Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Kafir, Kau Siapa

Rate this book
"Pertama kali kita harus jelas tentang apa yang buku ini tidak sajikan: ianya bukannya setakat penulisan seorang minoriti di dalam negara majoriti Muslim, berani untuk menyuarakan isu-isu yang tidak banyak orang ingin suarakan. Beliau bukannya sekadar seorang insan yang terpinggir meminta kebebasan dan kesaksamaan. Itu terlalu mudah, lebih-lebih lagi di waktu politik identiti.

Tidak. Buku ini tidak harus dikelirukan dengan klise-klise yang sebegitu rupa.

Suara beliau merupakan sesuatu yang jarang benar dijumpai oleh kerana pendekatan beliau menyatukan kisah peribadi beliau dengan kisah Malaysia. Perjumpaan diri beliau bergantung pada penemuan naratif yang lebih meluas.

Kita melihat wujudnya keikhlasan beliau untuk memahami dirinya sendiri melalui kegagalan-kegagalan negara, tanpa adanya rasa kebenaran sentimental, dan hanya mengenal pasti risiko-risiko yang bakal kita hadapi dengan pendekatan yang waras.

Dan benar risiko ini jelas dilihat di dalam keberanian beliau untuk menghadapi kebarangkalian keterasingan. Renungan tentang masyarakat Muslim oleh orang bukan Muslim, tentang masyarakat Melayu dari pandangan orang Cina, membolehkan beliau berjaya mengenal pasti keresahan orang lain, suatu jenis keresahan yang turut dirasai oleh beliau juga.

Rasa cinta beliau adalah benar oleh kerana pemahaman beliau bahawa cinta itu hanya terhasil oleh ketidaksempurnaan sesuatu benda itu, kerana hanya melalui ketidaksempurnaan itulah kita mulai sedar akan pengorbanan yang perlu dilakukan. Kita sedar, apa yang kita mampu buat adalah berdasarkan perbandingan dengan keadaan yang lebih teruk boleh berlaku. Kesedaran kebaikan yang berasaskan keburukan adalah landasan harapan. Dan untuk itu kita harus berterima kasih kepada Ooi Kok Hin untuk suara dan tenaganya yang mampu menghidupkan harapan yang ada."

-Prakata oleh Fuad Rahmat

189 pages, Paperback

First published March 21, 2015

20 people are currently reading
149 people want to read

About the author

Ooi Kok Hin

4 books89 followers
Ooi Kok Hin berasal dari Pulau Pinang. Makanan kegemarannya adalah nasi ayam Hainan dan cendol Penang Road. Dia berumur 22 tahun, masih bujang, dan merupakan pelajar Sains Politik dan Falsafah tahun terakhir di The Ohio State University. Dia juga adalah kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), salah satu penulis buku "Alif Lam Lam Ha", anak murid Naruto dan peminat Manchester United. Sementara membuat persiapan menghadapi pengangguran selepas tamat pengajian, dia menulis buku "Aku Kafir, Kau Siapa".

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (17%)
4 stars
94 (53%)
3 stars
42 (23%)
2 stars
8 (4%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 40 reviews
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
March 29, 2015
Alhamdulillah aku berjaya menghabiskan buku ni dalam masa sehari. Aku tak boleh nak meletakkan buku ini setelah membacanya. Perasaan aku bercampur baur ketika dan selepas membaca buku ini. Banyak yang bermain di fikiran dan perasaan aku.

Ada juga satu dua perkara yang aku tidak setuju dan sudah tentu berkaitan hudud. Mungkin aku agak reaktif tetapi dalam masa yang sama aku tidak menolak sikap kritis kita terhadap hudud. Masih banyak yang perlu diusahakan sebelum dilaksanakan kerana aku sendiri sebagai muslim masih berusaha untuk memahami hudud.

Aku kira Ooi menjadi wakil kepada suara aku sendiri yang sekian lama terpendam. Kita dapat melihat isu yang diutarakan daripada perspektif yang aku kira jarang-jarang didengari dan aku dapat merasakan keikhlasannya menulis.

Lihat sahaja apabila beliau menyentuh tentang isu perkauman yang bagi aku realitinya amat menyedihkan. Aku sendiri melalui sekolah kebangsaan semenjak kecil hingga SPM tetapi masih berlegar dalam kalangan Melayu, masih tidak mampu merobohkan tembok perkauman. Maaf kepada teman-temanku daripada bangsa lain. Aku tidak dapat menolak persekitaran memainkan peranan yang sangat besar.

Ooi telah mengutarakan isi hati aku sedikit sebanyak apabila dia menyentuh tentang politik dan pelajar. Aku masih tidak dapat menerima logik kewujudan Kelab Umno Luar Negara tetapi kelab parti politik lain tidak mendapat hak yang sama. Pelajar yang cuba-cuba berjinak akan dihalang daripada melibatkan diri.

Datang daripada keluarga yang berdarah hijau menyebabkan aku cenderung kepadanya tetapi pengalaman, pembacaan dan pergaulan mengajar aku untuk lebih objektif dan kritis dalam menilai. Aku berjaya meloloskan diri daripada politik taksub dan individu. Aku rasa ini antara masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, kita tidak diberi pilihan untuk memilih selain BN atau PR dan kita melihat politik itu hanya daripada sudut politik kepartian. Kita lupa tentang politik warga.

Aku berterima kasih atas usahanya menulis buku ini dan aku mengharapkan lebih ramai yang akan membacanya. Kita tidak semestinya bersetuju dengan semua yang ditulis tetapi kita tidak seharusnya menghalang diri kita daripada cuba untuk memahami sesuatu perkara daripada perspektif yang berlainan.

Apa yang mengagumkan aku adalah Ooi tidak hanya mengkritik tetapi turut memberi solusi bagi menangani isu-isu yang ditimbulkan. Tidak ramai yang mampu berbuat begitu. Syabas Ooi. Semoga dapat menulis lebih banyak makalah yang bermanfaat untuk bangsa Malaysia di masa hadapan.

Aku pernah ditawarkan untuk memberi ceramah motivasi oleh cikgu sekolah menengahku ketika melawat beliau di sekolah. Dia bertanya kepadaku apakah jenis nasihat yang akan aku berikan kepada pelajar-pelajar ini berdasarkan pengalaman aku. Aku terangkan dan aku tanyakan soalan yang sama kepada beliau. Aku katakan dia juga pernah remaja dulu. Beliau menjawab, "Entah lah, saya dah tak ingat."

Kata-kata cikgu itu menjawab persoalan yang bermain di minda aku selama ini. Kenapa golongan dewasa tidak memahami, kenapa tidak mengerti, kenapa tidak membimbing dan memberi penjelasan tentang amarah dan keinginan-keinginan kami? Kenapa hanya tahu menghalang dan memarahi? Mungkin kerana mereka telah lupa dunia the young angry man yang pernah mereka lalui dahulu.

Justeru orang muda harus terus berusaha memberitahu kepada golongan yang lebih dewasa, yang lebih matang dan yang lebih dahulu makan garam ini supaya mereka ingat semula dan cuba untuk memahami, menimbang buah fikiran dan cadangan kita. Yang penting sekali, membimbing kita melalui pengalaman mereka.

Buku ini aku kira muncul sebagai pemberitahu dan peringatan bukan sahaja kepada yang lebih tua tetapi kepada anak-anak muda juga supaya masing-masing berperanan dalam membentuk Malaysia yang lebih baik.
Profile Image for Tidak Selain Buku.
7 reviews4 followers
April 4, 2015
"Aku Kafir, Kau Siapa" merupakan tulisan pertama Ooi Kok Hin yang dibukukan, telah berjaya mengajak saya percaya semula, bahawa masih ada harapan untuk Malaysia Baru yang lebih maju dari semua aspek dilahirkan, dan rasa percaya itu hanya boleh berlaku jika generasi yang akan datang (semua kaum) sedar dan mempunyai semangat untuk membangunkan Malaysia seperti yang diimpikan.

Saya seorang Melayu, apabila membaca buku yang ditulis oleh seorang Cina, yang tema-tema perbincangannya kedengaran cukup klise – tentang hubungan antara kaum, keharmonian agama, kepelbagaian budaya, isu-isu sensitif, tentu sekali ianya berjaya memanggil saya untuk bertanya banyak soalan lantaran, selama ini seorang Melayu itu sering kali merasa bimbang jika bertanyakan sebegitu rupa.

Membacanya, kita boleh mendengar luahan perasaan kaum minoriti di Malaysia – ini pun masih boleh dipersoalkan, sejauh mana minoritinya Cina di Malaysia dan dari konteks mana yang dikatakan minoriti? Akan tetapi, pengalaman dan keperitan yang diceritakan oleh Ooi perihal kaum minoriti dan ketidakadilan itu, memang langsung tidak dapat diendahkan kebenarannya.

Kerana, bukan Ooi sahaja berdepan dengan situasi sedemikian, bahkan ramai juga kawan-kawan Melayu yang sedar betapa tidak adilnya apabila rakan Cina mereka yang nyata jauh lebih cemerlang dinafikan hak untuk mendapatkan peluang yang sama rata dalam sistem pendidikan kita. Itu belum lagi kita bercakap soal bantuan kewangan dan biasiswa oleh badan-badan kerajaan.

Penulis menyifatkan sistem pendidikan kita sebagai “messy”, dan apakah kita boleh menafikan hakikat itu? Tidak sama sekali. Semua akur akan realiti ini. Bermula dari serendah-rendah tahap pendidikan, sehinggalah kepada setinggi-tinggi pengajian universiti, sistem kita amatlah berserabut seolah-olah tidak bersistem. Entah apa yang diimpikan oleh para penguasa negara dengan sistem pendidikan sebegini, kita pun kepeningan.

Apatah lagi mahu berbicara dari sistem yang berserabut ini, soal kesepaduan dan keharmonian kaum, soal jambatan integrasi dan adaptasi, sudah tentulah bicara-bicara itu tidak lebih sifatnya angan-angan Mat Jenin. Ooi ada juga mengutarakan beberapa cadangan, yang difikirkan mampu mengubati permasalahan ini. Namun yang demikian, harus kita insafi bahawa, pendidikan bukanlah sebuah sistem “try and error” kerana kesan kesilapannya adalah dahsyat.

Itulah falasi yang cuba diberitahu oleh Ooi secara tersirat, bahawa pendidikan yang sewajarnya menjadi tempat bercambahnya kemanusiaan, tapi kini tidak ubah menjadi alatan untuk menekan dan menindas sesuatu pihak oleh pihak yang lain. Ditakdirkan saya juga sebagai Cina, pasti saya akan berkongsi ketidakpuasan hati yang sama, terutamanya pada polisi negara yang warna kulit dan kepercayaan itu menjadi premis utama.

Seorang manusia, kemanusiaanlah yang akan memandu jiwa mereka untuk tunduk pada makna keadilan, untuk berkongsi rasa sengsara itu, walaupun kita semua tahu bahawa sistem sekarang banyaknya merupakan warisan dari sistem penjajah dulunya lagi. Malangnya, generasi pasca-merdeka masih tetap menanggung biawak hidup, bahkan mereka yang menerajui kerusi kepimpinan sekarang pun seolah-olah mahu terus menyambung legasi yang ditinggalkan penjajah.

Maka, bagi Ooi, proses perubahan dan perkembangan pada sistem-sistem yang lapuk semestinya berlaku jika Malaysia mahu bergerak menjadi sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang terbilang, seiring dengan kemajuan zaman dan peradaban. Maka, pada saya, kritikan Ooi walaupun bunyinya klise, tetap bermakna dan relevan untuk terus diperpanjang agar persoalan-persoalan yang mencabar status quo tidak mati.

Ooi membahagikan tulisannya kepada 3 bahagian, iaitu pendidikan, agama dan kebebasan, dan politik. Nasib yang agak baik apabila membaca buku ini, kerana tulisan-tulisan Ooi bukan jenis kitar semula dari terbitan artikelnya di mana-mana portal berita sebelum ini. Saya berharap, saya tidak silap dalam membuat andaian ini. Maklumlah, sudah menjadi tabiat penulis di Malaysia begitu gemar ulang cetak artikel dalam portal berita menjadi sebuah buku. Alangkah mudahnya menjadi penulis!

Tapi tidak bagi Ooi, maka oleh yang demikian, tahniah dan terima kasih.

Saya menggemari tulisan Ooi kerana, seperti pada awal ulasan ini nyatakan, tulisan penulis muda ini bersifat berani dan tidak malu-malu kucing. Beliau tidak takut untuk bertanyakan soalan-soalan yang mencabar status quo. Tentang mengapa beliau tidak percaya pada agama yang berpegang pada teks-teks sakral, pada hujahnya yang mengatakan bahawa Islam dan Kristian itu masih belum mampu memberi keyakinan bahawa Tuhan itu wujud, tentang teori evolusi yang baginya lebih meyakinkan.

Soalan-soalan begini, pada rata-rata umut Islam, mereka bimbang untuk bertanya. Mereka merasa takut jika ditohmah sudah terkeluar dari agama. Apatah lagi, untuk mengutarakan persoalan lainnya seperti LGBT dan hak-hak mereka sebagai manusia yang juga dilahirkan merdeka, bunyinya pun sudah cukup taboo untuk golongan beragama. Jadi, hemat saya, buku ini berani untuk mengajak kita mempersoalkan kembali perkara yang sifatnya status quo, eksklusif – atau dibuat-buat eksklusif oleh pihak pemerintah.

Juga beliau persoalkan perihal sistem perundangan negara ini yang sifatnya kembar, satu syariah dan satu sivil. Yang mana supreme jika mereka berdua bertembung? Soalan ini menggamit akal kita untuk berfikir dengan lanjut. Juga hal kajian perbandingan beliau antara Malaysia dan konteks Indonesia dari sudut perpaduan nasional. Cadangan beliau tentang dialog silang-budaya, ini membahagiakan! Inilah soalan-soalan berbentuk realiti yang wajar kita tanyakan saban waktu, supaya kita bersedia untuk mendepani perubahan zaman dan generasi pada masa mendatang tanpa perlu risaukan kesan kerosakan yang dahsyat.

Hal begini sifatnya kritikal, kerana jikalau kita gagal untuk bertanya akan perkara begini pada waktu sekarang, bagaimana untuk kita membuat antisipasi masa depan anak bangsa Malaysia pada masa mendatang? Kita ini terkenal dengan perangai takut untuk mendepani realiti. Realitinya, ramai yang merasa ragu pada satu dua perkara yang kononnya sensitif, tapi ramai mana yang berani untuk mempersoalkannya dengan terbuka seperti Ooi?

Namun yang demikian, sebagai seorang Muslim, tentu sekali saya mahu mengajak saudara Ooi untuk turut mengkaji tentang Islam, membaca teks turath Islami yang jauh lebih mendalam makna dan filsufnya berbanding tulisan-tulisan kontang zaman kontemporari. Mungkin yang demikian, Ooi mampu menemui apa yang dicarinya – yang disifatkan beliau untuk terus mencari sehingga bertemu satu titik kepastian.

Moga saudara Ooi terus menulis. Moga tulisan yang pertama untuk yang banyak lagi seterusnya, bukan yang terakhir. Pada Ooi yang mempersoalkan banyak hal, terima kasih kerana itulah sikap yang wajar kita semua contohi – berani bersoal pada kepercayaan lapuk, berani melawat semula hal-hal yang sensitif, dan berani membantah pada hal status quo yang dibuat-buat.

Disediakan oleh: Sarimah Abdullah (Mahasiswa Tahun 3 - Kejuruteraan Mekanikal)
Profile Image for farahxreads.
715 reviews263 followers
December 20, 2016
Buku yang bagus untuk mereka yang mahu berjinak-jinak dengan pemikiran kritis, isu isu semasa - ia mengajak kita berfikir dan merenung kembali realiti pada zaman kini. Buku ini memuatkan kompilasi artikel dan cerita-cerita pendek yang ringkas tetapi membuat kita berfikir. Lagi satu yang menarik tentang buku ini adalah bagaimana penulis di akhir setiap penulisannya akan memberikan cadangan atau solusi pada setiap permasalahan.
Profile Image for Amalina Zulkiflee.
19 reviews153 followers
June 20, 2015
Aku beli buku ni bulan Mei yang lepas. Punyalah meronta untuk beli buku ni, tapi selalu duit poket tak mencukupi. Akhirnya dapat beli juga menggunakan baucer buku. Oh yes, Thanks Jibby.

Bagi aku, buku yang baik adalah buku yang padat dengan ilmu baru tapi mudah difahami oleh semua peringkat masyarakat. Selain itu, bagi aku, buku yang patut dibeli dan dihadam adalah buku yang menjadi lensa mewakili identiti,situasi, pengalaman dan prinsip hidup yang berlainan daripada kita. Akhir sekali, buku yang berkesan adalah buku yang boleh membaca si pembaca ke pintu-pintu ilmu yang lain. Maka, Ooi Kok Hin memenuhi ciri-ciri yang aku sebut tadi.

Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian : Kemelut Pendidikan, Agama & Kebebasan dan Politik. Bagi aku yang bukan lah pakar dalam bidang Politik & Agama serta Human Rights, Ooi berjaya memahamkan aku tentang beberapa kemelut & persoalan yang pernah berlegar dalam kepala aku.

Favourite topic aku dalam buku ni adalah tentang Agnostic, Situational Force dan Hapuskan Sayap Wanita. Ketiga-tiga topik ini buat aku rasa ingin mengkaji lagi dengan lebih mendalam tentang Ketuhanan, pegangan ideologi kita berpunca daripada pengalaman hidup yang berbeza serta penglibatan wanita dalam parti politik membataskan keterlibatan wanita ke peringkat yang lebih tinggi.

Cuma bagi aku, dalam isu Kemelut Pendidikan, sepatutnya topik itu tidak terbatas dalam isu pendidikan antara kaum. Mungkin Ooi boleh tulis secara kritis bermula Penyataan Razak sehingga la ada PBS yang betul-betul menyebabkan Kemelut Pendidikan di Malaysia.

Good job, Ooi Kok Hin. Aku malu, sebab aku pun tak boleh nak tulis buku dalam Bahasa Melayu sehebat beliau. Cis.
Profile Image for Mat Jack.
38 reviews6 followers
October 3, 2016
Buku ini aku beli kerana seorang lelaki Cina yang menulisnya dengan menggunakan bahasa Melayu dan diterbitkan di negara yang bernama Malaysia. Rare giler bila seorang Cina menulis dalam bahasa Melayu dan menunjukkan betapa bangganya dia menulis dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan negara Malaysia ini!

Itu yang pertama. Sebab yang kedua aku beli dan baca buku ini, ada bau-bau provakatif. Memang Dubook suka menerbitkan tajuk-tajuk yang sebegini. Jadi aku ingin membacanya, dan mencari sama ada penulisan/pemikiran yang terdapat dalam buku ini sehebat dan seprovokatif tajuknya.

Aku baca helai demi helai. Ada helaian yang aku langkau begitu sahaja setelah membaca beberapa baris. Kenapa aku langkau? Sebab tiada apa-apa yang menarik dan aku tidak dapat mengesan apa-apa poin yang terdapat dalam helaian-helaian tersebut. Dengan kata lain, tiada apa-apa der, melainkan beberapa baris tulisan yang mengisi kertas. Kosong.

Dalam beberapa topik, ternampak penulisnya seperti berlegar-legar ingin berhujah. Tetapi ia tidak pergi ke mana-mana pun. Misalnya semasa dia menyentuh tentang "Malay Supremacy" dan "Social Contract". Penghujahan terhadap kedua-dua isu ini terlalu dangkal. Malah kalau dibaca betul-betul ada bau ketidakpuashatian terhadap dua isu ini oleh penulis.

Dalam beberapa hal yang lain, penulis hanya menyindir kelompok "ustaz" sahaja. Buku ini akan menjadi lebih menarik lagi kalau sekiranya penulis yang agnostik ini turut sama menyindir para sami Buddha, sami Hindu, dan juga para pemuka Kristian.

Tiada apa-apa yang gah tentang buku ini walaupun tajuknya begitu gah. Ya, Dubook memang suka menerbitkan buku-buku yang gah pada kulitnya, tetapi tidak pada pemikirannya.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
August 7, 2015
Oii Kok Hin menulis dari sudut pandang yang berbeza. Bagi aku, Oii dapat menulis dengan kritis sekali antara sebabnya;
(1) Oii menjumpai Islam di Ohio yang amat berbeza dengan Malaysia.
(2) Oii seorang cina kafir yang selalu bergelumang dengan Melayu.
(3) Oii seorang dialektik agnostik yang mencari di mana persamaan antara materialisme, teologisme, dan humanisme. Maka Oii tidak ada supreme dan kuasa ekslusif di atas pemikirannya.

Jika kau malas membaca buku orang Islam, molek benar kau baca buku si kapir ni.
Profile Image for Farid Akram.
109 reviews17 followers
April 21, 2015
Apabila membaca naskhah ini,membuatkan diri ini merindui zaman kecilku sehingga zaman STPM (berinteraksi dengan kawan-kawan pelbagai kaum termasuk Siam). Secara keseluruhannya,ada yang aku bersetuju dan tidak bersetuju dengan pendapat penulis. Bagiku penulis menyuarakan suara-suara yang mahu mewujudkan Malaysia yang lebih baik,yang masih tidak mendapat tempat didalam masharakat secara keseluruhan.

Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
November 18, 2020
Sudah banyak artikel, buku, ceramah berkaitan isu-isu berat dan sensitif seperti politik & pendidikan dari kaum Cina Muslim Malaysia yang telah saya teladani. Dari saudara Firdaus Wong (Multiracial Reverted Muslim), Ann Wang Seng, Ikhwan Ng (Another Chinese Muallaf) dan Ridhuan Tee Abdullah antaranya.

Namun buku berkenaan isu-isu ini dari rakyat Cina yang sebenarnya, ini yang pertama. Yang lebih menarik lagi, beliau mewakili suara muda kaum Cina, datang dari latarbelakang keluarga kelas biasa, membesar di kediaman yang dikongsi bersama pelbagai kaum, dan datang dari latar pendidikan sekolah campur. Apa yang lebih menarik lagi, beliau memegang kepercayaan agnostik. Bukannya Buddha mahupun Kristian seperti kebanyakan masyarakat Cina yang kita kenali diluar sana.

Dua isu utama yang menarik dari buku ini merangkumi perihal sistem pendidikan di negara kita. Isu hangat mengenai tuntutan sesetengah pihak yang inginkan sekolah vernakular dimansuhkan. Serta isu universiti yang tidak berfungsi sebagaimana ianya ditubuhkan dahulukala. Sememangnya dua isu yang sangat menarik untuk dibincangkan. Selain isu politik, dua isu ini yang banyak mendominasi penulisan beliau di dalam buku ini.

Untuk isu sekolah vernakular atau sekolah satu aliran, saya pasti ramai rakyat Malaysia yang celik mengenai perihal ini. Kerap kali dipolitikkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Namun dari perbincangan panjang lebar penulis dalam buku ini, saya bersetuju dengan beliau mengenai satu perkara. Bahawa jika benar kerajaan & kementerian pendidikan inginkan sekolah satu aliran diwujudkan, bukan sahaja sekolah jenis kebangsaan Cina & India sahaja yang perlu dilupuskan. Sekolah agama, tahfiz, SBP, MRSM mahupun sekolah antarabangsa perlu juga dihapuskan. Yang ada cuma sekolah kebangsaan saja. Baru adil di mata mereka. Bagaimana anda rasa? Anda sanggup untuk itu?

Ada logiknya juga bantahan mereka ini. Jika perlu kepada sekolah kebangsaan sahaja, maka semua sekolah elit mahupun kepunyaan organisasi tertentu perlu juga dihapuskan. Menarik untuk difikirkan.

Kesinambungan dari itu, isu universiti yang hangat diperkatakan sekarang tidak kurang juga hebatnya. Universiti kini dilihat tidak lebih daripada menyediakan mahasiswa/inya untuk keperluan syarikat korporat sahaja. Tiada lagi universiti yang niat kewujudan asalnya seperti dahulukala ditubuhkan, iaitu untuk melahirkan pemikir-pemikir buat memacu masa depan negara, memacu ilmu & pemikiran bangsanya. Tiada lagi Ungku Aziz, Pendeta Zaaba, Syed Hussein Al-Attas, Burhanuddin Helmy mahupun Anwar Ibrahim yang baru. Mahasiswa kini yang ingin keluar dari gerombolan itu, Adam Adli dan Khalid Ismeth antaranya, terus ditamatkan pengajian mereka, kerana pembabitan mereka diluar kampus dilihat melampaui tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar yang sebenarnya. Akta AUKU yang diwujudkan sememangnya menjustifikasikan itu, sememangnya dihasilkan buat membataskan pelajar universiti sebegini.

Universiti kini lebih ghairah mengejar kedudukan terbaik di dunia sahaja. Mementingkan bilangan jurnal yang diterbitkan saban tahun, menyekat aktiviti pelajar di dalam & luar kampus, membataskan pembabitan mereka dalam perkara lebih besar seperti politik, keagamaan mahupun kemanusiaan. Mereka hanya ditekankan untuk belajar untuk lulus peperiksaan buat mendapat segulung sijil ijazah sahaja. Cuma menjadi gudang pengeluar produk buat pasaran pekerjaan diluar sana.

Amat menyedihkan bila difikirkan kembali mengenai dua perihal utama ini. Dalam banyak perkara, saya bersetuju dengan penulis.

Selain itu, pendapat penulis berkenaan undang-undang syariah/hudud & undang-undang sivil yang saling bertindih di Malaysia juga menjustifikasikan pandangan kebanyakan rakyat bukan Muslim di Malaysia sekarang ini. Dari artikel yang ditulis oleh penulis ini, ternyata penyataan yang anda pasti akan takut dengan sesuatu yang anda tidak fahami itu sememangnya benar.

Telah menjadi tanggungjawab kita sesama Muslim untuk menerangkan mengenai ini buat rakan-rakan bukan Muslim kita jika ada kesempatannya. Berasa takut kerana tidak tahu itu adalah lebih teruk daripada berasa takut kerana tahu.

Bab beliau menceritakan kepercayaan agnostik beliau juga tidak kurang menariknya. Mereka merupakan golongan yang tidak menolak sepenuhnya akan kewujudan Tuhan, namun masih tidak menjumpai bukti yang kukuh bagi meyakinkan mereka akan kewujudan Tuhan itu. Banyak persamaannya dengan pegangan Ateis, namun ketara juga perbezaannya. Namun, hujah Tuhan tidak dapat dibuktikan dengan sains juga yang diutarakan beliau buat meragui mengenai itu. Sama caranya seperti kelompok ateis penolak Tuhan ini.

Itulah masalahnya dengan kita ini, manusia yang mempunyai logik akal yang amat terbatas. Kita sangkakan apa yang ada di depan mata kasar kita, mahupun yang telah dapat dibuktikan oleh kajian sahaja yang benar wujudnya. Kita tidak pernah tahu, atau tidak ingin tahu, atau tidak ingin percaya; bahawa selain kita, banyak lagi rahsia alam yang kita tidak tahu. Pasti akan ada sesetengah perkara yang masih boleh dicapai oleh kita, namun kita perlu akui dengan rendah dirinya, akan lebih banyak lagi ilmu alam ini yang kita tetap tidak akan dapat fahaminya hingga ke akhir nanti.

Keindahan semesta ini & segala makhluk di dalamnya bukanlah muncul dari satu letupan besar dahulukala sahaja. Dari tiada kepada ada. Itu amat mustahil bukan?

Kesimpulannya, buku yang baik buat menggerakkan pemikiran anda.
Profile Image for Mali.
210 reviews
November 6, 2017
At first, aku expect tulisan dia akan seem 'radical' sebab tajuk dia agak 'in-your-face'. But I was wrong. In fact, cara penyampaiannya lebih lembut drpd Antithesis by Benz Ali.

I love this book sbb dia galakkan critical thinking and pada masa yang sama the writer bersikap sederhana.

Sepanjang membaca buku ni, sy asyik teringatkan buku Sebarkan CintaMu by Fatimah Syarha kerana penyampaiannya yg somewhat sopan, kritikal, sederhana, unbiased serta empathetic.

And amat touching to see that wpon kaum penulis telah lama didiskriminasi, perasaan cintanya terhadap negara masih kekal.

I'll be sure to look out for other writings by the same author.

A must read for everyone.

Paling best chapter2 satirical and sarcastic dia. (Pulau Pinang Bakal Laksanakan Undang-undang Yahudi, etc.)

❤💓💔💕💖💗💝💞💟
Profile Image for Huda Che Senu.
1 review1 follower
April 3, 2015
Terdapat beberapa sebab kenapa saya berminat untuk membaca buku pertama tulisan Ooi Kok Hin. Pertama adalah kerana saya menyukai tulisan-tulisannya yang saya pernah baca sebelum ini. Sebab kedua ialah saya adalah- jika saya tak salah faham- hasil dari apa yang saudara Kok Hin jelaskan sebagai pengasingan diri dari masyarakat (self-segregation). Saya bersekolah rendah di sebuah sekolah agama, kemudian bersekolah menengah di sekolah agama selama dua tahun dan berpindah ke sekolah kebangsaan (kelas agama) dan kemudian berpindah lagi ke MRSM. Kemudian saya menyambung pelajaran ke UiTM dan mendapat sarjana muda saya di sana. Hasil dari perjalanan ini adalah saya kurang bercampur dengan rakan berbangsa lain.

Semasa di MRSM, terdapat seorang pelajar cina dan dua orang pelajar india di dalam kelas saya (tidak ingat semasa di tingkatan 4 atau 5). Saya masih ingat lagi salah seorang mereka melahirkan kerisauan mereka mengenai masa depan kerana mereka mempunyai peluang yang lebih tipis untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam atau mendapat biasiswa. Ini adalah pendedahan pertama saya terhadap perkara sebegini. Pada waktu itu, saya masih kurang faham masalah sebenarnya.

Jadi saya amat menghargai pandangan-pandangan saudara Kok Hin dalam bukunya. Perspektifnya adalah sesuatu yang baru bagi saya dan banyak memberi input yang berguna kepada saya yang masih mencuba untuk memahami diri saya dan Malaysia. Terdapat beberapa konsep yang terdapat dalam AKKS yang amat menarik minat saya seperti situational forces dan interculturalism. Saya juga disedarkan akan kecenderungan saya untuk menjadi biased dengan hanya mendengar sesuatu dari suatu sudut sahaja. Tercabar dengan penggunaan bahasa Malaysia penulis yang begitu hebat (pada saya), saya telah mencuba untuk menulis ulasan ini di dalam bahasa Malaysia yang sebenarnya telah ditulis didalam bahasa Inggeris. Saya juga amat bersetuju dengan cadangan penulis supaya buku-buku yang penting dalam bahasa Malaysia dapat dicetak semula dan dijual dengan harga yang murah (saya personally tengah berminat nak baca Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri karya Za'aba). Sejujurnya saya mula tahu bahawa bahasa Malaysia tidaklah kaku seperti dalam esei SPM atau janggal seperti dalam novel melayu yang saya pernah baca (bukan semua) apabila mendapat tahu tentang UTAM dan laman web Jalan Telawi dan apabila membaca buku SMS karangan Muhammad Teja. Terdapat beberapa idea penulis mengingatkan saya kepada perkara-perkara yang dibincangkan oleh Constantine Levin dalam karya Leo Tolstoy, Anna Karenina seperti belonging dan pihak-pihak yang mengatakan mereka mewakilli suara rakyat tetapi sebenarnya tidak.

Sebagai kesimpulan, Aku Kafir Kau Siapa secara peribadinya adalah sebuah buku yang membantu saya memahami sesuatu yang saya tidak faham dan ingin faham. Ia juga berharga kerana datang dari seorang yang menulis tentang masyarakat dan negara melalui pandangan dan pengalamannya sendiri. Harapnya lebih banyak buku begini muncul untuk menimbulkan lebih kesedaran dan kefahaman tentang apa yang berlaku di sekeliling kita kepada saya dan ahli masyarakat sekalian. Akhir sekali, maaf atas pengunaan bahasa Malaysia yang tidak seberapa ini tetapi saya berusaha untuk memperbaikinya. Terdapat banyak lagi yang saya ingin katakan mengenai buku ini tetapi skil penulisan saya masih kurang matang dalam menukarkan fikiran-fikiran saya kepada ayat dan terima kasih kepada saudara penulis atas buku anda yang berharga ini!
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
July 13, 2022
Pemikiran yang ada di dalam buku ini mungkin ialah mimpi aku dan sesetengah rakyat Malaysia yang ada sekarang. Aku suka dengan idea-idea yang penulis kemukakan tetapi aku lagi suka kalau penulis menulis lebih details mengenai perjalanan hidup nya. 😂

Kehidupan kita ini terlalu banyak di tipu oleh orang politik. Mimpi-mimpi yang ada di dalam buku mungkin 50 tahun atau 100 tahun lagi mungkin akan tercapai. Amin.

Tiada ulasan panjang untuk buku ini. Tetapi buku ini sedap di baca. Tetapi tajuk nya tak sesuai dengan buku nya. Lain benornya.

Terima kasih Ooi Kok Hin. Semoga terbilang jayanya.
Profile Image for Liana Taj.
24 reviews
August 24, 2015
Sejujurnya, buku ini banyak membuka minda saya dan ada sesetengah isu yang diketengahkan sama seperti apa yang saya fikirkan. Memang benar apa yang ditulis, sebagai seorang Melayu, memang ramai antara sahabat saya yang tidak pernah bergaul dengan bangsa lain seumur hidup. Saya sering bertanya, bagaimana ini boleh berlaku di negara yang mempunyai berbilang kaum? Penulis telah memberikan jawapan pada persoalan saya selama ini.

Saya juga dapat belajar perkara baru dari buku ini, iaitu ustaz bukanlah scholars. Kita sering mengagungkan ustaz-ustaz di Malaysia tanpa mengira latar belakang pendidikan mereka. Asal berkopiah, berjubah dan berjanggut panjang, diangkat menjadi ustaz ikutan ramai. Dan bayangkan, saya baru sedar perkara ini selepas membaca tulisan dari seorang bukan Islam.

Terlalu banyak ketidak adilan dan salah faham antara bangsa dan agama di Malaysia, semuanya berlaku kerana kita tidak mahu memahami orang yang mempunyai asal usul dan agama yang berbeza dengan kita. Buku ini sedikit sebanyak dapat menjawab pelbagai persoalan dan memberi ruang untuk memahami perasaan bangsa bukan Melayu di Malaysia.

Dan antara sub topik yang agak lucu bagi saya adalah 'Suami Kau Kafir Harbi'. Topik ini membuatkan saya tertanya, apa yang sudah jadi pada orang Melayu ya? Mengapa daripada zaman kehebatan akhbar dan cendiakawan Melayu, jatuh merundum menjadi zaman Che Ta dan Suamiku Encik Sotong?

Terima kasih penulis atas tulisan yang bernas dan padat, berjaya membuatkan saya membuka minda.

Ulasan tambahan: Terus terang saya katakan, penulisan saudara Ooi Kok Hin adalah lebih baik daripada majoriti orang Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. (lebih baik daripada saya, dan saya rasa tercabar, jadi saya menulis ulasan dalam bahasa Melayu walaupun tidak sehebat penulis)
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
December 2, 2020
Sebuah buku menarik yang meniup aspirasi untuk melihat anak muda di Malaysia untuk lebih cakna dengan politik.

Jika anda mencari buku yang membicarakan tentang pendidikan, inilah salah satu bukunya dengan menyajikan pandangan dan pengalaman penulis dari bangku sekolah rendah sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Amerika Syarikat.

Akan tetapi, ada beberapa perkara yang kurang saya persetujui kerana ia melibatkan soal hukum-hakam agama yang mana, ia merupakan satu isu yang sangat kontroversi untuk dibicarakan jika tersalah bicara.

Sebuah penulisan dan makalah baik untuk dihadam khususnya bagi anak muda yang ingin menceburkan diri di dalam bidang pendidikan dan ingin menambah pemahaman terhadap politik.
Profile Image for Nazri Awang.
77 reviews8 followers
August 23, 2015
Saat terpandang buku ini di Kinokuniya, aku tertarik sekali dengan tajuknya yang begitu janggal dan aneh. Dan sungguh girang kiranya, pertimbangan aku untuk terus membelinya tidak silap. Pengarang adalah seorang Cina yang berbeza daripada kebanyakan Cina yang lain. Dia bersekolah di sebuah sekolah kebangsaan, kemudiannya ke Penang Free School, Kolej Matrikulasi Banting, Kolej Taylor dan akhirnya di Universiti Ohio.

Bahasanya bersahaja, namun isinya penuh dengan pelbagai pandangan mengenai isu politik, agama dan falsafah. Sungguh menarik apabila, penulis menyelit beberapa dialog sinis yang sarat dengan sindiran bersama Socrates.

Bacalah. Ini adalah buku yang agak menarik.
Profile Image for Kay Jay.
12 reviews1 follower
June 9, 2017
Walaupun ada beberapa perkara yang aku tak setuju, tapi mostly perkara yang di hujahkan adalah realiti masa kini. Memang sarat dan berat tapi masih santai.

Kalau kau jenis rigid, tak open, tak payahlah baca. Hanya sesuai untuk mereka yang boleh menerima pendapat orang lain walaupun bertentangan dengan pendapat sendiri.

Cerita pengalaman dan pendapat penulis berkaitan pendidikan, agama dan politik di Malaysia dari kaca mata seorang warga Malaysia berbangsa Cina.

Terima kasih anak muda.
Profile Image for Zulfathi Zakaria.
4 reviews
March 2, 2017
A very good book to be read & recommended for everyone to read it...merungkai permasalahan politik, isu2 kaum, sistem pendidikan di negara kita dan beberapa perkara lagi permasalahan yang wujud di negara kita tapi tak ramai yang berani untuk menyuarakannya seperti isu2 perkauman...Syabas buat penulis, Oii Kok Hin...
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 25, 2015
Buku ini sedikit menyentak. Positif dan negatif. Aku tangguhkan dahulu ulasan aku buat masa ini, kerana ada sedikit rasa panas hati.

Takut ianya nanti kurang adil.

Buku ini menarik untuk dibaca. Pandangan seorang anak muda perihal tanah air.

Baca. Hadam. Fikir.

Tak semestinya kau bersetuju.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
July 14, 2015
Perbezaan pendapat bukan alasan untuk bertegang urat.
Idea bercanggah bukan modal untuk kita berbalah. Hormati pendapat orang lain, barulah orang akan hormati pendapat kita.
Profile Image for Jaw.
28 reviews1 follower
November 12, 2017
Dabomb!

Tajuknya, jika dibaca sekali lalu, agak kontroversi, sangat retorik dan sedikit sombong juga kedengarannya. Akan tetapi, isi yang dibawa membuktikan pepatah orang putih yang mengatakan, 'don't judge a book by it's cover.' Kandungannya sangat berilimiah, disokong dengan hujah-hujah yang bernas. Bukan sekadar mengutarakan hujah-hujah basi, dan beliau sedikit pun tidak sombong dalam memberi pandangan.

Penulis membahagikan buku ini kepada 3 bahagian iaitu, kemelut pendidikan, agama dan kebebasan, serta politik. Fokus utama, Malaysia. Bahagian pertama, saya suka perumpamaan yang beliau berikan, universiti umpama kilang dan mahasiswa adalah produknya, sekadar menghafal teori-teori yang digunakan dalam dunia akademik tetapi tiada bermanfaat kepada masyarakat. Jauh sekali perbezaan kita dengan mahasiswa pada zaman 1950-60an. Ringkasan untuk bab ini, sistem pendidikan kita sangat memerlukan reformasi yang boleh membawa kita lebih dekat dengan wawasan kita untuk membina bangsa Malaysia.

Bahagian kedua, agama dan kebebasan. Beliau menjelaskan makna liberalisme dan sekularisme dan bagaimana kita, masyarakat Malaysia, mempunyai pandangan yang sempit terhadap maksud sebenar dua perkataan ini. Jika beragama, tidak boleh liberal dan sebaliknya serta segala yang dikatakan sekular, pasti mengancam agama. Sempit dan bodoh sombong. Ada juga diterangkan mengapa beliau tidak bersetuju dengan hudud, kenapa 'dual justice system' atau 'parallel courts' (syariah dan sivil) bermasalah dan beberapa isu lain seperti LGBT dan agnostisisme.

Bahagian ketiga, politik. Saya paling suka bila beliau menegur bahan bacaan berbahasa Melayu termasuk akhbar, novel dan sebagainya. Akhbar penuh dengan berita sampah dan novel melayu pula tidak habis-habis mengenai cinta (lihat saja bestseller di kedai-kedai buku). Kalau orang dulu-dulu asyik membaca bahan bacaan seperti kita sekarang, anda rasa kita dah capai kemerdekaan?(retorik, jangan jawab) Beliau juga membandingkan suasana politik di Amerika (belajar di Ohio State University) dan sedikit mengenai Indonesia (tidak begitu ekstensif).

Pendek kata, penulis mengajak kita semua untuk menjadi rakyat Malaysia yang banyak membaca, banyak berfikir dan saling menghormati antara satu sama lain, tidak kisahlah dari segi agama, kaum atau apa saja.
Profile Image for dausshassan.
51 reviews9 followers
February 9, 2021
Syabas diucapkan kepada penulis. Anda seorang yang berani !!
Jika mencari jawapan di setiap isu yang berlaku, masih samar. Kerna di setiap kritisan dan solusi itu masih lagi utopia, tapi tidak mustahil reformasi total akan berlaku.

Bukan juga mengungkap jawapan di setiap persoalan teologi yang sering berlaku.
Malu lah kita kalau kita pernah berada di salah satu kelompok yang batil di setiap isu yang berlaku.
Penerangan liberalism, secularism dan penindasan di berlainan aspek aku amat bersetuju !!

Point “situational force” amat penting dalam buku ni. Tiada apa yang salah jika kita berbeda pendapat, yang penting dapat menuju konklusi yang sama.
Terlalu sibuk berkempen untuk kekal selesa dengan jawatan. Sedangkan hak rakyat ditindas dan diliwat sewenangnya.

Dan aku juga pernah datang dari sekolah agama terkemuka yang men-doctrine pelajarnya menjadi jumu’ dan bersifat ortodoks.
Syukurlah perjalanan aku dilencongkan arah dan tidak termakan dengan didikan kotor tersebut.

Akhir kata, tambahlah ilmu dan belajarlah mantapkan diri. Semoga dapat memberi manfaat kepada masyarakat islam dan bukan islam. Jangan gopoh, betulkan dahulu apa yang patut. Syiar Islam itu luas !!!
4 reviews2 followers
May 4, 2018
Penulisan mengenai pandangan penulis terhadap isu-isu dan realiti kehidupan di Malaysia terutamanya sebagai seorang berbangsa Cina. Tulisannya dalam Bahasa Malaysia (sepatutnya) membolehkan semua rakyat Malaysia berbilang bangsa ini memahami pandangannya dari penulis yang mewakili bangsa Cina. Kadang-kadang kita gagal memahami orang tapi kita mahu orang faham kita. Cuba buka minda, baca dan cuba fahamkan. Tak setuju tak apa, yang penting kita dengar dan cuba faham pendapat orang.

p/s: Tak sepatutnya pelik dengan penulis rakyat Malaysia bukan Melayu menulis dalam Bahasa Malaysia, dah nama pun Bahasa Malaysia.
Profile Image for Maisarah Mohd razi.
9 reviews
December 7, 2019
Buku ni bagi aku perspektif yang aku takkan dapat terfikir dari hidup seorang Melayu Muslim di Malaysia. Topik yg dibentangkan juga menarik. Aku habiskan buku ni dua hari je, aku yakin akan belek buku ni lagi. Aku rasa semua warga Malaysia patut baca buku ni. Pendek cerita, buku ni akan timbulkan dialog yg sihat.
6 reviews
January 18, 2019
Very honest writing. You can feel it comes straight from experience & the heart, which makes it still relevant even 5 years after its birth.
Profile Image for NaniM.
57 reviews24 followers
September 1, 2015
Aku Kafir, Kau Siapa? – Ooi Kok Hin

Mula-mula lihat tajuk aku tak pasti buku ini berkenaan apa, tapi aku tertarik dengan tajuk dia yang provokatif. Dan mungkin juga tarikh 31 August 2015 menjadi penyebab utama aku capai buku ini dan keluarkan RM20. Sebab aku rasakan sambutan merdeka tahun ini terlalu hambar. Aku rasakan perlahan2 aku makin hilang Malaysia yang aku sayang. Maka aku cuba cari jawapan dari buku2 tulisan anak muda Malaysia, dan akhirnya aku jumpa dari coretan seorang ‘cina kafir’.

Sebenarnya buku ni ringkas sahaja penceritaan dia, perjalanan kisah hidup seorang Ooi Kok Hin dari sekolah rendah sehinggalah sekarang dia di universiti luar negara. Apa yang menarik bagi aku adalah membaca pengalaman dia, dan bagaimana pengalaman dan persekitaran itu membentuk pemikiran dan peribadi dia hari ini.

Menariknya adalah dia bukan sesiapa. Tapi apabila seorang cina menulis dalam bahasa melayu yang lengkap buatkan aku tertarik untuk membaca dari sudut pandangan dia. Pandangan dia tentang Malaysia, masyarakat, agama, politik, isu2 semasa. Menarik untuk baca dari kaca mata seorang manusia yang mempunyai kulit lagi putih dari aku, mata lebih sepet dari aku (rasa nya lah). Menarik untuk aku lihat adakah perbezaan fizikal itu memberi kesan pada perbezaan pendapat? Akhirnya yang aku jumpa hanyalah seorang raklyat Malaysia yang sangat cintakan negaranya dan mahu hidup dalam keadaan aman sentosa. Tak banyak beza dengan aku yang berkulit sawo matang ini rupa2 nya.

Aku kira banyak coretan beliau yang membuatkan aku tercamapak2 dan ketawa sendiri memikirkan ‘absurdity of the subjects’. Sebenarnya benda yang memang jelas, terang bersuluh. Tapi mungkin apabila dijentik oleh seorang cina membuatkan kau rasa lebih tertikam kat jiwa. Sakitnya tu disini dik!

Aku sangat galakkan untuk kau baca coretan dia, tapi kau perlu baca dengan hati terbuka. Kau tak perlu setuju dengan pendapat dia. tapi bukankah itu sebab utama kenapa kita perlu membaca? Baca sesuatu pendapat yang berbeza dengan kau. Sekurang2 nya bila kau tidak bersetuju, kau tahu kenapa. Dan bila kau bersetuju, juga kau tahu kenapa.

Aku berhenti membaca buku2 tulisan melayu kerana aku bosan dengan genre cinta yang melambak di pasaran sekarang. Tapi dia mengingatkan aku jika bukan melayu yang mengagungkan karya2 warisan melayu dan bahasanya, siapa lagi? kini aku mula minat membaca semula buku2 melayu kerana tulisan seorang cina kafir. Ironi bukan?
Profile Image for Jia Wern.
1 review
May 24, 2023
Demi ketelusan, saya perlu mengaku bahawa saya kenal penulis buku ini. Walau bagaimanapun, buku ini bagai nafas angin nyaman dalam wacana di Malaysia. Penulis, En. Ooi Kok Hin, berani untuk membicara isu-isu yang agak penting lagi sensitif dalam negara dengan menggunakan pelbagai cara; biar dialog, sajak, cerita, ataupun rencana. Semua ini bergabung untuk menjadi sata naratif yang menarik. Memanglah saya tidak setuju sepenuhnya dengan pendapat-pendapat penulis (kebanyakannya semantik/pemilihan perkataan), tetapi saya berpendapat bahawa jelas penulis telah memikir secara mendalam tentang isu-isu yang dibangkitkan dalam karyanya dan pendapat-pendapatnya cukup bernas. Saya harap bahawa ramai lagi orang membaca karya ini dan harap penulis dapat menghasilkan banyak karya-karya lagi yang berkaliber tinggi. Saya juga ingin ucapkan "selamat maju jaya" kepada beliau dalam apa usaha-usaha beliau.

In the interest of full disclosure, I am acquainted with the author. Notwithstanding that, this book is a breath of fresh air to the discourse in Malaysia. The author, Mr. Ooi Kok Hin, does not shirk from discussing the most pertinent yet sensitive issues; and in many forms; be it dialogues, poems, stories, or articles. All this combines to form a rather gripping narrative. Certainly, I do not necessarily agree with all of the author's opinions, but I am of the opinion it is clear that he has thought deeply about the issues that were raised and his opinions are rather profound. I hope that many others get to read this work and that he continues to produce work of a high calibre. I also wish him success in any of his undertakings.
Profile Image for Segantang Helmi.
6 reviews
May 13, 2015
Disebabkan kekangan masa, aku nak komen bahagian 1 dahulu.

Dalam bahagian 1 buku ini, apa yang aku sedut adalah sebenarnya kau belajar tinggi-tinggi sampai belajar ke luar negara pun, darjat kau tak lebih dari katak dibawah tempurung.

Maknanya, kau boleh jadi katak je. Kau tak mampu nak jadi manusia.

Kau tak boleh nak jadi manusia sebab kau kena dah kena cium dengan suamiku katak.

Bila penulis sebut fasal politik, aku sangat berterima kasih. Sebab apa?

Sebab penulis buka mata kita semua bahawa politik itu jangan disempitkan. Politik berlandaskan kepartian adalah politik sempit lagi opportunis yang buatkan aku menyampah tiap-tiap hari.

Rakyat Malaysia termasuk aku ni yang 'baru nak up', wajib faham bezanya antara politik warga dan politik kepartian.

Apabila sekelompok masyarakat tidak berpuas hati dengan sistem, makanya suatu kewajipan untuk mereka bangkit menuntut hak mereka sebagai warganegara. Itu kita namakan politik warga!

Marilah kita cakna dan sedar untuk lebih celik politik walaupun kita memang dah bosan permainan politik sekarang ini baik dari pembangkang mahupun kerajaan. WA.
Profile Image for Akuismeudy.
60 reviews2 followers
March 27, 2016
Isu yang diutarakan sudah biasa dibawa dan aku baca dari naskah yang lain. Cuma yang buat aku tertarik adalah pandangan Ooi lebih seimbang. Tidak judgemantal lebih kepada penyataan pandangan bukan hujah menentang atau menyokong. Banyak hujah yang diutara membantu aku buat check and balance terhadap pendapat dan pandangan aku terhadap beberapa isu terutamanya pendidikan.

Aku pernah sekolah kebangsaan dengan kawan cina india kadazan, pernah juga sekolah agama dengan semua melayu dan belajar di kampus dengan jurang kaum yang sangat jelas. Kini aku mengajar di sekolah kebangsaan dengan murid melayu dan pribumi. Pengalaman melalui semua fasa interksi sosial buat aku akui yang negara kita memang punya jurang interaksi sosial yang membimbangkan. Aku kasihan pada mereka yang terus dalam ketakutan dan paranoid kerana mereka tak pernah kenal atau cba terima multiracial di Malaysia.

Semoga ramai yang buka mata lepas baca buku ni Ooi. Sedihnya bila ada yang membaca tajuk buku ini sudah takut. Miskin benar orang kita miskin sungguh
Profile Image for Wan Siti.
140 reviews9 followers
May 4, 2015
Buah fikir yang sarat utk REVOLUSI & TRANSFORM ke arah Malaysia yg lebih-baik.

aku mula baca dgn kaedah 'skim-pantas' mula dari awal & belek.secara lalu ke halaman belakang.
lebih mnyukai isi di bhagian depan & blkg buku ini.
mula membaca untuk KALI KEDUA, secara 'thoroughly'...


berpendapat...
bahagian tengah buku ini, aku tak suka.
apabila pnulis cuba bercerita ttg HUDUD yg BUKAN BIDANG KEPAKARAN beliau.

sorry bro.
Awak kena pergi hidup plg kurang 24jam dgn Hj. Hadi utk lebih kenal.ISLAM drp MUSLIM...
Displaying 1 - 30 of 40 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.