Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mejar Adam Harith: Lautan Pemisah Cita-Cita & Cinta

Rate this book
“Naura, saya minta maaf. Saya perlu pergi .…”
“Saya faham. Kerja askar bukan macam orang awam.”
“This is a promise ring, Naura. Bila saya balik, saya akan tunaikan janji.”
*
Mejar Adam Harith terikat dengan tanggungjawab menjaga perairan negara yang menuntut segala-galanya. Antara negara dan cinta, dia pasti memilih negara. Sehinggalah dia bertemu dengan Naura Airis, seorang wanita tegas yang bercita-cita tinggi.

Daripada cinta pandang pertama, hubungan mereka terus mekar. Tetapi cinta seorang pejuang tanah air tidak mudah. Apabila dipanggil berkhidmat jauh di perairan seberang, Adam menghadiahi Naura sebentuk cincin dan sekuat-kuat janji.

Namun, saat hubungan mereka diuji dengan jarak; muncul orang ketiga yang tekad ingin merampas Adam. Kerana fitnah dan salah faham, Naura membuat satu keputusan drastik.

“Naura, sanggup awak buat macam ni. Apa salah saya?”
“Saya sayang awak, Adam. Tapi saya perlu lepaskan awak.”

Di hujung kisah mereka yang bergelora, adakah Adam Harith tegar menunaikan janjinya untuk mengahwini Naura Airis, atau tewas dengan gelombang salah faham yang tak henti?

636 pages, Paperback

Published May 29, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Lily Haslina

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (37%)
4 stars
10 (41%)
3 stars
5 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Aira Zira.
274 reviews6 followers
May 29, 2026
Rate : 4.5⭐️

Konflik cinta tiga segi yang akan buat pembaca tak senang duduk. Macam mana nak pertahankan hubungan jarak jauh dan gangguan orang ketiga? Adakah korang akan terus pertahankan sebagai cinta sejati atau mengalah tanpa berjuang?

Dalam hubungan yang terpisah, kita dibawa ke lapangan yang sarat dengan latihan ketenteraan. Adam Harith tidak pernah putus semangat walau terseksa jasad dan batin. Tanggungjawab pada negara sentiasa menjadi keutamaan. Cuma, soal hati dia telah tewas walau belum berperang.

Dari perbuatan Izan, Naura telah membuat keputusan. Cita-cita melebihi cinta. Adam seperti kehilangan separuh dirinya. Mampukah Izan menjadi bidadari yang dicintai? Di sini kita akan lihat drama dingin beku yang akan menguji hati pembaca.

Saya tenggelam yang tak boleh nak timbul dengan kisah mereka bertiga ni. Geram, marah dan kecewa, semua ada. Kenapa ada rasa macam ni? Jujur korang kena baca. Masing-masing ada khilafnya. Seperti berserah semuanya pada takdir. Kita yang lelah. Haihhh

Pertama kali baca tulisan kak Lily Haslina. Dalam arus moden masih ada puitisnya bahasa yang masih sedap didendangkan. Setiap pantun mencerminkan rasa hati. Saya suka premis cerita yang dikatakan dari kisah benar. Emosinya sampai!

📌Boleh dapatkan buku di reruai IMAN di PBAKL. Beli 3 novel hanya RM85 SAHAJA!
Yang belum mengenali, RUUMA BOOKS juga merupakan jenama novel di bawah IMAN publication. Jom serbu beramai-ramai!
Profile Image for Mslvoe.
2,417 reviews257 followers
September 17, 2026
Cerita ini menggunakan 3 pov dan mengisahkan satu love triangle antara Adam, Naura dan Izan.

Izan sukakan Adam tapi Adam pulak jatuh hati pada Naura. Adam dan Naura berkenalan... semakin rapat dan akhirnya perasaan suka itu berbalas. Sebagai seorang anggota tentera, kehidupan Adam memang banyak dipenuhi latihan, tugasan dan tanggungjawab.

Dalam masa yang sama, Izan yang merupakan anak kepada seorang tentera agak ego dan sukar menerima hakikat bahawa Adam memilih Naura. Bila tahu tentang hubungan mereka, Izan mula harass Naura melalui social media, menghantar mesej² yang menghina Naura hanya kerana Naura datang daripada keluarga biasa.

Naura yang dah rimas dengan keadaan tersebut dan memang tak suka berebut akhirnya memilih untuk mengundurkan diri. Malangnya, Adam langsung tak tahu. Adam pula ketika itu sibuk dengan training dan kerjanya. Bila dia pulang, tahu² Naura sudah pergi ke UK untuk further study.

Adam kecewa. Ditambah pula dengan tekanan demi tekanan daripada Izan, akhirnya Adam menerima Izan walaupun jauh di sudut hatinya, perasaan terhadap Naura masih ada.

Dan dari sinilah bermulanya perjalanan Adam sebagai seorang suami yang bertanggungjawab terhadap pilihan yang dia sendiri buat.

Izan pulak, walaupun akhirnya berjaya memiliki Adam... tahu hati suaminya masih pada Naura. Dari situ, sikap Izan semakin berubah. Dia mula marah², kurang ajar dan memperlekehkan suaminya.

F tak suka Izan.

I mean... you wanted him that badly, you interfered with his relationship, you got what you wanted... then you treated him like that? You nak apa sebenarnya?

Ada satu scene yang betul² buat F menyampah 🙄 bila Adam minta Izan tolong buatkan report. Izan marah² dan siap menghina Adam sebelum akhirnya dia tolong juga. Ishhh... sabar betul Mejar Adam Harith ni.

Agaknya lelaki lain dah lama kena herdik balik. Paling worse pun mungkin dah kena penampar. Adam ni sabar sebab itu tanggungjawab dan Izan isterinya.

Yang membuatkan F susah nak connect dengan Izan ialah walaupun sampai ke penghujung cerita, F tetap tak mampu nak suka watak dia. Seolah² kita sebagai pembaca diminta untuk memahami dan bersimpati dengan apa yang berlaku pada dirinya tetapi unfortunately, hati F tetap sukar untuk menerima Izan.

Eventhou akhirnya Izan digambarkan sebagai seseorang yang mempunyai hati yang sangat besar selepas melalui pelbagai perkara dalam hidupnya, F tetap rasa ada sesuatu tentang watak ini yang tak berjaya membuatkan F simpati sepenuhnya.

Yes, Allah dah tentukan jodoh mereka. Tapi sayangnya, Izan sendiri macam tak appreciate apa yang dia dah dapat.

Even ayat terakhir Izan pun buat F rasa macam ego.. rasa diri dia hebat. Somehow F still rasa macam ada sedikit... look how noble I am for letting go.

Untuk Adam pula, F rasa dia agak lembik bila menerima Izan. But at the same time, F faham keputusan Adam dibuat atas dasar tanggungjawab. Once dia memilih jalan itu, dia cuba sedaya upaya untuk berubah dan menjadi suami yang baik.

But Adam tetap lembik. As a tentera... eventhou F faham maybe dia terima sebab tekanan dari Izan.. Izan ni menekan².. arah buat ni buat tu.. Adam ni cam bodoh terima je. Emosi lak F dengan Adam ni.

Apa yang F suka tentang buku ini ialah bahasa Kak Lily. Berbunga dan puitis tapi tetap terasa tenang bila dibaca. Tak rasa berat walaupun ceritanya penuh dengan konflik emosi.

Cerita ini agak fast-paced untuk F. Sampai F rasa I want more. Ada beberapa bahagian yang F rasa boleh digali lagi... terutama dari segi emosi setelah Izan sakit.

Bila difikirkan balik, Izan juga manusia yang melalui banyak perkara dan akhirnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berat. Tapi sebab sepanjang cerita F memang susah nak connect dengan watak dia, rasa simpati itu tetap tak datang seperti yang mungkin penulis harapkan.

Still, ending Adam dan Naura akhirnya menemukan jalan mereka kembali.

Well... at least they can finally be together after the parasite has received her punishment.

I know. Jahat kan F 🙈
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nik Natia_KC.
109 reviews5 followers
June 18, 2026
Cinta 3 segi
POV Adam Harith - Selama ini aku rasakan takdir hidup itu tidak adil. Setiap kali aku cuba berdiri, hidup seperti menolak aku jatuh semula.
POV Naura Airis - Cinta tidak semestinya berpihak kepada siapa yang paling lama menunggu, tetapi kepada siapa yang paling ikhlas melepaskan
POV Izan - Dan di dalam kabus yang semakin menutup mataku, aku membiarkan diriku hanyut, bukan sebagai seorang perempuan yang kalah, tetapi sebagai seorang isteri yang akhirnya berdamai dengan hidup dan perpisahan
Tiga orang yang tersakiti 😭😭😭
Profile Image for Qayiem Razali.
933 reviews91 followers
June 12, 2026
[19|2026]

Mejar Adam Harith: Lautan Pemisah Cita-Cita dan Cinta || Lily Haslina Nasir

Sudah lama rasanya tidak membaca karya Lily Haslina Nasir. Kini, saya berpeluang menelaah karya ini. Benar-benar saya rindu dengan tulisan penulis senior. Lenggok bahasa yang memberi dampak di jiwa sehingga kita turut merasai emosi watak-watak yang ada.

Mejar Adam Harith - Sebuah kisah yang membawa kita mengenal tiga hati yang cintanya diketuk prahara tanpa diduga. Cinta Adam diuji dengan keputusan Naura membawa diri, sedang cinta Naura diuji kerana perebutan hati dengan Izan. Dan, cinta Izan diuji dengan cinta silam Adam. Jadinya, bagaimanakah pengakhiran cinta tiga penjuru ini? Dapatkah masing-masing menyubur bahagia antara mereka? Atau perpisahan itu memang ditakdirkan dalam kamus hidup?

Sakit sebenarnya menjadi Harith. Sumpahnya pada negara, tanggungjawabnya pada si isteri. Dia tidak tahu bagaimana mahu memastikan keseimbangan itu sehingga dia merasakan dia hanyalah lelaki berselimut duka. Begitu sukarnya menjadi seorang pahlawan negara, ditambah lagi jika rukun rumah tangga ditimpa goyah.

Sejujurnya, kesemua rasa yang ada pada watak utama memberi kesan kerana penggunaan pov 1, derita seorang Harith, lelah seorang Naura dan sakit seorang Izan. Semuanya diperisakan dengan baik oleh penulis.

Tahniah buat penulis Lily Haslina Nasir atas karya ini. Semoga Tuhan berikan kesembuhan kesihatan pada penulis. Siapa sangka saat diri berdepan dugaan, kisah ini dapat disiapkan dengan jayanya. Teruskan berkarya!
Profile Image for Sufiah.
6 reviews
June 20, 2026
Sangat in-love dengan laras bahasa penulis. And again, penulis Lily Haslina Nasir bawa setiap bab novel ada pantun. Jarang tengok novel sekarang macam tu. Saya memang pembaca tegar Lily Haslina Nasir, saya berani kata yang itu identity penulisan beliau. Laras bahasa yang cantik equals to Lily Haslina Nasir. Apa pun, cerita ni, buatkan saya perlukan tisu ya. Sedih betullll
Profile Image for Batrisyia.
2 reviews
July 2, 2026
Finally habis pun baca novel tebal ni! Tak sangka saya suka dengan style novel macam ni dengan ada 3 pov. At first, ingatkan saya akan pening. Tapi bila kenangkan penulis ni Lily Haslina Nasir, beliau mmg penulis yang otai dan berbisa. Setiap naratif itu terasa dekat betul dgn diri :((
Profile Image for Nad.
486 reviews2 followers
August 31, 2026
3.5
Ada banyak benda nak cakap tapi tahan jela.
Moral of the story :
1. Jangan kahwin dengan lelaki yg background military kalau anda jenis nak lelaki sentiasa ada or cant be independent
2. Dont get married just because you get heartbroken by your first love. Bh
Profile Image for Fariza Umaira.
129 reviews7 followers
June 20, 2026
Saya suka dengan rangkap pantun pada setiap permulaan bab. Tahniah dan terima kasih kak lily untuk naskhah ini.
16 reviews1 follower
Read
July 12, 2026
[Sedang membaca pada muka surat 400]

Persoalan saya ialah kenapa Adam Harith memilih untuk berkahwin dengan Izan? Kat sini saya dah stress dah. Takkan la selepas Naura Airis pergi sambung belajar kat UK terus dia patah hati dan pilih sesiapa sahaja untuk kahwin? Rebound and revenge (kut)? Come on, Adam. Ada kerjaya, ada rupa end up Adam ini stress sebab Izan. Izan ini anak askar tapi macammana boleh tak faham kerjaya askar ni bagaimana? Ini ibarat anak cikgu tak faham kerja cikgu tapi pilih bakal suami kerja cikgu lepas tu komplen cikgu ni banyak kerja dan takde masa dengan keluarga. What?

Tapi kalau Adam Harith tak kahwin dengan Izan, takde la pulak novel ini kan. Haha.

[Selesai membaca]

Sekian, ulasan jujur dari saya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews