Jump to ratings and reviews
Rate this book

Andai Itu Takdirnya 2

Rate this book
Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.

“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”

Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!

Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.

“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!

“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”

Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.

“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.

Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!

“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.

“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.

“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.

“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”

Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.

920 pages, Paperback

First published April 1, 2015

378 people are currently reading
3794 people want to read

About the author

Siti Rosmizah

12 books2,297 followers
Novelist & Lawyer, Siti Rosmizah Semail.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
670 (63%)
4 stars
162 (15%)
3 stars
116 (11%)
2 stars
46 (4%)
1 star
53 (5%)
Displaying 1 - 30 of 64 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
May 25, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM28.00. PM je....

5* PENUH which consist of:

1* kegigihan penulis melahirkan sequel selepas 8 tahun;
1* kemunculan kembali watak2 yang dulunya pernah menyentuh hati;
1* ketebalan naskah yang double tebal daripada AIT;
1* kos penerbitan yang rasanya dah termasuk GST (RM38.55);
1* ketirisan air mataku biarpun masih boleh dibilang dengan jari.

MALANGNYA....

-1* konflik yang sama dengan AIT cuma dileretkan kisahnya;
-1* kesamaan 'acuan' pelaku2 dengan AIT;
-1* keirasan plot yang digunapakai;
-1* kecopypastekan dialog yang ada dalam AIT ke AIT2 (A-Z);
-1* keredundancyan setiap 'rasa' AIT ke AIT2.

PALING UTAMA

(for me) Asas utama dalam penerbitan naskah bercetak adalah apabila naskah itu sendiri yang bercerita. Setiap pelaku diberi watak masing-masing. Setiap watak punya identiti sendiri. Setiap nama yang dipilih juga diberi 'mycard' mereka sendiri; A akan jadi A, B mesti jadi B, C berwatak seperti C.

Cuba lihat dialog, rasa dan jiwa Syed Aizril, Aleya, Sharifah Aishah, Syed Abas, Syarifah Azreen, Syarifah Rosnah, Umairah, Ikram, Faizal, Faris, Lukman, Pak Idris......etc...; SAMA!

Pelaku2 dalam naskah itu yang perlu berbicara, bukan penulisnya!

Maaf.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,019 reviews376 followers
June 29, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM22. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Memang mengancam! Walaupun perangai Syed Aizril membuat hati N menggelegak seperti volcano nak meletup, hati N tetap merasa puas membacanya. Cakaplah emosi apa, semuanya ada. Paling tak sangka, AIT2 berjaya membuat air mata mengalir berkali-kali kerana pelbagai sebab.

If anything N rasa AIT2 menunjukkan ‘happy ending’ tak bermakna ‘happy ending’ buat selama-lamanya. Hidup ini tidak menentu. Hari ini semuanya baik. Esok entah badai apa yang melanda. Hari ini kita di atas, esok mungkin kita tersungkur jatuh ke bawah. Tapi apa yang membezakan orang yang berjaya dan orang yang tewas adalah redha.

Mungkin benar AIT2 tiada bezanya dengan AIT; konflik yang sama dan perangai watak-watak pun tiada perubahan dari dulu. Tapi sejujurnya N tak ingat langsung cerita AIT. Mungkin sebab itulah N boleh terima AIT2 dengan baik because N tak boleh nak bandingkan dengan buku pertama. I treated it as a stand-alone and perhaps because of it, I like it more than other readers.
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
May 15, 2015
sya bca novel ni dah lma cuma mls nk review

nasihat sy pada peminat SR, jgn ltk harapan yg tinggi utk novel ni. bgi sya, nothing special pun psal novel ni walaupun sy sgt minat dgn SR. Sebetulnya sy agak kecewa. rm39. Ingat tk mahal ke ? dah tu bknnya tebal mna.

yg sedihnya, plot, konflik sama mcm ait. ni yg buat sy sgt kecewa. tk blh ke konflik lain ?
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
June 3, 2019
Tak jemu baca novel ni berkali2. Dari AIT1 sampai AIT2, sikap Syed Aizril tak berubah2. Yg best, setiap kali mengandung, dapat kembar..yg tak best salah satu kembar mesti meninggal sebabkan perangai bapanya.
Minta maaf, buat lagi..after 8 yrs history repeated itself again and this time 2nd kembar died. Nak kata tak cinta, cintanya buat sang isteri sangat dalam tapi tetap mendua demi harta..hailah..saya terfikir ya, agaknya selepas berbaik kali ni, agaknya 10 yrs later dia buat perangai lagi..hahaha. Memandai je tambah.

Sesiapa yg sanggup nak tahan sakit hati yg tak tertanggung boleh baca novel ni..banyak perisa..however, satu yg saya boleh assure, pengakhiran novel ini beri saya satu kepuasan yg tak terhingga. It's incomparable to other novel yg membawa genre yg similar.
Profile Image for Qayiem Razali.
885 reviews84 followers
May 7, 2015
Novel kelapan. Dan SR masih juga menggunakan acuan yang sama. Separuh novel, si hero bersikap mengalahkan binatang. Separuh novel lagi, heroin pula bersikap menentang.
AIT2 merupakan sambungan yang bagi saya masih boleh dihadam. Yang menarik hati, cumalah babak yang melibatkan Dany. Itu saja.
Mengharapkan SR dapat mewujudkan kembali karya yang betul-betul dekat di jiwa macam LKC dan 7HMK. Apa-apa pun tahniah buat SR kerana masih berjaya menghasilkan sambungan kisah Aizril dan Aleya.
Profile Image for chenisz.
17 reviews2 followers
May 29, 2015
Disappointed. Sepatutnya SR timbulkan satu plot baru.
I can't accept bila Aliya still boleh terima Syed Aizril utk siri sambungan ni. Bukan sekali dua syed Aizril buat perangai. Tak faham dan tak boleh nak digest. Bodoh tu biar berpada. Kecewa dgn SR bukan sekali dua. Dah banyak kali. Serik dah nak baca novel SR.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
May 24, 2015
Akhirnya, setelah setelah berkali-kali hujan turun di hujung mata, berjaya jugak aku habiskan kisah ini.. Dah lama tak tersedu-sedan baca novel macam ni..
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
January 30, 2018
Berkat kegigihan semangat saya membaca kelakuan gila Aizril akhirnya tamat sudah kesenduan mental ini. Harus saya nyatakan di sini, buku ke-2 ini tidaklah sehebat buku pertama tulisan Siti Rosmizah. Saya kecewa kerana ceritanya lewah. Plot yang diulang-ulang semata-mata ingin membuktikan betapa losernya Aizril dan Aleya. TBH, my eyes hurts. Bukan sakit kerana menangis, sakit kerana cerita ini terlalu melalut. Ia sepatutnya terhenti di hujung buku pertama. Watak yang tidak kuat. Naratif yang kurang memberansangkan. 920 pages penderitaan seorang pembaca.
Profile Image for Khalif Syakir.
2 reviews1 follower
April 28, 2015
maaf x dpt nak bg 5 bintang utk novel ni.kalau kali ni Aleya pulak yg buat hal lainlah, sbb dlm AIT pertama Syed Aizril ni dh menyesal gila2. rasa sgt bodoh aleya masih terima suami mcm ni. pada aku Syed Aizril ni bukan betul2 syg Aleya, sbb kalau betul dia syg, dia xkan terima si Azreen tu walau sbb duit sekalipun

But well, karya SR semuanya mcm ni. memula hero jahat mengalahkan iblis, pastu nak pikat heroin punyalah bukan main. adeh...pape pun,so sad utk syed danny. sempat jugakla menangis utk beberapa saat
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
September 7, 2015
Novel kelima penulis. Dan aku pernah baca yang lebih baik daripada ini. Part yang menyentuh tang Danny je. Lelain, sama.

Sebenarnya aku harap Leya tak terima Ril tu. Tapi tersasar harapan aku tu.

3.5 bintang.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
May 5, 2015
2.5*
Walaupun citer memang dah agak cliche lah sangatkan tapi bila baca airmata bercucuran jugak... hua terlebih emo.. rasanya karya SR ni memang dr dulu sampai sekrg memang tiada kelainan..
242 reviews11 followers
June 6, 2018
saya ni jrg baca sequel. expert lain Dari yg lain Kali ni tapi masih sama. azhar masih tak kawen juga. part sedih bila danny mati
Profile Image for Susi Majid.
58 reviews24 followers
May 16, 2015
Kali ini rumahtangga Syed Aizril dan Nur Aleya diuji sekali lagi sehingga mempertaruhkan 1 nyawa diatas ego seorang Syed Aizril yg tinggi melangit..Syed Aizril diuji apabila pelaburan yg dilakukannya tidak menjadi dan menyebabkan syarikatnya mengalami masalah..oleh sbb ego dia sanggup tidak merima bantuan drpd papanya, Tan Sri Syed Abbas dan menjual semua aset yg dia..dari seorang yg selalu hidup senang dari kecil tetiba jatuh susah membuatkan Syed Aizril kembali kepada sikapnya yg dulu..muncul pula Sharifah Azreen yg jatuh hati pada Syed Aizril membuatkan Datin Sharifah Rosnah mula menyucuk utk memusnahkan rumahtangga Syed Aizril dgn Nur Aleya..dgn masalah kewangan yg dialami, Nur Aleya disahkan mengandung dan Syed Aizril mula terasa terbeban dgn khabar berita itu telah membuat satu keputusan yg sgt melukakan hati Nur Aleya..didalam kemelut itu Sharifah Azreen dan Datin Sharifah Rosnah memulakan rancangan mereka..dan rancangan mereka berjaya sehingga membuatkan Syed Aizril menghalau isterinya yg satu ketika dahulu sgt disayangi dan memisahkan Nur Aleya dgn anak-anaknya..

Apabila hati Syed Aizril penuh dgn ego dan akhirnya ego itu menghancurkan hidupnya..mula dari itu penyesalan mmg tidak ada gunanya lagi..hati Nur Aleya telah mati

Mampukah Syed Aizril membetulkan semua khilafnya dan dapatkah Nur Aleya menerima Syed Aizril kembali?

Karya SR kali ini memang penuh dengan emosi sehingga mencengkam hati..buat yg x tahan dengan cerita berat2 dinasihatkan utk menguatkan hati anda jika membaca novel ini dan klu boleh cuba elakkan..hahahaha

Cerita ni mmg cliche tp airmata boleh keluar jugak klu dilayan :P
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
May 16, 2016
Sekuel to this book: Andai Itu Takdirnya 3

- Lepas few years bahagia, muncul seorang lagi sepupu Syed Aizril ganggu rumah tangga mereka.
- Ada ujian sikit, Syed Aizril start dengan ego & panas baran. Start pukul Aleya, marah anak-anak.
- Nur Aleya mengandung lagi.
- Lepas dah tawar hati dengan Aleya, Syed Aizril fikir adalah SANGAT BERNAS untuk dia melamar sepupunya hanya untuk menyakitkan hati Aleya.
- Something happened to Aleya, their son died. Syed Aizril tak jadi nikah dengan sepupunya.
- Syed Aizril menyesal, 'bertaubat', nekad nak menjaga Aleya yang baru bersalin.
- Aleya tawar hati, keraskan hati mula-mula.
- Then lama-lama termakan pujuk rayu Syed Aizril.
- And they live happily ever after... or so you'd think.

I don't even know why I stayed up all night to finish this book. Nothing to be curious/anticipate about. Almost 99% is as same as the first book.



I gave two stars because this book still made me emotional. And Syed Danny. That one boy is such a sweetheart.
11 reviews2 followers
June 29, 2015
Saya agak gusar dan penasaran bila baca hasil karya Siti Rosmizah. Karekter heroinnya rata-rata ada kecenderungan untuk diklasifikasikan sebagai masochistik. "I Suka la orang rogol I, kalau muka hensem, I maafkan je walau batang tubuh berkecai kena gomol. mesti bestkan hidup disepak terajang? Ishhh, hidup tenang bahagia? so overrated."<----pandangan saya pada watak heroin SR. Kecewa kerana SR sebagai seorang penulis yang juga berkerjaya gah sebagai seorang peguam terlalu bergantung pada faktor kejutan (shock factor) bila bercerita. Tak ada langsung ciri-ciri "female empowerment" bila kita lihat heroin yang dicipta oleh SR. Semuanya lembik, lembam, bodoh, dan bahlul.
Profile Image for Yuziara Bahari .
18 reviews1 follower
May 9, 2015
blh tak kalau aku kata AIT2 ni cliche sangat kisahnya? oklah... keluar juga airmata aku..
Profile Image for Auditory Hallucination.
29 reviews17 followers
June 30, 2015
*Spoiler Alert*
Jalan cerita yg hampir sama dgn AIT. Syed Aizril and his ego. Aleya & sifatnya yg sanggup telan apa saja. This time, she's been so patient for the sake of her children. However, I still think AIT2 is a great piece. A story that can make me cry a river. Maybe the death of Dany really affect me emotionally. However, I can't rate this book sampai 5 stars sebab

1)Agak terganggu dgn penggunaan bahasa yg pada saya rasanya SR maybe tersilap tulis at 1st. Tapi sebab aku jumpa the same mistake twice. The word 'PREJUDIS' and 'Colour Water'. Saya rasa SR sebenarnya nak tulis Perjudikan instead of PREJUDIS. Satu lagi, bukan kita panggil Water Colour ke? Bukan Colour Water. Hurm, I'm not really good in English and Malay myself. So, yeah. I'll let it pass.
2) Syed Aizril yg xpernah menyesal. Dalam AIT anak dia Danish dah xda, this time Dany pulak. Siap hina kandungan Leya. That's too much. Same words yg keluar dari mulut dia Maaf, Menyesal, Tak Tertanggung Dosa blablabla.

However, maybe sbb pengaruh anak2 Leya yg buat aku rasa novel nie menarik. Tp seriously, I'm not gonna buy novel SR lagi dah sbb xberapa minat jalan cerita yg sama. Sorry SR. I only love AIT 1&2, Cinta Kau & Aku, Lafazkan Kalimah Cintamu.

P/s: A novel that gives me the feels and can make me cry, I consider it as a great piece and worth it to buy. I'm A BUYER, A READER and A CRITIC.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
May 22, 2015
watak Syed Aizril dlm AIT2 LEBIH kejam berbanding dlm AIT...sgt2 kejam!

kalau ade sungguh jantan mcm ni kat muka bumi ni, memang kesian laa perempuan yg dpt laki mcm tu...

part yg plg menyedihkan semestinya mase Dany mati...Syed Aizril memang setan lah mase tu...sanggup dia letak ank dia kat luar rmh even tengah hujan lebat...padahal ank dia sakit tp dia tuduh ank dia berlakon jer lebih...

n padan muka kat Syed Aizril bila dia dah menyesal...x de org pun layan dia... :-P

btw, memang kesian giler kat Aleya dpt laki puaka mcm tu...Aleya merayu mcm org giler masa Syed Aizril nk halau dia...tp mcm tu lah...Syed Aizril kan perangai mcm setan, x lut pun rayuan Aleya kat dia...

n one more thing yg buat aku geram giler! Datin Sharifah Rosnah n Sharifah Azreen! 2 ekor manusia ni memang suke buat aku berapi...ingatkan bila dah insaf, x buat hal lah..tp sempat lagi pujuk Aleya suruh Aizril kahwin dgn si Azreen bengong tu! Memang mangkuk ayun betoi laa si Rosnah tu...si Azreen pulak buat muka desperate nkkan laki org...last2 kena jerkah di Aizril...padan muka! hahaha!

p/s ; karya SR memang betol2 berjaya buat si pembaca mcm aku ni rase mcm2 feeling...feeling nk sepak terajang si Aizril tu pun aku rase jugak...
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
June 18, 2019
Berjaya habiskan buku setebal 921 muka surat ni dalam masa dua hari

Cerita ni mengisahkan tentang Syed Aizril yg kembali menjadi dirinya yg dulu yg sangat kejam terhadap isterinya tapi dalam novel ni srs sy cakap saya baca sepintas lalu je part2 kejam dia terhadap Aleya sbb tak sanggup rasanya nak baca layanan dia terhadap isterinya. Memang tak berperikemanusiaan

Kalau dalam novel yang pertama dulu cuma 500++ muka surat sahaja jadi plot tidak terlalu meleret. Tapi dalam AIT2 ni panjang sangat jadinya ada lah part2 yg meleret dan plotnya jugak masih sama macam AIT yg dulu.

Part paling favorite sy bermula dalam page 500++ ke atas sebab masa tu Syed Aizril ni dah menyesal dan memohon kemaafan drpd Aleya tapi kali ni Aleya dah tawar hati sangat.

Overall buku ni agak mengecewakan saya sbb saya memang letak harapan yg tinggi. Mungkin bagi mereka yg dah lupa akan plot AIT yg dulu akan enjoy buku ni tapi sebab AIT ni buku yg selalu sy ulang baca jadinya plot dalam buku satu dulu mmg masih saya ingat.

Tetapi banyak pengajaran yang boleh kita ambil drpd buku ini.
Profile Image for Syera.
30 reviews15 followers
May 2, 2015
Aku dapat buku nie on my birthday (via poslaju), siap dapat tinta dan sign sang penulis. Berbunga-bunga hati aku. Hee. Back to the book, this time pun masih menangis baca buku sekuel nie. Ceritanya masih tragik, tapi best. Tak kisah la aku kalau tak dapat laki kaya lagi romantik, asal bukan yg baran dengan ego macam Zril tu sudah. Kesian sangat kat danny. Dany pun senasib dengan arwah abang dia, danish. Pasal ego, runtuh rumahtangga. Lesson learned. Again, thumbs up Kak SR. Nice story.
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
May 9, 2015
As usual SR memang selalu buat bergenang air mata pembaca, orang lain tak tahulah but me yes...
Leya sekali lagi jadi mangsa ego Ril tapi taklah kali ni dia mengalah cepat sangat. Makan setahun, pergi study for master dengan baby baru yang tak diterima Ril macam the first baby dulu... argh, Ril sekejam-kejam suami... Dany mati lepas kerangan ashtma attack kot sebab kena tinggal luar umah masa hujan dengan Awin. sedih..
Profile Image for Faiz Md.
24 reviews
August 2, 2015
Trend agaknya sekarang ni, mana2 novel yang pernah meletup kena ada sekuel. Tapi yang ini, saya kecewa.

Saya rindukan SR ketika zaman AIT1, LKC dan 7HM. AIT2 konfliknya sangat plain, nampak sangat seperti dibuat-buat. Tak habis2 watak yang jahat beriya2, kemudian dengan mudahnya berubah menjadi baik beriya2. Cuma itu.

Ini bukan pasal kecewa dengan kisah fiksyen hero dan heroinnya. Ia cuma tentang gaya penulisan SR. Sangat2 senang dijangka.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,543 reviews41 followers
May 8, 2016
Andai itu takdirnya 2. Read back to back after Andai itu takdirnya. I can't bring myself to say much about this one. Gosh, what the lead characters did and didn't do....too much for me mere human. Huge let down
Profile Image for Nareswari_buku..
144 reviews1 follower
November 12, 2017
kalau saya jadi Aleya sya takkan terima lelaki seperti Syed Aizril walau kita cinta mcm mna sekalipun..

sekual AIT 2 nie memang konflik tu klise..dan paling tak suka cerita heroin yang lembik sampai tak tahu nak bertindak apabila diri kena dera..sorry to say la..
Profile Image for Norash.
Author 1 book5 followers
March 8, 2016
average...
jalan cerita seakan sama tapi takkan sampai macam tu sekali syed aizril buat. itu sudah taraf orang gila .. hahaha...
Profile Image for Reads by EMN.
10 reviews
September 2, 2018
Dislike the ending tho. After so much of suffering, why would you want to go back to the guy that has treated you terribly?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Amutha.
768 reviews6 followers
April 19, 2023
Typical Malay novel. I might have enjoyed it when I was in school. But, not now.
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
April 29, 2023
aku tak marah dengan penulis dia. tapi aku marah dengan karakter syed azril ni sebab aku tahu manusia macam ni memang wujud .

ini untuk lelaki macam syed azril:
"dude, whats wrong with you eh. aku ni macam umi tau, aku suka kau hanya sebab kawan baik aku suka kau. kalau ikut pandangan aku amenda ajelah yang kau ada yang buat perempuan jatuh cinta. shukri yahya pun tak boleh buat aku nak tengok perangai kau buat kali kedua kat tv. so bear in mind, kau tak ada satu pun ciri lelaki yang aku suka. untuk AIT 1, aku boleh faham kau ni douchebag yang takleh terima perkahwinan 'terpaksa' dengan aleya. then kau insaf pastu jadi loving-loving. aku paham after years memanglah ujian perkahwinan tu mesti ada lagi. but seriously you fall in the same hole again? terpengaruh dengan penyondol, berkawan dengan musuh dalam selimut, ungkit latar belakang keluarga aleya...aku serius tak faham dude. dan bila ego tak berasas kau tu dah sebabkan seseorang mati, well sorry bro, i can forgive you but not to accept you. you are a murderer, a psychopath, gunalah duit mak bapak kau tu untuk ubatkan fius otak kau. entah kau buatlah apa2 yang kau nak dalam hidup tapi jangan muncul depan aku"

dan untuk pembaca muda, aku tak nak kata watak aleya ni bodoh atau apa. in real life, memang ada perempuan macam ni. aku cuma nak kata jangan bulat-bulat ikut apa yang aleya buat. ada perbezaan antara bersabar dengan ujian dan be stupid. kalau boleh elakkan individu atau situasi yang kau tahu red flag, please do it. happily ever after tak semestinya lelaki dan perempuan kena bersatu pada akhirnya no matter what happen. remember that.
Profile Image for Miss Rose.
377 reviews2 followers
November 2, 2023
Here we go again. Same old, same old. Si bangang mula buat perangai, pukul anak bini. sampai mati anak tu barulah nak sedor. dah tu bermula la proses nak memujuk balik. asalanya saya tak setuju dengan pengakhiran novel ni. mujur drama, SR tukar. ni sebab kenapa.

1. Novel pertama, mungkin boleh la nak beri peluang. Yela walaupun anak meninggal apa semua, Aizril ni dah sedar dan takkan buat lagi. Eh novel kedua ni lagi teruk. Disuruh gugurkan pula anak yang tak bersalah. Dah tu sampai meninggal lagi anak. Patot Aizril ni didakwa sebab kecuaian tau. Gila.

2. Masih dengan isu orang ketiga. Tak sudah-sudah. Sayang, cinta isteri tapi sanggup sakitkan hati isteri sebab buruk sangka dia yang melampau tu. Junjung ego tu sampai anak mati, isteri lari.

3. Hanya sebab Aizril tu dah menyesal, sampai sakit-2 rindukan anak yang dia suruh gugurkan, tersentuh hati dan memaaafkan. Maybe memaafkan tu okay la, untuk ketenangan hati tapi perlu ke menerima kembali? Mujur drama tu Aleya akhirnya tinggalkan juga si Aizril tu. Kalau tak aku bakor tv tu.
Displaying 1 - 30 of 64 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.