Jump to ratings and reviews
Rate this book

Empayar #4

Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga

Rate this book
"Rentaka ada di Sundagema. Tiba masanya, engkau harus tuntut Rentaka, senjata pusaka keturunan engkau....”

Setelah merdeka daripada dijajah, Wilayah Kepayangan makmur di bawah kepimpinan Sastra. Sehingga kini, tiada seorang pun tahu hakikat sebenar dirinya yang merupakan putera yang melarikan diri dari istana.

Negerinya aman damai, tetapi jiwa Sastra kacau
- bilau. Dia semakin kerap dibayangi mimpi aneh. Ada suara yang menggesanya mencari Rentaka — senjata rahsia untuk menguasai dunia.

Dek bimbang ia terjatuh ke tangan yang salah, Sastra memulakan penjelajahan. Malangnya, tiada siapa yang tahu tentang Rentaka mahupun Sundagema. Sehinggalah muncul seorang nenek bongkok yang menempelak Sastra dengan amaran keras.

“Ini bukan tempat bagi kau! Barang siapa yang bukan berdarah Sundagema, maka muntahlah darah, putuslah nyawa!”

Sastra muncul di tempat aneh. Kesaktiannya menjadi pudar. Kini, dia harus berdepan dengan makhluk-makhluk yang belum pernah dilihat selama ini. Dalam masa yang sama, perang mula meletus dan nyawa rakyat diancam bahaya dari luar.

Berjayakah Sastra mendapatkan Rentaka, atau nasib rakyat akan jadi galang gantinya jika senjata keramat itu berjaya dimiliki musuh?

754 pages, Paperback

First published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Teme Abdullah

18 books3,406 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
83 (75%)
4 stars
21 (19%)
3 stars
5 (4%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for jemsblonde.
77 reviews8 followers
May 20, 2026
4.5/5

tak puasss sebab my expectation is sambungan watak watak dari empayar 3 jugak sebenarnya😔 tapiii plot empayar 4 ni pun menarik jugak sebab dia memang pasal journey sastra merantau ke sundagema nak cari rentaka sebab ending empayar 3 pun pasal misteri getaran pada keris sastra tu sendiri

hopefully next year teme terbitkan empayar 5 pulak sebab banyak benda lagi yang masih tergantung dan tak selesai
Profile Image for Qayiem Razali.
929 reviews89 followers
June 3, 2026
[14|2026]

Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga || Teme Abdullah

Syukur habis membaca "kamus" ini. Tebal ye 700+ halaman. Bagi saya adalah disebabkan pemilihan saiz tulisan dan jarak menyebabkan buku ini tebal kemain. Namun, itu sangat bagus bagi memudahkan pembacaan, tidaklah sampai perlu mengecilkan mata andai kata tulisannya rapat rapat dan sekecil semut.

Berbalik kepada buku Empayar 4, tahniah buat Teme Abdullah atas penghasilan karya ini. Bermula daripada halaman pertama sehingga ke noktah terakhir, ceritanya tidak bersimpang-siur dan lancar sahaja, mudah difahami terutama apabila melibatkan buku bersiri seperti ini. Bagi mereka yang menggemarkan elemen fantasi, naskah ini perlu anda miliki. Naga, seladang gergasi, makhluk aneh yang lain membuatkan cerita ini tidak bosan untuk dibaca. Secara keseluruhannya, buku Empayar 4 ini saya kira kesinambungan yang berjaya daripada Teme, baik daripada susunan ayat, alur cerita mahupun lukisan yang terselit dalam buku ini.

Cumanya, saya tolak satu bintang dek kerana kesalahan ejaan dan kesilapan pemilihan koma atau noktah pada susunan ayat. Diharapkan dapat diperbaiki untuk cetakan seterusnya.

Tahniah Teme Abdullah dan Iman!
Profile Image for Shafiqahsamin.
238 reviews4 followers
June 13, 2026
Hampir 4 tahun penantian. Akhirnyaaaaaa 🤧🤧.

Ingatkan bersambung dari Empayar 3. Takde. Ini skip terus. Timeline lompat ke depan depan lagi. Buku ni macam stand alone. Tapi kalau ingat balik, memang semua buku open ending. Jadi aku dah terima dah memang hikayat empayar ni macam ni. Macam tu lah realiti. Mana ada penghujung. Hidup penuh dengan masalah yang never ending. Walaupun kita mati, dunia tetap berjalan. Masalah yang kita tinggalkan takkan diselesaikan secara automatik. Walaupun kita dah dimamah bumi. Orang lain pulak yang kena selesaikan.

Empayar masih lagi salah satu koleksi yang aku paling suka, jadi dengan soft spot itu, haruslah sentiasa 5 bintang.

Cuma susah betul kan orang lama ni. Aku tak paham kenapa dorang kena berteka teki. Member tu tak tau pun korang manusia 😂😂. Lepas tu merentan kata dia tak dengar cakap, degil, baran. Wehhhh. Dia ingat kau jin syaitan yang nak menyesatkan dia kot mesti lah dia baran 😫😫😫. Mental aku. Mestilah dia marah sebab setan² duk kacau dia. Aduuuhhh. Dah lah datang dan pergi tiba-tiba macam tu. Kalau aku pun ingat hantu wehhh. Lawaklah. Bab tengok nenek kebayan makan tu sumpah lawak gila.

Aduh lah. Sedih pulak dah habis. Nak tunggu bertahun pulak gamaknya. Kalau ada.
Profile Image for Hamidah Effendi.
615 reviews14 followers
May 20, 2026
**Empayar 4 oleh Teme Abdullah**

Kali ini Sastra membawa kita lebih jauh mengenali dunia Sundagema dan misteri Rentaka. Banyak watak serta haiwan fantasi baru diperkenalkan, ditambah dengan worldbuilding dan sistem pertahanan negara yang sangat menarik. ✨

Dalam buku ini juga, kita dapat lihat perkembangan watak Sastra sebagai bakal pemerintah. Dia bukan childish, cuma sedang mencari jawapan tentang rahsia yang selama ini disembunyikan daripadanya. Tekanan jadi tumpuan semua orang pun terasa juga. 😭

Part aksi dan illustration memang membantu menghidupkan lagi suasana dunia Empayar. Saya bagi 4/5 ⭐ sebab kisah kali ini lebih fokus menjawab persoalan tentang Rentaka berbanding plot besar yang saya nantikan. Jadi… kita tunggu sambungan seterusnya ya. 👀

Dan part akhir tu sedikit mengingatkan saya pada adegan movie How to train your dragon 😅.

Apa pun before ditamatkan ulasan ini :

🎵Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang, malam asyik berjaga
Mencari cucu, di mana ada
Nenekku kahwin dengan anak raja

Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua, banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa kena dia yang jadi🎼

Genre : Pengembaraan, Fantasi, Aksi, Misteri, Persahabatan, Pengkhianatan dan Political.
2 reviews
July 7, 2026
Done baca empayar 4! dalam masa …&/&:$/&/&:. sejujurnya babak 2 ni terlalu mind blowing dan fast paced , macam semua disumbat satu ke satu maklumat. dalam masa yang sama, minda tak boleh nak berhenti dan fikir apa akan jadi seterusnya! dan bahasa-bahasa sundagema tu, manalah Teme dapat idea nak cari beberapa ayat dari jawa barat(?) kan? kreatif betul!🤩

lagi tak disangka waktu sastra mendapatkan rentaka, waktu ada hint-hint pasal 3 benda yang perlu ada tu.

I was thinking “oh mungkin ‘rentaka’ yang dicari-cari selama ini hanyala jati diri yang diperlukan oleh seorang pemimpin”. betapa banyaknya tafsiran yang boleh mengambarkan ayat-ayat untuk mendapatkan rentaka. (mengena la sikit)

selain disumbatkan semua maklumat sekali gus, mungkin lepasni teme buat buku macam mana nak berlakunya zaman selepas bayang sofea & rahsia danny?🫣

another thing, suka the way Teme character development kan “sastra” ni. as we can see empayar 1 & empayar 3, watak sastra nampak yang watak dia macam budak pandai, suka mengembara mencari diri sendiri, seseorang yang luaran nampak tegas dan berkeyakinan. taaapi.. masuk je empayar 4, diri dia more kepada remaja yang normal! I mean bukan maksud dia tak normal, cumanya watak dia lagii nampak pada umur yang young adult.

yang mana sabarnya tak tinggi mana, sering bertanyakan hal yang dungu, sering membuat andaian sendiri sebelum bertanya dan sebagainya. dan cara dia bergaul dengan mangkubumi, tersangat-sangatlah menunjukkam sisi sastra yang lain dari yang lain. Indeed, watak dia kali ni kelakar dan kurang penyabar (geram aku🤣 sikit lagi nak kena hempuk budak tu) dia banyak jadi diri dia yang sendiri bila bersama mangkubumi atau bila dia sundagema.

bahagian sastra panggil binatang dekat tasik tu kelakar😭 ya Allah, kalau aku kat situ aku dah ketawa dah😭🤣 mungkin sebab tu layak jadi pembaca je bukan watak sastra Hahahahaha🤣 jadinya kelakar sastra mungkin dari leluhur dia nenek kebayan 😂 yang puji serondeng daging lembu dari selatan tanah semenanjung tak akan berubah pada dunia🤣🤣. mungkin kalau sastra tua nanti dia punya makanan favourite ikan bakar pula, sebab sepanjang perjalanan dia asyik dengan ikan bakar jee🤣.

tapi adakah “naga nirmala” tu adalah diri sastra sendiri? sebab kalau baca 1 bab dalam empayar 4, yang mana nenek kebayan menyeru seekor naga untuk halau naga pawaka tuu.. mata naga tu warna dia sama macam nenek kebayan!. bila difikirkan balik masa sastra tengah bertapa dekat tasik, dan ada buaya yang kejar dia.. tiba-tiba ada naga yang baham buaya tu! nenek kebayan bagitahu yang tu naga nirmala. sedikit pendiam & paling sukar nak jelmakan diri dia. macam sastra jugalakan?

seorang yang tak suka orang lain tahu dia berada disitu. dan dalam perhatian saya, nenek kebayan akan tersenyum bila sastra dapat meneka atau dapat membuat sesuatu yang nenek kebayan harapkan!. bab terakhir yang mana naga nirmala tu muncul semula, tetapi dalam size yang lebih besar sebab sastra akhirnya dah temukan “naga” yang dicari, sebabtu size dia 2 kali lagi besar dari sebelumnya. sebab masa situasi jumpa buaya tu, ilmu sastra masih lagi sebesar biji jagung. sebabtu naga nirmala tu kecil?

ada yang sependapat dengan saya ke? ke saya palatau je ni hahahaha melebihi penulis pula😭😭🙏🏻. apa-apapun, saya sangatlah menikmati perjalanan sastra dalam menacari “rentaka”! jadi saya bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ untuk kali ni 🤩 saya suka bila masuk babak kedua, informasi disumbat tanpa henti, cumanya.. yang bagi getaran dekat keris sastra adakah nenek bongkok atau nenek kebayan?
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
May 15, 2026
Jumpa perkataan tamat dalam novel Empayar 4 pada 15/5/26, jam 1.55 pagi, selepas 5 hari tekun membaca. Macam biasa, mula-mula sekali saya cari code dalam isi kandungan dulu 😆 Itulah intipati ringkas perjalanan cerita dalam Empayar 4.


Pada pendapat saya, sesiapa yang belum baca Empayar 1, Empayar 2 atau Empayar 3 pun masih boleh terus baca Empayar 4. Sebab kali ini, penulis membawa kita mengembara bersama Putera Sastra ke wilayah Sundagema atau lebih tepat wilayah jawa, tempat baru, sebuah permulaan cerita yang baru. Kenalan baru, lawan baru (luar biasa). Human vs animals vs human. Walaupun begitu, teras cerita masih kekal berpaksikan semangat cintakan negara dan mempertahankan tanah air.


Yang best tentang Empayar 4 ni, tak ada lagi gelaran nombor2 pelatih macam sebelum ni. Sebaliknya, diperkenalkan nama2 unik yang baru dan menariknya, nama2 itu ada dalam sejarah (boleh search 😉). Banyak juga perkataan klasik dan bahasa istana yang diperkenalkan. Bila saya tenggelam dalam pembacaan, rasa macam saya pun berada sekali dalam zaman tersebut. Naratif cerita pula disampaikan dengan sangat baik.


Kalau siapa yang biasa baca karya Empayar Teme Abdullah, mesti tahu macam mana gaya beliau bila menulis babak aksi, memang tu “makanan” dia 😂 Walaupun ‘lawan’ kali ini lari daripada kebiasaan, sesuatu yang saya sendiri tak jangkakan penulis akan bawakan, beliau tetap berjaya menghidupkan setiap adegan pertarungan dengan begitu jelas dan terperinci, sehingga pembaca boleh berimaginasi sendiri.


Dan plot twist tu mestilah ada, macam biasa! Itu antara keistimewaan novel2 fiksyen Teme, plot twist yang sentiasa ditunggu2. Saya juga kagum dengan cara penulis memperkenalkan tiga watak hero utama dalam cerita kali ini. Setiap seorang ada kekuatan dan karakter tersendiri, tetapi Putera Sastra masih kekal sebagai tunjang dan watak paling menyerlah, tanpa menenggelamkan dua lagi watak utama (walaupun ada konflik dan plot twist tersendiri 👀). Akan tetapi, tombak kekuatan yang berdiri di sebalik 3 watak utama inilah pahlawan yang sebenarnya. Setiap emosi yang dicoretkan baik sedih, gembira, marah, geram atau teruja semuanya sampai dan terasa dekat di hati. Antara babak yang paling sedih bila kehilangan orang paling bermakna.


Walaupun Empayar 4 merupakan novel paling tebal dalam siri ini, ceritanya belum habis di sini. Penamatnya masih lagi tergantung. Pada hemat saya, besar kemungkinan akan ada lagi sambungan Empayar. Novel ini terasa tebal kerana penulis membawa pembaca kepada pengenalan wilayah baru dan menamatkan pengembaraan tersebut dalam novel ini juga. Fokus utama Empayar 4 memang semata2 kepada perjalanan merungkai persoalan: apa itu Rentaka? Mungkin, pada pandangan penulis, kisah ini memang perlu diketengahkan dahulu sebelum keseluruhan cerita Empayar ditutup nanti. Lagipun, Teme sendiri pernah menyebut kemungkinan Empayar akan mempunyai 5 siri. Sampai 5 ja okay? Atau mungkin lebih? 👀


Overall, bagi saya memang best! ⭐⭐⭐⭐⭐ Semoga Empayar 4 diterima baik sebagaimana saya menikmatinya. Moga Allah terus memberikan ilham kepada penulis untuk menghasilkan karya2 yang berkualiti. Hopefully the next book will answer all the lingering questions. All the best, Teme! 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻


Saya sudahi ulasan yang panjang ini dengan serangkap pantun:


Mengemudi kapal di tengah lautan,
Tersentak lamunan daripada khayalan,
Rentaka digapai terjawablah persoalan,
Akhirilah segala yang tergantung menjadi kenyataan.
Profile Image for Kekla.
5 reviews
June 12, 2026
First of all, macam mana Teme boleh terfikir untuk semua humor tuuu!? Hahahahaha Sastra sangat polos ya di sini.

Pengembaraan Sastra dari Wilayah Kepayangan ke Tanah Sundagema yang penuh dengan ujian onak duri. Bertemu dengan Nenek Bongkok yang dengan lirik lagunya Nenek Si Bongkok Tiga yang sedang mencari penggantinya. Agak menyeramkan dengan lirik lagu tersebut. Saya ingatkan Teme nak masukkan sikit unsur mistik, tapi alhamdulillah tiada.

Sepanjang pembacaan, saya nak cakap yang saya sangat kesian dekat Sastra. Sudah la bersendirian, fikir bahawa Nenek Bongkok dengan Nenek kebayan tu bukan manusia tetapi hanya jelmaan. Tapi akhirnya Sastra tahu juga bahawa Nenek Kebayan dan Nenek Bongkok aka Nenda tu adalah susur galur keluarga dia.

Pertemuan semula Nenda dan Senaja sangat comel ya. Dalam tegasnya Senaja, ada sisi lembut dan manja dengan Nenda. Begitu juga sebaliknya.

Cuma saya tetap kesian dekat Sastra sebab terkontang kanting seorang diri. Tapi di akhir cerita, saya faham kenapa Nenek Kebayan dan Nenda mengajar Sastra begitu. Untuk menguatkan lagi tentang pendirian Sastra, supaya Sastra lebih tenang dan tidak tergopoh gapah dalam melakukan keputusan.

Kadang kita kena slow down a bit, seperti di dalam solat. Ada tuma'ninah sebelum ke rukun yang seterusnya. Begitu juga dengan kehidupan.

Tapi saya amaze dengan haiwan yang Nenek Kebayan tunggang tu. Rasa macam wow, hebatnya Nenek Kebayan ni. Agak goosebumps masa scene tu. Cuma scene tu rasa macam kejap sangat, i want moreeeee.

Masa Sastra termasuk dalam lubang tu, tak sangka pula dia jumpa dengan seseorang yang jaaauuuuhhhh lebih lama hidup, datuk dia. Alahh tak ingat pula namanya. Tapi, saya pasti pertemuan yang sekejap tu memberi impak yang besar dalam hidup Sastra.

Agak sedih bila Nenda dan Nenek Kebayan dah tiada 😭 jadi lepasni siapa yang akan ajarkan Sastra? Adakah si datuk yang muncul sekejap di bahagian yang terakhir itu? Sebab saya rasa perjalanan Sastra ni masih jauh.

Jadi harapnya ada sambungan Empayar 5 sebab saya nak tahu macam mana Sastra nak satukan balik Wilayah yang dah berpecah, macam mana dia nak claim balik takhta dia, atau adakah akan ada unsur baru yang perlu dipelajari oleh Sastra? Atau adakah Sastra memberi takhta tersebut dekat Daeng Anding sebab dia rasa Daeng Anding lagi layak. Tapi harapnya Sastra yang akan naik takhta untuk jadi pemimpin Kerajaan Aradhanapura.

Di Sundagema, Sastra belajar tentang getaran. Getaran sahabat yang membuat saya ketawa pecah perut 🤣 "Aku kemari sebagai sahabat. Mari berkumpul..." hmmmm penatlah 🙂 dengan tiba tiba excited dapat tumbuhkan cengkerang hahahaha dapat la sayang tengok sisi lain tentang si Sastra ni. Dalam bijak pandai dia, ada juga sisi polos dia. Its human.

Okey itu saja. Dah banyak sangat dah ni saya rant, dekat blog, dekat sini, dekat thread, dekat twitter 🤣😂

Jadi, saya tunggu Empayar 5 ya Teme! Until then, hope you have a wonderful journey of life ✨🌻 Teruskan menulis, moga Allah kurniakan sebaik baik ilham untuk Teme!

Ni yang saya rant dekat blog, jemput lah singgah 😌 https://jamie-jamilah.blogspot.com/20...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Soovie.
25 reviews
June 26, 2026
Definitely worth reading. But took me days because 700 mukasurat, tambah pulak dengan sekolahh, memang sloww lah sikitt progress membaca sayaaaaa. Okey, first of all, the cover is gempakkk gilaaaa. Same goes with the map and illustrations in this book is majestic. Literal goosebumps. Also, really appreciate the suspense and suprises in this book. Yes, there's A LOT of suprises and it didn't feel rushed at all. It's all feels so perfectly planned and tersusun. That's really a bonus. The quotes in this book tak main-main eh. Semuanya relatable and rasa dekattt jee dengan hatIii. Love the nilai-nilai Islam dalam ni. Sangat soleh yaa.
Also, takkan lupa how iconic and gempak yee watak-watak dalam niii sumpahhh😭 like, Nenek Kebayan was so damn COOL. Sastra pun tak main-mainnnn tauuu. His character development got me saying "absolute cinema." like literally feels like straight out of a movie. Very cinematic. Never loved a character this much. Also love the chemistry in Mangkubumi and Sastra's friendship so muchhh.
There are some funny and silly scenes in this book which made it feel perfectly balanced. I love that. Sometimes I giggle sorang-sorang, sometimes nangis sorang-sorang (yeah I did) sometimes gasp and terkejut sorang-sorang macam orang gilaaa. Ada beberapa typo, sikitt jeee tapi faham je, lagipun buku saya dia cetakan pertama. I think, out of all 4 books im Empayar series, this one, Empayar 4 is DEFINITELY my favorite. Period. I wanna yap moree but it's going to be long, so takpelah😭 takot terspoiler pulakkk.
5/5 🔥 oh, and the ending? GEMPAK.
Profile Image for Galaxyansari.
8 reviews
May 28, 2026
Buku keempat ni boleh nampak penulisan Teme makin polished sebab penulisannya sangat cantik; bahasa yang lembut melambangkan kelembutan dalam bahasa Melayu tu, penceritaan yang tak terlalu over explained, tetapi membina plot yang sangat cantik. Lepastu unsur pantun yang kerap di dalam beberapa chapter sangat cantik dan tidak terlalu dalam apa yang tersirat jadi saya juga dapat meneka dan enjoy bacaan.

Tentang penceritaan, boleh saya cakap yang ini yang paling best pernah saya baca antara semua buku yang saya pernah baca dari Teme. Kalau saya boleh bagi rating, memang markah penuh haha. Bagaimana Sastra melalui proses mencari diri, identiti, kekuatan dan menyambung legasi keturunannya tu sangat terserlah.

Tentang fizikal buku, saya sangat sangat sangat suka floppy book. Sangat selesa untuk saya letak sahaja atas meja dan baca tanpa perlu tahan2. Cuma bila dibaca dalam keadaan tidur, buku masih berat (dah buku tebal dari kamus dwibahasa, sama tebal kamus Bahasa Arab saya😂). Tapi saya tahu ini yang terbaik dan saya suka fizikal buku ini.

Saya suka juga beberapa lukisan yang dimasukkan didalam buku, sangat membantu imaginasi terhadap situasi yang berlaku dannn sangat cantik sebab Teme yang lukis. Lepas ni boleh masukkan lagi ya ☺️

Sambungan, kelima? Lagi dua tahun maybe? Hehe apa pon macam saya cakap tadi, buku ni ada buku yang saya dengan yakin boleh kata buku yang terbaik pernah Teme hasilkan. Insha Allah saya tunggu hasil karya Teme yang lain pula ya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for singa is reading.
77 reviews1 follower
June 23, 2026
best. seronok. epik. dan gerammmm hahaha.
geram sebab nenek kebayan ni sebijik dengan perangai orang-orang tua (milennial) yang kuat bitter. kuat merengus dan rasa generasi/cara die lagi bagus. digandingkan pulak dengan sastra yang naif+ darah muda yang jenis tak boleh bersabar. memang dinamik yang best dan geram untuk dibaca hahaha. tapi aku akan geram pada cara nenek dan setuju dengan reaksi sastra. yela dalam situasi kau tak tau, lepastu orang tua yang sepatutnya jadi model pulak jenis keras kepala. eiiii!! satu lagi geram sebab nak tunggu empayar 5 mesti laaammmmmmmmaaaaaaaaaa lagi.

kritikan aku cuma satu jer. teme kene work on more to fight scene. sbb bagi aku cara teme describe kan fight dan scene perang sangat tak best. terlalu brief. tak rasa pun vibe perang sangat waktu lawan tentera matahari terbit. kekuatan mangkubumi pun x explore dalam sangat. tau2 boleh match sastra. tu jela harap teme boleh improve. (boleh rujuk RAM kalau bab2 perang ni)

semoga sihat2 selalu teme and family.
Profile Image for Eizalicious Noir .
78 reviews1 follower
July 8, 2026
EMPAYAR 4: HIKAYAT PEMBURU NAGA – Teme Abdullah

Empayar 4 membawa pembaca mengembara ke sebuah dunia yang penuh misteri, sejarah, falsafah dan pengembaraan yang jauh lebih besar daripada sekadar memburu naga. Melalui watak Putera Aradhana Sastra, novel ini mengajak kita menyelami makna kepimpinan, amanah, pengorbanan dan perjuangan mempertahankan sebuah tamadun.

Dunia Sundagema yang diperkenalkan terasa begitu hidup dengan sistem masyarakat, budaya dan kepercayaan yang dibina dengan sangat teliti. Setiap halaman dipenuhi aksi, rahsia demi rahsia, dialog yang bermakna serta pengajaran yang membuatkan pembaca sentiasa berfikir.

Walaupun ketebalannya melebihi 700 halaman, jalan cerita bergerak dengan baik tanpa terasa membosankan. Ada bab yang mendebarkan, ada yang mengharukan, dan ada juga yang membuatkan kita tersenyum sendiri. Sebuah penutup yang cukup memuaskan untuk perjalanan Sastra setakat ini, sambil meninggalkan rasa kagum terhadap dunia Empayar yang semakin berkembang.

#EizaliciousNoir #Empayar4HikayatPemburuNaga #EmpayarTemeAbdullah #Empayar4 #ImanPublication
1 review
June 22, 2026
I loved this series. I really do. I have been waiting for this book since I was still in middle school... And when it finally released.... I had a very high hopes for this......especially with how long it is.... unfortunately, my expectations were too high. It's good that we finally sees more about mc's heirlooms but for the place to but just... stuck at one environment is very... boring for a reader. I WANT to see more about mc's relationship.. but to add more people...? It just felt slightly the same. I wish it could be more of a masterpiece like Empayar 3 was. I reread that book to remember why I even like this series... It was truly one of the author's greatest works. Still, I'm still will be looking forward for Empayar 5. Hopefully we see more of... the second book's mc. He's a very interesting character.
Profile Image for Aina Yusri.
6 reviews
July 13, 2026
Teme did it again! Let’s skip the pengajaran dan nilai murni part. I read this 750+ pages novel within 24 hours.

Bila baca novel-novel Teme, sumpah mindblown dengan how creative manusia can be (dengan izin Allah). Sepanjang membaca, asyik terbayang-bayang what if big studios macam yang produce Avatar boleh angkat dan bina dunia Empayar. Or, all of Teme’s novels, I think semuanya berkait, cuma bergerak dalam different timelines and era.

Sangat interested tentang inspirasi Teme tentang Melayu lama yang disulam dengan keyakinan dan iman. Cerita tentang kuasa dan keagungan tamadun lama (or maybe in the future ikut timeline Teme) yang menakjubkan, sama macam takjub kita dengan Seven Wonders of the World dalam dunia nyata.
Profile Image for Nurhuda.
18 reviews
June 11, 2026
Baca Empayar 4 membuatkan sy lupa yg buku ni is the sequel from Empayar series dan perasaannya macam baca buku Teme yang baru (bukan daripada mana2 series).
Penulisan Teme seperti biasa mmg very details for each scene. Tapi, tak membosankan and meleret sangat, baca2 je dah halfway.
Undeniably, MVP of this book is Nenek Kebayan! I’m a fangirl.
Sy perlukan Empayar 5. Sebab banyak sangat persoalan yang tak terjawab. Sy nak tgk apa yang akan jadi kepada Tanah Semenanjung? Sampai bila Sastra akan sembunyikan identiti dia?
16 reviews
June 5, 2026
Yeayy baru je dpt lepas battle harituu. Expect yg dia akan sambung yg empayar 123 sebb banyak lagi cerita yg tak abis kan tapi the storyline bestt. Kat sini dia tunjuk sastra punya another character yg comel gile lagi lagi bila dengan nenek kebayan. Bila dh abis bace sedih giler. Ade banyak benda yg kita expect je dalam buku ni ade banyak character baru dlm ni.
Profile Image for Minichipsmore.
11 reviews
July 6, 2026
Untuk Empayar 4 kita masih puas hati sebab dalam setebal itu pun banyak benda yang kita belajar. Pantun pun antara part yang kita suka juga.

Siri Empayar sebenarnya bagi kesan dekat kita untuk cari buku yang klasik. Bagi kita cara penulisan dan gaya bahasa yang digunakan sangat sedap untuk dibaca ✨.
9 reviews
July 10, 2026
Pengenalan yg panjang dan agak boring di Babak 1... Tp, banyak ilmu...Seperti E1 dan E2 adalah pengenalan.. E3 barulah "adrinaline rush"...
Saya suka genre fantasy, tapi dengan penjelasan logik.. Ada cerita asal usul yakjuj makjuj... Walaupun hanya Fiksyen, Tp, penjelasanya masuk akal jg..
Nampaknya.. Panjang lg Episod Empayar....
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Iman.
26 reviews1 follower
August 11, 2026
Empayar 4 ni boleh baca dia je, sebab jalan cerita Empayar 4 tak bersambung, totally ada jalan cerita dia tersendiri. just ada setengah setting related dengan siri yang sebelum ni, tapi tak terjejas untuk faham jalan cerita.

bacaan ringan dan banyak mesej-mesej tersirat yang boleh ambil pengajaran.
Profile Image for Adm jr.
20 reviews
June 16, 2026
This is one of the best fantasy malay story! Thank you Teme for bringing us into a magnificent world. The characters, the world building, the plot, it’s all a masterpiece!!😭😭 It’s been a great journey, and i look forward to another ‘journey’ from Teme!
1 review
May 18, 2026
100/10 besttt, jalan cerita and plot twist dia tuu memang 100/10.Ada lawak dan sedih juga bila baca, overall memang 👍
1 review
May 23, 2026
Dalam 10 🌟
Saya bagi ∞/10

Keep it up..tak pernah mengecewakan👏🏻👏🏻
Profile Image for s.
16 reviews
June 23, 2026
hope there were more of daeng anding..
walaupun scene dia sikit je but still comel
and sastra always have been my fav character!! hes so coollll
Profile Image for atika.
14 reviews
July 17, 2026
Done reading 700+ pages! Nice read as usual susunan ayat Teme semua best teratur & seronok dibaca, and ada masukkan elemen2 islamic dlm penceritaan.. anyway cerita mcm tergantung last2 🥹
Profile Image for Q❀.
4 reviews
July 20, 2026
Chef kiss. Waiting for empayar 5 hehe.
Profile Image for Aisy.
14 reviews
July 22, 2026
Menarik penceritaan kisah2 sastra cuma kurang dekat penghujung cerita sahaja sebabkan cliffhanging. Harap2 cepatlah empayar 5 diterbitkan🙏🏻🙏🏻
Profile Image for Muhammad.
1 review
July 22, 2026
Harapnya dapat lah tengok Sastera dan Mangkubumi berjumpa lagi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews