Dalam dunia merah berlampu neon yang dipenuhi darah, dosa dan nafsu, takdir mempertemukan pembunuh upahan, pelacur dan pengkhianat.
No. 34, seorang lejen Geng 88, belot demi cinta dan mendedahkan dirinya sebagai Ray, lelaki yang masih mampu memilih keindahan. Jessica, pelacur elit; Nadia, terjerat hutang; dan Tasha yang diugut masa silam, cuba melarikan diri daripada cengkaman Black Tony yang bersubahat dengan pihak berkuasa.
Diburu pasukan elit Ghost Vulture hingga ke Hutan Templar, mereka bergantung pada Ray dan rahsia mistiknya: silat, ilmu kebal ... serta kuasa harimau belang.
if goodreads ni ada 10 bintang, saya akan rate 100 out of 10. honestly, this book ate!!!
⚠️ 18+ due to gore & adult content
dari permulaan - pertengahan - ending, semuanya best. takde satu babak pun yang saya rasa ya allah bila nak habis, bosannya? semuanya, ya allah, apa jadi apa jadi hahaha 🤣
sebenarnya dari blurb belakang pun, kita dah boleh agak buku ini tentang survival. kalau mode survival, mestilah gore kan? ha penuh dengan aksi dan darah. surprisingly saya boleh adapt dengan semuanya sebab saya memang bukan peminat cerita aksi.
m3r4h adalah kisah ray dan 3 sekawan, jessica, nadia dan tasha. mereka ini terlibat dengan geng 88, sebuah kumpulan penjenayah yang berpengaruh. geng 88 ini bukan sekadar terlibat dalam kes pelacuran, kelab malam, pemerdagangan manusia tetapi juga turut terlibat dengan pasaran gelap. setiap dari mereka mempunyai luka tersendiri dan satu sahaja cara untuk bebas dari neraka dunia ini - hapuskan black tony, kapla geng 88.
dia macam ada vibes kl gangster. taikun taiko ha gitulah. saya bayangkan tony ni macam ketua kongsi gelap. dia ni ada access dengan semua orang. bayangkan, macam mana diorang nak lari? 🥲 sumpah sepanjang masa saya menjerit takut diorang kena tangkap huhu 🙏🏻
apa yang saya suka juga, walaupun dalam ayat bersahaja dan dialog loqlaq kedah, penulis bijak mengetengahkan isu semasa. pemerdagangan manusia, pelacuran, transgender - semua ini gejala sosial yang semakin parah dalam masyarakat kita. kudos penulis. saya suka. info ini membuatkan pembaca seperti saya membuka mata dengan lebih luas tentang apa yang berlaku di sekeliling kita.
buat yang tak tahan gore scenes, saya sarankan read at your own risk. sejujurnya, saya menahan ngilu untuk beberapa babak. apa cabut kuku guna spanar 🥲 sakitnya. siap record nak pasarkan ke pasaran gelap??? huwaq
panjangnya saya cakap hahaha pape pun saya happy dengan pembacaan kali ini. terima kasih fixi for the copy 💗 suka sangat!!!
Rating: 4.5 🌟 Trope and trigger warning ⚠️: gore/ pembunuh upahan/ organisasi kongsi gelap/ pel4cur/ LGBTQ/ s3x/ and etc...
Karya ini mengisahkan tentang Ray seorang pemuda yang sedari kecil hidup menderita namun selepas dia berjumpa dengan seorang transgender yang menggelarkan dirinya sebagai 'ibu' kepada Ray hidupnya kembali seri. Tetapi bila ibu Ray dibunuh oleh ahli kongsi gelap ray mula membawa diri ke utara untuk menuntut ilmu silat, hutan dan batin dengan Pak Lang Mail. Cerita ini juga mengisahkan tentang Nadia yang terpaksa menjadi pel4cur kerana terjerat hutang suami, Jessica seorang pel4cur elit dan Tasha seorang transgender.
My thoughts 💭 (my opinion)
BEST NYA?!! Memang aku tak salah pilih buku untuk direview kalini. Aku sangat suka jalan cerita buku ni, sangat menambat hati saya! Tapi buku ni punya tema berat sikit ya, biasalah fixi punya buku selalu isu² berat punya hshshs tapi saya suka. 😍 Penulisan penulis sangat santai dan bersahaja as expected from fixi book. Baru di muka surat pertama pun saya sudah ketagih, ingatkan nak baca sampai muka surat 10 sahaja sekali sampai muka surat 50+.🌚
Setiap watak tiada yang tidak berguna malah semuanya memainkan peranan masing². Ray punya watak sangat menarik bagi saya sebab di hujung² bab kita boleh nampak betapa arifnya Ray dalam ilmu hutan untuk survival, memburu atau sebagai 'pemburu'. Tidak lupa juga ilmu mistik yang dipelajarj dari Pak Lang Mail juga menjadikan cerita ini lebih menarik. Jessica, Nadia dan Tasha pula seorang yang cekal bertahan hidup di dalam dunia yang tidak adil ini. Mereka akan buat apa² sahaja untuk keluar dari tempat tersebut. Lebih baik mati berjuang daripada mati mengalahkan?
Cerita yang sangat fast paced, korang boleh habis in one sitting je kalau jenis fast reader. Cerita pula bikin suspen kadang² sebab nak tahu apa jadi next tu sangat best ya. 😆 Oh ya, buku ni juga banyak ilmu yang di share mengenai hutan, apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh. Senang cerita tidak kosong ya, dan ada pengajaran. Tapi bila masuk pengakhiran cerita tu aku tak puas hati, apa jadi dekat Nadia dan Jessica?! Author tolong jangan gantung saya tak bertali macam ni please. 😭 Saya perlukan M3R4H 2 ASAP! 😩
Uuuuuu dan buku ni juga ada selit romance sikit.. which saya sangat tertarik untuk tahu development tentang kisah cinta mereka. Sorry, the romance girlie in me can't shut up! 🤣 Keseluruhannya, jujur dari hati saya sangat suka dan seronok membaca karya yang menarik ini. Kepada penulis, sila pasang enjin turbo anda untuk menulis sambungan cerita ni dengan laju ya, saya tak sabar ni. 😂 Highly Recommended!🔥 Last but not least, terima kasih @bukufixi untuk naskah ini. 🤍
M3R4H. Premisnya adalah tentang tiga wanita yang ingin membebaskan diri dari cengkaman watak antagonis yang mewujudkan dunia merah yang marak dengan kegelapan, dengan cara yang maha berisiko. Bertemu dengan seorang lelaki yang punya misteri dan kaitan antara mereka, semakin menyesakkan keadaan apabila pembelotan, kematian dan pembunuhan membuntuti mereka sehingga ke lubang cacing. Apakah yang telah berlaku pada tiga wanita dan lelaki tersebut? Apakah kaitan lelaki itu dengan mereka? Mengapakah watak-watak wanita tersebut ingin bebas? Apakah rancangan pembebasan tersebut dan risikonya? Dan, mampukah mereka lari daripada mata helang sang antagonis yang membunuh?
Pengarang memaparkan kegiatan-kegiatan dunia noir dengan begitu rinci. Ada beberapa babak, pengarang memvisualkan dengan begitu berkesan, sehingga saya sebagai pembaca dapat membayangkan babak tersebut. Ada babak pembunuhan yang begitu visual (oh, saya suka sungguh yang ini😁). Ada babak-babak yang ditinggalkan punya hook yang boleh membikin page-turning. Bagi saya, pengarang punya kekuatan untuk menjadikan penulisan babak itu dalam bentuk "dramatization". Cool!
Kekuatan novel ini juga pada input tentang alam rimba seperti nama tumbuhan, cara survival, serta panduan yang begitu informatif. Saya sangat suka maklumat yang berinformatif sebegini, menampakkan kepakaran pengarang berkenaan perihal alam rimba. Malah, pengarang memasukkan unsur mistik dalam novel ini menambahkan nilai pada karya.
Okay. Seterusnya adalah ilustrasi buku. Satu benda yang saya kurang berkenan ialah kulit muka bukunya. Bagi saya, ilustrasinya tak selari dengan isi cerita, bahkan gabungan merah-hitam tidak menaikkan seri buku tersebut; menjadikan ia kusam dan kurang menggoda untuk dipilih dan dibelek. Lukisan harimau itu tidak menjadi masalah. Tajuknya juga unik. Cuma, pilihan warna itu. Jikalaulah buku tu backgroundnya warna putih, lukisan harimau dikekalkan dengan warna merah marak, lukisan pokok dan manusia itu dihilangkan; tulisan M3R4H hitam berdarah dan nama pengarang warna hitam, saya percaya warnanya akan lebih naik dan menyerlah. Sayangnya, warna yang digunakan untuk mempersembahkan buku itu, tidak menangkap perhatian mata saya. 2/5 untuk ilustrasi.
Saya berpandangan yang pace cerita ini agak lambat. Oleh sebab pengarang menumpukan penceritaan tentang perjalanan dan aktiviti-aktiviti para watak dalam dunia gelap mereka, membikin pace-nya menjadi agak perlahan dan boleh mencetuskan kebosanan. Bahkan, hampir lebih separuh tentang penceritaan dunia noir itu. Alunan kisah ini agak mendatar bagi saya. Sungguh pun ada naik, naiknya sedikit kemudian mendatar semula. Ini disebabkan oleh konfliknya yang tidak berapa mencengkam bagi saya. Bahkan, saya merasakan konfliknya bermula pada halaman-halaman belakang. Itu pun seperti suam-suam sahaja.
Konflik yang membikin pembaca akan terus setia untuk membaca. Watak-watak seperti Jessica, Nadia, Tasha tidak "diseksa" dengan benar-benar oleh pengarang sedangkan watak-watak ini sangat berpotensi untuk menjadi watak simpatetik dan mencetuskan konflik yang dahsyat dalam kalangan watak-watak. Pengarang, bagi saya seakan-akan terlalu kasihan dengan wataknya. Tidak mengapa bah, pengarang "menyeksa" watak-watak itu supaya pembaca menjadi simpati dan turut mendalami emosi mereka. Biar pembaca menangis. Biar pembaca marah. Biar pembaca geram. Kegelapan yang dialami oleh watak-watak protagonis itulah yang pengarang boleh manipulate dengan semaksima mungkin agar pembaca sama-sama merasakan penderitaan. Namun, sayangnya, emosi sebegitu itu tak sampai kepada saya sebagai seorang pembaca.
Sebenarnya saya mengharapkan aksi yang lebih mencengkam pada halaman-halaman akhir. Aksi-aksi oleh Ghost Vulture itu tidak cukup bagi saya. Terlalu singkat sedangkan inilah peluang membikin aksi dahsyat melimpah-ruah dan bersemburan. Ada aksinya. Cumanya, bagi saya, tidak cukup itu eh! Dan, pengarang seolah-olah terlalu hendak memenangkan watak Ray itu. Jika watak itu tercedera parah atau hampir terbunuh ketika pemburuan itu, itu akan menambahkan nilai konflik dan pemberat masalah. Pasti lebih syok!
Juga, babak akhir. Pengakhirannya terlalu mendadak. Saya rasa bahagian itu, pada halaman 298 itu, patut diletakkan sebagai epilog. Ia menimbulkan rasa ketidakpuasan hati sehingga saya merungut: aih! Kenapa endingnya begini? Seolah-olah saya ditolak dari bangunan setelah lama-lama saya bermenung dan menghayati segala-galanya dan kemudian, terus-terus saya disuruh mati. Aih. Tak syoklah begitu, kawan!
Keseluruhan, saya suka maklumat dan saduran mistik dalam ceritanya. Input sedemikian boleh dikekalkan dan mungkin boleh dipanjangkan terutamanya perihal mistik tersebut. Dan saya suka sekali perincian dunia merah yang dikarang oleh pengarang. Lagi-lagi pada babak pembunuhan. 😁Seterusnya, pengarang, jangan takut untuk "menyeksa" watak-watak. Timbulkan konflik yang lebih menjerut nafas pembaca. Biar pembaca merasakan kemerahan yang menyala-nyala itu dan turut terbakar bersama-sama.
was good at first tapi lelama macam author mengejar nak fit kan everything in a book. and i dont really like how the women in this book are so weak. their plan on sabotaging black tony hampeh gila, jessica and nadia are smart kot. also ending cliffhanger, what happened to nadia and jessica? how did ray get his revenge back to black tony? personally, i think dato mustafa died so easily. as if he never get to experience when all his crime is being exposed to the country, facing the backlash and everything, but i get it hes not the main character. expecting a fight scene between ghost vulture and ray, at least 2 vs 1 but thats okay i love how ray is being smart and use their weaknesses to defeat them.
on the other hand, dapat belajar banyak pasal ilmu hutan, silat, akar semua tu. learnt lots of new words and terms
Merah ni sarat dengan realiti dunia underworld. Lebih daripada separuh buku membawa kita menyelami operasi sindiket pemerdagangan manusia dan kegiatan kongsi gelap Geng 88 yang diketuai oleh Black Tony. Dia merupakan seorang penjenayah yang sangat berpengaruh di Kuala Lumpur.
Tony dibantu oleh Ray, seorang man of few words yang bekerja sebagai pembunuh upahan dan sentiasa mengikut arahannya tanpa banyak soal. Apabila ketua polis cuba mensabotaj Tony dengan mempergunakan orang dalam organisasinya demi mengukuhkan pengaruh sendiri, satu demi satu nyawa terpaksa ditidurkan. Antara yang menjadi mangsa ialah Jessica, bekas kekasih Ray. Dalam masa yang sama, Jessica pula mempunyai misinya sendiri iaitu membantu sahabat-sahabatnya membebaskan diri daripada cengkaman Tony.
Naskhah ini padat dengan tema kegagalan sistem, korupsi pihak berkuasa, pengkhianatan dan sisi gelap manusia. Tiada siapa yang bersih kerana setiap watak mempunyai sebab dan kepentingan tersendiri.
Penulis berjaya membina plot yang konsisten dengan atmosfera yang gelap dan dramatik tapi mengekalkan elemen suspen dari awal hingga akhir. Perkembangan setiap watak juga terasa sangat hidup tak meleret. Plotnya diselang-seli dengan backstory yang menjawab banyak persoalan.
Bahagian yang paling saya suka ialah apabila Ray pergi menuntut ilmu hutan, persilatan dan kebatinan dengan Pak Lang Mail. Dari suasana kota yang penuh jenayah, penulis membawa pembaca masuk ke dunia hutan yang menyimpan pelbagai misteri. Perubahan latar ini memberikan nafas baru kepada penceritaan dan pada masa yang sama mengembangkan lagi watak Ray. Saya juga suka bagaimana elemen mistik dimasukkan secara sederhana tanpa menenggelamkan identiti thriller jenayah.
Tiada ending yang benar-benar menggembirakan tapi cukuplah kita tahu yang Ray dah insaf. Dalam dunia yang penuh keganasan, pengkhianatan dan kuasa, tidak semua orang berpeluang mendapat pengakhiran yang mereka impikan. 4.5 ⭐