Haiwan Purba: Evolusi Hidupan Jutaan Tahun mengajak kita menyelusuri sejarah terpanjang di planet ini, merentasi 4 bilion tahun perubahan, bencana dan kebangkitan hidupan. Dari sel ringkas di lautan purba, kepada ikan berperisai pertama, kepada artropod yang menakluk daratan, sehinggalah dunia yang dipenuhi hutan gergasi dan dinosaur raksasa. Setiap halaman membawa kita lebih dekat dengan kisah agung evolusi Bumi.
Buku ini mengetengahkan pengetahuan geologi, paleontologi, dan evolusi dengan gaya penceritaan yang hidup dan visual. Kita akan melihat bagaimana Bumi pernah menjadi lautan penuh dengan makhluk aneh, bagaimana spesies lautan membuka era hidupan darat, bagaimana tumbuhan pertama mengubah iklim dunia, dan bagaimana dinosaur muncul, berkembang dan akhirnya lenyap akibat bencana kosmik yang menggoncang seluruh Bumi. Setiap era diceritakan dengan suasana tersendiri, dari Zaman Kambria yang penuh letusan spesies, ke Zaman Arang Batu yang subur dengan artropod gergasi, hingga Zaman Jura yang dipenuhi reptilia megah yang mendominasi darat, laut dan udara.
Haiwan Purba: Evolusi Hidupan Jutaan Tahun bukan sekadar himpunan fakta, tetapi sebuah perjalanan menyeluruh yang menghidupkan kembali dunia yang telah lama hilang. Ia menjawab persoalan-persoalan besar yang sering bermain di fikiran kita seperti bagaimana fosil terbentuk, bagaimana saintis menentukan usia batuan, bagaimana perubahan iklim menghapuskan spesies tertentu, dan bagaimana setiap peristiwa purba membuka peluang kepada hidupan baharu.
Buku ini menyampaikan semuanya dengan cara yang memukau, menjadikan pembaca seolah-olah menyaksikan sendiri dunia purba yang berubah dari era ke era.
Zamir Mohyedin is a physicist and author based in Malaysia. He holds B.Sc in physics, M.Sc in material physics and Ph.D in medical physics. His research involves computation and simulation of properties of material at atomic level using density functional theory (DFT). He also involves in radiation dosimetry research, formulating 3D dosimeter for application in radiotherapy verification.
Zamir is the author of popular science books particularly in physics and related topics. He is also a regular contributor to his own blog and other media outlets such as Selangorkini, Dewan Kosmik and The Patriots. He was a speaker of Tedx.
Semoga ada buku seterusnya yang menerangkan tentang era cenozoic pula. Best kalau dapat fokus kepada zaman kebangkitan mamalia yang merangkumi tiga tempoh ni:- Paleogene, Neogene dan Quaternary.
Syabas penulis kerana menghasilkan sebuah bahan bacaan tentang haiwan pra sejarah dalam bahasa Melayu.