Jump to ratings and reviews
Rate this book

Naskhah Terlarang

Rate this book
Anggerik, anak kepada pencatat Naskhah Terlarang yang hilang tanpa jejak, kini memikul takdir sebagai pencatat siluman demi meneruskan warisan bapanya.

Dalam bayang-bayang sejarah yang kelam, muncul Awang, seorang anak yang hadir tanpa diundang ke rumah makan mereka. Namun Anggerik tidak pernah tahu, Awang sebenarnya merupakan darah daging Menteri Kanun yang terbunuh dalam tragedi lima tahun lalu.

Bersama, mereka menyingkap rahsia di sebalik takhta Gandaria, membongkar kegiatan gelap yang pernah menjerat negeri. Tetapi setiap kebenaran yang terdedah menuntut korban, dan setiap langkah membawa mereka semakin dekat kepada pengakhiran.

227 pages, Paperback

Published June 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Farahi Kamaruddin

6 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (92%)
4 stars
1 (7%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Izzah Berhan.
102 reviews5 followers
July 5, 2026
Alhamdulillah khalas!

Bersama sedikit ayaq mata yang masih tersisa.

Sedap ceritanya. Sedap bahasanya. Pengakhiran yang baik.

Cuma... TAK PUAS. Terlalu pendek ceritanya. Aicewah terlalu? Melampau ya.

Dan... sedikit kecewa. Tapi bukan kerana cerita ini, namun kerana harapan sendiri. Berharap cerita ini ada unsur penyiasatan yang lebih lagi, tapi ia tiada. Tidak mengapa. Bukan itu yang mahu dibawa cerita ini. Itu hanya harapan yang dibawa sendiri usai membaca cerpen NT di Cereka.

Terima kasih penulis kerana menulis cerita yang dekat di hati dan memeluk jiwa.

Semoga Allah kurniakan ilham untuk menulis cerita² yang mendamaikan dan bermanfaat.

Tak puas. Memang tak puas. Nak lagi 😭

Satu penyeksaan untuk menantikan karya seterusnya dari penulis.
5 reviews
June 6, 2026
Naskhah ni sangat menarik. Ini pertama kali baca karya penulis dan saya sangat-sangat suka.

Ada banyak perkataan baharu saya dapat daripada pembacaan kalini.

Latar cerita menarik, zaman dulu-dulu. Masa baca boleh bayangkan babak-babak tu. Penceritaan best walaupun banyak flashback.

Cuma... kenapa pendek sangat? Dan kenapa Awang 😭😭😭

Tahniah penulis.
Profile Image for Iryani .
59 reviews
June 20, 2026
Novel ini menceritakan tentang Awang Sali dan 3 orang sahabatnya membantu raja membongkar kegiatan durjana seorang pembesar. Perjuangan mereka kemudiannya diteruskan oleh Anggerik, anak gadis Awang Sali dan Awang, anak angkat Awang Sali.

Penceritaan menarik yang ringkas dan padat, dengan kosa kata yang berwarna warni (saya belum sampai seru untuk mencari makna satu pekan. Mungkin sama makna dengan satu minggu? Mungkin).

Ada bahagian mungkin lebih menarik jika diceritakan dengan lebih lanjut - gambaran kerajaan Gandasuli seperti pemandangan kawasan negeri serta keadaan rakyat. Supaya lebih 'feel.'

Satu bacaan yang menghiburkan. Tahniah, penulis!
1 review
June 21, 2026
"Aku rela menjadi senjata buat kamu, Anggerik...." - Awang.

😭
1 review1 follower
June 20, 2026
Aku beli sebab aku suka cover novel ni. Simple dan ada tulisan jawi. Nampak penulis promosi novel dia.

Lepas baca 7 bab pertama, aku DM penulis. Tanya dia, betul ke ini novel pertama dia? Dia kata betul. Aku kagum. Bagus penulisan dia. Bila aku research gunakan nama betul penulis, baru aku tahu siapa diri dia sebenar. Patutlah karyanya bagus. Dan aku pun tak perasan aku ada berkawan dengan penulis di FB 😅

Story line yang simple, tapi seronok dibaca. Setiap bab baru, ada watak baru muncul. Watak baru muncul secara tiba-tiba dan pengenalan watak di ceritakan kemudian. Ada sebab penulis buat begitu, ia buatkan kita tertanya-tanya, watak ni siapa pulak ni? Apa kaitan pulak dengan yang lain?

Dan semuanya terjawab apabila Jalan cerita menuju ke pengunjung.

Aku satisfied dengan novel ini. Aku suka novel cerita pasal zaman dahulu kala dengan dialog percakapan klasik. Aku tak reti tulis macam ni.

Aku kagum penulis yang pandai menulis macam ni.

Bagi aku, Naskah Terlarang adalah underrated novel untuk PBAKL 2026. Hidden gem. Harap pihak Cereka promosikan lebih untuk novel ni.
Profile Image for Syukri.
182 reviews9 followers
July 9, 2026
Kisah tentang naskah yang membawa kebenaran yang begitu berharga sehingga ada yang sanggup mengorbankan segalanya demi mempertahankannnya.

Bermula dari kisah Awang Sali dan berakhir dengan kisah Anggerik. Aku kagum dengan penulis macam mana dia boleh singkatkan cerita tapi masih elok susunan jalan cerita. Walaupun buku ni hanya 222 muka surat, tapi jalan cerita fast paced dari awal hingga ke akhir tanpa bosan.

Bagi aku cerita macam ni easily boleh buat duologi atau trilogi. Boleh buat pelbagai POV. Cerita tentang kisah Awang Sali sebagai pencatat peribadi raja. Cerita tentang Galuh yang kehilangan keluarga dari kecil dan cerita tentang Anggerik yang meneruskan legasi ayah sebagai pencatat siluman.


Profile Image for Hamidah Effendi.
579 reviews12 followers
June 18, 2026
📖⚔️ Kisah tentang misi menyebarkan naskhah terlarang dan mencari bukti untuk menjatuhkan musuh sebenar. Musuhnya memang sudah jelas siapa, tetapi untuk menewaskannya bukan perkara mudah kerana dia mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar. 😤🔥

Paling menyedihkan ialah nasib watak-watak yang dibunuh hanya kerana ada pihak yang mahu menghalang kebenaran daripada terbongkar. 😢💔 Semakin hampir kepada kebenaran, semakin tinggi harga yang perlu dibayar. 🕵️‍♂️📜✨
Displaying 1 - 7 of 7 reviews