Jump to ratings and reviews
Rate this book

Vision

Rate this book
Vision

Blurb

Fenomena aneh mula berlaku. Masa seolah-olah berulang. Pilihan yang telah dibuat, terbatal. Kejadian yang telah berlaku, berpatah semula.

Di tengah-tengah semua ini… Imani. Pelajar perubatan yang mula menyedari wujudnya anomali dalam hidupnya. Setiap peristiwa yang berulang, setiap detik yang berubah... semuanya ada kaitan dengan seorang pelajar lelaki, Baihaqi.

Di sebalik gelaran pelajar cemerlang, tersembunyi kuasa luar biasa. Dan di balik kenormalan Imani sendiri, wujud sesuatu yang belum terbangkit. Sesuatu yang mampu mencabar takdir.

Apabila rahsia Program Harimau Berantai terbongkar, kebenaran menjadi kabur. Imani tersepit antara dua kuasa bertentangan ideologi. Siapakah yang benar dan siapakah yang cuba memusnahkan?

211 pages, Paperback

Published December 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Ilana

7 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (21%)
4 stars
8 (57%)
3 stars
3 (21%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for lysareading.
350 reviews43 followers
May 22, 2026
fenomena pelik terjadi berpunca daripada dua orang pelajar sibuk nak show off siapa lagi power, so habis satu dunia kena tempias. ugh.

who's the one started first? boys. can't even call them:> men (yet) sbb masing-masing still university student.

vision ni best sebab ada setting a group of university students yang ada kebolehan untuk manipulate masa. Setiap pelajar ada method yang berbeza untuk gunakan kuasa mereka tu. Imani, selaku karakter utama ada kuasa unik yang dia sendiri kurang pasti cara nak activate pada awal penceritaan. namun, dia juga kunci utama untuk menyelesaikan masalah dunia dorang.

percanggahan ideologi juga merupakan salah satu turning point cerita ni yang buat I question to vote for Harimau Berantai ataupun si Kancil pedas menyala? 👀

Dah ada kuasa kan, ditch jelah yang weak ni 😤 come on, let's just stand with the morally grey characters. tapi cakap pasal grey character ni kan, I rasa 'karakter' tu sangat menonjol walaupun dia juga punca orang mcm saya asyik pening kena lompat-lompat garis masa disebabkan kuasa dia tu. eheh sokay at least, I had fun :p

secara keseluruhan, saya suka dengan idea cerita ni dan syabas penulis sebab berjaya buat saya tak senang duduk dgn agenda si pejahat tu. satu benda je saya kurang puas hati sikit 🤏🏼 disebabkan banyak sangat hal terjadi, saya tak dapat pin point the highlight of the whole story...err faham tak? i think itu sahaja.

I dah pernah baca from this author so the writing still chef's kiss for me ✨ rate peribadi: 3.5 bintang
Profile Image for Kami Farah.
41 reviews
August 4, 2026
Vision karya Ilana.
"Gunakan manusia untuk kepentingan sendiri itu tidak berperikemanusiaan. Tapi, gunakan diri sendiri utk kepentingan dunia itu kemanusiaan".
Quote kat atas ni mmg 👍👍. Sebagai seorang yg berlatar belakangkan aliran sains, saya memang sucker untuk jalan cerita fiksyen sains (sci-fi) tempatan. Tapi novel VISION karya Ilana ni memang lain dari yang lain!
Apa yg buat novel ni best dan lain dari yg lain?
1. Plot multiverse dan mesin masa yg kemas
Konsep pelbagai alternatif realiti selepas Imani dan Farhan cuba ubah masa depan disusun dengan sangat rapi. Tak pening, mudah faham, tapi tetap bagi kesan WOW!2. Pertembungan Kuasa & Dunia Apocalypse:
Segala huru-hara berpunca daripada Baihaqi yg telah salah guna kuasa utk undur masa demi kejayaan peribadi. Bila Ariqin tahu dan tak puas hati, dia guna kuasa dia untuk ubah balik tapi pertembungan kuasa ni terus cetus domino effect hingga dunia jadi apocalyptic! Kesian Imani sbb dia terperangkap antara 2 dimensi masa ni smpai dia x sedarkan diri selama bertahun-tahun! Hanya manusia luar biasa je yang mampu bertahan hidup dkt dunia yg baru.
3. Perjuangan Watak Utama: Suka sangat tengok perjuangan Imani, Baihaqi, Farhan, dan Hawa yg berhempas-pulas nak kembalikan dunia kepada keadaan asal. Comel je siap terselit babak² flirt antara farhan dan hawa🤭🤭.
Bahagian ending plot twist habis! X sangka langsung Baihaqi pula yang bakal jadi peneraju Danial 😅😅. Kesian sgt Imani sebab dia dah tak boleh nak undur masa lagi untuk betulkan if tiba² benda ni berulang. Tak kan dia nak bunuh Baihaqi pula🤔🤔Tapi... ada satu persoalan yg buat saya terfikir sampai sekarang: Kalaulah kita 'hapuskan' diri kita sendiri di masa depan... takkan langsung tak ada kesan dekat realiti semasa?" Dan bila byk kali berjumpa dgn diri sendiri, x da tinggal apa² kesan ke? Selain elemen sains yang gempak, novel ni selitkan mesej moral yang sangat mantap. Kalau kita dikurniakan anugerah atau jawatan tinggi oleh Allah, jangan pernah salah guna kuasa, cth buli staf, atau tindas kawan-kawan. Kuasa bila salah guna, buruk padahnya. Sama macam apa yang jadi dalam dunia Vision! Kesimpulannya, sy sgt recommended untuk peminat sci-fi, time travel, dan apocalypse! Tolonglah cakap penulis tengah prepare untuk sambung buku kedua, sbb ending ni mcm tergantung sikit! 😜 Prime candidate untuk ada sequel!
Profile Image for Far.Zana25.
148 reviews1 follower
May 23, 2026
˖ ݁𖥔┆25 𐙚 4/5 ⭐┆𖥔 ݁˖

- ᴠɪꜱɪᴏɴ -

ᴋɪꜱᴀʜ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ᴅᴜɴɪᴀ ʙɪᴀꜱᴀ ʏᴀɴɢ ᴋᴇʟɪʜᴀᴛᴀɴ ɴᴏʀᴍᴀʟ ᴛᴀᴘɪ ʀᴜᴘᴀɴʏᴀ ᴡᴜᴊᴜᴅ ᴍᴀɴᴜꜱɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴘᴜɴʏᴀɪ ᴋᴇʟᴇʙɪʜᴀɴ ʟᴜᴀʀ ʙɪᴀꜱᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ꜱᴇᴘᴇʀᴛɪ ᴍᴀɴᴜꜱɪᴀ ɴᴏʀᴍᴀʟ. ᴄᴏɴᴛᴏʜɴʏᴀ ᴋᴇʟᴇʙɪʜᴀɴ ʙᴏʟᴇʜ ᴍᴇᴍʙᴀᴄᴀ ꜰɪᴋɪʀᴀɴ ᴏʀᴀɴɢ, ʙᴏʟᴇʜ ᴍᴇʟᴀᴍʙᴀᴛᴋᴀɴ ᴍᴀꜱᴀ, ᴍᴇɴɢʜᴇɴᴛɪᴋᴀɴ ᴍᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇʙᴀɢᴀɪɴʏᴀ.

๑ ᴘᴇʀꜱᴏɴᴀʟ ʀᴇᴠɪᴇᴡ ๑

ᴄᴇʀɪᴛᴀ ɴɪ ʙᴇꜱᴛ ᴄᴜᴍᴀɴʏᴀ ᴀǫ ᴘᴇɴɪɴɢ ꜱɪᴋɪᴛ ʙɪʟᴀ ᴅɪᴀ ᴊᴜᴍᴘ ᴊᴜᴍᴘ ᴍᴀꜱᴀ ᴛᴜ. ᴍᴀᴋꜱᴜᴅɴʏᴀ ᴋᴇᴊᴀᴘ ʟᴏᴍᴘᴀᴛ ᴋᴇ ᴛᴀʜᴜɴ ɴɪ ᴋᴇᴊᴀᴘ ᴋᴇ ᴛᴀʜᴜɴ ᴛᴜ ᴊᴀᴅɪ ᴋɪᴛᴀ ᴊᴀᴅɪ ᴍᴀᴄᴀᴍ ᴇʜ ᴇʜ.. ʜᴀᴀ ɢɪᴛᴜʟᴀʜ.

ᴊᴀʟᴀɴ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴏᴋᴀʏ ᴛᴀᴋ ᴅʀᴀɢɢʏ ꜱɢᴛ ᴛᴀᴘɪ ʙɪʟᴀ ᴋᴏʀᴀɴɢ ʙᴀᴄᴀ ᴘᴀꜱᴛɪᴋᴀɴ ꜰᴏᴋᴜꜱ ꜱʙʙ ᴋᴇɴᴇ ꜰᴀʜᴀᴍᴋᴀɴ ᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴊᴀᴅɪ. ᴅɪᴛᴀᴍʙᴀʜ ᴘᴜʟᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɪɴᴛɪꜰɪᴋ ᴜᴛᴋ ᴇxᴘʟᴀɪɴ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴘᴇʀᴋᴀʀᴀ.

ꜱᴇᴊᴜᴊᴜʀɴʏᴀ ᴀǫ ᴛᴀᴋ ᴇxᴘᴇᴄᴛ ᴛʜᴇ ʀᴇᴀʟ ᴠɪʟʟᴀɪɴ ᴛᴜ ꜱɪᴀᴘᴀ ꜱʙʙ ᴄᴀᴍ ɪɢᴛᴋɴ ᴅɪᴀ ᴅᴀʜ ᴛᴀᴜʙᴀᴛ ʀᴜᴘᴀɴʏᴀ ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴄᴏɴᴛʀᴏʟ ꜱᴇᴍᴜᴀ ɢᴀᴍᴇ ɴɪ ꜱʙʙ ᴅɪᴀ ᴅᴀʀɪ ᴍᴀꜱᴀ ʜᴀᴅᴀᴘᴀɴ ꜱᴏ ᴅɪᴀ ᴛᴀᴋ ɴᴀᴋ ᴅɪᴀ ɴɪ ɴᴀᴍᴘᴀᴋ ʙᴜʀᴜᴋ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴊᴀʟᴀɴ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴛᴜ ᴊᴀᴅɪ ᴅɪᴀ ɢᴜɴᴀᴋᴀɴ ᴏʀᴀɴɢ ʟᴀɪɴ ᴜᴛᴋ ᴜʙᴀʜ ᴊᴀʟᴀɴ ᴄᴇʀɪᴛᴀ. ɪꜱʜ ɢᴇʀᴀᴍ ʙɪʟᴀ ᴛᴀᴜ ᴇɴᴅɪɴɢ ᴅɪᴀ.

ᴋᴇꜱɪᴀɴʟᴀʜ ᴊᴜɢᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ɪᴍᴀɴɪ ᴛᴜ. ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴅᴇɢɪʟ ᴛᴀᴘɪ ᴀᴅᴀ ᴊᴜɢᴀ ᴋᴇʙᴀɪᴋᴀɴ ᴅɪᴀ ɴᴀᴋ ᴛᴏʟᴏɴɢ ꜰᴀʀʜᴀɴ ᴛᴜ ᴜʙᴀʜ ʙᴀʟɪᴋ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴘᴇʀᴋᴀʀᴀ ᴛᴀᴘɪ ᴛᴜʟᴀʜ.. (ᴛᴜʟᴀʜ ᴀᴘᴀ? ʜᴀᴀ ꜱɪʟᴀ² ʙᴀᴄᴀ)😌

ᴀɴᴛᴀʀᴀ ᴘᴇɴɢᴀᴊᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀǫ ᴅᴘᴛ ᴅᴀʀɪ ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ɪᴀɪʟᴀʜ ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴋ. ᴄᴏɴᴛᴏʜɴʏᴀ ʙᴀɪʜᴀǫɪ ʏᴀɴɢ ᴛᴀᴍᴀᴋ ɴᴀᴋ ʙᴏʟᴏᴛ ꜱᴇᴍᴜᴀ ᴘᴜᴊɪᴀɴ, ᴋᴇᴍᴇɴᴀɴɢᴀɴ ᴅᴀɴ ꜱᴇʙᴀɢᴀɪɴʏᴀ ʟᴀʟᴜ ᴅɪᴀ ᴍᴇɴɢɢᴜɴᴀᴋᴀɴ ᴋᴜᴀꜱᴀ ʟᴜᴀʀ ʙɪᴀꜱᴀ ᴅɪᴀ ᴜᴛᴋ ᴊᴀʟᴀɴ ʏᴀɴɢ ꜱᴀʟᴀʜ. ᴛᴜʟᴀʜ ꜱᴜꜱᴀʜ ᴊᴜɢᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴀᴅᴀ ᴋᴇʟᴇʙɪʜᴀɴ ᴛᴀᴘɪ ᴛᴀᴋ ᴘᴀɴᴅᴀɪ ɴᴀᴋ ᴋᴀᴡᴀʟ.

ᴏᴠᴇʀᴀʟʟ ʙᴇꜱᴛ ʙᴜᴋᴜ ɴɪ. ɴɪᴘɪꜱ ᴊᴇ ᴛᴀᴘɪ ᴘᴀᴅᴜ. ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀꜱɪʜ @ᴄᴇʀᴇᴋᴀᴀᴘᴘ ᴅᴀɴ ᴛᴀʜɴɪᴀʜ ᴘᴇɴᴜʟɪꜱ @ɪʟᴀɴᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ʙᴜᴋᴜ ʏᴀɴɢ ʜᴇʙᴀᴛ ɪɴɪ!
Profile Image for _nadiasw303.
86 reviews1 follower
September 9, 2026
☄️Dunia apokalips
☄️Kuasa luar biasa

Bagaimana kalau masa bukan lagi sesuatu yang tetap, tetapi boleh berulang, berubah, malah menganggu kitaran hidup manusia? Itulah persoalan yang dibawa buku ini.

Buku ini berkisar tentang wujudnya manusia luar biasa dengan pelbagai kebolehan. Dan, dijaga oleh institusi rahsia sebuah yayasan akademik.
Saya suka konsep yang penulis ketengahkan. Bagi saya jalan cerita sangat menarik, kerana terdapat gabungan sci-fi, rentas masa dan misteri yang buatkan rasa ingin tahu tu.

Kisah berkisar tentang kebolehan luar biasa Imani & Baihaqi dalam memanipulasi masa, kemudian konflik pergaduhan yang terjadi apabila Ariqin cuba membongkarkan 'penyalahgunaan' kuasa oleh Baihaqi yang kemudiannya membawa kepada kehancuran dunia seisinya.

Pergerakan jalan cerita tersusun, cuma akan sedikit keliru untuk menyesuaikan dengan gerak masa & watak yang berkaitan tu. Tapi semuanya akan terungkai satu- persatu jua. Sebagai peminat cerita X-Men, saya dapat rasakan vibes itu daripada buku ini, tapi bertembung dengan vibes filem Matrix gitu🤔

Secara keseluruhan, buku ni adalah bacaan yang sedikit mencabar sebab buatkan kita tertanya-tanya, meneka tentang siapakah punca & bagaimana untuk kembali seperti asal? Bolehkah putar balik masa? Apakah kesannya? 🤯

Saya gembira dengan pilihan saya untuk baca buku ni🤩 Terima kasih @cerekaapp untuk naskhah ini. Dan, selamat maju jaya buat penulis @ilana.nur 💪🏼

Personal ratings: 4.8/5⭐️
Profile Image for Lenny Deanz.
9 reviews
May 20, 2026
Best jugak buku ni!
Vision ni mengisahkan tentang Imani yang secara tak sedar mempunyai kuasa luar biasa iaitu vision atau bayangan. Mereka yang mempunyai kuasa luar biasa dikumpulkan dan secara tak sengaja menyebabkan satu tragedi telah berlaku, ibarat kiamat.

Ada unsur suspens, geram dan sedih. Ending dan jalan ceritanya tidak dapat dijangka dan bukan seperti movie merentas masa yang lain.
Watak utama ialah Imani tapi seperti ada 1 watak lain yang “mengawal” jalan cerita ni.

Buku ni sesuai untuk remaja dan dewasa. Bacaan yang sangat rileks dan santai. Lurve 👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for Nad.
485 reviews2 followers
June 30, 2026
(Read in one day)

Wow dari dulu memang suka penulisan author~nim.
Kalau siapa suka tengok Back to the Future patut baca buku ni, cuma ending dia terserah nak pilih yg mana tapi semestinya kena follow epilogue.
Profile Image for Aleeqa.
90 reviews3 followers
May 20, 2026
Imani mengalami kejadian pelik dimana dia seperti melihat ‘vision’ yang berlainan. Dia perasan ‘vision’ ini muncul apabila adanya Baihaqi. Perasaan ingin tahu menyebabkan Imani mengikuti Baihaqi dan menemukan dia dengan manusia- manusia luar biasa.

‘Vision’ adalah kisah manipulasi masa dan kesannya. Kita tahu, manipulasi masa akan menyebabkan ‘butterfly effect’. Tapi kesannya bukan sahaja terjadi pada satu jalur masa. Kesannya boleh menyebabkan terjadinya jalur masa yang berlainan, seperti sepohon pokok yang mempunyai cabang dahan yang berlainan dan berselirat.

Jalan cerita ini menarik dan membuatkan saya tak mahu letak sampai ke penghabisan cerita. Penulisannya dan gaya bahasanya juga ringkas dan mudah difahami. Saya boleh agak siapa dalang dalam cerita ini. Tapi saya ingat dia cuma nak membetulkan keadaan sahaja, rupanya hrm… kalau jahat, jahat juga la ye.

Watak-watak dalam ini masing- masing ada personaliti sendiri. Boleh katakan semua watak buat saya geram. Imani dan Baihaqi dedua buat saya rasa nk picit2. Hahaha

Cerita ni mengigatkan saya pada series Loki. Bezanya Loki “multiple universe”, cerita ni, “multiple timelines”. Cerita ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan cerita berunsurkan sci-fi, manipulasi masa, manusia luar biasa, dan “apocalypse”.

Silalah baca cerita ni. Sangat best! Bahasa saintifik dalam ni pun tak susah nak paham. Sesuai untuk bacaan semula lapisan umur.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews