Jump to ratings and reviews
Rate this book

Faraway: Rapunzel

Rate this book
Cressida Ayeona. Permaisuri berambut kuning keemasan, bibir merah seperti mawar dan berhati beku.

Bukan. Bukan berhati beku. Hatinya mati.

Dia wujud tanpa rasa cinta, sakit, atau kebencian. Apa yang ada hanya renungan kosong. Masa lalunya membuatkan hatinya tidak lagi merasakan apa-apa.

Hanya di Hutan Tauriel, Dia berubah menjadi gadis periang. Seorang gadis penuh magis. Rapunzel— Itu gelarannya sebelum dia lari dari menara ibunya bersama Eugene, cinta pertamanya.

Namun kisah gadis ini tidak berakhir dengan “Happy Ever After”. Eugene akhirnya buta, dibunuh dan disumpah ibunya untuk berhati beku selama-lamanya. Itulah permulaannya.

“Aku buat semua ini untuk melindungi kau.”—Gothel.

Sampai masa, pemaisuri Ayeona— Rapunzel berhati beku, mengahwini King Lorcan dan melahirkan cahaya mata;

Lips, red as rose.

Hair, black as ebony.

Skin, white as snow.

“Gwyneira, white snow.” Itu nama diberi.

Maka Rapunzel yang berhati beku, tidak dapat menahan dirinya daripada rasa ingin menamatkan riwayat anaknya sendiri.

Maka dia memilih untuk lari jauh dari istana.

Jauh dari mimpi ngerinya.

236 pages, Paperback

First published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Elvroseth

22 books381 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (30%)
4 stars
31 (46%)
3 stars
10 (15%)
2 stars
5 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,298 reviews242 followers
May 14, 2026
Again… another cliffhanger from the author.

F dah boleh agak lepas Rapunzel jumpa Merlin, mesti cerita ni akan tergantung macam tu je.

This fantasy story feels more like a twisted fairytale story. Kita jumpa Ariel yang akhirnya jadi buih, Ursula, Gothel... even the beautiful Enchantress. Semua watak klasik tu diolah dengan cara yang buat cerita rasa darker and a little bit psycho in a good way.

F paling suka quote Gothel “Always trust your mother.”
Simple line but bila faham keseluruhan cerita... terus rasa pain.

Betullah apa yang Ariel cakap Rapunzel ni terlalu mudah dimanipulasi oleh orang sekeliling. Maybe sebab dari kecil dia hanya hidup dalam menara dengan ibunya. Dunia luar tu asing sangat untuk dia.

Yang sedihnya, otak Rapunzel dah ditanam dengan fikiran bahawa Gothel tu jahat padahal wanita tu cuma lindungi anak dia daripada manusia yang lagi kejam.

F serius menangis bila baca apa yang jadi dekat Gothel di penghujung hayat dia. Kejam betul three stooges yang giler kuasa tu. Trauma yang Rapunzel lalui sampai buat dia memilih untuk terus tidur dalam mimpi bersama ibu dan ayahnya pun sakit untuk dibaca.

Rapunzel had a father who truly loved her mother. Sedih tau baca kisah parents dia.

The author bijak ekk creating these characters from old fairytales and turning them into something disturbing yet addictive. Ada part yang agak slow sampai F menguap juga but overall, it was still entertaining enough to keep reading till the end.

And can we talk about the cover for a second? Cantik giler. Dark, magical and fits the whole eerie vibe of the story perfectly.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 13 books59 followers
August 11, 2026
Apa yang buatkan saya nak sangat baca buku ni, firstly semestinya cover. Kedua, tajuk. Ketiga, rumah penerbitan. Keempat barulah penulisnya.

Honestly, ni buku pertama dari Elvroseth yang saya baca. (Ada buku Mahdewi Lagenda Ratu dari Bookiut) tapi belum ada kesempatan lagi nak baca dan masih berplastik since beli dari PBAKL tahun lepas 🤣).

Apa yang menarik fasal buku ni, premis cerita sangat menarik. Saya sendiri pun kagum dengan bakat penulis. Macam mana beliau ada idea nak tulis sambungan kisah Rapunzel ni dalam malay version 😂

Meskipun saya tak berapa nak enjoy sangat dengan buku ni, tapi tetaplah saya habiskan pembacaan sebab nak tahu ending. Elvroseth berjaya buat saya ‘hooked’ untuk tahu jalan cerita sampai ke penamat. Tapi macam ada sekuel je (hopefully tak adalah, jenuh nak tunggu siri ke-2 pula 😅).

Next read, buku Elvroseth yang saya peram dari tahun lepas. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Aira Zira.
211 reviews5 followers
June 17, 2026
Rate : 4.5⭐️

“𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓫𝓻𝓮𝓪𝓴 𝓪𝓵𝓵 𝓽𝓱𝓮 𝓬𝓾𝓻𝓼𝓮𝓼.”

Sekali dah masuk dalam dunia fantasi Faraway, jangan terkejut kalau persepsi korang akan berubah tentang princess yang bertuah dengan putera kacak. Cerita ni lebih gelap dan sangat twisted. Segala keindahan untuk mengaburi mata. Demi nafsu dan kuasa.

Saya sangat kagum ye bila cerita yang ada dalam ni bukan berkisah tentang Rapunzel yang malang semata mata. Tapi ada juga watak lain dari cerita yang biasa ditonton saling berkait kemas. Kemunculan mereka terus mudah terbayang siapa sebenarnya di setiap tabir. Saya bagi contoh satu macam watak smurf kat dalam ni.🤭

Dunia yang penuh magis. Cinta sejati untuk memutuskan sumpahan. Dari satu kisah kepada satu kisah bermula dengan seorang wanita yang dikatakan kejam. Yeona yang paling malang disumpah berhati beku mencari jalan kepada jawapan. Setiap permintaan ada bayarannya. Memori jadi taruhan.

Cinta ibu yang paling sakti. Tapi Yeona bencikan anaknya. Malah dia juga bencikan ibunya, Gothel. Kebenaran disebalik cerita sangat berat untuk dihadam. Perit ditelan dan pengakhiran yang meninggalkan parut buat saya yang membaca. Kenapa ehh? Sebak pula rasa.

Cerita diolah dengan sangat baik. Peminat buku fantasi akan menyukai kisah Faraway yang penuh rahsia dan magis. Dapat ke cinta sebenar untuk putuskan sumpahan? Nak tahu kenalah baca sendiri. Jangan mudah percaya jahat itu kejam. Selamat berimaginasi!
Profile Image for Qayiem Razali.
929 reviews89 followers
May 25, 2026
[13|2026]

Faraway: Rapunzel || Elvroseth

Faraway: Rapunzel berkisar tentang liku kehidupan seorang puteri yang disumpah beku hatinya oleh ibu sendiri. Sehinggalah dia membawa diri ke hutan Tauriel di mana segala kisah hidupnya yang lalu diimbas kembali. Dapatkah Rapunzel menggapai bahagia yang dicari? Atau adakah dia selamanya akan hidup dalam kegelapan?

Ini bukan kisah anak kecil yang kita saksikan di kaca tv tentang Rapunzel yang diselamatkan lelaki kacak. Ini kisah tentang kegelapan, kisah tentang pengkhianatan dan tentang cinta yang dibalas tuba. Penulis mengubah alur ceritanya secara total. Namun, walaupun ceritanya menyimpang, keseronokan membaca naskhah ini tetap ada. Saya suka sebenarnya bagaimana penulis memberi penekanan tentang figura seorang ibu dalam cerita ini. Bagaimana teruk pun seorang ibu itu, sentiasalah percaya pada bicaranya. Kerana pasti ada cerita di sebalik kejadian.

Kesimpulannya, buku ini perlu dimiliki oleh peminat Elvroseth dek kerana jalan ceritanya yang menghiburkan akan tetapi masih terselit pengajaran yang boleh kita ambil. Tahniah buat penulis untuk karya ini.
7 reviews
August 4, 2026
3.8🌟

When I first read the story back in 2021, I love it! Perhaps one of the best works I’ve read from the author. And I’m so excited for the book to come out, and of course the cover is beautiful <3

Unfortunately, I kinda feel turned off with the writing. I know kak El hates when the readers complaining about this, sure you are free to write the way your heart desire but I’ll just state my opinion okey?

Idk if I forgot kak El writing styles, is it really changed? Or am I the one who grew up and tend to feel off with it? Because I still remember how magical her writings used to be, how immersive the world building she ever created.

But now her writing is very “ayat pasar”

I know it’s not my place to ask her for changes. And I might get hates, but I miss the old her :)

Eniweis, as we all know, idea kak El dan gila berpisah tiada. Dia kata story dia merepek, but it’s what fantasy all about right? Teruskan merepek dan gila anda, saya sentiasa support💋🫶🏻
28 reviews1 follower
June 29, 2026
idk but the idea is there but the writing is not for me
Profile Image for caa.
63 reviews
July 4, 2026
tw ⚠️: gore, self harm, forced impregnation, emotional trauma & physical abuse

sebagai seseorang yang membesar dengan cerita-cerita puteri Disney atau Western folktales, saya rasa naskhah ni memang buat saya rasa seronok sangat especially bila dapat tangkap satu demi satu reference yang penulis selitkan sepanjang cerita. bukan sekadar Rapunzel sahaja, malah ada beberapa elemen daripada fairy tales lain yang diolah semula dengan cara tersendiri.

antara perkara yang paling saya suka ialah bagaimana penulis menggabungkan elemen fantasi, historical, romance dan drama dalam satu naskhah. plot twist yang dibawa pun menjadi, dan ada waktunya cerita ni terasa begitu melankolik—terutamanya setiap kali melibatkan hubungan antara Mother Gothel dan Yeona.

gaya penulisannya juga sangat mudah diikuti. dunia magis yang dibina digambarkan dengan begitu jelas sehingga saya mudah membayangkan setiap lokasi dan suasana yang diceritakan. walaupun latarnya berinspirasikan dunia diraja, penggunaan bahasa istana tidak terlalu klasik atau berat. sebaliknya lebih santai.

dan kalau ada satu tema yang paling kuat dalam naskhah ni, saya rasa ia adalah kasih sayang. setiap watak seolah-olah mempunyai cara mereka sendiri dalam mencintai seseorang. kasih seorang ibu kepada anaknya. cinta Lorcan terhadap Yeona. kasih Lorcan terhadap Gwyneira. semuanya datang dalam bentuk yang berbeza-beza.

tapi siapa sebenarnya Yeona? Rapunzel? Gwyneira? dan apa kaitan mereka dengan Mother Gothel? yang itu... korang kena baca sendiri 🤭

cerita ni bergerak antara beberapa sudut pandang dengan jumlah watak yang agak ramai. jadi satu benda yang agak mencabar bagi saya ialah terlalu banyak nama yang perlu diingat.

antara semua watak, saya paling tertarik dengan Yeona. pada awal penceritaan, dia dilihat sebagai watak yang agak beku sebab dia langsung tak menunjukkan emosi dalam banyak situasi. tapi bagi saya, Yeona cuma terlalu lama hidup dalam trauma sampai dia jadi mati rasa.

selain itu, saya juga suka bagaimana penulis menggunakan latar tempat untuk menggambarkan keadaan jiwa Yeona. Ragnar yang sentiasa dingin terasa seperti mencerminkan hati dia yang kosong dan terasing. bila dia mula keluar daripada dunia itu dan berada di Tauriel, saya rasa seolah-olah hati dia pun perlahan-lahan mula "mencair" dan kembali rasa "hidup".

cumanya, pengakhiran cerita dia yang cliffhanger buat saya rasa belum puas. jadi saya harap ada lah kesinambungan buku kedua daripada penulis!

akhir kata, love is truly a sacred thing. setiap orang mempunyai cara mereka sendiri untuk mencintai dan menunjukkan kasih sayang—dan Faraway Rapunzel mengingatkan saya bahawa cinta tidak semestinya hadir dalam bentuk yang kita harapkan, tetapi ia sentiasa hadir dengan caranya sendiri.
Profile Image for smarkles.
17 reviews
August 14, 2026
i really love the idea of this book. the tales told in this story were fascinating. love how el relates most of the tales into Yeona and Gothel’s characters. the mix of Snow White, Sleeping Beauty, Tangled, Maleficent, Beauty and the Beast, Little Mermaid and etc. the first part of the story kinda slow and makes me irritated with Yeona. after I dived into middle part and their background story, I got hooked into it and finished reading it for one day! lovee all the main characters in here ( Yeona, Gothel, Lorcan ). honestly, the backstory of Gothel is so sad to me just like Maleficent’s. she’s just a girl 🥺

i enjoyed reading the plot. the only thing that kinda icks me is the writing style. ada part yang macam tak sesuai for the dialogue?? kadang macam breaking fourth wall pulak the dialogue. some dialogues sound cringe to me.

anyways, looking forward to season 2 because what the hell was that ending?? i need Yeona and Gwyneira punya relationship story pulak after this! lets go Yeona go back to your fammm. laki ko dah susah payah cari ko selama 3 tahun, sekarang kau pulak la main peranan.
Profile Image for Boo Ajun.
78 reviews1 follower
July 31, 2026
3.5 STARS

I didn’t fall into the story the way I did with Mahadewi. So that was a little disappointing because my expectations were high.

But the concept deserves applause. The imagination, the absolute audacity. A dark Rapunzel retelling with Disney princesses thrown into the mix is exactly the kind of unhinged fairytale experiment I’m here for. I have to give credit where credit is due.
Profile Image for Lyana.
21 reviews
May 17, 2026
Kisah magis yang membawa kita ke alam fantasi dengan karakter-karakter dalam disney - the beast and the beauty, snow white, the dwafts, the elves, Ariel, Ursula, Merlin and Miror, Miror on the wall … Watak ‘female lead’ si Rapunzel di alam faraway dikurung oleh ibunya di istana tinggi, lalu disumpah ibunya sendiri menjadi hati yang sejuk beku tidak akan jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Watak ibu Rapunzel yang sangat berkuasa yang akan melindungi anak walaupun Rapunzel sangat benci ibunya pada mulanya kerana telah membunuh cinta hati pertamanya. Watak ‘male lead’ pula iaitu si Lorcan yang cuba menambat hati isterinya,Rapunzel serta melindungi sepenuh jiwa dan raga anak perempuan mereka dengan apa cara sekalipun.

Sungguh saya terbuai oleh cerita magis alam fantasi dalam penceritaan melayu. Penulisan Elvoseth tak pernah mengecewakan sentiasa terbuai dengan tulisan magisnya. Teruskan berkarya kerna saya akan sentiasa menanti buku anda seterusnya.

Cuma penggunaan bahasa inggeris yang terlalu ketara untul novel melayu.

Yes 5 ⭐️
Profile Image for Aurel and the books&#x1f940;.
43 reviews1 follower
June 15, 2026
"Those, who were hurt the most, were loved the least, will always protect and love the most."


Pemerintahan Raja Asteria yang kejam dan zalim dengan mengenakan cukai yang tinggi setiap kali rakyat Ragnar melakukan sistem barter. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan tidak adil bagi rakyat Ragnar. Kerajaan Asteria melayan hamba Ragnar seperti binatang. Raja Ragnar sentiasa mendapat rungutan daripada rakyatnya.

Pada satu hari Raja Ragnar iaitu Raja Theodor memberi syarat kepada empat org anknya untuk menawan Asteria. Putera Lorcan merupakan ketua komando tentera Ragnar pling gagah dan 'gila' telah membunuh abangnya dan menawan kota utama Asteria. Termasuklah juga menawan seorang puteri daripada empayar Asteria. Akhirnya,Asteria dijajah oleh Ragnar.

Cressida Ayeona, puteri Asteria yang berambut kuning keemasan. Nada suara yg merdu pnuh magis mmpu mngkhylkn lelaki seperti seorng siren.Raut wajahnya sangat jelita tetapi mata dan jiwanya kosong. Dia tidak mempunyai emosi.Ini kerana sumpahan ibu iaitu Gothel ke atas dirinya kerana berdegil keluar dri Tauriel dan ibunya telah membunuh kekasihnya, Eugene Fritzherbert.


Kemudian,Raja Lorcan menjadikan Yeona sebagai permaisurinya.Dengan keindahan Yeona yang berhati beku sedingin salju itu, dia jatuh cinta. Yeona mengandung dan melahirkan anak yang cantik dan sempurna. Tapi, sayangnya Yeona tidak mahu untuk melihat Gwyneira si puteri salju itu. Dia tidak suka melihat sesuatu yang akan buat dia rasa hangat. Itu yg mmbuatkan dia ingin menghancurkannya lagi. Warna matanya yang keemasan mula hilang cahayanya.

Walaupun dia tidak tahu bagaimanaa cara untuk mengubah Yeona, Lorcan tetap mengharapkan isterinya lebih hidup dgn pelbagai rasa, mengukirkan senyumannya yg indah. Jadi, Lorcan membina rumah bunga untuk Yeona yang mengembalikan tentang memorinya yang dahulu.

"I wonder why i love you."- Lorcan


"I wonder how it feels to feel loved?"-Yeona

Ada satu suara yang membisik menyuruh Yeona untuk membunuh anaknya. Yeona tidak sanggup sehinggakan dia melarikan diri jauh dari istana. Dia meninggalkan cermin ajaib untuk si kecil itu. Yeona pergi ke hutan Tauriel. Jauh dari manusia. Hutan yang dijaga oleh Siren. Hutan yang dihuni oleh gadis yang bernama Rapunzel pada ketika dahulu. Dia 'diculik' oleh Gothel dan dikurung.

A dark fairytale that hidden so many secret. The villain always has a story why they're turn to be like that but hard to explain the truth.
and more importantly "always trust your mother."

Kisah Rapunzel dan Gothel yang penuh tragis,magis dan emosi. Yes, it hurts me but i can't stop reading this book. My fav part? Part dimana Rapunzel menyanyi sambil mengelilingi pohon Tauriel. The emotion that really breaks me, but I really love this part.



The retelling of the story of Rapunzel. Elvroseth twisted and made it darker. The book is thin, and I finished it in one sitting. This is so intriguing, just like the cover of the book. The more the story get twirled, the more interesting the story. I've read this story in the ebook version before. But,the physical book is much better.

Indeed, this is a great cursed yet beautiful story ever. I will wait for the another fairytale from you✨
Profile Image for Izzah.
25 reviews
June 18, 2026
First time saya baca karya Elvroseth. But after baca buku ni, dalam fikiran aku ialah “kalau dia ada english version, confirm aku beli.”

Saya rate buku ni solid 4✨ cerita dia agak menarik dengan mengabungkan beberapa story fairytale orang putih. Dan watak utamanya ialah ‘Rapunzel’. Cerita fairy tale yang kita tahu tu, tak ada lah happy sangat bila baca buku ni. Aku dua tiga kali tarik nafas setiap kali baca part yang digelapkan🤣 gelap macaam tu cerita fairytale time aku kecil😭🤣

Sejujurnya bila aku baca bab awal di Faraway, buku ni ada give vibe historical manhwa (Korean comic) yg selalu aku baca. Selalu cerita yang macam fantasy, mage, elves and magic ni selalu saya baca manhwa but first time kita baca yang versi bahasa melayu. Quite nice juga. Dalam ni dia ada campur BM dan English so thats why kalau ada versi english mesti aku beli n baca🤣 tak ada la pening otak sbb tiba2 cakap english. Sebab setting cerita ni pun bukan di zaman melayu ya, so acceptable bagi saya.

Dari segi penulisan, macm saya kata; walaupun Rapunzel atau Lorcan tu ialah Ratu dan Raja, penggunaan bahasa dia sangat santai. Tak seperti cerita half historical yang saya baca mereka banyak gunakan kata ganti diri (yg pertama) untuk kerabat dan zaman dulu (beta, patik dan hamba). Untuk buku ni, dia just pakai Aku-Kau so memang masuk la sikit untuk jiwa kita. Tapi orang yang suka dengan penulisan klasik mungkin tak suka.

Dari segi ejaan, itu normal. Ada masalah minimum je, masih boleh diterima. Cuma ada satu part kat Mahattan tu, aku baru nak acah-acah nak tahu siapa Nacrol tu, last2 ada typo tulis Lacron🤣 confirm2 la tu org sama.

Dalam cerita aku ingat, aku akan pening sedikit sebab satu character mereka berbagai nama. Tapi sebab nama lain tu ialah nama yg kita tahu. Dan character dia tak terlalu banyak, jadi aku senang faham dan tak pening. Lepastu, setiap cerita fairy tale tu ada bahagiannnya so kita boleh fokus satu nama walaupun dia ada banyak nama.

Ending? Malas la nak cakap, sbb memang tergantung sepi. Bila baca sebelum tiga part last tu mungkin boleh accept la ending dia. Tapi bila dah habis bab plus epilog ni, nampaknya kita kena bersiap sedia lah, ada banyak persoalan sebenarnya. So currently mood; ‘Patiently waiting for author’s next book’✨

Sekian✨❤️
Profile Image for parareads.
234 reviews2 followers
June 3, 2026
Queen Yeona merupakan wanita yang berhati beku setelah disumpah oleh ibunya, Gothel. Ketika keluarganya dibunuh Lorcan, dia tidak mempunyai rasa. Setelah Lorcan berjaya menawan istananya, Yeona dijadikan isteri dan melahirkan seorang anak yang comel. Namun, Yeona tetap keras hati untuk menyayangi anak itu dan lari ke Hutan Tauriel, hutan yang pernah menjadi tempat permainannya dulu. Perjalanannya dihidu Siren dan orang-orang yang berniat jahat ke atasnya. Namun Lorcan tetap menjejaki Yeona demi cinta dan anak mereka, Gwyneira.

3️⃣ Perkara:

⚔️𝑭𝒂𝒏𝒕𝒂𝒔𝒊 𝒈𝒆𝒍𝒂𝒑 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒅𝒊𝒌𝒆𝒑𝒊𝒍 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒓𝒊𝒈𝒈𝒆𝒓 𝒘𝒂𝒓𝒏𝒊𝒏𝒈.
Mula-mula I got a little bit confuse and kinda curious buku ni pasal apa but as the story goes and flows, I think I like the multilayered time and space dalam cerita ni. I tak pernah baca lagi buku dari Fiksyen Mahakarya, and I’m an Elvroseth virgin, so I bought this just to read her works, and I think I like it. Cuma I rasa buku ni perlu datang dengan trigger warning because it involves agak banyak juga gore scene. I’m okay tapi it’s better to have TW untuk alert pembaca.

👸🏼𝑫𝒊𝒔𝒏𝒆𝒚 𝒓𝒆𝒇𝒆𝒓𝒆𝒏𝒄𝒆𝒔.
Okay you might say it’s cute but honestly, it’s very creative bagi I. Penulis bijak menggunakan banyak cerita dari Disney reference untuk digabungkan menjadi sebuah mahakarya. Mula-mula I agak skeptical sebab we know Disney stories sejak kecil tapi Elvroseth proves me wrong. Bila you baca tu you’ll know but in a very own Faraway Rapunzel land.

💗𝑳𝒂𝒚𝒆𝒓𝒆𝒅 𝒕𝒊𝒎𝒆𝒍𝒊𝒏𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒑𝒆𝒓𝒃𝒆𝒛𝒂𝒂𝒏 𝒂𝒍𝒂𝒎.
Ini antara faktor yang buat I rasa buku ni agak mindblowing. Walaupun perbezaan dunia dia tak rumit, tapi cukup untuk menggoyangkan pemahaman, namun tak mengelirukan. It’s a beautiful story about love, family, sumpahan dan magic yang mencukupkan lagi rencah dalam buku ini. I nak cerita pasal Cressy dan Arya tapi I tak nak kasi spoiler. You kena baca sendiri buku ni.

✍🏻: @elvrosethrones
🖨️: @fiksyenmahakarya
📖: 235
⭐: 4/5

Walaupun I rasa pelik dengan dialog yang totally English kadang-kadang, tapi I boleh adapt. Hence this review has lotsss of mix. 😂 Btw, macam ada sequel je? 👀 #PBAKL2026
Profile Image for inspectoside.
1 review
July 11, 2026
4.8/5

I don't know where to start

Ini pertama kali saya baca buku fizikal karya penulis.

Storyline wise, menarik. Sangat menarik for me at least. How the author twist the original storyline of Rapunzel, selit-selit elemen princesses yang lain, kaitkan dorang, sangat interesting.

Some plot saya boleh agak-agak dah so macam bila sampai partnya, rasa bijak sikit hehe. I love the concept of making the villain nampak baik. Hmm bukanlah cam tu macam mana nak cakap eh?

Sebab kita semua tahu, the original version or at least apa yang kita tengok dalam Rapunzel tu, Gothel tu yang jahat. But dalam buku ni dia buat macam what if Gothel ada reason dia jadi jahat? Dia macam the origin of kejahatan dia gitu.

Dan macam saya cakap awal tadi, this is first time baca novel physical penulis, maybe i expect too much, cos a lot of people love her books. Yeah it's me problem. I expect tooo much. I'm sorry 😔.

Jujur, awal-awal tu penulisan not realy my favourite, but towards the end I'm just fine with it. Boleh telan. Bukan teruk, mungkin saya yang tak biasa lagi. Hehe. Tapi fun je. Ada some jokes yang kena, and funny to me.

I don't really having the hard time remembering the characters and plot, sbb baca sekejap je. So saya okey je walaupun kejap kat Faraway kejap kat Manhattan so on.

Cuma mati-mati saya ingat cerita ni tak ada sambungan, sekali lah! Salah. Sekarang ni saya dah rengsek nak sambung. Please—

that's all!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Dustfinger Baggins.
49 reviews2 followers
July 6, 2026
No one's denying Elvroseth can write. The talent is there. The potential is there. The question is... where did the originality go? Did Mickey Mouse confiscate it?

Malay folklore has enough princesses, ghosts, mythical creatures, and cursed kingdoms to keep fantasy writers employed until the sun burns out. Yet somehow... we keep getting Disney with a local accent.

Sorry, Elvroseth... enough with the Disney DLC. Give me Princess Big Eyes from Setulang Village. Give me the Mudbank Mermaid. Give me Mak Leha Buck Teeth and the Beautiful Dark Princess. Heck, give me a cranky pontianak who runs a nasi lemak stall.

Anything.

Just stop making me feel like I'm reading Disney Fanfiction: Southeast Asia Edition.
Taking inspiration is normal. Every writer does it. But if readers can play "Guess Which Disney Movie This Came From?" before Chapter 3... we've got a problem.
Our folklore isn't the side quest. It is the main quest. Someone just needs to stop treating Disney like the default character creator.
Profile Image for Atiqah Zakaria.
18 reviews
July 12, 2026
BLOWN AWAY! Like I could feel like this story should be made as a FILM. Like I can visualise it how it should be, the actor, the scene, the songs.. ceh mcm aku director pulak kan haha. But seriuosly I am obsessed lah with this.

At first, I was skeptical about this when I received this book, I thought it will be like a typical Happy Ever After fairytale yg mcm kita selalu baca and dengar. BUT I WAS WRONG.

Character Rapunzel/Cressida/Cressy dlm cerita nih bukan watak Rapunzel yg biasa kita tahu selama ini. Sama dengan watak Gothel/Ursula/Echantrees/Arya bukanlah spt villain yg kita sangkakan - there’s always a reason why a villain becomes a villain, in a fairytale of course.

I am amazed that the writer can showcase these powerful characters in a very dark, emotional, strong element with a grip of magic and fantasy to go along with it. I am blown away, absolutely blown away with the writing.

Vibe cerita nih seolah seperti vibes;
Snow White and The Hunstman
The Hunstmans: Winter’s War;
Maleficient
Ariel
Merlin? Haha
Profile Image for Seraphina.
70 reviews
June 6, 2026
Love this story, epilog macam akan ada second book je👀 tak puas baca sebab cerita singkat sangat, FL kat dalam ni strong!! Ada part sedih sikit dalam ni… 😭 and who is MERLIN?!! IS HE SINGLE? 🙂‍↔️

saya tak pernah terfikir pun yang sebenarnya semua fairytale yang kita baca masa zaman kecil2 dulu ada berkait dan twisted. MINDBLOWING!! Orang yang kita sangka jahat tapi sebenarnya baik🥹

This story is a Dark twisted fairytale of Rapunzel where Mother captured Rapunzel for several years untul she runaway because Gothel killed Eugene, then Rapunze captured again by Lorcan in forced marriage, she became A Queen, but Rapunzel has stone heart, she does not feel anything, if she feel something she gonna feel sharp pain in her heart. She is cursed by Gothel, she hate her mother because of this, after she has a baby, she still cannot hold her child because of this cursed. Then she ran away from castle to find a cure, leaving her husband and her baby. There when every secret is unfold.
36 reviews
June 15, 2026
Aku kalau beli buku mmg aku akan tengok cover dulu.. Makna sebenar 'judge a book by its cover' tu mmg terpakai utk aku.. Hahaha.. So, cover dia aku suka sangat.. Cantik!!!

Apa yang aku suka pasal buku ni ialah watak-watak yang dekat ngn aku masa kecik dulu.. Fairy tales.. Tapi, this is the dark side of watak-watak cantik yang aku pernah kenal… Best!! Aku sebenarnya mmg tak pernah rasa mak Rapunzel ni jahat, compare to mak-mak (temasuk mak tiri) Disney Princess yg lain.. So, bila baca buku ni, feeling aku mmg sama mcm dulu, mak dia overprotective je, tak sampai tahap jahat..

Nacrol - Lorcan.. Sama mcm buku Elvroseth sebelum ni, Hikayat Allerednic - Cinderella.. so, telah dijangka..

Penggunaan bahasa tu sebenarnya bagi aku agak mengganggu.. Cantik kalau cerita fantasi disampaikan dengan satu bahasa sahaja..
Profile Image for Shafiqahsamin.
238 reviews4 followers
June 26, 2026
Cerita pasal kasih ibu wehhhhh tapi in twisted ways. Gila betul buku ni. Aku punya reaksi sepanjang baca buku ni like,

"Saiko siot"
"Apahal sedih gila ni"
"Apahal dari saiko ke romantic comedy ni 😂"
"Uish ganas ganas"
"Adoiiiii ada buku nombor 2 pulak daaaahhhh"

Gitu ha. Jalan cerita predicted tapi cuma how tu tak tau. Menarik weh rasa macam tengah baca buku disney princess yang saiko twisted tales. Macam Brother Grimm fairy tales original version. Dark version.

Walaupun aku membesar dengan cute fairy tales, tapi this saiko version also okay ma.

Lagi satu kenapa orang tua lama ni macam ni eh. Tahu lah bahaya, tapi kenapa bahaya? Cerita lah adoiii. Kita pun macam tu lah, jangan lompat, bahay. Tapi tak bagitau apa yang bahaya tu. Budak tu pun teruskan lompat sampai mampus.
Profile Image for Chicken.
48 reviews2 followers
July 26, 2026
Plot, penulisan... well... Kinda so so for me. Nak ckp best, kinda so so. Nk ckp bosan, x terlampau bosan jgk, at least still dpt habiskan. So overall cerita ni mid je. And don't worry, xda babak yg x berapa sgt elok mcm DL series tu.

Cerita psal Rapunzel ni x mcm cerita kartun, movie kt luar sana. A bit different. Bukan jenis yg ceria, penyayang, tp beku. Dia jd beku pun disebabkan sumpahan Maleficent. Baca dr awal smpai akhir, baru faham kenapa Maleficent letak sumpahan kt dia mcm tu.

Tbh I think I like these kind of fantasy + love novel than those DL series yg author tulis.
Profile Image for Su Zainudi.
227 reviews
June 4, 2026
3.5🌟

Idea penulis sangat menarik. Gabungan watak-watak dan part of Snow White, Rapunzel, The Echanted (kalau tak silap) dan Little Mermaid membuatkan pembaca mudah untuk berimaginasi (provided pernah tengok fairytale Disney la 😆🥰).

Cuma sayang ada beberapa kesalahan teknikal seperti typo dan pertukaran nama watak yang sedikit sebanyak mempengaruhi pembacaan. Diharapkan untuk cetakan seterusnya ada penambahbaikan untuk ini.

Adakah akan ada sambungan lagi 🤔
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for readwithariey.
33 reviews1 follower
June 11, 2026
Bila baca cite ni aku rasa vibe dia more like Maleficent. Mother's love.

Gabungan kisah2 fantasi dalam satu cerita. Kreatif. I'm glad elv x buat storyline cliche with that true love's kiss. I love the climax part yg unexpected. Buat ko rasa nak maghoh ala2 superhero dlm marvel. 🤩

Overall best 👍
Profile Image for SCARLETT DREAM.
41 reviews21 followers
June 23, 2026
Gabungan dari fairy telling. Saya suka gabungan ini. Sudut pandangan villain dalam novel ini juga digambarkan dengan baik. Pengakhiran, saya rasa tergantung. Macam ada banyak lagi yang boleh diceritakan.
88 reviews16 followers
June 25, 2026
Best yang amattt
Tapi alaaaa ending dia
Tak betul2 tamat
Haishhh

Penulis buat aku buka mata untuk pandang pov seorang villain dalam cerita Rapunzel, tak pernah aku terfikir kenapa dia buat macam tu. Lesson learned.
Profile Image for Aqellisreading.
11 reviews
June 27, 2026
minat Disney princess? haa sila lah baca novel ini. memang best mantap gilaa. dan sedang menunggu buku 2 pulak. hehehehe
Profile Image for Kuminoca.
15 reviews
July 26, 2026
I do chuckle from time to time reading this hahaha and Nacrol ? 😂 Love how unhinged this storyline is 💕
Profile Image for nadhhreads.
2 reviews
August 11, 2026
Faraway
4 🌟

"Those, who were hurt the most, were loved the least, will always protect and love the most"

Cressida Ayeona, permaisuri berhati beku. Dia hidup tanpa rasa cinta,sayang dan kasih kepada semua orang. Termasuk anak dan suaminya sendiri. Ini semua berlaku disebabkan sumpahan oleh ibu kandungnya sendiri, Gothel.

Faraway Rapunzel. Twisted Tales dari cerita yang kita semua tahu tentang puteri yang disembunyikan dari pandangan umum, Rapunzel. Tapi novel ini diubah, jalan cerita menjadi lebih dark, lebih mystery dan lebih magis. It's like a breath of fresh air to read this version of Rapunzel. Dalam novel ni saya rasa point utama untuk menunjukkan kasih sayang seorang ibu yang sangat kuat. Kasih sayang seorang ibu adalah sakti. Kita dah biasa kenal Gothel ni seorang ibu yang jahat kan tapi betul ke dia memang jahat?

Saya suka baca this perspective about Gothel, the backstory semua sangat well-written. It's beautiful. Oleh sebab novel ni nipis, saya rasa memang penulis tak buang masa, sangat straight to the point tentang story line tak ada meleret dan saya sebagai pembaca rasa puas. Rasa macam tengok Disney (tapi twisted sikit la). Tapi jangan risau novel ni tak lah dark sangat, okayy sahaja ada jugak part2 comel hihi. Jalan cerita yang jelas dan ada part saya rasa memang wow. Novel ni jugak ada sort-of time travel, dreamland thingy but the reveal part is so smooth!

About the ending, I personally think it's twist-filled and bittersweet. Saya rasa okay je ending sebab otherwise akan ada plot yang berulang (iykwim) tapi still saya nak jugak tahu apa yang mirror tu mintak dekat Locran(+ we need more Yeona & Locran) 🫣
Displaying 1 - 27 of 27 reviews