Bayangkan hidup tanpa satu tahun dalam ingatan. Bagi Sirru, tahun 1999 tidak pernah wujud — sebuah lohong hitam di kalendar jiwanya.
Itulah pegangan Sirru, hinggalah dia berpindah dan bertugas sebagai pembantu di sebuah kedai buku lama.
Peristiwa demi peristiwa yang berlalu akhirnya menunjukkan sesuatu: bahawa 1999 adalah tahun trauma yang ngeri, yang dikubur dalam-dalam tanpa disedari.
Apakah yang terjadi pada 1999? Berjayakah Tria, sahabat Sirru membantunya mengingati masa lalu?
Temukan jawapannya dalam naskhah psikologi thriller yang menggoncang realiti dalam tahun yang hilang — 1999.
Andainya aku jumpa buku ini secara kebetulan di kedai buku, terlihat lalu kubeli dan kubaca, maka senang-senang aku berikan tiga bintang. Tapi, kerana buku ini adalah antara buku yang paling aku utamakan ketika musim PBAKL yang lalu dan sangat aku teruja untuk membaca kerana hype yang diberikan, maka buku ni aku berikan dua bintang. Ia mengambil kira apa yang diuar-uarkan, ekspektasi serta harapan aku.
----------SPOILER ALERT-------------- Bagi yang belum membaca novel ini, bolehlah skip ulasan ini.
Kisah ini menarik secara umumnya. Ada sedikit plot twist di hujung walaupun boleh dijangka, tetapi secara keseluruhan juga, penyampaiannya mendatar dan begitu juga dialognya.
Antara yang menjadi isu bagi aku pada awal pembacaan ialah premis “watak utama percaya bahawa tahun 1999 tidak wujud”, atau “tak tahu bahawa tahun 1999 itu wujud”. Maksud aku, aku boleh faham kalau seseorang tu lupa segala yang berlaku pada tahun 1999 kerana trauma, tapi tak bermakna dia tak tahu bahawa sistem tahun berlangsung mengikut turutan. Tahun tu masih boleh lagi wujud walaupun kau lupa apa yang berlaku. Seorang perempuan berusia 35 tahun, yang pernah menuntut dalam bidang kewartawanan, malah kalau tak silap aku bekerja juga sebentar dalam bidang kewartawanan, kerana cita-cita asalnya ingin menjadi jurnalis. Takkan selepas umur kau 35 dan masuk bekerja di kedai buku lama, baru kau sedar tahun 1999 wujud? Dalam bidang kewartawanan kau perlu juga belajar tentang sejarah dan undang-undang contohnya, bagaimana kau boleh tak pernah bertembung dengan tahun 1999 atau faham bahawa tahun itu berturutan mengikut logik akal? Kalau pun emak memberitahu begitu ketika kau masih kanak-kanak, sudah tentu ketika besar kau boleh berfikir sendiri. Premis ini cuma masuk akal kalau wataknya tinggal di rumah psikiatri atau dalam ‘padded cell’.
Kerana premis ini, sampai pada muka surat 40-45, semangat membaca aku terus jadi agak tumpul. Premis yang masuk akal amat penting untuk pembaca percaya kepada penyampai ceritanya. Basic common sense. Walau dalam fiksyen, “suspension of disbelief” itu ada lapik dan batasannya. Walau pun ketika kau tulis fantasi. Apatah lagi jika kisah kau berlatarbelakangkan realiti.
Idea tentang plot twist tu agak baik, tapi boleh dijangka dan impaknya agak sederhana. Di pertengahan cerita, aku sudah mula mempersoalkan bagaimana bekas seorang mangsa penculikan kanak-kanak berjumpa dengan sekumpulan kanak-kanak yang diculik dan sedang diperdagangkan. Suatu kebetulan yang terlalu ‘kebetulan’, jadi kau sudah mengagak ada sesuatu yang tak kena tentang kejadian itu.
Separuh pertama buku penyampaiannya agak mendatar, lalu ketika masuk bahagian aksi atau jenayah tu aku mengharapkan ‘pacing’ atau rentak yang lebih baik. Namun penjelasan untuk babak-babak ‘thriller’ dalam kisah ini seperti kau membaca buku terjemahan Nancy Drew atau Hardy Boys yang dibuat dengan ala kadar. Ianya baik secara basic, tetapi sebagai bacaan kanak-kanak atau remaja awal belasan tahun. Ia sekadar memberitahu apa yang berlaku. Tak begitu banyak aspek “Show, don’t tell” yang digunakan. Maka aku sebagai pembaca tak begitu merasakan turun dan naik adrenalin. Kurang mengujakan dan sejujurnya aku seperti menyeret diri untuk menghabiskan buku ini.
Ada loophole lain yang aku tak bercadang untuk sentuh, sebab aku sendiri tak pasti apa yang dibaca. Seolah buku ini mencuba terlalu kuat untuk menjadi suatu naskhah yang kriptik atau simbolik, tetapi sebenarnya lebih kepada loophole yang tidak selesai atau tidak boleh dijelaskan.
Tak dinafikan ada bahagian-bahagian ayat yang membawa makna, terutamanya berkisar tentang trauma dan kesihatan mental. Peminat-peminat khusus topik ini mungkin akan dapat lebih menghargai kisah ini.
Tetapi, jika buku ini digunakan sebagai penanda aras kepada buku-buku ‘viral’, maka aku akan lebih berhati-hati dengan pengiklanan penerbit-penerbit buku di masa akan datang.
Buku pertama beli di PBAKL, juga yang pertama dihabiskan. Premis yang menarik, tentang satu episod memori yang dilupakan kerana begitu buruk trauma yang dialami. Latar luar bandar dengan kedai buku lama juga digambarkan dengan baik, seakan terlukis dalam bayangan bila membaca cerita ini. Ada waktu penceritaan agak meleret, namun diteruskan laju-laju sebab nak tahu penghujung cerita Sirru. Penamat yang tidak terjangka, namun serasa masih banyak persoalan yang tidak jelas/tidak terjawab - barangkali ada jika diteliti setiap patah dan muka surat. Juga dekat di hati millenials mungkin cerita ini, membawa kita ke waktu membesar dahulu.
Em jalan cerita yang slow burn dipermulaan namun ada elemen keganasan dihujung cerita.
Mengisahkan tahun 1999 yang hilang dalam ingatan sirru.
Saya faham cerita psikologi boleh jadi macam2 plot. Cuma pengkahiran nya buat saya tertanya, apakah yg terjadi selama ni adalah realiti, mimpi atau hanya ilusi permainan minda Sirru?
Ok, jujur cakap cerita dia memang slow. Sorry to say but memang mengantuk jugak aku baca separuh awal buku tu. But ada beberapa part tentang broken family yg banyak menyentuh perasaan jugak la.
Lepas baca page 100 keatas baru nampak ada perjalanan cerita.
Tambahan lagi cara penulisan dia. Mungkin ada orang yang boleh anggap cara penulisan dia macam lebih kepada luah perasaan yang dalam. But, ni pendapat sendiri je ya. Aku bosan. Sorry but seriously, bosan sikit la.
Cuma plot twist yg last tu, Macam ada benda lagi tergantung. Dia macam membuka ruang pembaca untuk buat tanggapan sendiri. Bagi aku ok je kot.
Ntah, overall buku ni overated sikit la. Ni cuma pendapat aku ok. Mungkin ramai je minat buku ni
Biasa sahaja. Premis cerita agak menarik tapi plot twist di akhir buku pada saya sangat unnecessary. Sudahlah terlalu banyak tell daripada show untuk babak penting, kemudiannya perleraian plot seperti itu sahaja, sepatutnya ketika itulah nak beritahu pembaca tentang sindiket jahat tumpuan cerita ini, bukan cipta plot twist yang langsung takde penjelasan kemudian tamat. Watak protagonis agak membosankan dan penulisan untuk adegan-adegan yang sepatutnya mendebarkan terasa agak hambar.
Bagi saya, ini seperti "cosy thriller"?. Bayangkan filem indie coming of age gitu. Mood kampung, pacing slow. Janganlah berharap lebih-lebih pula.
Bagi saya cerita ini sangat perlahan pada awalnya. Kalau filem mungkin saya dah tutup tv atau tukar channel lain. Amat perit nak teruskan bacaan. Penceritaannya dari segi bahasa baik. Mudah faham. Cuma perkataan yang sinonim dengan bahasa indonesia terlalu banyak digunakan. Contohnya perkataan bisa. Plot twist nya tidaklah terlalu mengejutkan. Hint sudah diberikan dari awal dan berulang disebut. Pengakhirannya saya rasa tergesa dan kurang kemas. Ada plot hole yang tidak berjawapan. Saya ingatkan cerita ini latar tahunnya agak terbelakang sikit jadi ada kekangan akses maklumat. Tapi dalam cerita ni boleh saja watak utama google apa saja yang dia tak tahu.
Yang minat genre sebegini dengan penulisan simple boleh baca. Bagi mereka yang biasa dengan cerita yang berat dari segi plot dan bahasa, mungkin kurang menikmati.
Awal² pun aku dah tahu, buku ni ada special place kat hati aku. Di pertengahan buku, aku dah boleh estimate buku ni akan dapat solid 5 star dari aku.
1999, Tahun Yang Hilang Mengisahkan Sirru, seorang gadis berumur 35 tahun yang tak tahu tahun 1999 tu wujud. Pada dia, lepas tahun 1998, terus tahun 2000. Sehinggalah satu hari Sirru terjumpa kalendar tahun 1999.
Plot bermula dengan Sirru yang stress dengan tempat kerjanya yang toksik, dia pulak tak tahu melawan. Buatkan day by day dia jadi stress sampai dia di diagnos menghidap depression. Akhirnya, Sirru decide untuk berhenti dari tempat kerja toksik tu and keluar dari kawasan bandar besar tu. Dari dunia dia yang serabut, baru resign dari tempat kerja yang toksik yang menganggu kesihatan mental Sirru, dicampur dengan masalah keluarga, manalagi mak ayah dia bercerai. Dia rasa macam terbeban dengan semua perkara dalam satu masa. Maka, Sirru pun decide dia nak pergi satu bandar atau pekan kecil yang tenang² je. Dia senyap-senyap naik bas, and berhenti sebab dia lapar je asalnya, tapi nak jadikan cerita dia nampak iklan jawatan kosong 'pengurus stor' di sebuah kedai buku yang sunyi. Sirru yang memang dah penat kerja dengan manusia-manusia toksik dekat tempat kerja lama, peluang jawatan kosong ni memang dia tunggu-tunggu la. Kerja pulak dekat pekan kecil tenang yang menempatkan kedai buku-buku lama yang jarang dikunjungi.
Di bandar kecil ini, Sirru berkenalan dengan Tria, Wadi, Ana, Ris, Mona & Encik Dee.
Aku suka how penulis kembangkan hubungan watak antara Sirru, Tria and Wadi. Tiga² ni watak penting dalam buku ni. Sirru dengan Tria bekerja satu tempat kerja yang sama iaitu di kedai buku sunyi tu. Mula² bertegur sepatah dua kata je, tapi lama² Sirru mula selesa nak berbual panjang dengan Tria si mata malas.
Plot buku ni sangat best. Aku tak pernah lagi baca buku plot macam ni. Kisah rumah Asuhan, Klinik Gigi yang membongkarkan kisah penculikan kanak-kanak. Kanak-kanak ini pada awalnya diculik saat mereka bermain sendirian tanpa kawalan penjaga atau mak ayah, diculik menggunakan van putih lalu ditempatkan di sebuah rumah asuhan, di jaga makan & minum. Tapi natijahnya, akan dijual ke pasaran gelap, ada yang dibunuh dan dijual organnya, ada yang dijadikan pekerja kos rendah, dan paling jijik ada yang dijadikan bakat-bakat baharu di bordello. Apa itu bordello? Bordello ni rumah pelacuran. Yes, kejam! Kanak² ni diculik, dijual, dilacurkan, dibunuh dan organnya dijual di pasaran gelap.
Haaaa dark sangat buku ni. Bermula dengan Sirru yang lupa wujudnya tahun 1999. Dan akhirnya membongkar kisah pahit Sirru di tahun 1999. Rupanya Sirru & Tria juga mangsa penculikan rumah asuhan ni.
Cuma beberapa perkara ni aku masih tertanya-tanya dan besar harapan aku supaya:
1) Please la Wadi & Mona masih hidup.
I wish penulis tulis panjang lagi. Untuk rungkai & simpulkan tanda tanya ni semua. Tapi still aku tak dapat deny buku ni best and plot cerita dia lain dari buku-buku yang aku pernah baca selama ni. Good job buat penulis, sebab buku ni berjaya hook aku untuk tahan diri untuk tak tidur dan teruskan membaca sampai titik akhir.
Mindblowing and unexpected… dr tahun 1999 yg hilang ke time travel I believe… sgt tak terjgka… ada pelbagai perasaan ketika membaca buku nie… btw penulisnya org Swak k… sama2 org Kchg… hehe… honestly I really love how penulis nya menulis novel tok… bah… beli and baca k.. x mok kakar byk…
Sebenarnya ada satu watak yang telah mati, dan segala yang berlaku hanyalah cara minda Ru melindungi dirinya daripada trauma yang dialaminya.
Perkara itulah yang menjelaskan kewujudan luka-luka serta pelbagai kejadian aneh yang muncul sepanjang cerita.
Aku sendiri terpaksa mengulang baca bahagian yang sama sebanyak dua kali sebelum benar-benar dapat menghadam plot 1999. Bila semua petunjuk mula bersambung, barulah gambaran sebenar cerita ini menjadi jelas.
Kisah ini berkisar tentang Sirru yang hidup dalam keluarga yang berpecah-belah. Dia merasakan dirinya tidak lagi disayangi oleh ibu bapanya. Dalam keadaan emosi yang rapuh, Sirru mudah terpengaruh dengan orang sekeliling sehingga terjerumus ke dalam kegiatan pasaran gelap. Kemudian berlaku satu peristiwa yang menyebabkan dia kehilangan ingatan.
Mimpi-mimpi yang hadir selepas itu sebenarnya menjadi petunjuk yang perlahan-lahan membawanya kembali kepada memori yang hilang. Kejadian-kejadian yang disaksikannya pula bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya cebisan ingatan yang mula muncul semula sedikit demi sedikit.
Dan di sinilah plot twist yang akhirnya membuatkan semuanya masuk akal.
Ru = Ris. 🥳
Untuk pengetahuan penulis, Anni dan Sirru memang adik-beradik tiri kerana mereka mempunyai ibu dan bapa yang berbeza. Namun, Sirru tetap mempunyai dua orang adik kandung dari sebelah ibu. Walaupun berlainan bapa, mereka berkongsi ibu yang sama, jadi mereka tetap adik-beradik dan bukannya adik-beradik tiri.
Tapi serius, menyampah aku dengan watak Anni. Dah besar panjang pun masih berebut kasih sayang ayah macam budak-budak. Nasib baik Sirru membalas balik. Aku paling kesian dengan Sirru sebab dia sentiasa disuruh menjadi anak yang baik, tetapi tiada siapa yang benar-benar mahu mendengar luahan hatinya.
Harap editor melakukan kerja yang lebih baik dlm mengedit susunan ayat. Sebab terlalu banyak pengulangan ayat/perkataan yg sama. Cthnya klinik gigi, dr gigi, berapa banyak gigi daaa.
Dari segi penceritaan pula, jujur sgt bosan.
Mcm bc karangan sekolah.
Maaf. 🙏
This entire review has been hidden because of spoilers.
Overhyped. Messy. Awal-awal tu banyak sangat penggunaan gaya bahasa Indonesia sampai confuse ni buku indo ke melayu. Felt sleepy most of the time while reading this. Didn’t surpass what I’ve been expecting from this book.
Kisah bermula dengan satu fasa yg cukup dekat dengan realiti masyarakat sekarang iaitu isu budaya kerja toksik sampai burnout. Watak utamanya, Sirru, ambil keputusan drastik untuk lari ke sebuah pekan kecil dan bekerja kat kedai buku lama demi rawat jiwanya yg makin rapuh.
Masa awal² baca tu, jujur cakap memang banyak sangat² persoalan yg timbul dalam kepala. Rentak cerita pun terasa agak perlahan. Ditambah pula dengan gaya bahasa penulis yg bagi saya agak tinggi sasteranya, jadi memang mengambil masa sedikitlah untuk saya nak hadam dan sesuaikan diri dengan rentak penceritaan kat bahagian awal.
Tapi bila dah masuk ke pertengahan cerita, wah.. plot terus bertukar jadi makin menarik! Tak boleh nak letak tepi sebab nak tahu apa hujung pangkalnya.
Misteri mula memuncak bila Sirru terjumpa kalendar usang tahun 1999 kat stor tempat kerja. Rupa²nya dia langsung tak ingat apa yg berlaku sepanjang tahun 1999. Dari situ, Sirru terpaksa rungkai balik memori yg hilang tu melalui cebisan mimpi²nya yg pelik. Uniknya, fasa mimpi tu digambarkan macam sejenis online game yg ada peringkat demi peringkat. Saya yg membaca pun automatik rasa sesat sekali, tertanya² mana satu realiti dan mana satu halusinasi?.. 🤔
Menariknya, penulis berupaya membawa isu berat yg realistik seperti isu broken family, kesedaran kesihatan mental dan psikologi dengan begitu baik sekali di sepanjang penceritaan.
Bagi saya, bahagian pengakhiran ceritanya terasa agak tergesa². Momentum 'gempak' yg dah dibina dari awal tu macam diringkaskan terlalu cepat. Sampai sekarang dah habis baca pun saya masih terfikir² lagi, sama ada penulis memang sengaja buat 'open ending' atau saya yg tak berapa nak faham 'ending' tu sebenarnya? 🤣🥲
Hubungan antara Sirru dengan Tria tu pun boleh dikembangkan lagi untuk bagi impak yg lebih padu. Sebabnya watak sampingan iaitu Tria pun sangat membantu menggerakkan plot penceritaan.
Apapun, idea cerita ni best, lain daripada yg lain dan berbaloi juga untuk dibaca! Kulit buku pun memang kena betul dengan vibe cerita.
Aku boleh kata keseluruhan ceritanya menarik tapi endingnya agak mengecewakan sedikit. Aku beranggapan ada sikiitt loophole sini dan sana. Ada beberapa perkara yang masih belum terjawab. Mungkin aku kena bedah buku ni untuk dapat jawapan? Aku tak tahu.
Bagi aku, ending dia serasa begitu tergesa dan kurang perincian walhal permulaan ceritanya begitu berlenggang. Aku cuba faham, mungkin penulis nak pembaca mindblown dengan twist dia? Tapi, sebagai detail oriented person (eceewahh gituuhh), aku rasa aku perlu lebih detailssss.
Foreshadow dia mudah teka dan faham. Tapi twist pada ending dia (around 2 pages sebelum tamat baru twist dia keluor) jadikan cerita macam sedikit wow, pandai ehh mentang-mentang aku dah teka semua betul, twist nya acah-acah semua tekaan tu tak tepat bhahahahahaha
Ending dia sebenarnya ada unsur "mistik" lah pada pendapat aku. Tapi disebabkan penulis pasang twist "mistik" (yang tak ada lah mistik apa sangat pun) dipengakhiran cerita, dia buat cerita tu macam "mencari jalan keluar yang mudah" tanpa perlu bersusah payah explain siapa, kenapa, dimana, dan bagaimana.
Overall experience. Aku enjoy dan happy je baca buku ni. In fact, aku tak tidur malam. Terbuai dalam pembacaan. Dan sudah lumrah, tiada apa yang sempurna dalam dunia ni. Terima kasih penulis, bawa saya keluar dari reading slump.
1999 Tahun Yang Hilang was such a refreshing and unique read.
At first, I struggled a little with the formal vocabulary and writing style. It took me some time to get into the rhythm of the language, but once I did, I found it incredibly immersive and charming.
What stood out most was how original the story felt. I genuinely had no idea where it was heading and kept coming up with different theories as I read. The plot was well-paced, and I found myself surprisingly connected to the characters and invested in their journey.
I was able to piece together some of the mystery before the ending, but that didn’t take away from my enjoyment. If anything, my only complaint is that the ending felt a little too quick. I wasn’t ready to leave the story behind just yet.
Overall, this was a thoughtful, satisfying, and memorable book that stayed with me after I turned the last page. I would happily recommend it to anyone looking for something original.
Sirru membawa diri ke bandar yang selalu berkabus pada waktu pagi itu. Baginya tempat itu memberi damai - dan juga ketenangan kepada perkara yang bermain di dalam mindanya. Meskipun pekerjaannya di kedai buku di bandar itu tidak memberikan gaji yang lumayan seperti pekerjaan lamanya, yang penting hatinya tidak terluka seperti di tempat kerja lamanya. Tiada orang yang berkata buruk tentangnya. Di tempat kerja barunya, ada Tria, yang juga staf di kedai buku itu. Meskipun Tria seorang gadis pelik pada pandangan Sirru, ada sesuatu yang menarik pada dia. Dan juga, sepertinya Tria menyimpan rahsia.
Bagi Sirru, menjadi satu-satunya anak hasil perkahwinan yang sudah musnah, tidak memberi makna lagi. Lantaran masing-masing sudah punya keluarga baru, Sirru rasa baik dia sendiri sahaja. Nenek, tempat dia tumpang bermanja juga sudah meninggalkannya. Justeru, Sirru tidak hairan merantau seorang diri ke tempat yang baru dan asing. Bagi Sirru, yang penting ialah ketenangan hatinya.
Semasa kecilnya, Sirru tidak pernah bermimpi sehingga dibawa ke terapi, namun doktor tidak menyatakan ada sebarang permasalahan. Namun, sejak berada di dalam persekitaran kerja yang toksik di tempat lama, Sirru kerap bermimpi buruk sehinggalah dia membawa diri ke tempat baru, tetapi lewat kebelakangan ini, kerap dia bermimpi. Mimpi-mimpi yang dialaminya seakan-akan ingin memberitahu Sirru sesuatu.
Semuanya bermula apabila Sirru bertemu seorang budak lelaki, Wadi yang menjual suratkhabar di simpang jalan. Sirru rasa seperti ada tarikan magnet kepada Wadi. Dan yang paling pelik, apabila Sirru terjumpa kalendar tahun 1999. Setahu Sirru, tahun 1999 itu tidak wujud. Tidak pernah ada dalam diari hidupnya.
Sehinggalah Sirru bertanyakan hal itu kepada emaknya sendiri. Emak memberitahu Sirru telah hilang ingatan pada tahun 1999. Ada trauma dahsyat berlaku yang telah mengakibatkan Sirru menutup segala memori silam dan hal-hal yang berlaku pada tahun itu seperti ianya tidak wujud. . Apa sebenarnya yang terjadi pada tahun 1999? Apakah rahsia hitam yang menyebabkan Sirru hilang ingatan? . Kalian ingatkah apa yang terjadi pada tahun 1999? Mungkin ada antara kalian yang belum lahir lagi? Tahun 1999, saya berada di universiti nun jauh di selatan tanahair memerah otak menyiapkan tugasan. Tahun 90-an juga adalah antara tahun-tahun yang penuh dengan 𝘶𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘭𝘦𝘨𝘦𝘯𝘥 - antaranya penculik kanak-kanak yang menggunakan van putih. Tidak lupa, tahun 1999 juga gempar dengan berita kehilangan data yang bakal berlaku pada malam tahun baru 2000. Macam-macam. . Saya memang sukakan cerita yang mempunyai 𝘵𝘳𝘰𝘱𝘦 sebegini. Jalan cerita seumpama ini banyak bermain dengan perjalanan masa, kerana tersilap cara akan memeningkan kepala. Saya sangat kagum dengan penulis yang pandai bermain dengan ‘masa’ di dalam penceritaan, walaupun adakalanya sesetengah pembaca membangkitkan isu kelogikan, tapi bagi saya sekiranya tidak ketara, tidak mengapa. Dalam penceritaan ini, masa tidak dinyatakan dengan begitu jelas, namun kita masih boleh meneka berdasarkan info yang diberikan. .
Seawal penceritaan, saya fikir cerita ini mungkin akan jadi seperti 𝘛𝘩𝘦 𝘛𝘳𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘚𝘩𝘰𝘸 berdasarkan senario yang diberikan, terutamanya apabila orang-orang di sekeliling Sirru sangat takut sekiranya Sirru tahu apa yang sebenarnya yang terjadi pada tahun 1999, namun tekaan saya meleset. . Namun, setelah lebih separuh penceritaan, saya dapat merasakan ada sesuatu yang lebih lagi, dan saya dapat meneka apa sebenarnya yahg terjadi dalam hidup Sirru berdasarkan ‘bukti-bukti’ yang terang, namun masih berhati-hati sekiranya penulis hanya menguji pembaca. Saya jadi teringatkan filem Korea, 𝘍𝘰𝘳𝘨𝘰𝘵𝘵𝘦𝘯. . Laras bahasanya mudah, namun kosa katanya mengesankan dengan penggunaan perkataan bahasa Melayu sastera di antara ayat-ayat cerita membuatkan tangan ini rajin untuk mencari maksud di laman sesawang. Namun, saya sedikit resah dengan plot penceritaan yang pada pendapat saya boleh diperbaiki. Pada saya, ianya sedikit laju yang terkadang saya jadi sedikit hilang di dalam penceritaan. . Cerita ini mengangkat tema masalah kesihatan mengal seperti buli dan depresi, dan juga masalah institusi kekeluargaan daripada segi keselamatan dan hak kanak-kanak di dalam sebuah keluarga. Sirru sebenarnya mangsa keadaan. . Saya ada membaca beberapa reviu dan ada antara pembaca yang mungkin tidak berpuas hati dengan pengakhiran cerita (termasuklah saya) kerana terlalu banyak persoalan yang masih belum terjawab. Pengakhiran cerita juga mengingatkan saya pada perdebatan netizen tentang episod akhir 𝘎𝘰𝘰𝘥 𝘉𝘰𝘺𝘴 𝘎𝘰 𝘵𝘰 𝘏𝘦𝘢𝘷𝘦𝘯. Mungkin ada yang penulis mahu pembaca renungkan. . Jika anda minat genre seumpama ini tetapi mahukan sesuatu yang ringkas dan pembacaan pantas, buku ini pasti untuk anda. . #justreaddontbawang #bookmehnia #July2026 #2026reads #JulyTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #inibukujiwa #1999 #tahunyanghilang #shieldsahran
Sirru telah tinggalkan tempat kerja yang toksik dan berpindah ke sebuah bandar kecil untuk mencari ketenangan. Kemudiannya, beliau dapat bekerja di kedai buku terpakai dan berkenalan dengan rakan sekerja, Tria.
Suatu hari, Sirru terjumpa kalender tahun 1999 dan beranggapan bahawa kalender itu adalah suatu gurauan kerana tahun 1999 tidak wujud! Tria merasakan Sirru adalah seorang yang aneh. Manakala Sirru terkejut setelah membuat carian internet, bahawa tahun 1999 benar-benar wujud tetapi dia tidak ada ingatan langsung apa yang berlaku dalam kehidupannya pada tahun itu!
"Aku mempersoalkan diri sendiri. Bukankah selepas tahun 1998, seterusnya tahun 2000? Dari mana datangnya tahun 1999? Sejak bila tahun 1999 itu wujud?"
Kisah ini mungkin pada tajuknya adalah lucu tetapi membincang 2 perkara yang berat:
1. Trauma Trauma yang sangat hebat sehingga seseorang membina "dinding" dalam kotak memorinya untuk memadamkan memori tersebut.
"Adakalanya lupa itu adalah satu rahmat."
2. Kesan kepada anak apabila ibubapanya bercerai dan berkahwin dengan pasangan lain, dan hubungan dengan adik-beradik tiri
a. Emosi, perasaan dan yakin diri anak terkesan dengan penceraian walaupun pada zahir nampak baik-baik sahaja.
b. Penerimaan ibu atau bapa tiri serta adik-beradik tiri dan impak kepada anak.
c. Perebutan kasih sayang ibu atau bapa dengan adik-beradik tiri.
d. Kelelahan dan keterpaksaan menjadi 'anak yang baik' dan matang seperti sudah dewasa walaupun masih kanak-kanak.
"Aku pun ada masa silam yang aku tak suka ingat balik. Bersyukurlah kau diberi kesempatan untuk lupa dalam tempoh yang lama. Lupa itu berkat." - Tria
Sedikit demi sedikit, rahsia yang membuatkan tahun 1999 hilang dari ingatan Sirru akan terbongkar. Penutupnya ada pada perenggan terakhir.
... Dan sebuah janji lama yang telah dikotakan.
Kisah ini membawa pembaca menyelami dan lebih memahami keadaan orang yang menghadapi trauma dan kesan penceraian ibubapa terhadap anak-anak. Suatu penceritaan yang baik mengenai 2 isu yang berat ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penulis menggunakan 1st person POV utk watak Sirru dan 3rd person POV utk watak di rumah asuhan. Saya bukanlah penggemar 1st person POV, agak kekok pada permulaan cerita tapi semakin lama semakin lancar. Permulaan cerita yg sedikit slow, bersesuaian utk pengenalan watak dan latar belakang watak
Sebagai seorang pembaca yg suka membaca genre psycho/thriller/crime, ada benda yg kita dah boleh agak akan berlaku. Berkenaan penculikan Sirru, mengingatkan saya kepada kes penculikan kanak² yg menggemparkan Malaysia satu ketika dulu seperti Nurin Jazlin dan Sharlini. Al fatihah buat mereka. Sedih bila kaitkan cerita dalam buku ni dgn kes yg sebenar.
Penulis juga ada tertukar watak Sirru dan Ris ketika Sirru dan Tria dalam perjalanan ke hospital. Tak tahu sama ada itu intended atau tak sengaja.
Lastly, siapa perempuan yg selamatkan Sirru dan telefon polis di telefon awam? Adakah the little Sirru sendiri? Tapi di awal cerita ada bagitahu yg ada perempuan bagitahu di mana Sirru berada. Doktor gigi tu sebenarnya doktor perubatan atau org biasa? Nak bedah org utk dapatkan organ, rasanya perlu ilmu juga utk tahu cara pembedahan dan harvest organ dgn selamat.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Begitulah perasaannya membaca buku ni. Pada mulanya, aku agak keliru dengan cara penulis menulis buku ini. Macam agak serabut bagi aku. Tapi bila lama-lama membaca sehingga ke akhirnya baru aku faham kenapa pola penulisan buku ini begitu.
Sirru, watak utama di dalam novel ini sememangnya mempunyai masalah dari segi fikirannya; trauma yg berlaku di tempat bekerja yg menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain dan juga menghadapi lost memory sehinggakan dia boleh anggap tahun 1999 itu tak wujud! Tak pelik bila dia bermonolog tuh terserlah keserabutan fikirannya dan juga kekeliruan mindanya utk menilai sesuatu perkara. Mungkin inilah POV yg ingin penulis cuba ketengahkan bagi seorang pesakit mental yg menghadapi kemurungan, kecelaruan emosi, kehilangan memori dan sebagainya.
Jalan cerita buku ini sangat best bagiku. Ada unsur jenaka yang aku sendiri tidak jangka sebab menganggap buku ini lebih kepada unsur yang serius dan thriller (bagiku ia lebih kepada mystery sebenarnya) yang membuatkan diriku terus menerus membaca buku ini hingga ke akhirnya. Cuma pengakhiran ceritanya buatkan aku macam ‘eh, mimpi ke baca buku nih ek?’ 🤔
Buku 1999 agak viral dan direkomen di platform Threads. Selepas baca sinopsis, memang nampak menarik.
Watak utaman dalam cerita ini mempunyai masalah mental dan persekitaran kerja dan keluarga yang toksi cuba keluar dari masalah itu menuju ke sebuah daerah kampung yang santai lalu bekerja di sebuah kedai buku. Hinggalah satu hari ketika mengemas stor, dia terjumpa kalender 1999 tapi dia tergelak dengan mengatakan, mana ada tahun 1999. Selepas 1998 terus tahun 2000. Disinilah cerita mula menarik
Pada awal kisah novel ini, ceritanya agak perlahan. Bila sampai ke bahagian tengah dan hampir penghujung pun agak perlahan, dimana, plot cerita tidak ubah terlalu banyak.
Walaupun di hujungnya ada plot twist bertubi2, tetapi, ia kurang rasa sebab terlalu banyak kisah watak utama di ceritakan yang tidak meninggalkan kesan berbanding watak pembantu yang lain.
Ada loophole yang sangat besar berkaitan plot twist yang tidak dijelaskan dengan baik.
1999 Tahun yg hilang, shield sahran. Seriously saya sebenarnya FOMO sebab buku ni sebelum PBKL26 smpai skrg asyik lalu je, so sy decide nk beli dan baca. Genre physcology thriller tp saya x puas hati dgn ending cerita ni sbb mcm x smpai. Dkt hujung² tu dah hype tp tiba² emosi tu terus jatuh 'terjunam'😅. Dan sy mati² ingat sirru tu lelaki tp perempuan rupanya sbb sy dah bayangkan watak tu as lelaki muda🤣. Saya rate 8/10 sbb sy rasa ending tu masih ada persoalan yg x terjawab. But jalan penceritaan tak complicated, bahasa yg digunakan pun sangat mudah. Recommended.
Arghhh buku ni buatkan kita tak berhenti membaca sebab nak tahu apa yang terjadi dekat anak-anak di rumah asuhan iaitu Rumah Aman!
Novel bergenre psychological thriller berjaya buat aku mengalir air mata tersedu-sedu mengenangkan trauma yang watak utama hadapi. Sakitnya mengenangkan tragedi yang sudah dilupakan namun perlu untuk korek balik demi merawat sakit mental yang dialami.
naskhah pertama pbakl26 yang kubaca. 50 pages pertama memang agak lambat. tapi selepas halaman itu, ada satu emosi tertanya-tanya yang akan menjentik hati. sesuailah dengan genre ini: slow psycho thriller. writing style penulis sangat sedap dan mudah dihadam. recommended!
WHATT? Tak faham la ending dia. Maksudnya apa?? Siapa yang selamatkan dorang sebenarnya? Sirru the adult one? Ris the young girl? Then what happened to Mona-Wadi? Ahhh