Teme Abdullah, remaja yang bercita-cita menjadi seorang arkitek. Perjalanannya sudah tersusun rapi, namun akibat terkandas di A-Level dia terpaksa melupakan harapannya. Saat tersepit antara cita-cita dan harapan, Teme membuat keputusan drastik untuk menyambung pelajaran tanpa biasiswa.
Bumi London menjadi saksi kesusahan Teme. Pelbagai ujian dan cabaran dihadapi bagi menggenggam gelaran arkitek. Dalam jurang keputusasaannya, masih ada sahabat setia bersamanya dan masih ada harapan menanti. Saat semuanya kelihatan gelap, muncul cahaya yang bakal mengubah hidup seorang Teme.
Mampukah lukisan ini disiapkan? Aau terkandas di tengah jalan?
Comprising of Joey and Sora, Dreamer came together due to the pair’s fascination with mysterious occurrences which they would incorporate into their storylines.
Dreamerz coalesced out of the duo’s shared belief that enthusiasm is key in sustaining the pursuit of one’s dreams. Urging their readers never to give up on their dreams and aspirations, Joey and Sora have made the pursuit of their dreams their aim, both in their lives and in their creative works, spurring them on to produce better comics.
Argh, membaca komik ni mengimbau kembali kenangan masa first time baca Siri Jalanan dulu (Dibaca: Kirah memang dah lupa total apa isi dalam buku ni, siapa pengkhianat apa semua).
Dan ingatkan dalam format bergambar, emosinya tak sesampai membaca teks tapi tidak, ya! Emosinya tetap sama! Malah, ada yang buat kita makin mengekek ketawa dengan reaksi watak yang sekarang kita boleh gambarkan secara nyata.
Ada beberapa episod dalam komik ini yang membawa kita menyusuri kisah Teme sebelum beliau bergelar arkitek. Maksudnya, timeline dalam cerita ni memfokuskan zaman belajar Teme di United Kingdom tanpa biasiswa.
Mustahil? Tidak, tak ada yang mustahil selagi Allah berkehendak dan manusia itu sendiri yang menggerakkan usaha.
Pelukis Jalanan memberikan refleksi bahawa tak ada kesusahan yang tak ada jalan keluar. Tak ada kesedihan yang takkan pernah berpenghujung.
Seperti Teme dalam Pelukis Jalanan, beliau nekad menyambung pelajaran di negara luar, dengan kekangan kewangan, pahit manis memori berjalan kaki entah berapa batu setiap hari, membuat kerja sambilan, ditikam belakang oleh seseorang yang dipercayai.
Semuanya ujian. Tapi ujian ni, kalau kita tengok semula selepas 10 tahun akan datang, pasti kita rasa ... Macam manalah aku boleh survive masa tu?
Kuncinya, berbalik kepada Allah juga kita para manusia yang tak ada daya. Cerita ni menunjukkan impak yang sangat besar bila kita letak kebergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam apa jua hal yang berlaku dalam hidup kita.
Ayat yang paling menyentuh hati Kirah, membuatkan Kirah menitikkan air mata bila watak tu mula berada pada titik berserah.
"If I had enough money to buy one, I'd rather buy papers for my studies."
Menusuk tepat ke jantung betul ayat tu. Sampai gugur air mata jantanku.
Tak semua orang lahir dalam dulang emas. Tapi, semua orang boleh melahirkan dulang emas. Dengan apa?
Usaha.
Cerita yang sangat menginsafkan, diceritakan dan digambarkan dalam bentuk yang lebih mesra pembaca. Santai, goofy dan sesuai untuk semua lapisan umur. Pendekatan yang sangat bagus untuk pelajar khususnya.
Selain daripada pengkarya asal iaitu semestinya Teme yang tak boleh disangkal tulisannya cukup baik dan bermanfaat, Kirah rasa pembikinan komik ini terutama daripada segi grafik dan teksnya juga sangat bagus. Shout out untuk semua yang bekerja di belakang tabir!
Grafik atau lukisannya Kirah suka, ala-ala manga Wotakoi gitu! (Kirah tak pasti apa term sesuai untuk art dalam komik). Kirah suka gila manga Wotakoi tu sebelum menjadi peminat One Piece tegar. Dan teksnya? Sangat menyentuh perasaan walaupun hanya dalam ayat atau dialog ringkas.
Sangat recommended untuk semua orang! Silalah baca! Dahlah komiknya full colour, cantik dan semestinya banyak pengajaran. Berbaloi untuk dibeli, walaupun sudah ada novelnya sebagai koleksi.
Daripada novel Pelukis Jalanan yang kini diadaptasi kepada komik pula, bacaan kali ini sangat santai dan boleh dihabiskan dalam sekali baca.
Tidak semua plot dalam novel asal dimuatkan dalam komik ini, tetapi okaylah kan, nama pun bacaan santai. Bagus untuk generasi adik-adik kita yang masih bersekolah untuk mulakan minat mereka dalam membaca. Ada bahagian yang Dreamer lukis para karakter dalam bentuk "chibi", haha comel sangat. Saya rasa komik ini boleh ditebalkan lagi sebab tak puas baca, sedikit sangat. Pendapat saya sahaja ni hehe.
PS: Mungkin saudara Teme boleh komikkan juga Arkitek Jalanan? Buku paling saya suka dalam siri Jalanan.
Pelukis Jalanan (Edisi Komik) || Dreamer, Ammar Solihin, Teme Abdullah
Untuk anak muda yang ingin mengenali Teme Abdullah namun tidak mahu membaca buku siri Jalanan yang tebal, saya kira komik ini bagus sebagai pemula. Lucu. Informatif. Cukup untuk menggambarkan karya ini. Tahniah buat semua yang menghasilkan karya ini.
Kalau rasa malas sangat nak baca panjang-panjang versi novel, boleh cuba baca versi komik ni. Komik ni versi lebih ringkas dan mudah faham. Kejap je dah habis baca. Saya ambil masa dalam 43 minit macam tu. Penceritaan dan lukisan yang sangat menarik! 😙✌🏼
Komik pelukis jalanan ni best sebagai bacaan santai & boleh tengok ohh macam ni rupanya fizikal watak-watak dalam novel pelukis jalanan. Keseluruhan, suka dengan jalan cerita, illustrasi & selingan foto lukisan serta kata-kata nasihat yang ada dalam komik ni. Teruskan berkarya & selamat maju jaya Teme. Tahniah untuk perjalanan & pencapaian 10 tahun yang bermakna ini :)
Aduh menitik setitis air mata 😢 (setitis je la sebab saya tengah sekang jangan keluar banyak²) bila baca kisah Teme masa kertas kerja dia kena sabotaj, takde duit nak makan sedap², pastu balik rumah sewa pulak ke bersoal jawab dengan tuan rumah cerewet pulak. Tapi bagusnya Teme ni, dia cepat bangkit selepas ujian datang bertubi². Boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang sedang dalam kesempitan ruang, wang dan waktu.
Saya tak pernah lagi layan novel bersiri Pelukis Jalanan ni sebab tak berminat sangat baca novel kehidupan (lain ceritalah kalau novel fantasi! 😁). Bila dah dijadikan komik ni, sangat membantu golongan macam saya ni untuk tahu isi kandungan novel tu tanpa perlu membaca novel hehe. Lukisan Dreamer pun cantik dan kemas, saya memang suka lukisan dari duo ni. Sila teruskan lagi usaha mengkomikkan tajuk² lain dalam siri novel ni!
"Allah tidak zalim dengan kita. Setiap ujian adalah peluang untuk kita raih reda-Nya. Lagipun, itulah tujuan kita hidup. There will be days when you feel like giving up. Weeks that you feel like nothing is changing. Even months where it seems like you'll be stuck forever and that's okay! Progress isn't always visible. " - Teme Abdullah (Karya Asal) , Dreamer (Komik), Ammar Solihin (Teks), Pelukis Jalanan versi komik.
🖤 Very inspiring! Kepada adik-adik atau sesiapa sahaja yang sedang berusaha mencipta impian, boleh jadikan kisah Teme ni sebagai inspirasi kalian. Sesungguhnya, setiap kejayaan pasti ada cerita jatuh bangun di belakangnya.
Readers can finish this in one sitting. The story is as per its novel. The comic characters are beautiful ✨ Thank you, Dreamer! Oh oh and the sole reason for my purchase is because of the front cover!
My family and I visited London last August and I was exactly at the spot shown on the book cover. But we didn't get the chance to take pictures at the phone booth because the queue was long. So I kinda want to own a book with such drawing/view hehe.
everything about this book is chef kiss!! 💋ada kelakarnya, ada tangisnya :( rasa proud sangat dengan journey teme and i love how he always reminds us to be humble. kita hanya insan yang kerdil, semua sama sahaja di mata Tuhan. terima kasih teme untuk karya yang indah, terima kasih dreamers untuk lukisannya 😍🤍
i think the comic version is more heartwarming. ingat lagi masa baca novelnya, maybe because it was teme's first book so the sentences sometimes feel awkward. but now i'm his book fan. so everyone go buy this book definitely worth your penny⭐️
Sebab dah baca Pelukis Jalanan versi novel. Jadi versi komik ini saya jadikan sebagai bacaan ringan saja. Sesuai sangat buat orang yang tak suka baca novel panjang. Tapi teringin nak baca buku Teme.
Lukisan dalam ni cantik. Jadi saya hargai dan enjoy baca apa yang sedia ada dalam komik. 🫶🏻
Ni komik. Simplifying the life Teme had when he was studying in London.
If you wanna read Pelukis Jalanan in simplified, more graphic form, this is it. But I would still encourage you to read the original book for the feeling and satisfaction of a real event.
Sebab aku dah vaca versi novel, versi komik ni rasa macam tiada apa sangat yang baru untuk ditawarkan. Walaubagaimanapun, lukisan komik kemas dan teratur.
This comic adaptation was done really well. It brought the original story to life in a visual way, making it easier to connect with the characters and the journey.
The illustrations and storytelling worked nicely together, creating an enjoyable reading experience. A good adaptation for those who enjoy stories in comic form.
it's good, I think it's a shorter version of the og's since it's quite thin and also I don't think there's anything new other than the illustration. Thank you for doing the comic version!