Penemuan sebuah kubur lama yang tidak bernesan mengejutkan Imam Khabir dan dua orang penggali kubur di Kampung Darat Pak Tam, Marang. Ini semua akibat ketiadaan tanah untuk menempatkan jenazah yang baru meninggal, hendak tidak hendak terpaksa mengarahkan orang-orang kampung agar kembali ke kawasan perkuburan yang sudah lama ditinggalkan dan terbiar di hujung kaki Bukit Batangan.
“Kita tak ada tempat lain dah Imam, nak tak nak kita terpaksa juga simpan jenazah tu di tanah kubur lama yang dikatakan oleh Si Sudin itu. Jenazah tidak boleh dibiarkan lama-lama. Kita tak dapat kawasan yang sesuai, makanya hanya kawasan perkuburan lama itu sahajalah pilihan kita yang terbaik.” – HAJI RAFI
Apa yang mengejutkan jenazah dari kubur lama itu masih dalam keadaan yang baik, tidak mereput, tetapi bertaring! Malah kuku kedua belah tangannya panjang sehingga membelit tubuhnya sendiri.
“Saya nampak mayat yang ada di dalam liang sebelah itu berkuku panjang. Kukunya panjang sangat Imam, sampai hampir nak melilit tubuhnya.”- MAMAT
Sejak terbongkarnya kubur lama yang tidak bernesan itu, kampung itu sudah tidak aman lagi, dan telah mengalami pelbagai kejadian buruk. Kematian demi kematian telah berlaku sehingga berjangkit ke kampung sebelah pula. Seolah-olah ada binatang buas yang mengganas, atau mungkin sesuatu yang berdendam dan dahagakan darah manusia!
“Isteri Si Hosin diserang makhluk misteri, berkemungkinan manusia atau mungkin juga binatang. Ada yang mengatakan angkara hantu-hantu, entahlah. Sekarang isterinya ada di rumah sakit bersama anak kecilnya itu.”- PAK CHAN
Mampukah Imam Khabir menghalang amukan makhluk yang tidak dapat dikenal pasti itu? Apakah kaitan kubur lama yang tidak bernesan itu dengan kejadian ngeri yang sedang melanda Kampung Darat Pak Tam?
Okey, ini honest review daripada saya. Kisahnya bermula di Kampung Darat Pak Tam di mana disebabkan kampung mereka tidak lagi mempunyai tanah lapang untuk mengebumikan jenazah, penduduk terpaksa menanam jenazah baharu di satu kawasan lapang yang terletak jauh di pinggir kampung.
Tapi, tindakan itu sebenarnya tidak berapa direstui oleh Imam Khabir disebabkan oleh hal-hal tertentu. Dan ketika proses penggalian berlangsung, penggali kubur ternampak sesuatu yang mengerikan di sebelah tanah liang lahad tersebut.
Tangan dan kuku panjang menghitam!
Kampung mereka juga mula diganggu dengan lebih teruk selepas berlakunya kematian berhampiran pusara tak bernisan itu. Kematian demi kematian dalam kalangan penduduk telah membuka kembali sejarah lama yang dikaitkan dengan ....
Dendam perempuan iblis itu.
Sejujurnya, cerita ni ada sisi baik dan kurangnya. Bagi Kirah, yang menarik adalah mungkin daripada segi writing kali ni, lebih seronok untuk dibaca berbanding buku-buku penulis yang Kirah pernah cuba sebelum ini.
Elemen seramnya juga pada beberapa part, agak baik juga terutama part pocong tu. Memang boleh terbayang dalam kepala!
Cumanya, Kirah rasa cerita ni ada plot holes dan kekurangan daripada segi perbuatan watak itu sendiri. Antaranya (SPOILER ALERT):
~ Ada plot holes dalam bab 2 di mana dikatakan Imam Khabir ajak ketua kampung iaitu Haji Rafi singgah di rumahnya. Mereka duduk di beranda. Tapi ayat penutup bab tersebut, Imam Khabir pula meminta diri untuk balik sebab dah lewat petang sedangkan itu rumahnya. Sepatutnya, Haji Rafi yang berpamitan.
~ Bab 13, ayat penutup ada mention yang Imam Khabir cakap, bala apa yang nak menimpa kampung mereka. Tapi istilah bala tu macam kurang sesuai disebut oleh imam kampung tersebut berdasarkan jawatan dan peranan dia sendiri. Lebih sesuai disebut ujian.
~ Ada certain parts yang repetitive macam watak-watak ni akan toleh belakang sebelum watak lain berlalu pergi kemudian nampak susuk perempuan tua. Pengulangan watak asyik cakap takut pun berlaku berulang kali.
~ Terasa draggy bila satu-satu scene tu boleh jadi pendek dan ringkaskan tapi dipanjangkan lagi.
~ Dan ada part yang watak-watak lain tanya Imam Khabir, benda tu jin ke bukan? Dari awal cerita sampai pertengahan. Semua tak dijawabnya. Agak aneh di situ. Sudah terang lagi bersuluh, ianya jin. Kenapa tak clarify terus?
~ Bab 31, boleh tahan banyak betul main tarik tali dan persoalan sama berulang-ulang termasuk dalam bab-bab sebelum ini lagi. Watak duk tanya Imam Khabir, siapa jenazah dalam kubur tu, siapa dia, siapa dia, siapa dia. Tapi duklah imam pusing-pusing elak dan yang lain duklah ulang benda yang sama berkali-kali. Sepatutnya, benda yang sama tak perlu pun direpeat banyak sangat sampai memanjangkan jalan cerita semata-mata. Itu kan jin.
~ Bab 38 pun, bila Haji Arshad tercenung depan rumah dan tak bertindak apa-apa masa Pak Chan kena serang, dia sekadar berdoa dalam hati supaya tak ada apa-apa yang buruk berlaku dekat keluarga Pak Chan saja. Dah kena tikam barulah Haji Arshad tolak orang-orang ke tepi dan masuk. Kurang logik di situ.
~ Dan lambatnya golongan yang memiliki ilmu agama ni nak bertindak untuk hentikan serangan makhluk tu 😭 Bila dah berlaku kecederaan yang betul-betul hampir meragut nyawa dan ada yang dah meninggal dah pun depan mata baru nak bergerak dan banteras. Sebelum berlaku, hanya berdoa dan berharap tak ada apa-apa jadi even benda tu semua terjadi depan mata sendiri. Tak logik bila mereka ni nak cegah dan bertindak, bila ada watak yang dah mati. Kalau tidak, dia tengok saja dan berdoa.
~ Kenapa Atam tak beritahu sesiapa atau syak isteri Pak Chan lepas dia tengok Sundari pada malam tu?
~ Kenapa Imam Khabir (orang berilmu agama) mention dan mempersoalkan 'Mungkin benar ibu saya tak pernah mati' sedangkan dia sebagai orang Islam dan imam pula tu, mesti tahu, sesiapa yang dah meninggal, mana boleh hidup balik. Kalau ada pun yang tinggal, hanyalah jin sahaja yang pernah mendampingi arwah.
~ Part akhir di mana Imam Khabir terima saka daripada jin mak dia tu macam tak berapa sesuai juga. Sedangkan dia seorang yang berilmu agama, imam kampung tapi kenapa boleh dia terima saka mak dia dengan semudah itu? Dan berkasih sayang lagi sedangkan dia tahu di depan dia tu, bukan lagi mak dia. Itu kan jin? Saya rasa tak kenalah perbuatan dan tingkahnya itu.
~ Cover ni saya tak sure tapi adakah ianya hasil janaan AI?
Apa pun, plot twistnya berkaitan perkaitan watak tersebut agak menarik juga. Boleh dibaca bagi peminat cerita seram.
Agak confuse nak rate berapa tapi disebabkan cerita ni masih ada sisi seramnya pada awal dan tengah cerita even ada beberapa plot dan characters hole pada penghujung kisah, Kirah rate:
Dendam Perempuan Iblis merupakan antara novel seram yang berjaya membuatkan saya rasa tidak senang sepanjang membaca. Dari awal hingga akhir, suasana cerita terasa gelap, misteri dan dipenuhi dengan rasa seram yang semakin kuat setiap kali rahsia demi rahsia mula terbongkar.
Apa yang paling saya suka ialah cara Saidee membina ketegangan. Bukan sekadar kemunculan makhluk menyeramkan, tetapi perasaan takut itu hadir melalui suasana, petanda-petanda aneh dan persoalan tentang siapakah sebenarnya yang sedang memburu mangsanya. Ada beberapa bab yang membuatkan saya meremang bulu roma dan terpaksa berhenti seketika sebelum meneruskan bacaan.
Kisah dendam yang menjadi tunjang cerita ini juga sangat menarik kerana semakin jauh saya membaca, semakin jelas bahawa ada sesuatu yang jauh lebih gelap dan mengerikan di sebalik segala kejadian. Setiap pendedahan menambahkan rasa takut dan membuatkan saya sentiasa tertanya-tanya siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya.
Gaya penulisan Saidee yang penuh dengan elemen seram dan misteri membuatkan saya tenggelam dalam dunia cerita ini. Saya dapat membayangkan setiap lokasi, setiap gangguan dan setiap kemunculan yang menghantui watak-wataknya. Ada beberapa adegan yang masih bermain dalam fikiran saya walaupun selepas habis membaca.
Bagi peminat novel seram tempatan yang sukakan kisah penuh misteri, dendam, gangguan makhluk ghaib dan suasana yang membuatkan bulu roma meremang, Dendam Perempuan Iblis adalah sebuah bacaan yang sangat memuaskan dan sukar dilupakan.
1) karya karya bro saidee, dah lama aku baca seperti biasa bro saidee menulis ala Stephen King.
2) apabila manusia itu ingin kan sesuatu yang menarik, dengan cara cepat, ataupun mudah, tetapi bayaran nya kena lah tanggung sendiri, makan diri sendiri sepanjang hayat.
3) jalan cerita yang menarik. kepada kalian yang minat cerita style kampung kampung, tahun tahun yang lama, gore, seram, abit of jumpscare here and there, kalian boleh lah layan karya bro saidee ni.
wassalam.
( jangan sesekali bermain dengan SANG API, akibat nanti merana diri sendiri di hari kemudian nanti)
dpi menceritakan tentang sebuah kampung yang digemparkan dengan kewujudan kubur tidak bertanda dalam keadaan yang terbiar. akibat penggali kubur yang tidak sengaja tergali kubur tersebut, satu per satu penduduk kampung kehilangan nyawa mereka. yang menjadi kemusykilan semua ialah tingkah laku ketua kampung merangkap imam surau yang seolah-olah cuba menyembunyikan sesebuah rahsia. siapa dalang kepada semua kejadian yang berlaku ini?
nak cakap seram tak sangat. mungkin sebab saya dah selalu baca buku seram so saya rate tahap keseraman dalam 3/5. ada part kelakar juga which reminds me of penduduk kampung pisang. sebijik hahahah. dah tak rasa macam cerita hantu sangat.
hantunya keluar pun selepas bab 10, which is agak lambat. tapi ceritanya fast paced. so once dah start baca memang tak boleh stop? sebab nak tahu juga apa jadi dengan gangguan yang berlaku.
paling saya suka bila author sharing new knowledge dalam bersahaja. takde lah rasa terlalu berat. dalam pada enjoy baca buku, kita juga enjoy dapat ilmu baru. cuma satu je saya tak puas hati, imam tu lambat sangat lah. aku pun taktahu every buku saya baca mesti ada watak yang pissed me off haiya 😌🙏🏻 rasa nak tarik janggut imam.
Betul-betul perempuan iblis. Ditanam pun kuburnya tak bertanda. Rupanya ada sebab kenapa dia di jauhkan dari masyarakat dan kisahnya tak pernah disebut.
Kecoh kampung bila katanya ada kematian yang mengerikan dari seorang budak yang terjatuh di kubur. Sejak itu seperti banyak pula kematian berlaku. Ada yang diganggu makhluk menakutkan. Dalam seram ada terselit sedikit komedi. Juga persoalan yang menekan-nekan.
Tapi tak lama lepas tu, kita faham kenapa gangguan tu berlaku. Apa yang menghantui kampung mereka. Kenapa imam Khabir asyik diam bila ditanya tentang kubur yang mereka jumpa. Bau busuk, kubur berlubang, wanita bongkok yang menyeramkan.
Jalan cerita memang laju. Cuma keseraman tu tak cukup menakutkan berbanding gambar yang lebih mengundang tak tidur malam. Ada sedikit gore tapi masih aman. Saya geram dengan imam yang ambil masa nak bagitahu kedudukan sebenar. The real seram lebih menarik ketika imbas kembali.
Apa agaknya kesan pada Imam Khabir ye? Dia sedar ke tak sebenarnya? Hmmm🤔
Buku ni, penulisan kali ni mmg wow dan wowww. Speechless. Storyline, plot, dan persembahan novel ni padu. Bukan setakat cerita je seram, cover dan gmbr2 dlm novel ni seram. Congrats penulis. Karya ni mmg next level punya. Epic!!
“Jadilah orang Islam yang sama-sama menjaga saudaranya. Bukan memakan daging saudara demi kepentingan sendiri. Kita jaga aib saudara sesama Islam, maka Allah akan jaga aib kita apabila giliran kita tiba pula.” - Haji Arshad
Seorang penduduk Kampung Darat Pak Tam meninggal dunia namun kubur untuknya tiada. Kawasan perkuburan sedia ada sudah terlalu padat. Terpaksalah cari kawasan baru. Yang ada dalam masa singkat hanyalah kawasan perkuburan lama dan terbiar di Bukit Batangan.
Semasa menggali, secara tak sengaja Mamat & Romzi tergali kubur lama tidak bernisan. Namun keadaan jasadnya seperti baru meninggal dunia dan amat mengerikan.
Sejak kejadian itu, penduduk kampung sering diganggu gangguan aneh dan menakutkan. Sehinggalah kematian demi kematian berlaku.
Apa puncanya? Sangat mengejutkan. Sejujurnya, tak expect langsung endingnya begitu. Ada rasa sedikit kecewa dan tak puas hati dengan watak yang terlibat. Kenapa oh kenapa?
Jangan salah faham. Buku ini bagus. Jalan cerita menarik. Boleh tahan seram. Part kena kacau hantu tu memang meremang bulu roma. Memang berdebar-debar je sepanjang bacaan.
Macam biasa, penulis mesti akan selitkan ilmu dan iktibar. Contoh macam penggali kubur. Tugas bukan sekadar gali kubur je. Wajib juga ada ilmu. Tak boleh jiwa kosong. Pendinding asas buat diri perlu tahu. Kalau mereka ni memanjang je takut, tak jadi kerja. Dan jangan sesekali cakap besar.
Ada ilmu tentang qarin. Beza qarin dengan jin yang manusia syirik selalu gunakan untuk minta pertolongan (sihir).
Ada juga ilmu tentang merawat luka menggunakan ayat di dalam Surah Al-Masad. Dan juga kenapa makhluk halus bencikan buluh runcing.
Tiada keuntungan yang kita dapat dengan menduakan Allah. Hanya kesenangan dunia yang sementara. Dosa syirik, kemudian dosa membunuh pula. Mati nanti penuh aib. Ingat-ingatlah Mahsyar. Moga Allah pelihara kita dari tipu daya Iblis dan syirik. Wal’iyazu billah.
Kalau suka baca novel seram dan suka cerita yang bermula dengan satu penemuan pelik sebelum keadaan menjadi semakin kacau, Dendam Perempuan Iblis memang ada daya tarikannya. Dari awal lagi saya dah rasa tak sedap hati apabila Imam Khabir dan dua penggali kubur menemukan sebuah kubur lama yang tidak bernesan. Lagi mengerikan apabila isi kubur itu bukanlah sesuatu yang biasa dimana mayat masih dalam keadaan yang mengundang pelbagai persoalan, lengkap dengan taring dan kuku yang panjang.
Apa yang saya suka, cerita ini tidak terus-terusan memberikan semua jawapan. Sebaliknya, persoalan demi persoalan muncul apabila kematian mula berlaku dan kejadian pelik semakin menghantui penduduk kampung. Suasana kampung yang sepatutnya tenang bertukar menjadi penuh ketakutan dan misteri.
Watak Imam Khabir pula menjadi antara watak yang membuatkan saya terus nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Dia bukan sekadar berdepan dengan kejadian aneh, tetapi perlu mencari punca sebenar di sebalik segala kematian dan gangguan yang berlaku.
Bagi saya, kekuatan novel ini terletak pada elemen misteri dan seram yang dibina secara berperingkat. Ada bahagian yang buat saya tertanya-tanya, sebenarnya siapa perempuan itu dan apakah kisah di sebalik dendam yang dibawa?
Secara keseluruhan, Dendam Perempuan Iblis sesuai untuk pembaca yang suka seram tempatan, misteri, unsur ghaib dan cerita yang membuatkan kita terus membaca kerana mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Memang seram kadang2 rasa seram sejuk juga baca sorang malam2...cuma dialog buku ni agak kaku sikit, terlalu baku....
Btw, hello Sundari...takyah nak acah marah sgt orang nak buat family dia, yg dia bunuh bini orang tengah pregnant, makan janin anak org depan bapanya, ingat orang tak marah...mmg patut direjam je Sundari ni hahaha marah lakkk aku...nak lelebih berdendam sampai ke cucu cicit org tu dia nak bunuh.
Jika dibandingkan dengan Lembah Perasing, jalan cerita kali ini lebih menarik. Tiada lagi shortcut ending menggunakan random uztad yang muncul secara tiba tiba. Penulisan senang difahami dan menarik.