“Cinta yang terhenti tidak semestinya berakhir. Seperti semicolon, ia menandakan cinta yang masih bernyawa dan menunggu untuk disambung semula.”
Pulang ke Moondara bukanlah pilihan Kirana, namun panggilan nendanya tidak mampu ditolak. Di Vila Moon, dia harus berdepan dengan rasa bersalah dan penyesalan kerana mengakibatkan Mikael terlantar koma.
Namun, Moondara menyimpan rahsia yang lebih gelap daripada sekadar rasa bersalah.
Sumpahan berdarah keluarga Moon yang terkubur selama satu abad kini kembali bernafas.
Kehadiran Mikael yang tersangkut di antara hidup dan mati membawa seribu satu persoalan. Mengapa hanya kepada Kirana, roh lelaki itu boleh menampakkan diri dalam rupa yang sempurna?
Ada rahsia yang menanti untuk dibongkar. Ada sumpahan yang menunggu untuk ditamatkan.
Apabila tanda titik koma pada jasad Mikael mula memudar, Kirana sedar bahawa masanya semakin singkat. Adakah keperitan ini bakal menoktahkan segalanya, atau adakah kisah mereka hanyalah sebuah idea yang menanti pengakhiran yang lebih tragis?
kerana amarah, satu keturunan kena tanggung sumpahan ni eiyyy geram betui
review sebenar benarnya…
Cerita ni sangat refreshing di mata saya untuk sebuah karya keluaran local kita. Sebelum tu saya nak memuji dahulu cara penulis menstrukturkan ayat dalam world building. Aspek ni penting especially bila sesebuah cerita membawa tema fantasy atau dunia selain muka bumi ini.
Well respected and congratulations dear author kerana bijak mengolah ayat ketika memperkenalkan dunia Moondara. Penerangan tentang dunia ni seriously senang saya nak hadam dan imagine. Every word yang ditulis membantu saya visualize sendiri bagaimana dunia Moondara itu digambarkan. Jadi untuk bahagian world building, saya memang akan terus memuji sebab ia mudah difahami tanpa rasa terlalu berat atau mengelirukan.
Apa yang boleh saya simpulkan, kisah ini berkisar tentang satu sumpahan generasi. Cerita bermula dengan Kirana yang baru sahaja mengalami kemalangan. Kemalangan itu bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, malah sahabat baiknya, Mikael, turut dilanggar sehingga koma. Rasa bersalah dan ketakutan melihat Mikael yang masih terlantar membuatkan Kirana kembali ke Vila Moon atas arahan neneknya.
Di sana, Kirana tinggal bersama dua orang sepupunya, Juwita dan Mestika. Dalam masa yang singkat, pelbagai fenomena aneh mula berlaku apabila Mikael muncul di situ. Bukan secara physically sebagai manusia, tetapi dalam bentuk rohnya sendiri. Yang peliknya, hanya Kirana mampu melihat dan menyentuh Mikael seperti manusia biasa. Manakala bagi Juwita dan Mestika, mereka hanya nampak susuk bayang hitam. Lebih menarik lagi, adik Kirana iaitu Kaisar hanya mampu mendengar suara Mikael tanpa melihat kelibatnya. Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa setiap orang berdepan dengan roh orang koma dengan cara yang berbeza? Haa, yang tu kena baca sendiri.
Kenapa saya kata ini kisah sumpahan generasi? Sebab semuanya berkait dengan kisah cinta tragis buyut Kirana yang membawa kepada satu sumpahan akibat amarah dan kekecewaan yang berakar daripada cinta itu sendiri. Alamak, rasa macam dah nak masuk spoiler pula. Okay cukup sampai sini, tutup mata semua…
Selepas kemalangan, Kirana hanya mengingati Mikael sebagai seorang kawan baik. Namun di sebalik memori yang telah hilang daripada ingatannya, mereka sebenarnya sudah lama mempunyai perasaan antara satu sama lain. Hanya Mikael yang masih mengingati segalanya. Kirana pula langsung tidak sedar tentang perkara itu. AUUCHHH🫂
Sepanjang mereka tinggal bersama, memang banyak kejadian berlaku. Disebalik kewujudan Mikael sebagai roh, ada satu tanda semicolon di cuping telinganya. Untuk apa benda tu wujud? Haa bacalah sendiri eh eh eh🌝
Stop telling the plot, sekarang kita sembang pasal karakter pula. Bagi saya, saya suka hampir semua watak dalam cerita ni. Setiap watak diberikan screentime yang agak seimbang dan tak terasa sekadar watak sampingan yang muncul lalu hilang macam tu je. Malah, setiap seorang memainkan peranan penting dalam perjalanan sumpahan dan elemen paranormal yang berlaku sepanjang cerita.
Saya dah puas hati dengan penutup untuk Kirana dan Juwita. Tapi Mestika? Adakah sebab dia sejenis yang anti romantic, jadi kita tak dapat tengok kehidupan dia dengan lebih mendalam?hshshshs rasa tak cukup. Tapi untuk korang yang bakal baca Titik Koma, jangan sesekali anggap watak selain Kirana dan Mikael tu sekadar pelengkap cerita. Bagi saya, mereka semua merupakan pusat penting yang menggerakkan storyline ni, especially watak Kaisar. Paling banyak membantu budak ni🤭
Bagi saya, buku ni cukup rencah, cukup rasa. Ada misteri, ada paranormal, ada emosi, ada family bond dan mestilah ada romance. Cuma satu benda yang agak menekan saya sedikit ialah di pertengahan cerita. Saya rasa momentumnya jadi sedikit lewah. Elemen mystery yang dari awal buat saya tertanya-tanya macam dilupakan untuk beberapa chapter sebab si hantu hensem Mikael ni sibuk jealous memanjang bila Kirana bersembang dengan lelaki lain🙄Mentang-mentang kau hantu, habis kau kacau Kirana dengan aura sejuk sana sini.
Nasib baik orang sekeliling tak label Kirana ni gila sebab selalu bercakap seorang diri😭
Tapi syukur penulis berjaya tarik semula perhatian saya apabila cerita kembali fokus kepada revelation tentang sejarah sumpahan dan apa sebenarnya yang berlaku pada masa lalu. Bahagian ni memang saya enjoy gila. Bila backstory buyut Kirana mula terbongkar satu persatu, saya terus tak boleh berhenti membaca. Bila dah tahu punca sebenar sumpahan tu berlaku kan... aaahhh geram tau dak! 😭
Namun pada masa yang sama, kisah ni juga menunjukkan bagaimana kesetiaan, keberanian dan kasih sayang yang tulus mampu mengatasi segala-galanya. Kadang-kadang orang yang berada di sekeliling kita itulah sebenarnya "titik koma" dalam kehidupan kita. Mereka mungkin bukan penghujung cerita, tetapi mereka adalah sebab kita terus menyambung ayat dan meneruskan perjalanan hidup.
Rasanya macam tak nak cerita panjang sangat sebab takut terlebih spoiler. Cukuplah saya kata yang saya memang approved cerita macam ni😤👍🏻
Akhir sekali, terima kasih Aramoon kerana mencipta kisah yang menarik ni. Terima kasih juga kepada Prolog kerana memberi peluang untuk cerita ini diterbitkan dan sampai kepada para pembaca dengan sentuhan ilustrasi yang sangat cantik dan comel.
Untuk penulisan penulis pula, saya tak ada apa sangat nak komen sebab memang sedap dibaca. Ayatnya tak kekok, tak terlalu baku dan mudah untuk saya hayati. Memang jenis gaya penulisan yang sesuai dengan citarasa saya.
Dan last sekali... tolong sampaikan salam saya dekat Raden ye. Hihihi. Orangnya pun herlokkk dan single kan🌝🤭
Titik Koma by Aramoon mengisahkan tentang sumpahan yang bermula sejak zaman nenek moyang dan masih menghantui setiap keturunan mereka hingga ke hari ini.
Part yang paling F enjoy semestinya flashback zaman dulu. F memang tertarik nak tahu macam mana sumpahan tu boleh bermula dan apa sebenarnya yang berlaku sampai kesannya berpanjangan ke generasi seterusnya.
Untuk timeline sekarang pula, Kirana mempunyai kebolehan melihat Mikael walaupun jasad Mikael sebenarnya sedang koma di hospital. Roh Mikael sentiasa berada di sisi Kirana, manakala sepupu Kirana, Juwita dan Mestika cuma mampu melihatnya sebagai bayangan hitam. Dari situ, satu demi satu misteri mula terungkai.
Cuma... F kena jujur. This isn't really my cup of tea. Bukan sebab cerita ni tak bagus... cuma the genre and storytelling didn't really click with me.
That being said, F tetap respect the author's effort. Nak bina dunia, mitos dan jalan cerita macam ni memang bukan mudah and F boleh faham kenapa ramai readers jatuh cinta dengan novel ni.
So kalau rating F tak sama macam majoriti, it's purely based on my personal reading preference. Bukan tak suka, cuma kurang ngam dengan taste F. Maaf ya.
Untuk peminat cerita-cerita young adult berkaitan sumpahan, misteri dan cinta boleh cuba membaca cerita Titik Koma ini.
Novel ini mengisahkan tentang Kirana dan Mikael, sahabat juga pasangan yang sentiasa ada untuk satu sama lain. Tapi disebabkan oleh satu tragedi yang mengubah segalanya pada malam di mana bulan menjadi saksi ...
Mikael kini menjadi roh yang hanya mampu dilihat oleh Kirana. Bayangkan, ke mana-mana saja Mikael akan mengekori Kirana. Melindungi gadis itu dalam senyap.
Tapi ...
Kenapa hanya Kirana yang mampu melihat susuk lengkap Mikael sedangkan sepupu Kirana sekadar nampak bayangan hitam tanpa rupa, dan ada juga yang hanya mendengar suara Mikael.
Ada apa sebenarnya dengan keluarga Moon yang membolehkan mereka menyedari kewujudan roh Mikael sedangkan orang lain tidak?
Dan macam mana mereka dapat mengembalikan roh Mikael ke jasadnya semula?
Di samping kisah mereka, rupanya terselit sejarah silam yang hitam ... Menjadi punca kepada keseluruhan misteri yang disaksikan oleh Vila Moon yang terletak di negara Moondara.
Overall, bagi Kirah ini sebuah debut novel yang menarik untuk dibaca dan sesuai untuk semua lapisan umur. Peminat cerita misteri dan sumpahan boleh baca cerita ni dan korang akan faham maksud lain di sebalik tanda titik koma yang biasa kita tahu 🤫
4 bintang untuk jalan cerita. 1 bintang tambahan untuk lukisan-lukisan yang penuh dalam buku! Very talented!
sejak awal lagi, Titik Koma berjaya membuatkan saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kepada Mikael. malah permulaannya juga memberikan saya sedikit vibe kdrama—daripada suasana, misteri yang dibina, sehinggalah cara penulis memperkenalkan watak-wataknya. semuanya membuatkan saya ingin tahu apa yang bakal berlaku seterusnya.
oh ya, saya juga nak puji ilustrasi-ilustrasi dalam naskhah ni! semuanya cantik, kemas dan sangat eye-pleasing. saya suka bagaimana setiap ilustrasi membantu saya membayangkan dunia Moondara serta watak-watak dengan lebih jelas. memang satu bonus yang menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan.
bagi saya, kekuatan terbesar naskhah ini terletak pada premisnya. idea tentang sumpahan, sejarah Moondara dan bagaimana kisah-kisah yang terhenti pada masa lalu akhirnya bersambung semula pada masa kini memang menarik untuk diikuti.
pada permulaan cerita, saya akui worldbuilding terasa agak padat dengan maklumat. tetapi apabila sejarah Moondara dan misteri di sebalik sumpahan mula dikupas sedikit demi sedikit, barulah saya dapat melihat bagaimana setiap kepingan cerita mula bercantum. bahagian ini antara perkara yang paling saya hargai dalam naskhah ini.
cumanya, satu perkara yang agak mengganggu pengalaman pembacaan saya ialah jumlah subplot yang semakin bertambah apabila cerita bergerak ke bahagian pertengahan.
pada mulanya, saya menyangka fokus utama cerita adalah untuk membongkar misteri di sebalik keadaan Mikael. namun semakin jauh saya membaca, semakin banyak subplot diperkenalkan sehingga saya mula tertanya-tanya ke mana sebenarnya arah tuju cerita ini. khususnya subplot yang melibatkan Juwita dan Arjuna. saya faham apa yang cuba dibawa oleh penulis, terutamanya tentang kisah yang terhenti pada masa lalu dan menemukan sambungannya pada masa kini. namun secara peribadi, saya masih kurang nampak bagaimana subplot tersebut benar-benar mengukuhkan misteri utama yang dibina sejak awal.
disebabkan itu juga, pacing cerita yang pada mulanya begitu mengujakan mula terasa sedikit perlahan. saya memang pembaca yang sukakan slow burn, tetapi apabila terlalu lama berada pada subplot tanpa perkembangan yang ketara terhadap konflik utama, saya mula terasa sedikit lelah.
ada beberapa ketika juga saya tertanya-tanya mengapa watak-watak seolah-olah terlalu selesa dengan kewujudan Mikael. sebagai pembaca, saya mengharapkan mereka lebih aktif mencari jawapan kepada misteri yang sedang berlaku kerana itulah persoalan yang membuatkan saya terus membaca sejak awal.
walaupun begitu, saya tetap suka hubungan antara watak-watak dalam naskhah ini. persahabatan antara Kirana, Juwita dan Mestika terasa natural dan menyeronokkan untuk diikuti.
chemistry antara Mikael dan Kirana pula memang comel sangat! saya suka setiap kali Mikael mengusik Kirana, ditambah pula dengan rasa cemburunya yang muncul secara diam-diam apabila Kirana rapat dengan lelaki lain. momen-momen kecil macam ni berjaya membuatkan saya tersenyum seorang diri.
sebaliknya, chemistry antara Juwita dan Arjuna kurang memberi kesan kepada saya. bukan kerana kisah mereka tidak menarik, tetapi saya masih belum dapat melihat bagaimana hubungan mereka benar-benar menguatkan plot utama secara keseluruhan.
selain itu, saya juga suka bagaimana beberapa jawapan kepada misteri sebenarnya datang daripada watak-watak yang langsung tidak saya sangka. pada awalnya saya tidak nampak kaitan mereka dengan keseluruhan cerita, tetapi apabila semuanya mula didedahkan, bahagian tersebut berjaya menarik semula minat saya.
cumanya, mungkin kerana momentum misterinya tidak benar-benar memuncak seperti yang saya harapkan. rasa ingin tahu itu memang sentiasa ada, tetapi keterujaan untuk terus membuka halaman demi halaman tidak sentiasa kekal. ada masanya saya mula rasa sedikit tidak sabar kerana misteri utama terasa bergerak agak perlahan.
hanya apabila menghampiri penghujung cerita barulah saya kembali benar-benar hanyut dengan misteri yang sedang berlaku. sayangnya, apabila cerita mula mencapai kemuncaknya, ia terasa sedikit tergesa-gesa dan penamatnya pula membuatkan saya rasa masih belum puas.
secara keseluruhannya, saya rasa Titik Koma mempunyai premis yang menarik dengan idea dunia dan misteri yang unik. walaupun ada beberapa perkara yang kurang menjadi untuk cita rasa saya, saya tetap rasa ini merupakan satu percubaan yang baik, lebih-lebih lagi sebagai karya pertama penulis.
saya nampak potensi dalam cara beliau membina dunia dan misterinya, dan saya harap pada karya-karya akan datang, kekuatan tersebut dapat digarap dengan lebih kemas lagi. mungkin apa yang kurang menjadi untuk saya akan menjadi antara kekuatan naskhah ini di mata pembaca lain.
Prolognya sedikit infodump dan built up sedikit perlahann bagi saya TAPIIIIIIIII saya suka bagaimana penulis bukan jenis meletakkan satu ujian selepas satu ujian kepada watak-wataknya, sebaliknya, dia buat kita kenal dinamik mereka semua terlebih dahulu. Barulah segala yang berlaku pada wataknya akan meninggalkan kesan pada kita yang membacanya. (Sebab ada sesetengah penulis suka bagi external factors trauma bertimpa-timpa pada watak pada awal cerita sebelum kita (baca:saya) attached pada watak tersebut membuatkan ceritanya terasa flat. Tapi tidak pada watak-watak dalam novel ini.
Tujuan utama cerita ini adalah untuk merungkai kenapa Kirana menjadi satu-satunya yang boleh melihat Mikael dengan jelas dan rahsia kaitan antara mereka semua dengan apa yang terjadi dengan buyut mereka suatu masa dahulu. Saya suka dinamik hubungan Kirana dengan sepupunya, Juwita dan Mestika walaupun tak dinafikan sesetengah lawak dan gurau di antara mereka ada yang kurang masuk pada saya tapi ada juga yang berjaya membuat saya tersengih. HAHAHAHA
Bab kegemaran saya adalah bab 44. Lenggok bahasanya puitis. Ada vibe melankolik dan sejujurnya bila dirungkai tentang asal usul cinta terlarang dan sumpahan itu, memang saya sudah tak boleh hentikan pembacaan.
A solid 4/5 for the story and characters development! TAPIIIIIIIIIIIIII saya rate 5 stars sebab have I told you that there are around 23 illustrations inside??? Dan kalau tak silap saya lukisan ini dilukis oleh penulis sendiri yang juga merupakan seorang animator??? SIS, SPARE SOME TALENT FOR US PEASANTS, PLEASE!—
Saya beli ini semata-mata sebab tertarik dengan gaya lukisan yang selalu dimuat naik di social media. (Ya, saya mudah dibeli dengan lukisan/illustration yang lawo-lawo) Saya suka style lukisannya yang kemas. Sejuk mata memandang!!
Apapun, terima kasih ARAMOON untuk karya yang comel ini. Dalam sedih ada gembiranya. Teruskan menulis!! Saya menanti karya yang seterusnya! ❤️🔥❤️🔥
p/s: Watak kegemaran saya adalah Arjuna ehehehehehe ejas sikit untuk saya boleh? 🫣
Titik Koma mengisahkan tentang Moondara, ia bukan hanya sekadar tempat biasa. Di situ terletaknya satu rahsia besar yang menghalang takdir cinta. . Selepas kemalangan yang menimpa diri, Kirana kembali ke Moondara dan tinggal dia Vila Moon atas arahan nenda. Dalam masa yang sama, hati masih gelisah dan bersalah dengan Mikael yang terlantar koma disebabkan dirinya. Tinggal di Vila Moon, ditemani Juwita & Mestika membawa mereka berdepan dengan satu roh iaitu Mikael— yang menjadi asbab sumpahan keluarga mereka kembali. . Bagi Kirana, hubungan dia dan Mikael hanya sekadar kawan— ternyata mereka lebih daripada itu. Tetapi sedikit pun Kirana tidak mengingati bibit manis antara mereka. Kemana perginya ingatan itu? Apa yang terjadi disebalik kemalangan Kirana & Mikael? Mampukah Mikael kembali sedar daripada titik koma yang kian menghilang?
Semuanya kerana titik terang dan gelap yang dipegang oleh keluarga mereka beratus tahun dahulu— sumpahan cinta. __ what a beautiful storyline! Setiap watak ada kelebihan dan kekurangan yang menyempurnakan cerita. Pada mulanya agak skeptikal dengan pembawaan cerita ni bila dikaitkan dengan roh & manusia— tapi bila dah masuk ke bahagian perasaan, dengan olahan yang cantik; I LOVE IT!
Dalam buku ini bukan hanya ada satu pasangan dan satu kisah ‘silam’ je, watak-watak sampingan memainkan peranan besar juga sebab berkaitan dengan sumpahan keluarga.
“Cinta yang terhenti tak semestinya berakhir. Seperti Semicolon.”
I can’t look at the ‘;’ the same way anymore, mengingatkan saya dengan Mikael! Suka sangat dengan definisi titik koma dari pandangan dia, sangat menyentuh hati 🥹 Banyak lagi ayat yang dia cakap; mostly sangat menusuk & bagi emosi especially bila watak dia dah di antara hidup dan mati 😔 Lagi tambah suka bila dia gigih untuk hentikan sumpahan lama untuk bersama dengan Kirana 🫶🏼
‘Takdir berhenti di separuh jalan’.
WHAT DO U MEAN?! lepas apa yang diorang dah lalui, macam tu je kehabisan kisahnya? Tipu la kalau cakap saya tak menangis, mula je part perpisahan— laju air mata ni keluar. Ayat yang digunakan betul-betul meretakkan hati! Boleh dikatakan ceritanya tidak terlalu heavy tapi still boleh bagi impak about real life struggles!
Saya suka bila watak hidup yang kini ada terkait dengan yang hidup pada beratus tahun dahulu! Dari sekecil-kecil watak pun rupanya besar amanat yang perlu dipegang. So sesiapa yang baca, take note dengan semua watak tau hahaha . Overall, the idea of this book sangat best! Lain dari yang lain. For those yang suka something yang calm, reflective, emosi dan healing sikit boleh try baca buku ni!! Recommended!
Trope: friends to lovers/ fantasy + paranormal + time travel/ yearning man/ sincere love/ family curse/ koma dan roh keluar dari badan/ etc...
Karya ini sedikit sebanyak mengisahkan tentang Kirana yang kembali semula ke Moondara setelah berdepan dengan penyesalan kerana mengakibatkan Mikael terlantar koma. Tetapi sebaik sahaja dia jejakkan kaki ke Vila Moon, Kirana mula melihat kelibat roh Mikael yang sedang koma. Bukan itu sahaja, sumpahan rahsia keluarga Moon juga mulai diketahui oleh Kirana dan sepupu²nya. Tapi yang menjadi persoalan sekarang ni kenapa Mikael tiba² muncul dalam bentuk roh sedangkan dia sedang koma? Dan apakah sumpahan keturunan Moon tersebut? Sila baca kalau rasa ingin tahu.
My thoughts 💭 (my opinion)
Pertama sekali maafkan saya kerana review buku ni lambat, sebab pace saya sangatlah slow sekarang. 😬 Ayuh kita terus kepada agenda utama hshshs macam biasa saya first time baca buku penulis dan untuk first timer it was not bad. Penulisan yang santai membuatkan saya senang untuk masuk dengan buku ni. Cerita juga bergerak secara laju dan tidak lewah sama sekali.
Saya suka usaha penulis untuk membina satu dunia atau negara yang seakan² berunsur dystopia. Jalan cerita juga menarik kerana ada melibatkan sumpahan keturunan dan paranormal sedikit. Saya sangat suka watak hero iaitu Mikael, sebab dia punya yearning tu hshshsh sis love sangat! 🙈 Betapa seksanya dia yang terpaksa menanggung rindu pada sang kekasih sebab taknak kekasih dia tanggung sakit.
Apa yang saya boleh katakan untuk karya ni, ia menarik untuk dibaca sebab bagi saya ceritanya tidak berat mana. Tapi bila masuk part hujung² tu saya dah mula sedih sikit... Ingatkan dia betul²...... Tapi nasib baik tak. Sedut balik air mataku. 🤣 Terima kasih penulis sebab tak seksa jiwa dan raga saya. Saya ni kalau baca buku semua nak yang happy² je kalau ending selain daripada itu saya akan meroyan sebab saya tak terima. 😭
Keseluruhannya, jujur dari hati saya sangat suka dan enjoy membaca karya penulis ini. Ia satu bacaan yang bagus dan reccomended dari saya. Sila baca kalau korang suka novel dengan alur cerita seperti ini. Last but not least, terima kasih @prologmedia untuk naskah ini!
Titik Koma membawa saya ke Moondara, sebuah tempat yang menyimpan lebih daripada sekadar rahsia keluarga. Bermula dengan rasa bersalah Kirana terhadap Mikael yang terlantar koma, cerita ini perlahan-lahan membuka tirai tentang sumpahan generasi, cinta yang terputus dan rahsia yang telah lama terkubur.
Apa yang paling saya suka ialah bagaimana penulis menggabungkan elemen misteri, paranormal dan romance dengan sangat baik. Kehadiran Mikael yang berada di antara hidup dan mati bukan sahaja menyentuh emosi, malah membuatkan saya sentiasa tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di sebalik sumpahan keluarga Moon.
"Cinta yang terhenti tak semestinya berakhir. Seperti semicolon."
Ayat ini benar-benar menggambarkan keseluruhan cerita. Tentang cinta, kehilangan, harapan dan keberanian untuk terus melangkah walaupun jalan cerita hidup tidak berjalan seperti yang dirancang.
Sebuah kisah yang penuh emosi, misteri dan family bond yang membuatkan simbol ";" tidak lagi kelihatan sama di mata saya. 🥹✨
Cerita pasal sumpahan nenek moyang yang akhirnya memberi kesan kepada cucu-cicit.
Awal-awal lagi aku dah suka dengan elemen misteri—kenapa Kirana seorang saja yang boleh nampak roh Mikael? Juwita sebenarnya dah bagi hint, kan? Apa yang dia sebut tu akhirnya memang betul, walaupun pada awalnya cuma andaian.
Tapi sepanjang cerita, aku mula rasa bosan sebab aku sebenarnya nak tahu apa masalah sebenar Kirana dengan Mikael. Malangnya, kisah mereka banyak diselitkan dengan kisah cinta Juwita yang bagi aku agak membosankan. Sampai aku tertanya-tanya, sebenarnya fokus utama cerita ni pasal apa? 🤔
Kata kunci tajuknya Titik Koma, tapi kisah Juwita pula yang terasa macam dibesar-besarkan.
Kesimpulannya, kalau korang suka cerita romance, mungkin buku ni boleh masuk dalam reading list. Aku sendiri habiskan buku ni sebab nak tahu apa sebenarnya yang berlaku dengan Mikael. Selain misteri tu, banyak bahagian yang kurang menarik perhatian aku.
Tapi aku nak puji ilustrasi dalam buku dan cover—memang cantik dan menarik. Fizikal buku pun best. Nak selak halaman demi halaman terasa ringan, tak keras dan tangan tak cepat penat. 👍🏻
My rating: 3/5 ⭐️
Aku sebenarnya mengharapkan sesuatu yang lebih menarik dengan latar tempat yang pelik dan misteri Mikael. Tapi realitinya tak seperti yang aku bayangkan.
Jadi, jangan letak expectation terlalu tinggi macam aku. 🫣
Aku pilih tanpa fikir buku ni sebab nak tahu kisah apa yang nak diceritakan dengan tajuk Titik Koma dan jujurnya aku tak menyesal langsung!
Mengisahkan tentang Mikael yang terlantar koma selepas kemalangan tapi rohnya mampu dilihat dan disentuh oleh Kirana.
Disebabkan oleh kemampuan melihat roh, Kirana telah dianggap pelik dan diminta pulang ke Vila Moon ditemani Mestika dan Juwita, sepupunya.
Mulanya Kirana dihantar ke Vila Moon sebab bercakap sorang, bersikap pelik, asyik bergaduh dengan roh Mikael. Bayangkan dah duduk Vila Moon, eh Juwita dan Mestika pun nampak juga roh Mikael tu! Cumaaaa, dalam bentuk lembaga hitam yang gelap dan tak ada muka. Pelik kan, Kirana je boleh nampak Mikael dalam bentuk sempurna macam manusia biasa.
Mereka bertiga akhirnya setuju untuk cari tahu apa rahsia disebalik roh Mikael yang berkeliaran. Mikael ni, roh yang nakal suka kacau orang.
Asalnya aku ingatkan roh ni menakutkan, tapi penulis buat aku rasa kelakar. Bergaduh, merajuk, seolah-olah dia betul-betul wujud sebagai manusia biasa.
Dalam usaha menyelesaikan misteri roh Mikael, terbongkar kisah sumpahan warisan yang diwarisi oleh keluarga Moon.
Persoalannya, apa kaitan antara sumpahan warisan keluarga Kirana dan Mikael ni sebenarnya? Yang ini kena baca sendiri la ya.
Watak-watak dalam buku ni semua ada peranan dan cerita sendiri. Selain Kirana dan Mikael, Juwita dan Mestika tidak kurang menyerlah. Paling aku suka mestilah watak Mestika, aku sampai rasa nak minta penulis tulis sebuah buku tentang dia. Tapi itulah, kisah antara Juwita dan Arjuna pun menarik juga. Macam mana ni?
Apa yang paling menarik dalam Titik Koma ni bagi aku, pembinaan dunia! Tengok sendiri macam mana penulis boleh bina sebuah dunia, dengan bentuk dan cerita yang menarik. Paling tak sangka, kau tak perlu pening-pening membayangkan sebab penulis buat kerja yang baik dalam menerangkan tentang dunia yang dibina.
Aku rasa sedikit bosan di pertengahan cerita, tapi secara keseluruhan cerita ni menarik.
Kisah paranormal dan romantik komedi, kau akan jumpa banyak perkara yang boleh buat kau senyum atau ketawa.
Nak masuk plot sebenar cerita ni kan its very like a pain in the ass. I cannot stand it anymore. Tried really hard to get into this but TOO MANY fillers in the middle of the book. The tarik tali between fmc and mmc tak move the plot forward pon, balik2 tempat sama je. Like i think i read something on chapter 10 ish and then same thing happen on chapter 20 ish and then next on chapter 30ish . Its very repetitive hmmm to the point idc what happen. Such a bump tbh sebab konsep dah menarik, cover lawa, illustrations lawa but failed bab pacing cerita
I have to say… this book really knows how to grab my attention.
At first, aku ingatkan buku ni agak slow even after 100 pages, so aku baca pun secara santai jelah (memang santai betul, lama betul masa nak habiskan) and half book tapi masih pace perlahan. But once dah masuk ‘konflik’ dan ‘rahsia’ disebalik keluarga Kirana… just wow!!! I must say it too many to digest. HAHAHAHAHA. Sampai part tu memang aku ambil nafas kejap, penat ya nak hadam astagaaa
Aku ingatkan Kirana je cakap sorang-sorang rupanya aku pun terikut sekali bezanya dia boleh nampak si roh Mikael hmmm aku pulak sibuk dok yapping sendiri. Storyline buku ni Menarik sebab dia buatkan aku curious untuk sambung the dot for every secret between them.
Boleh aku cakap yang Mikael ni annoying matt hahahaha… and so jealousy but he is so cute!!! Roh je pun tapi comel sangat perwatakan dia. Yang kirana pulak jenis yang baran, ha memang ngam lah diorang berkawan. Tapi actually agak sedih juga bila Mikael yang terpaksa menanggung rasa tu sendiri sedangkan Kirana hanya ingat mereka sebatas teman.
Besides, all the character dalam ni memainkan peranan yang sangat penting. Everyone connected to each other yang membuatkan semua watak dalam ni menonjol.
I really lovee this story… act walaupun slow burn but aku puji the world building yang author strukturkan, plus the illustration of Moondara itself dah beri kita gambaran how that world create.
Plus, I also love the timeline between their great grandparents. That chapter…gosh, meremang ya untuk aku, which the part yang the curse Moon Kirana dimaterai. Time travel element dia tu menarik, with penggunaan lenggok Bahasa klasik. Actually it’s a beautiful scene for me, the love-story between Moon Kirana and Mikhailson…. Were cute at first, then its so Sad! Frust and marah at the same dengan apa yang jadi errr…
The motive sumpahan and misteri keluarga diorang just chef kisss. AKU SUKAAA… how tragic their love story from the past bring to their heir. Hanya disebabkan ‘marah’ satu keturunan terpaksa menanggung. Arghh aku ni banyak kali berdebar dengan diri sendiri sebab nak hadam all the information selepas curse tu dibongkarkan.
And the plot twist? Hello…its work! Ada certain plot twist memang dapat dijangka but still the rest left me hanging.
The ending, almost get me cry eh… why… why… Nasib baik tau hahahaha. Tapi part Mikael tu tak puas hati sikit. Gone…. Lepastu???? Not so much explanation but nevermind I still love the ending thoooo. Buku ni cukup rencah, ada sedih, komedi, romance, misteri haa semualah.
Overall, the idea of this book is so interesting and refreshing. For me, konfliknya dia tak berat tapi disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi memang membawa aku untuk selak sampai habis walaupun pacing dia agak perlahan sikit. Maybe sebab ada subplot-subplot yang perlu dirungkai before sampai ke main plot so I guess memang santai jelah nak habiskan pun buku ni hahahahaha.
For the debut book, this is good tho, extra mark sebab banyak illustration yang dihasilkan oleh author tu sendiri. Tahniahhh author!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Awal-awal baca memang struggle sikit. 😭 Main plot macam berhenti sekejap sebab banyak sangat subplot masuk, jadi pacing dia rasa perlahan. Tapi lepas halfway... okay, saya dah mula faham hype dia. Misteri dia makin menarik, yay!
Favourite part saya mestilah world-building dia. Moondara memang cantik, dan elemen fantasi dia rasa fresh serta unik. Saya juga sangat appreciate illustrations dalam buku ni. Tak kedekut langsung! (+ada map, korang!!).
Ada banyak part yang buat saya gelak geli hati. Lawak dia tak rasa dipaksa dan berjaya buat saya enjoy baca.
Misteri dia pun best sampai buat saya nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Cuma... ending dengan plot twist dia agak expected. 😔 Saya dah boleh agak dari awal, jadi bila sampai penghujung tu rasa macam, "Haa kan dah agak." Tak adalah rasa terkejut sangat. Ending pula happy ending. Okay je, tapi kalau ikut citarasa saya, saya rasa sad ending lagi sesuai dan lebih memberi impak (sorry, sad girl syndrome).
Pasal watak pula... maaf Kirana, kita memang tak ngam. 😭 Saya langsung tak boleh connect dengan dia, sampai ada masa rasa menyampah juga. Juwita pula comel dan kelakar, tapi kisah cinta dia rasa macam terlalu rush.
Favourite character saya mestilah Mestika. Dia bukan wanita biasa-biasa 🤭 Kalau nak pilih watak paling handsome, mestilah Arjuna. Dan bonus point untuk adik Kirana sebab dia memang smart and attentive walaupun masih muda.
Overall, saya tetap enjoy baca Titik Koma. Walaupun ada beberapa benda yang tak menjadi untuk saya, saya rasa novel ni memang menyerlah dari segi world-building, fantasi dan misteri dia. Kalau korang suka fantasi dengan dunia yang sedikit lain daripada biasa, mungkin ini boleh masuk dalam TBR korang.
Buku ni boleh dikira second chance romance kot eh. Tapi bukan disebabkan putus cinta, bukan disebakan penyondol ke apa.
Tapi disebabkan sumpahan dari buyut Kirana, yang menyebabkan Mikael koma dan jadi 'hantu' 👻
Nak buat lagi complicated si Kirana ni tak ingat yang dia dan Mikael ada hubungan.
Tak cukup complicated lagi, Mikael yang melengkapkan sumpahan ni. Haaaa, misteriiii kan😆.
Then, muncul Juwita dan Mestika, cousin si Kirana yang boleh nampak Mikael juga.
So, ini journey mereka membongkar rahsia dan merungkai sumpahan, dengan harapan untuk menyambung hidup dan cinta yang terjeda di Titik Koma. Ha, gitchu.
Macam beratkan, tapi sebenarnya tak ye. Buku ni sangatlah light dan fun. Pacing sangat laju, dengan ada illustration comel macam baca webtoon pula. Tiap kali selak tu ternanti-nanti kalau ada muka si Mikael 😆 .
Sebenarnya kita agak geram dengan Kirana. Kerja dia asyik nak marah Mikael tu. Engko sedar sikit eh ko yang buat dia koma, banyak perangai pula.
Tapi begitulah ye, hitam putih dicipta bersama, macam tu jugalah Kirana dan Mikael. Watak Mikael sangat sabar dan memahami. Sentiasa consider keadaan Kirana walaupun dia tergantung antara hidup dan mati. Aishhhh, dahlah comel.
Tahniah penulis untuk novel debut yang sangat menarik ceritanya. Walaupun ada sedikit lompong here and there. Tapi tak pelah ehh.
Yang penting kita enjoy baca buku ni, buktinya 2 hari je habis dahhh. Nak update je malas haha.
Tapikan, buku ni dia juga menulis, dia juga yang melukis. Kemain eh semua bakat dia bolot. Cover buku siapa buat eh? Jangan cakap penulis juga ehh, kita dengki. hahah
Titik Koma by Aramoon "Cinta yang terhenti tak semestinya berakhir seperti tanda semicolon (titik koma)"
Sejuta bintang untuk buku ni kerana berjaya bawak sy keluar daripada reading slump. Buku ni fast-paced, tak sempat ni rasa boring😍
Bestla. Wow and wow Jalan cerita ni mcm connecting dot dot dot tau. Rasa vibe dejavu pun ada. Macamana kisah seabad yg lalu jadi lg dpn mata. Mcmane sumpahan cinta yang sakit itu dimatikan hanya dgn sebuah confession Eh..bestla. tak tahu nk ckp mana mana. Dengan lukisan-lukisan hati dlm tu sgt lawa ya. Melting.
Anyway sy sgt suka watak Mestika. She playing hard for everything but she has a very soft spot. Random lg. Lawa pulak tu.
Congrats penulis..fly high and teruskan menulis sbb anda ada bakat yg indah Ikhlas daripada sy The bookaddict🫶📚
Jalan cerita yang menarik sebab cerita ni giving a vibes fantasy and webtoon mcm tu. Awal2 tu mcm tak sabar bila dorang nak start kaji apa yang jadi sebenarnya, tpi tak start2. I think maybe sebab kita jenis yang suka baca novel yang fast pace dan tak sabar.
Saya mula rasa excited bila dah baca half of the novel, jalan cerita mula laju dan best. Semua rahsia terbongkar dan saya dah dapat jawapan yang saya nak. Hujung novel tu sedih sampai mengalir air mata saya. Apa apa pun cerita ni best!
sorry , skrg aya decided untuk dnf dahulu. Idea dia dah menarik cuma penulis yang sgt meleret buat aya mcm penat, penat nak teruskan pembacaan. mungkin nnti dah lama sikit aya akan sambung balik