Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta 3 Rasa

Rate this book
Kehilangan orang tersayang tiga hari sebelum majlis perkahwinan mereka merupakan tamparan hebat dalam hidup Tengku Rayyan. Sejak hari itu, hidupnya berubah. Dia menjadi seorang yang gemar menyendiri dan menyibukkan diri dengan urusan kerja.

Sikapnya ini menimbulkan kebimbangan di hati Ku Ana. Bersama Qisya, Ku Ana menjalankan misi mencari jodoh untuk Tengku Rayyan. Namun semuanya gagal apabila Tengku Rayyan sering mengelak bila diajak berbicara soal jodoh. Cintanya pada arwah Sofea tak mungkin ada galang gantinya.

Satu hari, ketika Tengku Rayyan keluar berjoging, secara tak sengaja dia telah terlanggar seorang gadis. Maka terjadilah perang kecil antara mereka berdua. Sikap si gadis yang sombong dan berlagak membuatkan Tengku Rayyan tak mahu mengalah dengannya.

“Cik...saya tak nak bertekak dengan awak. Saya dah minta maaf, rasanya itu dah cukup. Kalau awak still tak berpuas hati, saya tak dapat nak buat apa-apa. Daripada saya melayan awak yang ada mental problem ni, baik saya blah. Assalamualaikum...” ~ Tengku Rayyan.

“Tak guna! Dia kata aku ada mental problem! Arghhh...sakitnya hati aku!!!” ~ Amanda

Amanda, dendamnya pada kaum bernama lelaki tak pernah padam. Padanya semua lelaki itu sama. Tak seorang pun yang boleh dipercayai. Kebenciannya pada kaum yang satu ini semakin membara kala bertembung dengan seorang lelaki yang digelar ‘mangkuk ayun’. Harap muka saja kacak tapi dengan perempuan pun tak nak mengalah.

Tanpa Amanda duga, rupanya lelaki yang sering bergaduh dengannya itu adalah anak kawan baik mummynya, Datin Aminah. Semakin sebal dia apabila mummy bercadang hendak menjodohkan dia dengan lelaki itu. Sekerasnya dia menolak. Namun masalah kesihatan Datin Aminah membuatkan Tengku Rayyan dan Amanda bersatu.

Dalam meniti kehidupan sebagai pasangan suami isteri, pelbagai dugaan dihadapi. Sebagai suami Tengku Rayyan tak pernah mengalah. Sedaya upaya dia menawan hati sang isteri. Keikhlasan yang ditunjukkan membuatkan hati Amanda jatuh cinta. Namun dia takut mengakuinya. Apatah lagi peristiwa silam sering membayanginya.

Apa peristiwa silam yang sering mengganggu Amanda? Berjayakah Tengku Rayyan menawan hati sang isteri yang keras seperti ais batu? Adakah rumahtangga ini mampu bertahan setelah peristiwa hitam itu terbongkar? Ikuti perjalanan cinta Tengku Rayyan dan Amanda Sofea dalam Cinta 3 Rasa.

Paperback

First published March 1, 2015

2 people are currently reading
55 people want to read

About the author

Wardina Aisyah

11 books62 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (42%)
4 stars
8 (28%)
3 stars
5 (17%)
2 stars
2 (7%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
May 28, 2015
cinta masam manis mengisahkan tengku danish..abang kepada tengku rayyan...dalam cinta 3 rasa..kisah tengku rayyan sendiri...namun terselit gak pasal tengku danish..yang tak habis2 sengal..same sengal ngan qisya...btw,.sikap tengku rayyan..byk sabar,.selalu positif menarik minat amanda dan membuatkan amanda jatuh hati pada ryan,..cuma disebabkan kekurangan,.amanda jauhkan diri..masa baca novel ni,.sy amat berharap amanda sempat diselamatkan dr kejadian rogol tu.,cuma dia tak sedar apa jadi..hehehe..kira mcm dia pun terkejut lps "bersama" ngan ryan..rasa kesian pulak kt ryan..ape pun..rasa nk cari lagi 2 novel awk..nk kumpul bg cukup..
286 reviews52 followers
April 5, 2015
kisah yg tidak terlalu berat….seng utk dihadam…..perubahan drastik dlm diri amanda adalah akibat sesuatu yg telah terjadi dlm hidupnya…sesuatu yg amat pahit bt seorg gadis akibat kerakusan manusia….namun tanpa di sangka, perkahwinannya dgn rayyan mampu mengubah diri amanda yang sebenarnya…rayyan terkejut mendengar punca sebenarnya yang mengubah diri amanda…namun krn ksh syg dan cinta nya pd amanda, rayyan melakukan sesuatu demi membalas perbuatan kejam yg telah dilakukan ke ats amanda….
amanda mendiamkan segalanya adalah kerana demi maruah keluarga dan juga perniagaan ayahnya….at last kebahagiaan hadir juga dlm hidup amanda dan rayyan….
rayyan yg sblm ini hidup dlm kenangan silam dgn arwah tungnya, bebarubah setelah dia mengahwini amanda…rayyan akhirnya dapat menerima bhw jodohnya bkn dgn arwah sofea tetapi amanda lah jodoh bt dirinya….
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 17, 2015
Mmg betul2 3 rasa... Pelbagai bentuk perasaan dapat feel ngan baca nobel nie..

Ada sat2, menyampah, awatla wat perangai lagu tue Amanda Sofea..

X sat pulak rasa, jatuh cinta pada kebaikan hati seorang Ku Rayyan

Pastu plak geli hati baca part2 Qisha ngan Ku Danish... Hahahaha

Tp mostly mmg mcm roller coaster bila baca the real truth. Huhuhuhu... Benggang giler! Tp laie best x lapor plak. Sdgkan mak ayah somebody la blh amik lg drastik move, haila Amanda Sofea. Part tue blur plak anda..

Sib baek ada hero bangkit sat balas dendam. Ngeeee
Profile Image for Jaja.
14 reviews2 followers
April 6, 2015
mula2 grm jg pd amanda..tapi bila tahu knp amanda jd cegitu..rasa simpati..kasihan dia..tg rayyan saya suka wataknya..dan apa yg saya suka kemunculan tg danish dan qisya dlm cerita ni. cerita santai yg menarik dan buat saya tak pening dgn plotnya yg ringkas dan mudah dihadam.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.