Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dear Darling

Rate this book
Once is an accident. Twice is an addiction.

Baginya, merampas bukan satu jenayah. Dia cuma menyelamatkan seorang lelaki yang kehausan kasih dan perhatian. Dia cuma menjadi tempat berteduh untuk lelaki itu bermadu cinta dan sayang. Lagipun, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, kan?

“Darling, you agreed to this. You swore you’d be my dirty little secret. What happened to that vow?”

Dia cuma mahukan hak. Status. Pemilikan. Sebab sebuah kebenaran pasti akan terungkap. Baik cepat mahupun lambat. Jadi, tak salah jika dia sendiri yang meleraikan semua rahsia ini, kan?

Jejak demi jejak. Petunjuk demi petunjuk ditinggalkan. Si isteri perlu tahu. Sebab ... tiada asmara yang akan terkubur selamanya. Namun, satu foto telah meranapkan segalanya. Satu mesej telah menggugurkan semua fantasinya.

You thought you were the hunter. But hunters don’t leave trails. Checkmate, darling!

434 pages, Paperback

Published May 30, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Soley

4 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
31 (46%)
4 stars
20 (30%)
3 stars
11 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
4 (6%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,298 reviews241 followers
June 22, 2026
Looks like everyone loves this story and F probably in the minority here. Sadly, F didn't enjoy it as much as other readers did. F was this close to DNF-ing it.

Me, turning the pages : 😏🙄🤨

But somehow, F managed to finish it till the very end.

For me, it's quite a cliche story. Sepanjang bacaan, sebenarnya ada banyak hints tentang siapa yang menulis confession di Threads tu. Even F boleh tangkap arah jalan ceritanya. If you read carefully, the clues are there. F memang setuju yang penulis bijak bermain dengan teka-teki dan membuatkan pembaca terus meneka.

What really surprised me was how far the plot went especially bila melibatkan anak. Aiyoo... yang itu memang F langsung tak sangka. It definitely caught me off guard.

Reading this book won't give you a headache pun. The writing is easy to follow but it does keep you curious. Setiap kali selak page, mesti nak tahu apa yang akan jadi seterusnya.

And honestly, padan muka pada si parasit tu. In the end, dia tetap tak dapat apa yang dia idamkan. Sometimes F tertanya², macam mana seseorang yang dah ada seemingly perfect life masih sanggup berlaku curang. It's all because of greed and lust. Nafsu yang tak terkawal boleh buat seseorang hancurkan segala yang mereka dah ada.

Sorry for being the odd one out but F menyampah cerita revolving around homewreckers. Yes, it's clean tiada intimate scene but imagination you can go wild. This one just didn't do it for me and felt rather boring.
Profile Image for Cutie_pie28.
542 reviews12 followers
July 2, 2026
Dari awal macam da dapat agak siapa yang tak boleh pakai dalam buku nie.. ehhh jap.. semua laaaa tak boleh pakai..

I tak paham orang² yang ada perfectly marriage sanggup buat macam gini.. kenapa yee? Doesn’t matter laaa husband kee wife.. why ek?

Yang Kiefli ni pun sama.. you yang bukak ruang tu supaya orang luar senang masuk..

Yang si Nash nie tak kan tak ada closure pasal you?
Laaa penakut jugak dia bila kene ugut? Tak guna betul

Darlina nie pun i dont know laa what to say about her..
Tak ada words yang sesuai..

Juwita willing to do anything for money.. adoii.. sampai sanggup ke arah itu di sebab kan duit..

Amani nie yang paling tak guna.. kau sedap cakap ‘i dont sleep with manwhore’ yet you already did.. 🙄

Tak berapa suka cerita macam gini.. tak tau kenapa hype sangat.. mungkin saya tak berapa minat buku pasal homewrecker..

All i can say is menjijik kan..
Profile Image for Aira Zira.
211 reviews4 followers
June 19, 2026
Rate : 4.5⭐️

Cerita panas, cerita viral.
Kisah si penyondol yang disebut sebut. Ramai sakit kepala, pecah kepala dengan teka teki yang berlegar dalam buku. Pelbagai spekulasi hadir. Mulalah pembaca jadi pro netizen. Andaian diletakkan pada semua watak. Ini mesti jahat, itu mesti curang, sana tu skandal, sinun tu acah baik. Tapi, siapa yang betul?

Sediakan panadol bagi mereka yang mudah sakit kepala. Buku ni meyajikan menu hot and spicy. Sesuai buat mereka yang sukakan darah tinggi mencanak canak. Awal bacaan dah jeng otak fikir.

Dalam pov penyondol tu, dia siap tepek threads masam tentang si kaki sondol. Beria bagitau dunia yang suami kau, aku punya. Konon perlahan-lahan nak bagi si isteri tahu. Biar isteri tu sedar jangan nak terpaling bahagia sangat. So, game pun bermula. Siapalah tulis threads yang memalukan tu?

Semakin selak, semakin muncul watak yang mencurigakan. Masing-masing ada motif. Setiap klu seakan mengena tapi masih tak jumpa titik pertemuannya. Sampai pada konfliknya, kita rasa macam ada tak kena. Nahhh.. bermuka-muka! Pandai gila penulis susun caturannya.

Saya boleh agak kalau yang semut tu kerumun pada sepotong kek. Tapi, samar-samar nak tuduh pada siapa. Penulis did a very good job! Kalau dapat panjangkan atau awalkan sikit ending tu mesti lagi sakit otak. Apa pun chef kiss! Enjoy gila!
Profile Image for Kirahbacabukuni.
106 reviews12 followers
June 2, 2026
Kata orang, cinta itu suci. Jadi tak salah bukan memperjuangkan cinta yang suci ini? Darling, mari kita bermain hide and seek. Sama ada you tangkap I dulu, atau I rampas laki you. Oops, just kidding!

Rasanya, mungkin ini novel pertama di Malaysia yang buat cerita daripada point of view seorang penyondol dari neraka.

Ceritanya mengenai Darlina, isteri alias seorang pempengaruh media sosial yang terbuka share tip rumah tangga dan vlog berkaitan dengan keluarga bahagia dia. Yalah, ada suami baik dan dua orang anak yang comel-comel.

Semua envy dengan kebahagiaan yang dia tunjukkan di sebalik lensa kamera.

Tapi ... Entah macam mana dan dari mana mulanya, Darlina sendiri tak pasti. Yang pastinya, Darlina mula sedar dan notice kelainan yang suami dia, Kefli tunjukkan hari demi hari.

Balik lewat.
Beralasan.
Asyik outstation.
Malam-malam buka fon tersengih macam kerang busuk.
Sorokkan baju yang ada ... dalam beg?

Darlina mula menghidu bau-bau kecurangan daripada sang suami. Mana dia nak letak muka yang selama ni sibuk canang cara jaga suami, tapi kalau benar suami dia kini curang ...

Malu! Sedih. Kecewa.

Rasa ... Dikhianati.

Dan penyondol ni sentiasa update akaun Threads dia untuk bidas semula segala kebahagiaan yang Darlina miliki.

Kata sang penyondol ...

Dear darling, your husband is cheating on you.

With me.

Dan ada klu daripada nama akaun Threads penyondol tu yang kalau korang rungkaikan, korang akan danggggg. Seriously???? What the heckkk. Dah ada hint!!

Tekalah klu tu lepas habis baca nanti 🤏🏻

Rekomen untuk korang yang sukakan cerita gila yang fresh dan buat saspens.
57 reviews2 followers
June 6, 2026
4.5 ⭐

Sebenarnya buku ni tak masuk dalam wishlist pbakl pun sebab saya akan elakkan dari beli buku curang ke kahwin dua ke sebab takut emosi melampau. Tapi disebabkan terhasut dengan review, tiba-tiba terbeli hariniiii. Serius tak mengecewakan. Not the typical cerita curang-curang yang ada kat novel or drama.

Permulaan kisah yang dah boleh buatkan rasa syak dekat semua orang. Siapa penyondol yang sebenar ni? Dan kalau perasan, sepanjang pembacaan akan jumpa hint-hint yang tersembunyi. Bila ada sampai dekat comment thread tu, itu memang hint yang obvious. Buatkan saya terfikir, macam manalah penulis boleh ada idea nak buat macam ni??

Ada pasangan yang boleh dikatakan perfect 10 but kau pilih untuk curang. Memang tak reti bersyukur. And padanlah muka eh dekat si dia tu. You're not that special untuk your cheating partner tu lol.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ain Camina.
29 reviews
June 22, 2026
Kalau diikutkan pembacaan, kita dah boleh agak sapa yang penyondol dan disondol. Tapi gaya penulisan penulis buat kita keep nak tau apa akan jadi next. Pandai penulis naikkan kemarahan dengan darah tinggi pembaca dengan keluarkan statement panas dari penulis. Yang pasti, lepas baca cerita ni rasa nak tibai semua sekali.
Profile Image for Shahin&Buku.
32 reviews1 follower
July 5, 2026
Bacaan matang kerana ada scene kecurangan, hubungan sulit dan percintaan tak bermoral.

Pembacaan yang santai, dapat diteruskan pembacaan hingga ke akhirnya. Ada plot twist pada bahagian hampir-hampir hujung bacaan.

Tapi, apa sebenarnya yang penulis nak sampaikan daripada kisah ini? Pada pandangan saya, mungkin pengajarannya ialah, "Janganlah kita selurus pembaris mempercayai setiap apa yang ditulis di media sosial kerana mungkin mangsa boleh jadi pemangsa dan juga sebaliknya."
Profile Image for caa.
63 reviews
August 12, 2026
⚠️: bacaan matang

tamat sahaja bacaan, saya terus tarik nafas panjang. sepanjang membaca, emosi saya memang turun naik macam roller coaster. dari halaman pertama lagi, cerita ni dah berjaya tarik perhatian saya dan buat saya nak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. jiwa dan jantung ku berkobar-kobar tahu dak? 😭 dan walaupun momentum cerita ada turun naik, saya tetap enjoy pembacaan ni sampai ke penghujung.

cumanya, bila masuk bahagian pertengahan, pace dia mula terasa sedikit draggy bagi saya. saya dah mula tertanya-tanya, bila lah seseorang nak drop the freaking bomb ni? the clock is ticking, puzzle pun dah hampir lengkap dan kepingan-kepingan cerita macam dah nak tercantum... BUT IT TOOK LONG ENOUGH UNTUK SAMPAI KE SITU. ada masa saya rasa macam dah tak sabar nak tahu kebenaran sebenar. tapi walaupun begitu, ia tak sampai mengganggu pengalaman pembacaan saya kerana saya masih seronok mengikuti ceritanya.

dan seperti yang saya jangka, ramai pembaca mungkin akan melongo dengan plot twist buku ni. tapi personally, plot twist tu bukanlah sesuatu yang terlalu luar biasa. apa yang membuatkan saya kagum sebenarnya ialah cara penulis mengolah dan menyampaikan twist tersebut.

penulis memang pandai bermain dengan persepsi pembaca. saya sendiri berapa kali dah buat teori kacip sepanjang membaca ☺️ setiap kali saya rasa macam, ha! mesti orang ni! mesti ada sahaja sesuatu yang penulis selitkan untuk buat saya mula meragui teori sendiri. akhirnya saya sedar yang sebenarnya jawapan tu mungkin dah ada depan mata kita sejak awal lagi—cuma saya yang terlalu sibuk membaca mengikut emosi.

sebab itulah saya rasa buku ni perlukan pembacaan yang agak teliti. kalau baca sambil melibatkan emosi sangat, memang boleh jadi kita buat teori yang langsung tak masuk akal 💀 dan kelakarnya, teori yang paling tak masuk akal tu lah kadang-kadang yang patut kita pertimbangkan.

dari segi penulisan pula, saya suka cara penulis menulis. setakat yang saya tahu, ini merupakan karya pertama beliau, dan bagi saya, ini satu permulaan yang sangat baik. gaya penulisannya direct, mudah difahami dan tak terlalu berbelit. cuma ada beberapa bahagian yang sedikit mengelirukan bagi saya, terutamanya apabila berlaku peralihan atau pertukaran POV yang agak samar sehingga fokus saya tersasar sekejap.

tapi keseluruhannya, saya tetap enjoy cara cerita ni disampaikan. cuma sakit jugak lah wei kepala ni sebab kita kena fikir satu-satu, kutip cebisan maklumat, susun balik kepingan cerita dan tunggu semuanya akhirnya bercantum sebelum kebenaran sebenar muncul 😩

saya juga faham kenapa naskhah ni mungkin tak menjadi untuk sesetengah pembaca. cerita ni banyak menyentuh perkara yang agak luar tabii dan berkisar tentang kecurangan, pengkhianatan serta hubungan yang melibatkan orang ketiga. kalau tengok pada premis besarnya, memang ada rasa macam sedang tengok drama pukul 7 dekat TV—curang, kantoi, makan luar, homewrecker... benda-benda yang terasa familiar.

tapi pada masa yang sama, saya sebenarnya suka bagaimana tema yang agak cliché ni terasa dekat dengan realiti. mungkin sebab perkara-perkara yang dibawa bukan sesuatu yang terlalu asing dalam kehidupan, jadi lebih mudah untuk saya selami emosi dan konflik yang berlaku dalam cerita ni.

cuma, saya rasa naskhah ni akan jadi lebih bermakna sekiranya ada sedikit ruang untuk penulis mengetengahkan pengajaran atau refleksi daripada segala perkara yang berlaku. sebab kalau difikirkan semula, banyak perkara dalam cerita ni sebenarnya boleh dijadikan peringatan tentang batas dalam hubungan, pilihan yang dibuat mengikut nafsu dan akibat daripada membuka ruang kepada orang ketiga.

bercakap tentang watak pula... saya tak ada satu pun yang saya kenan 🤣 tapi bagi saya, itu sebenarnya antara pujian yang boleh saya berikan kepada cara penulis menggarap karakter mereka.

saya menyampah bukan kerana karakter-karakter ni ditulis dengan teruk, tetapi kerana keputusan dan tindak-tanduk mereka memang berjaya buat saya nak mengucap panjang sepanjang bacaan 😭 masing-masing ada khilaf dan alasan sendiri, tetapi masalahnya... none of these people were thinking straight. semua macam bertuhankan nafsu serakah yang durjana tu wallahi ☺️🙏🏻

malah, semakin mereka membuat keputusan yang bodoh, semakin saya rasa nak marah dekat buku ni. dan bagi saya, apabila watak mampu buat pembaca rasa geram sampai macam ni, itu menunjukkan mereka memang berjaya meninggalkan kesan.

dan satu benda yang saya belajar daripada buku ni; you should never EVER trust anyone. walaupun gut feeling awak kata seseorang tu nampak innocent—NOPE. JANGAN PERCAYA SIAPA-SIAPA.

misalnya Kefli, Darlina, Nash, Anggun dan Amani. saya rasa banyak perkara yang berlaku sebenarnya boleh dielakkan sekiranya masing-masing lebih memahami batas dalam hubungan dan tidak membuka ruang kepada orang ketiga untuk masuk campur. bila tengok bagaimana segala-galanya berkembang, memang boleh rasa geram sebab banyak keputusan yang dibuat hanya membawa kepada masalah yang lebih besar.

Nash, Amani dan Razwill pula... y'all are truly a bunch of losers. mereka ni bukan kawan yang baik. semua amaran, rancangan dan tindakan yang dibuat macam berhenti separuh jalan. saya sebagai pembaca pun boleh nampak benda tu akan jadi lebih buruk, tapi korang? 😭

namun begitu, satu perkara yang saya rasa agak kurang ialah saya sebenarnya mengharapkan ada babak payoff daripada sisi mangsa yang menjadi mangsa kepada segala kekacauan ni. saya nak tengok kepuasan dan pembalasan terhadap semua antagonist dalam cerita ni. dan walaupun pengakhirannya bukan tergantung dan kebenaran akhirnya terbongkar, saya masih rasa macam ada satu perasaan tak puas selepas menutup buku ni. atau mungkin kerana saya mengharapkan kemuncaknya memberikan impak yang lebih kuat. 

sepanjang cerita, penulis dah berjaya membina ketegangan, membuat saya berteori dan bermain dengan persepsi saya. jadi apabila sampai ke kemuncak, saya mengharapkan satu final blow yang betul-betul buat saya terduduk. malangnya, bagi saya, klimaksnya masih belum mencapai tahap yang saya harapkan.

walaupun begitu, saya tetap menghargai usaha penulis dalam menghasilkan naskhah ni. Dear Darling mungkin mempunyai premis yang terasa familiar, tetapi cara penulis bermain dengan persepsi pembaca dan menyusun kepingan misterinya membuatkan saya terus membaca untuk mencari jawapan.

secara keseluruhan, sebagai karya pertama, saya rasa ini merupakan satu percubaan yang baik. ada beberapa perkara yang saya harap dapat digarap dengan lebih kemas pada karya-karya akan datang, tetapi potensi itu memang saya nampak dalam naskhah ni.

akhir kata, bak kata pepatah, ambil yang jernih, buang yang keruh. apa yang berlaku dalam cerita ni memang menarik untuk dibaca, tetapi tentunya bukan sesuatu yang patut dijadikan contoh.
Profile Image for Ain Hamdan.
11 reviews1 follower
June 23, 2026
Solid 5 ⭐

Suka dengan gaya penulisan yang direct tapi tersirat. Suka dengan plot yang banyak teka-teki. Suka dengan karakter yang hidup dan bawa emosi yang berbeza. Suka dengan mesej yang disampaikan.
Profile Image for Qayiem Razali.
929 reviews89 followers
June 24, 2026
[31|2026]

Dear Darling || Soley

GILA - Cukuplah itu yang dapat saya simpulkan usai menamatkan pembacaan. Saya fikir ceritanya lurus sahaja. Semacam kita sudah tahu siapa penyondol yang sebenarnya. Namun, melepasi babak-babak akhir, ternyata penulis saja ingin membuatkan pembaca sakit kepala. Satu demi satu twist ditambah bagi memastikan ramalan pembaca adalah tidak benar. Dan itu, membuatkan novel Dear Darling ini selayaknya mendapat 5 bintang.

Hidup ini tidak selalunya indah. Fikir Darlina, rumah tangganya terlihat bahagia. Namun, di sebaliknya ada kisah jijik yang tidak dipertontonkan. Kecurangan. Dendam. Air mata. Segalanya bergabung menjadi satu sehingga pada akhirnya Darlina tewas dengan hidupnya sendiri. Siapa sangka suami yang dia cintai rupanya curang dengan perempuan lain? Dapatkah Darlina mempertahankan rumah tangganya? Siapakah penyondol yang sebenarnya? Dia... Atau Dia...

Keseluruhannya, novel Dear Darling ini memberi satu kepuasan kepada saya sebagai pembaca. Ternyata penulis bijak menjadikan emosi pembaca naik turun. Tidak hairanlah buku ini diperkatakan di media sosial, terutamanya Threads. Tahniah buat Soley untuk karya ini!
Profile Image for Azizah.
419 reviews6 followers
August 2, 2026
Dear Darling
Soley
Prolog Media
M/S 434
24/7/2026 (2330H) slump reading 27/7 (Page 156) Finished 31/7/2026 (0725H)

Akhirnya terselamat dari DNF.

Agak struggle ye untuk KakChik nak habiskan naskhah ini. Dan selepas noktah di halaman terakhir pun KakChik terpaksa ambil masa untuk menulis resensi. Terpaksa bertenang untuk kosongkan minda sekejap dari isu sondol, penyondol, menyondol, mangsa, pemangsa semua ni 😭.

Apa yang menjadi titik KakChik rasa agak sukar untuk berkompromi dengan karya ini adalah isu yang diketengahkan. Isu yang berat tetapi telah menjadi tabu dari zaman berzaman. Cuma apabila ia digarap dan diserapkan secara dengan socmed terkini, kita jadi teruja untuk menjadi salah sorang pembacanya.

Ye, penulis mahir memanipulasi situasi dan kejadian sehingga membuat pembaca keliru dan adrenaline meningkat untuk tahu siapa dalang di sebalik konflik Kefli-Darlina. Tapi kalau pembaca selidik sedikit dan memberi tumpuan pada beberapa situasi, pasti sudah dapat mencari dalangnya.

Kenapa sampai KakChik nak DNF ketika muka surat 88 tu? Arggggg, sebab isu ini adalah isu yang akan menyebabkan otak KakChik dragging lama tau. Itu yang kadang kala terpaksa take a break sekejap. Ye, memang realiti ada sahaja perkara ini terjadi di sekeliling kita. Tapi apabila membaca secara dekat dan terperinci buat KakChik tak boleh terima.

Tiada kompromi bagi KakChik, lebih-lebih lagi anak menjadi mangsa. Kasihan Karina yang cerdik 😭. Nak buat jahat, tolonglah jangan buat di depan anak-anak! Titik!

Dan kunci utama dalam karya ini adalah, tidak bersyukur. Akhirnya semua yang dikejar langsung tidak tergapai dan boleh pulak pasangan curang kau tu hilang lesap tanpa kesan. Penutupnya, KakChik kata padan muka 😆.

Tapiiiii, KakChik suka gaya penulisan dan bahasa garapan penulis. Walaupun karya pertama, tapi bahasa agak matang dan KakChik selesa membacanya.

kcbaca_2026: 38/30
28 reviews1 follower
July 23, 2026
kalau rasa cerita sondol menyondol macam drama pukul 7 tu cringe, cerita ni pun lebih kurang

tak tahu kenapa tapi kalini saya beli naskhah ni sebab ingat walaupun base dia pasal curang,it will executed well, menarik dan TAK SAMA macam drama kat tv

tapi dalam by page 100 dah mula bosan, lepastu skim je baca dan semua tekaan tepat

CONS
- basically sebijik macam drama pukul 7. takde ubah sikit pun. maybe dia nak ubah tu macam sangkakan MC ni baik rupanya dia pun 2x5 menyondol juga

- the puzzle to reveal adakah betul kefli curang dan bila darlina dapat tahu take too long

- punca kenapa curang untuk masing2 pun biasa je. klise

- bila halfway reading dah macam ni " :/ " so bila tahu 'plot twist' kat last chapter dah takde rasa apa. sebijik macam drama TV

- idk but i feel bila mana MC pun curang was revealed takde rasa terkejut sangat. it felt so sudden. mungkin sebab awal2 dah di-tease dengan kefli je memanjang

- rasa nak DNF tapi kuatkan diri untuk bagi peluang sebab tak kan kot buku ni klise. sekali betul nokk. banyak kali terpaksa tutup buku, and i was like ?????? sebelum sambung balik pembacaan (skim skim je)

PROS
- imo, buku ni tergolong dalam typical malay book yang suka selit dialog english yang panjang gilaa tapi somehow tak rasa too much. dapat la feel yang masing2 ni orang yang sedikit berada

- adding family scene rasa hidup bila baca. tapi awal2 je la. lama2 rasa macam - bila nampak je scene anak2 MC terus skip ke mukasurat seterusnya
Profile Image for Akira.
4 reviews
June 14, 2026
Ini kisah tentang penyondol dan kecurangan.

Siapa yang disondol dan siapa yang menyondol?

Siapa yang curang dan dicurangi?

Premis nampak ringkas dan straightforward, mesti cerita simple je kan?

TIDAK.

Cerita ni bukan genre yang selalu saya pilih untuk dibaca, senang kata saya tak suka cerita pasal cheating ni. Tapi saya jadi curious, sebab orang² cakap best.

Apa lagi nak expect dalam cerita tentang penyondol dan orang yang curang kan? Mesti ada yang terluka, ada yang cuba membuat helah agar rahsia tak terbongkar, ada yang cuba memberitahu siapa yang dicurangi tu supaya jangan terlalu mempercayai pasangan sendiri, ada yang seperti langsung tiada kaitan dengan jalan cerita...

Saya rasa kalau saya baca lama² saya pun boleh jadi gila. Karakter kena gaslight? Oh tidak. Pembaca yang kena gaslight.

Masa saya baca, banyak kali tertanya-tanya, siapakah gerangan kamu? Betulkah tekaan saya tentang siapa yang sebenarnya curang? Betulkah si dia itu curang, tapi nampak begitu setia? Sampai satu tahap, saya tak percaya mana² karakter pun.

Sepertinya semua orang ada benda yang disembunyikan.

Sepertinya semua orang tidak mahu rahsia mereka terbongkar.

Cheating is a choice. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi; pasti ada dua pihak yang terlibat.

Jadi, betulkah cerita ni tentang penyondol dan kecurangan? Atau lebih daripada itu?

Your husband is cheating on you, with me.

Siapa husband yang curang tu? Siapa pulak "me" aka penyondol tu?

5⭐️
Saya habiskan dalam masa kurang daripada satu hari. Penulisan dan rangka cerita yang sangat menarik!

Plot twist, permainan emosi, semua ada! Sampai satu tahap rasa nak baling buku (tapi taklah ya, saya masih hargai karya² ni). Sampai ke mukasurat terakhir pun saya masih terbayang² jalan cerita dan konklusinya!
Profile Image for Lyana.
19 reviews
June 6, 2026
Bagaimana harus ku mula ya,

Kisah curang? Kisah penyondol? Cerita yang menguji emosi dan bermain dengan teka-teki. Benarkah si suami berlaku curang? atau naluri si isteri yang sentiasa curiga dengan suaminya? Banyak petanda dan tingkah laku suami yang mencurigakan ditambah dengan orang-orang sekeliling yang cemburu dengan kebahagiaan mereka. Tapi adakah benar-benar si suami berlaku curang? Atau orang sekeliling yang cuba untuk meruntuhkan rumah tangga mereka?

Kalau ingin kan kelainan cerita dan ‘feeling roller coaster’ , boleh cuba baca. Tetapi awas, dah tertera ‘bacaan matang’ di cover buku. Penulisan yang berani saya kira!
Profile Image for Izzati.
628 reviews7 followers
July 17, 2026
3.5 bintang

Jangan dikelirukan dengan buku yang berjudul sama oleh Ella King yang ditulis dalam Bahasa Inggeris (BI), buku ini adalah mengenai drama rumahtangga di mana adanya penyondol yang ingin memusnahkan sesebuah keluarga muda. Bagi mereka yang kerap melayan gosip di Threads, mungkin novel ini menarik buat tatapan.

Buku ini saya dapat secara percuma dengan syarat saya menulis reviu jujur selepas membacanya. Walaupun saya sendiri yang memilih novel ini, sebenarnya buku dalam genre ini bukanlah genre yang saya biasanya pilih untuk baca. Tapi saya memilihnya kerana ingin tahu dan sebab saya sentiasa mendengar orang kata yang banyak buku prologmedia yang ada plot twists menarik. Lagipun, saya mengharapkan yang buku ini mungkin ada unsur-unsur menarik seperti buku-buku penulisan Liane Moriarty.

Kali ini, biarlah saya menghuraikan bahagian novel ini yang saya kurang suka sebelum saya mendalami bahagian yang saya suka.

Novel ini ditulis dalam format santai di mana banyak bahasa campur atau BI digunakan dalam bicara antara karekter. Tiada masalah bagi saya sekiranya BI-nya adalah tepat atau natural. Sungguhpun BI dalam novel ini agak bagus berbanding beberapa novel Melayu yang pernah saya baca sebelum ini, buku ini tetap ada banyak kesalahan dari segi bahasa. Kadang-kadang, ada beberapa ayat yang terasa tidak natural bagi orang yang sudah biasa menggunakan BI.

Selain itu, ada juga terma yang salah ditafsir di dalam buku ini. Sebagai contoh istilah "manchild" yang dikatakan sebagai satu perkataan yang dilontarkan kepada lelaki yang hanya ingin meluahkan perasaan mereka. "Manchild" bukannya bermaksud lelaki yang sekadar mahu meluahkan perasaan, namun sebenarnya bermaksud lelaki yang tidak tahu mengawal emosi sehinggakan memudaratkan diri dan orang lain.

Satu lagi bab yang saya kurang gemar dari buku ini adalah perkara yang sama yang asyik diulang-ulang, terutamanya Threads posts oleh si penyondol yang bagi saya, banyak tidak membawa plot ke mana-mana. Bahagian Threads posts juga agak tidak begitu masuk akal dengan setiap satu post itu dapat 35k likes atau 17k likes.

Sebagai seorang yang sangatlah anti-pick-mes, adalah agak sukar untuk saya baca buku ini. Tambahan pula, hampir semua orang dalam novel ini ada red flags ataupun terlalu bodoh, sehinggakan tiada seorang pun yang saya sokong.

Namun begitu, bagi saya, penulis buku ini, Soley, adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang penulisan. Ayatnya dalam Bahasa Melayu ada yang indah dan puas dibaca. Selain itu, cara susunan cerita dan klu yang ditabur sebelum pendedahan atau reveal di pengakhiran cerita pun bagus, kerana tidak begitu ketara.

Saya juga sangat suka jenis jenaka (sense of humour) penulis ini seperti apabila dia memasukkan orang-orang yang agak terkenal di Threads di dalam novel ini sebagai orang yang membalas di bahagian komentar. Pembaca yang sudah biasa melayan Threads akan kenal siapa yang dimaksudkan dengan "mstaar" dan "uzmaa". Bukan itu sahaja, penulis memasukkan dirinya di bahagian komentar juga!

Tetap yang paling saya suka adalah pengakhiran cerita yang menarik. Apa yang saya memang harapkan, saya dapat. Walaupun terpaksa mengharungi bahagian yang saya kurang minat, saya puas hati dengan pengakhiran cerita ini.

Adakah saya akan mengesyorkan buku ini? Ya, kepada mereka yang meminati novel dalam genre ini. Cuma nasihat saya adalah untuk lebih peka dan berhati-hati dengan penggunaan istilah yang salah dan BI yang tidak begitu tepat.
Profile Image for readwithariey.
33 reviews1 follower
June 22, 2026
Tatau nk ckp! Cite best! Penulisan hook. Plot twist dia melantun2 wey! Mmg false clue terus dia bg aku. Walaupun cite dia bikin aku maghoh tp aku suke idea author ni. Tahniah kerana berjaya buatkan aku nk autobuy karya beliau in future!
3 reviews1 follower
June 15, 2026
Best!!! Keep writing author. Tunggu next karya.
Profile Image for lilysspace_.
16 reviews
July 23, 2026
My first impression bila baca buku ni mula-mula is I rasa I bersalah..I rasa why I need to read cerita penyondol punya side..rasa macam seolah-olah I support dia gitu.. Baca thread2 yang ada dalam buku ni lagilah..Ya Allah..amende aku baca ni..astagfirullah..memang amik masa untuk I ubah fikiran sendiri..I cakap kat diri sendiri, ingatt nyah “I want to read this book, I want to know what’s the story behind this.”

And guess what? the more I read, more curious I got..and paling tak sangka orang yang I teka yang curang sebenarnya..betul..wuish..rasa bijak kit..hehehehe..seronok actually yang you boleh figure out and connect all the dots sepanjang membaca.

Yang penting apa yang I boleh cakap this story memang kisah cinta terlaranglah..what do you mean you play the reverse card untuk tutup apa yang you buat..semua buat2 nampak baik.. So at the first place, don’t ever trust anyone when you start reading this book..and memang bacaan matang for me

I still cam amende ni..ya Allah..kau curang???kau curang??kau kenapaaa nyahhh..meh by one sekarang dengan I asal kau curang..kau giler..cerita ni giler..ARGHH..inilah padahnya bila kita buat sesuatu ikut nafsu dan tak fikir sebaik-baiknya apa yang akan jadi lepas ni..no matter kejahatan yang kau cuba sorokkan tu, akhirnya akan terbongkar jugak.. Lagipun memang obvious ye dok semua nak reveal diri masing2..apa2 pun kau memang giler sumpahh..ish..what the heck..ARGHHH..maaf cakap..kecurangan apa yang I tengah baca ni..ARGHHHH..HAHAHAHA..betul2 meluah perasaan ni


Okei kisahnya bermula begini…..
Ada pasangan suami isteri, Darlina dengan Kefli.. diorang dah bertahun kahwin and ada dua orang anak, Kael dgn Karina

Pastu nak dijadikan ceritanya, Darlina ni ada kawan, Amani and Izreen. Like lepas diorang jumpa je mesti ada thread keluar pasal topik yg diorang borak tu. Kat sini i dah mula suslah..sapa lak an

Pastu Kefli ni pun bila baca, memang nampak yang dia dah start berubah. I pun start sus sekali senanya.

Kefli ni pulak ada adik nama Anggun. Anggun ni dah kahwin dengan Nash. Diorang memang rapatlah. Bila Darlina dgn Kefli takde kat rumah, diorang yg jaga anak2 Kefli ni. Rumah pulak memang sebelah2.

Thread yg keluar tu pun banyak pasal side penyondol tu. Like thread tu cakap, tak salah menyondol. Bukan salah I kalau I menyondol suami you. Siap bagitau dengan bangga Dear darling, your husband is cheating on you with me. Play victim card.

Like laki ni, macam semua perempuan nak kat dia..I pun tak faham lah..apa istimewanya nyah laki ni..ARGHH..seghabut gilerrr…and rupanya diorang curang tu dah lama..bukan baru2.. ‘Dear Darling’ laki tu bukannya sorang tapi ramai. Mesti darling yg sorang tu tak perasan yang sebenarnya dia pun kena curang dengan lelaki pencurang.

And sampai ending..I rasa cam tak puas..I nak tahu what happen kepada pencurang tu..and orang2 yang act innocent untuk tutup salah sendiri..geram ahh dengan ending…ARGHHH



This entire review has been hidden because of spoilers.
10 reviews
August 6, 2026
Dear Author, you've officially made it onto my auto-buy author list‼️
Cerita ni mmg wajib korang beli sekarang...cerita bukan dari mangsa curang tapi POV dari side Penyondol‼️ i tak boleh move on lagi dari baca buku ni.. Sakit hati semua ada.. Plot twist yang mmg buat u all hilang otak... Dah mcm detective bila baca buku ni.. Gigih mencari sapa penyondol tu semua.. Dari awal smpai akhir xbosan baca ni..penceritaan yang cukup semua rasa..Sebelum baca, tolong sediakan air sejuk byk2 kasi u ketenangan semasa membaca.. Jgn baca time darah tinggi u naik.. Sebab boleh buat u pengsan dalam kegeraman...
Noted : jgn baca buku ni malam.. Nanti buat u xboleh tido sbb u will complete the puzzle🤣
Anyway congrate author... Dpt siapkan buku yang WOW begini... Sending ❤️❤️❤️
Profile Image for Juliya.
4 reviews
July 3, 2026
DNF. Cukup setakat beberapa bab.
Tak mampu meneruskan bacaan ini.
banyak watak dan babak yang membuatkan saya menggeleng
(perempuan-perempuan murahan yang bangga dengan perangai murahan)

Saya tak ada masalah dengan isu curang, tapi entahlah penyampaian
penulis dalam karya ni tidak kena dengan selera saya. Lebih mengejutkan, karya begini diterbitkan oleh Prolog. Mungkin ada pembaca yang menikmatinya, tak apalah..

saya bukan salah seorang daripadanya.
Profile Image for Alyaa Najihah.
23 reviews
July 14, 2026
Wehhhhhh mengucap baca ni ye Ya Allahhhhh geram sangat.Berpusing-pusing otak ni fikir siapa la yang jadi pemangsa.Rupa-rupanyaaaaaaaa arghhhhhhh macam tu je penulis twist.Kesian sangat dekat mangsa-mangsa yang tak bersalah.Dah banyak kali kutuk,rupanya tersalah kutuk.Tahniah penulis sebab dapat hasilkan karya macam ni👏🏻
Profile Image for Chicken.
48 reviews2 followers
July 26, 2026
Curious nk tahu jalan cerita dia mcm mana sbb fomo, viral kt threads apa semua. For me...
Plot: 3⭐
Penulisan: 4 ⭐

Overall... this story kinda mid for me. Pasal siapa curang, dicurang, mencurang bagai. Xperlu panadol apa semua nk baca buku ni. Hampir 2 nk DNF tapi nasib baiklah mampu habiskan. 😅 *Tbh semua watak dlm cerita ni rasa nk bg penampar & terajang skali. Tu je nk ckp.

45 reviews1 follower
June 28, 2026
seperti yg digembar gemburkan cerita ni bawa naratif POV seorang penyondol.
tapi bagi aku, ini POV seorang pencurang yg akhirnya terkandas dengan ketamakan sendiri.
hidup berlandaskan nafsu. org yg x bersalah menjadi mangsa. yg tamak cuba menguasai tapi akhirnya sendiri rugi.
Profile Image for Melsriana.
139 reviews1 follower
July 30, 2026
Rupanya semua pun gila 😂😭😭😭 kinda enjoyed reading this book, the plot twist was insane. Berbelit belit tapi penulis ni pandai buatkan orang tertanya tanya apa jadi seterusnya
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 25 of 25 reviews