"Ini bukan dunia aku, ini bukan masa aku. Adakah aku masih manusia. Atau hanya bayangan yang tertinggal dari masa lalu?"
Dia sepatutnya mati pada tahun 1969.
Sebaliknya, dia terjaga pada tahun 2025.
Inspektor Mokhtar bin Yahya pernah memburu seorang pembunuh bersiri yang meninggalkan simbol aneh pada setiap mangsa. Tujuh gadis mati. Tiada bukti. Tiada saksi. Hanya satu simbol yang seolah-olah mengejek pihak polis.
Apabila Mokhtar akhirnya bersemuka dengan pembunuh itu, dia dikhianati dan dicampak ke dalam gelap.
Namun, kejahatan tidak mati bersama masa.
Lima puluh enam tahun kemudian. Pembunuhan yang sama berulang. Simbol yang sama muncul. Dan Mokhtar, lelaki dari masa lalu, menjadi satu-satunya yang memahami pola pembunuh itu.
Seolahnya bukan lagi siapa pembunuh itu.
Tetapi mengapa pembunuh itu menunggu Mokhtar selama lebih setengah abad.
Plot twist dia best walaupun aku dah tau sapa pembunuh dari awal sebab aku ni bijak 🤣🤣🤣 lagi2 memang dah biasa dengan crime thriller. I have been trained well to know whats gonna happen and pinpoint who is the murderer. Apa yang aku tak expect actually its how it was done so ni yang buat aku rasa macam wow okay the plot twist 🤌🤌
Mokhtar 1969 mengisahkan tentang seorang detektif bernama Mokhtar pada tahun 1969 yang sedang menyiasat tentang pembunuhan bersiri, mangsa perempuan mati dalam keadaan tragis, dibunuh dan di pergelangan tangan kirinya ditoreh dengan satu simbol. Kes ni digelar sebagai Pembunuh Simbol sebab simbol di tangan mangsa menjadi signature. Mokhtar berusaha untuk menangkap serial killer ni tapi bila dia diketuk di kepala dan mati pada tahun 1969, tiba-tiba dia bangun pada tahun 2025 dan Symbol Killer masih lagi melakukan pembunuhan gila ini
Dari awal cerita, kita tau tentang misteri melibatkan pola pembunuhan atau dikatakan method of killings dan aku suka watak Mokhtar yang bersungguh untuk menyelesaikan kes ni dan tangkap durjana ni. Aku suka Mokhtar sebagai karakter yang berpendirian, bijak dan tahu cara2 menyiasat dengan teliti. Kes misteri ni dari awal sampailah Mokhtar muncul di tahun 2025 bagi aku best sebab kita ikut Mokhtar yang cuba untuk menyakinkan detektif di masa kini yang dia dari masa lalu walaupun benda tak masuk akal. Ada babak aksi thriller bercampur dengan kes2 lain macam ada korupsi dalam perbadanan polis, kes melibatkan copycat killer dan penyiasatan yang mendalam melibatkan forensik dan penyiasatan polis secara teliti. Aku suka teamwork Mokhtar dengan kawan2 polis dia sebab semua pun tak percaya pasal time travel sebab macam tak masuk akal tapi cara penulis membentangkan misteri ni buat kita percaya yang benda ni possible.
Plot twist dia mantap sebab walaupun aku tahu sapa dalang pembunuh, aku rasa cara penjelasan dan plot reveal tu yang buat kita rasa mindblown bila kita tahu apa sebenarnya yang berlaku. Aku pun suka dengan pasukan penyiasat kita bila Mokhtar muncul dan masuk team yang diketuai Dahari, Alia, Fizi dan Haqimie sebab mereka cuba untuk tolong Mokhtar walaupun awal2 dorang syak si Mokhtar ni tapi teamwork dorang memang bagi banyak kes berjaya dibongkar tapi ending dia akan buat kau terasa dengan semua yang berlaku.
Terima kasih atas pemberian review copy dari Prolog Media
1) ini penulisan yang kedua dari penulis berkenaan yang aku baca dari beliau
2) mula mula aku tergamam Dan berfikir sejenak bagaimana ya? seorang yang dari zaman 1969 boleh wujud di zaman 2025? padahal beliau dah arwah. kasihan Mokhtar..tapi..akhirnya..
3) jalan cerita penuh persoalan, ia bukan sekadar kes pembunuh bersiri, ia juga ada melibat kan Kes yang lain juga. ada seorang itu yang sangsi dengan kewujudan si mokthar ni, yang akhir nya boleh menjadi partner in crime.
4) antagonist nya..memang tak berhati perut langsung..sanggup dia perlaku kan macam tu! but, apabila pengakuan di buat, mengalir airmata ku..di atas perbuatan yang telah beliau kan..
5) pada Korang yang minat, crime, mystery, abit of mcm time travel, solving cases, and sewaktu dengan nya, korang boleh layan novel ni.
“Letih itu biasa. Yang luar biasa, bila musuh mungkin duduk di sebelah meja kita.”
Another masterpiece! Saya tak sangka buku ni boleh buat saya terdiam dengan kesudahan ceritanya. Time travel? Lelaki dari tahun 1969 muncul secara tiba-tiba pada tahun 2025. Mustahil ke? What a twist!
Korang tahu tak kalau teori saya pada watak Mokhtar ni hampir tepat tapi saya tak jumpa nak faktakan dia. Segala plot, percanggahan dan kebenaran sangatlah kemas disusun. Disampaikan dengan baik. Saya punya leka dengan segala aksi dan teori tu, macam tengah tengok filem weyh! Sekali dah play, susah nak pause.
Terujanya saya nak tahu siapa pembunuh bersiri, betul ke Mokhtar wujud pada 2 tahun yang berbeza dan kenapa ‘orang’ tu tak percayakan situasi ni berlaku? Jawapan dah ada sebenarnya! Kita je lalai. Dasar psiko!
Buku ni tak membosankan langsung. Ada banyak aksi, pembelotan dan jenayah. Untuk teka-teki dalang tu, mudah. Tapi nak teka fakta tentang Mokhtar ni, sangat bermain dengan minda. Saya rasa ni buku thriller favorite saya sekarang. Cerita kemas dan lengkap. Please….korang wajib baca!
Apa ada dengan si MOKHTAR ni? Macam -macam ada. Seorang inspektor polis yang tajam analisis dalam setiap siasatan jenayah yang dia lakukan. Tidak ada petunjuk yang dia abaikan. Kes demi kes berjaya dia selesaikan, tapi ada satu kes yang masih menemui jalan buntu.
Novel ini juga bakal membawa kita ke satu detik penting dalam sejarah negara. Detik penting dan juga peristiwa penting. Membaca detik - detik itu membangkitkan rasa bercampur baur dalam hati.
Penulis sudah berjaya membuatkan aku berada dalam dunia Mokhtar dan merasai segala penat lelah dan usaha yang dilakukan untuk menyiasat setiap kes. Garapan setiap scene yang aku rasakan baik dan menjadikan jalan cerita lancar. Senang cakap, susah nak tinggal lah bila baca. Tapi kena paksa berhenti juga lah kan 😆.
Kalau nak bercakap tentang emosi, cerita ini berikan macam-macam emosi. Setiap emosi datang pada waktu dan ketika yang tepat. Geram, sedih, marah dan kecewa silih berganti.
Kekurangan? Aku tak tahu, bila aku baca, aku jadi ralit. Jadi kalau ada pun mungkin aku tak perasan. Ada satu scene tu, mulanya aku ingat watak salah, aku baca semula dua kali...oh aku yang salah faham 🫣🫣🫣🫣🫣.
Jadi, kalau anda peminat novel crime thriller, novel ini patut masuk dalam radar anda. Sila baca dan alami sendiri dunia Mokhtar.
Mokhtar 1969 by Amirul Idham is about a policeman named Mokhtar, who died in 1969 and has miraculously appeared in 2025. However, not just him, but also the murder cases identical to the cases he investigated in 1969, have suddenly re-appeared in 2025, as if the murderer has followed him closely.
The story is set in a dual timeline, so for me, the author's detailed description in (just to name a few) fashion, historical events, technology, weaponry, units and streets name changes really bring out a clear distinction between the two eras.
The writing makes it easy to get into the flow of the plot, and even though the readers are presented with murder cases from the very beginning, it doesn't feel forced. It makes you want to keep reading and to just, enjoy the ride!
I thought I was only promised a thriller, but I didn't expect that it's actually a psychological thriller! The way that the author reveals who the actual killer is while we're just easing ourselves into the story is really unexpected, but I love this approach. What enticed me to the book is seeing whether the murderer gets to Mokhtar first or vice versa. This cat-and-mouse game really is addictive!
What's more interesting to me is how the author doesn't only highlight normal murder cases, but also inserts other forms of crime that exist in society, i.e., serial killing and copycat crimes. I really enjoyed how the investigations unveiled the murderer's behavioral pattern, the types of victims targeted, and also the craving for attention that the murderer has. The mentions of corruption, gangs, and illegal arms deals also fit the well-researched plot.
I love how the author concludes the story, like, what didn't make sense at first, makes sense at the end. I was wondering at first if it was the author's intention to include sci-fi elements like Back to the Future into this story, which is still totally impossible right now? But the ending is so satisfying and answers all the burning questions I kept having throughout the story. It even has the Frankenstein vibe at some point!
All in all, I would love to congratulate the author for such a masterpiece, and I hope to see more from you in the future!
Mokhtar 1969 karya Amirul Idham adalah novel misteri yang menguji minda pembaca.
Tahun 1969, Inspektor Mokhtar memburu pembunuh bersiri, Pembunuh Simbol yang membunuh para gadis dan meninggalkan simbol aneh pada setiap mangsanya. Saat Inspektor Mokhtar hampir menangkap pembunuh bersiri tersebut, dia terbunuh. Namun, dia tersedar dan mendapati dirinya kini berada pada tahun 2025.
Tahun 2025, pembunuhan bersiri oleh Pembunuh Simbol yang telah tamat setelah kematian Mokhtar pada 1969 bermula semula. Pembunuh bersiri yang kini dikenali sebagai Symbol Killer seolah-olah menunggu kehadiran Mokhtar pada tahun 2025.
Cerita ni sangat menarik! Pembunuh tu awal-awal kita dah tahu siapa. Tapi masih banyak misteri yang menyelubungi kisah ini. Siapakah sebenarnya si pembunuh, apa motifnya membunuh dan persoalan bagaimana Mokhtar yang sepatutnya mati pada tahun 1969 boleh berada pada tahun 2025.
Jalan cerita dan plot disusun dengan baik, namun, ada beberapa sub-plot yang saya tak faham apa sumbangannya terhadap kes Symbol Killer ni. Contohnya kes ex-boss Dahari, kes Dahari dan Kes Haqimie. Adakah kes-kes ini sekadar untuk menunjukkan kebijaksanaan Mokhtar membuat pemerhatian?
Saya sangat berpuas hati dengan pengakhiran cerita ni. Segala misteri dan persoalan sepanjang cerita dibongkar dan dijelaskan dengan baik sekali. Beberapa perkara menepati tekaan saya.
Secara keseluruhan, novel ini memang best! Peminat novel misteri dan juga pembaca yang nak cuba genre ini boleh la baca novel Mokhtar 1969 ni.
Terima kasih kepada Prolog Media untuk naskah ini.
Masa baca cerita ni, adrenaline nak tahu siapa pembunuh dan siapa Mokhtar mencanak-canak dan susah nak gambarkan perasaan masa baca tu macam mana. Yang penting, memang tak boleh berhenti.
Mokhtar 1969 mengambil suasana pada tahun 1969, di mana Mokhtar merupakan inspektor polis yang bertugas dalam menyelesaikan kes pembunuhan bersiri yang berlaku selang beberapa bulan di sekitar Kuala Lumpur.
Pembunuh Simbol.
Mangsa demi mangsa menjadi korban. Sampailah pada suatu ketika, Mokhtar hampir saja menemui jawapan. Tapi belum sempat dia bersuara ...
Bam!
Berlaku satu tragedi yang mencampakkan Mokhtar ke tahun 2025. Bayangkan, lelaki yang tak tahu apa-apa tentang dunia baharu yang serba moden, survive di kota besar Kuala Lumpur seorang diri.
Dan entah macam mana, bila dia sedar yang dia tercampak di tempat asing, dia ditemui berhampiran dengan lokasi pembunuhan mangsa yang dilakukan oleh Symbol Killer.
Walaupun nama kes tu sekarang dah berbeza, jiwa penyiasatan Mokhtar yang sebelum ni tak dapat selesaikan kes Pembunuh Simbol disebabkan dia tercampak ke 2025 mula berkobar-kobar semula.
Dia perlu pastikan, pembunuh sebenar ditangkap, walau nyawa dia menjadi galang ganti!
Sejujurnya, cerita ni bermain dengan timeline. Perlu fokus dan biarkan fikiran korang bekerja keras, memikirkan siapa pembunuh sebenar. Kenapa Mokhtar boleh time-travel dari 1969 ke 2025. Kenapa pembunuhan bersiri tu berlaku lagi dan SAMA walaupun dah berdekad lamanya kejadian tu berlaku.
Plot twist dia akan buatkan korang berpuas hati dan dang, mungkin cerita seterusnya yang Abang Amirul Idham keluarkan akan jadi naskhah yang kalian buru selepas ini.
Best dan rekomen sangat kepada peminat-peminat cerita crime-thriller.
for me plot cerita ni menarik dengan kisah mokhtar yang pernah mati dibunuh dari tahun 1969 tiba tiba muncul pada tahun 2025. selain tu juga ada beberapa kes yang diketengahkan mengenai korupsi dan pecah amanah dalam kalangan polis pada tahun 2025 dengan bantuan kelebihan menyiasat mokhtar.
untuk kisah mokhtar ni, bagi saya agak sadis la. apa yang symbol killler tu buat memang unexpected sebab tak expect segigih itu dia punya jahat nak cover perbuatan kejam dia. ambil masa sampai 56 tahun— memang gila. walaupun kadang macam tak masuk dek akal tapi make sense jugak sebenarnya.
aku suka cara penulis potray watak mokhtar dan symbol killer. sebagai pembaca, aku rasa berjaya tertipu dengan villain yang ada kelebihan memanipulasi tu sendiri. such a genius idea and the plot twist?? chefkith nokk
cumanya kadang rasa cerita ni agak slow— part nak tahu siapa symbol killer tu tapi pace cerita ni laju je sebenarnya sebab dia buat kita rasa tak tertunggu sangat sebab another cases pun still menarik. and saya macam kureng sikit part suspens tu kadang rasa macam tak berapa nak intense sangat but overall okay je.
Baru sahaja selesai membaca Mokhtar 1969. Dan betullah, termenung panjang dibuatnya.
Novel penyiasatan yang cukup rencah saspens, misteri dan pengajaran. Dan saya suka bahagian-bahagian yang mengajak pembaca melihat kembali sejarah negara di dalam cerita ini. Mokhtar dan Dahari itu, thumbs up!
apa yang paling saya suka semestinya cara penulis membina jalan cerita. penceritaannya sangat engaging—setiap bab buat saya susah nak letak buku. plot disusun dengan sangat kemas dan setiap bab sentiasa membuatkan saya tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas tu.
dan seperti kebanyakan pembaca lain... THE PLOT TWIST GOT ME GASPED!! namun bagi saya, kekuatan sebenar buku ni bukan hanya sekadar terletak pada siapa dalang di sebalik semua pembunuhan yang berlaku tetapi yang lebih mengagumkan ialah bagaimana penulis mengolah keseluruhan cerita.
pada awalnya saya rasa saya dah boleh agak arah tuju cerita ni tetapi makin lama, makin banyak persoalan muncul sampai saya sendiri dah tak tahu siapa yang patut dipercayai. tapi bila fikir balik, semua petunjuk sebenarnya dah ada dari awal. cuma saya yang tak nampak. dan itu antara perkara yang saya paling kagum.
antara babak yang paling mengganggu fikiran saya semestinya ketika si pembunuh mengaku tentang obsesinya terhadap membunuh orang yang tidak bersalah. cara dia bercakap tentang keseronokan membunuh, ditambah pula rasa puas bila diburu oleh Mokhtar... it makes me feels sick to the core. it was so twisted sebab kejahatan dia bukan lahir daripada kemarahan, tetapi daripada kepuasan yang dia sendiri tak mampu jelaskan. #SICK!! 🤢
sepanjang membaca juga, saya asyik tertanya-tanya... siapa sebenarnya yang boleh dipercayai? sebab bagi saya, dalam cerita ni tiada watak yang benar-benar hitam atau putih. semuanya terasa kelabu. setiap watak mempunyai kelemahan, prinsip dan sebab mereka sendiri dalam membuat sesuatu keputusan. dan bagi saya, itulah yang membuatkan semua watak terasa sangat manusiawi. malah antara perkara yang membuatkan novel ni sangat menarik sebab penulis sentiasa bermain dengan persepsi pembaca.
selain misteri tentang identiti Mokhtar, penulis turut menyelitkan pelbagai subplot seperti kes copycat killer, konflik dalam organisasi polis, campur tangan politik, samseng jalanan dan macam-macam lagi. walaupun ada beberapa subplot yang pada mulanya nampak seperti sekadar filler, akhirnya saya faham kenapa penulis memilih untuk memasukkannya kerana semuanya membantu menunjukkan bahawa apa yang berlaku bukan sekadar satu kes pembunuhan, tetapi melibatkan gambaran yang jauh lebih besar daripada itu.
and can we talk about Mokhtar sebagai seorang detektif? 😩🤌🏻 jujur saya cakap, antara banyak novel thriller tempatan yang saya baca, ini antara yang paling berjaya menggambarkan kerja seorang detektif dan anggota polis yang meyakinkan. Mokhtar bukan sekadar bijak menyiasat, tapi dia juga berintegriti, tegas dengan prinsip, berani, teliti dan sentiasa berfikir beberapa langkah di hadapan.
dan bukan Mokhtar seorang sahaja yang menyerlah. saya juga suka chemistry antara Mokhtar, Dahari, Fizi dan Alia. cara mereka bekerjasama terasa natural, saling melengkapi dan bukannya dipaksa semata-mata untuk menggerakkan plot. terutamanya bila melibatkan konflik antara Dahari dan Haqimie—dinamik pasukan mereka terasa hidup dan meyakinkan.
saya juga suka bagaimana penulis begitu teliti dengan fakta yang dimasukkan. saya sendiri beberapa kali berhenti membaca semata-mata nak semak benda yang penulis tulis—dan semuanya memang berasas. dari situ saya boleh nampak usaha penulis membuat kajian sebelum menghasilkan naskhah ni. deskripsinya cukup terperinci sehingga saya dapat membayangkan setiap babak dengan jelas. ketegangan yang dibina juga konsisten dari awal sampai akhir, menyebabkan saya sentiasa rasa tak selesa (in a good way, of course).
akhir kata, saya rasa kekuatan terbesar Mokhtar 1969 bukan sekadar pada misteri yang cuba diselesaikan, tetapi bagaimana penulis membuatkan saya sentiasa mempersoalkan setiap orang yang muncul dalam cerita ini. bila sampai ke penghujung, baru saya sedar... kadang-kadang yang paling menakutkan bukanlah pembunuh itu sendiri, tetapi manusia yang kita sangka boleh dipercayai.
Pergh, mantap! 😆 Aku beli buku ni sebab ingatkan kisah pasal time travel. Rupanya meleset, walaupun aku memang berharap ke arah tu. Plot twist dia memang padu! 🤯
Semalam dalam grup KRC ada sembang pasal penyakit DID. Dari buku nilah aku baru betul-betul kenal tentang keadaan tu. Ada banyak part ko akan seronok google.😅 sebab nak tahu kebenaran - try akan buat kita lebih excited untuk tahu pekara yang dibentang penjenayah. Apa yang pasti, permulaan cerita yang korang baca sebenarnya bukan kisah yang paling awal. 🤔 Nanti korang bacalah sendiri, baru faham kenapa aku cakap macam ni.
Disebabkan aku memang suka genre macam ni, bagi aku buku ni 100/5 bintang! ⭐⭐⭐⭐⭐
Penjenayah dalam cerita ni memang psycho tahap melampau. Bila sampai bab dia buat pengakuan, siap-siap telan Panadol. 🤦🏻♀️ Sakit kepala dengar pengakuan dia, apatah lagi jadi Alia yang kena rakam semua tu. Rasa nak lempang, nak tumbuk semua rasa ada! Nasib baik buku ni masih selamat dan tak jadi mangsa kemarahan aku. 😂
Apa pun, terima kasih kepada penulis. Memang kenyang baca buku ni. Dari awal sampai akhir, asyik dibuat berteka-teki. Bila semuanya terjawab, baru rasa puas. Lepas habis baca, memang kena rehat dulu... penat! 😮💨
Buku ni memang wajib dihabiskan. Kalau berhenti separuh jalan, memang takkan tenang sebab asyik tertanya-tanya siapa sebenarnya penjenayah di sebalik semua kejadian.
2) Cara penulis olah cerita, huraikan plot cerita, penyusunan jalan cerita dr awal sampai akhir sangatlah tersusun, kemas & tak berterabur. Setiap penerangan begitu terperinci & setiap ayat dapat kita bayangkan dalam kepala.
3) Di bab belas-belas sebenarnya dah bagitahu siapa pembunuh sebenar tapi penulis pandai guna nama samaran & tidak terus guna nama sebenar pembunuh tersebut. Tapi plot twist dia, plot twist demi plot twist. Engkau sendiri akan terkejut. Sumpah.
4) Aku syak ni time travel tapi bila tahu siapa Mokhtar 2025 yang sebenar, bapa cerdik gila penulis ni tipu kita semua. Cuma ending di mana scene Alia melawat pusara Mokhtar 1969, rasa sebak sebab dia meninggal awal & dituduh atas bukan kesalahan dia. Tapi akhirnya nama dia dibersihkan.
5) Aku baca novel ni rasa macam penulis ni penyiasat + pakar forensik + pakar psikiatri + anggota polis dalam 1 masa 😂 dia punya penerangan tu sangat wow ye.
Persoalannya, adakah Mokhtar 2025 adalah Mokhtar 1969? Tiba-tiba muncul watak Aidil. Dengan watak Ramlan yang unxpected sangat ye kisah silam dia.
This is what I mean when I say a book is well researched. . I love this book so much. . The police work here is really good, and this is exactly what I’m looking for in a police procedural crime thriller. You can really see the effort and research put into every detail. . The storyline is so well structured. No cringe dialogue, plot twists that I genuinely didn’t expect, and that ending…..it completely destroyed me. . Mokhtar…oh my..... The main character really stayed with me. The ending was so heartbreaking. After finishing this book, I honestly didn’t expect that I would miss him this much. Rest well, Mokhtar… . As someone who loves police procedural crime thrillers, I would say, please read this book. You won’t be disappointed. From start to finish, not a single part felt boring
Nak tulis apa ye ? Ha korang baca jelah 😆 One of my best read of 2026, for sure. Novel thriller-murder mystery yang smooth je pembacaannya. Rasa tak sabar nak flip through the pages sebab nak tahu macam mana dia buat !! Serious, genius eh penulis.
Research yang menyeluruh, plot kemas, storyline gripping. Tak ada nak complain. Puas hati !
Sedihhh. Sumpah sedih. Ingat time travel tapi rupanya bukan. Patutlah tajuk Mokhtar 1969, sebab Mokthar 2025 tak pernah wujud.
Dari awal memang dah syak Ramlan tu Reimy sebab nama nak dekat sama hahaha and Reimy tu tak diberitahu dengan detail tentang diri dia. Contohnya, macam mana boleh kenal Mokhtar, lepastu macam mana dia boleh terlibat sekali dengan siasatan. Tiba-tiba Ramlan wujud dan umur dia sama dengan Mokhtar. Terus aku syak. Lepastu awal-awal aku dah confuse dengan simbol tu. Bila try lukis, nampak macam rama-rama tapi watak cakap kapak Viking. Aku pun oooo jelah. Dekat ending baru perasan semua detail hahahaha. Memang dari awal penulis dah bagitahu rupanya.
Detail dalam cerita ni best, dari segi tarikh dan masa. Lokasi dan sebagainya. Cuma asik hujan je eh dalam cerita ni. Dan waktu ending tu, waktu Ramlan punya confession, macam bosan sikit nak baca. Sebab dah boleh agak dari awal, dan banyak input diceritakan kat ending, panjang pula tu. Tak sabar nak habis baca ke penghujungnya.
Last sekali dekat tanah perkuburan tu, sedih juga. Memang tertanya-tanya tentang watak Hassan. Mana perginya waktu tahun 2025? Akhir sekali baru terjawab.
Overall 5/5 sebab cerita ni sedih. Sekarang ni, setiap kali nampak polis, saya akan terbayangkan Mokhtar.
Berehatlah, Mokhtar.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Wehhhh best nak mampusssss macam Kdrama Signal tu tapi with plot twists, awal2 dah agak dah sape the real killer ahaks bijak kan wuhuuuu tapi cuma tak tahu cara mcm mana dia guna untuk pembunuhan tahun 2025 ni tapi bestttt baca uolssss tak rugi sumpah punnnnn arhhhhhh tapi sedihlaaaaa dengan Mokhtar,yang dah baca mesti faham 😭😭😭ke aku sorang je rasa macam tu?😫😔 sekian review ringkas without spoiler💅💅
BEST!! Every page aku enjoy gila baca. Plot twist yg gila² punye plot twist! Walaupun ending dia aku rasa mcm kene tembak machine gun. Tapi still terkesan dlm hati aku. Oh Mokhtar 🫡
Buat Amirul Idham, tahniah, anda jd autobuy author saya lps ni. Jangan berenti berkarya! 🎉🎉
Aku tak berapa sukalah buku ni, walaupun ratingnya sangat tinggi. Tak berjaya habiskan sebab aku tak suka. Haha. Aku tak suka Mokhtar yang macam acah² terpaling best. Entahlah. Bagi aku buku ni tak menarik untuk di baca, maybe pengolahan tak kena dengan jiwa (rasa mcm penulis try hard untuk menulis tapi tak sampai deep tu ke pembaca, I dunno). Penyiasatan dalam buku ni pun bebiasa je, takde yang wow. Buat sementara ni, aku tak dapat habiskan pembacaan, maybe next time aku akan cuba again.
Novel pertama dalam wishlist saya waktu PBAKL, tambah² lagi dengan promosi dan hype buku ni. Novel yang dipromosikan bergenre crime, investigation, thriller dan diselitkan idea time travel. Ada juga dipromosikan untuk peminat² K-Drama seperti Signal dan Life on Mars, yang memang saya suka.
Baca sinopsis memang menarik, dengan permulaan yang disajikan dengan persoalan apa yang terjadi kepada watak utama, Mokhtar. Saya habiskan baca novel ni dalam satu hari.
400+ mukasurat, jujur saya enjoy dari mula sampai akhir, saya tak boleh nak stop baca terlalu lama dan tak ada satu pun yang saya rasa slow paced. Penulisan yang senang difahami, cuma mungkin ketika baca tu perlu fokus yang lebih sikit sebab penulis mengetengahkan dua garis masa - tahun 1960-an dan 2025. Ada sesetengah bahagian cerita yang saya sedikit keliru, tapi alur cerita secara keseluruhan dapat leraikan kekeliruan tersebut akhirnya.
Plot utama menceritakan tentang Inspektor Mokhtar, yang telah "dibunuh" oleh pembunuh bersiri yang giat diburunya pada tahun 1969, tapi dia kemudiannya bangun, masih hidup, pada tahun 2025. Yang membuatkan cerita lagi menarik ialah apabila geng polis pada tahun 2025 juga sedang menghadapi masalah pembunuhan bersiri oleh orang yang sama. Maka bermulalah perjalanan si Mokhtar untuk sambung memburu pembunuh bersiri tersebut, mencari penyelesaian dan penerangan untuk dirinya yang seakan sudah melalui time travel ke masa hadapan.
Akan ada juga sub-plot tentang kes² yang mereka kendali, dan kesangsian daripada orang² sekeliling mereka - betul ke Mokhtar ni datang dari tahun 1969? Nak kata dia penipu, semua pengalaman yang dia cerita memang macam dia sudah lalui. Nak kata dia betul, apa penjelasan secara logiknya yang boleh diterima akal?
Apabila nama pembunuh bersiri sudah didedahkan pada pertengahan cerita, waktu itu saya dah mula rasa risau. Ada setengah lagi jalan cerita nak lalui, takkan semudah itu kita dapat nama penjahat, dan apa lagi masalah yang akan dihadapi selepas ni?! Itu yang membuatkan saya seronok nak sambung cerita.
Persoalan satu: Betul ke Mokhtar time travel? Kalau betul, apa penjelasan yang diterima dek akal? Dan ketika dia "dibunuh" sebelum dia time travel, dia dapat lihat muka pembunuh dan dia merupakan seseorang yang dia kenal. Jadi, kenapa dia tak terus cari orang tersebut waktu dia bangun pada tahun 2025? Itu persoalan yang menghantui naratif cerita ni... sampailah ke penghujung.
Persoalan dua: Kita dah dapat nama pembunuh bersiri tersebut. Tahun 1969 tergempar dengan kes² mangsa yang dibunuh dengan MO yang sama, tapi pada tahun 2025 pembunuh tersebut masih berleluasa. Jadi, apa motif pembunuh tersebut, adakah orang yang sama atau hanyalah copycat killer. Ada jugak syak wasangka yang menjadikan Mokhtar sebagai suspek untuk pembunuhan bersiri ni... dan banyak sangat kebetulan yang menguatkan teori tersebut. Ini juga terjawab pada penghujung cerita.
Klimaks:
Akhirnya identiti penuh pembunuh sebenar, motif dan latar belakang didedahkan. Satu-persatu persoalan terjawab. Jujur, saya tak begitu terkejut apabila dapat tahu pembunuh sebenar adalah orang yang sangat dekat, sebab memang idea tersebut dah ditanam pada awal. Cuma nak kepastian dan untuk faham apa motif permulaan.
Yang membuatkan saya betul² terdiam, sampai saya mengambil masa untuk menyusun semua informasi adalah ketika identiti sebenar "Mokhtar" terbongkar. Mula² saya ingatkan kemunculan Saintis Amerika dalam alur cerita akan menjelaskan bagaimana Mokhtar boleh time travel. Rupa-rupanya sangkaan saya betul² meleset dan penjelasan siapa Mokhtar sebenar betul 180 darjah daripada apa yang saya sangka. Memang saya tak terfikir langsung. Terus saya mengambil beberapa minit untuk hadam.
Pada akhirnya, walaupun plot "time travel" tu berbeza daripada idea asal, tapi saya masih teruja dengan cara penulis konsolidasikan semua dalam jalan cerita dan pendedahan yang membuatkan saya bungkam pada akhirnya.
Satu saja yang saya sedikit terkilan dan sejujurnya sedih, apabila dapat tahu "Mokhtar" pada 2025 ialah bukan Mokhtar yang sebenar. Sebab saya suka personaliti Mokhtar, dan comel sebenarnya apabila dia dengan Alia.
Apa² pun, saya bagi 5/5 untuk novel ni, sebab sudah lama saya tak baca novel Melayu yang boleh buat saya terus berteka-teki. Walaupun in the end "time travel" tu sebenarnya bukan plot point cerita ni, saya masih enjoy baca.
Terima kasih Tuan Penulis untuk novel ini, dan novel ini telah berjaya membawa saya keluar daripada reading slump.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ulasan pertama saya untuk genre thriller. Dan saya yakin kalian semua dah maklum akan novel ni dan jalan ceritanya. Inspektor Mokhtar, polis tahun 1969 yang merentas masa ke tahun 2025, untuk memburu pembunuh yang meragut nyawa buat hatinya dan ramai lagi gadis-gadis lain. Adakah pembunuh itu benar-benar berada di tahun 2025?
Untuk ulasan plot, watak dan sebagainya, saya maklum dah ramai pengulas yang mengulas bab ini. Jadi, untuk ulasan saya ni, saya nak fokuskan kepada satu info penting yang saya dapat daripada pembacaan saya. Ingat lagi tak drama Korea suatu ketika dulu, Hyde, Jekyll, Me? That's the first time I came across about this disease, Dissociative Identity Disorder (DID). Dan sekali lagi saya jumpa tentang penyakit ni dalam novel ini. Out of my curiousity, I did some reading on few articles about this disease. Saya nak tahu betul ke penyakit ni betul-betul wujud, atau hanya sekadar rekaan dalam drama dan novel.
Ya, DID memang wujud dan penyakit ni diiktiraf dalam dunia psikiatri. DID ialah gangguan mental di mana seseorang mempunyai dua atau lebih identiti atau "personality states" yang berbeza. Cara bercakap, tingkah laku, memori yang berbeza dan tulisan tangan pun berbeza. Dan DID ni berlaku disebabkan oleh kesan trauma yang dialami oleh seseorang.
Mungkin boleh saya katakan, inilah titik tertinggi penulis untuk novel ni, dengan menjadikan penyakit ini sebagai 'alat' untuk menyedarkan kita pembaca tentang mesej utamanya iaitu tentang trauma, tentang pencarian sebuah identiti, empati dan keadilan yang perlu ditegakkan. Novel ini membawa saya kepada satu dimensi bahawa apa yang kita anggap sebagai suatu kejahatan tu sebenarnya bermula daripada trauma dan luka yang tak pernah sembuh. Ramai lagi 'Aidil' di luar sana yang sedang bergelut dan kebanyakan daripada kita akan salah faham terhadap kondisi mereka yang memerlukan kepada kaedah rawatan yang profesional dan tentunya sokongan daripada masyarakat.
Sebagai seorang pegawai polis, apa yang awak akan buat kalau di tahun 2025, awak menerima kes seorang lelaki yang mengaku dirinya pegawai polis dari tahun 1969? Itulah yang Tuan Dahari dan pasukannya hadapi apabila semua ujian dan analisis dibuat dan bukti menunjukkan bahawa Mokhtar tidak berbohong. Siapakah Mokhtar dan kenapa dia boleh berada di tahun 2025?
3️⃣ Perkara:
🪓𝑲𝒆𝒔 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒖𝒉𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒊𝒓𝒊 & 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒖𝒉 𝑺𝒊𝒎𝒃𝒐𝒍. Kematian beberapa wanita di tahun 1969 membuatkan Mokhtar mengkaji dengan teliti tentang simbol yang pembunuh ukir di lengan kiri setiap mangsa. Pada tahun 2025 juga kes Pembunuh Simbol muncul semula. Mokhtar pasti Pembunuh Simbol 1969 mengekorinya hingga ke 2025.
🔪𝑪𝒓𝒊𝒎𝒆, 𝒕𝒉𝒓𝒊𝒍𝒍𝒆𝒓 & 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝒕𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍.⏳ Mengikut pendahuluan cerita, buku ini menceritakan tentang semua elemen ini sehinggalah seiring plot, saya pasti awak akan stress meneka siapa Pembunuh Simbol yang sebenar. Walaupun waktu pertama kali reveal macam biasa-biasa dan tiba-tiba je, namun.. jeng jeng jeng!
🌱𝑱𝒂𝒕𝒊 𝒅𝒊𝒓𝒊, 𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒓𝒆𝒅𝒊𝒃𝒊𝒍𝒊𝒕𝒊 𝒑𝒐𝒍𝒊𝒔.👮🏻♂️ Saya suka bila buku ni memaparkan realiti dalam etika pekerjaan tanpa menghina mana-mana institusi. Banyak lines yang saya suka juga, (wait for my #LinesThatLinger k) Pengulangan Mokhtar dengan cerita sambutan Hari Kemerdekaan tu buat I bangga dengan Mokhtar dan rasa betullah kita orang sekarang banyak abaikan perjuangan orang dulu. Major love that part.
✍🏻: @amirulidham_ab 🖨️: @prologmed 📖: 471 ⭐: 5/5
Buku wajib baca. Terima kasih @prologmed untuk naskhah ini.
First of all, congrats to me sebab betul tekaan aku siapa Symbol Killer tu 😆. Awal2 lagi masa dia kata die pioneer psikiatri tu aku dah agak dah die mesti Reimy.
Jalan cerita smooth, best. Cuma rasa macam Alia dan lain-lain macam tak menonjol sangat. Asyik-asyik 'Mokhtar' je yang figured something out. Hujung-hujung tu barulah nampak Alia macam function sikit.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ini novel crime thriller/mystery paling seronok saya baca untuk tahun 2026. Susunan plot kemas. Misteri dirungkai satu persatu tanpa tergesa-gesa. Plot twist yang menarik.
A fun and cozy read. (Fun sebab turut serta kumpul klu dan menyiasat)
Cinematic. Poetic. Patriotic.
Sebagai pencinta hujan, suka betul dengan latar hujan yg mendominasi suasana dalam buku. Dari awal hingga akhir. ⛈️
Update my rating from 4.7 to 4.9.
Felt it was too low for a book that lingers in my mind a few weeks after reading it.
Minus 0.1 sebab... confession pembunuh creeped me out. Like, this is not an interviu so why you seemed too excited and proud to finally 'share' your deepest secret 😭 and with no remorse at that 😳
Mokhtar bungkam. Kuala Lumpur seingatnya tidak begini rupanya. Pakaian, kenderaan, peralatan semuanya sudah nampak lain. Dia bermimpikah?
Mokhtar ingat-ingat lupa apa yang terjadi padanya. Dia tahu, dia seorang inspektor polis pada tahun 1969. Mokhtar bersama rakan sepasukannya sedang giat memburu seorang pembunuh bersiri yang meninggalkan simbol aneh pada pergelangan tangan kiri setiap mangsanya. Berbulan-bulan dia mencari bukti, petanda ataupun saksi yang akan membawa kepada pembunuhnya, namun hampa.
Mokhtar tidak sangka, seorang saksi yang sepatutnya membawa kepada pengakhiran pembunuh bersiri ini berakhir dengan sebuah penipuan. Penipuan yang menyedarkan Mokhtar di atas sebuah katil hospital pada tahun 2025. Mana mungkin dia mengembara melalui masa, melawan hukum alam ciptaan Allah SWT? Namun apa yang berada di hadapan matanya sekarang sangat berlainan. Mokhtar tidak tahu apa yang dia perlu percaya lagi.
Satu sahaja yang tidak berubah walaupun masa telah berganjak 56 tahun ke hadapan. Pembunuh bersiri itu masih ada. Mangsa-mangsa pembunuhan masih ada dan bertambah. Modus operandi dan simbol yang sama ditinggalkan itu juga masih sama. Adakah pembunuh masa silam itu orang yang sama dengan pembunuh sekarang? Adakah pembunuh itu telah merentas masa bersama-sama dengan Mokhtar? Paling penting, mengapa pembunuh itu seolah-olah berdendam dengan Mokhtar sehingga berdekad-dekad lamanya?
Satu sahaja masalah sekarang ini. Mokhtar telah dijumpai tidak sedarkan diri berdekatan dengan mangsa pembunuhan terbaru. Bagaimana Mokhtar boleh berada di situ? Apakah maklumat yang Mokhtar tahu tentang pembunuh itu? Adakah Mokhtar secara tidak langsung terlibat dengan semua pembunuhan yang telah berlaku? Adakah ini bermaksud Mokhtar sebenarnya pembunuh?
Siapa sebenarnya Mokhtar?
Bertubi-tubi reviu berkenaan buku ini yang lalu-lalang di muka-muka media sosial dan bertubi-tubi jugalah saya mengelak untuk membacanya agar ianya tidak mempengaruhi pembacaan saya, dan saya gembira saya membuat keputusan yang tepat.
Genre merentas masa adalah antara genre kegemaran saya kerana saya kagum dengan cara mana-mana penulis yang menulis genre sebegini menyusun jalan cerita dan plot yang memerlukan watak-wataknya berbolak-balik mengikut masa, memastikan logik penceritaan dan menyesuaikan bahasa dan perkara-perkara yang berbeza dari setiap zaman. Ia juga menyerlahkan kreativiti dan usaha penulis dalam melakukan 𝘩𝘰𝘮𝘦𝘸𝘰𝘳𝘬 bagi memastikan mutu penulisan sentiasa menyampaikan seboleh-bolehnya maklumat yang tepat walaupun ianya karya fiksi.
‘Mokhtar 1969’ tidak terkecuali daripada ciri-ciri di atas, terutamanya bahagian-bahagian yang melibatkan 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘤𝘦 𝘸𝘰𝘳𝘬 dan kerja-kerja penyiasatan. Penulis dilihat mahir dan berpengetahuan tinggi mengenai prosedur kerja kepolisian dan jenis-jenis senjata api. Tidak kurang juga pengetahuan di dalam disiplin ilmu psikologi yang melibatkan kes-kes sebenar yang juga dijelaskan di dalam jalan cerita.
Saya gemarkan penceritaannya yang sangat menimbulkan saspen dan mencetuskan rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Saya terkejut saya dapat meneka pembunuh yang sebenar dengan tepat dan cepat, berdasarkan jejak 𝘳𝘦𝘥 𝘩𝘦𝘳𝘳𝘪𝘯𝘨𝘴 (mungkinkah?) yang ditinggalkan, namun penulis juga berjaya untuk membuat saya tidak cepat berpuas hati kerana 𝘣𝘪𝘨 𝘸𝘩𝘺 mengapa dan pembunuh tersebut bertindak sedemikian dan bagaimana semuanya terjadi masih belum terjawab sehinggalah tiba di bahagian akhir cerita. Cuma saya tidak tahu apakah perasaan sebenar saya apabila kebenaran terungkai. Mungkin akibat cerewetnya saya, saya mahukan yang lebih daripada apa yang dipersembahkan. Namun, saya tetap merasakan ianya sebuah jalan cerita yang mantap.
Cerita ini membawa tema kepercayaan - pada keluarga, teman hidup, kawan-kawan, sistem kehidupan, peraturan dan negara. Bagaimana sebuah kepercayaan itu begitu mudah untuk dibina, namun sangat susah untuk diruntuhkan terutamanya apabila kita sudah memberi sepenuhnya. Susah untuk diruntuhkan kerana kita tidak menyangka akan ada yang mempermainkan kepercayaan itu.
Sekiranya anda suka genre kepolisian, penyiasatan, psikologi - cerita ini mungkin untuk anda.
"Dia kata, dia polis. Dia inspektor polis dari tahun 1969."
Sinopsis Ringkas: Pada malam itu, Mokhtar hampir menangkap Pembunuh Simbol yang dikejarnya selama ini. Malang tidak berbau. Ada satu kejadian yang terjadi & apabila Mokhtar tersedar. Dia tidak lagi berada pada tahun 1969 tetapi dia kini dia di tahun 2025 ❕Lebih parah apabila dia tersedar di tempat yang tidak sepatutnya sehingga dia dijadikan suspek. Kes yang melibatkan dia persis seperti kes yang tidak dapat diselesaikanya pada tahun 1969. Adakah Pembunuh Simbol memburu Mokhtar? Apa yang terjadi sebenarnya?
Penulis tak tunggu lama untuk mulakan cerita. Tak ada perkenalan watak. Terus jump ke scene pembunuhan. Kita pula nak kena sesuaikan diri dengan kelajuan cerita ni. Saya suka macam mana penulis bawa saya bersama untuk menjejaki Pembunuh Simbol. Pembunuh sangat licik. Sampai korang takkan pernah terfikir pun siapa sebenarnya dia. Korang nak main teka-teka boleh. Tapi confirm salah sebab ending dia sumpah plot twist. Saya memang harap sangat ending dia penulis tak scam saya. Tapi overall, saya puas hati dengan ending.
Storyline tersusun dan tak nampak penulis rushing nak habiskan cerita tergesa-gesa. Sebagai pembaca saya dapat jawapan yang saya nak. Persoalan tidak lagi bermain dalam fikiran saya.
Ada seseorang yang salahguna kebijaksanaan dia. Ada mangsa menjadi korban tanpa sengaja. Ada Pembunuh Simbol yang tidak tahu apa itu erti puas.
Mungkin Mokhtar yang ada pada tahun 2025 nampak macam awkward. Tapi, dia sekejap je dapat adapt dengan kehidupan baru dia. Saya anggap dia fast learner. Mokhtar masih tidak putus asa ya untuk menangkap Pembunuh Simbol. Kadang dia lupa yang dia tu sebenarnya masih dalam tahanan polis. Tetaplah dia perah otak untuk selesaikan puzzle. Mujur la ada orang yang percaya dengan dia. (kalau saya mungkin sampai ke sudah fikir betul ke dia ni dari tahun 1969?)
Cuma saya sebenarnya harapkan ada lebih banyak scene Mokhtar & kawan baik dia dalam 1 frame. Sebab both of them boleh jadi kombo yang sangat menarik. Sayang kalau tak serlahkan potensi. Satu buku lagi boleh tak @amirulidham_ab ?.
Pertama sekali, cerita ini mengingatkan saya kepada drama tv Bones, di mana ia juga merupakan adaptasi daripada novel jenayah. Penulis berjaya menggarap kehidupan anggota polis dalam bukunya ini dengan baik. Bukan setakat satu kes, tetapi ada pelbagai kes yang diselitkan dalam ceritanya ini walaupun kes utamanya adalah kes Pembunuh Simbol. Saya ada berdiskusi tentang buku ini dengan seseorang dan kami bersetuju bahawa Malaysia kekurangan novel sebegini dan penulis berjaya mengangkat kisah kepolisan yang mantap melalui karyanya ini. Idea beliau terbaik dan jarang dapat jumpa karya dari Malaysia sebegini.
Kedua, berkenaan plot pembunuhan bersiri dan melibatkan watak utama yang dipanggil Mokhtar pula, sejujurnya saya sudah dapat meneka siapa pembunuh tersebut daripada awal. Mungkin kerana saya terlalu banyak menonton drama polis terutamanya dari barat, saya cepat menangkap dan ada 'instinct' yang kuat. Dan sebenarnya ada banyak klu dari awal yang ditinggalkan penulis...yang tinggal hanya pembaca perlu membaca dengan teliti. Mungkin sebab itu, saya kira saya bagi empat bintang... Huhu...
Ketiga, ada beberapa elemen yang 'hook' kita sebagai pembaca. Satu, tentang kisah Mokhtar 'time travel'. Saya terus membaca sebab saya berharap sangat ia bukan kisah merentas masa. Sebab cerita dah best, takkanlah ending dia rupanya time travel. Taknak macam baca karangan sekolah...cerita dah sedap rupa - rupanya "aku sedang bermimpi". Dua, apa maksud simbol yang dilukis tu? Sebab kita baca tulisan, jadi bila kita bayangkan, tak semestinya sama bentuk simbol yang penulis cuba terangkan. Tiga, apa jadi dari tahun 1969 - 2025? Kalau ia bukan kisah 'time travel', apa yang menyebabkan pembunuhan terhenti?
Keempat dan akhir sekali, pengajaran utama. Kebenaran pasti akan terbongkar biarpun mengambil masa puluhan tahun. Kita boleh kata kita 'move on', tetapi hakikatnya dosa dan rasa bersalah itu umpama sebuah laungan dalam gua yang panjang. Lambat - laun, gemanya akan kembali ke telinga kita juga.