Jump to ratings and reviews
Rate this book

Polaroid

Rate this book
SNAP!

Kening jejaka itu berkerut. Dia meneliti gambar dengan lebih dekat. Gambar sudah siap, tetapi suasananya begitu berbeza.

Dalam kegelapan rahsia bandar Johor Bahru, seorang remaja bernama Qadhir ditemukan dengan sebuah polaroid ajaib. Kamera yang bukan sahaja mengetik gambar, tetapi mampu menyingkap dunia kejahatan. Sentiasa membawanya kepada jenayah mengerikan.

Menggunakan polaroid, Qadhir cuba membuka kehidupan masa lalunya.

Kemudian bersama sahabatnya, Detektif Dayang, perempuan energetik bermulut halilintar, mereka meneroka setiap ketikan, membuka pintu demi pintu kepada jenayah hitam, pembunuhan berdarah dingin dan malah konspirasi.

Akan tetapi, apakah hanya Qadhir yang memiliki kuasa magis itu? Dan berjayakah Qadhir menjejak sejarah hidupnya kembali?

347 pages, Paperback

First published March 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Azrulr

1 book3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (26%)
4 stars
19 (45%)
3 stars
10 (23%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,032 reviews125 followers
June 4, 2026
Sebuah cerita crime thriller with a touch fantasy yang sangat menarik.

Sebenarnya, Joy tertarik dengan cover “Polaroid”, tu yang Joy beli. Hohoho~

Ia mengisahkan tentang Qadhir dengan kamera polaroid ajaibnya dan macam mana keajaiban kameranya menemukan dia dengan Detektif Dayang, Kat, Warren, Ella, Jade dan Kevin.

Misi Qadhir ialah untuk menumpaskan Payung Indigo, sebuah organisasi besar yang menjalankan dirty business dan mempunyai link kepada kematian adik perempuannya.

Misi dan focus utama ialah Payung Indigo, tetapi dalam perjalanan itu, Qadhir diupah menjadi konsultan Dayang untuk kes² yang lain.

Semua kes yang diselitkan dalam novel ini sangat menarik dan Joy ingin tahu lebih lanjut seperti The Loviatar Killer dan kes Kembar Tiga (yang nie ada fil seram sikit). Kes dalam bas tu pun menarik sebenarnya 🤣 Lepas kes² sampingan selesai, Joy jadi “cepatnya, apa jadi lepas tu???”. Menarikkkkkk!

And that plot twist at the end! Memang tak expect langsung 🤯

I enjoyed the story jadi tak rasa ada apa² mistakes yang obvious or anything. Except that tak puas hati dengan ending Tuan Idris, macam terlalu cepat ended. The ending did feel a bit too perfect and rushed.

Keseluruhannya, plot yang kemas dan teratur, penggunaan bahasa dan struktur ayat yang matang, perkembangan watak dan story pacing yang cukup baik - senang masuk cerita.

A very unique twist to the crime thriller genre! Syabas author. I love it!
Profile Image for Sizarifalina.
277 reviews
June 16, 2026
Pergh! Kinda mind blowing. For a new author.

Siz jenis kadang² tidak baca sinopsis & tentang penulis . Tapi untuk buku ni, Siz tak baca tentang penulis. Lepas baca tentang penulis, baru Siz faham kenapa penulis menggunakan formula WHODUNNIT yang synonym dengan Sherlock, Poirot… Sangat kemas.

Gaya bahasa yang simple. Scene last tu best. Penerangan tentang apa yang sedang berlaku boleh merumitkan bagi penulis untuk pegang pembaca supaya baca sampai habis. Tapi buat penulis ni… tidak. Siz baca the whole thing. Usually I would just skip a few lines.

Hoping ada sequel.

P/S : Siz pon suka baca Sherlock, Poirot..
Profile Image for Hamidah Effendi.
717 reviews12 followers
June 3, 2026
Polaroid oleh Azrulr

Ini memang permulaan yang baik untuk karya pertama penulis. Lepas baca profil penulis, memang dah boleh nampak arah dan konsep cerita yang cuba dibawa.

Kisah ini mengikuti penyiasatan Detektif Dayang bersama konsultan misteri, Qadhir, yang tiba-tiba dilantik. Misi mereka jelas — menjatuhkan organisasi Payung Indigo, sebuah organisasi gelap yang bukan saja kejam, tapi juga mempunyai kaitan langsung dengan masa lalu mereka berdua.

Organisasi ini berfungsi untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang menjadi penghalang atau menyimpan bukti jenayah. Yang menariknya, ahli-ahlinya dikenali sebagai the Chaptures, individu dengan kebolehan tersendiri, dan kamera polaroid menjadi medium atau “alat” untuk memindahkan kuasa mereka. Dari apa yang difahami, selagi the Chaptures masih hidup, mereka masih boleh menggunakan kamera lain walaupun yang lama rosak — sebab itu Grimm tetap membunuh Ayu.

Jalan cerita penuh dengan elemen penyiasatan dan penakulan yang berlaku secara spontan, membuatkan pembaca turut berfikir bersama watak-watak untuk merungkai misteri. Tiada elemen romantik, tetapi digantikan dengan pelbagai kes yang mencabar dan kompleks. Vibe ala Detective Conan memang terasa — penuh teka-teki dan twist.

Cuma, bila terlalu banyak misteri yang muncul, memang boleh buat otak tepu juga 🤣 jadi memang kita serahkan saja kepada Detektif Dayang untuk selesaikan semuanya.

Gaya penulisan penulis pula sangat visual — mudah membayangkan setiap babak seolah-olah sedang menonton animasi. Itu satu kekuatan yang buat pembacaan jadi lebih hidup.

Secara keseluruhan, ini adalah satu permulaan yang kukuh untuk penulis. Tahniah! ✨
Profile Image for bookmehnia.
394 reviews21 followers
July 7, 2026
(40/2026) 3.5/5🌟 Thriller/Umum (Fiksi) | 345 ms

“𝙏𝙤𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩, 𝙩𝙝𝙚 𝙎𝙪𝙥𝙚𝙧 𝙏𝙧𝙤𝙪𝙥𝙚𝙧 𝙡𝙞𝙜𝙝𝙩𝙨 𝙖𝙧𝙚 𝙜𝙤𝙣𝙣𝙖 𝙛𝙞𝙣𝙙 𝙢𝙚,
𝙎𝙝𝙞𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙪𝙣,
𝙎𝙢𝙞𝙡𝙞𝙣𝙜, 𝙝𝙖𝙫𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙪𝙣,
𝙁𝙚𝙚𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙖 𝙣𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧 𝙤𝙣𝙚.”

Qadhir, seorang jejaka yang menyimpan peristiwa perit dan kelam - sebatang kara, namun hidup perlu diteruskan. Hidup Qadhir berubah seratus-peratus setelah kamera polaroid yang baru sahaja dibelinya mengeluarkan gambar yang merakam masa lalu, dan secara tidak sengaja membantu penyiasatan satu kes bunuh.

Dayang, inspektor polis yang tegas dan bijak, cepat menyelesaikan sesuatu kes yang diberikan padanya. Pertemuannya dengan Qadhir yang telah membantunya menyelesaikan satu kes bunuh melahirkan sebuah persahabatan yang jujur.

Dayang dan Qaidhir, walaupun masing-masing mungkin tidak mengetahuinya, bergelut dalam satu rantaian yang mengaitkan mereka berdua, yang datang dalam nama, Payung Indigo. Bersama mereka sebagai rakan sepasukan menyelesaikan banyak kes jenayah hasil gabungan kebijaksanaan Dayang dan kreativiti Qadhir di bandaraya Johor Bahru.

Namun, ada rahsia terpendam di sanubari Qadhir kerana dia ada misi dia yang tersendiri. Bagi Qadhir, hutang itu perlu dibalas. Dapatkah Qadhir berjumpa dengan apa yang dicarinya?

Terus-terang, Qadhir ialah satu watak menarik - penuh misteri. Dari awal saya sudah mengagak ada ‘sesuatu’ pada Qadhir. Apa yang dinyatakan di dalam penceritaan itu hanyalah ‘luaran’ seorang Qadhir, dan ternyata sangkaan saya tepat apabila tiba akhir cerita.

Saya sukakan isi cerita yang merangkumi kes-kes pelik yang disiasat dan ianya mengingatkan saya pada siri animasi Jepun, Detective Conan dan juga Kindaichi. Namun saya ada sedikit masalah dengan plot dan kesinambungan cerita yang saya rasa sedikit 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘺, tiada 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘪𝘯𝘶𝘪𝘵𝘺, terutamanya di awal penceritaan. Mungkin perlukan sedikit 𝘣𝘢𝘤𝘬𝘨𝘳𝘰𝘶𝘯𝘥 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 yang boleh menjadi asas kepada penceritaan yang lebih mudah difahami, terutamanya misi Qadhir? Dari mana datang kesemua kamera polaroid dan apakah sebenarnya Payung Indigo? Atau mungkinkah ada dalam perancangan penulis untuk sebuah prekuel atau sekuel? Terus-terang ada banyak persoalan yang masih belum terjawab.

Apa-apapun, entah mengapa saya membayangkan sekiranya cerita ini diadakan dalam bentuk komik, mesti menarik, nah tidak salah saya terbayang sedemikiam setelah melihat profil penulis di mukasurat terakhir. Bahasa yang mudah, sangat Gen-Z saya kira, karakter-karakter yang sangat 𝘤𝘰𝘰𝘭 dan santai, sesuai untuk pembaca muda. Tapi, sebagai anak kelahiran Johor Bahru, saya sedikit ralat tiada deskripsi tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya melainkan ada disebut nama-nama beberapa tempat. Tertera nama “Johor Bahru” di bahagian sinopsis itulah penyebab pertama yang membuat saya tertarik membeli buku ini - cewah, gurau saja. Sebab utama, sudah tentulah kerana saya peminat genre thriller tegar.

Peminat thriller lokal sekarang mempunyai satu lagi pilihan menarik, dan bagi saya konsep ini segar, dan menarik, dan kalau ada idea boleh dijadikan sebuah siri.

#justreaddontbawang #bookmehnia #July2026 #2026reads #JulyTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #polaroid #azrulr
Profile Image for Diniy Qistina.
245 reviews7 followers
July 3, 2026
Baca cerita ni buatkan kita rasa macam kita sedang 'time travel' ke siri Detective Conan. Ada episod yang kita dibawa untuk selesaikan beberapa misteri pembunuhan. Dayang — seorang anggota polis. Qadhir — seorang jejaka muda yang menjadi konsultan Dayang memandangkan dia ada kebolehan dengan kamera polaroid yang membolehkan dia tengok kejadian yang dah berlaku @ masa lalu.

Dah pertengahan cerita baru saya mula faham corak cerita ni. Awal-awal tu memang blur dengan hala tuju cerita ni. Cerita ni fast paced sebab ada banyak kes pembunuhan yang mereka perlu selesaikan. Di samping tu ada diselitkan sekali misteri utama cerita ni — Payung Indigo. Mengingatkan saya pada Black Organization dalam Detective Conan. Lebih kurang begitulah setting cerita ni.

Selain daripada Qadhir, ada beberapa orang lagi yang ada kebolehan dengan kamera polaroid. Setiap mereka ada kebolehan yang berbeza. Mereka yang ada kebolehan ni memang diburu pihak Payung Indigo demi kepentingan sendiri.

Overall, I did enjoy the reading despite few minor issues. Contohnya, ada ayat,

"... lima keping karipap sardin." Sepatutnya, "biji" kan?

Pastu, ada terlalu pencampuran perkataan BM dan BI dalam satu ayat. Ayat dia bunyi macam tak natural dah. 🥹

Contoh, "𝐽𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 beat yourself too hard." , "... cuma nak 𝑐𝑜𝑛𝑓𝑖𝑟𝑚-kan." dengan "Boleh 𝑑𝑒𝑠𝑐𝑟𝑖𝑏𝑒 kat saya fasal Tasha tu?"

Rasanya boleh je terus tulis ayat tu sama ada penuh dalam BM atau BI. 🥹
Profile Image for Kentang.
12 reviews
June 13, 2026
Saya tak tahu ini adalah novel debut ataupun tidak but his writing is so good! Bila terbayangkan dengan kamera polaroid oh wow! Macam vibe anime.

Saya suka bila penulis meletakkan banyak kes-kes yang perlu diselesaikan oleh watak utama dan Inspektor Dayang which is kebijaksanaan Dayang dah macam tengok Detective Conan hahaha

Pada mulanya is a bit draggy. Ada 2 kes di permulaan cerita yang saya rasa agak bosan. Tapi bila masuk kes dalam bas tu i was like 'ah damn what happened'.

Saya tertarik dengan organisasi payung indigo iaitu 3 lagi ahli mereka yang mempunyai kebolehan kamera polaroid. Oh wow i love it!

And the ending saya rasa sangat puas and I was hoping that penulis boleh sambung lagi polaroid 2. Ini bukan permintaan tapi paksaan🤭
94 reviews
October 13, 2026
"...tak salah sekali-sekala berpegang pada masa lepas sebagai kenang-kenangan, tapi kau kena sentiasa mara ke depan."

Fuhh...habis juga saya mengikuti penyiasatan Qadhir dan Dayang dalam novel ni.
Mereka ni walaupun latar belakang hidup tak sama, tujuan utama mereka satu, untuk tumpaskan organisasi rahsia, Payung Indigo.

Apa kaitannya dengan kisah keluarga Qadhir dan keluarga Dayang, kalian kena baca buku ni untuk tahu.

Istimewanya novel ini salah satunya terletak pada kamera polaroid yang mempunyai beberapa fungsi yang unik, dan hanya segelintir orang sahaja yang boleh menggunakannya termasuk Qadhir. Dengan pimpinan Detektif Dayang, Qadhir bersama pasukan penyiasatan Dayang yang lain perlu selesaikan beberapa kes jenayah yang berlainan. Setiap satunya ada plot twist yang tersendiri. Di bahagian akhir cerita pun, masih ada unsur kejutan yang menyangkal tekaan awal saya. Ada yang mengejutkan dan ada juga bagi saya agak mendatar. Kamera Qadhir boleh menyingkap masa lepas bagi setiap kes jenayah yang berlaku dan ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada mereka merungkai siasatan. Ada sesetengah kes vibenya macam movie Knives Out.

Cuma, sebagai pembaca yang suka dengan penjelasan backstory sesuatu, saya masih tertanya-tanya bagaimana kamera Polaroid itu terhasil sehingga mempunyai fungsi yang unik dan macam mana setiap 'Capturers' boleh menemui kamera mereka, adakah dibeli dari kedai kamera secara random semata-mata atau ada sebab yang lain?

Apa-apapun sebagai novel debut, Polaroid boleh dikira sebagai satu novel penyiasatan yang baik! Kalau anda nak mencari cerita tentang jenayah, bermain dengan teka-teki dan tiada unsur cinta, you can give this book a try.
Profile Image for Atiqah Zakaria.
24 reviews
September 12, 2026
Seperti yg dijangka! Haha

Kenapa seperti yg dijangka? Sebab aku boleh predict pengakhiran buat watak Qadhir, watak utama dalam cerita ni. Tapi tuh pun predict bila dah hampir ke penghujung ceritanya yg buatkan aku terpikir macam ‘Eh, ntah-ntah si Qadhir nih….’ , begitulah hehe.

Secara keseluruhannya, jalan cerita menarik yg sarat dengan pelbagai kes yg perlu diselesaikan oleh Dayang dan Qadhir disamping mereka mencari musuh utama dalam cerita ini iaitu Tuan Idris yg merupakan ketua sebuah organisasi yg dipanggil Payung Indigo. Walaupun ada part dalam cerita nih yg menimbulkan persoalan-persoalan buatku tetapi ia tidak menjadi asbab utk tidak meneruskan pembacaan buku ini sehingga ke akhirnya.

Antara semua kes yg diselesaikan oleh Dayang dan Qadhir, aku paling suka kes mengenai 3 kembar di dalam cerita ini. The Perfection, The Perpetrator, The Psychopath. Pd aku, kes nih paling padu betul jalan ceritanya dan kisah disebaliknya. Seriously said! 👍 . Pastu pulak Johor Bahru dan sekitar kawasannya menjadi lokasi/tempat dalam cerita nih lagi lah buatkan aku rasa dekat (bukan dekat padamu oleh Yusry KRU, ahak!) dengan semua watak dalam novel nih.

Walaupun ceritanya adalah mengenai kisah penyiasatan tetapi ada unsur fantasi yg diselitkan juga; kamera-kamera polaroid yg mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri yg dimiliki oleh insan-insan terpilih termasuklah Qadhir - kamera polaroid hijau zaitun miliknya yg boleh menunjukkan gambar masa lepas dengan melafazkan kata azimat kpd kameranya. SNAP!

Terima kasih buat penulis yg memberikan buku ini sebagai hadiah giveaway masa time launching buku ini yg penulis anjurkan di media sosialnya sebelum ini. MY FIRST EVER BOOK GIVEAWAY RECEIVED FROM AN AUTHOR 🥹. Paling mahal dapat siap signature lagi dari penulis. Really appreciate it. Teruskan menulis dan berkarya utk next buku anda, insyaAllah pasti akan support punya sebab nampak potensi utk pergi lebih jauh👍
Profile Image for Edziani Nabila.
153 reviews9 followers
September 20, 2026
Buddy read novel ini bersama kelab buku Suri Ummah Membaca untuk tempoh satu minggu.

Sukalah storyline Polaroid sebab kalau teliti setiap kes penyiasatan yang diketengahkan, ada mesej terselit tentang keluarga.

Manakala femaled lead, Detektif Dayang ada vibe Sherlock Holmes. Nampak macam pemalas, buat kerja asal boleh tapi otak jalan laju, nampak benda yang orang lain terlepas pandang.

Bagi kes penyiasatan pula, kes-kes yang disiasat tak terlalu heavy walau plot twist tak dijangka terutama pada watak si Qadhir. Tak terlalu banyak sampai pembaca rasa penat nak digest satu-satu kes.

Saya tak bagi full 5 bintang sebab ada dua benda yang buat saya sedikit terganggu:

a) Cover buku — tak begitu mencerminkan watak male lead dalam cerita. Sebab watak yang pakai spek tu Krishen, sedangkan Krishen ialah watak antagonis.  😂

b) Babak nurse dan post-mortem — ada kekeliruan dari segi peranan nurse dalam melakukan post-mortem yang buat saya sedikit sangsi. Adakah nurse dibenarkan untuk buat post mortem simple?
Profile Image for Muhammad.
28 reviews
June 8, 2026
Bismillah.

1) apa itu polaroid? sejenis kamera yang apabila kau petik, ia akan keluar Dan siap! namun, polaroid ini ada unik sikit! ia bagi aku sebagai medium yang boleh capture dari segi yang pelbagai.

2) ia mengisahkan qadhir yang tiba tiba dilantik sebagai consultant untuk detective dayang.
mereka ada 2 misi yang sama untuk menumpas payung indigo. sebelum ke titik penghabisan, pelbagai juga mystery ataupun case yang mereka lalui.

3) if korang minat genre yang ada mystery, sedikit fantasy, korang boleh layan novel ni.

wassalam.

( jika polaroid ajaib ini betul ada, apakah kegunaan nya? untuk kebaikan ataupun keburukan? 😬)
14 reviews
August 31, 2026
Genre : Crime mystery, detective fiction
Qadhir ada kamera Polaroid, kamera tu bukan kamera biasa2, tpi boleh ambik gambar masa lepas.
Satu kes yang menemukan dia dgn Dayang, sama2 diorang menyiasat kes pembunuhan dgn bantuan kamera Polaroid.
The best thing is, bukan Qadhir je ada kamera tu, ada byk lagi org yang berkebolehan mcm Qadhir, dan ability kamera yang berbeza.
Kes kematian dlm ni mcm dlm citer Detective Conan, mana2 diorg pegi ad je kes kematian 🔥
All the cases, ada connection dgn organisasi jahat iaitu Payung Indigo.
First half buku ni agak slow sikit, tapi lama2 baca mcm best pulak, sebab cara diorg selesai kes tu hampir sama dgn detective conan.
Profile Image for Nad.
479 reviews2 followers
July 27, 2026
Interesting premise (Polaroid boleh bagitau masa yang lepas)

Cerita ni tak focus pasal Qadhir-Dayang saja. Lebih macam banyak banyak kes untuk dorang selesaikan. Ala Detective Conan gitu (the only contoh boleh bagi sebab itu je yang aku tengok).

Cuma pasal Payung Indigo (?) ni nak tahu kenapa dengan parents Dayang? Kenapa mereka 'dihapuskan' dengan Polaroid tu?
Dan adakah 21 tahun dianggap remaja lagi?
37 reviews2 followers
June 3, 2026
2.5 star

writing style mudah difahami.
storyline ala2 korea penyiasatan. macam by episode ada kes sampailah bertemu semula payung indigo.
untuk penambahbaikan, author perlu kurangkan letak jenama, warna pada minuman, makanan, pakaian. amat lelah apabila baca kasut nike warna hijau, air sekian sekian. makanan sekian sekian. sesekali mungkin okay, tapi bila banyak, ia jadi kurang ummph.
8 reviews1 follower
October 9, 2026
DNF. Mungkin buku ini bukan untuk saya. Saya agak sukar nak masuk dengan gaya penulisannya dan jalan ceritanya kurang menarik perhatian saya. Mungkin pembaca lain boleh menikmati buku ini, cuma secara peribadi, saya rasa ia bukan bacaan yang sesuai dengan citarasa saya.
Profile Image for dayana.
3 reviews
August 11, 2026
The writing style is actually catchy and I have been DNF-ing this book twice, unfortunately. I thought I might give it a shot this time but it’s not reaching for me.
3 reviews
October 11, 2026
Hoping for more actually
But its okay.
Love Dayang punye character. Strong women✨🤌🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Teora Eva.
122 reviews
July 5, 2026
A 4-star read for me. Honestly, I was stuck between giving it 3 or 4 stars, but I decided to go with 4 because the story surprised me.

At first, I thought this was just going to be a typical crime novel, but the twist with the Polaroid element being something mysterious and almost magical made the book much more interesting. It felt like a superpower, but not exactly, and that unique concept really made the story stand out.

I was hoping for a stronger ending and more answers about the mystery behind it. Maybe this story needs a second book to explore it further. Overall, an interesting and unexpected read.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews