[BOOK 9]
Kerana Lamaran Itu by Xuanza.
.
Ku pinjam e-book ngan PNM. Muchos gracias! Oh ya, by the way, ku baca yang versi lama punya. Dan ku pun tak tahu apa beza versi lama ngan versi baru LE IKP.
.
Pssttt... Sebenarnya kan, ku dah lama teringin nak baca buku ni. Tapi, bila baca review kat Goodreads, rasa macam berbelah bagi. Sebab katanya, akan rasa dejavu. So, nampak tak, setelah beberapa tahun, baru sekarang yang ku gigih baca buku ni.
.
Dan bila dah baca, tipulah kalau aku cakap yang tak rasa dejavu tu. Tapi, mungkin sebab buku ni pun dah lama, so, ku takde lah rasa cam teruk sangat.
.
Xuanza sentiasa buatku rasa stress dan tertipu. Macam baca Bernafas Tanpamu, dia akan membuai perasaanku di awal cerita. Tapi bila sampai part lepas kahwin je, terus hancur berkecai.
.
Amal Humaira dan Haicarl bertemu tanpa sengaja. Tapi, pertemuan demi pertemuan secara kebetulan menimbulkan rasa cinta. Sehinggalah Haicarl melamar Amal. Walaupun perkenalan mereka singkat, mereka yakin untuk melangkah ke alam perkahwinan. Tapi, alam perkahwinan bukanlah seperti yang mereka bayangkan. Haicarl yang sangat berahsia buatkan Amal rasa ragu-ragu. Lagipun, Haicarl ni masih stuck dalam kenangan silamnya, yang mana Amal pun tak mampu masuk. Amal, being a very understanding wife, memang sentiasa memberikan masa buat Haicarl. (Tapi aku yang jadi tak sabar nak tahu rahsia tersebut).
.
Dan kemunculan Irham yang kembali menagih kasih Amal. Haihhh... Sesak jantung jadinya. Dan kadang-kadang ku geram ngan Amal. Dia rasa bersalah, sebab tu dia melayan je si Irham ni. Tapi bagi aku, tu namanya beri harapan. Dan si Haicarl pulak masih berahsia. Adoiii....
.
Bagi aku, watak dalam ni, ramai sangat. Itu yang buatkan cerita ni jadi meleret sikit kot. Dan cerita ni jadi slow sikit, mungkin sebab hanya berdasarkan POV Amal. So, memang duk tertanya-tanya je la. Lagipon, rahsia si Haicarl ni memang boleh buatku terkejut giler. Ya, dia ada sejarah silam yang sangat menyakitkan. Sebab tu, traumanya sangat teruk. And he's so lucky to have Amal as his wife.