Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kidal

Rate this book
Pengetua kelihatan gelisah ketika dia menyerahkan mikrofon kepada salah seorang pegawai polis.

Lelaki itu melangkah ke hadapan dengan penuh yakin, matanya yang tajam memerhatikan kesemua pelajar di situ. "Kami telah menerima laporan bahawa terdapat seorang pelajar di sekolah ini yang tidak kidal."

Dewan yang tadinya sunyi tiba-tiba menjadi riuh.

"Seperti yang anda semua sedia maklum, sejak Revolusi-K pada tahun 2035, undang-undang telah menetapkan bahawa hanya golongan kidal dibenarkan untuk terus hidup. Mana-mana individu yang didapati tidak kidal akan dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman.”

Syafiq merasakan darahnya membeku, tangan kanan mencengkam kuat pergelangan tangan Ardan yang berdiri di hadapan.

308 pages, Paperback

Published May 29, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (44%)
4 stars
4 (22%)
3 stars
6 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for A Mind on Loan.
32 reviews
July 28, 2026
Semestinya aku memilih membaca Kidal kerana aku sendiri juga kidal. 🤭 Premisnya menarik perhatian aku iaitu sebuah dunia pada tahun 2154 di mana hanya manusia kidal yang mendiami dunia itu. Mengikuti kisah Ardan yang bertemu Syafiq yang tiba-tiba muncul dari tahun 2026, mereka cuba merungkai apa yang sebenarnya berlaku dan mencari jalan untuk mengembalikan Syafiq ke zamannya.

Bagi aku, penulis sangat berani bermain dengan konsep dunia alternatif ini dan aku juga suka bagaimana penulis menerangkan worldbuilding dan elemen saintifiknya dengan bahasa yang mudah difahami. Tak terasa terlalu berat walaupun konsep yang dibawa agak kompleks.

Sekitar 60% bacaan, terasa agak perlahan dan lebih tertumpu kepada kehidupan sekolah serta konflik persahabatan dan percintaan. Jujurnya, bahagian ini kurang menjadi untuk aku. Mungkin kerana aku sendiri sudah berada di fasa pembacaan yang berbeza. 🌝

Namun, apabila masuk ke bahagian akhir, barulah aku dapat menikmati kisah ini. Misteri tentang kehadiran Syafiq semakin terungkai, konfliknya menjadi lebih mendebarkan dan beberapa pendedahan juga berjaya mengejutkan aku.

Cuma, aku berharap novel ini lebih berani mendalami kritikan sosial yang diketengahkan. Potensinya ada, tetapi bagi aku ia sekadar on surface sahaja dan tidak benar-benar meninggalkan kesan.

Seperkara lagi yang sedikit mengganggu pengalaman membaca aku ialah dialognya yang terasa terlalu “remaja”. Aku tertanya-tanya, adakah pada tahun 2154 kita masih menggunakan bahasa seperti “doh” dan carutan sebegitu? Aku mengharapkan sedikit evolusi dari segi bahasa atau budaya supaya dunia masa depan itu terasa lebih meyakinkan.

Secara keseluruhannya, aku menikmati Kidal, terutama bahagian akhirnya. Cuma aku rasa ia punya potensi yang lebih besar daripada apa yang disampaikan. Dengan worldbuilding yang lebih mendalam dan permulaan yang lebih padat, aku rasa novel ini boleh beri impak yang lebih kuat.

Terima kasih @bukufixi untuk buku ini sebagai ulasan jujur. 🙌🏻
Profile Image for Hamidah Effendi.
617 reviews14 followers
July 2, 2026
Menarik plot tentang agenda golongan tangan kidal yang cuba mensabotaj golongan bukan kidal. Pembacaan ringan, tidak berat, dengan penceritaan yang kemas serta dialog yang ditulis dengan baik. 👍

Ada unsur konspirasi, kawalan autoritarian, pengembaraan masa (time travel), persahabatan dan kekeluargaan yang menjadikan cerita ini lebih menarik. ⏳🤝👨‍👩‍👧‍👦

Plot dalam buku ini mengingatkan aku kepada realiti dunia sebenar — bagaimana ada pihak yang pada awalnya minoriti bergerak secara tersusun, merancang langkah demi langkah, dan akhirnya kini cuba menguasai pelbagai perkara. Pada akhirnya, terpulang kepada kita sama ada mahu memilih jalan seperti Kyra atau mengikut langkah pasukan Syafiq. 🤔

Ada unsur lgbt dalam buku ni. 🫩

Tahniah kepada penulis kerana terus bertahan dan bangkit semula untuk menghasilkan karya ini. 💪✨

Terima kasih juga kepada Fixi atas penerbitan buku ini. Setiap kali membaca buku Fixi, antara perkara yang aku paling tak sabar nak tengok ialah bahagian mukadimah atau biodata penulis. Selalu ada pembuka kata yang ringkas, tetapi cukup menghiburkan dan mampu menceriakan hari pembaca. Tapi kali ini sayu sikit membaca bahagian tentang terhasilnya karya ini.🤕📖
Profile Image for Fishball🐡.
37 reviews3 followers
June 13, 2026
Specific 2.7 ⭐️⭐️⭐️

1) scienc-friction, time-travel, neurosciens, friendship, future, dystopia

2) sgt suka dgn stp explanation mengenai time travel element, the mekanisme, the concept, very well explained, menampakkan benda itu wujud dan btl btl boleh apply di masa akan depan

3) storyline bagus, how people in past affect future, persahabatan antara syafiq-zaim-ardan-Rionel. Plot kemas dan face paced.

4) cuma saya rasa kisahnya sgt forward. Memandangkan dia guna time travel (past and future) saya expect plotnya byk bermain dgn masa. Like tiba-tiba ke future, tiba ke past, then baru conncet the dot. Tapi plotnya forward ke hadapan sahaja. Jadi sbg pembaca tegar fixi, macam dah boleh agak how this story going and it end exactly like expectation.
I think if the authour play around with the timeline, mungkin plot dia akan jdi lebih gembak dan misterius.

5) bagi saya sudah cukup bagus utk sebuah novel debut. Penulis berjaya bina fans basenya sendiri. Novelnya bijak, cuma kalau boleh hidupkan sedikit jiwa dgn masukkan ayat melachronic, saya rasa novel ini akan lebih hidup dan beri kesan yg lagi deep kpd story antara Syafiq-Ardan

6) saya faham yg mungkin hubungan anak beranak menyebabkan Dr Hana mudah utk menolong rakan anaknya. Tapi, entahlah. Rasa mcm a bit off. Terutama si kawan dijumpai dlm keadaan ditembak dan dlm buruan polis. Tiba-tiba Dr Hana melanggar integriti sbg staff dan membongkar semua maklumat sulit yg melibatkan kerajaan kpd sekumpulan pelajar sek menenangah yg hanya dikenal kurang dari sehari. Saya cuma sedaya upaya hunduzon.

7) overalll, okay🫶🏻
Profile Image for saradeln.
8 reviews
July 11, 2026
Solid 5 stars.
Buku ni memang patut menang Sayembara.

Thursday- 125 pages
Friday- 180 pages

Dua hari je habis baca buku ni. (And it broke me...)

After I finished this book, I stared at the wall for 30 minutes STRAIGHT.

(Spoiler sikit maybe?)
For me, sebelum baca buku ni, aku dah sense buku ni akan jadi weird ataupun aneh and yeah, memang weird pun dalamnya dan aku terhibur.

Genre dia adalah dystopian, scifi dan time travel? Berdasarkan apa yang aku baca.

Aku suka character Ardan. Kalau dia dekat real life memang aku ter-crush dah kat dia ni. Paling aku benci, Kyra. Aku ingat bila dia buat masalah, aku expect dia akan jadi baik dekat akhir ii, macam yang aku selalu baca dekat setiap novel. But, in the end, sama je perangai. Padan muka kena palau dengan ex friend.

Tak lupa jugak plot twist antara Zain dan Ardan tu, aku macam 'Nok harom, HAHA'. Aku dah agak cuma, tak expect betul.

Yang paliiiinggg aku suka, sebab timeline adalah masa depan, so semua canggih. Jadinya, author explains everything benda ii yang canggih tu dengan penuh details which is buat aku ternganga. Aku persoalkan diri aku yang agak tak pandai ni, 'Faham tak?'. Hshshshsh (😭)

Even though dia scifi, masih ada secebis persahabatan which is heartwarming. Plot twist dia memang takleh brain. Aku nangis gila dekat ending, aku takleh move on. Banyak benda berlaku yang aku tak boleh hadam. I just wanna hug this book till the end of the world. You just broke me, dear author...

Sekian, maafkan kekurangan saya dalam mengulas buku ni... Tapi, buku ni memang recommend sangat ii, please baca.
Profile Image for Kentang.
12 reviews
June 14, 2026
Pertama sekali, tahniah kepada penulis berjaya menerbitkan buku dengan fixi. Saya ambik masa tak sampai sehari pun baca novel ni. Fast pace.

Kekuatan terbesar novel ini ialah cara ia menggunakan konsep orang bertangan kiri sebagai golongan majoriti dan ia juga menyentuh isu diskriminasi. Bagi saya novel ni menggunakan premis cerita yang sangat kuat dari segi tema, plot, dan watak. Walaupun ia sekadar watak pelajar sekolah biasa tapi cara penceritaan itu membuatkan world building tu nampak lebih menarik.

Idea penulis pasal Revolusi-K sangat mindblowing ya. Tak pernah terfikir pulak impak yang besar akan berlaku pada masa akan datang di dalam cerita ni. Saya suka jugak dengan physics facts yang penulis selitkan dalam novel ni. Saya siap search ya nak tahu apa benda tu hahaha walaupun saya bukan student fizik.

Dari segi writing, I would say it was so good even though ini adalah novel debut. Tahniah penulis! Bagi saya, dialog memberi peranan yang besar ya dalam cerita dan dialog yang digunakan oleh penulis, it sounds normal to me, tak kaku or tak berbelit ke apa. I also love the humours within this novel!

That's all. I'm looking forward to your next novel!🤭
Profile Image for NikZah.
32 reviews
August 17, 2026
Awalnya cerita ni slow sikit. Tentang perasaan Ardan kepada Kyra yang sukakan lelaki lain iaitu Zain sehingga membuatkan Ardan sering kali berasa terluka..Zain pula ialah kawan kepada roommate Ardan iaitu Rionel.

Cerita mula nampak perkembangan bila muncul watak Syafiq yang datang dari tahun 2026 sedangkan ketika itu tahun 2154. Ardan mula berpakat untuk menyembunyikan status Syafiq yang tak Kidal sebab sesiapa ang didapati tidak Kidal akan ditangkap oleh pihak berkuasa pada ketika itu.

Pelbagai konflik mula timbul dalam usaha mencari jalan keluar untuk Syafiq kembali ke tahun 2026. Suka dengan nilai persahabatan antara Syafiq, Ardan, Zain dan Rionel yang berusaha membantu Syafiq yang dalam kesusahan cuma kadang-kadang dialog 'carutan' sedikit mengganggu pembacaan begitu juga dengan isu perasaan 'terlarang'.

Ending sayu tapi puas hati.
Profile Image for Daneen Nizar.
Author 3 books16 followers
July 7, 2026
"Ikan mencintai air, tetapi air merebus mereka. Daun setia pada angin, tetapi angin menggugurkan mereka. Manusia hidup di tanah, tetapi tanah tu juga yang menguburkan mereka nanti."

Fahamkan semula.

"Bukan air yang merebus ikan, tapi api yang mendidihkan air tu. Bukan angin yang gugurkan daun, tapi musim yang buat angin tu jadi kuat. Bukan tanah yang menguburkan manusia, tapi kematian yang menjemput mereka."
1 review
August 11, 2026
Aku beli sebab aku kidal hahahah. Tapi aku suka tema saifai yang dibawa penulis. Bahasa yang digunakan juga santai. Senang baca. Slow baca sebab baca buku lain juga hahah
Displaying 1 - 9 of 9 reviews