasa mcm a bit off. Terutama si kawan dijumpai dlm keadaan ditembak dan dlm buruan polis. Tiba-tiba Dr Hana melanggar integriti sbg staff dan membongkar semua maklumat sulit yg melibatkan kerajaan kpd sekumpulan pelajar sek menenangah yg hanya dikenal kurang dari sehari. Saya cuma sedaya upaya hunduzon.
Solid 5 stars. Buku ni memang patut menang Sayembara.
Thursday- 125 pages Friday- 180 pages
Dua hari je habis baca buku ni. (And it broke me...)
After I finished this book, I stared at the wall for 30 minutes STRAIGHT.
(Spoiler sikit maybe?) For me, sebelum baca buku ni, aku dah sense buku ni akan jadi weird ataupun aneh and yeah, memang weird pun dalamnya dan aku terhibur.
Genre dia adalah dystopian, scifi dan time travel? Berdasarkan apa yang aku baca.
Aku suka character Ardan. Kalau dia dekat real life memang aku ter-crush dah kat dia ni. Paling aku benci, Kyra. Aku ingat bila dia buat masalah, aku expect dia akan jadi baik dekat akhir ii, macam yang aku selalu baca dekat setiap novel. But, in the end, sama je perangai. Padan muka kena palau dengan ex friend.
Tak lupa jugak plot twist antara Zain dan Ardan tu, aku macam 'Nok harom, HAHA'. Aku dah agak cuma, tak expect betul.
Yang paliiiinggg aku suka, sebab timeline adalah masa depan, so semua canggih. Jadinya, author explains everything benda ii yang canggih tu dengan penuh details which is buat aku ternganga. Aku persoalkan diri aku yang agak tak pandai ni, 'Faham tak?'. Hshshshsh (😭)
Even though dia scifi, masih ada secebis persahabatan which is heartwarming. Plot twist dia memang takleh brain. Aku nangis gila dekat ending, aku takleh move on. Banyak benda berlaku yang aku tak boleh hadam. I just wanna hug this book till the end of the world. You just broke me, dear author...
Sekian, maafkan kekurangan saya dalam mengulas buku ni... Tapi, buku ni memang recommend sangat ii, please baca.
Pertama sekali, tahniah kepada penulis berjaya menerbitkan buku dengan fixi. Saya ambik masa tak sampai sehari pun baca novel ni. Fast pace.
Kekuatan terbesar novel ini ialah cara ia menggunakan konsep orang bertangan kiri sebagai golongan majoriti dan ia juga menyentuh isu diskriminasi. Bagi saya novel ni menggunakan premis cerita yang sangat kuat dari segi tema, plot, dan watak. Walaupun ia sekadar watak pelajar sekolah biasa tapi cara penceritaan itu membuatkan world building tu nampak lebih menarik.
Idea penulis pasal Revolusi-K sangat mindblowing ya. Tak pernah terfikir pulak impak yang besar akan berlaku pada masa akan datang di dalam cerita ni. Saya suka jugak dengan physics facts yang penulis selitkan dalam novel ni. Saya siap search ya nak tahu apa benda tu hahaha walaupun saya bukan student fizik.
Dari segi writing, I would say it was so good even though ini adalah novel debut. Tahniah penulis! Bagi saya, dialog memberi peranan yang besar ya dalam cerita dan dialog yang digunakan oleh penulis, it sounds normal to me, tak kaku or tak berbelit ke apa. I also love the humours within this novel!
That's all. I'm looking forward to your next novel!🤭
"Ikan mencintai air, tetapi air merebus mereka. Daun setia pada angin, tetapi angin menggugurkan mereka. Manusia hidup di tanah, tetapi tanah tu juga yang menguburkan mereka nanti."
Fahamkan semula.
"Bukan air yang merebus ikan, tapi api yang mendidihkan air tu. Bukan angin yang gugurkan daun, tapi musim yang buat angin tu jadi kuat. Bukan tanah yang menguburkan manusia, tapi kematian yang menjemput mereka."