Jump to ratings and reviews
Rate this book

Blues Amni #3

Proposal Cinta Selamanya

Rate this book
Bila Haidar memutuskan hubungan dengan alasan tak sekufu, Amyra tak mahu bercinta lagi. Dia bercita-cita ingin mengumpulkan modal yang cukup untuk membina perniagaannya sendiri. Semua tak penting lagi dah. Hinggakan Zaim Armani, anak jutawan di depan mata dia pun Amyra buat derk aje.

“Pernah dengar quotes ni? Lust starts with chemistry. Love starts with trust and respect.” –ZAIM.

Bila tengah sibuk bekerja, dia bertembung pula dengan Leonard, pengusaha perabot pengukir berdarah Jawa tak kalah ganteng tapi sekejap ada sekejap tak ada. Hati wanitanya tercuit juga, tetapi... Amyra tidak mahu hubungan yang tergantung. Dia mahukan sebuah hubungan yang kukuh, yang boleh membawa pada penyatuan dua jiwa secara halal.

“Orang Jawa itu tempatnya di perasaan, selalu bergulat dengan kalbu dan suara hati, dengan menahan hawa nafsu agar bijak menangkap maksud yang tersembunyi.” – LEO.

Sudahnya Amyra mencari along. Itulah penasihat terbaik untuk menyelesaikan jiwanya yang kacau itu.

“Aku cakap yang benar, dik. Kau tu satu-satu anak perempuan abah. Carilah bakal suami yang boleh diharap sikit. Yang boleh betulkan singki tersumbat, yang boleh pasang mentol lampu, yang boleh aku ajak turun ke sungai…boleh bergelumang dengan bau ikan sungai. Ah, pendek kata yang bertulang besi berurat dawai macam aku ni ha….” Afnan singsing lengan baju, tayang lengannya yang berotot.

Amyra pegang kata-kata alongnya tu. Tapi... antara arkitek dan pengukir kayu, dua-dua pun ada perniagaan sendiri. Dua-dua pun boleh pegang ikan patin. Siapa yang ada dalam hati Amyra?

“Saya cari suami, bukan setakat jadi kekasih bertahun-tahun tapi belum tentu ada jodoh.”

595 pages, Paperback

First published April 1, 2015

8 people are currently reading
191 people want to read

About the author

Rose Harissa

35 books220 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
87 (40%)
4 stars
85 (39%)
3 stars
37 (17%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 66 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
November 19, 2015
Tak sia-sia jadi #teamleo hahaha :P

Kredit pada Kakrinn yang gagah perkasa, sudi melayan pesan makyong. Dan, terima kasih buat sang penulis atas titipan yang buat aku tersengih seharian.

Full review: 19/11/2015

Tengok review Ras, aku pun gigih mahu taip review hahaha. Bukan apa, banyak nauuu tinggalnya. Belum masuk novel-novel yang dibaca selepas habis ‘cuti’. Hmm... macam ada gaya mahu pencen dah ni hahaha.

Dua lelaki yang penuhi ciri-ciri idaman Amyra. Pening kepala dibuatnya, mahu pilih yang mana. Mahukan si-babang-Zaim atau Leo-yang-biasa-biasa-itu?

Ha, ini sebenarnya intipati cerita. Benar, ada part seperti kisah lelaki kaya, kacak, dan baik. Aku kira kesemuanya ada dalam edisi jejaka idaman. Ini kerana RH sendiri sangat gemar akan hal mem-boombastik-kan sang heronya. Dan, tambah extra mark sebab kali ini watak-watak lelaki dalam PCS diseimbangi dengan watak Amyra yang matang.

Tapi, ya ini bukan takat kisah hero-heroin atau kisah cinta khayalan. Dalam membangunkan ketiga-tiga tunjang utama ini, banyak yang aku kutip buat ingatan diri sendiri. Terserah anda, antara mahu dengan tidak saja.

Kredit sebab penulis memang buat homework, atau boleh dikatakan pengalamannya dibawa masuk dalam novel kali ini. Selok-belok pekerjaan Amyra-Leo-Zaim diceritakan dengan baik. Aku suka, ianya tak seperti copy-paste-enche-google. Dan, tetiba aku rasa macam nak buka kedai sweet sour. Eh! Apa ke hal sour pun masuk? Hahaha :P

“Saya cari suami, bukan setakat jadi kekasih bertahun-tahun tapi belum tentu ada jodoh.” - Amyra


Nampak mudah. Tapi bila berdepan... hmm... susah sungguh mahu membuat keputusan, kan kan kan? *wink*
Profile Image for Hajar.
284 reviews
May 7, 2015
Nyaris tergelincir dengan pesona Zaim. Phew~

05-05-2015

1. Kisah ini sebenarnya Blues Amni versi baru. Jadi pengikut kisah Blues Amni (macam saya) memang menantikan penyudah kisah ni sebab nak tau siapa pilihan si gadis bernama Amyra ni.

2. Amyra ni bukannya pereka besi, sebaliknya hanya Eksekutif Jualan yang ada latar belakang pendidikan interior design. Pekerjaannya itu memerlukannya banyak bercampur gaul dengan lelaki walaupun kadangkala pemikiran skeptikal masyarakat tetap memandang rendah keupayaan wanita untuk bekerja dalam bidang ini. Pernah bercinta bertahun-tahun namun akhirnya perhubungan itu berantakan bila si lelaki menggunakan alasan mereka tak sekufu untuk memutuskan hubungan. Huh. Memang tak boleh pakai lelaki macam ni. Perkenalan dengan si kacak dan si ganteng banyak beri impak dalam kehidupan Amyra. Kedua-duanya sama baik dan sama pentingnya buat Amyra. Tapi mana satu agaknya yang akhirnya jadi pilihan Amyra? Yang penting kan, Amyra ni agak lurus bendul dan tak menjengkelkan macam heroin ciptaan penulis terdahulu. Hahah

3. Zaim Armani Tan Sri Jailani (Zaim). Nama memang gah. Anak VVIP. Ditambah pakej rupa dan kerjaya yang cemerlang sebagai arkitek. Cuma satu je yang buat Amyra jengkel, mamat ni kerek sangat! Kali pertama jumpa Amyra, macam-macam yang disindir dan diperlekehkan. Manalah Amyra tak meluat. Tapi makin lama kenal Zaim, Amyra mula sedar yang Zaim tu taklah seteruk yang disangka. Masih ada sisi baiknya yang tak diketahui orang lain selain ahli keluarganya. Itu yang nyaris buat saya tergelincir tu! Haha. Cuma silapnya Zaim dia sangat terburu-buru. Walaupun asalnya saya agak tak berpuas hati bila pengakhir wataknya jadi sebegitu tapi bila dia sanggup bertanggungjawab atas perbuatan dia, terus rasa terkilan itu hilang begitu saja. Kalau tiba-tiba ada special entry untuk Zaim ni kan bagus? *kelip-kelip mata*

4. Leonard Raden Ryszard (Leonard). Watak kegemaran saya. Ahaks. Awal-awal dah bias. Si tukang perabot yang ganteng. Tenang dan menenangkan. Sangat menjaga pergaulan. Banyak menegur dan membantu Amyra yang ingin mula berubah dan berusaha memperbaiki diri. Siapa sangka lelaki yang lemah lembut (bukan patah okay? Haha) dan berhemah ni rupanya dalam diam menyimpan rasa buat Amyra? Tak sangka juga ada rahsia yang disimpan oleh Leonard selama ini. Patut pun gayanya tertib semacam sampai abang Amyra siap ingat Leonard ni "LGBT in the closet". Hahah. Nasib mamat ni takde aura kucing garong macam Adam walaupun namanya Raden Singa Penguasa Yang Kuat. :D

5. Suka dengan keluarga Amyra yang sempoi dan selamba. Lebih-lebih lagi abang-abang Amyra yang macam bouncer tu. Hehe.

6. Kagum dengan keluarga Tan Sri Jailani yang kaya tapi tak jadikan kekayaan mereka untuk memandang rendah orang lain sebaliknya tak segan berkongsi rahsia kejayaannya untuk panduan orang lain. Salute!

7. Tak suka dengan Mr. Chan (bos Amyra) yang cerewet tu. Nasibla Mr. Chan ni bukan super cerewet dan kerek macam Mr. Phua bos Amni tu. Mau bertambah sakit jiwa Amyra kalau dapat bos macam Mr. Phua. Hihi.

8. Suka dengan ending scene yang comel. Buat saya teringat kisah Surihani dan Ervan Prima Sakti pula. :)

9. Tanpa adegan manis bergula pun, banyak momen manis yang buat saya teringat-ingat walaupun saya dah tutup buku. Antaranya? Scene Leonard payungkan Amyra di tengah panas waktu Amyra singgah Bukit Rimau. Betullah kata orang, kadangkala hal yang sekecil itu pun mampu menyentuh hati perempuan. Hikhik..

10. Puas hati sebenarnya bila dah dapat baca kesudahan kisah ni. Tak sia-sia menunggu. :) Terima kasih Kak Rose untuk kesudahan yang saya mahu. Ahaks.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 23, 2015
dalam sehari i'm done....

apa yg boleh MB kata naskah kali ini
ok sahaja MB suka lagi GND dan karya remaja penulis

pilihan ku mmg tepat dari awal hehehe
kepada yg lain jgn kecewa ada baiknya si Amyra ni memilih si dia sbg teman hidup

owh satu lagi MB rasa kisah kali ini mcm nk hbs cepat je mcm ada yg xdapat disampaikan

olahan penulis mmg tak dapat dinafikan ada cara tersendiri

Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 6, 2015
Tidurku pasti lena malam ini
Kerana pilihan hati telah pasti
Gembira rasanya tidak terperi
TBC sehingga esok pagi.... Ahakss...

Full Review....

Yeay... finished RH's 3rd book.
Dah tau dah, baca buku RH would be stressful...
Dah tau dah, baca buku RH would make hidup tak keruan...
Dah tau dah, baca buku RH would bring on undeniable mixed n unresolved feeling....
TAPI....
DEGIL KAN.... DEGIL! DEGIL! DEGIL!

But what to do, good things doesn't come easy and is always penuh dengan pancaroba. I absolutely love the story. Stressful yet never a dull moment. That is why I sometimes felt like want to put it down but sometimes want to keep on reading. I think this is how Amyra felt when the proposals came... Eh!!! Tetiber fefeeling Amyra laks... ahaks...

Frankly speaking, I never want to walk a mile in Amyra's shoes. I might not have make it out with flying colors. Two awesome proposals from 2 awesome guys. DI SANA MENANTI, DI SINI MENUNGGU... *sigh*

I love how the author portrayed everything in this story. The closeness of family bond. The humble lifestyle of the rich and famous. The simple and sweet banter between siblings. The compassionate attitude towards people less fortunate. Amyra's heartfelt effort to change for the better. The non stop words of wisdom and sweet advice from a guy to his girl. The caring and protective way from a guy to his girl. What else do you need? I am content.

I was asked... WHO WOULD I HAVE CHOSEN.
Well.... both are great. Both have their own charms and special qualities but the heart wants what it wants.... I must say I have a very very very hard time trying to stick to my chosen one. Really struggled in fact and in my weaker moments, I actually ALMOST switch side. ALMOST only aaaaa.... Read and you will understand why we [me n the bonetrian gals] have a really hard time keeping up with our choices.

One guy on one hand, is a little bit too duniawi in my opinion. Need worldly praise and never get tired of compliments BUT when he do good, HE DID GOOD!!! The other guy on the other hand is down to earth, humble to a fault and always thankful for what was handed to him and even when handing out expect nothing in return. NOW.... who do you think I chose? DO THE MATH.

P/S: I love Amyra... She is such such an adorable girl. I simply can't find any fault in her. I absolutely adore her n no wonder she was blessed with the best guy... :)
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
May 27, 2015
4.5*

Pertama sekali bila tahu kisah ini di olah semula dari kisah Blues Amni hati dah bersorak riang. Manakan tidak Blues Amni berakhir di saat-saat kritikal dan tak tahu akan adakah sambungannya.

Kisah Amyra-Zaim vs Leo
antara dua lelaki ini keduanya punyai pekej yang sempurna di mata Amyra kedua-duanya mampu membuat Amyra binggung jadi yg mana satu pilihan hati Amyra ya.

Kali ini penulis sangat bijak mengelirukan pembaca.Penulis memberi ruang secukupnya untuk ketiga-tiga watak berkembang jadi kepada siapa-siapa yg tidak pernah baca review di GR memang tiada hint langsung tentang siapakah bakal menjadi pilihan Amyra.

Sedikit kecewa untuk pengakhiran watak yg bukan pilihan Amyra tapi tiada manusia yang sempurna mungkin sedikit pengajaran utk watak tersebut sekurang-kurangnya dia bertanggungjawab atas kesilapan dia.Harap dia berbahagia dan mereka memang sesuai bersama.

Saya suka kisah ni, dan saya merasakan penulis tidak terlalu mencuba segala yg di jelaskan tentang dunia pekerjaan Amyra sangat terperinci dan tidak membosan .

Suka Sangat Suka
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 17, 2015
Rasanya Mai sorang je kot team Zaim, Cik Pah dan geng Bonet team Leo. So selamatlah Mai tak payah rebut2 hahaha. #teamleo

Thanks Kak Rin gagah perkasa (pinjam ayat Airina) terpaksa heret beg gedabak belikan buku ni untuk Cik Pah bersama pesanan2 dari rakan yang lain. siap dapat ttgn penulis lagi. :)

2 hero yang susah dibuat pilihan. Proposal datang serentak dan kedua-duanya ada kelebihan. Emmm semestinya pilihan hati adalah orang yang dirasa selesa dan selamat dan bukan nafsu semata-mata. Kali ini watak heroinnya matang. Cik Pah suka watak matang sebegini daripada sifat keanak-anakan.

Isu-isu pasal makanan halal, cara pakaian, hubungan sepupu-sepapat, pekerjaan arkitek dan sewaktu dengannya memang terbaik. Suka juga hubungan kekeluargaan yang diceritakan.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
October 28, 2019
hero Rose Harissa xpernah la xbest, sekali dalam novel ni muncul dua hero lagi pening nak memilih nasiblah aku bukan Amyra yg nak kena memilih dan sangat happy dia yg terpilih..hehe
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
November 17, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM16.00. PM je...

Kenal ngan kisah Blues Amni (Oh Kerja dan Cik Propagandis) keluaran PTS Litera Korang rasanya x kot. Sapa la nak baca siri-siri remaja dibandingkan dengan novel umum kan? Mungkin kerana itu, siri terakhir Blues Amni; Jodoh di revamp-kan menjadi Proposal Cinta Selamanya untuk meluaskan jangkauan pembacaan dan pemasaran.

Dan ia memang betul-betul revamp daripada Blues Amni. Ke-revamp-an yang hampir-hampir me-M-kan aku! Ohh, lupa.. aku kan ada masalah ingatan sikit. Bila terpaksa 'ulang baca' scene antara Amni-Adam-Bern dengan plot Amyra-Zaim-Leo.... faham2 sajalah.

Mujurlah ke-revamp-an hanya untuk 1/3 daripada naskah. Yang 2/3 bakinya, penulis berjaya menjadikan PCS milik Amyra bukan lagi berbayangkan Amni.

So, team siapakah anda? :P

Mungkin hanya akukah yang daripada awal telah memilih Leo instead of Zaim? (for me) Penulis daripada siri Blues Amni lagi telah 'menjodohkan' Amni-Bern/Amyra-Leo. Watak Zaim telah 'dihitamkan' daripada mula lagi. Banyak sebenarnya sifat negatif Zaim yang disusun cantik tapi disembunyikan hingga mengaburkan rasa pembaca. Atau mungkin, watak Zaim lebih mendominasi jika dibandingkan Leo yang hanya muncul seadanya. Atau mungkin, sikapnya dengan anak2 di rumah perlindungan tersebut tambah mengaburkan peribadi negatifnya di jiwa pembaca.

Jika ada watak hero 'gelap' yang paling tidak mampu dibenci, Zaim lah orangnya...... (ohhh, lupa... aku masih punya JJ yang pasti mengungguli carta selamanya)... ;P

Leo? Bagaimana penulis mencorakkan watak Bern dalam Blues Amni, begitulah Leo dalam PCS. Dia seperti Legolas dalam trilogi Hobbits; perfect tahap dewa!

DAN...

Ternyata aku tetap gilakan jiwa penulis ini untuk karya2 remaja berbanding naskah2 umumnya.



Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
November 10, 2018
Memandangkan aku antara yg terakhir baca buku ni maka tak perlu lah selindung2 jalan cerita ya 😅


Kisah Amyra, Zaim dan Leo. Kisah ini meletakkan kita dalam dilema Amyra. Kita mula mengenali Zaim dan Leo bersama-sama Amyra start dari kosong. Bila pilihan terletak di tangan Amyra, kita plak yg sibuk berdebar. Kedua dua calon ada kelebihan sendiri.

Zaim - devilish and charming.
Leo - angelic and gentleman.


So nk pilih yg mana🤔

Haidar takyah ceritalah sbb dia tu dahla irritating useless plus vodo plak tu. Rimasss.


Gerak cerita semakin menaik selepas Amyra berenti kerja dan bekerja sendiri. Leo dan Zaim juga semakin menunjukkan minat untuk menarik perhatian Amyra.


Zaim mula menyaingi sisi baik dan islamik Leo bila dia rupanya seorg yg pemurah dan menyayangi anak2 yatim. Banyak point utk Zaim naik bila Leo plak merokok bila sgt down.


Lepas tu dua dua plak sama ngek bila ambil kesempatan pegang tgn Amyra tanpa izin. Bila leo plak lelap di bahu Amyra, mencalarkan imej bersih/islamik dia di mata pembaca. Sama level balik dgn Zaim.


Memang perasaan melumba lumba menghakimi Leo dan Zaim di peringkat ini sebab nak mengesan siapa yg lebih baik utk Amyra.

Bila proposal paper tiba di tangan amyra maka ketika itu baru terserlah siapa yg akan end up dgn Amyra sbb tajuknya ada perkataan proposal.


Walaupun Leo ditangkap khalwat, point utk zaim turun mendadak bila sikap dia menangguk di air keruh dan memburuk burukkan Leo tanpa usul periksa. Reject.


Proses ke arah perkahwinan Amyra-Leo yg penuh istiadat menjadikan penceritaan refreshing dan sangat informatif



Sekian.
Lama x menaip review novel, buruk benor rasanya review aku 😂😂😂😂
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 7, 2016
suka yg ni compare dengan guys next door
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,042 reviews378 followers
May 29, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Untung betul jadi Amyra. Selepas hubungan tujuh tahunnya dengan Haidar kecundang, dua lelaki yang sama hebat muncul dalam hidupnya.

Amyra – seorang gadis 24 tahun berkelulusan Diploma in Interior Design bekerja sebagai sales executive di sebuah syarikat metalworks.

Zaim Armani – seorang jejaka 31 tahun, seorang arkitek, lelaki kerek tapi baik hati

Leonard Raden Ryszard – 31 tahun, seorang pengukir kaya yang sentiasa berbau wangi

Zaim dan Leo berlainan watak, tapi kedua-duanya menambah rencah dalam hidup Amyra. Memang keliru, siapa akan menjadi pilihan Amyra. Kejap N lebih suka Zaim, pastu kang terlebih suka kat Leo pulak. Apa yang boleh N katakan adalah Amyra ended up with the right guy. So all is well. Cuma kurang berpuas hati dengan ending salah seorang watak lelaki ini. Kecundang jua akhirnya...
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 15, 2016
Until today if I get bored with any novels in my collection I will keep reading this sebab tak sarat ngan plot dan character dalam novel ni memuaskan cuma satu bab terlanjur je macam nak tempeleng.

Zaim, 31, ni local graduate, good looking, kaya tapi berlagak walaupun well mannered juga. Mature jugak bila berhubung kait soal kerja office management not site. Semua dia nak yang terbaik. From head to toe to GF dia bangga..semua nak perfect..suka dipuji..senget betul sedangkan kalau kita cerakin kata2nya ke Amyra he seems humble enough..Sikit je..bab kerja dan management berbual champion macam man of the world gitu. Bercinta ngan Sara tapi putus sebab kecurangan Sara. While he was still with Sara he developed feelings for Amyra..Tepuk sebelah tangan je. Ye ke?
Profile Image for Mslvoe.
2,112 reviews204 followers
June 9, 2022
10 stars!!

Ya Allah berbunga² baca naskah nie dari awal till the end.

Zaim tu cam lelaki gatal la.. aura dia tak sampai nak jatuh cinta kat dia.

But Leo, oh my! Dia memang mystery tapi aura dia memang buat kita leka.

Best naskah ni. Thank you kat Umi sudi pinjamkan buku. Memang terbaik naskah dari RH. Hebat kisah² dia.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
January 11, 2025

"Awak nak pilih siapa?"

"Saya atau dia?"

Amyra tergamam.

"Tak apa. Saya faham. Sekarang awak ada dua calon suami. Saya bagi awak masa untuk berfikir.
Kalau awak rasa saya lebih layak, simpan cincin tu.
Kalau tak, pulangkan."

BEST GILA!!!!!!! Karya Rose Harissa memang tak pernah mengecewakan aku.

Mengisahkan tentang Amyra yang bertemu dengan Zaim dan Leo masa meeting untuk sesebuah projek. Amyra ni kelulusan interior design tak silap aku ke memang architecture aku dah lupa hehe tapi dia bekerja sebagai sales executive. Masa meeting tu berjumpa Zaim dan Leo sebab Zaim ni arkitek dan Leo ni tukang kayu untuk projek tersebut. Long story short, Zaim dan Leo ni dua dua sukakan Amyra dan melamar dia pada hari yang sama!

Zaim - Merupakan seorang arkitek yang kerek di mata Amyra. Anak Tan Sri tapi humble dan pemurah. Aku suka je karakter dia ni sebab macam nakal and bad boy gitew cumanya ada beberapa perkara yang buatkan aku off dengan Zaim ni. Pada pandangan aku lah ‘cinta’ dia terhadap Amyra ni lebih kepada nafsu sebab ada beberapa dialog dan scene yang menampakkan dia ni bernafsu kepada Amyra. SPOILERRR!!! Aku turn off gila and rasa suka aku kat watak ni terus hilang bila dia tarik dan cuba nak kiss Amyra sebabkan pinangan dia ditolak. Kat sini pun dah jelas watak dia ni kuat nafsu. Sedih sikit pengakhiran dia sebenarnya…

Leo - watak dia tak muncul sebanyak Zaim (tapi banyak jugak scene Leo ni) tapi aura dia tu memang kuat. Memang husband material. Dia banyak nasihatkan Amyra dari semua aspek. Seorang yang digambarkan dengan rambut yang panjang dan beragama. Sejujurnya awal pembacaan aku macam hm bosan la dia ni sebab watak typical nice guy gitu tapi makin lama bacaan, memang mustahil untuk tak jatuh cinta dengan Leo ni. Dia selalu jugak ada bila Amyra memerlukan.

Kalau nak tahu siapa korang kena baca. Tbh aku rasa korang tahu dah siapa pilihan hati Amyra sebab banyak sangat dah spoiler (sebab novel ni pun dah lama published) tapi kalau korang nak tahu kenapa ‘dia’ yang dipilih, korang kena baca!!

Jalan cerita dia very smooth dan pada aku lah, very fast paced. Karya RH memang aku suka baca sebab aku jadi ralit. Sedar sedar dah setengah buku dah pembacaan aku. Banyak topik best yang ada dalam buku ni antaranya pasal sunnah ketika makan, makanan halal, interior design and architecturing, aurat dan adat orang jawa. Bukan novel cinta semata. Aku tahu ni novel lama tapi still relevant untuk dibaca.

5/5 🌟

Masuk list Best read 2025 aku!





This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
October 25, 2019
Aku taktau la memang cerita ni slow pace and meleret or aku je yg rasa camtu sebab mood membaca tak betul betul in mode.

Tapi tetap besttt!!! Jarang sgt aku belek kebelakang utk tau hero sebenar. Tapi this time aku geram sgt, belek jugak utk tau sape lah hero sebenar sama ada si Zaim Armani or Raden Leonard yg bakal dipilih si heroin Amyra. Ternyata jangkaan aku salah sebab aku ingatkan heri tu si A, rupanya si B. Gituuu. Tapi best lah hehehe.

As usual, characters yg ditulis kak rose sentiasa the bomb. Sentiasa melekat di hati, tak kira hero ke heroin ❤️
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 21, 2015
1 word describe my entire journey of reading this... PRICELESS!!!!

Zaim & Leo senantiasa buat hati Amyra bunga2... omey angat angat!

betul kata orang, kalau dah jodoh memang x kemana, tapi kalu bukan jodoh, apa2 pun x dapat.

cume sayang atas keterlanjuran Zaim.. kalu x dia masih lagi 5 bintang di hati. ahaks...
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
April 14, 2015
Proposal Cinta Selamanya

Memang menjadi dilema bila didekati 2 lelaki yg mempunyai kelebihan masing2& menjadi rebutan wanita lain..
Amyra seorang sales exec. yg mempunyai latar belakang diploma dalam Interior design ni selalu diperkotak katikkan oleh bosnya . Pekerjaan Amyra memerlukan dia berurusan dgn pelanggan& sentiasa kena berada di site lah yg menemukan dia dengan Zaim yg encem/kerek& Leo yg wangi/ cool.
Dalam byk2 novel sy dpti novel ni mmg menceritakan secara terperinci akan kerja si Amyra ni. Good job la Rose, very detail
Information about iron works.
2 jejaka so ada 2 watak antagonis. 2 jejaka yg watak berlainan mana satu jadi pilihan Amyra. Dua2 Amyra suka tapi yg mana satu chemistry lebih hanya akan diketahui bila dah baca proposal cinta sbb nak menang tender kata Amyra..
Nak tau lebih2 kena teroka sendiri citer ni sbb nanti x thrill la kalau citer sampai abis kan?
Citer ni memang best...
Profile Image for Eisya.
192 reviews4 followers
October 12, 2023
Zaim dan leo, dua pilihan yang perlu dipilih untuk dijadikan teman hidup. Dua2 hadir melamar dalam masa yang sama.. siapa yang amyra pilih? Jeng…jeng…. Masing-masing ada charm tersendiri. Geram ngan haidar ex bf amyra minta putus sebab rasa tidak sekufu.. lepas tu bila jumpa balik amyra dengan lelaki lain menyibuk pula dia cakap cepat sangat dapat pengganti dia. Apa punya perangai la si haidar ni..baru jadi arkitek dah berlagak. Abang abang amyra walaupun nampak macam gangster tapi demi adik, mereka memang betul-betul uji calon bakal suami amyra.. dan siap bg tahu pendapat mereka tentang calon-calon tersebut siap bg gambar lagi dekat amyra untuk buat penilaian.

Paling tak boleh terima ayat ni…👇🏻

“Lust can lead to love. Lust starts with chemistry.” ( nak tau siapa yang cakap macam ni kena baca).
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
July 17, 2020
Pilihan yang tak dijangka. Jodoh yang tak disangka. Dan rahsia yang tersimpan akhirnya terungkap jua.

Antara Zaim dan Leo. Beza dia bagai langit dengan bumi. Dan dengan penuh tak sabarnya aku belek belakang sebab nak tahu Amyra dengan siapa. Selalunya aku tak buat macam tu tapi rasa tak sabar nak tahu tu semakin menjadi plak.

Memang pada mulanya aku suka watak Zaim tapi lama-kelamaan rasa suka tu beralih ke Leo. Aku rasa dia sangat misteri. Dan sebenarnya dia selalu ada untuk Amyra. Masa tayar kereta Amyra pancit, masa Amyra nak bukak kedai dan Leo selalu bagi nasihat dekat Amyra fasal kehidupan/agama. Jadi pendorong Amyra berubah dan dia tak sesekali pun memburukkan orang lain untuk kepentingan hidup dia. Dan sampai ke akhir cerita baru tau Leo tu sebenarnya siapa. Berdarah biru rupanya.

Dan tak sangka Zaim begitu. Betullah dalam Islam dah terapkan untuk jaga pergaulan. Sepupu tu bukan macam adik-beradik kita yang boleh disentuh sesuka hati. Dan bila selalu berdua akan wujudlah makhluk penghasut yang akan menyesatkan manusia.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 19, 2015
best2..tapi rasa x puas pulak...cepat sgt ending dia...
Profile Image for Bay.
267 reviews4 followers
September 6, 2025
Aku suka Amyra dalam ni. Watak dia memang strong girl betul. Willing to fight for herself bila ditindas. 🤩

Leonard, teruna Indo Jawa. Patut la ada nama Raden. Memang patut ada. Mysterious but captivating? Aku suka baca pasal kisah dia. Kenapa la author buat kisah tentang Zaim banyak sangat? Nak tau juga dengan lebih mendalam pasal Leonard. 🫠

Zaim ni dia witty and playful. Sayang la sebab dia suka physical touch. Haram brother harammmm🫨
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
March 21, 2020
#14-2020

Baru baca tak sampai 10 bab, dah banyak red flags yang si Zaim Armani ni tunjuk. Beza benar dengan perilaku si Leonard Raden Ryszard yang ganteng dan gentleman.

Tapi kan, aku memang salute habis dengan si Amyra ni. Kena tadah dengan jejaka kacak dan kaya macam si Zaim pun dia masih steady. Zaim yang bijak menggoda dengan sweet talk dan sikapnya yang terkadang manja. Kalau aku memang dah goyang dah. Gua tabik sama lu Amyra, lu memang kental! Hahahaha

Yalah, kalau dah lawannya si Leo memang berbaloi lah Amyra kentalkan hati. Karektor Leo yang tenang dan patah bicara yang tersusun memang menyejukkan hati mak-mak di Malaysia termasuklah aku yang bukan sama sekali kategori mak.

Satu yang aku sangat suka dengan Rose Harissa adalah, beliau antara penulis yang bukan sekadar menulis untuk bercerita malah mendidik.  Walaupun susunan kata yang dipilih tidak terlebih kartun namun masih jelas aura komedi romantik yang cuba ditonjolkan.

Buku ni aku beli circa 2016 (?). Empat tahun kemudian baru aku baca. Dan ya, masih banyak lagi buku dekat almari dapat nasib yang sama macam ni ✌️ Dalam getar dan gundah menghadapi wabak COVID–19 ni, karenah Zaim-Amyra-Leo banyak membantu menenangkan. Korang yang tengah gundah gulana tu harapnya Leo si penyejuk hati dapat menceriakan hari-hari anda.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
January 28, 2024
Saya beli dan baca novel dengan cover baharu di bawah penerbitan Idea Kreatif.

Walaupun mula-mula tu macam tak setuju kenapa Amyra pilih Leo. Tapi sebab menuju pengakhiran tu nampak jelas pilihan beliau tidak salah lagi. Kaya dan hensem tak semestinya perangai pun baik macam malaikat ye dak? Yang penting mestilah wangi. Hoyeahh
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
March 28, 2022
[BOOK 49]

Proposal Cinta Selamanya by Rose Harissa.
.

Love this book!!! (Aku lebih sukakan buku ni berbanding Guy Next Door. hahaha)
.

Aku sebenarnya lega bila si 'dia' yang menjadi pilihan Amyra. Ye la, ada 2 hero. Masing-masing ada kelebihannya. Aku start baca novel ni lagi, dah terpaut pada si 'dia', tapi aku cuak. Dalam kepala aku, adakah kesudahannya, lelaki sebegini akan jadi second hero je macam KDrama? Bila dah masuk part si 'dia' bagi proposal cinta selamanya, so that's it. Yesssss. hahaha
.

Amyra ni baru lepas putus cinta dengan Haidhar. Katanya tak sekufu sebab Amyra ni ada diploma dalam Interior Design je, sedangkan Haidhar ni nak sambung Master in Architecture. So, lepas putus, Amyra dah serik nak bercinta, especially sebab orang kaya ni berlagak la.
.

Sekali, pada hari yang sama, dia jumpa dengan 2 jejaka.
.

Zaim Armani, arkitek muda yang handsome, kaya, tapi kerek.
.

Leonard Raden Ryszard, kontraktor yang ganteng, wangi dan perfect. hahaha
.

Kedua-duanya ada kelebihan. Masing-masing mampu menggetarkan perasaan Amyra. Cumanya, macam biasa, the best man wins. hahahah
.

Dan aku suka sebab watak Amyra ni beauty with brain. Dia berdedikasi dengan kerjanya. Sebab tu, both guys love her.
.

Dan aku suka lelaki pilihan Amyra. hahaha..rupanya, banyak lagi rahsia tersembunyi. Aku selaku peminat 'dia' berbangga bila 'dia' yang dipilih.
Profile Image for Chombi.
120 reviews3 followers
June 13, 2015
Best!!!
1. Heroin sgt cool! Tak macam typical heroin dlm novel2 lain. Dia tak cengeng memanjang dan tak memperlihatkan kelemahan walaupun tgh frust putus cinta.
2. Suka Zaim, suka Leo. Tapi Zaim too sweet. Boleh kena diabetis kalau overdose. Leo, macam mana yg Amyra suka. Leo lelaki sejati pd pandangan mata.
3. Cuma sedikit kecewa dgn pengakhiran kisah Zaim. Kesian dia... huhu.
4. Suka dgn famili Amyra yg sgt caring each other. Very protective!
5. Pengetahuan penulis mengenai metal works dan adat-adat keraton tu sangat Wow!
6. So far sgt puas hati baca karya RH walaupun berlainan rumah penerbitan.
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
November 11, 2015
This is the best from Rose Harissa. Haha! Done reading. Alhamdulillah as I expected. Amyra with...

Serious tak rugi beli. Best gila la awok. Saya suka sangat dengan Leo. Zaim tu... hmmm. Nope!

Congrats Kak Rose Harissa.

Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
November 20, 2025
Antara Leo atau Zaim, dua-dua ada kelebihan yang tersendiri. Tapi saya mestilah more to Leo.

Saya suka karakter Amyra. Seorang yang cool dan tak mengada-ngada. Walaupun kena layan dengan macam2 karenah client yang kaya raya tu, dia tetap jalan kan kerja dengan baik. Masa nak buat pilihan tu je macam geram sikit. Lambat nk pilih siapa.
Profile Image for MissMissMiss3X Ariffin.
42 reviews24 followers
May 9, 2015
4⭐

sy memang sangat suka naskah Rose Harissa, yang bagi saya, gaya penulisan dia lain dari yang lain

PCS berkisar ttg amyra-leo-zaim

selepas lama bercinta, haidar xbf amyra memutuskan perhubungan, kononnya xsekufu.
perkerjaan amyra sebagai sales exe tlh buat amyra berkenalan dengan arkitek kerek tetapi kacak, zaim dan leo yang handsome.
ekceli citer ni xdelah ade kisah sweet2 overdose.
amyra dalam dilema. dia tak maw bf bf. dia mahukan suami yg boleh dia bergantung. antara proposal leo yg mmg kiut giler, dan lamaran beserta cincin dr zaim, yg mana amyra pilih? yang pasti pilihan dia tepat. terkejut kot bila tahu siapakah sebenarnya pilihan hatinya. so sweetttttt

well, keseluruhannya, oklah. sy prefer GND lagi dgn bahasa yang santai. mcm sis rose bagi zas zas zas zas. sy tahu ramai kan suka komplen bile sis rose nk boh scene sweet sweet ni. nanti dorang azankan kan plak. haha
well, sy tunggu naskah auni & luke yg ohsem tuh ya.

much love. will support rose harissa
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
May 9, 2015
best gilerrr!!..dr segi penceritaan n olahan..berbeza sguh or mmg cara penulis gitu kan... n cara rose buat heroin konpius nk pilih y mne..pembaca pn konpius jgk..sbb hero masing2 ada karisma tersendiri..siyes xtau nak pilih y mne (padehal kita sokong leo...sbb teringat leo cite tagalog tu)
bab jd kuli tu..mmg feeling habes la..sbb kita keje kuat pn bos gak kaya..haha..stress keje makan gaji ni..haha..
part zaim ngn irina tu..kazen pn kne jaga batas adab n pergaulan...skg ni bapak ngn anak pn boleh jalan kot..pe ntah lagi kazen y boleh kawen tu..seriau...!!
bab ikan patin tu mmg kita x makan..bukan geli ye..tapi mmg x pernah makan..sbb klo kt kedai dorg masak berbau..mmg x ngam ngn kita..
Profile Image for Nurtiti Lukman.
1 review
April 13, 2015
aq mmg keliru baca novel ada 2hero 1heroin atau sebalik nyer... lau nak ada 2hero pun biar yg 1 jahat yg 1 baik senang nak hadap... ni dah suka zaim... writer lak jodohkan heroin nan Leo.... ohh mmg menonggeng la daku.....
Displaying 1 - 30 of 66 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.