Penggemar cerita seram sudahkah anda bersedia untuk dihantui kembali dengan kehadiran iblis, syaitan, puaka, penunggu dan yang seangkatan dengannya di dalam himpunan cerpen Badi? Malam anda pasti dimelodikan dengan melodi seram yang tidak terjangkau dek akal membuatkan lena anda kerap terganggu dengan segala jenis puaka yang diilhamkan oleh 9 penulis tempatan di dalam karya hebat mereka.
Azmeer Syahiran atau nama penanya Azmeer Shah seorang penulis baru dalam dunia penulisan kreatif. Lahir pada 15 ogos 2000 dan merupakan anak jati Perak. Ibu dan bapanya juga dari Perak. Azmeer Shah merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda Penulisan Kreatif dan Filem di Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Setakat ini, cerpen Stalker, Potret, Circle dan Alternatif diterbitkan di aplikasi Cereka. Antologi Jalan Puaka dan Istana Syaitan diterbitkan Karya Publika dan novel solo pertamanya diterbitkan Million Idea bertajuk Cicada. Cerpen berkonsep / interaktif bertajuk Hazard diterbitkan Mesta. Terbaharu, antologi novelet Bunian diterbitkan di bawah terbitan Karya Publika.
NON-READER BECOME WRITER Dahulunya, Azmeer seorang yang tidak gemar membaca. Namun ketentuan itu milik ALLAH. Perkara yang tidak digemarinya itu kini menjadi hobi dan merupakan cita-cita utamanya sekarang. Dia berimpian untuk mendapatkan 'gelaran' tersendiri di dalam dunia penulisan novel. Tanggapannya dahulu, pekerjaan penulis tidak ada masa depan apatah lagi menulis novel. Tapi sekarang, perkerjaan penulis itulah yang dikejarnya. Dia percaya, masih ada manusia di luar sana sepertinya. Seorang yang dahulunya tidak suka membaca dan akhirnya menjadi penulis. Kerana itulah, Azmeer mengelarkan dirinya sendiri 'Non-reader become writer'.
Badi by Azmeer Shah, Rumie, Hasreeyati Ramli, Lyla, Cempaka Meerniz, EB Reeza, Julie Jasmin, Rhea Larra, Zaifuzaman Ahmad Date Read: 10 Aug 26 - 10 Aug 26 Source: Physical (Paperback) Rating: ★★★★★ Song: Kelam Malam by The Spouse ♫
To be honest, reading Badi by Karya Publika feels like stepping into a dark room where local folklore and unseen entities wait just beyond the edge of candlelight. It is a deeply haunting and unforgettable horror anthology that excels at creating a chilling atmosphere and offering a diverse variety of terrifying concepts, transforming traditional beliefs into a masterful collection of dread.
The horror atmosphere and memorability here are expertly handled. The collaborative collection creates a consistently unsettling and immersive mood that keeps you completely on edge, making every supernatural encounter feel charged with immediate, eerie dread. It is a powerful and spine-chilling experience that examines deep-seated fears, local spirits, and the fragile boundaries of our world, perfectly capturing how effectively short fiction can linger in the mind long after the final page. The pacing remains compelling throughout, ensuring that each tale delivers its own unique brand of terror.
The characters are driven by curiosity, survival, and a helpless descent into the supernatural. Across the various tales crafted by authors like Azmeer Shah, Rumie, and Hasreeyati Ramli, everyday protagonists find themselves confronting ancient demons and relentless spirits they were never meant to disturb. Their panicked reactions and desperate struggles against the unknown provide an unforgettable emotional core, making every narrative a compelling snapshot of ordinary lives shattered by extraordinary malice.
The plot is a masterclass in anthology structure and originality. The collection moves with a well-organized rhythm that allows distinct horror concepts to blend into a cohesive, terrifying whole. By exploring diverse manifestations of hauntings and local folklore, the book creates a rich mosaic of dread where no two nightmares are alike. The overall impact leaves a lasting mark, serving as a reminder that the old stories and local legends are often closer to the truth than we care to admit.
Badi is a brilliant and deeply satisfying work of horror fiction that uses its rich collection of local supernatural tales to explore themes of fear, folklore, and survival. It is an unforgettable reminder that some entities refuse to stay buried in the past.
Ada sepuluh cerita dalam naskhah ini. Tak mampu SH nak ulas satu per satu. Secara keseluruhan ada cerita yang menarik, ada yang 'bolehlah' ada juga yang kurang menarik untuk SH.
Dalam cerita yang bertajuk Badi, SH tidak faham bagaimana seorang detektif boleh membetulkan kembali posisi mayat padahal belum ditangani oleh forensik. Bukankah itu telah mencemari keadaan mangsa dan juga tempat kejadian. Tidak salah untuk menulis cerita berkaitan penyiasatan dan jenayah. Tapi silalah buat kajian yang mendalam terlebih dahulu. Jangan hentam keromo sahaja. Jika orang biasa macam SH boleh nampak ketidaklojikan perkara tersebut apatah lagi orang yang biasa membaca atau menonton rancangan 'true crime'. Pengakhirannya juga tidak memuaskan hati SH.
Adib di dalam kisah Buai membuatkan SH berasa kasihan. Dia tulus hendak membantu keluarganya. Namun, disebabkan ego seorang ayah teruk Adib dimarahi hanya gara-gara menjual burung. Bila sang anak hilang tahu pula menggelabah. SH paling tidak suka apabila mak ayah membandingkan anak-anak sesama mereka. Kakak lebih pandailah. Kenapa tak bijak macam abanglah. Dan semua ini bakal meletakkan beban yang besar untuk anak. Kita harus memahami tidak setiap manusia mempunyai kebolehan yang sama. Begitu juga kanak-kanak. Kanak-kanak yang sering dibandingkan akan membesar saling berlumba dan menjatuhkan, tetapi untuk anak yang dihargai atas segala kerja kerasnya meskipun tidak sebagus yang diharapkan akan lebih membantu sesama mereka bagi melengkapi apa yang mereka lemah. Ini adalah apa yang SH belajar daripada pemerhatian SH sendiri.
Mak dan abang Merah Zalikha dalam Sunyi memang mengundang amarah. Yang emak kaki pukul. Merah Zalikha menjadi tempatnya melepaskan amarah. Padahal tiada sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Merah Zalikha. Abang pula ambil barang terlarang hingga cuba menjual adiknya sendiri. Memang wajar pun Merah Zalikha lebih selesa di alam sana. Kerana tidak ada orang yang menjahatinya. Dan dia merasakan ketenangan yang tidak pernah diperolehinya berada bersama keluarga sendiri.